Sabtu, Februari 13, 2010

Rakyat kesal sikap MB Selangor!
















Para penyokong Perhimpunan Melayu Negeri Selangor yang berarak dari masjid negeri ke Bangunan SUK, Shah Alam, 12 Februari, untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap menteri besar berkaitan isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

Rakyat Selangor terus melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cara Menteri Besar, Khalid Ibrahim menyelesaikan isu cukai tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah. Selain laporan polis yang dibuat sendiri oleh YBK, terbaru 1,000 orang hari ini melancarkan demonstrasi secara aman di luar pintu utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membantah isu tersebut.

Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Melayu Negeri Selangor itu disertai ahli-ahli UMNO negeri serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang berarak dari Masjid Negeri ke bangunan SUK selepas solat Jumaat. Perkasa diketuai oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor manakala UMNO diketuai oleh Ketua Penerangan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus.

Kumpulan itu turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Khalid berhubung isu itu yang diterima oleh Setiausaha Politik beliau, Nik Nazmi Nik Ahmad. Demonstrasi itu berlangsung secara aman kira-kira 30 minit dengan dikawal rapi oleh sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Antara isi kandungan memorandum itu mendesak kerajaan negeri menerima semula bayaran cukai tanah sebanyak RM1.28 juta bagi kawasan seluas 89.4 hektar yang dibuat pada Ogos tahun lalu. Ini kerana kerajaan negeri telah memulangkan bayaran cukai itu bersama cukai tanah tertunggak sebanyak RM5.7 juta yang sebelum ini telah dijelaskan dengan bantuan Yayasan Melaka.

Abdul Shukur ketika ditemui berkata, Menteri Besar sepatutnya tidak memulangkan bayaran cukai tanah YBK dengan niat untuk merampas tanah itu yang dicadangkan untuk pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM).

''Kita kesal dengan sifat berdendam Menteri Besar setelah permohonan kerajaan negeri supaya beliau dilantik sebagai Pengerusi YBK ditolak oleh yayasan tersebut. ''Tindakan Menteri Besar dalam membuat keputusan politik yang mengetepikan hak-hak orang Melayu di daerah Hulu Selangor khususnya dan Selangor amnya perlu ditolak sekeras-kerasnya," ujarnya.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini memberi alasan, kerajaan Selangor menolak bayaran yang dijelaskan oleh Yayasan Melaka kerana cukai tanah perlu dijelaskan oleh pemilik tanah itu sendiri.

Berikutan itu, tanah yang diberikan kerajaan negeri semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu kini diambil semula oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang.

Sementara itu Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang turut hadir dalam demonstrasi itu menegaskan, tindakan-tindakan Menteri Besar itu sepatutnya memberi kesedaran kepada rakyat bahawa kerajaan negeri bersikap zalim dalam menangani isu rakyat terutama melibatkan masa depan anak-anak yatim di bawah kelolaan YBK.

Beliau berharap gerakan politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan terus mendesak kerajaan negeri supaya memulangkan semula tanah tersebut kepada YBK.

Suara Politik
Taminsari

4 ulasan:

Pejuang Bangsa berkata...

Bantahan ini adalah kemuncak dari api kemarahan yang telah lama terpendam. Seharusnya rakyat dapat menilai natijahnya apabila memilih orang yang lebih mementingkan politik dari membela nasib rakyat. Inilah sikap orang yang tidak ikhlas berjuang untuk kepentingan rakyat.

Anak Lenggong berkata...

Ini yang dia kerajaan rakyat yang diagong-agongkan oleh Penipu Rakyat ni selama didalam pemerintahan nya hanya ini lah yang dapat dibanggakan:

1. Pusat ternakan babi yang terbesar bakal dibina.
2. Pembendaharaan negeri makin menyusut.
3. Menggunakan duit kerajaan negeri untuk membiayai syarikat yang hampir pupus.
4. Membenarkan arak dijual dikawasan penempatan melayu.
5. Membenarkan sikapir menyampaikan ceramah didalam masjid.
6. Cuba songlap duit zakat.
7. Mencadangkan UITM dibuka kepada bukan melayu.
8. Pertambahan pusat hiburan dan kesihatan dengan alasan supaya orang lelaki diselangor senang nak urut batin.
9. Kepada pembayar cukai tanak kena menggunakan duit sendiri tak boleh menggunakan dana daripada orang lain.
10. Melantik penjehanam negara menjadi penasihat kewangan negeri.

Ini lah bahananya bila sesuatu pentadbiran negeri dibuat sebagai percubaan..so bahananya bukan setahun dua tetapi akan kekal sepenggal sehingga pilihanraya akan datang...so fikir lah sendiri.

AntiHipokrit berkata...

Ambik tanah YBK lepas tu bagi pada Cina DAP.

Unknown berkata...

Wahai rakyat malaysia terutama orang melayu, belajar lah dari pengalaman ini. Jangan cuba eksperimen lagi dalam menentukan kerajaan kerana segala usaha yg telah di buat perpuluh-puluh tahun boleh hancur sekelip mata jika di beri kepada orang yg hanya pentingkan diri sendiri ie. Khalid Gagap dan Anwar Al-J.
Jika sayangkan masa depan orang melayu, sayang lah UMNO. Kita perbaiki segala kelemahan dari dalam, bukan dengan cara menghancurkan segala yg telah dibina.