Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Mei 12, 2014
Calon ketua cabang dakwa MB amal politik wang?
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor yang berlangsung hari ini disifatkan tidak bersih apabila para pengundi didakwa dipengaruhi oleh politik wang.
Calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S. Manikavasagam mendakwa perkara itu berlaku di Jeram apabila calon lawannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi pegawainya memberikan wang RM50 kepada ahli PKR untuk mengundi Menteri Besar itu.
"Saya ada bukti, saya ada rakaman. Mereka (pihak Abdul Khalid) beri duit (kepada ahli). RM30 untuk mengundi jawatan pusat, RM20 untuk mengundi cabang.
"Dulu kita kata BN (Barisan Nasional) main duit, sekarang beliau sendiri yang buat seperti itu. Saya minta JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) supaya mengambil tindakan secepat mungkin," katanya.
Sementara itu Pengawas Pemilihan, Zainal Abidin Abu Samah menunjukan laporan pengawas pemilihan dan notis pembatalan pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor atas sebab-sebab tertentu bertempat di dewan orang ramai Bestari Jaya disini hari ini.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mei 11, 2014
"Teresa Kok Pembohong" - Bekas Pembantu?
Beberapa bekas Ahli DAP mengutuk tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selepas ahli parlimen itu mengambil tindakan saman ke atas dua orang Ahli DAP yang memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan penyelewengan yang telah dilakukan Teresa.
Bekas Pembantu Teresa, Tony Tan Chee Chong berkata, tindakan terhadap Bekas Pengerusi DAP Cawangan Seputeh, Wong Choo Chieng itu merupakan satu bentuk ugutan dan Teresa tidak seharusnya mengambil tindakan itu sekiranya beliau tidak bersalah.
"SPRM telah memanggil ahli DAP tersebut untuk memberi keterangan, dan Teresa telah salah guna kuasa dan mengarahkan peguam beliau menghantar surat saman kepada saksi yang dipanggil oleh SPRM tersebut.
"Dia arahkan saksi terbabit menarik balik segala kenyataan, bolehkah begini? ini merupakan suatu ugutan, jika benar dia tidak buat salah kenapa Teresa perlu takut biarkan SPRM lengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Taman OUG di sini hari ini.
Tony menjelaskan, Teresa tidak layak dipilih menjadi ahli parlimen kerana membuat kenyataan palsu kepada media bahawa beliau telah menyaman bekas pembantunya itu sedangkan tiada sebarang notis saman diterima oleh Tony.
Katanya, Ahli Parlimen Seputeh itu sepatutnya mengambil tindakan saman ke atas dirinya yang mula mendedahkan salah laku Teresa dan bukan membuat ugutan kepada saksi yang dipanggil SPRM.
"Sekarang siapa yang berbohong, saya anggap beliau(Teresa) merupakan ahli parlimen yang bodoh, kenapa hendak kenyataan kepada sebuah akhbar Cina bahawa saya telah disaman sedangkan setakat ini saya masih tidak menerima sebarang notis saman dari peguam beliau.
"Jika benar beliau tidak bersalah, saya cabar dia saman saya, dan bukan mensasarkan kepada ahli DAP yang dipanggil menjadi saksi oleh SPRM, tindakan itu memalukan nama DAP dan saya desak beliau letak jawatan," ujarnya.
Choo Chieng sebelum ini mendedahkan, Teresa didakwa telah menyalahgunakan wang sebanyak RM300,000 dan wang berkenaan merupakan hasil kutipan yang dibuat untuk kegunaan parti.
Choo Chieng menyertai DAP Seputeh pada tahun 2000 sebelum dilantik menjadi Pengerusi Cawangan itu dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan DAP Parlimen Seputeh.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Mei 10, 2014
Macam ini pun ada...!!! Laporan polis dibuat atas nasi goreng 'terlalu pedas'?
Seorang warga Singapura membuat laporan polis kerana sepinggan nasi goreng kampung yang dimakannya di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Timbalan dekat sini "terlalu pedas".
Lelaki itu, Lau Thiam Huat, 63, mendakwa nasi goreng kampung yang dipesannya itu terlalu panas dan pedas "sehingga ke hari ini saya rasa pedas nasi goreng yang dimakan semalam".
Dia membuat laporan polis berkenaan lebih kurang 24 jam kemudian pada 1 Mei.
Namun tidak diketahui dengan jelas bagaimana laporan polis itu boleh tersebar melalui jaringan sosial media sejak dua hari lalu.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Mei 09, 2014
Adakah MERS-CoV yang melanda Arab Saudi sekarang didalangi ZIONIS-Israel dan sekutu mereka?
Apakah populasi seluruh umat Islam global mahu diKURANGkan melalui pelbagai cara oleh Barat-ZIONIS yang berterusan di samping merompak kekayaan minyak-gas Dunia Islam! Seperti yang disyaki oleh Dr. Kevin Barrett, termasuk melalui wabak penyakit terbaru yang sungguh GANJIL dimana sedang melanda Dunia Arab, terutamanya mungkin juga mensasarkan JEMAAH HAJI yang BERJUTA setiap tahun - disyaki didalangi ZIONIS-Israel dan sekutu mereka ( lihat di
http://www.presstv.ir/detail/2014/05/05/361346/bioweapons-could-lead-to-apocalypse/ , Bio-weapons could lead to ‘apocalypse’, By Kevin Barrett, May 5, 2014
Bio-weapons could lead to ‘apocalypse’?
A mock victim is helped by emergency personnel during a biological preparedness drill being led by members of the Chemical Biological Incident Response Force (CBIRF), a unit in the US Marine Corps at Penn Station in New York City, September 22, 2012.
This week we learned that the Middle East Respiratory Virus (MERS) has appeared in the USA. Simultaneously, the World Health Organization (WHO) reported that 240 cases of Ebola have been reported in West Africa, causing 136 deaths.
Both viruses are notoriously lethal. Those infected are likely to die.
Fortunately, neither virus is sufficiently transmissible to create a massive outbreak. But that could change – if weaponized forms are developed and released. The worst-case scenario: hundreds of millions or even billions of deaths, and an end to civilization as we know it.
The bad news is that MERS, Ebola, and many other disease agents have almost certainly been weaponized. And it gets worse: some of the world’s biggest biological weapons programs are in the hands of criminals and lunatics.
Israel and apartheid-era South Africa have been among the most notorious bio-weapons outlaws. Israeli scientists not only helped apartheid South Africa develop nuclear weapons, but also spearheaded Project Coast, which included a bio-weapons component. The South African apartheid leaders were looking for a way to reduce or eliminate the black population, and the Israelis eagerly assisted them.
Israel has also tried to develop race-specific and ethnic-specific bio-weapons targeting Arabs. In 1998, the British newspaper Sunday Times reported that Israeli germ warfare scientists were looking for “distinctive Arab genes” that could be targeted by genetically-engineered biological weapons. The Sunday Times cited inside sources, as well as a US Defense Department report on Israeli race-specific bio-weapons.
Unfortunately, Israel is not the only regime with criminals and madmen running its germ warfare program. The United States of America also fits that description.
In 1975, the US ratified the Biological Weapons Convention (BWC). That treaty prohibits the 170 state signatories from developing, stockpiling, or using any form of biological weapon.
The unfortunate effect of the treaty was to force the US bio-weapons program underground. A draconian system of “national security” classification atop a shell game of private contractors and spin-offs has resulted in a program that has spun totally out of control – and may even have fallen, at least in part, into the hands of global organized crime.
The 9/11 anthrax false flag operation revealed the criminality of the secret US bio-weapons apparatus. Unknown actors within the US bio-weapons apparatus murdered five Americans with ultra-weaponized anthrax manufactured by CIA assets at Battelle Memorial Laboratories in Ohio and tested at Dugway Proving Ground in Utah. The FBI’s two anthrax scapegoats – first Steven Hatfill and then Bruce Ivins – were used to distract attention from the obvious fact that the anthrax letters were part of the larger 9/11 operation.
The 2001 anthrax attacks were part of a false flag attack in service to Zionism designed to incite the mass murder of Muslims. The anthrax letters contained the message: “Death to America. Death to Israel. Allah is great.” Obviously, whoever sent the anthrax letters wanted people to blame Muslims – and to mass-murder Israel’s Muslim enemies. Since then, Americans have killed more than a million Muslims and badly damaged most of the “seven countries in five years” that Israel didn’t like and that were therefore targeted for destruction, according to Gen. Wesley Clark.
How can we be sure that 9/11 anthrax was a single operation? Just ask Jerome Hauer, the radical Zionist and Project for a New American Century (PNAC) bio-warfare expert who put the Bush-Cheney White House on Cipro – an anti-anthrax drug – on September 11, 2001. Hauer, also an expert on responses to building collapses, was managing director of Kroll Associates – the company that provided “security” for the World Trade Center and facilitated the controlled demolitions of the three skyscrapers on 9/11.
Hauer also supervised the massive Tripod 2 bio-warfare exercise that brought thousands of FEMA personnel to New York on September 10, 2001, and provided cover for the deceptive demolition of the World Trade Center the following day. Some of Hauer’s FEMA personnel on 9/11 were told by higher authorities that the attacks that day involved anthrax. Yet the anthrax attacks, which began on September 18, 2001, did not become public knowledge until the beginning of October.
America’s underground bio-weapons programs are criminal by their very nature. The participants are, by definition, international outlaws. No wonder these programs have been infiltrated by global organized crime.
The latest American bio-weapons scandal involves covert US-controlled germ warfare facilities in the former Soviet republics. One notorious example is the Richard G. Lugar Center for Public and Animal Health Research in Tbilisi, Republic of Georgia. The Center was supposedly closed in May 2013, after reports that it was experimenting with cholera and other deadly viruses.
Former Advisor to President of Georgia Jeffrey Silverman broke the story about the bio-weapons research at the Lugar Center, suggesting that its high-profile closure was a red herring designed to distract attention from the many other joint US-Georgian facilities doing similar work. According to Veterans Today editor Gordon Duff, reliable sources have claimed that Georgian facilities run by the same operators manufactured the sarin gas used in last August’s failed false flag attack at al-Ghoutha, Syria.
Fears that dangerous biological agents are in irresponsible hands spiked in 2009 when it emerged that deadly H5N1 (avian flu) viruses were “inadvertently” inserted into Baxter International’s batches of flu vaccine shipped to 18 countries. The “mistake” was miraculously caught by a Czech lab worker who discovered that ferrets given the vaccine died. Had this contaminated vaccine been administered as intended, it could have led to a highly contagious and extremely deadly hybrid seasonal flu - avian flu mutation that could have killed millions of people.
Why does the international community continue to allow lunatics and criminals to develop deadly biological agents? Obviously, the Biological Weapons Convention needs to be strengthened with enforcement provisions, and known bad actors, including all participants in the US, Israeli, and Georgian programs as well as Baxter International personnel, need to be thoroughly debriefed and rehabilitated.
If we do not address this problem now, the next outbreak of MERS or Ebola could be the last.
KB/HJL
Dr. Kevin Barrett, a Ph.D. Arabist-Islamologist, is one of America's best-known critics of the War on Terror. Dr. Barrett has appeared many times on Fox, CNN, PBS and other broadcast outlets, and has inspired feature stories and op-eds in the New York Times, the Christian Science Monitor, the Chicago Tribune, and other leading publications. Dr. Barrett has taught at colleges and universities in San Francisco, Paris, and Wisconsin, where he ran for Congress in 2008. He is the co-founder of the Muslim-Christian-Jewish Alliance, and author of the books Truth Jihad: My Epic Struggle Against the 9/11 Big Lie (2007) and Questioning the War on Terror: A Primer for Obama Voters (2009). His website is www.truthjihad.com.
Suara Politik
Belantan
Kompleks PKNS kian hilang identiti?
Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor, yang kini turut memberi ruang kepada peniaga-peniaga asing berniaga.
Fizikalnya mungkin tidak gah seperti SACC Mall, Empire Gallery, Subang Parade dan banyak lagi pusat beli-belah yang terletak berhampirannya.
Meskipun yang lain lebih jauh moden, Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam yang dibina lebih 30 tahun lalu tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.
Itulah satu-satunya kompleks niaga di Bandar Raya Anggerik yang memiliki entiti tradisional iaitu peniaga dan pengunjungnya majoriti terdiri daripada orang Melayu. Sememangnya itulah matlamat penubuhan PKNS, iaitu membantu perkembangan ekonomi bumiputera.
Sebut apa sahaja produk, hampir kesemuanya boleh didapati di Kompleks PKNS yang dijual oleh peniaga Melayu. Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri, ramai pengunjung sejauh dari Singapura tertumpu di situ bagi mencari barangan keperluan seperti pakaian, songkok, baju kurung dan kuih raya.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Kompleks PKNS adalah sama par atau pesaing utama kepada kawasan niaga yang cukup dikenali di ibu negara, iaitu Jalan Masjid India.
Berbeza dengan Jalan Masjid India yang sering mengalami kesesakan lalu lintas dan terdedah kepada hujan dan terik matahari, Kompleks PKNS menyediakan suasana lebih selesa serta nyaman kepada pengunjungnya.
Bagaimanapun, identiti Kompleks PKNS seolah-olah mahu ditukar kepada entiti baharu.
Selepas pengurusan kompleks berkenaan diambil-alih oleh anak syarikat PKNS, Private Real Estate Company (PREC) pada awal tahun ini, peniaga bukan Melayu dan warga asing mula menduduki ruang niaga di situ.
Kalau dahulu banyak ruang dibiarkan kosong bagi membolehkan peniaga kecil Melayu menyewa pada waktu-waktu tertentu seperti bulan Ramadan, kini tapak-tapak terbabit menjadi lot-lot kedai milik peniaga bukan Melayu serta warga asing.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks PKNS Shah Alam, Amran Yahya, pihaknya tidak menghalang sesiapa pun berniaga di situ sebagai persaingan sihat tetapi sepatutnya peniaga Melayu diberikan keutamaan.
Selain itu, jelasnya, kewujudan restoran-restoran yang mana taukehnya adalah bangsa asing juga boleh dipersoalkan dari segi halal haram kerana ada premis terbabit tiada tanda pengesahan daripada badan berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Perkara sedemikian tambahnya, amat sensitif kerana melibatkan pengunjung ke situ yang majoriti beragama Islam. Senario terbaharu itu ternyata meresahkan lebih 200 peniaga Melayu terutama yang sudah bertapak berpuluh tahun di situ.
Apabila peniaga asing yang modal kewangannya lebih kukuh semakin banyak, dikhuatiri peniaga Melayu sedia ada tidak mampu bersaing kerana kemungkinan kadar sewa dinaikkan berlipat kali ganda.
Kalau perkara sebegini tidak dibendung, kompleks ini bakal berubah kepada entiti baharu, sama seperti pusat beli-belah lain yang penghuninya dimonopoli peniaga bukan bumiputera," katanya disini baru-baru ini.
Kebimbangan mereka itu ada asasnya kerana jelas Amran, beberapa peniaga sudah mula dikenakan kadar sewa berganda.
Apatah lagi peniaga-peniaga di situ akan menandatangani perjanjian penyewaan baharu berkuat kuasa 1 Jun ini. Notis mengenai pembaharuan penyewaan sudah pun diterima mereka daripada PREC pada awal April lalu.
Antara syarat-syarat perlu dipatuhi sebelum dapat memperbaharui perjanjian adalah kami dikehendaki membuat pengubahsuaian di lot masing-masing," ujar Amran.
Katanya, beban kenaikan kadar sewa mungkin masih boleh digagahi mereka namun apa yang perlu dipertahankan oleh PREC adalah memastikan entiti tradisonal dikekalkan iaitu peniaga dan pengunjung terdiri daripada orang Melayu.
Pada masa sama, menurut Amran, kenaikan itu biarlah setimpal dengan kemudahan-kemudahan asas yang disediakan. Kemudahan asas ini sebenarnya disediakan untuk keselesaan para pengunjung.
Sebagai contoh sekarang pendingin hawa hanya berfungsi mengikut waktu pejabat. Selepas itu keadaan di ruang legar yang dihuni peniaga-peniaga kecil mula menjadi tidak selesa.
Keadaan tidak nyaman sebegini mungkin membantutkan keinginan pengunjung untuk datang lagi ke Kompleks PKNS," katanya.
Selain itu, tambah beliau, hasil yang diperolehi PREC perlu digunakan semula untuk memanfaatkan kompleks bukannya disalurkan ke tempat lain seperti pernah dilakukan pengurusan sebelum ini.
Sememangnya para peniaga di Kompleks PKNS mahukan pembaharuan seiring perkembangan semasa tetapi periuk nasi golongan bumiputera itu juga perlu diambil kira.
Apa yang penting, sesiapa sahaja yang diberikan tanggungjawab untuk mengurus Kompleks PKNS perlu ada semangat dan iltizam untuk memajukan orang Melayu.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Mei 08, 2014
'Ribut' pemilihan PKR bukti Anwar bukan pemimpin hebat?
'Ribut' yang melanda pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini jelas menunjukkan betapa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin hebat yang kononnya mampu 'menyelamatkan' Malaysia seperti dicanang penyokongnya selama ini.
Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haroon berkata, kelemahan Anwar terbukti setelah perkara itu masih gagal diatasi biarpun pergaduhan bukanlah sesuatu yang asing setiap kali berlangsungnya pemilihan parti berkenaan.
Malah saya difahamkan tahun ini keadaannya lebih teruk. Kalau sudah setiap kali pemilihan mahu bertumbuk, di mana kemampuan serta kredibiliti Anwar untuk menyelesaikannya?
Dahulu ketika PKR belum berkuasa, perkara sebegini tidak berlaku. Tetapi apabila ada kuasa sedikit, masing-masing sudah hilang pertimbangan akal budi bagi merebut jawatan. Jadi, bagaimana mereka mahu diharapkan untuk menjaga negara?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Proses pemilihan PKR di seluruh negara baru-baru ini kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu mengadakan pengundian semula termasuk di Cabang Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Tenom, Sabah.
Kejadian itu memberi tamparan hebat kepada pemimpin parti berkenaan yang selama ini sering mempertikai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain kerap kali mengelirukan rakyat dengan memberi gambaran kononnya PKR adalah parti yang bersih dan demokratik.
Abdul Ghani menambah, beliau juga pelik dengan sikap segelintir ahli PKR yang seakan-akan dicucuk hidung untuk terus menyokong PKR sekali pun menyedari segala kepincangan dan penipuan dilakukan pemimpin atasan dalam menempatkan orang masing-masing di kedudukan tertentu.
Sudah berapa kali pemilihan, anda dapat lihat Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendedahkan kepincangan dan penipuan yang berlaku. Tetapi di mana kedudukannya sekarang?
Tetapi mereka masih menyokong PKR. Tidakkah mereka nampak bahawa pemilihan ini membuktikan PKR hanya membentuk keadilan untuk Anwar dan bukannya keadilan umum seperti didakwa," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Antipenyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, jika diteliti setiap laporan penipuan yang dilaporkan dalam pemilihan kali ini, ternyata ada tangan ghaib yang jijik cuba untuk menipu bagi memastikan individu tertentu mendapat tempat di dalam parti.
Anwar tidak perlulah lagi bercakap tentang prinsip demokrasi. Beliau ternyata gagal dalam mendemokrasikan partinya sendiri sehingga menyebabkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal memberi alasan yang matang berhubung kekecohan tersebut.
Ramai rakan yang masih di dalam PKR mendakwa pemilihan ini tidak sah kerana diselubungi penipuan. Soalnya, mahukah PKR mengadakan pengundian semula bagi membuktikan mereka benar-benar telus? Saya yakin tidak," katanya.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Mei 07, 2014
Bank Kebangsaan Melayu : Polis sedia teliti semula fail siasatan?
Polis sedia menyemak semula fail siasatan berhubung kes pengasas Bank Kebangsaan Melayu, Maarof Zakaria yang diculik dan dibunuh pada Disember 1947.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata beliau akan menyemak semula fail siasatan untuk mengetahui sama ada ia boleh dibuka semula atau sebaliknya.
“Kes ini sudah lebih 60 tahun. Kita akan meneliti dan semak kes ini,” katanya ketika dihubungi disini semalam.
Beliau berkata, polis menghadapi sedikit kesukaran untuk menyemak kes itu memandangkan ia sudah terlalu lama dan berlaku ketika zaman sebelum merdeka.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri, berkata kes seperti ini boleh dibuka semula jika ada keterangan baharu dan bukti kukuh.
Budi bicara Peguam Negara
Bagaimanapun, keputusan membuka semula siasatan bergantung kepada kebenaran dan budi bicara Peguam Negara.
“Kebiasaannya, jika ada bukti baharu yang kukuh atau penemuan baharu, ia boleh dibuka semula,” katanya.
Akhbar BH semalam melaporkan, Maarof yang ketika itu berusia 43 tahun, diculik pada 4 Disember 1947 ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru di sini, menuju ke rumah ibunya di Seremban.
Selepas tiga hari diculik, mayatnya ditemui di Jalan Kuala Lumpur-Bentong dalam keadaan digantung pada sebatang pokok di dalam hutan.
Kes penculikan dan pembunuhan itu sehingga kini menjadi misteri dan dipercayai ada kaitan dengan komplot menggagalkan bank Melayu pertama yang diusahakannya.-BHO
Suara Politik
Belantan
500 masyarakat Cina Temerloh sertai demonstrasi aman protes hudud?
LAI Thin Watt (lima dari kanan) dan Wong Tat Chee (enam dari kanan) bersama sebahagian daripada masyarakat Cina yang menyertai demonstrasi aman bagi membantah hudud Pas di Temerloh, Pahang, semalam.
TEMERLOH - Sebanyak 500 anggota masyarakat Cina daerah ini menyertai demonstrasi aman bagi menolak pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Pas Kelantan yang dijadual dibentang di Parlimen tidak lama lagi.
Demonstrasi aman itu diketuai oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Temerloh, Datuk Lai Thin Watt dan Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee.
Demonstrasi itu bermula kira-kira pukul 11.15 pagi apabila para peserta yang membawa sepanduk bertulis Say No to Pas Hudud berarak ke Pusat Komuniti Parlimen Temerloh sambil melaungkan Tolak Hudud Pas.
Bagaimanapun para peserta yang tiba di Pusat Komuniti Parlimen Temerloh 20 minit kemudian gagal menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan kerana pejabat berkenaan ditutup.
Thin Watt berkata, lebih 30 persatuan Cina di daerah ini sepakat mengadakan bantahan aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan hukum hudud.
Katanya, masyarakat Cina di daerah ini juga tidak berpuas hati apabila Ahli Parlimen Temerloh daripada Pas itu gagal mendengar luahan hati masyarakat Cina yang menolak pelaksanaan hukum hudud parti tersebut.
Kita maklum bahawa kemenangan Nasruddin dalam pilihan raya umum lalu adalah hasil sokongan padu masyarakat Cina di daerah ini yang mahukan perubahan dan pembelaan.
Sebab itu kita minta beliau mendengar luahan kita dan tidak menyokong pelaksanaan hukum ini di Malaysia," katanya di sini hari ini.
Katanya, perhimpunan yang kebanyakannya disertai ahli persatuan Cina itu tidak sesekali bertujuan menolak agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini sebaliknya hanya untuk menolak hukum hudud yang dibawa Pas.
MCA Bahagian Temerloh bersama gabungan Persatuan Cina Temerloh berpegang kuat dengan falsafah saling hormat menghormati antara satu sama lain dan menolak hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas.
Kami tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam negara kita. Kami amat bimbang hukum hudud yang dicadangkan Pas akan menimbulkan syak wasangka dan salah faham antara kaum," katanya.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Mei 06, 2014
Memalukan...!!! Pemilihan PKR seluruh negara kecoh?
Pemilihan Ketua Cabang PKR bagi Daerah Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam kecoh selepas keputusan undian dibatalkan akibat undian melebihi sebanyak 167 undi.
Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula.
Di Pulau Pinang, pemilihan di Cabang Nibong Tebal diisytiharkan tidak sah dan batal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam perlumbaan tiga penjuru untuk merebut jawatan Pengerusi negeri.
Walaupun bilangan pengundi berdaftar untuk mengundi hari ini adalah 672, Jawatankuasa Pemilihan terkejut apabila mendapati sejumlah 838 kertas undi dikumpul pada akhir proses pengundian yang berlangsung di Dewan JKKK Simpang Tiga tersebut.
Difahamkan, pengundian semula akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak di luar Nibong Tebal.
PKR Cabang Nibong Tebal mempunyai seramai 3,692 ahli berdaftar.
Dalam pada itu, proses pengundian di Balik Pulau yang pada awalnya kelihatan tenang bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi telah menimbulkan rasa tidak puas hati para penyokong.
Tindakan seorang calon memasuki kawasan pengundian menyebabkan berlaku satu pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk.
Insiden-insiden yang berlaku semasa pemilihan PKR ini sangat memalukan terutama kepada kepemimpinan PKR yang sebelum ini tanpa malu mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," seperti dipetik daripada blog Dr. MiM.
Menurut blog itu lagi, apa yang berlaku boleh disifatkan sungguh memalukan dan sudah pasti membuka mata rakyat tentang wayang kulit dan ketidakmampuan PKR untuk menguruskan pemilihan parti sendiri sama seperti DAP.
Sementara itu, di Sabah, tiada persediaan rapi menyebabkan sesi mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh.
Sekretariat pemilihan PKR peringkat negeri turut dipersalahkan kerana gagal menyediakan kertas undian yang mencukupi sehingga menyebabkan tercetusnya kejadian kekecohan dalam pemilihan itu.
Kekurangan kertas undian itu menjadi punca mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom berlangsung dalam suasana tegang, sekali gus memaksa proses pemilihan ditangguhkan.
Ratusan perwakilan meluahkan rasa marah dan menyalahkan pihak sekretariat negeri kerana kumpulan perwakilan tersebut gagal melaksanakan hak mereka untuk melakukan undian apabila hanya 300 kertas undian diedarkan.
Keadaan tidak terkawal yang berlaku itu menyebabkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR Cabang Tenom, Nazri Udoi memutuskan mesyuarat dan pemilihan dibatalkan, selain mendakwa pihak terbabit tersalah mengira bilangan perwakilan di kawasan tersebut.
Kami hanya menerima 300 kertas undian sedangkan jumlah perwakilan di cabang ini adalah 2,000 orang. Semua kertas undi tersebut dimusnahkan di hadapan perwakilan yang bersaing untuk mengisi pelbagai kedudukan dan jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Cabang Tenom," katanya.
Dalam pada itu, proses awal pemilihan yang berlangsung di Cabang Sepanggar, turut berlaku sedikit kekecohan apabila dewan yang menjadi pusat pemilihan tidak diuruskan dengan baik ekoran tiada penunjuk arah kepada perwakilan untuk membuat undian.
Ketiadaan petugas pemilihan PKR mengawal kemasukan perwakilan di pintu masuk menyebabkan orang ramai menyerbu dan memaksa petugas Rela berada dalam dewan bagi mengawal situasi.
Di Perak, calon bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Lumut meluahkan rasa tidak puas hati dengan perjalanan proses pengundian.
Laksamana Pertama (B), Muhammad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut mendakwa, proses tersebut berjalan tidak teratur apabila para pengundi tidak diberikan Buku Panduan Pengundian Pemilihan Parti 2014 sebagai rujukan semasa mengundi.
Situasi sama berlaku di Kedah apabila calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani, S. Arvind Kumar mendesak proses pengundian dilakukan semula kerana tidak berpuas hati berikutan namanya tidak disenaraikan sebagai calon sehingga memberi kemenangan percuma kepada seorang lagi calon, Simon Ooi.
Suara Politik
Belantan
Al-Fatihah - Datuk Aziz Sattar meninggal dunia!
Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Kajang : Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.
"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.
Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.
Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.
Sedikit tentang Allahyarham Datuk Aziz Satar:
Datuk Abdul Azez bin Sattar atau lebih dikenal sebagai Aziz Sattar (lahir di Pekalongan, 8 Agustus 1925; umur 88 tahun) merupakan salah seorang seniman serba bisa Malaysia. Ia berkecimpung di bidang seni sebagai aktor, sutradara, pelawak, dan penulis skenario sepanjang kariernya. Ia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura. Kisah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, ketika ia mengikuti ayahnya Sattar Sawal dan ibunya Satimah Jalal hijrah ke Singapura. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah ia mempunyai dua kawan akrab yang turut menjadi aktor terkenal - Salleh Kamil dan Shariff Dol. Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sampai kelas lima. Ia tidak dapat meneruskan pendidikannya akibat pendudukan Jepang di Malaysia. Pada umur 10 tahun, ia yang merupakan pelawak alamiah mulai menyanyi dan menari dalam perhelatan nikah dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, ia menjadi pengemudi truk dengan gaji sebanyak RM150. Pada tahun 1950, ia menjadi anggota Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada bulan September 1951 bekerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mulai berubah pada tahun 1952 saat diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada awalnya, ia sekedar bekerja sebagai penyulih suara. Namun, ia terkejut karena gajinya ketika itu jauh lebih rendah dibandingkan pekerjaannya sebagai sopir truk, hanya RM70 sebulan. Pada tahun 1953, dia dipercaya bermain sebagai tokoh tambahan dalam film Putus Harapan. Ia juga salah satu anggota Kelompok Panca Sitara.
Salam takziah buat keluarga allahyarham. Al-Fatihah...
Suara Politik
Belantan
Kandungan hudud di Brunei Darussalam?
Hukum Hudud telah pun dilaksanakan di Brunei. Berikut ialah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.
LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198
(1) Mana-mana lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1) Mana-mana orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
KHALWAT 196
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yang mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat.
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syarie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADAN 195
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau di tempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yang menjual atau menghidang apa jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta-merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yang gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.
HUKUMAN ZINA 69
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara setelah mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan :-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. (70). Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara setelah mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)
(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi-saksi yang sah) maka :
* Kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
* Kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut.
* Kesalahan ketiga dan seterusnya - penjara tidak lebih 15 tahun.
Kalau bersalah bukan cara di atas (A) : kena penjara dan denda.
* Sumber : Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mei 04, 2014
Unit Amal PAS Tumbuk Orang Sehingga Pecah Dahi?
Kuala Lumpur – Salah seorang peserta himpunan anti-GST mendakwa Unit Amal PAS yang sepatutnya ditugaskan menjaga keselamatan telah bertindak ganas dengan menumbuk dahi rakannya sehingga pecah dan berdarah.
Berang dengan tindakan tersebut, lelaki tersebut meluru dan meminta penjelasan dari Unit Amal Pas.
“Bang saya nak tanya, Unit Amal mana yang tumbuk dahi kawan saya tadi?” ujarnya dengan nada marah.
Namun petugas Unit Amal PAS yang ditemui petang tadi gagal memberikan menjawab dan menyatakan tidak tahu mengenai kejadian tersebut sambil memintanya agar bersabar.
“Macam mana nak sabar, dahi kawan saya pecah kena tumbuk, samapi berdarah” ujarnya lagi.
Lelaki berumur sekitar 30-an itu berkata, unit PAS sepatutnya mengawal keadaan dan bukaannya menumbuk dan melakukan kekerasan terhadap para peserta yang menyertai himpunan tersebut.
Wakil Unit Amal PAS yang ditemui bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden petang tadi, gagal memnberikan sebarang jawapan.
Menurut para peserta yang berada ditempat kejadian, insiden itu tercetus apabila kumpulan dari Solidariti Anak Muda (SAMM) yang diketui oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard itu cuba merempuh halangan yang dibuat oleh para petugas Unit Amal.
Kumpulan tersebut dipercayai ingin berarak sehingga ke tengah padang, namun dihalang oleh petugas PAS sehingga berlaku tolak menolak yang akhirnya menimbulkan kekecohan.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Mei 03, 2014
MH370 Hari ke-56: Boeing ikrar untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap pesawat?
Boeing, pengeluar pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lepas, bersama-sama seluruh komuniti penerbangan global berikrar untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap pesawat berkenaan dan mengapa.
Dalam kenyataan di sini hari ini, pengeluar pesawat itu berkata Boeing sedang bekerjasama dengan semua pihak dengan harapan menyelesaikan pencarian pesawat itu secepat mungkin. Ia berkata semua laporan kemas kini dan maklumat harus disampaikan pihak berkuasa Malaysia.
"Boeing terlibat secara aktif sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, berkongsi kepakaran tenikal dan analisis dengan pasukan penyiasat Malaysia dan menyokong pencarian yang dilakukan sekarang," kata Boeing.
Boeing berkata ia akan turut serta dan menyokong usaha untuk mencari cara berkesan dan efisien bagi meningkatkan pengesanan kapal terbang di seluruh dunia.
"Sejak hari pertama, keluarga dan insan disayangi yang menaiki pesawat Malaysia Airlines 370 sentiasa dalam ingatan dan doa kita," kata Boeing.
Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Antara penumpangnya tiga orang warga Amerika Syarikat. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu diperairan Perth, Australia membabitkan penggunaan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21.
Suara Politik
Belantan
MH370 Hari ke-56: Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala?
Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala berhubung laporan syarikat pencarian yang berpangkalan di Adelaide, Australia yang percaya mereka mungkin telah mengesan serpihan pesawat MH370.
Ketua Penyelaras Pusat Tindakan Bersama, Angus Houston berkata kini tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan itu yang sebuah daripadanya dilengkapi keupayaan mengesan bunyi gema.
"Namun saya yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami, usaha gigih yang pasukan sedunia temui, analisis "handshake' manual antara pesawat dan satelit.
"Dan juga kerja stimulasi yang dilakukan bagi mendefinisi kawasan di selatan Lautan Hindi. Saya yakin kawasan berkenaan di selatan lautan (Hindi) merupakan tempat pencarian yang betul dan saya pasti masanya akan tiba kami menemui pesawat di kawasan itu di Lautan Hindi," katanya.
Houston berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Presiden Biro Siasatan Kemalangan Penerbangan Perancis (bekas ketua pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Dilaporkan syarikat berkenaan GeoResonance telah mendakwa menemui serpihan pesawat, kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.
Mengenai petunjuk baharu itu, Hishammuddin berkata beliau pada mulanya melihat kemungkinan memperoleh kapal yang sesuai untuk mencari di kawasan itu bagi mengesahkannya.
"Tetapi, saya ingin tekankan dengan berbuat demikian, kami mengubah diri kami daripada pencarian utama. Jika kami pergi ke sana dan hasilnya didapati negatif, siapa yang akan bertanggungjawab dengan masa yang terbuang itu. Dengan menghantar lebih banyak kapal (ke Teluk Benggala) akan menjejaskan pencarian di kawasan pencarian (sekarang)," tambahnya.
Hishammuddin berkata usaha pencarian MH370 adalah mencabar, namun kesemua pasukan antarabangsa berazam untuk meneruskan dengan fasa baharu pencarian.
Mengenai operasi Bluefin-21, Houston berkata tugas kenderaan autonomi bawah air (AUV) itu, sebagai respons kepada transmisi yang diterima di kedalaman (lautan) beberapa minggu lalu, adalah petunjuk paling memberangsangkan yang dimiliki, pada masa itu.
"Mereka (tansmisi) di kawasan pencarian yang didefinisi pasukan antarabangsa dan mereka terletak di garisan lingkungan ping ketujuh. Bila kami memperoleh transmisi daripada kedalaman, ia nyata kami terpaksa turun dan melihatnya.
"Kami menghntar Bluefin di kawasan itu. Setakat ini, ia tidak menemui apa-apa dan setakat ini kami telah meliputi 500 kilometer persegi. Itulah caranya," tambahnya.
Beliau masih berharap Bluefin - yang bertugas sehingga akhir bulan ini - mungkin menemui sesuatu.
"Saya mesti berkata peluang mencarinya (MH370), Saya fikir kemungkinannya adalah lebih rendah daripada ia memulakan pencarian," katanya.
Penerbangan MH370 yang membawa 230 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang dari radar skrin kira-kira sejam kemudian semasa di Laut China Selatan.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Selepas 17 hari kehilangannya, penerbangannya didapati berakhir di selatan Lautan Hindi.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Mei 02, 2014
Peserta perhimpunan Bantah GST serang jurufoto media?
Kejadian berlaku selepas perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berlangsung hari ini bersurai, dimana sekumpulan pemuda yang menyertai perhimpunan tersebut bertindak menyerang sekumpulan jurufoto yang sedang membuat liputan media di Jalan Raja dekat Dataran Merdeka.
Menurut laporan, kumpulan anak muda yang bertopeng serta berpakaian serba hitam itu, menggelarkan diri mereka sebagai ‘Antifa’ telah cuba membuat provokasi ke atas kumpulan jurufoto tersebut.
Di dalam kejadian yang berlaku sekitar petang tadi, seorang jurufoto dari Malaysia Fokus, Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk manakala jurufoto Malaysia Reseved, Hafizi Mohamad terkena balingan kayu.
Susulan kejadian tersebut, Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membidas tindakan berkenaan dan memandang serius akan perkara itu.
"MPPA memandang serius kejadian ini kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan di bawah seliaan permit pihak berkuasa. Seharusnya tiada kekecohan tercetus.
"Kami kesal dengan segelintir kumpulan pemuda yang masih bertindak liar dengan menyerang jurufoto media bertugas" jelas Setiausaha Agung MPPA, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz dalam satu kenyataan media.
MPPA dalam kenyataannya turut memaklumkan akan melaporkan kepada pihak polis dan akan mempertimbangkannya ke pihak peguam kerana ada bukti bergambar.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengutuk perbuatan sekumpulan pemuda tersebut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak wajar.
Shabery turut menyeru agar pihak media dihormati kerana golongan tersebut sudah bersusah payah menyalurkan maklumat kepada rakyat.
Suara Politik
Belantan
MH370 Day 54: Malaysia 'to lead probe' into ill-fated plane?
A former head of Malaysia's civil aviation department will lead an investigation into a missing jet that will also include members of the US National Transportation Safety Board and other agencies, authorities said.
Hishammuddin Hussein, Malaysia's acting transport minister, said Kok Soo Chon would head the team probing the disappearance of Malaysia Airlines flight MH370 with 239 people on board.
"The main purpose of the international investigation team is to evaluate, investigate and determine the actual cause of the incident so similar incidents could be avoided in the future," he said in a statement.
"It is imperative for the government to form this independent team of investigators which is not only competent and transparent but also highly credible."
The anguish of families, who have alleged Malaysia was hiding information, has repeatedly spilt over into angry protests against the government and airline since the Boeing 777 vanished on March 8 on a flight from Kuala Lumpur to Beijing.
Kok, who was also a former permanent representative to the Montreal-based International Civil Aviation Organisation, is expected to face a tricky task.
While family members are demanding information, investigators have no answers as to why the plane veered dramatically off course. Malaysia believes it was deliberately diverted but it is not known by whom.
Based on calculations involving the plane's speed and fuel and satellite data, investigators believe it crashed somewhere in the southern Indian Ocean west of Australia.
Asked about media reports citing an Australian firm's claim to have detected possible aircraft wreckage in the Bay of Bengal, Hishammuddin said the international search team was verifying the information.
"Need more corroboration n verification b4 we deploy assets," he said later on his Twitter account.
Malaysian media quoted Adelaide-based GeoResonance, a marine exploration company, as saying it has detected possible wreckage 5,000 km (3,125 miles) from the current search location.
The investigation body, which has already started work, has accredited representatives from the US National Transportation Safety Board, Britain's Air Accidents Investigation Branch and China's Aircraft Accident Investigation Department among other agencies.
Weeks of air and sea searching, including a deep-sea sonar scan by an unmanned mini-submarine, have found nothing.
Australia on Monday announced an expanded search involving different technology across an area of about 56,000 square kilometres (22,400 sq miles).
Suara Politik
Belantan
Rabu, April 30, 2014
MH370 Day 54: Australia dismisses claims by exploration firm?
Australian authorities on Wednesday dismissed claims by a marine exploration company that material found in the Bay of Bengal could be from missing Malaysia Airlines flight MH370.
Adelaide-based GeoResonance was quoted in Malaysian media and by Australia's Channel Seven as saying it had detected possible debris from a plane 5,000 kilometres (3,100 miles) from the current search location.
On Tuesday, Malaysia's acting transport minister Hishammuddin Hussein said he was verifying the information but Australia's Joint Agency Coordination Centre, which is fronting the search, downplayed any link.
"The location of MH370 suggested by the GeoResonance report (in the Bay of Bengal) is not in the Australian search and rescue zone," a spokesman for the government agency told AFP.
"The Australian led search is relying on information from satellite and other data to determine the missing aircraft's location. The location specified by the GeoResonance report is not within the search arc derived from this data.
"The joint international team is satisfied that the final resting place of the missing aircraft is in the southerly portion of the search arc."
The Beijing-bound Malaysia Airlines flight with 239 people aboard disappeared shortly after take-off from Kuala Lumpur on March 8.
Based on calculations involving the plane's speed and fuel and satellite data, investigators believe it veered off course and crashed into the southern Indian Ocean off Australia, although a massive hunt for evidence has so far yielded nothing on the surface or below.
The aerial hunt has been called off while the underwater search by an unmanned mini-submarine and other technology is being expanded across a huge swathe of seabed of about 56,000 square kilometres (21,600 square miles).
GeoResonance, which specialises in geophysical surveys to find oil and gas, groundwater, and uranium, said its research using images from satellites and aircraft had identified elements on the ocean floor consistent with material from a plane.
The company said it surveyed over 2,000,000 square kilometres.
"We identified chemical elements and materials that make up a Boeing 777… these are aluminium, titanium, copper, steel alloys and other materials,” company representative Pavel Kursa told Channel Seven.
Another company representative, David Pope, told the broadcaster: "We’re not trying to say that it definitely is MH370, however it is a lead we feel should be followed up."
Suara Politik
Belantan
Hudud: Pas jangan kecut-perut dengan DAP, PKR?
Hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud melalui pembentangan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat meletakkan parti itu di persimpangan, sama ada meneruskan cita-cita tersebut yang menjadi teras perjuangan Islamnya atau akur dengan tekanan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk melupakan hasrat tersebut demi pakatan.
Sememangnya, Pas dalam dilema antara mempertahankan maruah parti yang semakin dicabar oleh sekutunya atau terus menjadi hamba politik dalam pakatan pembangkang demi meraih kuasa. DAP sudah jelas memberi peringatan kepada Pas supaya meninggalkan pakatan tersebut jika mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan manakala PKR pula secara konsisten mahu Pas akur dengan persetujuan yang dicapai berhubung perkara berkenaan.
Dalam istilah mudahnya, jika Pas mahu terus berada dalam pakatan, lupakan hukum hudud buat selama-lamanya. Tidak usahlah Pas hendak bernostalgia apatah lagi mengungkit sumbangan parti itu kepada pakatan selama ini, semua ini tidak ada dalam perkiraan PKR dan DAP.
Bagi kedua-dua parti itu, mereka senada menolak hukum hudud dan Pas mesti patuh kepada kehendak mereka. Suara Pas seolah-olah tidak dipedulikan.
Oleh itu di manakah maruah Pas jika mahu terus berada dalam pakatan sedangkan sudah terbukti PKR dan DAP tidak pernah menghormati perjuangan Islam Pas apatah lagi menghargai pengorbanan Pas selama ini dalam memantapkan kedudukan politik pakatan?
Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR dan DAP, mereka ternyata tidak mahu mendengar apa juga hujah Pas berhubung pelaksanaan hukum hudud, waima usaha Pas untuk bermuzakarah bagi menerangkan perkara itu.
Sikap PKR dan DAP itu jauh lebih buruk jika mahu dibandingkan dengan UMNO yang sudah menegaskan bahawa kerajaan sama sekali tidak menolak hukum hudud tetapi mahu persediaan yang rapi dilakukan bagi mengelakkan salah faham khususnya dalam kalangan bukan Islam.
Tetapi malangnya, ada dalam kalangan pemimpin Pas masih memandang sinis kepada UMNO dengan menganggap sokongan yang diberikan oleh parti itu kepada hukum hudud sekadar usaha bagi meraih undi orang Melayu.
Namun apa yang anehnya, kenapakah pemimpin Pas yang mengeluarkan kenyataan itu tidak berkata-kata terhadap penentangan terbuka oleh orang yang dianggap tidur setilam dan sebantal dengan mereka. Apakah keberanian sesetengah pemimpin Pas hanya dengan UMNO sahaja tetapi kecut perut apabila berhadapan dengan PKR dan DAP?
Justeru tidak perlulah, pemimpin Pas memandang serong terhadap apa yang dilakukan oleh UMNO hatta sokongan kepada hukum hudud sekali pun. Jangan hanya tunjuk berani dengan UMNO sedangkan yang menentang keras pelaksanaan hukum hudud bukannya UMNO tetapi PKR dan DAP.
Atas sebab itulah, semua pihak memberi tumpuan sejauhmanakah keberanian Pas untuk berhadapan dengan penentangan kedua-dua parti tersebut. Sebagai sebuah parti yang bermaruah, Pas diharapkan tidak akan tunduk semata-mata kerana bimbang kehilangan kedudukan untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP jika pembangkang menawan Putrajaya.
Apa gunanya berkongsi kuasa, kalau Pas terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya? Apa gunanya bergembira kerana memperolehi kuasa, kalau Pas sekadar menjadi pak turut?
Sememangnya tiada siapa pun yang meminta Pas meninggalkan pakatan, kalau Pas berpendapat dengan cara itu sahaja mereka boleh berkuasa dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, teruskanlah kerjasama itu tetapi soalnya apakah Pas akan memperolehi keuntungan melalui perjuangan dan pengorbanannya?
Pemimpin dan ahli Pas perlu faham hukum hudud satu-satunya sisa perjuangan parti itu selepas matlamat menubuhkan negara Islam terpaksa dikuburkan akibat penentangan keras DAP dan PKR. Oleh itu apa mungkin perjuangan menegakkan hukum hudud ini juga akan dikafankan kerana penentangan kelompok berkenaan? Kalau itulah yang berlaku maka selepas ini mungkin perjuangan politik Pas pula menunggu masa untuk ditalkinkan oleh sekutunya.
Semua senario ini seharusnya memberi kesedaran kepada Pas untuk tidak lagi tunduk kepada PKR dan DAP, cukup-cukuplah selama ini pemimpin kedua-dua parti itu dilihat lebih dominan dalam pakatan pembangkang, biarpun sejarah perjalanan politik Pas membuktikan pemimpin dan parti itu jauh lebih hebat daripada sekutunya.
Seperkara lagi, jika betul pakatan pembangkang begitu mendabik dada mengatakan mereka memperjuangkan demokrasi sebenar maka mereka perlu memberi peluang kepada Pas membentangkan rang undang-undang berkaitan hukum hudud seperti mana UMNO memberi ruang kepada Pas membuat persediaan.
Janganlah soal demokrasi ini hanya terpakai apabila melibatkan kepentingan PKR dan DAP sahaja tetapi apabila Pas mahu mempraktikkan amalan demokrasi itu, mereka berhujah pula soal Perlembagaan Persekutuan.
Sepatutnya, Pas diberi peluang berbuat demikian kerana setakat ini belum ada kerangka yang jelas apa yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut, berilah ruang kepada Pas untuk menjelaskannya sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat. Janganlah melayan Pas bagaikan parti yang tidak bermaruah!
Namun begitu tumpuan kini diberikan pemimpin dan ahli Pas yang diharapkan istiqamah dalam perjuangan mereka untuk menegakkan hukum hudud. Jika benar mereka pejuang Islam dan mahu menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini. Inilah masanya untuk Pas membuktikan Islam bukanlah alat politik apatah lagi kuda tunggangan kepada mereka bagi meraih kuasa.
Jika kali ini Pas tunduk kepada kehendak DAP dan PKR dengan memberi 1001 alasan kenapa rang undang-undang berkaitan pelaksanaan hukum hudud tidak dapat dilakukan, maka terbuktilah Pas adalah parti yang paling tidak bermaruah dan tidak berprinsip dalam arena politik tanah air.
Sudah tentulah Pas tidak mahu keadaan itu berlaku, justeru mereka perlu bertegas dengan sekutunya. Pas perlu faham, sejarah politik negara sudah membuktikan parti itu mampu berjuang sendirian tanpa sokongan parti lain.
Dan berdasarkan rentetan perjalanan kerjasama dengan PKR dan DAP, kedua-dua parti itu lebih memerlukan Pas dan bukan sebaliknya.
Berikutan itu Pas tidak boleh membiarkan parti itu terus diperbodohkan dengan mengerah pemimpin dan ahlinya menyokong agenda politik PKR dan DAP termasuklah perhimpunan pada 1 Mei ini tetapi apabila Pas memerlukan sokongan mereka bagi melaksanakan agenda parti itu, ia ditolak mentah-mentah seolah-olah Pas hanya layak dilayan bagaikan lembu dicucuk hidungnya.
Oleh : Zulkiflee Bakar
Suara Politik
Belantan
Selasa, April 29, 2014
MH370 Hari ke-53: Rakaman audio pesawat dimainkan kepada keluarga China?
Pegawai Malaysia telah memainkan rakaman audio terakhir pesawat MH370 dengan menara kawalan udara kepada keluarga penumpang di China.
Ia berbunyi seperti perbualan radio biasa dengan nombor penerbangan diulang berkali-kali.
Mengikut laporan CNN, sesi pertama mendedahkan kronologi perhubungan terakhir pesawat berkenaan dengan stesen radar dan juga satelit yang berlegar di atas Lautan Hindi.
Pada 2.03 pagi 8 Mac, pusat operasi Malaysian Airlines menghantar pesanan kepada kokpit mengarahkan juruterbang untuk menghubungi menara kawalan udara Vietnam tetapi MH370 tidak menjawab.
Tiada komunikasi antara Malaysian Airlines dan MH370 selama lima jam sehingga syarikat penerbangan itu cuba menghubungi kokpit semula.
Keluarga China berkenaan diberitahu bahawa pesawat MH370 akan kehabisan bahan api setelah tujuh jam dan 31 minit dalam penerbangan.
Berdasarkan pengiraan bahan api, pesawat berkenaan akan kehabisan bahan api pada jam 8.12 pagi.
Delegasi Malaysia juga menunjukkan data satelit antara pesawat dan Inmarsat di Lautan Hindi.
Hubungan keenam dan juga terakhir dengan satelit berlaku pada jam 8.11 pagi.
Suara Politik
Belantan
MH370 Hari Ke-53: Syarikat Australia dakwa kemungkinan jumpa pesawat?
Sebuah syarikat penerokaan Australia dakwa telah temui bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Menurut laporan, Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh 7News Australia menyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac, dan telah mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu selatan Lautan Hindi.
Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.
"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.
Saintis syarikat tersebut juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebih 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.
Kata Pope, GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.
"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru boleh kami lakukan susulan," kata Pope.
Selanjutnya sila baca di sini.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)






.jpg)
.jpg)






.jpg)














