Rabu, Ogos 17, 2011

Apa ulasan mengenai tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan hukuman bunuh keatas orang murtad?





















Ulasan penulis didalam artikel sebelum ini memberitahu bahawa Enakmen Hudud di Kelantan,1993 dan Enakmen Hudud Terengganu, 2002 mengisytiharkan bahawa orang Islam yang telah murtad dan menurut enakmen tersebut mereka ini patut dikenakan hukuman mati.

Untuk pengetahuan, Haji Hadi lah yang mempengerusikan jawatankuasa bagi menggubal Rang Undang-Undang Hudud berkenaan dan juga pemimpin PAS yang lain, mengisytiharkan bahawa orang Islam yang menolak Rang Undang-Undang itu adalah murtad dan menurut Enakmen tersebut mereka ini patut dikenakan hukuman mati.

Beliau jugalah Ahli Parlimen daripada PAS pada ketika itu yang paling aktif secara berterusan cuba untuk membentangkan cadangan rang undang-undang ahli biasa di Parlimen bagi mengenakan hukuman mati atas kesalahan murtad.

Dalam penulisan seterusnya penulis mengambil petikan dari dialog Ibnu Hussin ( Ketua pengarang AT TAJDID ) mengenai ulasan sesetengah pihak yang mempertikaikan hukuman bunuh keatas orang murtad?

Ada baiknya saya membawa saudara sekalian dengan tulisan Dr. Yusuf Al Qardhawi di dalam bukunya Jariimah ar Riddah wa ‘Uquubah al Murtad. Di mana di dalamnya beliau menegaskan pendapatnya bahawa orang murtad yang telah melanggar batas tetapi tidak berusaha untuk memurtadkan masyarakat dan tidak pula membuat fitnah terhadap agamanya, cukuplah dengan menahannya dan mengadakan dialog bagi menghilangkan kesamaran dan kegelapan daripada fikirannya dengan hujjah-hujjah yang jelas dan pemulihan, sebagaimana tindakan demikian sabit dilakukan oleh Khalifah Umar al Khattab r.a. juga ia menjadi pendapat dua orang Imam yang kenamaan iaitu Ibrahim an Nakhai’ dan Sufyan ath Thauri r.a.

Memang telah nyata kepada kita bahawa al Quran tidaklah membiarkan dosa kemurtadan dan tidak pula terhadap seksaan ke atasnya secara keseluruhan. Tidak terdapat dalam as Sunnah akan sebuah hadis mengenai ‘uquubah (seksaan) ke atas orang murtad, cuma terdapat dalam beberapa buah hadis yang diterima daripada beberapa orang Sahabat Rasulullah s.a.w.

Kita tidak menafikan bahaya kemurtadan ke atas masyarakat, di mana ia dapat memisah-misah dan menghancurkan masyarakat, meletakkan masyarakat dalam fitnah yang buta, malah mengheret mereka dalam peperangan antara penduduk, membunuh hamba-hamba Allah, menghancurkan negara dan memusnahkan segala kemakmuran.

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan lain-lain menyebut, “Siapa yang menukarkan agamanya, maka kamu bunuhlah dia.” Hadis ini dijadikan sandaran utama oleh keseluruhan ulama yang menghukumkan bunuh terhadap orang-orang yang murtad. Tetapi segolongan ulama yang menolak hukuman tersebut mempertikaikan kedudukan hadis ini. Hadis ini adalah hadis ahad. Sesetengah ulama menolak hadis ahad untuk dijadikan sandaran hukum untuk masalah seperti murtad ini sekalipun sanadnya sahih. Tidak hairanlah mereka menentang hukuman hudud terhadap golongan murtad.

Saya berpegang kepada pendapat Al Qardhawi tadi, iaitu tidak semua orang murtad dibunuh, hanya yang dihukum bunuh ialah orang murtad yang membuat kekacauan dalam negara Islam dan mengajak orang lain sama-sama keluar agama. Bagi mereka yang menganggap Malaysia bukan sebuah negara Islam, mereka tidak perlu heboh mendesak kerajaan menghukum bunuh orang murtad kerana relevennya hukuman bunuh terhadap orang murtad dikaitkan dengan penderhakaan terhadap negara Islam seperti yang dijelaskan oleh Prof Datuk Dr. Mahmood Zuhdi.

Menurut Dr. Yusuf al Qardhawi, ahli-ahli Fiqh Islam telah ijmak mengenakan seksaan ke atas orang murtad, bagaimanapun mereka berselisih tentang menentukan seksaannya. Kebanyakan mereka menghukum agar orang murtad di bunuh. Ini merupakan pendapat empat mazhab, malah pendapat lapan mazhab. Ijmak di sini bukanlah dalam masalah hukuman bunuh ke atas si murtad kerana tidak wujud kesepakatan seluruh ulama mujtahidin tentangnya.

Dalam perkara ini terdapat banyak hadis yang diriwayatkan oleh ramai para Sahabat, mereka ialah Abdullah bin Abbas, Abi Musa al Asy‘ari, Mu‘aadz bin Jabal, Ali bin Abi Talib, Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas‘ud, ‘Aisyah, Anas bin Malik, Abi Hurairah dan Muawiyah bin Haidah.

Hadis-hadis itu terdapat dalam berlainan bentuk, contoh seperti hadis tadi, man baddala diinahu faqtuluh (sesiapa yang menukarkan agamanya maka bunuhlah dia). Ia disumberkan daripada Ibnu Abbas r.a. yang diriwayatkan oleh al Jamaah kecuali Imam Muslim. Hadis yang serupa diriwayatkan oleh Abu Hurairah di mana ia dikeluarkan oleh At Thabarani dengan isnadnya yang Hasan. Saudara boleh rujuk kepada kitab Majma’ Az Zawaa‘id susunan Al Haithami.

Manakala sumber dari Uthman bin Affan r.a. berbunyi, “… (Kecuali) seorang yang kufur selepas dia Islam, atau dia berzina selepas kahwinnya, atau dia membunuh seseorang bukan sebab dia membunuh seseorang lain (membunuh balas).” (H.R. At Tirmidzi, An Nasaa‘I dan Ibnu Majah)

Ibnu Taimiyyah r.a. telah memisahkan orang murtad kepada dua bahagian. Pertama, orang yang hanya murtad semata-mata, maka taubatnya boleh diterima. Kedua, orang murtad yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta berusaha melakukan kerosakan di bumi, taubatnya tidak diterima sebelum dia dikuasai. Saudara boleh rujuk kitab Ash Shaarim Al Masluul.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa tidaklah didapati sumber yang dipindahkan bahawa Rasulullah s.a.w. membunuh orang murtad. Juga tiadalah pula dipindahkan pendapat Ibnu Taimiyyah yang menolak dakwaan ini. Jika ini benar, maka dosa (jariimah) ini tidaklah nyata berlaku di Zaman Nabi s.a.w, sebagaimana tidaklah diseksakan seseorang yang melakukan perbuatan kaum Nabi Luth, sebabnya tidak jelas berlakunya di Zaman Nabi s.a.w.

Di samping itu menurut pendapat kebanyakan ulama hendaklah dibunuh orang murtad itu, cuma masih terdapat perbezaan pendapat dengan Umar al Khattab r.a. Abdul Razzaq, Al Baihaqi dan Ibnu Hazm memberitakan bahawa Anas r.a. kembali dari Tustar, maka dia segera datang menemui Umar, maka Umar menanyakan: “Apakah tindakan yang dilakukan ke atas enam orang keluarga Bakr bin Waa’il yang murtad, keluar dari Islam, lalu mereka menghubungi orang-orang Musyrik?”

Anas menjawab: “Wahai Amirul Mukminan, suatu kaum telah keluar daripada Islam, dan mereka telah pergi menghubungi orang-orang Musyrik, maka mereka dibunuh di medan perang.” Maka Umar r.a. pun beristirja’ dengan berkata: Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kita kembali.” Mendengar demikian Anas bertanya, “Bukankah tiada jalan tindakan ke atas mereka selain dibunuh?” Umar r.a. menjawab, “Ya, menurutku aku akan menunjukkan Islam kepada mereka, maka jika mereka enggan, aku sediakan untuk mereka penjara.” (H.R. Abdul Razzaq dalam Al Mushannaf dan Al Athar, Al Baihaqi, Sa‘id bin Manshur dan Ibnu Hazm).

Menurut Al Athar (berita hadis), bahawa Khalifah Umar r.a. tidaklah berpendapat bahawa hukuman bunuh itu mesti dilakukan ke atas orang murtad pada setiap keperihalan mereka. Hukuman itu mungkin digugurkan atau ditangguh, apabila wujud keadaan yang memaksakan ia digugur atau ditangguhkan.

Maksud keadaan yang memaksa atau dharurat di sini menurut Al Qardhawi ialah keadaan perang, dekatnya hubungan orang-orang yang murtad dengan orang-orang Musyrikin dan kerana takutkan fitnah ke atas mereka.

Mungkin Umar al Khattab mengqiaskan perkara ini kepada sebuah hadis yang berbunyi, “Janganlah dipotong tangan-tangan (pencuri) dalam masa peperangan.” Hadis ini juga menjadi dalil bahawa tidak semestinya hudud itu boleh dilaksanakan setiap masa dan ketika. Adakalanya boleh ditangguh.

Ini ialah kerana takutkan akibat yang mengenai pencuri yang berani, maka dia akan menghubungi musuh. Terdapat juga andaian yang lain iaitu Umar memikirkan hadis, “Siapa yang menukarkan agamanya (Islam) maka kamu bunuhlah dia,” di mana Nabi s.a.w. bersabda demikian sebagai pemimpin yang bersabda kepada umatnya dan seorang Ketua Negara bagi sebuah kerajaan, iaitu dengan pengertian bahawa ini merupakan suatu ketetapan daripada Ketetapan-ketetapan dalam Kekuasaan Meluluskan Undang-undang dan bertindak daripada Tindakan-tindakan Menurut Polisi Syarak, dan ia bukanlah satu fatwa atau apa yang perlu disampaikan mengenai agama Allah, cuma suatu perkara yang mesti dilakukan pada setiap zaman, tempat dan suasana.

Maka jadilah membunuh orang murtad dan setiap orang yang menukarkan agama itu suatu hak atau kewajipan penguasa, suatu yang khusus baginya dan suatu yang memperbaiki pemerintahannya. Maka apabila dia memerintahkan berbuat demikian, terluluslah, jika tidak, maka tidaklah terlulus.

Tindakan ini selari juga dengan pendapat tokoh-tokoh pembantu Mazhab Hanafi dan Maliki yang berpegang dengan hadis, “Siapa membunuh seorang mangsa, maka baginya alat kelengkapan (senjata dan pakaian perangnya).”

Demikian juga Mazhab Hanafiyyah yang berpegang dengan hadis, “Siapa yang menghidupkan (suatu kawasan) bumi yang kering (terbiar tanpa tuan), maka (kawasan) bumi itu menjadi kepunyaannya.”

Pendapat Umar r.a. tadi adalah menjadi pendapat Ibrahim an Nakhai’ dan juga Sufyan ath Thauri yang berkata, “Inilah pendapat yang kita ambil (pegang).” Belaiu juga pernah berkata, “Ditangguhkan (membunuh) bila anda mengharapkan dia dapat bertaubat.”

Ulama Islam tidak sependapat mengenai perkara bidaah, di antara yang berat dengan yang ringan, begitu juga dalam perkara pembidaah-pembidaah, antara yang mengajak kepada bidaah, dan yang tidak mengajak.

Selari dengan itu kata Al Qardhawi, wajiblah kita memisahkan antara perkara riddah yang berat dan juga yang ringan, juga dalam perkara orang murtad yang mengajak kepada riddah dan yang tidak mengajak.

Kemurtadan yang berat ialah seperti kemurtadan Salman Rusydi, Taslima Nasreen, di mana orang yang murtad itu menyeru kepada bidaahnya menerusi percakapan dan tulisannya, maka tindakan utama dalam perkara seperti ini ialah kita memberatkan dalam hukuman atau seksaan ke atas mereka. Hendaklah kita berpegang dengan pendapat jumhur ulama berdasarkan kepada erti lahir hadis-hadis, membasmi kejahatan dan menutup pintu fitnah (yang mengacau ketenteraman). Jika tidak, maka bolehlah kita mengambil pendapat Imam an Nakhai’ dan ath Thauri, iaitulah berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Umar Al Faruq bin al Khattab r.a.

Saya tidak berapa bersetuju dengan tulisan Hang Jebat dan Sister in Islam. Tulisan mereka kebanyakan tidak merujuk kepada pemahaman ulama-ulama muktabar terutama ulama salaf. Mereka terlalu menggunakan akal sendiri dalam menafsirkan isu undang-undang murtad ini. Tidak salah kalau saya katakan tulisan mereka terutama Sister in Islam lebih condong kepada pemikiran golongan anti-hadis dan langsung menentang apa-apa undang-undang menyekat kes-kes murtad ini. Jangan pula anggap saya menuduh mereka sebagai anti-hadis seperti mana Dr. Badrul Amin menfitnah saudara Astora.

Kassim Ahmad orang kuat anti-hadis pun ada menulis dalam Utusan Malaysia, pandangannya jauh daripada ajaran Islam yang sebenar yang mesti dirujuk kepada al Quran dan hadis Nabi s.a.w. Puak anti-hadis ini adalah duri dalam masyarakat Islam hari ini dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan negara kita, biarpun segolongan pemimpin dalam kerajaan cuba memperkenalkan undang-undang untuk menyekat kes murtad ini, tapi mereka akan menentangnya habis-habisan. Golongan anti-hadis ini tidak lebih daripada alat musuh Islam untuk menghuru-harakan negara Islam.

Kita perlu juga menghormati pandangan mereka yang menolak hukuman bunuh terhadap orang murtad kerana tidak ada nas dari al Quran dan hadis sahih yang mutawatir menyebut tentangnya. Golongan yang menentang hukuman bunuh terhadap orang murtad ialah golongan yang menolak hadis-hadis sahih yang tidak mutawatir dijadikan hujjah dalam dasar syariat.

Mereka ini bukannya anti-hadis tetapi lebih berhati-hati dalam menerima sesuatu sumber yang dinamakan hadis itu. Pandangan golongan ini mungkin agak berbeza dalam banyak hal, orang yang tidak faham mungkin menganggap mereka menolak hadis, sesat dan karut. Astora Jabat adalah antara yang termasuk dalam golongan ini.

Saya melihat golongan tadi berbeza dengan golongan anti-hadis yang sekeras-kerasnya menolak diadakan sebarang udang-undang yang mengawal kes-kes murtad ini. Tidak semestinya kita adakan hukum bunuh terhadap golongan murtad ini, tapi adalah memadai dalam suasana sekarang kita mengadakan suatu undang-undang yang boleh menyekat masalah ini daripada meruncing.

Menurut Dr. Yusuf al Qardhawi, Islam tidak membenarkan membunuh orang murtad yang tidak melahirkan kemurtadannya, dan tidak pula mengajak orang turut murtad, kerana hukuman terhadap mereka ditangguhkan ke akhirat, bila mereka mati di atas kekufurannya, sebagaimana firman Allah s.w.t, “Siapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekufuran, maka sia-sialah amalan mereka di dunia dan di akhirat, sedang mereka itulah penghuni neraka, mereka akan kekal di dalamnya.” (Al Baqarah : 217).

Orang murtad yang tidak melahirkan kemurtadannya, dia dihukum secara takzir, hukuman yang bersifat mengajar yang sesuai lain pula dengan hukuman orang murtad yang sebaliknya mereka dihukum dengan hukuman hudud. Malah pada sesetengah ulama, tidak salah jika memakai pendapat Ibrahim an Nakhai’, Sufyan ath Thauri, Samsuddin al Sarakhsi dan Abu al Walid al Baji yang mengatakan si murtad tidak dibunuh.

Ada riwayat yang menyebut bahawa Ibrahim an Nakhai’ (seorang tabiin dari Iraq, meninggal dunia pada tahun 95H) berkata, “Orang murtad diminta bertaubat selama-lamanya.” Difahami daripada kata-kata ini bahawa orang murtad tidak sekali-kali dibunuh, sebaliknya dipenjara dan diperintah bertaubat sehinggalah dia bertaubat atau mati dalam penjara. Sila rujuk pada tulisan Dr. Muhd Muhsi Ghunaym dalam Jarimah ar Riddah fi al Fiqh al Islami.

Apapun yang pasti hari ini kita belum lagi melaksanakan hudud kerana suasana yang tidak memungkinkan dilaksanakan secara sekaligus. Biar saja kita mengena hukuman takzir kepada mereka dan bila hudud dilaksanakan sepenuhnya suatu hari nanti bolehlah dilaksanakan. Janganlah kita sibuk-sibuk bertelagah sesama kita tentang hukuman pancung kepada orang murtad hinggakan kita lupa tanggungjawab lain yang lebih penting lagi.

Islam bukan hanya merujuk kepada hudud semata-mata tetapi lebih daripada itu sepertimana yang dikatakan oleh Haji Hadi Awang bahawa hudud adalah 0.00001% daripada ajaran Islam. Yang mustahaknya kita perlu bersatu dengan tali persaudaraan Islam, bila tiba masa yang sesuai barulah kita laksana. Perkara ini pernah dinyatakan oleh Perdana Menteri semasa bertemu intelektual Islam di UK tidak lama dulu. Wallahu ‘alam.

"Saya berpegang kepada pendapat Al Qardhawi tadi, iaitu tidak semua orang murtad dibunuh, hanya yang dihukum bunuh ialah orang murtad yang membuat kekacauan dalam negara Islam dan mengajak orang lain sama-sama keluar agama. Bagi mereka yang menganggap Malaysia bukan sebuah negara Islam, mereka tidak perlu heboh mendesak kerajaan menghukum bunuh orang murtad kerana relevennya hukuman bunuh terhadap orang murtad dikaitkan dengan penderhakaan terhadap negara Islam seperti yang dijelaskan oleh Prof Datuk Dr. Mahmood Zuhdi."

PETIKAN DIALOG PENULIS IBNU HUSSIN (KETUA PENGARANG AT TAJDID) DARIPADA BUKU “DIALOG BERSAMA IBNU HUSSIN AL KELANTANI” TERBITAN AMANU SDN BHD.
PENGEMBLENG WACANA POLITIK ISLAM


“Ziad bin Hudair meriwayatkan bahawa Umar r.a. telah berkata kepadanya: Apakah engkau ketahui apa yang akan meruntuhkan Islam? Kata Ziad: Aku menjawab: Tidak! Beliau berkata: Islam diruntuhkan oleh kesalahan alim ulama dan perdebatan orang munafiq dengan al Kitab dan pemerintahan imam-imam yang menyesatkan.” (H/R Ad Darimi : Sahih)

“Janganlah seseorang itu menuduh seseorang yang lain dengan tuduhan kafir atau fasik, maka perbuatan itu akan kembali kepadanya sekiranya orang yang dituduh itu bukan seperti itu (bukan golongan kafir atau fasik).” [H/R Muslim dan Ahmad].

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Ogos 15, 2011

Isu murtad di Selangor – Haji Hadi terdiam apabila 'senjata makan tuan’!

Sebenarnya ini adalah satu persoalan yang mudah untuk dijawab oleh Ustaz Haji Hadi Awang berkenaan dengan isu murtad ataupun di panggil irtidad / riddah jika mengikut enakmen kesalahan jenayah syariah ( hudud dan qisas ) Terengganu 2002 dan enakmen undang-undang kanun jenayah syariah ( II ) 1993 ( Hukum Hudud ) Kelantan.

Tetapi mengapa Haji Hadi masih berdiam diri mengenai isu murtad ini sehinggakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasarudin Hasan sendiri yang mempertikaikan kenapa Pas Pusat mengambil masa begitu lama untuk menyatakan pendirian rasmi mengenai isu murtad tersebut.

Sambil menegaskan bahawa masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi batas sempadan politik, Nasarudin sekali lagi mendesak agar pucuk pimpinan parti itu membuat pendirian rasmi mengenai isu tersebut. Beliau berkata, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab diakhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam dinegara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin!

Dalam kenyataan terbaru Haji Hadi baru-baru ini mengatakan bahawa, " UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang. Mereka boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara."

Kesimpulannya, Haji Hadi berkata kenyataan media milik UMNO dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali K.W. “ Ucapan yang zahirnya benar , tetapi matlamatnya kebatilan “. Ianya dengan bermatlamat untuk memancing undi melayu Islam yang buta al Quran, bagi pilihanraya umum ke-13 untuk meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin.

Yang peliknya mengapa beliau hanya menyebut mengenai isu gereja sahaja dan tiada langsung menyentuh mengenai isu murtad! Mengapa ya? Mengapa PAS mula berlembut soal murtad dan akidah umat Islam. Apabila JAIS menyiasat kehadiran 12 orang Islam yang dipercayai sedang dimurtadkan, para pemimpin atasan PAS sekadar mengambil langkah "menyiasat sendiri" laporan bekas Pesuruhjaya PASnya di Selangor, Hasan Ali. Sama ada mereka tidak percaya lagi kepada cakap Hasan Ali atau sebaliknya.

Selama ini PAS cukup pantang mengenai soal Islam terutamanya yang dikaitkan dengan UMNO. UMNO dituduh dengan bermacam-macam tomahan bila menyebut mengenai Islam? Dikafirkan pun sudah, dicaci-maki dalam ceramah-ceramah seluruh negara sudah, didoakan pecat perut juga sudah. Kononnya UMNO tidak berjuang untuk Islam dan orang UMNO mesti ditentang. Tapi bila orang Islam cuba dimurtadkan di Selangor apa pemimpin PAS ini cakap sehinggakan pemimpin sayap kanan mereka sendiri mendesak pemimpin tertinggi PAS memgeluarkan kenyataan rasmi?

Penulis berpendapat mungkin isu murtad ini adalah sangat sensitif bagi Haji Hadi. Maka dengan sebab itulah beliau masih berdiam diri lagi sekarang dari menyebut hal-hal murtad ini. Kalau kita masih ingat Enakmen Hudud di Kelantan,1993 dan Enakmen Hudud Terengganu, 2002 mengisytiharkan bahawa orang Islam yang telah murtad dan menurut enakmen tersebut mereka ini patut dikenakan hukuman mati.

Untuk pengetahuan, Haji Hadi lah yang mempengerusikan jawatankuasa bagi menggubal Rang Undang-Undang Hudud berkenaan dan juga pemimpin PAS yang lain, mengisytiharkan bahawa orang Islam yang menolak Rang Undang-Undang itu adalah murtad dan menurut Enakmen tersebut mereka ini patut dikenakan hukuman mati.

Beliau jugalah Ahli Parlimen daripada PAS pada ketika itu yang paling aktif secara berterusan cuba untuk membentangkan cadangan rang undang-undang ahli biasa di Parlimen bagi mengenakan hukuman mati atas kesalahan murtad.

Jika mengikut Enakmen Hudud di Kelantan dan Terengganu, adakah 12 orang Islam yang sedang ‘dimurtadkan’ dalam pemeriksaan JAIS baru-baru ini di sebuah gereja bakal dikenakan tindakan atau dikenakan hukuman ‘bunuh’ jika mereka disabitkan dengan kesalahan dan tidak mahu bertaubat walaupun undang-undang syariah Selangor tiada memperuntukkan hukuman yang sedemikian!

Mungkin Haji Hadi memikirkan apabila beliau bersuara mengenai isu murtad yang pernah menjadi ‘senjata politik’ beliau pada suatu ketika dahulu, beliau takut akan kehilangan satu undi daripada pengundi-pengundi Kristian! Jadi untuk selamat, beliau mengambil keputusan dengan berdiam diri sahaja walaupun tahu ‘senjata itu telah makan tuannya’ sendiri.

Nasihat penulis kepada para pemimpin PAS, kalau nak berpolitik dan nak duduki Putrajaya sekalipun janganlah sesekali mengadaikan maruah agama Islam, al-Quran dan Hadis. Ini adalah kerana masih ramai umat Islam diluar sana tidak akan biarkan perkara ini berlaku. Cukuplah pada bulan yang mulia ini orang bukan Islam semakin berani berlaku biadap terhadap umat Islam, tetapi janganlah kerana Putrajaya, agama hendak dilacurkan!

Seperti kata Nasarudin Hasan yang turut mengingatkan bahawa murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di negara ini dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu. Masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi batas sempadan politik, maka sama-samalah kita fikirkan. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Ogos 13, 2011

JAIS : Bukan serbuan tapi hanya pemeriksaan!

Selepas lebih seminggu isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang didakwa sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya diperkatakan, pihak berkuasa agama itu hari ini menjelaskan bahawa tiada serbuan dilakukan ke atas premis itu pada 3 Ogos lalu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin menegaskan, apa yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa JAIS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dream Centre hanyalah pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam di gereja berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan itu dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 setelah menerima maklumat bahawa terdapat majlis berbuka puasa diadakan bersama majlis 'Thanksgiving Dinner' di sebuah gereja.

“Maka berdasarkan maklumat itu, satu pemeriksaan telah dibuat bersama-sama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Marzuki, sebenarnya tiada sebarang kekasaran atau pecah masuk dilakukan oleh penguat kuasa agensi tersebut semasa pemeriksaan di Dream Centre milik gereja berkenaan sebagaimana yang ditohmah oleh segelintir pihak.

Malah, beliau sekali lagi menegaskan bahawa tiada serbuan dilakukan ke atas premis yang dikatakan gereja itu pada malam 3 Ogos sebagaimana dilaporkan oleh sesetengah media dan pihak tertentu sebelum ini.

Menurut Marzuki, perundingan sebenarnya diadakan antara JAIS dengan pihak penganjur di luar dewan berkenaan sebelum pemeriksaan itu dilakukan, malah pasukan penguat kuasa juga telah meminta keizinan untuk masuk dan hanya dibenarkan berbuat demikian selepas majlis itu selesai pada pukul 11 malam.

“Ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan semata-mata. Tiada sebarang kekasaran yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa JAIS pada malam tersebut," katanya.

Marzuki kesal dan kecewa apabila banyak pihak mengatakan pemeriksaan tersebut dilakukan secara tidak beretika oleh anggota penguat kuasa JAIS.

“Pemeriksaan di dalam dewan berkenaan hanya dilakukan selepas majlis yang dihadiri seramai 100 orang itu tamat. Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja, anggota penguat kuasa JAIS dan polis telah diarahkan keluar dari dewan tersebut oleh pihak penganjur.

“Walaupun tindakan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa menahan pihak penganjur atau membuat sebarang tangkapan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat walaupun seramai 12 orang Islam didapati hadir, sebaliknya hanya butiran diri mereka diambil dan diminta untuk menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Ogos 11, 2011

Pakatan Rakyat Selangor tak takut dosa mungkir janji!


Pilihan raya tak ubah macam drama romantis yang kadangkala jalan ceritanya tak masuk akal. Senarionya seperti seoarang lelaki yang ingin memujuk wanita idaman menjadi pasangan hidupnya bersedia ‘menabur janji’ asalkan gadis impian setuju memilihnya.

Ungkapan seperti lautan api sanggup direnangi atau “tetap setia sepanjang hayat” begitu mudah diungkapkan selagi gadis idaman belum lagi berada dalam pangkuan. Apa lagi jika lelaki itu masih belum lagi menikmati asam garam kehidupan berumah tangga maka gadis itu akan dipujuk dan dirayu dengan pelbagai janji manis yang sesetengahnya “mungkin nampak romantik dan indah meskipun tidak realistik” sehinggalah gadis itu benar-benar yakin dan bersedia mengahwininya.

Dalam manifesto pilihan raya, “janji yang ditabur” parti politik juga memiliki elemen yang serupa. Parti yang belum pernah mendapat mandat memerintah negara pasti menyenaraikan pelbagai komitmen, impian dan ‘janji muluk’ kerana belum menyedari bebanan yang akan ditanggung bagi merealisasikannya.

Pemimpin parti pembangkang biasanya menetapkan sasaran belum berjaya dicapai kerajaan dalam manifestonya dengan harapan rakyat tidak lagi memilih kerajaan pemerintah dalam pilihan raya. Sebaliknya, memilihnya parti pembangkang itu sendiri untuk membentuk kerajaan baru.

Sebagaimana parti-parti politik yang lain, barisan gabungan parti pembangkang di negara ini turut mengemukakan janji pilihan raya dalam manifestonya hampir sebulan sebelum pilihan raya umum negara.

Dalam intisari manifesto bersama barisan gabungan itu, beberapa janji dikemukakan yang dirumuskan kepada lima bidang iaitu ekonomi, pemerintahan, pendidikan, perkhidmatan sosial dan pekerjaan..

Rumusan prinsip utama manifesto itu mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, mewujudkan kontrak sosial baru, memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan kedudukan negara di pentas dunia.

Sebenarnya tiada yang luar biasa mengenai prinsip utama itu. Mana-mana parti politik di dunia sekalipun sudah tentu tidak menjanjikan “perpecahan rakyat, menyembunyikan maklumat daripada rakyat, menghancurkan ekonomi negara, mewujudkan pemerintahan kuku besi dan merosakkan imej negara” dalam manifesto pilihan rayanya.

Malah pemimpin paling kejam di dunia seperti Hitler pernah berjanji kepada rakyat Jerman untuk menyatukan dan menjadikan bangsa Aryan sebagai bangsa agung di dunia meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembunuh paling terbilang membabitkan kebinasaan.

Begitu juga dengan pemerintah Jepun ketika perang dunia ke-2 yang berjanji mewujudkan Asia yang bersatu dan makmur meskipun akhirnya bangsa Asia “berjaya menjadikan ubi kayu cecah garam sebagai makanan ruji dan pembina profesional landasan kereta api maut di utara Asia Tenggara”.

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya.

Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Ogos 10, 2011

PAS lupa diri bila naik roket!

Lepas satu-satu bala menimpa parti pembangkang. Pemikiran para pemimpin PAS pun dah banyak berubah. Sudah tidak ada perjuangan untuk menegakkan negara Islam bagi mereka. Yang ada hanya negara 'berkebajikan'. Semakin hari semakin ramai ahli PAS mula tawar hati sejak roket DAP mendarat ke bulan PAS. Mereka semakin malu untuk menjaja PAS sebagai parti Islam sebagaimana matlamat asal penubuhannya.

Puncanya hanyalah dengan UMNO! Selepas DAP tak boleh makan tiba-tiba PAS pula terima mereka. Bukan sahaja terima, malah berkongsi agenda dengan orang yang menentang penubuhan negara Islam dan kuasa Melayu.

Kelihatan sebahagian ahli PAS mula menyepikan diri daripada aktiviti parti seperti ceramah kerana semakin cemas dengan penampilan gagah DAP. Ramai yang tidak tergamak untuk melihat bendera DAP bersilang dan bergandingan dengan PAS. Nampak macam PAS makin ditelan DAP. Lagipun PAS tidak ada keyakinan diri sehingga nak bagi jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Klik di sini.

Inilah kejayaan terbesar DAP iaitu berjaya mempergunakan PAS untuk menentang ketuanan Melayu yang ditegakkan oleh UMNO. Sepatutnya jika marahkan UMNO, Pas sahaja tentang UMNO bukan bekerja dengan DAP.

Ternyata kepimpinan PAS yang ada tidak sekental kepimpinan zaman Allahyarham Datuk Asri dan Yusof Rawa yang tegas menolak DAP. Sekalung tahniah buat Kit Siang dan Karpal Singh kerana berjaya gunakan PAS untuk menentang UMNO. Yang ruginya nanti bukanlah orang lain tetapi umat Islam dan orang Melayu itu sendiri. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Ogos 07, 2011

Isu serbu gereja - JAIS ada alasan kukuh!

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Larikan diri

“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO malam semalam bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Menurutnya, majlis itu juga bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.

Bukti serbuan JAIS berasas

Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Nampaknya Dr. Hasan Ali berseorangan dalam menangani isu ini. Atas ketegasan mempertahankan tindakan JAIS, beliau kini diasak kiri dan kanan oleh para penentang beliau baik dari dalam mahupun juga dari luar parti PAS! MB Khalid mahukan JAIS menyiapkan lapuran tentang serbuan tersebut dan akan membawa perkara ini untuk pengetahuan Sultan Selangor manakala PAS Selangor melalui Khalid Samad sendiri menuntut penjelasan dari Dr. Hasan Ali.

Demi memartabatkan Islam dinegara ini, tindakan tegas JAIS haruslah dipuji. Samada JAIS berada di bawah kerajaan BN atau kerajaan PR, yang pentingnya mereka menguatkuasakan undang-undang Islam. Pegawai-pegawai JAIS ini menjalankan tugas mereka kerana Allah swt dan ketegasan Dr.Hasan Ali mempertahankan tindakan mereka atas prinsip berani kerana benar. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Ogos 05, 2011

Tindakan terdesak : Kerajaan PKR Selangor nak robohkan asrama Yayasan Selangor pula!



















Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan di sini dipercayai untuk menambah aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan menyebabkan nasib 463 pelajar asrama berusia 32 tahun itu menjadi tanda tanya.

Apa yang lebih membimbangkan, pelajar tersebut tidak diberikan jaminan penempatan lain sekiranya asrama yang menempatkan pelajar luar bandar di Selangor itu dirobohkan. Difahamkan, tiada perancangan alternatif atau asrama baru yang akan dibina untuk menempatkan kumpulan pelajar berkenaan. Tindakan tergesa-gesa yayasan membuktikan kerajaan Selangor mempunyai agenda tertentu di sebalik tindakan mahu merobohkan asrama berkenaan.

Lebih mengecewakan kerajaan negeri serta pihak Yayasan Selangor seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dalam hal itu. Dimaklumkan bahawa asrama tersebut yang telah melahirkan ramai golongan pelajar berjaya akan dirobohkan pada 31 Disember ini.

Semasa ditanyakan nasib pelajar yang masih menetap di asrama itu, mereka tidak memberi sebarang jaminan penempatan lain. Malah ada juga cadangan supaya pelajar tersebut dihantar pulang dan bersekolah di kampung halaman masing-masing! Antara alasan lain yang tidak masuk akal diberikan oleh kerajaan negeri adalah kerana asrama tersebut berada di persekitaran yang tidak selamat serta menggangu lalu lintas! Bolehkah kita menerima alasan-alasan tersebut?

Isu berkaitan Yayasan Selangor nampaknya terus berlanjutan. Awal tahun ini, heboh yayasan yang baru setahun jagung berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri PKR, dilaporkan mengalami defisit RM7.41 juta setakat November 2010.

Malah pada Mac lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan mengakui wujud kepincangan dalam pengurusan yayasan itu termasuklah perbelanjaan tidak berhemah sehingga menyebabkan kos sambutan ulang tahun ke-40 yayasan pada November tahun lepas, mencecah hampir RM1 juta.

Sekarang, timbul pula rancangan merobohkan asrama pusat Yayasan Selangor di Kuala Lumpur, dipercayai untuk memberi laluan kepada projek komersial. Pengurusan Yayasan Selangor tidak perlu kalut untuk menambahkan aset sehingga meninggalkan peranan utamanya yang berteraskan pendidikan. Alasan untuk memberi laluan kepada pembangunan memang bagus tetapi dengan melenyapkan satu legasi yang dibentuk sejak tahun 1970 lagi bukanlah alasan yang cukup bijak.

Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur yang ditubuhkan bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih sekitar Lembah Klang. Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki manakala Asrama Toh Puan Norashikin menempatkan pelajar perempuan.

Sejak sekian lama, asrama tersebut – Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin, menempatkan pelajar Selangor dari sekolah-sekolah premier di ibu negara seperti Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Victoria, St. John, Convent Bukit Nanas dan Methodist.

Persoalannya adalah adakah ini jalan terakhir bagi kerajaan negeri yang dilihat semakin terdesak dengan menjual semua aset-aset kerajaan untuk menampung ‘kantung’ yang semakin berkurangan sekarang. Atau adakah ini jalan terakhir atau persediaan bagi mereka untuk mencari ‘sumber kewangan’ bagi menampung perbelanjaan PRU ke-13 nanti!

Justeru itu nasihat kepada kerajaan negeri yang diketuai oleh MB Khalid supaya mencari jalan lain yang tidak akan mengganggu pelajar yang bernaung di situ. Yayasan perlu memikirkan bentuk pembangunan yang berteraskan pendidikan, bukannya bermatlamat komersial semata-mata. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Ogos 04, 2011

Anak Panah MCA Tersasar - Hilang satu undi jika kutuk DAP!

















Masalah besar yang MCA lakukan ialah asyik halakan mata anak panah kepada DAP, terutama sekali di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Isunya mudah sahaja, DAP di Selangor adalah harapan kepada masyarakat Cina, ditatang dan disanjung oleh mereka. Sesiapa yang menyerang DAP dianggap seperti pelakon Cina (Wong Fei). Mereka mengaibkan dan mengutuk di depan Wong Fei.

Bukan sahaja suara kutukan terhadap DAP itu tidak boleh masuk ke dalam telinga, sebaliknya orang ramai semakin menjadi berang. Setiap kali pemimpin MCA kritik DAP, MCA akan kehilangan satu undi. Penyokong MCA semakin menurun, malangnya MCA masih tidak sedarkan diri lagi.

MCA halakan mata anak panahnya ke arah kumpulan fanatik, mengkritik kumpulan fanatik yang boleh menyebabkan tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada masyarakat Cina. Dalam pentadbiran kerajaan, jika MCA berani bertindak ke arah itu, sudah tentu MCA semakin diminati oleh masyarakat Cina, sudah tentu pengundi akan kembali kepada MCA.

Pada masa dahulu kumpulan pendidikan sekolah-sekolah Cina mendukung slogan "masuk dalam Barisan Nasional" "perbetulkan Barisan Nasional", malangnya cadangan itu semua ditolak bulat-bulat. Sehingga ke hari ini perjuangan itu tidak kunjung tiba dan tidak direalisasikan. Ramai dari kalangan pejuang itu tinggalkan parti Gerakan, ada sesetengahnya terus menyepikan diri, ada juga yang diperbetulkan (diajar) oleh Barisan Nasional.

PRU Mac 2008 Gerakan di Pulau Pinang tersungkur, ini menunjukkan Gerakan telah hilang sokongan dari kalangan masyarakat Cina. MCA mahu bangkit semula perkukukan kuasa, sebaliknya MCA tidak boleh menentang dan mengkritik DAP, sepatutnya guna kepandaian, kumpulkan kekuatan yang ada untuk bertindak dan menentang kumpulan fanatik.

Jika tidak berjaya, anggaplah ia sebagai satu perjuangan murni, bertindak itu lebih baik daripada duduk diam menunggu mati, dan akhirnya nanti akan diketepikan oleh pengundi. Fikir-fikirkan lah wahai MCA..!!!

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Ogos 03, 2011

Awas Jerat Hotel kembali : Bufet Ramadan!



Seperti biasa setiap kali datang bulan Ramadan, Pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ini adalah kerana bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sebenarnya umat Islam juga digalakkan supaya hanya berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri. Sehingga kini masih belum lagi diketahui sebanyak mana hotel dan dapur hotel di sekitar Wilayah Persekutuan yang telah diberikan pensijilan halal oleh Jakim kerana belum ada statistik yang tepat.

Untuk senarai terkini, sila lawati laman Portal Halal Malaysia. Klik di sini.

Kepada yang suka berbuka diluar tu diharap dapat menyemak dahulu samada restoran hotel yang anda pergi itu ada mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM. Jakim juga diminta meningkatkan pemantauan bagi memastikan istilah itu ( bufet Ramadan ) tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak hotel.

Sebagai umat Islam, kita harus memastikan makanan yang dimakan itu halal lagi bersih kerana ia akan menjadi darah daging dan seterusnya penentu kepada kehidupan seseorang itu. Alangkah ruginya, setelah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari dan apabila tiba waktu berbuka mengambil makanan yang tidak diketahui status halal.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Ogos 02, 2011

Muslihat Yahudi - DAP mendapat inspirasi dari pasukan bolasepak Singapura!

Strategi DAP untuk menang dalam PRU ke-13 nanti dilihat sama dengan pasukan bolasepak Singapura sewaktu mengalahkan pasukan Harimau Malaya baru-baru ini. Mereka mengeksploitasikan pengalaman pemain import sudah “tamat tempoh” sehingga sanggup memberi kerakyatan kepada mereka. Selepas itu sedikit demi sedikit ‘muslihat yahudi’ digunakan untuk melemahkan pihak lawan.

Kalau bukan muslihat yahudi, masakan tanah Temasik boleh terlepas ketangan bangsa asing! Semak semula siapa David Marshall kalau bukan seorang yang berketurunan yahudi yang menjadi Ketua Menteri pertama Singapura!

Jika dilihat kepada perlawanan penting di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini, banyak masa yang terbuang disebabkan ‘lakunan dan aksi’ mereka dipadang. Pura-pura jatuh sakit untuk ‘curi masa’ dan memberi tekanan kepada Harimau Malaya untuk menambahkan jaringan gol. Pemain negara beria iya bermain mengikut peraturan, tetapi akhirnya dikecundangkan dengan strategi yang nampak mengena.

Bagi Singapura kemenangan keatas pasukan Malaysia adalah kemenangan moral bagi mereka. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk mengatasi Malaysia. Dengan syarat mereka menang! Sebenarnya mereka sudah “ menunjukkan jalan” kepada DAP bagaimana hendak “menundukkan” kerajaan BN.

DAP yang bagai orang mengantuk disorongkan bantal, sudah pasti akan cuba “meniru” cara ini untuk menang dalam PRU ke-13 nanti. Mereka menghasut orang Melayu supaya menyertai perhimpunan haram BERSIH 2.0 baru-baru ini, meminta SPR akur kepada permintaan mereka kononnya pilihanraya tidak telus, tetapi mereka sendiri tidak turut serta! Malah tidak nampakpun kelibat Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

Inilah strategi yahudi yang mahu melihat orang Melayu berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Dan yang amat menyedihkan sekali apabila ada orang Melayu yang sanggup menjadi “ barua “ kepada DAP malah ada diantara mereka berbangga dengan apa yang telah mereka lakukan! Yang penting mereka mahu melihat UMNO dan BN tumbang!


Terbaru apabila mereka ( DAP ) sudahpun membuat perancangan untuk meletakkan calun mereka ( Melayu ) dikawasan majoriti Melayu iaitu dikawasan PAS dan PKR dengan harapan pengundi Cina akan mengundi mereka dan mereka bakal menggunakan PAS dan PKR untuk pecahkan undi Melayu!

Sebenarnya DAP bukannya yakin sangat dengan kemampuan Pas dan PKR, cuma mereka mahu menggunakan parti-parti tersebut untuk “ pecahkan “ undi. Lebih-lebih lagi sekarang apabila DAP melihat PKR dan PAS sedang mengalami kemerosotan sokongan yang amat sangat pengundi melayu. Oleh itu kedua-dua parti ini dilihat DAP tidak mampu untuk mengekal kerusi yang mereka ada sekarang. Alternatif lain adalah bagi DAP meletakkan calon Melayu mereka sendiri. Dengan strategi ini DAP berharap sokongan kaum Cina kekal dan kaum melayu bertambah yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.

Mungkin ada diantara mereka ( pengikut-pengikut PAS dan PKR ) menyedari perkara tersebut, tetapi disebabkan mereka mahu menumbangkan kerajaan BN, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun sampai tergadai tanahair mereka sendiri. Mungkin Allah swt sudah menunjukkannya sedikit di Pulau Pinang, tetapi mereka masih tidak mahu mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku!

Kepada PAS, bersyukurlah kerana masih tidak menjadi pemerintah kerana Allah swt berfirman dalam surah al-Syura ayat 27 :

Dan jikalau Allah melapangkan rezeki bagi hamba-hamba-Nya semua, tentu mereka akan derhaka di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa-apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran ( kemampuan ). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya lagi Maha Melihat.”

Adakah kini DAP melihat PAS dan PKR sudah menjadi “liabiliti” kepada perancangan mereka untuk menguasai Malaysia dalam PRU ke-13 nanti. Adakah kita bakal melihat negara ini akan mendapat menteri-menteri besarnya dan seorang Perdana Menterinya dari parti DAP.

Sebenarnya inilah perancangan licik yang DAP belajar dari PAP Singapura bagaimana untuk menguasai kerusi Melayu dinegara itu sejak tahun 1965 dan contoh terbaik adalah dari perlawanan bolasepak diantara kedua-dua buah negara baru-baru ini. Jalan sudah ditunjuk, implementasinya sudah berlaku sekarang. Sebelum nasi menjadi bubur, terpulanglah kepada orang Melayu untuk memikirkannya demi masa depan anak cucu kita semua. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Kita Cabar DAP Tanding Dikerusi Majoriti Melayu - GAPS!


Kenyataan Media

GAPS ingin mengalu-alukan cadangan DAP yang berhasrat ingin bertanding dalam kerusi majoriti melayu dalam PRU 13 ini. Hasrat ini sekali lagi membuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

DAP sekarang memperolehi sokongan maksima masyarakat cina namun itu masih belum cukup untuk ia memenangi kerusi untuk mengambilalih kerusi Perdana Menteri. GAPS yakin sebenarnya DAP sedang menyusun langkah untuk mengambil alih jawatan PM, kerana itu ia harus melebarkan jaringnya dikawasan melayu.

PKR dan PAS sekarang pula sedang mengalami kemerosotan sokongan yang amat sangat pengundi melayu. Oleh itu kedua-dua parti ini dilihat DAP tidak mampu untuk mengekal kerusi yang mereka ada sekarang. Alternatif nya adalah untuk DAP meletakkan calon melayu. Dengan formula ini DAP berharap sokongan kaum cina kekal dan kaum melayu bertambah yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.

Secara halusnya sebenarnya DAP sedang mengadaptasikan cara parti PAP singapura menguasai kerusi melayu dinegara itu sejak tahun 1965. Formula PAP mungkin boleh digunapakai oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.

Malahan hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Ahad, Julai 31, 2011

Mempersiapkan diri menghayati Ramadhan !

RAMADHAN yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam bakal menjelma esok Isnin,1-8-2011. Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus. Tarawih dan solat malam sudah tentu akan diisi maksimum mungkin dan diselangi tadarrus. Ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah, kerana semuanya ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus.

Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Indahnya Ramadhan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga menjaga diri dari melakukan perbuatan maksiat. Yang halal dilakukan pada bulan yang lainnya menjadi haram pada bulan puasa, seperti makan pada siang hari dan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Kerana itulah orang berpuasa dengan sebenar-benarnya adalah orang yang luar biasa.

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa."

Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa. Mereka menjaga hati dari berasa sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka juga menjaga mata dari memandang sesuatu yang tidak selayaknya, menjaga hidung dari menghidu sesuatu yang mengurangkan pahala, menjaga telinga dari halwa yang membuai rasa dan suara yang membawa berita bohong, menjaga lidah dari membicarakan hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lainnya yang menjadikan kita leka dari mengingati Yang Maha Berkuasa.

Orang meninggalkan puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari berkenaan pada mana-mana hari pun di dunia, Rasulullah SAW menegaskan hal ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang maksudnya: "Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadan tanpa ada ruksah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup".

Pada bulan mulia, ibu bapa wajar mengambil peluang meluangkan masa yang berganda bersama anak dan mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain puasa, rukun Islam lainnya wajar ditazkirahkan semula dan diamalkan bersama mereka supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta.

Anak bukan saja perlu difahamkan dengan apa yang terakam di dalam kitab suci, tetapi juga amalan yang ditunjukkan ibu bapa, yang menjadi pendakwah paling hampir dengan mereka.

Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak untuk menghadapi Ramadhan tentunya menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman puasa yang sebenarnya, iaitu bukan hanya berlapar dan dahaga, apatah lagi membazir sewaktu berbuka tetapi menjadi hamba yang insaf terhadap hari muka.

Sudah tentu setiap isteri pula menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Walaupun menyediakan juadah bersahur dan berbuka besar dan banyak pahalanya, ia tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewaktu qiyamullail, apatah lagi apabila tibanya lailatul qadar yang hanya bertandang sekali. Justeru, setiap suami harus mengambil kesempatan dari saat ini untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadhan kali ini agar lebih baik dari sebelumnya.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Ikhlas dari,
Taminsari

Kanak-kanak hilang : Di mana adik Sharlinie dan adik Lee Xin Ru berada sekarang!


Jika kita masih ingat adik Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang pada 9-1-2008 iaitu ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Masuk hari ini sudah lebih 3 tahun kita kehilangan adik Sharlinie dan kita terus mencarinya.


Ini yang terbaru : Adik Lee Xin Ru.

Lee Xin Ru, 2 tahun, hilang sejak 21 September 2010.
Jika anda mempunyai maklumat mengenai
kanak-kanak ini, sila hubungi

Insp. Haroza binti Pandi
di talian
019-8793776
atau
Polis Daerah Raub, Pahang
09-3552222

Kepada sesiapa yang ada maklumat tentang kedua-dua kanak-kanak ini harap dapat menghubungi talian seperti yang tertera diatas. Pencarian harus diteruskan. Jangan mudah berputus asa. Sama-samalah kita berdoa agar mereka berdua masih selamat dan dapat ditemui semula. InsyaAllah.

Sumbangan ikhsan dari,

Suara Politik

Taminsari

Jumaat, Julai 29, 2011

Kerajaan 'Oh Selangor Ku' tidak peduli loji air semakin menyusut!

Terlalu banyak berpolitik dan tidak menghiraukan kebajikan penduduk Selangor merupakan ciri-ciri utama yang terdapat pada kerajaan yang sedang mentadbir Selangor sekarang. Keengganan Kerajaan Pakatan Rakyat Oh Selangor-Ku untuk menyegerakan projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor, sebenarnya adalah retorik politik semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri pada 12 Julai 2010 telah memberi amaran, bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya serta Selangor secara keseluruhannya akan berhadapan dengan krisis menjelang 2012 sekiranya kerajaan negeri yang diketuai oleh Khalid Ibrahim tidak mengambil langkah-langkah perlu untuk mengatasi masalah berkenaan.

Krisis bekalan air di Selangor tidak sahaja memberi kesan yang besar kepada rakyat Selangor, tetapi juga kepada industri, pengilang dan pelabur. Dan apabila kesan tersebut sudah menimpa industri, pengilang dan pelabur, maka secara tidak langsung, Selangor bukanlah destinasi paling menarik untuk mereka beraktiviti.

Kulim Hi-Tech Park telah menghadapi kesan kemerosotan pelabur dan larinya pengilang-pengilang utama kerana masalah bekalan air. Apakah Selangor yang sekarang ini berbangga dengan FDI serta pelaburan masuk yang tinggi, sanggup berhadapan dengan masalah tersebut?

Kalau kerja-kerja atau projek-projek Kerajaan Pusat membawa masuk pelabur ke Selangor diterima dengan senang hati, bahkan diuar-uarkan sebagai kejayaan Pakatan Rakyat, mengapa pula projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor mendapat tentangan dan pelbagai helah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat?

Masalah bekalan air yang meruncing sebenarnya telah pun diakui oleh Exco Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong pada 22 Jun lalu. Bagaimanapun oleh kerana otaknya adalah otak Pakatan Rakyat, maka dia tidak akan sesekali mengakui kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor yang lebih berminat untuk berpolitik berbanding bekerja untuk rakyat.

Elizabeth Wong dalam kenyataannya, menyalahkan SYABAS kerana gangguan bekalan air sementara di beberapa wilayah Selangor bulan lepas. Katanya lagi, kegagalan SYABAS untuk membuat penyelenggaran yang baik adalah punca mengapa gangguan air berlaku.

Pada masa yang sama, dia turut menafikan yang Selangor sedang berhadapan dengan kekurangan bekalan air yang serius sebaliknya menyatakan, semua itu adalah masalah SYABAS yang menggunakan alasan penstrukturan aset air untuk menekan Kerajaan Negeri. Menariknya, Elizabeth Wong cuba berbohong dengan mengatakan simpanan air di Selangor adalah 100% berdasarkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 21 Jun 2011!

Paling menarik ialah apabila Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri, Badrul Amin Baharom menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana ‘keengganan’ Kerajaan Persekutuan menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada Pakatan Rakyat sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

Katanya lagi, alasan kekurangan bekalan air di Selangor adalah helah Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan kadar air. Pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor menelan kos sebanyak RM8 bilion, tetapi menurut Badrul Amin Baharom, Kerajaan Negeri boleh menyiapkan projek tersebut pada kos RM2 bilion.

Namun setelah dicabar oleh Dr.Chin Fah Kui, Badrul Amin Baharom yang baru menambah koleksi BINI, sehingga ke hari ini tidak menjawab dan bersuara lagi tentang kos RM2 bilion yang digebangkannya itu.

Semalam, SYABAS dalam satu kenyataan memberitahu rizab air Selangor daripada 33 buah loji air seluruh negeri mengalami penyusutan yang sangat kritikal. Berbeza dengan kenyataan Elizabeth Wong bahawa simpanan air di Selangor adalah 100%, SYABAS mendedahkan bahawa rizab air Selangor hanyalah pada kadar 3-5% sehari sahaja.

Nampaknya, Pakatan Rakyat sedang bermain-main dengan nyawa manusia di Selangor dalam usaha mereka untuk menjarah, merompak dan berkuasa di negeri ini. Kaedah mudah mereka dengan menyalahkan pihak lain khususnya Kerajaan Persekutuan akibat retorik dan politik berlebihan mereka, sememangnya amat dikesali!...Oh Selangor Ku...!!!

Oleh : Selangor Daily

Suara politik
Taminsari

Khamis, Julai 28, 2011

Terdesak - Perang psikologi pembangkang!

Pakatan pembangkang akan menolak penggunaan apa jua sistem dalam pilihan raya umum termasuk biometrik dan dakwat kekal selagi ia tidak menjamin kemenangan mereka pada pilihan raya umum . Pembangkang hanya akan mengatakan sistem yang digunakan itu bersih jika mereka memenangi semua kerusi pada pilihan raya umum.

Jika kerajaan sebut guna sistem ini, mereka hendak sistem yang lain pula. Ia tidak ada kesudahan kerana ia sebenarnya pertarungan perang psikologi yang mereka hendak cuma kemenangan mereka sahaja. Dari sudut politik, ia ibarat permainan catur, dari satu gerakan ke satu gerakan sehingga lah ‘check mate’. Itu yang mereka mahukan sebenarnya. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Julai 27, 2011

Slogan baru 'Selangor Ku' hanya gimik MB Khalid!

Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melancarkan slogan baru 'Selangor Ku' pada 24 Julai lalu hanyalah taktik dan gimik untuk menutup kegagalan pembangkang dalam melaksanakan program pembangunan rakyat di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, slogan bagi menggantikan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES) dilihat sekadar 'kosmetik' untuk mengaburi mata rakyat.

Ini kerana katanya, berdasarkan rekod pentadbiran negeri di bawah pimpinan PKR, DAP dan Pas, mereka dilihat gagal melaksanakan janji kepada rakyat sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial.

"Apabila kerajaan negeri sedar bahawa MES telah gagal mencapai sasaran dan matlamatnya, mereka memperkenalkan slogan dan program baru dengan nama 'Selangor Ku'.

"Saya tidak hairan mereka tukar kerana mereka mahu menutup kelemahan dan kegagalan di mata rakyat," katanya di sini, hari ini.

Noh berkata, kerajaan negeri memberi pelbagai janji kepada rakyat seperti ketelusan, bertanggungjawab dan sebagainya, tetapi sebenarnya pentadbiran mereka pincang termasuk dari segi pengurusan dan perbelanjaan antaranya membabitkan Yayasan Selangor.

"Kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan Pas sebenarnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan dalam pentadbiran kerana gagal melaksanakannya dengan baik termasuk wujud salah guna kuasa dan wang.

"Kegagalan itu jelas dilihat dalam isu perbelanjaan tidak terkawal antaranya melibatkan Yayasan Selangor yang dikatakan menyebabkan ia berhadapan dengan masalah kewangan," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak terlepas daripada amalan penyalahgunaan kuasa apabila dilaporkan mempergunakan lesen kontraktor kelas F yang dikhaskan kepada bumiputera untuk mengaut keuntungan 90 peratus bagi disalurkan untuk kepentingan politik DAP.

"Salah laku itu turut melibatkan pengunaan wang rakyat yang dikatakan digunakan untuk menanggung kos penginapan perwakilan PKR pada kongres parti itu tahun lalu," katanya.

Tambah beliau, sebelum ini kerajaan negeri bertindak zalim apabila merampas tanah milik YBK seluas kira-kira 323 hektar manakala baki tanah yayasan itu seluas 323 hektar lagi telah dikenakan kaveat hingga menyebabkan yayasan berkenaan tidak boleh mengusahakan tanah miliknya.

"Ini menyebabkan rancangan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Hulu Selangor tidak dapat dilaksanakan dan ini benar-benar merugikan rakyat dan negeri dari segi perkembangan pendidikan.

"Ia tidak termasuk masalah kewangan yang dialami oleh Universiti Selangor (Unisel)," katanya.

Kelihatan Khalid cuba memberitahu rakyat Selangor bahawa “Selangorku” adalah menifestasi beliau sendiri kononnya negeri itu adalah hak milik beliau dan DAP sahaja. Dalam kata lain seolah-olah rakyat Selangor dan Pas tidak ada hak!

Selain dari itu sebenarnya “Selangorku” adalah rentetan dari slogan Khalid dan DAP sebelum ini yang berbunyi, “Meng’Khalid’ dan Men’DAP’kan ekonomi Selangor”. Ia termasuklah juga satu lagi slogannya, “Hasil negeri untuk Khalid dan DAP”.

Melalui slogan “Meng’Khalid’ dan Men’DAP’kan ekonomi Selangor”, Khalid dan DAP telah berjaya mengawal kekayaan ekonomi Selangor yang beratus-ratus juta dikumpulkan oleh Kerajaan BN dan berbelanja boros hingga hampir mencabul wang zakat Selangor. Mujurlah sempat dihalang oleh DYMM Sultan Selangor dan membuatkan Khalid dan DAP terpaksa mengubah strategi mereka!

Maka lahirkan “Selangorku”. Dengan slogan baru ini, Khalid dan DAP dijangka tidak punya banyak masalah untuk menjadikan Selangor seperti hak milik mereka sendiri. Mana-mana pihak pun tak boleh persoalkan. Kalau berdegil dan persoalkan juga, maka akan 'dihalau keluar' dari Selangor! Syabas diucapkan kepada rakyat Selangor yang memilih Pakatan Rakyat. Begitu juga Menteri Besar yang menjadi boneka kepada DAP. Selangor..Oh Selangor ku..!!!

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Julai 24, 2011

Malaysia bukan 'hak milik' individu!

" Kami akan tawan Putrajaya!", "Malaysia milik rakyat!" dan bermacam-macam lagi laungan serta pekikan yang kedengaran untuk menarik sokongan rakyat berpihak kepada kumpulan-kumpulan tertentu.

Perbincangan pada kali ini bukan sekadar menjurus mempersoalkan hak atau desakan sesetengah pihak yang mahu memiliki tampuk pemerintahan negara tetapi berkongsi penjelasan tentang kedudukan 'pemilikan' negara yang sepatutnya difahami semua pihak.

Malaysia merupakan sebuah aset yang paling berharga dan tidak boleh dimiliki dengan mengenakan bayaran tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi milik individu tertentu. Malaysia bukanlah 'barang' yang boleh diperdagangkan tetapi mempunyai nilai khazanah tidak ternilai yang terdiri daripada sekumpulan masyarakat yang bekerja keras dalam membentuk negara Malaysia seperti mana yang dapat dilihat pada hari ini.

Perebutan untuk mendapatkan Malaysia dalam arena politik terutamanya melalui sistem pilihan raya menonjolkan betapa rakusnya parti-parti politik berjuang atas pelbagai ideologi bagi meraih sokongan sehingga memperoleh kemenangan dalam pilihan raya tersebut.

Parti politik yang mendapatkan kemenangan dan membentuk sebuah kerajaan untuk memerintah harus mengambil kira konteks Malaysia dalam ruang lingkup yang lebih luas di mana pemilikan negara ini juga meliputi rakyat yang berlindung di dalam negara tersebut. Masyarakat tidak pernah terkecuali dalam proses ini kerana merekalah komuniti yang bertanggungjawab terhadap kemenangan itu.

Persoalannya, mengapa terdapat parti-parti politik tempatan yang sangat teruja dan rakus untuk menawan Putrajaya dan mahu mengekalkan kedudukan mereka di sana sedangkan pendekatan yang perlu diambil oleh parti politik ini adalah dengan bergerak secara agresif dan progresif dalam menambat hati penyokong dan bukan sahaja membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi pemerintah yang baik sekiranya Putrajaya menjadi milik mereka.

Contoh dan teladan yang baik dan efektif dari segi pengurusan pentadbiran dan politik perlu dibuktikan di setiap peringkat sama ada dalam kerajaan negeri, organisasi parti dan lain-lain.

Sebagai contoh, kerajaan negeri Kedah telah diminta supaya membenarkan premis hiburan untuk beroperasi pada bulan Ramadan adalah antara perkara yang signifikan dalam menjelaskan betapa serius dan tegas keputusan kerajaan negeri untuk menghadapi isu ini serta mengambil kira pandangan masyarakat di Kedah tentang perkara tersebut.

Khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang sedikit sebanyak memberi impak terhadap keterujaan parti-parti politik untuk mengasah strategi yang lebih mantap, memperkasakan jentera parti serta memastikan tampuk pemerintahan politik tempatan bakal membawa perubahan pada masa akan datang. Seringkali kes-kes berkaitan dengan jatuh bangun sesebuah kepimpinan parti itu akan dituding kepada individu-individu tertentu.

Kelemahan sesebuah parti politik itu bukan sekadar memberi kesan kepada struktur parti tetapi turut mengharungi masalah sama adalah ahli parti politik tersebut. Lihat apa yang berlaku kepada kebanyakan negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria, Iran dan lain-lain, Afghanistan, Pakistan, Afrika juga menerima impak daripada pemerintahan yang tidak stabil sehingga membawa kepada masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat.

Lihat betapa gembiranya rakyat Sudan yang menantikan kemerdekaan negara mereka setelah sekian lama berjuang ke arah pembebasan dan kesejahteraan sejagat. Iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa ini menjadikan masyarakat lebih matang, bersemangat kental dan lebih berdikari dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan.

Setidak-tidaknya, Malaysia sudah lama merdeka dan pada hari ini kelihatan seolah-olah kepimpinan politik terumbang-ambing mencari hala tuju dengan desakan bagi memenuhi permintaan di sekelilingnya. Isyarat ini sangat 'bahaya' jika berada dalam keadaan yang tidak dapat diperbaiki sehingga membawa kepada mana-mana parti politik itu kepada era 'kegelapan'.

Inilah yang sangat digeruni dan perlu dijauhkan supaya rakyat tidak lagi tertipu dengan janji-janji manis akibat kegelojohan pihak-pihak tertentu yang terlalu mendambakan kuasa untuk menjadi pemerintah sehingga sanggup menggelapkan mata dengan kuasa rakyat yang diberikan.

Niat perlulah diperbetulkan kerana kemenangan pasti akan berpihak kepada pihak yang menegakkan kebenaran tetapi bukan kepada yang sentiasa memesongkan perkara yang sebenar.

Dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semakin mencabar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan keadilan dan ketelusan dipelihara dalam proses pilihan raya, sudah semestinya kepercayaan daripada semua pihak perlu diberikan kepada suruhanjaya itu. Kerjasama SPR dengan parti politik yang bertanding dalam setiap pilihan raya akan menjanjikan kemenangan, keadilan dan ketelusan yang dituntut oleh semua pihak.

Walaupun BERSIH 2.0 mempertikaikan tentang pilihan raya yang adil, SPR sentiasa bersedia untuk membuka pintu kepada perbincangan. Tidak timbul lagi isu siapa benar dan siapa salah, sikap salah-menyalahkan satu sama lain perlu dihentikan dan tidak lagi dimomokkan dengan cerita dongeng yang sentiasa berusaha merencatkan perjalanan demokrasi negara.

Sekiranya keadilan, ketelusan, perjuangan hak asasi manusia yang dilaungkan atas nama demokrasi sebenar selama ini, memperbetulkan kiblat dan perjalanan masing-masing dan jangan terlalu asyik dibuai dengan kesalahan pihak lain yang tidak membawa kepada sesuatu yang pasti.

Bukan mudah hendak membeli nilai harga setiap pengundi itu kerana mereka tidak lagi boleh dirasuah, dimomokkan dengan mitos, ditipu sehinggalah dibutakan mata sekalipun mereka tetap tidak akan memilih parti yang hala tujunya songsang dan beranggapan bahawa Malaysia hanya milik sesebuah parti politik sahaja.

Malaysia adalah milik bersama yang diperolehi hasil daripada keringat perjuangan semua kaum membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah yang tamak dan akhirnya dinakhodai oleh barisan kepimpinan politik yang diamanahkan oleh rakyat bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Julai 19, 2011

Haramkan perkataan ISLAM yang dinamakan kepada parti PAS!


























Berdasarkan kepada pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam, ianya seharusnya diberikan perhatian.

Ini adalah kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH SWT melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH SWT dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud ‘Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam’.

Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli.
Demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.

Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan,Terengganu dan Kedah yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.

Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan ‘Ikhwanul Muslimin’, di Pakistan ‘Jamiatul Islamiah’, di Indonesia ‘Mahsumi’ yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia).

Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjid, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan “PAS itu Islam, Islam itu PAS” serta menuduh kafir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.

Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS pernah dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan November 1994. Tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam.

Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah bagi menentang golongan yang dikatakan mahu membuangkan Islam.

Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud ‘ Tegakkanlah agama (ISLAM) jangan (haram) berpecah belah padanya’.

Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras. Ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum mengetahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.

Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi dan bukannya hasil perjuangan PAS. Walaupun pembangunan dan kemajuan telah dilaksankan, terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini. Itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.

Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu. Umpamanya ketika penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa.

Tuduhan dan fitnah itu sudah tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank tersebut sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya. Demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain. Yang menariknya pada hari ini, merekalah diantara pelanggan utama bank tersebut!

Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka. Sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam. Hanya golongan orang yang melampau dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.

Tuduhan PAS terhadap UMNO hendak menghapuskan Islam, nampaknya telah mempengaruhi emosi seorang tokoh agama yang begitu dihormati sehingga tokoh itu sanggup mengatakan orang-orang UMNO beku, jumud dan sempit malah lebih daripada itu mensifatkan mereka lebih teruk daripada orang kafir. Sebagai seorang Ketua Ulamak PAS, kata-kata itu menampakkan beliau tidak begitu sabar dalam menangani masalah umat Islam.

Yang pasti PAS itu bukan Islam. PAS hanyalah sebuah parti politik yang akan bertanding pada setiap kali pilihanraya untuk mendapatkan kuasa! Sudah tidak ada lagi agenda untuk menegakkan negara Islam bagi PAS. Yang ada hanyalah untuk menegakkan negara berkebajikan yang telah dipelupori oleh UMNO lebih setengan abad yang lalu.Wallahuallam.

Suara politik
Taminsari.