Jumaat, September 18, 2009

NIK AZIZ : DAP DAN SYAITAN SAMA SAJA!






















Betapa orang melayu yang menyokong Pas dan cakap berdegar-degar mengenai Islam sebahagiannya bukan sahaja lebih buruk daripada ahli UMNO malah tidak segan silu akan menjual maruah agama jika perlu demi kuasa dan harta benda.

Sebab itu tidaklah begitu hairan apabila Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Shah Alam, Khalid Samad, menjadikan gereja tempat beliau untuk berucap dan menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Semalam kita membaca dalam Sinar Harian betapa Pas merestui satu majlis oleh Teresa Kok di Kinrara yang menarik orang Melayu masuk DAP. Namun ini hal kecil jika dibandingkan dalam Majlis yang sama Teresa Kok memanggil wakil Gereja Eaglepoint di Puchong untuk menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai RM2,000 kepada keluarga Melayu mangsa kebakaran.

Apa sudah bangkrapkah Selangor ini seperti yang di dakwa oleh Dr. Mohamad Khir Toyo sehinggakan bantuan kebakaran terpaksa diberi melalui Gereja? Apakah pemberian ini bukan unsur pendakwahan Kristian ke atas orang Melayu? Bayangkan jika kejadian ini berlaku ketika Barisan Nasional memerintah Selangor. Sudah tentu penuh ceramah Pas seantero Malaysia mentaghutkan pemimpin UMNO.

Pas Selangor harus menjawab mengapa penduduk Islam tersebut perlu diberi bantuan oleh Gereja sedangkan Selangor mempunyai kutipan zakat mencecah ratusan juta ringgit setahun. Jika pun benar Gereja tersebut mahu memberi bantuan mengapa pula ia harus dalam majlis rasmi EXCO kerajaan Negeri Selangor?

Apakah ini bukan terdapat satu gerakan terancang menyebarkan agama Kristian di dengan restu Pas sendiri? Bagi orang Melayu yang hadir dalam majlis tersebut menerima bantuan Gereja Kristian dan juga membuka cawangan DAP, apakah semurah itu maruah agama dan bangsa bagi mereka?






















Pas hanya tahu mencari salah UMNO seolah-olah mereka maksum. Namun apabila berhadapan dengan bukan Islam dan bukan Melayu mereka menjadi seperti "barua" sahaja. Hari ini apa sahaja yang honar dan kesyaitanan DAP, Pas akan mencari dalil-dalil menghalalkannya.

Apakah maruah Pas lagi apabila Nik Aziz menggalakkan orang melayu menyertai DAP, sebuah parti yang dipimpin oleh seorang Peguam yang pernah berkata "Langkah Mayatnya dahulu sebelum melaksanakan negara Islam?". Selepas ini jangan lagi Pas melalak dan melolong soal Islam, soal akhlak dan moral orang lain sedangkan mereka sendiri bersengkongkol dengan musuh-musuh Islam.

Mengucap panjang apabila membaca kenyataan Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Kenyataan mereka berdua mengenai orang Melayu yang menyertai perjuangan DAP. Kepada yang tidak melanggan akhbar tersebut, di perturunkan sedikit petikan kenyataan Anwar:

''Ini menunjukkan DAP sudah mula diterima oleh orang Melayu, seperti orang Cina dan India menerima PAS dan PKR. orang Cina boleh masuk PKR, boleh masuk PAS, sudah semestinya orang Melayu boleh masuk DAP'' - Sinar Harian.

Ini pula kenyataan Nik Aziz seperti yang menjadi tajuk berita Sinar Harian di muka surat N5:

''Melayu sertai DAP bukan ancaman. Ada kebaikan jangka panjang''

Dalam laporan yang sama, ada disebut bahawa Nik Aziz tidak bimbang dengan langkah DAP Selangor yang membuka keahlian kepada orang Islam yang turut disokong oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd Ali.

Itulah yang dilaporkan dalam media hari ini.

Cukup hairan kenapa kenyataan sedemikian boleh dikeluarkan dengan pantas oleh Nik Aziz. Sudah lupakah Tok Guru kita ini tentang siapa DAP? Beliau tahu ke tidak tentang perlembagaan parti DAP. Begitu juga halatuju perjuangannya.

Kalau sudah terlupa, boleh nyatakan secara ringkas disini. Matlamat perjuangan DAP ialah membentuk sebuah negara sekular yang memisahkan agama daripada pentadbiran kerajaan dan melaksanakan konsep Malaysian Malaysia.

Pemimpin DAP juga sanggup mati menentang usaha menegakkan negara Islam seperti kata Karpal Singh, langkah mayatnya dulu jika mahu berbuat demikian. Jadi, agaknya apa hukum orang Melayu yang hampir pasti beragama Islam menyertai DAP? Ke syurgakah mereka nanti jika bernaung di bawah parti yang awal-awal menentang hukum Allah. Sebab itu kita akan geleng kepala dengan sikap Tok Guru kita yang sorang ni. Kalau kenyataan Anwar Ibrahim, kita semua tak kisah sangat.

Anwar dengan spesis haiwan yang bernama Sesumpah tiada bezanya. Dia peduli apa dengan hukum Allah. Dia boleh ikut kehendak hatinya. Asalkan impiannya mahu menjadi Perdana Menteri tercapai. Anwar juga bukan ulamak. Belia mirip yang yang dikatakan oleh M. Rajoli dalam sebuah drama iaitu ular dalam semak.

Justeru itu kalau Nik Aziz boleh belasah UMNO kiri kanan, atas bawah dan sentiasa ghairah untuk menggambarkan UMNO tidak Islamik, sepatutnya Nik Azizlah yang paling ke hadapan menentang orang Islam menyertai DAP. Sanggupkah beliau menggunakan alasan yang sama berulang kali yang DAP tidak perlu ditentang kerana belum faham pasal Islam. DAP sudah berpuluh tahun dalam politik Malaysia. Takkan mereka tak faham lagi?

DAP cukup faham politik PAS dan banyak tahu mengenai Islam sebenarnya. Cuma iman sahaja mereka tidak ada. Jika tidak tahu, bagaimana ada wakil rakyat DAP yang sudah boleh baca ayat Quran. Lim Guan Eng sudah dipanggil Khalifah. Pembangkang sudah boleh buat forum dan dialog antara agama. Jelas sekali mereka tahu pasal Islam tetapi sengaja menentangnya supaya selari dengan matlamat perjuangan DAP agar Malaysia menjadi sebuah negara sekular.

Tetapi disebabkan gelojoh hendak kuasa, PAS peduli apa dengan nasib orang Islam yang menjadi ahli DAP. Mungkin pada mereka, biarlah mereka mati masuk dalam neraka kerana menentang Islam asalkan mereka tidak menentang PAS di dunia. Itulah, bentuk pemikiran ulamak dalam PAS. Sepatutnya mereka mentarbiah atau menasihat orang Islam yang mahu menyertai DAP agar tidak berbuat demikian. Ini langsung tidak dilakukan. Malah menggalakkan lagi adalah.

Kalau beginilah jadinya, juga tidak terkejut nanti, kalau PAS pun akan kata tak salah menyertai kumpulan Skinhead yang memijak al-Quran, atau kumpulan ajaran sesat, asalkan mereka mahu menyokong Pakatan Rakyat!

Apa nak buat, PAS memang sudah berubah!
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

11 ulasan:

KINAS berkata...

dalam dunia ni ada ulamak baik dan ada ulamak jahat..fikirlah sendiri

tOy berkata...

La ni org kapiaq tak nyah mengucap klu nak masuk Islam... dah tu, senang lak nak masuk syurga. caranya mudah saja.. masuk jadi ahli PAS...

YANG GAMBI berkata...

Salam, bila riak dan takabur telah melebihi ilmu dalam diri, maka syaitan telah menumpang dalam jasad Nik Aziz.......

Unknown berkata...

SLM BRO..KERAJAAN NEGERI MMG DH NAK BENGKRAP DAH SBB DIORANG DH BYK SONGLAP DUIT. SKRG NI APE SAJE PEMBERIAN EHSAN DARI MANA2 PIHAK X KIRA KAPIR KE YAHUDI KE KHALID GAGAP TETAP TERIMA BULAT2. PAS DAH KATE HALAL (PDHAL PAS PUN X MAMPU..HARAPKAN DUIT KUTIPAN CERAMAH JE LA!)

Anggerik Kota berkata...

Adakah pemberian dari Gereja itu haram dari segi hukum Islam?
Kalau tidak, apa salahnya orang Islam menerimanya.

DAP akan berubah jadi "parti Malaysia" jika orang Melayu ramai menjadi ahlinya dan menjadi pemimpinnya. Jadi janganlah bimbang sangat jika orang Melayu masuk DAP.

JoJo In The House berkata...

Lia Suraya berkata...


"DAP akan berubah jadi "parti Malaysia" jika orang Melayu ramai menjadi ahlinya dan menjadi pemimpinnya. Jadi janganlah bimbang sangat jika orang Melayu masuk DAP".

Parti Malaysia konon2nya!!jangan cita-cita besaq sangat aih,cuba pikiaq habis2, brapa lama masa yang diperlukan oleh orang melayu untuk mendominasi parti tersebut??10tahun??20tahun??boleh ke akan ada pemimpin yang mempunyai suara dan kuasa dari kalangan orang melayu dalam DAP?jawatan apa?Mesti kena ada target,ataupun orang melayu dalam DAP nanti sekadar lembu meragut rumput di tepian padang sahaja..dok main angguk2 ajalah, tak pun asyik dok menang bersorak ajalah!!sapa nak bagi ruang dan peluang kat orang melayu khususnya orang islam untuk mengubah dasar perjuangan DAP yang memang ternyata berat kepada sekular,buat masa sekarang siapa yang dominan dalam DAP?mereka pun ada perancangan untuk survival kuasa mereka..
persoalan aku plak jenis orang melayu bagaimana kriteria yang akan berada dalam DAP??Pada pandangan peribadi aku, mereka terdiri dari kalangan yang mempunyai pemikiran terbuka secara sekular..be realistic, sis!!


Anak Melayu Pulau Pinang

Zam berkata...

Ai Lia Suraya,

Pemikiran yang macam inilah yang akan menggadai Malaysia (TANAH MELAYU) kepada bangsa lain.
Ini tanah bangsa kita....satu lagi cik Lia tolong buat research mcm mana wujudnya DAP dan penglibatan DAP dalam peristiwa 13 Mei serta keluar nya Singapura dari Malaysia.... Jgn biaq tuk nenek kita sedih dgn pemikiran BODOH macam tuh.
Nanti hang dah kena baru nak menyesal kot... inilah dia melayu bodo

Anak Lenggong berkata...

Ini lah yang terjadi bila dah kemaruk sangat nakkan kuasa...sampai sanggup diri diperbodohkan orang...tetapi penyokong bangang pas akan mencari berbagai-bagai alasan bagi menyejokkan hati mereka yang terluka dengan perbuatan pemimpin mereka yang digelar tok guru..islam pada meraka dari segi pakaian sahaja..

lia suraya...sepatutnya ko muhasabah diri..adakah engkau salah saorang melayu yang turut sama memperjuangkan agama kristian..tidak sedarkah engkau bahawa ini lah caranya pendakwah kristian melebarkan pengaruh nya untuk menarik orang islam untuk menyertai mereka..dan kepada melayu pas..berpemikiran lah secara rasional adakah perlakuan sebegini seharusnya dilakukan oleh golongan yang kalian kata memperjuangkan islam..

KINAS berkata...

nik aziz?///penganjur perpecahan umah...sesat dan bangang

KINAS berkata...

kejayaan besar syaitan adalah apabila dia berjaya memperngaruhi orang yang berpengaruh dan di lihat seperti warak untuk menjadi wakil kepadanya bagi membawa kerosakan....kerana orang yang bodoh2 macam orang pas akan ikut saja atas alasan kata2 dan tindakan tok guru semuanya benar..sedarlah wahai semua umat islam...kita dah banyak berpecah...janganlah kerana seorang ulamak politik kita nak berpecah...adalah lebih baik kita pecahkan kepala dia sorang saja daripada membiarkan umat islam berpecah....

Untuk mu Nik Aziz.....Saya mengucap dua kalimah syahadah..sembahyang..puasa macam orang islam lain juga dan saya ahli serta penyokong umno....siapa lu nak kata gua tak masuk syurga...saya pun tak tahu saya kemana..hanya doa dipohon....ttp, sapa lu nak kata orang tak masuk syurga....lu dah kompem masuk syurga ka?....dah dapat tiket dah?.....pegi jahanam lah lu

KINAS berkata...

lia suraya....jangan jadi bangang macam nik aziz...ambil masa untuk pikir lebih sikit.....selamat hari raya aidil fitri..Maaf zahir dan Batin