Isnin, Mei 30, 2011

Nafsu Anwar sama macam DAP - Atur strategi Malaysian Malaysia?

Anwar Ibrahim kini dilihat sedang mengatur strategi yang dilaksanakan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia untuk menarik sokongan kaum Melayu dan Cina kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Melalui strategi tersebut, Anwar akan menggunakan PAS untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu dan bekerjasama erat dengan DAP untuk sokongan kaum Cina. Di Malaysia, parti seperti PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum kurang diterima rakyat. Jadi, Anwar kini cuba mendapatkan sokongan daripada golongan masyarakat yang kurang bersetuju dengan dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)!

Terdapat masyarakat Cina yang tidak setuju dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mereka lihat hanya memberi pertolongan kepada orang Melayu untuk menganjak sosioekonomi kaum itu.

Anwar semasa dalam temuramah eksklusif dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini mengakui kemenangan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah atas sokongan kaum Cina. Beliau mengambil contoh kemenangan calon PKR, See Chee How di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang.

Ramai ahli parti itu sehingga kini masih belum mengetahui apa sebenarnya pendirian PKR kerana Anwar sebagai penasihat begitu sukar untuk digambarkan sikap sebenarnya. Apabila berjumpa dengan orang Melayu, dia akan jadi nasionalis Melayu dan apabila jumpa orang Cina, Anwar akan jadi liberal!

Dilihat PKR yang diketuai oleh Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sedikit nyawa iaitu sokongan rakyat terhadap parti itu. Anwar tiada pilihan, PKR semakin hilang sokongan. Beliau tahu Pas sudah mempunyai penyokong tersendiri yang pasti akan mengundi parti itu. Begitu juga DAP, jadi Anwar bertindak berbaik-baik dengan kedua-dua parti itu untuk bernyawa kembali.

Yang ketara Anwar ternyata ketandusan modal dalam berpolitik. Ditambah lagi dengan kes liwat dan video seks panas yang sedang dihadapinya sekarang. Walaupun 'tebal muka', cara terbaik adalah berbaik-baik dengan DAP dan menggunakan Pas demi karier politiknya walaupun terpaksa 'menjual' bangsa sendiri semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: