Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, September 22, 2013
DAP Insider : Nasib 5 Harimau Penentang Dinasti Lim?
Blog DAP Insider dalam pendedahan terbaharunya menimbulkan satu persoalan apakah nasib lima harimau penentang Dinasti Lim pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.
Dinasti Lim merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang dan proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP.
Dalam pendedahan bertajuk, “Konspirasi, diskriminasi dan nasib lima harimau dalam DAP,” blog itu mendedahkan lima penentang Dinasti Lim adalah Teng Chang Kim (Selangor), Chow Kon Yeow (Pulau Pinang), Boo Cheng Hau (Johor), Nga Kor Ming (Perak) dan Ngeh Koo Ham (Perak).
“Kesemua lima di atas adalah musuh Lim Guan Eng yang perlu 'dibunuh' oleh Dinasti Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan DAP,” dedahnya.
Menurutnya, Teng Chang Kim merupakan satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP paling senior di Selangor, namun dinafikan haknya untuk menjadi Exco kerajaan negeri, sebaliknya Dinasti Lim memilih Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu sebagai pilihan mereka.
“Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008, Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak hingusan, Ean Yong Hian Wah. Juga melantik Ronnie Liu sebagai Exco. Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk mereka mencari wang di Selangor.
“Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya. Sedangkan kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.
“Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat. Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.
Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012. Ronnie juga tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS.
“Akhirnya Teng Chang Kim dipilih oleh Dinasti Lim sebagai Exco yang mewakili DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya pertahankan Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng Chang Kim tidak dipilih huru-hara pasti akan timbul.
Dinasti Lim meletakkan Teng Chang Kim sebagai Exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih sebagai opera Cina sahaja. Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP. Saya akan dedahkan kepada anda nanti apa rancangan halus mereka,” dedahnya.
Menurutnya lagi, Chow Kon Yeow yang menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang sepatutnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada 2008, namun haknya telah dinafikan oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua Menteri.
Boo Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP Johor dedah blog itu telah dinafikan haknya untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
“Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk memastikan Boo Cheng Hau hilang pengaruh di Johor.
“Dua sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sedang bergaduh besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak, M.Kulasegaran.
“Masalah kekalutan berhubung pemilihan CEC tahun 2012 menjadi peluang terbaik untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima Harimau di atas,” dedahnya lagi.
Suara Politik
Belantan
Tony Pua sepatutnya ajar Lim Guan Eng bagaimana hendak mengira undi dalam CES DAPig daripada mempertikaikan MPEB?
Tony Pua talibarut Dinasti Lim terus terdesak, Barisan Nasional terus dapat sokongan kuat rakyat!
Ketua Publisiti DAP yang juga talibarut Dinasti Lim, Tony Pua dibidas kerana cuba memutarbelit dan membuat kenyataan salah dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan sistem kroni dalam melaksanakan agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB).
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Dr. Zubir Harun menggambarkan tindakan Tony itu sebagai terdesak dan berada dalam ketakutan apabila Barisan Nasional (BN) masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat sehingga ke hari ini.
Malah, tambahnya, Tony dengan jelas cuba membawa agenda MPEB ke arena politik dengan cubaan menghasut rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera agar percaya segala yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk kroni.
"Pembangkang sengaja tunjuk hebat dengan menuduh Najib agar mereka diangkat sebagai hero dalam negara, sekali gus akan lahir perasaan benci rakyat kepada kerajaan serta dalam masa sama sokongan kaum Cina masih kekal kepada mereka.
"Ini kerana mereka tidak mampu memperjuangkan hak bumiputera kerana bimbang sokongan kaum Cina akan lari kepada parti lain," katanya di sini hari ini.
Tony Pua Jeneral Perang Dinasti Lim
Portal Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Tony yang mendakwa sejumlah peruntukan besar diberikan kepada kroni BN yang berselindung di sebalik MPEB, sekali gus membuktikan sikap kepura-puraan Perdana Menteri.
Tambah Zubir, Perkasa akan memantau segala usaha meningkatkan ekonomi bumiputera seperti diumumkan oleh Najib baru-baru ini dilaksanakan dengan segera dan telus.
"Kami akan membentuk satu Jawatakuasa Pemantau bagi memantau semua tindakan kerajaan serta syarikat milik kerajaan (GLC) agar proses menambah baik ekonomi bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif," katanya.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah secara sinis mempersoalkan kredibiliti Tony bersuara tanpa sebarang fakta sambil menyifatkan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri sebagai biadab.
Katanya, Tony seperti yang diketahui umum hanya bercakap bagai angin lalu tanpa mengemukakan sebarang bukti kukuh dan setiap patah yang dikatakan hanyalah sebagai cubaan untuk menarik rakyat membenci kerajaan.
"Bukankah MPEB baru sahaja dirasmikan jadi bagaimana Tony mempunyai pengetahuan yang begitu luas tentang apa berlaku di sebalik pengumuman Najib itu?," ujarnya.
Menurut beliau, kenyataan Tony yang tidak berasas itu tidak lain mempunyai agenda tersirat untuk memecahbelahkan hubungan orang Melayu apabila gagal memerintah negara setelah tidak menerima kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.
"Daripada Tony sibuk menjaga kain orang lain, lebih baik dia dan partinya selesaikan dahulu masalah rakyat di Pulau Pinang.
"Sudah namanya pun pembangkang, apa jua yang dilakukan oleh kerajaan walaupun untuk kebaikan tetap dibangkang. Sudah-sudahlah Tony, hentikan taktik kotor itu. Jangan lupa anda adalah rakyat negara ini, anda berjaya sama ada dalam pelajaran juga daripada bantuan dan sumbangan kerajaan selama ini," katanya.
Selanjutnya sila baca di sini.
Suara Politik
Belantan
Anthony Loke & Tony Pua Jeneral Perang Dinasti Lim!
DAP Insider, blog yang baru dibina sejak beberapa hari lepas menamakan Tony Pua dan Anthony Loke sebagai ‘Jeneral Perang’ kepada Dinasti Lim yang merujuk terhadap penguasaan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan anaknya, Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dalam parti itu.
Tony Pua atau Tony Pua Kiam Wee adalah Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Selangor, manakala Anthony Loke atau Anthony Loke Siew Fook adalah Ahli Parlimen DAP Seremban dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah Negeri Sembilan.
Dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi DAP (CEC) sebelum dibatalkan oleh Pejabat Pertubuhan Pendaftar (ROS), Dinasti Lim telah melantik Tony Pua sebagai Setiausaha Publisiti Kebangsaan dan Anthony Loke dilantik sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan, jawatan yang pernah disandang oleh Kit Siang ketika DAP mula ditubuhkan pada tahun 1968.
“Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP,” dedah blog itu.
Empat harimau yang dimaksudkan itu adalah Chow Kon Yeow (Pulau Pinang), Boo Cheng Hau (Johor), Nga Kor Ming (Perak) dan Ngeh Koo Ham (Perak).
Blog itu turut menamakan seorang lagi penentang Dinasti Lim adalah Chen Man Hin, bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, satu jawatan yang ‘dirampas’ oleh Kit Siang ketika dia meninggalkan jawatan Setiausaha Agung DAP pada tahun 1999.
Kit Siang meninggalkan jawatan orang nombor satu DAP (Setiausaha Agung DAP) pada tahun 1999, apabila dia kalah di Parlimen Bukit Bendera dalam PRU tahun itu.
Menurut bacaan pemerhati politik, kekalahan Kit Siang pada tahun itu kerana masyarakat Cina mahu menghukumnya dan menyedari hal itu dia meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan merampas’ tempat Chen Man Hin sebagai Pengerusi DAP. Bacaan lanjut sila klik di sini.
“Hari ini adalah hari ketiga saya berblog. Walaupun masih baru blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia.
“Ada pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan. Anthony Loke telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya. Malah akaun twitter DAP Insider telah disekat.
“Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Chen Man Hin sebagai batu api sehingga wujudnya blog ini,” dedah Peter pengendali blog DAP Insider.
Peter merupakan ahli DAP dari salah satu cawangan di Johor yang menyertai parti itu sejak tahun 1998.
“Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC. Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim, Tony Pua, Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP,” dedahnya sebagai pembuka bicara ketika blog itu mula dibuka pada 18 September lalu.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, September 21, 2013
Isu Ajaran Syiah : Bekas isteri ugut nikah mutaah?
“Kalau abang tak nak cerai, saya akan nikah (secara) mutaah dengan lelaki lain.” Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga Azam, 47, walaupun diucapkan bekas isterinya lapan tahun lalu.
“Kata-kata itu akan saya ingat sampai mati. Ia menusuk hati dan menjatuhkan maruah saya sebagai suami,” katanya menceritakan pengalaman mendirikan rumah tangga dengan pengikut tegar Syiah sehingga terpaksa menceraikan wanita itu berikutan perbezaan pegangan dan akidah.
Azam berkata, bekas isteri yang dinikahi pada 1997 itu nekad menuntut cerai kerana terlalu taksub dengan hasutan ‘tok guru’ Syiah selepas dia enggan mengikuti pengajian dan seterusnya menjadi pengikut kumpulan berkenaan.
Malah, dia yakin ugutan bekas isterinya mahu berkahwin lagi secara mutaah walaupun masih menjadi isterinya, diajar ‘tok guru’ Syiah berkenaan.
Menurutnya, selepas pelbagai usaha mengajak bekas isteri kembali ke pangkal jalan gagal, dia terpaksa menceraikannya selepas mendapat nasihat beberapa kaunselor dan tokoh agama yang menyatakan, hanya perceraian dapat mengatasi masalahnya berikutan wanita itu menganuti ajaran yang sangat berbeza dengan umat Islam lain di negara ini.
“Sebelum mengambil keputusan bercerai pada 2004 iaitu selepas tujuh tahun berkahwin, puas saya memujuknya supaya kembali kepada ajaran Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan meninggalkan Syiah yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.
“Namun, dia bertegas kononnya Syiah adalah aliran Islam yang terbaik,” katanya di sini hari ini.
Azam berkata, pada awal perkahwinan mereka, bekas isterinya yang juga guru tidak menimbulkan masalah, malah sangat mendokong pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Menurutnya, perangai bekas isterinya berubah selepas berkawan baik dengan seorang guru wanita di sekolahnya dan selepas itu, bekas isteri kerap menceritakan kebaikan secara berlebih-lebih mengenai Ahlul Bait (keluarga Nabi).
“Ketika itu, saya langsung tidak mencurigai kelakuannya. Namun, dia pernah menyatakan mazhab Ahlul Bait (Syiah) adalah terbaik berbanding mazhab muktabar lain, menyebabkan saya mula terasa ada sesuatu yang tidak kena.
“Tidak lama selepas itu, isteri membawa beberapa naskhah buku, risalah dan nota berhubung ‘mazhab’ berkenaan yang menceritakan kebaikan keluarga nabi.
“Bagaimanapun, risalah itu secara jelas menghina dan mengkafirkan sahabat Rasulullah, terutama Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab,” katanya.
Berikutan itu, dia mula tidak senang dengan tindak-tanduk isterinya kerana sepanjang pengetahuannya, semua khalifah di kalangan Khulafaur Rasyidin dijanjikan syurga oleh Nabi Muhammad SAW kerana perjuangan dan pengorbanan mereka menyebarkan Islam.
Menurutnya, bekas isteri pernah mengajaknya mendengar ceramah disampaikan guru Syiah itu, namun dia mengelak kerana bimbang akidahnya terpesong.
Azam berkata, bekas isterinya mula menunjukkan perubahan akidah yang ketara pada 2000 dan berlarutan sehingga mendapat anak ketiga sebelum rumah tangga mereka gagal diselamatkan lagi apabila terlalu taksub dengan ajaran Syiah.
“Sebelum kami bercerai, bekas isteri mempraktikkan amalan Syiah seperti bersolat hanya tiga kali sehari dan berpuasa mengikut cara kumpulan itu iaitu hanya berbuka selepas tiada lagi sinar matahari, jam 8 malam.
“Tindakannya membuatkan saya tidak selesa, sekali gus meretakkan hubungan kami. Malah, ibu bapa pernah beranggapan bekas isteri tidak sudi berbuka puasa dengan mereka, sedangkan hakikatnya dia berbuka puasa lebih lewat berbanding umat Islam lain,” katanya.
Azam berkata, dia kini bimbangkan tiga anaknya berusia antara 12 hingga 16 tahun yang tinggal bersama bekas isteri.
“Saya risau akidah anak turut terpesong daripada landasan Islam sebenar,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, jika mengambil anaknya tinggal bersama pada hujung minggu, dia memerhatikan cara mereka bersolat, namun setakat ini mereka dilihat menunaikan ibadat itu mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Bagaimanapun, saya bimbangkan persepsi dan cara mereka berfikir. Saya pernah berbual dengan anak sulung (lelaki) mengenai keadaan politik serta pergolakan di Iran dan Syria. Hasil perbualan itu, saya dapati dia mengagumi dua negara itu.
“Iran negara paling ramai penganut Syiah dan secara tidak langsung ia menggambarkan cara anak saya berfikir dan pasti dia turut mengagumi beberapa pemimpin negara itu yang berpegang teguh pada ajaran berkenaan.
“Kini saya hanya mampu berdoa semoga Allah memberi petunjuk kepada bekas isteri dan melindungi anak daripada terpengaruh dengan ajaran Syiah.
“Pelbagai usaha saya lakukan bagi mengajak bekas isteri kembali ke pangkal jalan, namun ditolak,” katanya.-HM
Suara Politik
Belantan
Tuan Tat Hairan Kit Siang Dominasi DAP Selama 47 Tahun?
Bekas Pengerusi DAP cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat melahirkan rasa terkejut dengan penguasaan Lim Kit Siang terhadap parti itu selama 47 tahun, sedangkan rakan-rakan politik yang seangkatan dengannya sudah bersara politik.
Kit Siang menjawat jawatan Setiausaha Agung DAP sejak tahun 1998, meninggalkan jawatan itu, tetapi menaiki satu lagi hireaki politik, Pengerusi DAP pada tahun 1999.
Pada tahun 2004, Kit Siang melepaskan jawatan Pengerusi DAP untuk diganti dengan Karpal Singh, namun dalam masa sama menaikkan anaknya, Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung DAP.
Dalam masa sama, satu jawatan khusus diwujudkan kepada Kit Siang sebagai ‘Penasihat DAP’, satu jawatan yang mendominasi jawatan-jawatan lain dalam parti itu.
“Saya pun terkejut dengan apa yang disifatkan sebagai bapa dengan anak itu. (Itu) adalah satu kenyataan.
“Sebagai umat Tuhan ini, saya pun hairan, macam mana dia (Kit Siang) boleh dapatkan kuasanya sampai 47 tahun. Sedangkan Tun (Dr Mahathir) sudah lepaskan jawatan Perdana Menteri.
“Hanya dia seorang sahaja yang belum. Saya rasa lah apabila mereka lepas jawatan ini, mereka akan mati,”katanya.
Menurut Tuan Tat lagi akar umbi DAP mula buka mata tentang penguasaan bapa-anak dalam parti itu setelah berlaku insiden penyelewengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tahun lepas.
“Parti ini bukan bapa punya parti (atau) anak punya parti. Sebenarnya, bapa dia sebagai penasihat. Dia (Kit Siang) dah tahu, ini adalah salah. Dia harus cerita dengan anaknya. Ini dah tak betul, jika mereka betul-betul sayangkan parti itu, “katanya lagi!
Suara Politik
Belantan
Manipulasi Perlembagaan DAP, Strategi Utama Dinasti Lim Terus Berkuasa?
Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mendakwa terdapat satu senarai terpilih yang direstui oleh kepimpinan tertinggi DAP, dapat berkempen dengan lebih cekap kerana memiliki senarai perwakilan yang akan mengundi sedang berkempen untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.
Zulkifli dilaporkan Malaysiakini berkata beliau tidak termasuk dalam senarai terpilih tersebut dan tidak dibekalkan senarai perwakilan daripada ibu pejabat DAP.
Walaupun Zulkifli tidak menamakan pemimpin atasan DAP yang dimaksudkan itu, namun sudah diketahui umum, ia merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang melalui proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP.
“Senarai itu tidak diedarkan kepada calon-calon lain. Mereka dah ada (senarai). Saya tak ada (senarai) dan saya terpaksa berkempen dalam ‘gelap’,” katanya.
Zulkifli yang merupakan seorang daripada lapan orang calon Melayu yang merebut 20 tempat dalam CEC.
Pendedahan terbaru Zulkifli itu menyamai pendedahan Peter ahli DAP di sebuah cawangan di Johor yang ‘membuka’ blog thedapinsider sejak beberapa hari lepas.
Dalam tajuk “Pembohongan keluarga Lim mempertahankan kuasa dalam DAP,” Peter mendedahkan Dinasti Lim, merujuk kepada keluarga Kit Siang dan anaknya Guan Eng berjaya mendominasi DAP sejak dari tahun 1968 dengan cara memanipulasi perlembagaan parti itu.
“Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.
“Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.
“Parti DAP tidak mempunyai bahagian di setiap Parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja,” dedahnya.
Menurutnya, setiap cawangan DAP dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu cawangan yang mendapat sijil A dan cawangan yang menjadi Sijil B yang ditentukan oleh Setiausaha Agung DAP.
Ahli-ahli cawangan yang mendapat sijil A layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC, manakala ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati tetapi tidak mengundi.
“Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi.
Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.
“Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya,” dedahnya.
Selain strategi pembahagian sijil, Peter turut mendedahkan taktik kedua Dinasti Lim untuk terus berkuasa dengan cara ‘pemilihan 20 CEC tanpa menamakan jawatan’.
“Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.
“Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit.
Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.
“Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.”
Menurut Peter dua taktik memanipulasikan perlembagaan DAP itu adalah rahsia besar Dinasti Lim terus berkuasa dalam parti itu sejak 50 tahun lalu.
“Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.
“Kit Siang tahu dia sekarang sudah di hujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.
Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.
“Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP,” dedahnya lagi.
Suara Politik
Belantan
‘Retreat’ Selangor Ke Bangkok Diragui?
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (PERKASA), Abu Bakar Yahya menyuarakan keraguan terhadap agenda Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan mesyuarat Exco negeri di Bangkok yang bermula semalam dan hari ini.
Abu Bakar dilaporkan Antarapos berharap ‘retreat’ kerajaan Selangor itu tiada kaitan dengan kematian Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Isnin lalu.
“Penjelasan itu penting bagi menafikan dakwaan mereka pergi ke sana juga bertujuan menziarahi mendiang Chin Peng, yang mati, Isnin lalu.
“PERKASA Selangor berharap pemergian mereka ini tiada helah lain. Apapun, biar rakyat menilai sama ada benar-benar untuk rakyat negeri ini atau sebaliknya,” katanya.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata tindakan kerajaan negeri itu satu pembaziran wang rakyat.
“Tujuan mesyuarat Exco untuk mendapatkan hasil dan tidak semestinya diadakan di luar negara. Apa keperluan untuk bermesyuarat di sana.
“Abdul Khalid perlu jelaskan kerana sebelum ini beliau mendabik dada kononnya menguruskan belanjawan berhemat.
“Lawatan seperti ini pasti membabitkan implikasi kewangan kerana pegawai kerajaan negeri juga turut dibawa. Di mana punca kewangan untuk lawatan itu kerana jika tidak, ia pasti dianggap membazirkan wang rakyat,” katanya.
Semalam blog the Unspinners mendakwa seramai 18 orang terdiri daripada Exco dan pegawai kerajaan negeri Selangor telah bertolak dari KLIA pada 18 Sep 2013 jam 10:00 pagi ke Bangkok.
“The Unspinners mendapat maklumat bahawa exco Selangor akan mengadakan Mesyuarat Exco Negeri Selangor di World Club Hotel, Bangkok, Thailand dari hari ini 18hb ke 20hb.
“Dipercayai mesyuarat di adakan di situ bersempena kematian Chin Peng. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah usaha kerajaan Pakatan Rakyat mahu pertahan saham politik dengan sebahagian masyarakat Cina untuk memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng.
“Segala perbelanjaan pemergiaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dan dengan demikian bermakna kerajaan Selangor menghormati pengganas,” dakwa blog itu.-AIDC
Suara Politik
Belantan
Jumaat, September 20, 2013
Chin Peng adalah pengkhianat dan bukannya wira?
Tindakan segelintir rakyat kita sendiri yang cuba menonjolkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok baru-baru ini sebagai wira dan pejuang negara cukup menyedihkan dan mengecewakan.
Hal ini kerana sejarah negara dengan jelas membuktikan betapa komunis menjadi ancaman yang cukup besar, melakukan pelbagai kemusnahan terutamanya kekejaman terhadap rakyat tempatan. Ringkasnya, ribuan nyawa terkorban, termasuk anggota pasukan keselamatan, angkara keganasan dan kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini. Kenapa begitu mudah rakyat kita sendiri lupa tentang sejarah ini atau pura-pura lupa hanya untuk meraih pengaruh politik dalam kalangan masyarakat?
Seperti kata Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth, dosa Chin Peng terhadap negara dan rakyat ini terlalu besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.
Justeru tindakan untuk mengagungkan perjuangan Chin Peng dan komunis wajar dilihat sebagai usaha menafikan perjuangan para perajurit kita, malah ia boleh disifatkan sebagai tindakan menghina bekas-bekas perwira negara yang telah terkorban di tangan komunis dalam mempertahankan ibu pertiwi.
Kita berharap sangat agar pihak yang cuba mengangkat Chin Peng sebagai wira hentikan segera perbuatan tersebut. Baca dan fahamilah sejarah negara dan sejarah perjuangan komunis secara menyeluruh sebelum membuat sesuatu kesimpulan mahupun tuduhan.
Selami dan fahami juga hati dan perasaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis di negara ini tatkala kita cuba memuja Chin Peng dan perjuangannya.
Apa yang pasti komunis tetap komunis selamanya. Ideologi perjuangannya cukup nyata dan jelas. Maka tidak perlu dan tidak wajar ada rasa kasihan, apatah lagi usaha untuk menghalalkan perjuangan dan tindakan kejam mereka terhadap perwira negara.
Sekarang Chin Peng sudahpun menjadi sejarah. Biarlah sejarah menghakimi segala kekejaman dan keganasan yang beliau dan rakan-rakannya lakukan terhadap rakyat dan negara ini. Setiap nyawa yang terkorban serta setiap titisan darah yang diakibatkan oleh komunis tidak wajar dilupakan begitu saja.
Dalam hal ini generasi muda yang ada pada hari ini wajar dididik dan diberi penjelasan serta penerangan yang betul tentang kekejaman komunis serta perjuangan para perwira negara dalam melawan komunis dan mempertahankan negara. Jangan sesekali kita cuba memutarbelit fakta dan sejarah demi merasionalkan tindakan mahupun hujah kita.
Semoga pihak kerajaan terus tegas dalam soal ini. Tiada ruang untuk berkompromi mahupun bertolak ansur walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kita tidak mahu pengkhianat diangkat sebagai wira hanya kerana kepentingan peribadi mahupun politik pihak tertentu.
Suara Politik
Belantan
Isu ajaran Syiah: Lakukan seks di pejabat?
Sekadar gambar hiasan
Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.
Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.
Kahwin sementara
“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.
“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.
“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.
Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.
Penyebaran secara senyap
Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.
“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.
“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya.-BH
Suara Politik
Belantan
Khamis, September 19, 2013
Anwar mohon buang satu perenggan dalam penghakiman?
Anwar Ibrahim cuba mengeluarkan satu perenggan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama dihadapinya yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual.
Anwar telah memfailkan permohonan itu pada Mei tahun ini, sembilan tahun selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas dakwaan meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar.
Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan semakannya itu pada 13 November, dalam usaha untuk memadamkan perenggan itu.
Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, dalam keputusan majoriti 2-1, daripada pertuduhan meliwat Azizan.
Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar.
Panel Mahkamah Persekutuan yang sama turut membatalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun ke atas adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dibicarakan bersama-sama Anwar atas dakwaan meliwat Azizan di Tivoli Villa di Kuala Lumpur pada 1994.
Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara, menulis majoriti penghakiman itu.
Dalam penghakiman itu, beliau (Abdul Hamid) berkata: "kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan ) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang kala ....".
Peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya berkata, Anwar memfailkan permohonan itu bagi membersihkan namanya, kerana orang menggunakan penghakiman itu untuk mewajarkan fitnah terhadapnya, dan menurutnya apabila Anwar mahu menyaman mereka bagi memfitnah, mereka akan bergantung pada penghakiman itu.
"Ia perlu dinyatakan bahawa kenyataan itu dimasukkan dalam penghakiman bagi pembebasan Anwar daripada pertuduhan liwat," katanya.
Mari kita selak sedikit sejarah Kes Liwat I Anwar Ibrahim sebelum ini! Sila baca di sini.
Suara Politik
Belantan
Benarkah MALAYSIA HUTANG MAAF KEPADA CHIN PENG? Kata AKHBAR CHINA PRESS!
Nampaknya Cinabeng-Cinabeng ini masih lagi mahu menegakkan benang yang basah! Akhbar China Press bertarikh 17 September 2013 memaparkan berita eksklusif tulisan Lim Ai Shan mendakwa Malaysia berhutang maaf kepada Chin Peng kerana kononnya melanggar perjanjian damai.
Fang Shan, bekas rakan perjuangan Chin Peng berkata, Perjanjian Damai Hatyai membenarkan bekas anggota komunis Malaya pulang ke tanah air tetapi kerajaan Malaysia melanggar perjanjian selepas melarang Chin Peng pulang.
Chin Peng adalah seorang yang berjasa kepada negara, kerajaan terhutang maaf kepada Chin Peng," katanya.
Fang Shan yang menerima kunjungan daripada akhbar China Press berkata, Chin Peng telah banyak kali membangkitkan hasrat mahu pulang ke Malaysia dan walaupun selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai rintangan, beliau tetap tidak mahu melepaskan hasratnya itu.
Setiap kali kami berjumpa, beliau tetap menyatakan hasratnya mahu pulang ke Malaysia, kali terakhir perjumpaan kami di Bangkok tahun lalu sekali lagi dia timbulkan hasrat itu. Ini menunjukkan beliau benar-benar mahu pulang," katanya.
Foto kenangan dari wartawan2 akhbar cina PULAU PINANG, ketika melawat “BAPAK SAUDARA” mereka di BANGKOK, pada tahun 2012.
Fang Shan berkata, selepas kumpulan komunis diterima kembali ke tanah air, Chin Peng sendiri hadir mengucapkan selamat jalan. Hasrat Chin Peng yang paling besar adalah mahu pulang tetapi hasrat itu tidak dapat dikotakan sebelum beliau meninggal dunia.
Hari ini Chin Peng telah pun meninggal dunia, saya harap abu beliau dapat dihantar pulang ke Malaysia supaya Chin Peng dapat memenuhi hasratnya," jelasnya.
Dan ini mungkin jawapan yang sesuai untuk Fang Shan dan juga Akhbar China Press! Sila baca di sini - Dosa Chin Peng!
Suara Politik
Belantan
Benarkah TUN ABDUL RAZAK TALI BARUT JEPUN? Jawapan KEPADA FITNAH PEMBANGKANG !!! @NajibRazak
Sebelum ini, media alternatif pro-pembangkang riuh membangkitkan kononnya Allahyarham Tun Abdul Razak adalah tali barut Jepun hanya berdasarkan kepada satu gambar di atas!
Tanpa mahu menyelidiki lebih lanjut kesahihan dan sejarah benar Tun Abdul Razak, mereka menabur fitnah dan menanam buruk sangka terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-2 ini.
And true enough. Media pro-pembangkang gagal mendapatkan keseluruhan cerita tentang sejarah Tun Abdul Razak.
Selanjutnya sila baca jawapan yang diberikan oleh Blog Dr.MiM di sini.
Suara Politik
Belantan
Khalid Samad Bidas Ulama Punca PAS Gagal PRU 13?
Antara punca kegagalan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah disebabkan kegagalan ulama pelapis memainkan peranannya di peringkat akar umbi.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, ulama pelapis PAS gagal menangani propaganda Umno di peringkat akar umbi sehingga PAS gagal menembusi kawasan kubu kuat Umno.
“Kegagalan kita (PAS) ialah kegagalan untuk menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi.
“Sepatutnya ulama pelapis ni tumpu kepada kelemahan dalam menangani dakyah Umno dikalangan masyarakat Melayu.
“Daripada dia sibuk nak serang dan mengkritik Pakatan Rakyat lebih baik dia tumpu kepada persoalan menangani dakyah Umno,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Khalid berkata, tugas PAS semasa PRU13 Mei lalu sepatutnya menembusi dan menawan kerusi yang sekian lama menjadi kubu kuat Umno tetapi gagal menanganinya secara efektif.
Katanya, sekiranya Dewan Ulama mampu memberi tumpuan dalam peranannya semasa PRU13 sudah perkara itu berjaya dilaksana.
“Itu kelemahan kita, bukan kerana tahaluf siyasi (persefahaman politik),” katanya.
Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor itu sekaligus membidas kenyataan Dewan Ulama PAS minggu lalu yang menganggap Pakatan Rakyat hanya merugikan parti itu menawan undi Melayu.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam Multaqa Ulama di Kota Sarang Semut, Kedah, sehubungan itu meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Namun ia disanggah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat tidak pernah silap.
“Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan.
“Tetapi kaji hanya untuk penambahbaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.
“Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan,” kata Nik Aziz!
Suara Politik
Belantan
Rabu, September 18, 2013
Anwar terpaksa 'tukar wajah' kerana malu besar dengan pendedahan pembangkang?
Tembelang penipuan pembangkang kononnya wujud pengundi hantu Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum lalu terbongkar apabila perkara itu diakui sendiri tidak benar oleh pemimpin DAP dan Pas.
Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau pun insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa.
Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) iaitu tidak wujud pengundi hantu warga Bangladesh atau insiden gangguan bekalan elektrik dan mengakui Parlimen Serdang juga bebas daripada dakwaan sedemikian.
Bagaimanapun beliau memberitahu, DAP belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.
"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebagaimana dipetik dari Free Malaysia Today, semalam.
Sementara itu, seorang pemimpin Pas yang enggan namanya disiarkan memberitahu portal yang sama bahawa berlaku penipuan pada pilihan raya umum lalu, tetapi bukan dalam bentuk pengundi hantu warga asing atau pun kejadian gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi.
"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik. Mereka menipu menggunakan kaedah lain seperti daftar pemilih yang tidak bersih," katanya sambil enggan mengulas lanjut kepada Free Malaysia Today.
Sebelum ini, Pemantau menjelaskan tiada sebarang bukti berlaku penyelewengan pilihan raya seperti insiden gangguan bekalan elektrik atau kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh di 87 kerusi Parlimen yang dipantau badan tersebut sebagaimana didakwa pembangkang.
Kenyataan itu selari dengan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa beberapa keping gambar 'gangguan bekalan elektrik' yang kononnya berlaku semasa pengiraan undi sebenarnya dirakam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi bertujuan melemparkan fitnah.
Malah, pada 27 Mei lalu, seorang lagi wakil rakyat DAP, Lee Chin Chen yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, menafikan berlakunya insiden gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Ahmad Shah, Bentong. Baca di sini.
Beliau dilaporkan sebagai berkata: "Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak pukul 8.30 malam sampai awal pagi, mana ada gangguan bekalan elektrik pun?
"Ramai orang ada di sana...Wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan," kata Chin Chen.
Selanjutnya sila baca di sini.
Suara Politik
Belantan
Kepemimpinan Pas dicabar tanya DAP isu 500 surat...!!! Ada berani ka?
Kepemimpinan tertinggi Pas dicabar agar bertanya kepada DAP berhubung hal ehwal dalaman parti cauvinis Cina itu termasuk isu penyerahan 500 surat salinan asal yang ditandatangani para perwakilan DAP.
Aktivis Pas, Mohd. Hadi Kamarudin berkata, tindakan itu penting memandangkan DAP sering mencampuri hal ehwal dalaman Pas sehingga mempertikaikan keputusan parti tersebut berhubung penggunaan kalimah Allah.
Sehubungan itu menurut beliau, Pas kini perlu menyemak semula tahaluf siyasi bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang disyorkan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib.
"Perkara ini perlu selepas Pas kehilangan Kedah dalam pilihan raya umum baru-baru ini gara-gara kehilangan sokongan orang Melayu yang menolak tindakan Pas mengabaikan mereka.
"Mereka sedar bahawa Pas yang dipimpin kumpulan tersebut telah lari daripada pegangan parti dalam pelbagai isu terutama dalam pendirian penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam," katanya di sini hari ini.
Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar, Kedah pada Sabtu lalu mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula.
Semakan semula itu disaran dilakukan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatan Kuasa Pas Pusat menerusi kuasa yang ada pada mereka.
Mengulas lanjut, Mohd. Hadi berkata, beliau percaya ramai ahli Pas di akar umbi sepertinya sedar dengan kemudaratan kerjasama dalam pakatan pembangkang tetapi terdapat kalangan kepemimpinan tertinggi parti yang terus 'bersetuju' dengan pemimpin DAP dan PKR.
Beliau juga mempersoalkan penglibatan parti berlabel Islam tersebut dalam pakatan pembangkang, adakah sebagai sebuah persahabatan, kerjasama atau persekongkolan dengan DAP dan PKR.
"Kami ahli akar umbi tidak mahu bersekongkol dengan kaki-kaki penipu dalam Pas ini kerana kami sedar bahawa persekongkolan ini membawa lebih banyak kerugian daripada manfaat," katanya.
Suara Politik
Belantan
Pembangkang Sudah Kepanasan Dengan Tarikh 16 September?
Tarikh 16 September boleh dianggap terus menjadi tarikh yang membongkar penipuan pembangkang. Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana pembohongan Anwar Ibrahim kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah. Baca di sini.
Ia berikutan pengakuan Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar.
Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) berhubung kedua-dua kejadian itu. Baca di sini.
Mungkin kita tidak terkejut dengan kenyataan ini kerana sejak awal lagi tidak siapa pun yang percaya bahawa Barisan Nasional (BN) mengekalkan kekuasaan melalui pilihan raya dengan cara melakukan penipuan.
Tambahan pula, ketika pembangkang mengemukakan petisyen di mahkamah bagi membantah keputusan pilihan raya sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri tidak ada satu pun menyebut mengenai kedua-dua kejadian berkenaan.
Sebab itulah dakwaan itu terpaksa dilakukan oleh pembangkang bagi menghalalkan kekalahan mereka dan sikap tidak mahu menerima keputusan rakyat yang terus memihak kepada BN.
Apa pun kita berharap rakyat akan menilai pengakuan Kian Ming sebagai bukti bagaimana dalam keadaan terdesak dan demi mencapai matlamat politik mereka, pembangkang bersedia melakukan apa sahaja taktik termasuklah melemparkan fitnah dan tohmahan yang tidak berasas kepada BN.
Bagi pembangkang, sama ada tuduhan mereka itu betul atau tidak, benar atau salah, ia soal kedua, apa yang penting mewujudkan persepsi buruk terhadap BN dalam apa juga perkara.
Suara Politik
Belantan
Selasa, September 17, 2013
Dialog Islam-Kristian kecoh, penganjur dihalau?
Gambar di atas di ambil di dalam gereja Kristian St Mark, Pantai Road, Butterworth, Pilau Pinang. Ahli panel di barisan depan paling kanan sekali adalah Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS yang mewakili Rakyat di Parit Buntar, Perak. Ahli Parlimen PAS Parit Buntar ini pandai-pandai mewakilkan diri sebagai Wakil Islam di dalam perbincangan antara Agama yang dikenali sebagai "Islam-Christian Interfaith Dialog".
Majlis dialog antara Islam dan Kristian anjuran Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa di sebuah restoran di Jalan Kampung Benggali, Butterworth di sini malam tadi kecoh apabila pemiliknya menghalau penganjur dan para peserta program berkenaan.
Pemilik premis makanan itu yang merupakan seorang wanita mendakwa dirinya ditipu kerana tidak dimaklumkan tujuan sebenar orang ramai berkumpul di situ.
Dialog tersebut pada mulanya dijadual berlangsung di sebuah gereja yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ tetapi diubah lokasi pada saat-saat akhir oleh penganjur bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Ketika Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan isterinya, Datin Zuraida Husin tiba pada kira-kira pukul 9 malam, wanita berkenaan dilihat meninggikan suara dan meminta penganjur mengosongkan tempat berkenaan menyebabkan beberapa peserta berang dan menyifatkan tindakannya sebagai biadap.
Keadaan itu memaksa penganjur kembali ke lokasi asal penganjuran iaitu Gereja St. Mark. Di luar gereja pula, kira-kira 40 anggota polis dilihat berkawal bagi mengawal keselamatan.
Sebelum ini, majlis berkenaan mendapat bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini yang membuat laporan polis kerana bimbang ada pihak tertentu menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam.
Suara Politik
Belantan
Abu mayat Chin Peng tidak dibenar dibawa ke Malaysia - PM!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan terlibat dalam sebarang urusan pengkebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang mati pagi ini di Bangkok, Thailand.
Selain itu, katanya, kerajaan juga sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat pengganas yang banyak melakukan kekejaman terhadap rakyat dan negara itu dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta oleh ahli keluarga mendiang itu.
Sementara itu kematian Chin Peng menarik minat The Washinton Post & BBC! Selanjutnya sila baca di sini.
Suara Politik
Belantan
Isnin, September 16, 2013
Kenyataan dari saki baki 'Jus Soli' yang tidak faham Perlembagaan?
Bangsa merempat yang tak sedar diri, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran sengaja mahu mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bumiputera apabila mempertikaikan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Surendran juga seolah-olah tidak mahu mengiktiraf kewujudan agensi-agensi di bawah kerajaan yang bertujuan menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera.
''Kenyataannya keterlaluan. Dia seolah-olah tidak membenarkan kewujudan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga). Saya kesal dengan tindakannya itu apatah lagi sebagai Naib Presiden parti.
''Jika begini sikap pemimpin PKR, tidak mustahil jika mereka berpeluang memerintah negara ini pasti agensi yang mengutamakan orang Melayu dan bumiputera dihapuskan demi kononnya mahu menyamaratakan dengan kaum lain,'' katanya di sini hari ini.
Surendran semalam dalam kenyataannya kepada salah sebuah portal berita didakwa cuba mempersoalkan kewibawaan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan membangkitkan kemarahan golongan bumiputera kononnya pengumuman Perdana Menteri menyentuh kebebasan asasi rakyat.
Dalam hubungan itu, Khairy mempersoalkan adakan kenyataan Surendran itu merupakan kenyataan rasmi parti atau peribadi.
Sekiranya kenyataan itu adalah daripada PKR, Khairy mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan kenyataan Surendran itu sebagai kenyataan rasmi.
''Tetapi jika Surendran mengesahkan itu kenyataan peribadinya, maka Anwar digesa menasihati Naib Presidennya itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka,'' katanya.
Beliau menambah, Surendran sewajarnya tidak membuat kenyataan seperti itu kerana hanya akan membuatkan rakyat melihat pemimpin PKR yang juga seorang peguam tersebut tidak tahu dan memahami Perlembagaan Persekutuan.
Suara Politik
Belantan
Hasrat Chin Peng untuk mati di Setiawan, Perak tidak kesampaian?
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng mati di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin. Dia berusia 90 tahun.
Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua mati akibat sakit tua. Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.
Chin Peng yang lahir pada 20 Oktober 1923 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.
Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang. Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang. Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.
Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.
Pemberontakan komunis gagal dan dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia
Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, iaitu Setiawan di Perak.
Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.
Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.
Suara Politik
Belantan
Hayati semangat Hari Malaysia.
Pembentukan Malaysia adalah satu rahmat yang harus disyukuri kerana pembentukannya telah menjadikan kita satu negara bangsa yang besar, bersatu dan makmur.
Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu (Malaya) bebas daripada belenggu penjajahan British. Malaya yang merdeka ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu merangkumi negeri-negeri yang berada dalam Semenanjung Tanah Melayu. Pada 16 September 1963, wilayah geopolitik tanah air diperluas apabila Sabah, Sarawak dan Singapura memasuki Malaysia secara rasmi. Ia sekali gus menjadikan negeri-negeri tersebut bebas daripada belenggu penguasaan British. Persekutuan Tanah Melayu secara rasminya dikenali sebagai Malaysia. Perkara 1 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut: Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris".
Secara ringkasnya gagasan penubuhan Malaysia dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj bagi menggabungkan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah dan Sarawak), Brunei dan Singapura. Dalam ucapannya di depan Persatuan Wartawan Asing di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, Tunku berkata: Sebagai satu bangsa, Malaya pada hari ini sedar bahawa tidak dapat berdiri sendiri. Di luar bidang politik antarabangsa, maka politik kebangsaan kita hendaklah berdasarkan pada konsep yang luas. Lambat-laun Malaya akan mencari persefahaman dengan British dan dengan rakyat-rakyat di Wilayah Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak".
Bagi Tunku, penubuhan Malaysia adalah perlu bagi menjamin pertumbuhan ekonomi dan keselamatan rantau Asia Tenggara terutamanya daripada ancaman komunis. Tunku Abdul Rahman melahirkan kebimbangannya tentang ancaman komunis. British juga melihat ancaman Komunis sebagai alasan utama yang mendorong kepada pembentukan Malaysia. Perkara ini terkandung dalam laporan Colonial Office - CO 1030/980, Proposed state of greater Malaysia, 59/4/10, part D, Commissioner General for South East Asia, Singapore to Iain Macleod, M.P. pada 27 Jun 1961.
Untuk menjayakan gagasan itu, beberapa tindakan telah dilakukan. Tunku sendiri mengadakan lawatan muhibah ke Sarawak, Sabah (Jun 1961) dan Brunei (Julai 1961) bertujuan menerangkan konsep, tujuan dan objektif pembentukan Malaysia. Mereka yang menentang juga dijemput menghadiri Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) di Singapura supaya mendapat penjelasan lanjut daripada pemimpin Tanah Melayu dan Singapura.
Tindakan lain yang diambil antaranya membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) pada Julai 1961, menubuhkan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 bagi mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak, membentuk Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) pada Ogos 1962 dan mengadakan referendum di Singapura pada 1 September 1962. Rombongan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Sabah dan Sarawak dari 16 Ogos - 5 September 1963 adalah untuk meninjau reaksi penduduk di sana.
Cabaran pembentukan Malaysia
Sesuatu idea baru itu pasti ada yang menentangnya. Apatah lagi dalam konteks menubuhkan sebuah negara baru yang lebih luas wilayah geopolitiknya. Di Tanah Melayu, Pas menentang tetapi menerimanya setelah memahami manfaat pembentukan Malaysia. Di Singapura, United Peoples Party (PAP) menentang. Pada 1961, PAP pimpinan Lee Kuan Yew mengalami kekalahan teruk di tangan calon prokomunis dalam dua pilihan raya kecil di Hong Lim dan Anson.
Namun, setelah diadakan referendum pada 1 September 1962, rakyat Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, dikatakan rakyat di kedua-dua negeri menentang. Namun, setelah Suruhanjaya Cobbold menjalankan pungutan suara, majoriti rakyat kedua-dua negeri bersetuju untuk memasuki Malaysia.
Brunei yang pada mulanya bersetuju untuk menyertai Malaysia akhirnya menolak kerana ada penentangan daripada rakyatnya sendiri yang dipimpin oleh A.M. Azahari dan Parti Rakyat Brunei. Pada 7 September 1962, Azahari dan Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan. Indonesia dan Filipina juga menentang gagasan Malaysia. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya. Indonesia pula bercita-cita mewujudkan Indonesia Raya".
Laporan Suruhanjaya Cobbold yang diserahkan kepada kerajaan British pada 21 Jun 1962 menjadi asas penting kepada pembentukan Malaysia. Suruhanjaya itu mendapati lebih 80 peratus bersetuju dengan gagasan Malaysia. Suruhanjaya mencadangkan Perlembagaan 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Malaysia dan Persekutuan yang bakal ditubuhkan itu dinamakan Malaysia.
Selain itu, kuasa autonomi dan jaminan khas dalam sesetengah perkara diberi kepada Sabah dan Sarawak dan kuasa-kuasa itu tidak boleh dipinda tanpa persetujuan daripada kerajaan negeri-negeri berkenaan. Sabah dan Sarawak akan mempunyai ketua masing-masing. Kuasa imigresen dan agama masih di bawah kawalan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak. Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan ekonomi di kedua-dua negeri berkenaan.
Akhirnya, termeterai Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia di London (Perjanjian London) pada 9 Julai 1963 di pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House. Perjanjian itu diwakili oleh wakil Kerajaan British, wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, wakil Sabah dan wakil Sarawak. Hasil rundingan di London (7-9 Julai 1963) memutuskan Malaysia akan ditubuhkan.
Indonesia menentang
Namun, Indonesia membantah keputusan itu dan satu rundingan diadakan di Manila di antara Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Sukarno (Indonesia) dan Macapagal (Filipina) bagi membincangkan perkara itu. Mereka membuat kata sepakat agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan tinjauan ke atas penduduk Borneo bagi mengesahkan persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia.
Setiausaha PBB, U-Thant mengirim misinya ke Borneo diketuai Michael More. PBB akhirnya memperakukan penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Namun, Indonesia tetap menentang keras penubuhan Malaysia. Tun Dr. Ismail menyebut keinginan Indonesia untuk meluaskan wilayah mereka sebagai Negara Kesatuan di Asia Tenggara hingga ke Madagaskar dan Kepulauan Polinesia (UMNO 20 Tahun:1966).
Pada 20 Januari 1963, Indonesia mengisytiharkan Konfrontasi dengan slogan Ganyang Malaysia. Tentera Indonesia menyusup ke sempadan Malaysia, iaitu di Johor, Sabah dan Sarawak. Indonesia juga memutuskan hubungan perdagangan dengan Malaysia pada 21 September 1963. Tindakan Indonesia itu dibantah keras Malaysia.
Perwakilan Malaysia, Datuk Dr. Ismail Abdul Rahman dihantar ke PBB untuk menyampaikan bantahan. Malaysia juga menghantar beberapa perwakilan diketuai oleh Datuk Abdul Razak Hussein ke beberapa buah negara Afrika untuk menjelaskan kedudukan Malaysia-Indonesia.
Malaysia juga telah mendapat bantuan ketenteraan asing dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kejatuhan Sukarno dan kegagalan peristiwa GESTAPO pada 30 September 1965 telah mengendurkan konfrontasi Indonesia dan akhirnya pada Jun 1966, perjanjian damai bagi menamatkan konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia diadakan di Jakarta.
Akta Malaysia dan Perisytiharan Malaysia
Pada 26 Ogos 1963 Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia yang sudah diperkenankan Ratu Elizabeth II serta diluluskan oleh Parlimen British. Walaupun 31 Ogos dicadangkan sebagai tarikh penubuhan Malaysia tetapi disebabkan faktor tertentu maka pengisytiharan Malaysia dibuat pada 16 September 1963. Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Selain Tunku Abdul Rahman, tiga lagi pemimpin utama dari tiga negeri baru turut hadir, iaitu Lee Kuan Yew (Singapura), Donald Stephens (Sabah) dan Stephen Kalong Ningkan (Sarawak). Peristiwa bersejarah ini disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat jelata di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Singapura keluar Malaysia
Pada 9 Ogos 1965, Singapura yang turut menyertai Malaysia mengambil keputusan keluar dari Malaysia dan menubuhkan negara republik yang merdeka. Antara faktor yang membawa pemisahan Singapura daripada Malaysia termasuklah persoalan ekonomi, sosial, persoalan kuasa pusat, ideologi politik dan cita-cita peribadi Lee Kuan Yew. Tun Razak menganggap Singapura sebagai duri dalam daging.
Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang dianggotai PAP, SUPP, UPKO dan UDP berikrar akan memperjuangkan Malaysian-Malaysia dan menolak dominasi Melayu dalam kerajaan. Cita-cita Lee Kuan Yew (PAP) itu mencetuskan perbalahan dalam Dewan Rakyat antara pemimpin UMNO dan PAP. Antara yang kuat mengkritik Lee Kuan Yew ialah Dr. Mahathir (Zarina Othman dan Rashila Ramli, 2006).
Sarawak, Sabah maju dan makmur
Sejak 50 tahun merdeka dalam Malaysia, pelbagai kejayaan dilakar oleh kedua-dua negeri itu. Kekukuhan semangat perpaduan pelbagai lapisan masyarakat di Sabah dan Sarawak menjadi tunjang menjamin kestabilan, kesejahteraan, kemakmuran serta keharmonian di kedua-dua negeri itu. Sebelum kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, negeri terbabit adalah miskin dan mundur. Kini, kedua-duanya telah berubah menjadi negeri yang maju dan membangun.
Masyarakat di kedua-dua negeri itu turut menjadi lebih progresif menerusi pendidikan yang lebih bermutu dan peluang pekerjaan yang meluas. Golongan muda yang berpendidikan dan berkemahiran terus menyumbang untuk negeri masing-masing.
Kerajaan Persekutuan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan Sabah dan Sarawak mencapai status negeri maju. Selari dengan moto gagasan 1 Malaysia dan dasar transformasi, rakyat Sabah dan Sarawak terus menikmati kemajuan yang lebih terserlah. Menerusi bantuan Kerajaan Persekutuan, kedua-dua kerajaan negeri itu telah merangka pelbagai strategi bagi membangun negeri masing-masing, bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar.
Ekonomi Sabah dan Sarawak terus berkembang positif, iaitu tumbuh lima peratus pada tahun lalu tahun lalu. Perkembangan sihat itu ditunjangi oleh penjanaan aktiviti-aktiviti ekonomi daripada pelaksanaan projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Kedua-dua koridor pembangunan itu berupaya menarik lebih banyak pelaburan asing ke negeri masing-masing dan dijangka berupaya memacu pertumbuhan KDNK hingga enam peratus pada tahun 2015 nanti.
Kini, agenda transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus menjamin kemajuan dan kedudukan Sabah dalam Malaysia. Sebahagian besar peruntukan RMK-10 disalurkan bagi membangunkan kedua-dua negeri terbabit. Menerusi NKRA Infrastruktur Luar Bandar, jalan raya di Malaysia Timur sahaja membentuk 54 peratus daripada keseluruhan jumlah jalan raya di negara ini.
Pada keseluruhannya, Sabah dan Sarawak telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia. Kestabilan politik di kedua-dua negeri itu menjadi antara faktor penting menarik pelaburan serta membolehkan perniagaan berkembang pesat. Kini, kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Sabah dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Musa Aman terus komited untuk mempertingkat tahap kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial demi kesejahteraan rakyat di negeri-negeri terbabit.
Kedaulatan Wilayah dilindungi
Pada 12 Februari 2013 berlaku peristiwa pencerobohan bersenjata oleh pengikut Jamalulail Kiram III ke atas wilayah Sabah, iaitu di Lahad Datu sehingga mengorbankan 10 orang anggota keselamatan kita. Sebagai sebuah wilayah yang sah dan merdeka dalam Malaysia, pasukan keselamatan negara terdiri daripada polis dan tentera telah berjuang dan berjaya mempertahankan bumi Sabah melalui "Ops Daulat".
Kesimpulan, pembentukan Malaysia adalah satu rahmat yang harus disyukuri kerana pembentukannya telah menjadikan kita satu negara bangsa yang besar, bersatu dan makmur. Kedaulatan seluruh wilayah Malaysia akan terus dipertahankan daripada sebarang ancaman dan pencerobohan.
"Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku" mestilah tertanam dalam minda dan jiwa seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara ini.-UMO
Suara Politik
Belantan
Ahad, September 15, 2013
Di ambang Hari Malaysia : Memperingati hari ulangtahun ke-5 pembohongan Anwar nak jadi PM?
Peristiwa 16 Sept. Anwar Nak Jadi PM : Anwar Ibrahim - hari lain…cerita sama!
Hampir 100 orang wartawan dan jurugambar hadir. Biasanya kehadiran sebesar itu pada sesuatu sidang akhbar awal-awal mencetuskan andaian adalah berita besar bakal meletup.
Apa tidaknya ini hari istimewa 16 September. Suasana gairah itu jelas terpancar pada wajah mereka ketika bersesak di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya awal petang Selasa untuk mendengar ‘ berita besar’ semasa menghadiri sidang Anwar Ibrahim di situ.
Selain para wartawan dan jurugambar ada kira-kira 100 orang penyokong PKR berkumpul di luar bangunan ibupejabat itu. Namun akhirnya ia seperti apa yang disimpulkan oleh seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Inggeris , “ different day,but same story”.
Banyak lagi komen-komen ‘ menyumpah’ yang kedengaran dikalangan para wartawan yang hadir. Ada yang kata rasa macam ‘ kena main’ oleh Penasihat PKR itu. Jangan kata berita besar kalau nak kira sempena dengan hari penentuan yang Anwar gembar gemburkan selama ini habuk pun tak ada yang baru.
Ini lebih-lebih lagi mengenangkan pada kenyataan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua Isnin bahawa Anwar akan umum nama 32 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang nak melompat semasa sidang akhbar itu.
Itulah sebenarnya yang semua orang nak dengar. Adakah 32 orang itu dan siapa mereka? Anwar bukan saja tak umum nama sesiapapun tetapi membawa para wartawan ‘ pusing keliling ’ bila berkali-kali ditanya mengenainya.
Beliau sebaliknya dengan bijak menyusun ayat untuk mengambarkan seolah semua mereka sudah set nak melompat dan kerajaan mungkin akan aniaya mereka bila tahu siapa mereka.
Bila diminta angka yang betul, Anwar berkata setakat ini sudah ada lebih 31 orang yang diperlukan. Diminta pula sebut nama mereka semua beliau berkata , “kalau umum mereka akan ditangkap serta merta.”
Menurut Anwar beliau hanya akan dedah senarai nama mereka itu dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri untuk merundingkan penyerahan kuasa secara aman dan teratur.
Untuk memberi gambaran seolah semua on track tetapi kemungkinan ada sekatan tertentu, Ketua Pembangkang itu meminta kerajaan tidak guna ISA tahan mana-mana Ahli Parlimen yang lompat parti.
Katanya kerajaan juga tidak harus guna kuasa darurat, guna kuasa polis atau gantung perlembagaan mahupun bubar parlimen dalam usaha halang cita-cita pembangkang berkuasa.
Ditanya sekiranya beliau gagal jumpa Perdana Menteri, Anwar kata beliau bincang dengan barisan pembangkang mengenai pilihan lain untuk ambilalih kerajaan. Peliknya dalam sidang media kali ini yang sepatutnya ‘ hari besar’ tiada tokoh-tokoh besar pembangkang yang hadir.
PAS diwakili oleh Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli yang diketahui umum memang pro Anwar. DAP hanya diwakili oleh Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai. Nampaknya semakin hari Anwar semakin hilang tarikh bila nak ambil alih kuasa.- 16/9/2008
Moral of the story : Anwar boleh tipu semua rakyat Malaysia, tetapi tidak boleh tipu dirinya sendiri!
Untuk episod sebelumnya sila baca di Episod 1, Episod 2, Episod 3, Episod 4.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
Suara Politik
Belantan
DAPig Lim & Sons Sdn Bhd gagal tadbir parti?
DAP disifatkan sebagai parti yang amat luar biasa dan pelik di dunia memandangkan hanya dikuasai oleh satu 'dinasti' keluarga sahaja walaupun selama ini parti itu melaungkan slogan kononnya memperjuangkan prinsip demokrasi.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sejak kira-kira 47 tahun lalu, DAP hanya dikuasai oleh keluarga Lim, daripada bapa kepada anak.
"Walaupun sudah berdiri sejak 47 tahun lalu, parti yang kononnya memperjuangkan amalan demokratik hanya dikuasai oleh kaum keluarga Lim yang diterajui Lim Kit Siang sebagai Penasihat dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, Zamil mendakwa, DAP juga masih 'gagal' memahami Perlembagaan parti itu sendiri walaupun terdapat ramai peguam dalam kalangan ahlinya.
Dakwanya, perkara itu terbukti apabila Guan Eng tidak memahami Perlembagaan parti berikutan notis 10 minggu bagi kongres pemilihan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
"Ahli-ahli parti itu juga kurang pandai mengira. Bagaimana kertas undi yang hanya berjumlah 1,823 boleh disilap kira dan mengambil masa selama tiga minggu?" ujar beliau.
Mengulas lanjut, Zamil memberitahu, DAP sering menghentam dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya menjalankan pilihan raya secara tidak adil tetapi hakikatnya parti itu sendiri tidak mampu mengurus CEC mereka secara telus.
Katanya, jika benar dakwaan 500 perwakilan tidak hadir maka ini merupakan satu rekod negara kerana mustahil berlaku perwakilan seramai itu gagal menghadirkan diri dalam pemilihan parti.
"Parti yang ditadbir oleh dinasti Lim itu mendakwa terdapat 500 surat pengakuan rasmi daripada perwakilan DAP yang tidak dapat menghadiri pemilihan CEC parti.
"Namun sehingga kini Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum menerima walaupun satu daripada surat pengakuan asal yang didakwa telah ditandatangani perwakilan yang tidak hadir pada pemilihan CEC parti itu 15 Disember lalu," ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)





















.jpg)



.jpg)

















