Selasa, Februari 16, 2010

Ayah tutup kedai!

Ketua Penerangan UMNO Selangor, YB Abdul Shukor ( dua dari kiri ), Ketua UMNO Bahagian Klang, Mazlynoor Abdul Latiff (kanan) melawat Mohd. Bakri Mohd. Bazli yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, semalam.

Sumber utama pendapatannya ialah berniaga kedai kopi berhampiran Jalan Sultanah Zainab, Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Walaupun pendapatannya kecil iaitu hanya sekitar RM20 hingga RM30 sehari, tetapi hasil itulah yang membantunya menyara tujuh orang anak yang bersekolah dan masih kecil.

Namun, sejak seminggu lalu, Mohd. Bazli Che Ali, 46, terpaksa menutup kedai kopi yang sudah diusahakan sejak lebih 30 tahun itu untuk menjaga anak sulungnya, Mohd. Bakri, 23, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Mohd. Bakri, seorang pelajar UiTM dimasukkan ke hospital itu sejak 7 Februari lalu kerana cedera parah di kepala berikutan terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 7 di sini dengan kereta dipandu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Mohd. Bazli berkata, kedai kopi itu tidak dibuka buat masa ini kerana dia dan isteri, Azizah Awang mahu memberi tumpuan kepada Mohd. Bakri yang kini amat memerlukan sokongan moral.

"Inilah usaha saya suami isteri, berdoa selain perubatan moden yang disediakan oleh pihak hospital," luahnya yang turut melahirkan rasa syukur kerana anaknya sudah sedar dan semakin stabil.

Menurutnya, kemalangan itu adalah dugaan Allah walaupun jauh di sudut hati amat berharap Mohd. Bakri akan pulih sepenuhnya. Mohd. Bazli berkata, dia masih tidak tahu berapa lama harus berada di HTAR kerana walaupun anaknya sudah sedar tetapi dia masih belum mampu bercakap selain perlu menjalani pembedahan membuang darah beku di otak.

Lelaki itu berterima kasih kepada pihak UiTM yang menyediakan tempat tinggal di Rumah Tamu universiti tersebut selain kemudahan makan minum serta pengangkutan berulang alik ke HTAR secara percuma. "Selain itu, pensyarah dan kawan-kawan anak saya ada juga memberi bantuan kewangan kepada kami," ujarnya.

Sementara itu : UMNO bantu Mohd. Bakri

UMNO Selangor akan membantu penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terlibat dalam satu kemalangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim di Seksyen 7, Shah Alam pada 7 Februari lalu.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, langkah itu diambil ekoran keadaan penuntut berkenaan yang cedera parah serta koma sebelum ini akibat kemalangan tersebut.

Menurutnya, bantuan itu diberikan dengan hasrat untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa kepada Mohamad Bakri Mohd. Bazli, 23, yang hanya bekerja sebagai peniaga kedai kopi secara kecil-kecilan di Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun katanya, bentuk bantuan yang bakal diberikan itu akan diputuskan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar dalam tempoh terdekat ini.

"Alhamdulillah, keadaan Mohamad Bakri hari ini bertambah baik. Dia telah pun sedar daripada koma dan mula bercakap sedikit demi sedikit," katanya kepada pemberita selepas melawat Mohamad Bakri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang di sini semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff serta Ketua MCA Bahagian Klang, Datuk Teh Kim Poo.

Selain melawat Mohamad Bakri, Abdul Shukor yang mewakili UMNO Selangor turut menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Mohamad Bakri termasuk sumbangan tambahan RM500 daripada Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) yang disampaikan oleh Pengerusi Biro Kebajikannya, Raja Norshikin Raja Tauran. - UM

NG SWEE LIM MESTI DIAMBIL TINDAKAN! Ikuti di blog : http://www.kitagempur.com/

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

eXception berkata...

Semoga Mohd Bakri kembali sembuh dan sihat sediakala... Aku harap juga YB lahanat itu dibawa ke muka pengadilan...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

hg_kasturi berkata...

YB yg langgar tu pernah melawat ke Mohd Bakri kat Hospital ..
kalau tak melawat memang la ..CELAKO! celako! celako!

Unknown berkata...

Bakri bukan Kuhan atau Beng Hock atau dari kaum cina atau kaum india. Tidak akan ada sesiapa akan mempertahankan haknya, bar council tidak akan peduli, PKR sibuk dgn keadilan utk anwar shj, PAS masih mengagungkan Nik Aziz, DAP jauh panggang dari api tambahan yg langgar tu YB dari DAP, australia atau amerika jauh sekali. Bakri(mungkin ayah dan ibunya penyokong PAS) terlentang sendiri.Marilah kita sama-sama bantu dan hentikan ketidakadilan parti-parti rakus DAP,PAS dan PKR ini. Mereka bukan utk kita, mereka berjuang utk jadi YB dan menteri. Rakyat marhain jadi mainan politik.