Rabu, Februari 17, 2010

Anwar Terpaksa Gunakan Talian Hayat Untuk Selamatkan Diri!






















Di luar mahkamah, banyak petunjuk menampakkan Anwar makin terdesak. Lebih-lebih lagi selepas gagal dalam usaha untuk mengheret rakyat menyokong beliau sebagaimana kes liwat pertama 10 tahun lalu. Rakyat malah ramai penyokong pembangkang tidak mahu terjebak dalam isu moralnya. Kerana menyedari tiada sokongan, Anwar mendapatkan bantuan negara luar.

Kenapa sampai begitu sekali? Tidakkah kita belajar daripada sejarah lampau betapa padah yang bakal menimpa jika ada pembesar dan pemimpin mengundang campur tangan asing? Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, berapakah harga yang perlu dibayar untuk semua itu? Sudah pasti terlalu besar nilai balasannya yang kedaulatan negara menjadi pertaruhan.

Sebab itu, kita agak marah apabila 50 ahli Parlimen Australia menuntut agar pertuduhan terhadap Anwar ditarik balik. Ia adalah tindakan angkuh dan bermotif jahat. Janganlah jadi anjing yang suka menyalak. Tetapi tidak adil menyalahkan kumpulan ahli parlimen itu, semata-mata. Anwar juga perlu dipertanggungjawabkan. Gerakan beliau sejak tahun lalu bagi melobi mendapatkan simpati dan bantuan asing berhubung kes mahkamahnya, bukan rahsia lagi.

Baru-baru ini, sekumpulan 50 orang senator dan Ahli Parlimen Australia menghantar surat protes meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan merosakkan imej negara. Mereka mahu pendakwaan ke atas Anwar dihentikan demi meningkatkan keyakinan kepada sistem undang-undang yang adil dan saksama di Malaysia.

Laporan agensi berita asing memetik Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby sebagai berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan merasakan mereka perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

''Para pemerhati Malaysia sukar untuk percaya bahawa seorang ketua pembangkang boleh menghadapi dakwaan liwat buat kali kedua. Pada pandangan kami, kerajaan Malaysia perlu tahu bahawa imej Malaysia di peringkat global akan terjejas dengan dakwaan ke atas Anwar. ''Kami berharap pihak berkuasa Malaysia tidak akan meneruskan dakwaan tersebut," kata surat protes berkenaan.

Mengikut laporan, surat protes tersebut diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia, Datuk Salman Ahmad. Penghantaran surat protes berkenaan menerima pelbagai reaksi dari pelbagai pihak di Malaysia. Ada di antara pemimpin Malaysia menyifatkan Ahli Parlimen Australia itu sebagai keterlaluan dan tidak faham dengan sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Anwar yang sebelum ini cuba mencari pelbagai helah untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat keduanya ada berkunjung ke Australia pada Disember tahun lalu. Ketika itu Ketua Pembangkang tersebut meminta Australia menghantar pemerhati pilihan raya untuk pilihan raya umum yang akan datang kononnya bagi memastikan ia berjalan dengan bebas dan adil.

Media Australia, The Sydney Morning Herald, turut memetik kenyataan Anwar yang dibuat di Australia pada Disember lalu sebagai berkata, kempen beliau pada pilihan raya umum akan datang adalah tidak mudah memandangkan kini beliau terpaksa berhadapan dengan dakwaan liwat yang baru.

''Senarai pengundi tidak boleh dicabar, tidak ada pendedahan media dan pegawai keselamatan tidak berpihak kepada kami (pembangkang). Pada pilihan raya umum yang lalu kami mendapat keputusan yang baik, jadi kali ini kami meminta negara asing termasuk Australia menghantar pasukan bebas," katanya.

Dalam temu bual dengan media Australia berkenaan, Anwar turut menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd yang memuji amalan demokrasi di Malaysia semasa mengadakan lawatan rasmi ke negara ini sebagai tidak tepat. Sudah menjadi tabiat Anwar untuk menjaja cerita mengenai sistem politik di Malaysia yang kononnya tidak demokrasi di seluruh dunia bagi meraih sokongan.

Dalam kunjungannya ke Australia ketika itu, Anwar berucap mengenai pengalaman masyarakat Islam di Asia Tenggara di Melbourne. Beliau juga menyampaikan syarahan di Universiti Monash mengenai pengalaman Asia dalam mengharungi krisis kewangan global.

Adakah gesaan 50 ahli Parlimen Australia agar kerajaan menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan mereka tidak memahami sistem demokrasi berparlimen di sini. Didalam sistem berkenaan yang turut diamalkan di negara itu, kerajaan yang merupakan sebuah badan eksekutif tidak berhak meminta badan kehakiman menggugurkan kes tersebut apatah lagi setelah perbicaraan bermula.

Permintaan itu juga dilihat merupakan sesuatu yang janggal kerana jika diperhatikan, Anwar telah diberikan sepenuh hak untuk memfailkan beberapa petisyen dalam mempertahankan dirinya sehingga perbicaraan itu tertangguh 18 bulan dari tarikh sepatutnya. ‘‘Kenapa mereka ghairah pertahankan Anwar, adakah ini menguatkan dakwaan bahawa Anwar merupakan darling of the west seperti yang telah kita dengar beberapa tahun lalu.

Jika benar anggota Parlimen Australia itu mendokong dan menjuarai sistem demokrasi, apakah pula nasib pengadu dalam kes liwat itu iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan? Siapakah yang membelanya? Adakah tindakan ahli-ahli Parlimen Australia itu sebagai perbuatan bodoh dan keterlaluan. Kebodohan itu mungkin disebabkan kesemua ahli Parlimen itu merasakan Australia merupakan sebuah negara yang maju dari segala aspek terutama hak asasi dan perundangan.

Ahli-ahli Parlimen itu perlu mencermin diri dan selesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kaum Orang Asli (Aborigines) di sana sejak dahulu dan apa pula halnya dengan beberapa pembunuhan warga India di Australia yang tersebar di media antarabangsa sejak dahulu.

Kementerian Luar Negeri sepatutnya mengambil inisiatif melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra untuk menjelaskan fakta- fakta mengenai perbicaraan Anwar kepada ahli-ahli Parlimen Australia yang berkenaan. Kita berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat.

Penjelasan dari Wisma Putra pula perlu disampaikan kepada ahli Parlimen Australia berkenaan dan ia adalah wajar memandangkan sebelum ini mereka hanya mendengar pelbagai dakwaan yang dilemparkan oleh sebelah pihak iaitu Anwar sahaja. Selain memberikan penjelasan, Wisma Putra juga perlu menyampaikan mesej kepada ahli Parlimen Australia tersebut supaya mereka lebih menghormati dan tidak mencampuri urusan dalaman sebuah negara berdaulat yang lain.

Antara sebab-sebab mengapa ahli Parlimen Australia menyokong Anwar!

Australia is a diverse and fairly accepting society as far as gay and lesbian people are concerned and advances continue to be made in line with developments in leading liberal democracies. Institutional discrimination is discouraged by anti-discrimination legislation and most Australians are easygoing in relation to personal sexuality.

For those cultures where homosexuality remains strongly repressed, the openness of gay and lesbian life in parts of Australia can be liberating and empowering. Australia has been known for its sexual stereotypes, and although pockets of old ways of thinking still exist (especially outside the inner cities), modern Australia has become far more accepting of different backgrounds and sexualities.

But it’s not all good news: queers in Australia continue to encounter iscrimination, prejudice and invisibility in many areas—for example, same-sex couples cannot get married, transgender people can experience intolerance in the gay and lesbian community, and religious groups vary in their degrees of tolerance. Nonetheless, you
can live an open lifestyle in Melbourne, being proud of who you are, and there are many support services and groups to help you Melbourne has a large gay and lesbian population which thrives in the city’s bar and café culture (see the ‘Queer entertainment’ section below).

Over the past ten years, broader social acceptance and the widespread use of the Internet to meet people and obtain information has changed the face of gay elbourne. Streets such as Brunswick Street in Fitzroy and Commercial Road in South Yarra are very queer-friendly, with many nightclubs, cafés and shops. Collingwood’s Smith Street and the suburbs of Northcote and Brunswick are also areas queer students tend to live in and like to hang out. Chapel Street in Prahran, and Acland and Fitzroy
Streets in St Kilda are the southside equivalents.

Kerajaan Australia perlu mengkaji secara mendalam dahulu sebelum mengemukakan kenyataan atau desakan. kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara, apatah lagi membabitkan Perlembagaan.
Perlembagaan sesebuah negara bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan politik, sebaliknya perlu dihormati semua pihak termasuk di luar negara.

Yang menjadi kemusykilan sekarang mengapa tuntutan itu dibuat pada waktu ini. Padahal sebelum ini tidak ada protes. Lagipun ini bukan satu tindakan menganiaya kerana mangsa sendiri yang membawa perkara ini ke mahkamah. Apakah ada udang di sebalik batu di sebalik tindakan ahli Parlimen Australia ini membuat tuntutan yang di lihat secara tidak langsung cuba untuk mencampuri urusan dalam negara yang berdaulat seperti Malaysia? Sama-samalah kita fikirkan. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

10 ulasan:

C L J berkata...

APA KATA MAJLIS PEGUAM MENGENAI TUNTUTAN 50 AHLI PARLIMEN AUSTRALIA ITU.

fs-86 berkata...

MP Australia tu dia punya pasal lah. Kalau kita tak layan, diam lah dia. Ni nak dijadikan isu. Anwar sendiri tak mintak campurtangan mereka. Mereka yang sibuk.

Dah ler tu. Tumpu kepada pembangunan negara jauh lagi baik.

Unknown berkata...

Kita tunggu dan lihat apabila lubang jubur si Saifol ini terbarai setelah tidak terberak selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Isi-isi dari lubang jubur ini akan bertaburan. Ketawa salah hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi.......baca seterusnya disini

wasabi berkata...

Hanya seorang GAY sahaja yang menyokong GAY yang lain! Bagi menyelamatkan karier politik yang semakin menjunam dan mengekalkan sokongan penyokong parti kepada dirinya, Anwar Atarturk cuba meraih sokongan antarabangsa bagi menunjukkan bahawa dirinya menjadi mangsa fitnah.Akhir-akhir ini di laman blognya setiap hari di siarkan sokongan dan simpati dari pihak luar ke atas dirinya dalam menghadapi kes liwat dengan Saiful Bukhari Azlan.

Semua surat dan sokongan tersebut memberi mesej bahawa Anwar menjadi mangsa konspirasi politik. Namun yang anehnya hampir kesemua penyokong-penyokong Anwar di luar negara tersebut terbabit dalam lingkaran memperjuangkan hak kebebasan gay / lesbian dan mempromosi pluralisme agama di seluruh dunia.

Kini dilaporkan 50 ahli Parlimen Australia telah mengesa kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim, dengan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kumpulan ini cuba mengajar Malaysia tentang demokrasi dan kebebasan seperti yang di amalkan di negara mereka.Tindakan Michael Danby dan ahli Parlimen Australia itu menyebabkan Anwar dan penyokong tegarnya termasuk di dalam PAS memperbesarkan gesaan ahli Parlimen tersebut, seolah-olah Anwar mendapat sokongan luar biasa dari pihak luar.

Menjadi persolan siapa sebenarnya Michael Danby yang cuba diangkat hero baru yang membela Anwar ini, menurut laman wikipedia Michael David Danby merupakan seorang ahli politik Australia dari Parti Buruh Australia semenjak Oktober 1998, yang mewakili kawasan mengundi Port Melbourne, Victoria. kawasan itu merupakan antara kawasan yang mempunyai bilangan pengundi dari kelompok gay lesbian dan Yahudi tertinggi di Australia.Danby lahir di Melbourne, Victoria dan melanjutkan pengajian di Melbourne University.

Pernah menjadi presiden Presiden Mahasiswa Universiti Melbourne dan juga sebagai Presiden Kesatuan Mahasiswa Yahudi Australia.Pernah menjadi Penolong Setiausaha Peribadi Barry Cohen, seorang menteri dalam kerajaan Bob Hawke 1983-84, dan Editor akhbar Australia-Israel Review pada 1986-93.Pernah menjadi penasihat menteri Alan Griffiths, Menteri Perindustrian dalam kerajaan Paul Keating, 1993-94.

Beliau dikatakan banyak memberi dorongan kepada Paul Keating dan Bob Hawke untuk menyerang Mantan Perdana Menteri Malaysia sewaktu itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed disebabkan tindakan Tun Dr. Mahathir yang banyak membela Palestin dan mengecam Israel.Danby merupakan satu-satunya ahli Parlimen Australia dari kelompok Yahudi sehingga tahun 2007 apabila semakin ramai orang Yahudi Australia dipilih sebagai pewakilan seperti Mark Dreyfus.Beliau sering bercakap dan memperjuangkan sokongan kepada Israel dan menengtang tindakan Anti semitik.

Tahun 2005, apabila terdapat jurnalis , Antony Loewenstein, yang memperlekeh dan kritikal terhadap komuniti Yahudi Australia, Danby telah mengambil tindakan menyatukan komuniti Yahudi di Australia memboikot pernerbit buku tersebut iaitu Melbourne University Press. Beliau menggangap sikap penulis tersebut dalam membincangkan isu konflik Israel-Palestin lebih kepada propaganda anti Israel.

Dalam ucapan beliau di Parlimen Persekutuan pada Disember 2008, ekoran terjadinya peristiwa serangan Mumbai November 2008, Danby menyatakan adalah penting untuk mengingati nama-nama mangsa dan kematian Rabi Gavriel Noach Holtzberg, Rivka Holtzberg dan yang lainnya kerana mereka adalah Yahudi."saya bangun bersuara di dewan parlimen ini dan memuji memori kematian orang-orang tidak berdosa yang terkorban di di Mumbai Ch hanya kerana mereka adalah orang Yahudi” kata Danby sewaktu sidang Parlimen tersebut.

Ketaksuban beliau terhadap agama Yahudi menyebabkan majlis perkahwinan Yahudi diadakan buat pertama kalinya di bangunan Parlimen Australia.Di Australia beliau dan Mike Kelly dianggap sebagai orang yang bertangungjawab melobi Kerajaan Australia agar memberikan sokongan kepada Israel dan Zionis.

bersambung...

wasabi berkata...

sambungan..

Melalui lobi-lobi Yahudi yang diusahakan oleh Danby dan Kelly dan termasuk La Gilladine orang Yahudi di Australia dapat mengawal politik Australia mengikit apa yang diingin zionis, begitu juga dengan dasar luar negeri Australia. Danby juga banyak memberi dokongan dan sokongan keatas tindakan kekejaman Israel kepada Palestin di Gaza.

Selain tokoh kepada kumpulan Yahudi Danby juga merupakan tokoh yang memperjuangkan keadilan kepada golongan gay/lesbian di Australia.Banyak usaha telah dilakukan oleh Danby untuk memperjuangkan hak kelompok homoseksual di Australia.

Pada Disember 2003, Danby pernah mengkritik kerajaan Howard kerana melakukan dikriminasi keapada kelompok gay, disebabkan Howard gagal memperjuangkan hak golongan Gay dalam beberapa isu menyebabkan kumpulan gay/lesbian di Australia mengambil tindakan menyokong Danby dan parti buruh dalam pilihanraya Australia.

Disebabkan Danby juga Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (PBB ) pernah mendapati bahawa Australia berada dalam keadaan pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa kerana kerajaan Australia mewujudkan peraturan pasangan Gay tidak boleh menerima pencen daripada pasangan mereka yang meninggal dunia. Rujuk kepada kes Edward Young, seorang gay dari Sydney Australia yang merupakan veteran perang dunia ke II .

Dia telah meminta kerajaan meluluskan pencen dari pasangannya yang telah gagal diberikan oleh pihak kerajaan.Michael Danby lancarkan Tahun 2003 bagi menunjukkan sokongannya kepada kelompok hubungan Gay/lesbian beliau telah melancarkan RainbowAwards, majlis anugerah khusus untuk kelompok gay/lesbian di Australia.

Bagi menunjukkan beliau komited memperjuangkan nasib kelompok Gay Australia beliau telah melantik seorang wartawan dan aktivis dari kelompok gay sebagai pegawai pembantunya."Saya gembira Adam sudi berkerjasama dengan saya bagi pemilihan akan datang,

”"saya tahu bahawa komuniti gay dan lesbian merupakan kelompok penting daripada bilangan pengundi di Melbourne Port, dan Adam mempunyai pengalaman hebat dalam memperjuangkanhak-hak gay dan lesbian, dan saya percara dia akan dapat membantu membantu saya mewakili komuniti lebih berkesan. " kata Michael Danby.

Adam Carr telah menjadi aktivis gay dan wartawan sejak akhir tahun 1970. Pernah menjadi editor majalah homoseksual Australia. Bagi memenangi kelompok Gay di Australia, Danby juga pernah mengambil bahagian dalam perarakakan gay di Sydney dan Melbourne, bagi mendesak masyarakat mengiktiraf kelompok tersebut dalam masyarakat.

Berdasarkan fakta ini sebenarnya adalah tidak menjanggalkan jika ahli Parlimen Australia mengambil tindakan membuat bantahan terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa Anwar Ibrahim.

Anwar dan Danby sebenarnya saling mengenali, sewaktu dialog antara agama di Australia Disember 2009 sebelum ini yang membincangkan pentingnya pluralisme agama, kedua tokoh ini sempat berbincang dan bersua muka antara satu sama lain.

Bukanlah suatu yang janggal sebenarnya apabila seorang pejuang gay dan Yahudi membela Anwar Ibrahim, tetapi adalah suatu yang janggal jika ada kelompok masyarakat islam sanggup bersama-sama bertakbir membela keburukan yang dilakukan Anwar Ibrahim.

Itulah sebab mengapa mereka menyokong Anwar. Kawan dok tolong kawan katakan! Spesis mereka sama juga! Sama rata sama rasa depan belakang sama saja!

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, AnuWar dah puas mintak nyawa...... mintak rakyat buat huru hara tak dapat sambutan, mintak kuasa Mahkamah jauh sekali.....suruh bersumpah tak berani, apa lagi mintak tolong luar negaralah... apa dia ingat Malaysia tak de class ke pasal undang-undang ? betul-betul menghina peguam2 dan Hakim-Hakim dalam Malaysia.....

Last2 nanti, mungkin dia mintak gay-gay dan mak nyah-mak nyah pula buat bantahan ramai-ramai....

Taminsari berkata...

Mahkamah Rayuan kekal pertuduhan liwat terhadap Anwar
17/02/2010 4:17pm

PUTRAJAYA 17 Feb. – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 1 Disember tahun lalu yang menolak permohonannya agar tuduhan liwat itu dibatalkan.

Ketua Pembangkang itu mengemukakan permohonan itu dengan alasan tuduhan tersebut berniat jahat, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah selain satu konspirasi politik serta muslihat jahat sama seperti pertuduhan yang dihadapinya pada 1998.

Anwar didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Taminsari berkata...

Anwar gagal rayu batalkan tuduhan liwat terhadapnya
17/02/2010 5:13pm

PUTRAJAYA 17 Feb. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma’ah sebulat suara menolak rayuan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mahkamah juga menolak permohonan Anwar agar perbicaraan kes itu, yang sedang berjalan, ditangguhkan sehingga rayuannya terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Abu Samah berkata, bahawa mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar, 63, sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga esok bagi menunggu keputusan hakim sama ada akan menarik diri ekoran dakwaan pihak pembelaan kononnya beliau berat sebelah.

wasabi berkata...

Tuduhan terhadap Anwar bukan menindas - Mahkamah
17/02/2010 7:54pm

PUTRAJAYA 17 Feb. – Tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lengkap selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan itu hari ini.

Mahkamah Rayuan mendapati pertuduhan itu adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan penyalahgunaan proses mahkamah.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin, yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma’ah.

Kuorom itu menafikan permohonan lisan Anwar untuk penangguhan perbicaraan sementara menunggu penyelesaian rayuan keputusan hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata, notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan permohonan penangguhan rasmi akan difailkan esok.

Mahkamah Rayuan menerima hujahan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bahawa laporan perubatan di mana Anwar bergantung untuk menyokong permohonan membatalkan pertuduhan terhadapnya itu tidak meyakinkan.

Anwar, 63, telah memohon tuduhan liwat terhadapnya dibatalkan atas dasar penemuan dalam laporan perubatan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, yang menyatakan tiada hasil klinikal yang tepat menunjukkan berlakunya penetrasi.

"Laporan perubatan bukan satu-satunya bukti terhadap Anwar. Ia hanya keterangan sokongan mengenai apa yang hendak disampaikan oleh doktor,” kata Abu Samah dalam penghakimannya.

Katanya, afidavit pendakwaan telah menyatakan bahawa mereka akan bergantung kepada keterangan secara lisan dan keterangan forensik bagi membuktikan kes terhadap Anwar.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

wasabi berkata...

Kes liwat: Anwar lantik pakar forensik dan DNA luar negara
17/02/2010 7:49pm

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik pakar forensik dan DNA luar negara untuk pasukan pembelaan menolak dakwaan pihak pendakwaan mengenai analisis DNA untuk perbicaraan kes liwatnya.

Peguam belanya, Sankara Nair berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah mendapatkan perkhidmatan pakar DNA Dr. Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia; dan dua pakar forensik, Prof. Dr. C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof. Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia.

Dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada media hari ini, Nair berkata, beliau akan membawa pakar berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 9 pagi, esok.

Esok, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijadual menyampaikan keputusannya berhubung permohonan Anwar supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar kes itu.

Minggu lepas, Anwar memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri atas alasan bahawa dua keputusannya berhubung laporan media mengenai kes itu telah menimbulkan elemen berat sebelah.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Bagaimana pula kalau sebelum ini DNA Shamsidar dan anaknya? Mengapa semasa itu pakar DNA dari luar tidak diperlukan? Adakah kerana Anwar memikirkan yang beliau boleh terselamat, maka tidak perlu pakar dari luar? Pelik tapi benar!!!!