Isnin, September 09, 2013

Perbicaraan nama suci Allah : Umat Islam diseru turun beramai-ramai esok?


Umat Islam diseru untuk turun beramai-ramai esok ke Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman Putrajaya bagi memberi sokongan kepada pasukan peguam Islam dalam perbicaraan isu penggunaan nama suci Allah oleh orang bukan Islam.

Esok, 10 September merupakan tarikh perbicaraan berhubung rayuan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Agama Negeri-Negeri bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan nama suci Allah dalam majalah The Herld terbitan pihak gereja.



Sebagai umat Islam kita perlu prihatin dengan isu nama suci Allah ini. Perbicaraan esok adalah amat penting bagi masa depan Islam di negara kita. Justeru ayuh kita turun beramai-ramai dan menzahirkan sokongan kita kepada pasukan peguam Islam.

Umat Islam perlu menang dalam perbicaraan esok agar pihak gereja tidak lagi dibenarkan menggunakan nama suci Allah dalam bahan penerbitan mereka yang bertujuan memesongkan akidah umat Islam.

Nama suci Allah merujuk kepada Tuhan yang Esa, yang Satu. Itu hujah yang paling kuat yang menghalang penggunaan nama suci Allah oleh mereka. Jika tidak, generasi akan datang akan keliru dan akidah mereka mudah terpesong, tidak tahu Allah yang mana satu, yang Esa atau yang ada anak dan bapa!






22 Ogos lalu Mahkamah Rayuan mengenepikan permohonan Titular Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam untuk membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Sila baca di sini.

Sama-samalah kita berdoa semuga kemenangan berpihak kepada kita, umat Islam di Malaysia. InsyaAllah.

Suara Politik
Belantan

Ideologi melampau kibaran bendera?


Tindakan segelintir individu rakyat kita yang mengibarkan bendera “Sang Saka Malaya" ketika negara meraikan kemerdekaan merupakan bentuk kezaliman terhadap dirinya dan kepada negara. Zalim kepada dirinya kerana perbuatan itu merosakkan pandangan orang lain terhadap dirinya. Dengan perbuatan yang melampau itu, tiada lagi kredibiliti yang dimilikinya sehingga dengan sendirinya dia meranapkan masa depannya sendiri. Baca di sini.

Dianggap sebagai zalim kepada negara kerana dengan perbuatan itu, dia telah menggugat Perlembagaan negara yang menjadi teras kepada keagungan dan kewibawaan negara. Tindakan melampau itu juga boleh diiktiraf sebagai mencabul undang-undang negara yang sudah menetapkan Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi negara yang mesti dihormati dan dijunjung tinggi.

Bendera adalah lambang kepada kedaulatan dan maruah sesebuah negara. Mereka sepatutnya merenung dan bertafakur secara mendalam terhadap makna di sebalik kehebatan sebuah bendera. Demi sang bendera, para pejuang dan pahlawan kita dahulu mempertaruhkan dan menggadaikan nyawa mereka menentang penjajahan.

Demi kehormatan bendera, para pejuang kemerdekaan kita mengerahkan fikiran (ijtihad), hati (mujahadah) dan kekuatan fizikal (jihad) demi membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan yang menjadikan hidup rakyat sengsara.

Dalam al-Quran, Allah SWT telah memberi amaran keras kepada manusia untuk meninggalkan perbuatan zalim dan sikap yang melampau. Allah berfirman “Sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya seksa yang tidak terperi sakitnya" (Al Baqarah: 278).

Pada pandangan Islam, sesuatu perbuatan yang dikatakan zalim itu ialah tindakan yang melampaui batasan agama Islam sendiri. Misalnya, jika tindakan seseorang itu melampaui batasan agama dan peraturan kehidupan yang ditetapkan, maka tindakan itu dianggap zalim.

Berkaitan perkara zalim, kita teringat pesan Rasullullah SAW dalam sebuah hadisnya ketika baginda diminta nasihat oleh salah seorang sahabat. Sahabat itu berkata, “wahai Rasulullah, berilah aku nasihat." Nabi bertanya, “apakah engkau akan mengamalkan jika aku memberimu nasihat? Sahabat itu menjawab, “ya, ya Rasulullah." Nabi kembali bertanya, “apakah engkau akan mengamalkan jika aku memberimu nasihat? Ia menjawab, “ya, ya Rasulullah." Tetapi Nabi bertanya lagi, “apakah engkau akan mengamalkan jika aku memberimu nasihat? Sahabat itu kembali menjawab, “ya, ya Rasulullah."

Begitulah, setelah tenang sejenak dan merasa yakin bahawa sahabat itu akan mengamalkan nasihatnya, Nabi bersabda, “jika engkau menginginkan sesuatu, renungkanlah terlebih dahulu dengan baik. Bila ia baik, lakukanlah, dan bila tidak baik tinggalkanlah."

Hadis di atas mengingatkan kita bahawa tidak semua keinginan yang terasa di dalam hati harus diperturutkan dengan segera, tetapi renunglah, dan kawallah ia dengan cermat. Bila dalam perenungan itu ditemukan kebaikan dari apa yang diinginkan itu, lakukanlah, tetapi bila dirasakan akan keburukannya, tinggalkanlah, jangan dilakukan. Lalu, apa ukuran baik atau tidak baik yang dikatakan oleh Nabi?

Sesuatu perbuatan atau tindakan itu dikatakan zalim kerana ia terkeluar daripada prinsip-prinsip kemanusiaan. Contohnya, membunuh orang sesuka hati atau melakukan sesuatu tindakan yang di luar perikemanusiaan. Ada yang menganggap bahawa kerajaan zalim kerana meruntuhkan rumah atau tempat ibadat yang didirikan di atas tanah milik kerajaan walhal pada pandangan Islam, mereka yang menceroboh itu sebenarnya lebih zalim daripada mereka yang meruntuhkan rumah tersebut.

Oleh itu, amatlah dikesali sekiranya konsep kezaliman ini disalahertikan sehingga sanggup pula menuduh mereka yang menjalankan tanggungjawab sosial dan keamanan sebagai zalim manakala mereka yang menjadi pelampau atau penceroboh harta orang lain dikatakan dizalimi. Islam mengingatkan supaya kita berhati-hati dan berwaspada agar tidak mudah menuduh kerajaan sebagai zalim bagi mengelakkan berlakunya kezaliman yang lebih besar lagi.

Sebenarnya golongan yang melemparkan tuduhan itulah yang lebih zalim. Mereka lebih gemar menganjurkan sesuatu perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai melalui kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan hakikat yang sebenar. Tegasnya, tindakan kerajaan menghalang sesiapa jua yang cuba menggugat ketenteraman dan keselamatan orang lain tidak bermakna tindakan tersebut sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ini kerana, hakikatnya aspek kemanusiaan telah pun diambil kira oleh kerajaan dalam menggubal sesuatu undang-undang.

Kelompok yang menolak asas kenegaraan dan peraturan yang diterima umum sebagai faktor pemersatu dalam masyarakat itu sebenarnya merupakan kumpulan manusia yang sudah rosak akhlak. Mereka lupa bahawa Islam meletakkan kehidupan bermasyarakat itu sebagai tonggak penting, kerana kekuatan Islam adalah kerana setiap individu berusaha mengelakkan daripada melakukan kesilapan, termasuk memperolok-olokkan orang lain secara aib.

Kejadian memperolok-olokkan Jalur Gemilang dan mempersendakan ulang tahun kemerdekaan sebagai “tarikh malapetaka" serta menafsirkan makna “merdeka" sama dengan “merderhaka" menggambarkan kekusutan jiwa yang besar dan tindakan yang aib. Ini kerana kemerdekaan itu adalah sesuatu yang suci, kerana ia adalah sebuah hakikat kemenangan dalam suatu perjuangan menerusi jerih payah dan pengorbanan bagi menentukan hala tuju negara

Meskipun perjuangan menuntut kemerdekaan negara tidak ditegakkan menerusi peperangan dan “tumpah darah", ia tetap menjadi suatu tindakan yang mulia di sisi Allah SWT. Berdasarkan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, sebahagian besar kemenangan Islam adalah kerana kehebatan diplomasi baginda sendiri, sentiasa memaafkan musuh-musuh Islam yang menunjukkan toleransi dan bersedia menyelesaikan kekusutan menerusi rundingan.

Sikap gelojoh dan hanya mengiktiraf “kemenangan perjuangan" hanya melalui peperangan sebenarnya suatu tindakan yang dirasuk perangai iblis. Iblis tidak akan berpuas hati selagi tidak melihat ada orang yang mati bersengketa, kerana tindakan sedemikian membawa kepada nilai kemuncak kehancuran. Iblis akan kecewa besar jika dua orang yang bersengketa menghulurkan tangan perdamaian.

Banyak contoh daripada sejarah, perjuangan kemerdekaan secara revolusineer memerlukan masa yang panjang untuk mengubatinya. Bagi negara yang merdeka menerusi relovusi, sikap rakyatnya lebih kuat memberontak berbanding negara yang mencapai kemerdekaan menerusi rundingan.

Sikap berontak yang keterlaluan itu akhirnya menjerumus negara kepada situasi yang tidak stabil dan akhirnya memberi ruang kepada kuasa asing untuk masuk campur, membentuk kerajaan boneka dan dalam sudut politik, ia tidak bebas daripada cengkaman penjajahan semula, dalam bentuk penjajahan ekonomi dan budaya.

Islam telah mengakui bahawa tidak menjadi suatu kesalahan jika mana-mana sistem pentadbiran cuba menyekat beberapa kehendak manusia yang bukan bersifat asasi, tetapi ia lebih merupakan kehendak nafsu. Islam menuntut manusia mengawal nafsu kerana tindakan yang dipengaruhi oleh nafsu itu adalah suatu perbuatan yang didorong oleh syaitan. Syaitan merupakan musuh besar yang membawa manusia kepada kemusnahan peradaban dan kehancuran hidup bermasyarakat kerana tidak mengambil kira peraturan dan etika, rasa hormat dan kerjasama, sebaliknya lebih mengutamakan kehendak nafsu yang tidak pernah memahami erti syukur dan berterima kasih.-UMO

Suara Politik
Belantan

Benar Chin Peng pulang akan 'lukakan hati' rakyat!


Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan cadangan untuk membenarkan kepulangan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini hanya akan 'melukakan hati' rakyat.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, pengkhianatan Chin Peng dan kekejaman komunis sehingga menyebabkan rakyat hidup menderita serta ribuan menjadi korban semasa zaman darurat tidak boleh dilupakan.

"Kita berpendapat bahawa tangan Chin Peng ini berlumuran dengan darah rakyat Malaysia, bukan sahaja Melayu, tetapi Cina, India dan lain-lain.

"Banyak hati yang akan terluka sekiranya kita membawa balik atau membenarkan Chin Peng pulang," katanya pada sidang media di sini.



Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini meminta kerajaan supaya membenarkan Chin Peng dan anggota PKM yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air dan berkata waris keluarga yang dizalimi pengganas komunis akan memaafkan mereka.

Gesaan Karpal itu dibuat selepas bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas Tan Sri Yuen Yuet Leng, membuat kenyataan sama seperti dilaporkan media sebelum ini.

Zulkifli berkata sekiranya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, bekas pemimpin PKM itu masih perlu dibicarakan atas kesalahan dan pengkhianatannya sebelum ini.

Turut hadir pada sidang media itu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Menyentuh mengenai isu kenaikan harga petrol dan diesel, Ibrahim berkata kerajaan perlu menimbang untuk membuat potongan gaji pegawai tertinggi kerajaan dari lima sehingga 10 peratus sekiranya ingin mengurangkan perbelanjaan negara.

"Sepatutnya potongan gaji ini dilakukan serentak dengan pengurangan subsidi minyak RON95 sebanyak 20 sen, maka tentu rakyat boleh rasakan inilah tindakan yang betul dan rakyat boleh terima beban yang sedikit ini," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan perlu mengemaskini dan mengurangkan perbelanjaan terhadap aktiviti atau perkara yang tidak penting yang melibatkan peruntukan yang tinggi.

Ibrahim bagaimanapun berkata rakyat perlu memberi peluang dan percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalankan tugas membangunkan negara.

"Pilihan raya baru sahaja selesai, jadi kita perlu beri kerjasama. Dalam pada yang sama kita (Perkasa) memberi kerjasama, kita tetap kekal dengan pendirian akan menjadi kritikal dalam menegur kerajaan," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan kontroversi Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi yang menggesa Najib supaya meletak jawatan, Ibrahim berkata Perkasa telah memberi amaran keras kepada beliau.

Ibrahim menegaskan kenyataan Irwan adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian yang diambil oleh Perkasa. - Bernama

Suara Politik
Belantan

Ahad, September 08, 2013

A.Samad Said bukan kebal daripada undang-undang?


Datuk A Samad Said bukannya manusia istemewa walaupun dianugerahkan gelaran Sastrawan Negara. Gelaran tersebut juga bukan tiket untuk beliau bebas melakukan apa sahaja termasuk mencetuskan keadaan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Samad Said tidak kebal daripada undang-undang dan jika beliau melakukan sesuatu kesalahan maka tindakan sewajarnya perlu diambil. Bukan oleh kerana beliau adalah seorang Sastrawan Negara yang sudah lanjut usianya, maka dia tak boleh diambil tindakan oleh polis!

Jika Samad Said berani melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang maka dia juga harus berani menangung risikonya. Kalau dah berani buat, beranilah tanggung dan jangan pula nak salahkan pihak polis dan berikan pelbagai helah dan alasan supaya orang ramai simpati kerana usia tuanya itu!



Agak pelik jugalah apabila kenyataan dari Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga yang mempersoal tindakan polis menahan Samad Said pada lewat tengah malam baru-baru ini semata-mata untuk disoal siasat polis.

Polis boleh memilih masa lain untuk menyoal siasat tokoh sastera itu, katanya yang menyifatkannya tindakan tersebut sebagai satu "gangguan".

"Perlukah ke rumah beliau pada jam 12.30 tengah malam semata-mata untuk menahannya bagi soal siasat dan membebaskannya dua jam kemudian?" soal Ambiga sepertimana disiarkan oleh portal berita www.malaysiakini.com.

Ambiga tidak sejawarnya mencampuri urusan polis kerana polis mempunyai prosedur untuk berbuat demikian. Sebaliknya mengapa Ambiga tidak melarang Samad Said supaya jangan 'berembun' di malam sambutan Merdeka bersama anak muda mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' (bendera merah putih 12 bintang) di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Sepatutnya kalau dah tahu tua, nasihatlah Samad Said supaya berehat di rumah dan tak payah nak tunjuk kepada orang ramai kononnya beliau pejuang rakyat!


Polis sebenarnya tidak pernah mengganggu ketenteraman awam sebaliknya yang suka buat kacau dan mengganggu keselesaan orang ramai ialah aktivis pembangkang termasuk BERSIH.

Kalau polis jalankan tugas siasat orang tertentu, dituduh sebagai gangguan, tetapi mereka (pembangkang) boleh pula sesuka hati terjerit-terjerit memaki hamun kerajaan di jalanan!

Sememangnya jika kita lihat kumpulan yang anti- pemerintah ini akan menyalahkan pihak polis jika tindakan diambil terhadap konco-konco mereka.

Sepatutnya bila dan di mana polis nak siasat itu kerja polis, lagi pun Samad Said bukannya manusia istimewa yang perlu dilayan sebaik mungkin ketika disoal siasat!

Rakyat terutama penggiat seni dan budaya di negara ini amat terkilan dengan sikap Samad Said yang berterusan mengecam kerajaan kerana terpedaya dengan perjuangan politik pembangkang.

Memakai gelaran Sastrawan Negara yang dianugerahkan oleh kerajaan, beliau bersekongkol dengan pembangkang maki hamun kerajaan, apakah manusia seperti ini yang perlu dihormati?

Kita lihat perlakuan Samad Said yang menjuruskan kepada kepentingan pembangkang jelas menunjukkan beliau langsung tidak menghormati aungerah gelaran tersebut.

Adalah lebih baik jika kerajaan menarik balik gelaran Sastrawan Negara yang diberikan kepada Samad Said. Lagi pun kerajaan tak rugi apa-apa pun jika gelaran itu ditarik balik! Sebaliknya orang yang tidak tahu berterima kasih kepada pihak kerajaan tidak sewajarnya dihargai. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, September 06, 2013

Lagi lagak samseng : Anggota SPAD dikepung kumpulan pemandu lori?


Lapan anggota pasukan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikepung sekumpulan pemandu lori ketika mereka menjalankan Ops Hippo di Kawasan Perindustrian Gebeng, di sini semalam.

Pengurus Kanan Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur, Mejar Mohd Shariff Jamal Abidin, berkata kejadian dipercayai susulan rentetan penahanan beberapa lori dalam operasi berkenaan.

“Ops Hippo yang bermula 11 malam tadi (kelmarin) menahan beberapa lori membawa muatan berlebihan di sekitar Bukit Besi, Dungun selain Semambu, di sini.

Tiada kekerasan dilapor

“Selepas itu, pasukan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sekitar Gebeng pada jam 1 petang tadi (semalam) telah dikerumuni 30 pemandu lori yang dipercayai tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan itu,” katanya.


Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang kekerasan dilaporkan berlaku ketika kepungan itu dan selepas mendapat penjelasan serta bantuan polis, semua pemandu lori berkenaan dapat disuraikan.

“Kumpulan pemandu lori itu turut menyuarakan masalah mereka selain membuat beberapa tuntutan,” katanya sambil menambah, satu laporan polis berhubung kejadian terbabit dibuat SPAD di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 2.41 petang, semalam.

Suara Politik
Belantan

Khamis, September 05, 2013

Membantu kelas pertengahan?


Pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 mendatangkan reaksi yang cukup pelbagai di dalam media baru. Ada yang menggunakan unsur jenaka. Ada juga yang mengambil pendekatan propaganda, meletakkan tanda 'Terima Kasih' di stesen minyak tertentu. Masing-masing punya hak untuk menyatakan pandangan dan pendirian.

Sementara banyak yang menyatakan rasa tidak puas hati, ada juga yang merasakan ia tindakan yang masih boleh diterima akal. Soalnya, proses mencari titik persetujuan dalam isu yang sepanas ini dirasakan cukup sukar.

Satu tajuk status seorang sahabat penulis cukup menarik perhatian. Sebagai profesional muda, dia menyuarakan pandangan sama ada kerajaan benar-benar memikirkan kaedah untuk memberikan sedikit perhatian kepada nasib kelompok 'pertengahan', yang ditekan bukan sahaja dengan cukai, malah kos sara hidup yang tinggi.

Rasional mudah 'kami bayar cukai; orang lain yang menerima nikmat' itu mungkin perlu diperhalusi dalam konteks tanggungjawab 'bernegara' yang lebih besar.

Sebenarnya, perdebatan keperluan menjaga 'hati dan perasaan' kumpulan pertengahan ini bukan sahaja berlaku di negara kita. Ia juga turut menjadi mauduk perbincangan ekonomi penting di banyak negara, sama ada dalam status membangun mahupun maju.


Malaysia mungkin memerlukan satu bentuk kajian menyeluruh bagi mengenali demografi kumpulan pertengahan ini. Apa asas yang perlu kita guna pakai? Pendapatan? Tahap pendidikan? Milikan hartanah? Atau kita memerlukan garis ukur yang lebih holistik.

Hanya dengan data, angka dan statistik yang jelas, mampu kita menjana polisi awam yang inklusif dan tidak semberono. Berapa besar kelompok yang dikatakan sebagai 'golongan pertengahan' ini. Apa angkubah yang mahu kita guna pakai?

Kepentingan angka sebenar kumpulan pertengahan ini dapat kita rasai melalui kajian khusus yang dilakukan di banyak negara. Antara yang terbaru, adalah Economic Mobility and the Rise of the Latin American Middle Class yang turut mendapat kerjasama Bank Dunia.

Apa yang menarik mengenai kajian ini adalah tumpuan yang diberikan kepada konsep 'mobiliti ekonomi' (economic mobility) yang ada di dalam masyarakat di kawasan sana.

Teori asasnya adalah, kedudukan ekonomi manusia tidak statik. Andai kata lima tahun dahulu mereka berada di dalam kelompok miskin, hari ini mereka mungkin sudah berada di kelompok pertengahan.

Perubahan ini pastinya berlaku jika wujud ruang dan peluang buat mereka memajukan diri mahupun keluarga, bersesuaian dengan persekitaran ekonomi yang ada.


Malaysia memerlukan kajian yang sedemikian sifatnya. Kajian yang menjurus kepada data sebenar kumpulan pertengahan, malahan sejauh mana dalam kalangan mereka yang jatuh ke peringkat miskin, di atas apa sahaja masalah ekonomi yang ada. Kajian di Amerika Latin, membuktikan bahawa kemungkinan itu masih berlaku.

Selain daripada kajian yang akademik sifatnya, pendekatan yang lebih mudah turut digunakan di England. Great British Class Survey dijayakan dengan kerjasama BBC bagi mendapatkan tinjauan mengenai perkara sama. Amat menarik, kerana dalam tempoh masa tertentu, lebih 160,000 responden mengambil bahagian dalam kajian tersebut.

Penulis bukanlah seorang yang gemar membeza-bezakan rakyat mengikut 'kelas' dan sebagainya. Namun, artikel ini bertujuan untuk kita memastikan bahawa polisi dan dasar yang dijayakan kerajaan, dapat 'dirasai' oleh semua kumpulan masyarakat. Realiti ekonomi ini tidak mampu kita nafikan.

Walaupun mungkin tidak tergolong dalam kumpulan pertengahan, penulis merasakan mungkin ada perkara yang mampu kita ringankan sedikit kos sara hidup kumpulan ini.

Jangan kita nafikan, dengan gaji yang mungkin RM6 ribu sebulan, isteri seorang surirumah, mempunyai 3 anak bersekolah - 'isu ekonomi' kumpulan ini masih perlu disantuni.

Menurut Indeks Harga Pengguna (CPI), tiga komponen perbelanjaan terbesar bagi rakyat Malaysia adalah - makanan dan minuman bukan alkohol, perumahan dan utiliti, dan akhir sekali pengangkutan. Rangka perbelanjaan ini hampir sama untuk rakyat 'kelas' mana sekalipun.

Oleh yang demikian, penyelesaian yang mungkin mampu menjaga hati dan sensitiviti semua pihak perlu menjurus kepada tiga komponen utama ini.

Aku Janji


Antara perkara yang diberikan keutamaan dalam aku janji Barisan Nasional sebelum pilihan raya yang lalu adalah soal kos sara hidup. Sudah barang tentu, persoalan kos sara hidup ini tidak menjurus kepada BR1M dan perkara berkaitan dengannya.

Perlu ada strategi lebih tuntas dan besar, dalam memastikan pengurangan beban kos sara hidup dapat turut dinikmati pelbagai lapisan masyarakat. Kalaupun bukan dalam bentuk 'pemberian tunai', namun ia masih boleh diberikan dalam bentuk yang lain.

Momentum strategi menangani kos sara hidup yang dicadangkan sewaktu Bajet 2013 boleh dikekalkan, dengan memberi sedikit tumpuan kepada kumpulan pertengahan. Mahu dikatakan kumpulan ini tidak 'merasai' langsung nikmat Bajet 2013 juga adalah kenyataan yang meleset.

Bajet 2014 akan disusun di luar persekitaran suhu politik yang panas - selepas PRU. Mungkin wajar ia menjadi sedikit tegas dalam pendekatan ekonomi, namun masih menyusur jalan menyejahterakan rakyat dalam segenap segi. Akhirannya nanti, bukanlah 'kelas' yang dijadikan keutamaan - namun rakyat jua secara keseluruhannya.

Suara Politik
Belantan

Fahami kenaikan harga minyak!


Kenaikan harga minyak merupakan isu ekonomi paling sensitif buat rakyat Malaysia. Tindakan merasionalisasikan subsidi minyak adalah satu tindakan yang tidak popular.

Bagi mana-mana pemimpin pun ia boleh mencetuskan dilema kerana perlu membuat pertimbangan sama ada ingin terus menjadi popular yang mana sentiasa kelihatan mementingkan kebajikan rakyat ataupun mengutamakan kedudukan kewangan negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Di sinilah, seorang pemimpin kena membuat pertimbangan terbaik. Jika mahukan populariti, nescaya, apa sahaja yang menyenangkan hati rakyat akan dipertahankan.

Namun, dalam tempoh jangka masa panjang kedudukan kewangan negara akan terjejas teruk. Iktibar pemimpin-pemimpin negara Barat yang terlalu menjaga populariti mereka menyebabkan ekonomi negara mereka dilanda kemelesetan teruk.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah berdasarkan situasi semasa dan masa hadapan ekonomi dunia dan Malaysia. Pada asasnya, ekonomi dunia masih tidak menentu, bahkan bagi penganalisis dan pakar-pakar ekonomi, terdapat kewajaran kebimbangan ekonomi dunia akan meleset.


Antaranya, ekonomi negara-negara Barat masih belum pulih sepenuhnya. Ekonomi negara-negara berkenaan ‘terkepung’ dalam kegawatan krisis hutang Eropah.

Pakar-pakar ekonomi mereka masih belum menemui strategi ekonomi terbaik untuk memulihkan ekonomi negara mereka. Begitu juga, apa yang telah berlaku ke atas Amerika Syarikat (AS) apabila Rezab Persekutuan AS pun berura-ura untuk mengurangkan rangsangan ekonomi AS dengan mengurangkan pembelian bon.

Polisi perlonggaran kuantitatif (QE) yang selama ini dilaksanakan oleh Rezab Persekutuan AS mungkin dihentikan, juga boleh menjejaskan ekonomi dunia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Rezab Persekutuan AS telah banyak menggunakan wang untuk merangsang sistem kewangan AS ekoran terjejas teruk akibat krisis subprima pada tahun 2008. Sekiranya Rezab Persekutuan AS bersetuju untuk melaksanakan pengurangan polisi QE, ekonomi dunia berkemungkinan akan semakin tidak menentu.

Ini terbukti apabila dana ekuiti asing di Malaysia telah dijual dengan banyaknya sejak kebelakangan ini. Tambahan lagi, ringgit Malaysia agak lemah berbanding dolar AS.


Bahkan, minggu lepas, harga minyak dunia setong telah meningkat pada tahap tertinggi dalam tempoh 18 bulan. Tambahan lagi, timbul kebimbangan AS dan sekutu- kutunya akan melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria.

Keadaan geopolitik di negara-negara Timur Tengah yang masih tidak menentu boleh menjejaskan ekonomi serantau, khasnya dan ekonomi dunia, umumnya. Pastinya ia juga boleh menjejaskan ekonomi Malaysia sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Di samping itu, kedudukan kewangan dan ekonomi Malaysia juga perlu diambil kira. Ini kerana Malaysia tidak boleh selama- lamanya mencatatkan defisit fiskal. Sasaran defisit fiskal tahun ini adalah pada tahap empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Jika tiada tindakan merasionalisasikan subsidi minyak, sasaran ini sukar dicapai. Pada masa yang sama, tahap hutang kerajaan persekutuan mestilah tidak boleh melebihi 55 peratus daripada KDNK.

Begitu juga hasil pendapatan negara tidak boleh kurang daripada perbelanjaan operasi negara. Dengan kata lain, jika kerajaan masih ingin mempertahankan subsidi minyak pada tahap sebelum ini iaitu RM1.90 seliter, maka kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak wang rakyat berbanding sebelum ini ekoran kenaikan harga minyak dunia. Sedangkan terdapat kekangan dalam kedudukan kewangan negara.


Tidak mustahil, akhirnya, kewangan negara semakin rapuh dan Malaysia terpaksa meningkatkan jumlah hutang luar semata-mata untuk menyenangkan hati rakyat dengan mengekalkan harga minyak pada tahap sedia ada.

Dalam tempoh jangka masa panjang, hutang yang semakin tinggi menyebabkan hasil kerajaan semakin menurun dek kerana terpaksa membyar hutang dan kadar faedah.

Keadaan akan semakin parah apabila perbelanjaan operasi kerajaan pun terpaksa ditampung dengan hutang. Maka, jika ini berlaku, gaji kakitangan kerajaan terpaksa dibayar dengan menggunakan hutang.

Bagaimana mungkin pembangunan negara boleh dilaksanakan dengan baik sekiranya gaji kakitangan awam pun terpaksa dibayar dengan cara meminjam.

Sedangkan umum mengetahui gaji kakitangan awam baru sahaja dinaikkan pada bulan Julai yang lalu. Dijangkakan terdapat pengumuman penting mengenai elaun skim kakitangan awam pada hujung tahun ini hasil kajian kerajaan untuk menambah baik skim-skim kakitangan awam. Sudah tentu setiap pengumuman akan menyebabkan tambahan perbelanjaan kerajaan.

Bayangkan gaji dan elaun kakitangan awam yang semakin meningkat terpaksa ditampung dengan hasil yang sedia ada. Pada masa yang sama, subsidi minyak juga mahu dikekalkan hanya semata-mata inginkan populariti dan menyenangkan hati rakyat.


Nescaya, jika sekiranya hutang kerajaan semakin meningkat dan begitu juga hutang isi rumah pun semakin tinggi, maka, seluruh ekonomi Malaysia akan lumpuh.

Bagaimanapun, ini bukan bermaksud kerajaan hanya perlu duduk diam tanpa berbuat apa-apa untuk membantu rakyat. Susulan kenaikan harga minyak, kerajaan juga telah mengumumkan untuk meringankan beban golongan berpendapatan sederhana yang terhimpit dengan kenaikan harga minyak.

Pengumuman akan dibuat dalam Bajet 2014 nanti. Seperti diketahui, penjimatan subsidi minyak akan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah melalui Banturan Rakyat 1Malaysia (BR1M), manakala golongan berpendapatan sederhana seolah- olah kelihatan diabaikan oleh kerajaan.

Pengumuman kerajaan untuk membantu golongan ini memberi khabar baik kepada mereka. Banyak langkah yang boleh dilakukan untuk membantu mereka dan antaranya adalah dengan mengurangkan kadar cukai pendapatan pada tahap yang terendah.

Membantu semua lapisan rakyat menggambarkan betapa kerajaan tidak ambil mudah apabila ‘terpaksa’ mengumumkan kenaikan harga minyak. Pastinya, tindakan terbaik adalah dengan menyeimbangkan kemampanan kedudukan kewangan negara dan pada masa yang sama mengutamakan kesejahteraan rakyat.-UMO

Suara Politik
Belantan

Tanda Putera - Shuhaimi pernah diugut bunuh?


Pada mulanya, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengharap Tanda Putera sebagai produk dokumentari. Namun, selepas beberapa rakan seperjuangan meminta dia berfikir panjang kerana karya itu layak diangkat ke layar perak, orang kuat Pesona Pictures itu mula menimbang idea berkenaan.

Malah, galakan seorang Menteri yang tahu kajian dan pengumpulan bahan mengenai persahabatan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail giat dilakukan, menguatkan lagi semangat Shuhaimi atau Shumi biarpun dia akur cabaran besar menanti di depan mata.


Bukan sedikit keringat, usaha dan wang ringgit dicurahkan sejak 2010 lalu membuatkan individu di sebalik Tanda Putera ini terkilan apabila ada pihak mengheret karyanya ke kancah kontroversi. Lebih menakutkan, Shumi mendapat ancaman bunuh selain ugutan pejabatnya dibakar andai tayangan filem itu diteruskan. Selanjutnya baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Rabu, September 04, 2013

A. Samad Said Ditahan Bantu Siasatan Kibar Bendera Alternatif?


A. Samad Said ditahan polis awal pagi Rabu bagi membantu siasatan insiden mengibar bendera alternatif pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan Sasterawan Negara itu.

“Kita tahan beliau di rumahnya di Bangsar Utama pada kira-kira 12.25 tengah malam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan. Kita akan siasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta sasterawan itu menyerah diri bagi siasatan lanjut berhubung kes mengibar bendera berkenaan di Dataran Medeka di sini.

Dalam insiden itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.

Isnin lepas, aktivis politik, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden sama.

Rakaman video berkaitan insiden itu telah dimuat naik di laman sosial.



Suara Politik
Belantan

DAPig main tarik tali lagi - ROS bidas kerana tidak maklum CEC?


Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini membidas DAP kerana tidak pernah memaklumkan apa-apa maklumat atau perkembangan mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dilaporkan mengambil tempat pada 29 September ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada memberi maklumat rasmi kepada ROS, DAP sebaliknya dilihat lebih gemar membuat pengumuman melalui media massa.

''Sampai hari ini saya tak terima apa-apa daripada DAP, apa benda dia nak buat saya pun tak tahu. DAP cakap (buat pemilihan) pada September, saya pun hanya tahu melalui media massa.

''Sekarang dia cakap cakap sahaja, saya pun tak tahu apa yang DAP mahu lakukan sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen pendaftaran kepada 20 parti politik baharu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita mengenai perkembangan terkini pemilihan semula CEC DAP.


Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mempersoalkan kenapa DAP belum menyerahkan 500 surat pengesahan yang dikatakan ditandatangani oleh wakil yang tidak hadir dalam pemilihan CEC akhir tahun lalu, untuk mengesahkan bahawa mereka telah menerima notis tersebut tetapi tidak menghadirinya atas sebab peribadi.

''Mana senarai, mana surat itu? Pada 20 Ogos lalu, dia cakap mahu serahkan, hari ini sudah 2 September," katanya mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke bahawa surat berkenaan akan diserah oleh DAP walaupun tidak diminta ROS.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti politik tidak dapat diproses kerana parti pembangkang tidak mengemas kini maklumat yang sudah diubah.

''Mereka tidak maklumkan kepada ROS walaupun maklumat Jawatankuasa Bertindak Sementara (Protem) mereka telah ditukar," katanya.

Sementara itu, Anthony dicabar letak jawatan kerana gagal serah surat!

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dicabar meletak jawatan sekiranya gagal mengemukakan 500 surat salinan pengakuan asal yang didakwa ditandatangani oleh perwakilan DAP kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu depan.


Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Anthony juga perlu meminta maaf kepada semua ahli DAP sekiranya gagal mengemukakan salinan surat berkenaan.

"Kami hairan mengapa lambat sangat Anthony mahu mengemukakan salinan asal surat pengakuan itu sedangkan pihak ROS masih menunggu siang dan malam.

"Adakah benar dakwaan bahawa Anthony menunggang basikal untuk pergi menghantar 500 salinan surat pengakuan asal kepada Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman di pejabat beliau?," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kegagalan Anthony serta DAP mengemukakan kepada pihak ROS sejumlah 500 surat asal yang didakwa ditandatangani oleh para perwakilan DAP yang membuat pengakuan bahawa mereka telah menerima notis mesyuarat dan tidak dapat hadir pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 15 Disember lalu.

Mengulas lanjut, Zamil turut mempersoalkan tindakan Anthony serta DAP yang masih berdiam diri dan menyifatkannya sebagai bermain sandiwara.

"Dulu DAP kata wujud 40,000 warga Bangladesh dan sekarang dakwa pula ada 500 surat pengakuan dari perwakilan yang tidak hadir pada pemilihan CEC parti itu. Bila kita cabar, mereka lari kepada Mummy Foo (seorang wanita yang dikatakan rapat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang).

"Di mana 40,000 warga Bangladesh, di mana 500 surat pengakuan dan di mana Anthony? Isu ini telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai sejak kebelakangan ini, apakah ini semua merupakan sandiwara serta drama politik DAP?," katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Dialog anjuran Anwar ada muslihat, bersifat terdesak?


Cadangan Anwar Ibrahim mengadakan dialog terbuka antara kerajaan dengan pakatan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani adalah suatu muslihat politik dan sifatnya terdesak.

Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau, demonstrasi jalanan, demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya.

Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang. Isunya jelas, Anwar ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia terjadi.

Lalu Anwar mencari helah hasil Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) dengan mengadakan demonstrasi ala Arab Spring di seluruh negara tetapi kecundang di tengah jalan.


Semasa sidang Parlimen bermula beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sementara pengikutnya berbaring di luar Parlimen membantah keputusan pilihan raya. Apakah maknanya ini semua?

Sebelum pilihan raya terjadi, Anwar menggunakan Jusuf Kalla bekas Naib Presiden Indonesia iaitu sahabat lamanya dan kenalan Datuk Seri Najib Tun Razak juga untuk menandatangani suatu perjanjian yang melibatkan keputusan pilihan raya kerana merasa terlalu yakin akan menang dan menjadi Perdana Menteri selepas PRU-13. Seperti dijangka Najib tidak menandatangani dokumen itu dan cita-cita Anwar tidak menjadi.

Khabarnya seperti yang disebut oleh Senator Ezam Mohd. Noor yang dipetik dari blog "www.rbfonline.net" Anwar menawarkan Kerajaan Perpaduan dengan melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan empat Menteri lain daripada PKR.

Kalau maklumat ini benar, ia adalah sesuatu yang aneh dan pelik, mengapa PKR dan Pakatan tidak dilibatkan sama.


Kemudian timbul pula isu dialog kebangsaan yang nampaknya lunak tetapi seperti kata pepatah "Terkilat ikan di air sudah diketahui jantan betinanya". Menjelang hari kemerdekaan, Anwar membuat perutusan tentang pemerintahan hari ini tidak bersikap bebas dan adil.

Ia bukan perkara baru. Sejak 2005 lagi Anwar telah bercakap dengan pihak NED (National Endowment for Democracy). Dalam suatu program yang dipengerusikan Oleh Presiden NED, Carl Gershman di New York pada 1 Disember 2005, Anwar turut mendakwa falsafah kebebasan dan keadilan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia telah dirampas oleh parti pemerintah.

Hal yang sama terjadi dalam siri-siri surat Anwar kepada anggota-anggota Kongres menceritakan hal yang serupa tentang Malaysia.

Timbul soalan di mana ketaatan Anwar terhadap Malaysia. Sedangkan Anwar pernah bersama dengan kerajaan dalam tempoh yang agak lama. Anwar bersama melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan membuat kecaman terhadap pembangkang. Mengapa dulu lain sekarang pula lain.

Lazimnya cadangan untuk berdialog lahir daripada rasa terdesak dan muslihat politik tertentu. Pada hemat penulis berdialog adalah sesuatu yang baik kalau niatnya baik. Tetapi sejak Anwar keluar daripada kerajaan, muslihat politiknya tidak menggambarkan niat itu.


Apakah ini gambaran Anwar sedang mengalami keadaan yang terdesak kerana beberapa kes mahkamahnya akan didengar dalam bulan-bulan mendatang ini. Penulis percaya kes-kes mahkamah ini sangat merunsingkan Anwar.

Mengapakah baru sekarang mahu memilih jalan dialog sedangkan telah sekian lama Anwar tidak memilih jalan itu?

Penulis percaya kalau Anwar berniat baik mengadakan dialog sejak dulu lagi, dialog atau muzakarah harus berlaku. Perpecahan umat Melayu kini terkait langsung dengan gerak kerja politik Anwar.

Selepas menghina Malaysia di luar negara dan selepas beberapa usaha memburukkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan berlaku, maka baru dialog hendak dilakukan.

Pada hemat penulis, dialog yang bermuslihat tidak perlu, kerana asas dialog adalah ikhlas. Anwar dilihat tidak ikhlas mencari kebenaran dan keadilan.

Membaca gerak kerja politik Anwar sejak awal sehingga kini terlalu banyak agenda peribadi yang menjadi matlamat politiknya. Kalau ada isu-isu kebangsaan, Parlimen adalah tempat yang terbaik untuk perbincangan terjadi.-UMO

Suara Politik
Belantan

Selasa, September 03, 2013

Akhbar The Star buat hal lagi - Apa motif tonjolkan filem Tanda Putera Tidak Dapat Sambutan?


Apakah tujuan atau motif sebenar akhbar The Star menonjolkan berita tayangan filem sejarah Tanda Putera tidak mendapat sambutan di beberapa buah panggung wayang terutamanya di Pulau Pinang.

Adalah perkara biasa filem yang serius berasaskan fakta sejarah yang sebenar, tidak bersifat fantasi, sukar untuk mendapat sambutan. Ini sama sahaja dengan apa yang berlaku kepada majlis-majlis ilmu, kecuali yang bersadurkan hiburan dengan peranan utama dimainkan oleh artis-artis popular.

Bagaimanapun harus diingatkan bahawa mereka yang menonton filem ini adalah orang-orang terpileh dalam masyarakat, penonton yang berkualiti sekalipun kecil, orang-orang yang mengambil berat untuk memahami dan menilai sejarah negara. Diantara mereka inilah yang akan muncul sebagai pemimpin-pemimpin kecil dan besar di masa depan.

Maka itu kita tidak harus risau dengan kos besar bagi penerbitannya dan menjadikannya sebagai suatu isu besar. Nilai Tanda Putera untuk pembenihan fahaman sebenarnya tentang sejarah negara, tentang pengkianatan dan pembangunan bangsa dan juga untuk penyuburan patriotisme adalah lebih besar dari nilai wang.

Fahaman metrialisme The Star dalam hal ini tidak seharusnya dijadikan ukuran dengan matlamat Tanda Putera. The Star tidak akan membuat cerita tentang kurang sambutan terhadap filem ini atau cuba memperkecilkan filem ini jika ia tidak menjiwai semangat dan fahaman DAP.

Munkin The Star mahu merendahkan filem ini untuk membuktikan bahawa pengharaman yang dianjurkan oleh Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Guan Eng terhadap Tanda Putera telah berjaya.

Masyarakat Malaysia juga harus membuka mata ketika akhbar-akhbar media perdana lainnya membesarkan Patriotimse sambutan merdeka di Dataran Merdeka tahun ini di muka depan mereka keluaran 1 September2013, The Star membesarkan cerita lain, umpamanya bagi edisi Pulau Pinang ialah penerusan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Sila baca di sini.

Bagaimanapun saya berharap masyarakat umum tidak seharusnya mengambil berat terhadap usaha-usaha pihak tertentu untuk mengasingkan diri mereka dari aliran perdana negara terutama di bidang pelajaran.

Biarlah orang-orang Cina terus berjuang menerusi media dan sebagainya untuk Self Isolation. Biarkanlah mereka dengan identiti sendiri tetapi yang penting ialah bagi kerajaan memperkuakan aliran perdana negara terutama dalam memberikan kualiti yang tinggi di bidang pelajaran.


Biarlah adanya monkey, kera, monyet atau beruk yang suka merosakan bunga-bunga yang berkembang, biarlah makhluk perosak senang dikenali oleh masyarakat yang cintakan kedamaian dan keindahan, biarlah mereka menjadi seperti kera kena belacan supaya kita mudah menanganinya bila mereka melakukan kerosakan, tetapi pastikan berjuta bunga berkembang gagah indah dan megah di persada tanah air dengan warna-warna berani.

Nyanyikanlah terus dengan suara kuat dan penuh semangat : INILAH NEGARA KU! TANAH TUMPAH DARAHKU. Nyanyikanlah lagu ini hingga ke akhir hayat nanti.

Sedutan dari akhbar THE STAR 1 SEPTEMBER 2013.

KUALA LUMPUR: Despite the hype surrounding Tanda Putera, there were few takers for the show at Pavilion Kuala Lumpur’s Golden Screen Cinema (GSC) halls.

According to a cinema cashier, the movie has not been very popular, while an attendant said only 48 out of a total of 274 seats were occupied for the 2.15pm show yesterday.

“That’s not even half the cinema, and it’s been like this since it started showing,” he said.

There were about 60 cinema goers for the 5.15pm showing, and only a few advance bookings were seen for the 7.45pm and 12.45am screenings, despite it being a Saturday as well as a public holiday.

The movie, directed by Datin Paduka Shuhaimi Baba, costs RM4.8mil to produce, and was a joint effort by the National Film Development Corporation (Finas) and the Multimedia Development Corporation.

Tanda Putera is a story of Malaysia’s second Prime Minister Tun Abdul Razak Hussein and his good friend, the then Home Affairs Minister Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Several groups have complained that the movie had portrayed minorities in the bad light, with some alleging the film does nothing for national integration, but instead, stokes hatred.

A similarly cool response from cinema goers was also seen in Penang yesterday, with a check revealing that only 42 tickets were sold for a 305-seat hall at the 2.25pm screening at GSC Queensbay Mall.

However, it was a different scenario at the Mega Cineplex Megamall Pinang in Prai, where Permatang Pauh Umno Youth chief Mohd Zaidi Mohd Said booked the entire 160-seat cineplex for the 1.45pm screening for members of the division and his friends.

“I did not see any sensitive issues or elements in the movie which might incite racist sentiments.

“There is a scene which depicts a man peeing on the Malaysian flag, but people should be given the chance to judge for themselves whether it reflects the truth,” he said.

Azlan Ali, 37, who works as a driver, said he would consider watching the movie to find out for himself if the movie reflected a true account of what happened.

“Considering that it is controversial, I am a little cautious about the contents, but I hope that there will be a message at the end that will contribute to the values of National Day,” said Azlan at Queensbay Mall.

A 20-year-old student who wanted to be known as Hafiz Kulai said he preferred action-packed movies to those about history. “Even if I decided to watch a local movie, I might not select Tanda Putera due to the reviews I received from my friends, who told me the story is less than balanced in several aspects.”


Sumber : Zamkata

Suara Politik
Belantan

Polis tahan Hishamuddin Rais, Adam Adli!


Dua aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi malam ini bagi membantu siasatan isu menghina bendera Jalur Gemilang pada sambutan malam Ambang Merdeka di ibu negara baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Mereka ditahan kira-kira pukul 9 malam ini dan polis masih menyiasat penglibatan mereka. Kita belum tahu bila mereka akan dibebaskan," katanya ketika dihubungi malam ini.


Difahamkan, kedua-dua mereka ditahan ketika berada di sebuah kawasan di Kampung Baru di sini malam ini.

Hishamuddin dalam kenyataan menerusi laman Twitternya memberitahu dia sedang ditahan di IPD tersebut.

"Sedang ditahan di rumah pason (pasong) Dang Wangi bersama Adam Adli. Ditahan di bawah Akta Hasutan. Hidup Sang Saka," ujarnya.


Pada sambutan malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lalu, sekumpulan aktivis propembangkang bertindak biadab apabila mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.

Menerusi rakaman video yang dipaparkan dalam portal RakyatNews.my (http://www.rakyatnews.my), Hishamuddin dalam ucapan ringkasnya di lokasi tersebut bersikap celupar apabila menggelarkan Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai 'jalur temberang'.



Turut kelihatan bersama Hishamuddin ketika itu ialah aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Susulan itu, Polis Kuala Lumpur hari ini menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat insiden tersebut.

Sementara itu Sasterawan Negara, A. Samad Said diminta serah diri!

A. Samad Said diminta oleh polis supaya menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya dalam satu program ceramah baru-baru ini.

Difahamkan, beliau dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiga individu dikehendaki bagi siasatan kes itu dan dua daripadanya iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Hishamudian Rais telah ditahan polis malam tadi dan sudah bebas hari ini.

Mohon pihak polis dan peguam negara memandang serius perkara ini. Jangan menghampakan majoriti rakyat yang mahukan tindakan keras dan sewajarnya dikenakan kepada mereka.

Suara Politik
Belantan

Bekas anggota TUDM mati ditembak ketua Geng 36?

Anggota polis memeriksa tempat berlakunya kejadian tembak yang mengakibatkan mangsa, S. Jambukeshan mati di Taman Rishah, Ipoh, Perak, semalam.

Polis hari ini mengesahkan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah, Silibin di sini pagi semalam merupakan ketua kumpulan kongsi gelap Geng 36 di Batu Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata hasil siasatan mendapati S. Jambukeshan, 39, ditembak mati akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 36, 04 dan 08.

"Pergaduhan dipercayai berpunca kerana berebutkan kawasan untuk pengedaran dadah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis serah terima tugas antara Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan dengan penggantinya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Katanya polis percaya akan dapat memberkas suspek dalam kes tembak itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai berhampiran lokasi kejadian.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat melebihi dua orang.

Mohd Dzuraidi berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan dua saksi yang berada di tempat kejadian.

Dalam kejadian pada 7.15 pagi semalam, bekas anggota TUDM itu mati ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah restoran di Jalan Permaisuri Mazwin, Taman Rishah.

Mangsa yang pernah berkhidmat selama 19 tahun dalam pasukan itu mati ketika dikejarkan oleh anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketika kejadian, Jambukeshan baru memberhentikan keretanya jenis Perodua Kancil dan ingin mengeluarkan barangan untuk dibawa ke restoran milik bapanya di situ.

Tiba-tiba muncul sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna perak lalu keluar seorang suspek lelaki memakai topi keledar bertutup penuh. Suspek kemudian menghampiri mangsa lalu terus melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri.

Pasukan forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemukan tiga kelongsong peluru bersama satu slug peluru berukuran .9 milimeter! - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Isnin, September 02, 2013

DAP memang patut dihapuskan dan 'Telan Bangkai Kucing' kerana kuat MENIPU dan RASIS?


Guan Eng Tuduh Filem Tanda Putera Strategi Untuk Hancurkan DAP!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh filem Tanda Putera yang ditayangkan pawangan sekarang ini adalah strategi kedua untuk menghancurkan parti itu.

Kerajaan Barisan Nasional dituduh beliau sengaja menayangkan filem itu untuk membangkitkan isu perkauman terutamanya babak seorang pelakon tambahan daripada pejabat bekas Menteri Besar Selangor semasa kejadian 13 Mei itu.

“Pengarah filem ini mengakui, ia semata-mata sebuah tayangan wayang gambar biasa, tetapi penggambaran itu ditaja oleh kerajaan dan ini menunjukkan BN mahu menimbulkan semangat perkauman,” ujarnya.

Dakwaan Guan Eng itu dilaporkan dalam akhbar Sin Chew Daily bertarikh 26 Ogos 2013 yang turut dipetik Utusan Malaysia.


Guan Eng turut mendakwa BN telah mengatur beberapa strategi untuk menghancurkan DAP setelah mendapat undi rendah daripada kaum Cina dalam Pilihanraya Umum ke-13 ( PRU 13 ).

Strategi pertama dakwa Guan Eng adalah mewujudkan penentangan terhadap ketua dari dalam DAP. Ia merujuk terhadap pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

“Kita risau ada sesetengah orang, di luarannya seperti memakai logo dan lencana DAP, tetapi jiwa mereka bersama Barisan Nasional (BN).

““Ini termasuk orang-orang yang membuat aduan kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.


Menurutnya, serangan paling hebat terhadap DAP itu telah menyebabkan parti itu dipaksa ‘menelan bangkai kucing’.

“DAP tidak boleh ambil risiko dan perlu mengadakan pemilihan sekali lagi untuk selamatkan parti. Isu yang lain-lain pula, perlu diselesaikan satu persatu.

““Bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap perkara ini, maka dipergunakan taktik politik dan salah satunya melalui ROS yang mengeluarkan arahan tidak wajar dan tidak patut agar DAP mengadakan pemilihan sekali lagi, untuk menghancurkan parti itu,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan DAP selama 40 tahun tidak mudah untuk dihapuskan dan sehubungan itu menyeru semua perwakilan di seluruh negara agar bersungguh-sungguh tampil pada pemilihan semula itu untuk ‘menyelamatkan parti’. Sila baca di sini.


Tambah beliau, langkah dan taktik ketiga BN adalah melaksanakan pendidikan satu aliran dengan tujuan dan matlamat terakhir mereka ialah mahu menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sementara itu, bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman dilaporkan Utusan berkata, Guan Eng sebenarnya khuatir filem Tanda Putera akan mendedahkan fakta sebenar kepada generasi muda hari ini mengenai punca sebenar berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

“Mereka tidak mahu generasi sekarang tahu siapakah punca kejadian itu berlaku. Mereka sepatutnya tengok dahulu filem ini dan baru komen,” katanya


Filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September 2012 ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Namun, apabila Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia beliau telah meluluskan penayangan filem tersebut.

Filem Tanda Putera mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969.

Selepas itu filem itu telah mencetuskan kontroversi selepas Guan Eng melarang tayangannya di Pulau Pinang kerana mendakwa terdapat babak yang berbaur perkauman.


Walau bagaimanapun, Guan Eng kemudian menyatakan beliau tidak pernah menghalang tayangannya sebaliknya hanya menasihatkan pengusaha panggung wayang di negeri tersebut berbuat demikian.

Mohamed Razali berkata, Guan Eng juga tidak wajar menuduh filem berkenaan mengandungi unsur-unsur fitnah dan babak sensitif memandangkan beliau belum menonton filem berkenaan.

“Belum tengok tetapi sudah kata filem ini rasis. Kalau mahu, saya boleh bawa mereka tonton filem ini. Saya baharu sahaja tengok filem ini dan bagi saya, setiap rakyat Malaysia wajib menonton filem ini terutama generasi muda,” katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Di Indonesia hina bendera kebangsaan akan dikenakan tindakan undang-undang, di Malaysia mereka terlepas begitu sahaja?

Hishamuddin Rais (Bapuk tua Tukar Tiub) memegang bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan Malam Ambang Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.

Aktivis propembangkang hina Jalur Gemilang

Sambutan Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka di sini malam kelmarin dicemari perbuatan biadab sekumpulan aktivis propembangkang mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.

Malah, aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dalam ucapan ringkasnya di lokasi tersebut bersikap celupar apabila menggelar bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai 'jalur temberang'.

Beliau turut tidak menghormati sejarah negara dengan mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan adalah 'hari malapetaka'.

"Saudara-saudara! Lupakan jalur temberang, ini (Sang Saka Malaya) adalah bendera baharu untuk negara Malaysia.

"Jalur temberang ialah bendera tipu daripada Amerika.

"Bendera Sang Saka ini adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka.

"Bendera ini telah dinaikkan oleh rakyat pada tahun 1947.

"Malam ini adalah malam bersejarah, kita kibarkan Sang Saka. Inilah bendera rakyat Tanah Melayu.

"Inilah bendera yang akan menjadi negara kita apabila negara kita bebas daripada United Malay National Organization.

"Ingat, 31 Ogos bukan Hari Kemerdekaan. 31 Ogos adalah hari malapetaka," katanya seperti dipetik menerusi rakaman video yang dipaparkan di portal RakyatNews.my (http://www.rakyatnews.my) hari ini.



Turut kelihatan bersama Hishamuddin dalam rakaman video itu ialah aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim.

Sementara itu, seorang lelaki yang kurang senang dengan perbuatan biadab kumpulan aktivis propembangkang merampas bendera Sang Saka Malaya ketika Sasterawan Negara, A. Samad Said sedang berucap di Dataran Merdeka.


Lelaki terbabit juga menegaskan Sang Saka Malaya bukan bendera negara sambil menunjukkan jarinya ke arah Jalur Gemilang yang dikibarkan berhampiran lokasi kejadian.

Bagi penulis, tindakan lelaki berkenaan harus dipuji dan diberi penghormatan. Terdiam A Samad, Said, Adam Adli, Blogger Tukar Tiub( Bapuk Tua ) dan beberapa lain yang sedang berucap di situ. Penulis juga sedang menunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan biadap aktivis-aktivis yang melampau ini?

Jika di Indonesia sesiapa yang menghina bendera kebangsaan akan dikenakan tindakan undang-undang, tetapi di Malaysia adakah mereka terlepas begitu sahaja?

Suara Politik
Belantan

Ahad, September 01, 2013

Orang Cina tolak perpaduan melalui pendidikan?


Akhbar China Press bertarikh 28 Ogos 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Shao Xue berkaitan masalah pendidikan negara.

Tujuh tahun lagi tibanya tahun 2020, kerajaan penuh yakin menjadi negara maju. Mempunyai infrastruktur hebat dan luar biasa, pendapatan rakyat meningkat tetapi adakah Malaysia akan mencapai apa yang dimaksudkan negara maju itu?

Adakah ia begitu mudah dicapai? Selain teknologi dan infrastruktur yang tinggi, perlu mempunyai kekayaan budaya terutama sekali sistem pendidikan yang lengkap dan terbuka. Melatih dan mendidik pelbagai jenis pendidikan asas penting mencapai negara maju.

Kita telah 56 tahun merdeka, dari segi infrastruktur memang membanggakan rakyat tetapi masalah dan isu sistem pendidikan umpama termasuk ke dalam tempayan kicap, bercampur aduk kembali ke jalan yang asal.


Dibincangkan selama puluhan tahun, dianggap membantu perpaduan, pihak berkenaan memerah otak agar lebih ramai kaum bukan bumiputera masuk ke Sekolah-sekolah Kebangsaan. Akhirnya bagaimana? Semua orang sudah jelas dan faham sendiri, tidak perlu lagi bermimpi untuk membincangkan perkara ini supaya semua kaum dapat bersatu padu.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah berkata ramai ibu bapa bukan kaum Cina yang tidak suka hantar anak ke Sekolah Kebangsaaan, orang Melayu juga lebih suka menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) SJKC. Ini pilihan ibu bapa itu sendiri kerana mereka mahukan kualiti dalam pendidikan. Beliau menegaskan pendidikan perlu tumpu kepada kualiti, bukannya perpaduan.

Ramai kakitangan dan pegawai pendidikan yang berfikiran kaku, masih berpegang kepada satu aliran, mereka anggap ia akan membantu perpaduan. Pemikiran kaku dan berdolak dalik bukan sahaja tidak dapat bersatu padu sebaliknya menyebabkan pengetahuan murid-murid semakin merosot sehinggakan mereka tidak mahir bahasa Inggeris dan majikan sukar ambil bekerja.


Selain itu, pertelingkahan Dong Zong dengan pihak pelajaran dalam isu Pelan Induk Pendidikan 2013-2025 begitu sengit. Dong Zong tidak setuju waktu pembelajaran bahasa Melayu ditambah sebaliknya waktu bahasa Inggeris dan bahasa Cina disingkatkan, dalam jangka panjang ia tidak memihak kepada pendidikan bahasa Cina.

Negara kita telah merdeka lebih setengah abad, isu pendidikan masih di takuk satu aliran dan waktu pembelajaran bahasa dipanjangkan atau dipendekkan. Jika barah ini tidak dibuang segera, bagaimana mahu dapatkan khidmat cerdik pandai untuk menjadi negara maju?

Suara Politik
Belantan

DAPig Guan Eng kata media salah tafsir?

Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang mengarahkan pemilik pawagam tidak menayangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang, semalam.

Selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat berdolak-dalik tentang tayangan filem Tanda Putera di negeri ini seperti diarahkan beliau semalam dengan menyalahkan media kononnya tersalah tafsir kenyataannya itu.

Menurut Guan Eng, beliau tidak pernah menghalang pemilik pawagam di Pulau Pinang menayangkan filem berkenaan sebaliknya sekadar menasihati mereka supaya tidak berbuat demikian.

"Sekiranya mereka tetap mahu menayangkan filem itu, tiada tindakan akan diambil. Saya rasa berlaku salah tafsir oleh sesetengah media berhubung kenyataan semalam dan saya memberi amaran supaya jangan salah tafsir lagi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng menyatakan kerajaan negeri tidak membenarkan filem itu ditayangkan di negeri ini kerana babak pemuda Cina kencing di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor adalah sensitif dan berbahaya kepada masyarakat.


Sehubungan itu, beliau mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menguruskan perkara tersebut berikutan lesen perniagaan kepada pemilik pawagam dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Walau bagaimanapun, hasil penelitian wartawan terhadap surat yang dikeluarkan PBT kepada pemilik pawagam mengenai perkara itu terdapat percanggahan.

Dalam surat semalam, PBT mengarahkan pemilik pawagam tidak menayangkan filem Tanda Putera kerana mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif kepada masyarakat setempat.

Surat bertarikh hari ini pula memaklumkan, kerajaan negeri bukannya mengarahkan sedemikian sebaliknya hanya menasihati pemilik pawagam untuk tidak menayangkan filem terbabit.

PBT juga menyerahkan kepada pemilik pawagam sama ada mahu menayangkan filem itu atau sebaliknya.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng mengakui beliau tidak menonton filem berkenaan dan arahan dikeluarkan adalah berdasarkan komen awal yang diberikan terhadap filem itu.

Ditanya tindakan pawagam di negeri ini yang akur kepada nasihat kerajaan negeri dengan tidak menayangkan filem itu pada hari pertama tayangannya hari ini, Guan Eng menjelaskan, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut esok secara bertulis kerana bimbang disalah tafsir media.

Suara Politik
Belantan