Khamis, Mei 21, 2009

Artikel Pilihan : Politik Orang Cina ke TANAH Melayu!

Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap 'secretive' dan 'subtle'nya.

Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok.

Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal, ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical.

Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang menggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.

Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

Masyarakat Cina wujud di Indonesia, Thai, Vietnam, Pacific Islands, USA, UK, Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik, ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya, demographic dan pertuturan.

Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke TANAH Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi TANAH Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup.

Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura, Penang, Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari TANAH Melayu ke Singapura dan di edar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina.

Kepesatan monopoli perniagaaan di TANAH Melayu telah menyebabkan timbul perasaan 'a sense of power' di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh, tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me'YA'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang. Kadang-kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu.

Orang Cina mula bertambah yakin dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan Cina. Semua in telah memberi satu 'sense of autonomy' dan 'power' untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada samaada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan Melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated.

Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan. Dari sinilah bermula politik 'pressure group' Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menghadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis.

Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis. Sikap menentang kerajaan memerintah oleh parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina, bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina, penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.

Persoalannya timbul, mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat Melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya, ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah 'sense of power'.

Di Indonesia, 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan. Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia, di zaman awal penghijrahan orang Cina, dilayan semacam hamba. Sikap 'White Power' telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain.

Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka.

Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga 'evolve politically' dan 'economically' dengan secara agressive. Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan Melayu yang ada tetapi orang Melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketara nya, kebangkitan Islam dan ummat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka 'wake up call' untuk mengetahui kawan dan lawan dan untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukan nya.

Satu perjuangan

Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina. Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India. Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengaruh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.Sama-samalah kita fikirkan.

Suara Politik
Taminsari

8 ulasan:

Tok Pambu berkata...

Bila mau buat posting tentang kaum india pula?

Walau apa posting anda buat pun ianya tidak boleh mengubah keadaan. Pendirian kaum cina tetap dengan pendirian nya, begitu juga dengan kaum india.

Orang melayu tak perlu ungkit cerita sejarah kemasukan kaum cina dan india ketanah melayu.

Kemasukan kami ke tanah melayu oleh British kerana membangunkan ekonomi tanah melayu.

Pada masa itu pehak British mendapati bahawa orang melayu sangat malas. Hingga kehari ini pun melayu masih malas.

Itu sebab masih ramai kaum asing datang ke sini untuk membantu membangunkan negara.

Melayu hari ini cuma terkenal dengan kaki lepak, kaki rempit, kaki ragut. dan yang paling hebat ialah kaki dadah.

tabuan berkata...

nalapambu bernas pandangan saudara, mesti belajar dari parti pundek!pundek!pundeK PPP...kalau tak pon belajar dari master samy vellu. Dia pikir dia sorang saja pandai India lain semua B***H..sebab tu sampai hari ni dia masih mengaku dia lah yang membawa kemajuan kepada india.

Nalapambu saya tau negara india sangat maju...semua rakyat india kaya-kaya..banyak senang ...apakata nalapambu pergi duduk sana

Grand Marquis berkata...

Sebenarnya orang cina di Malaysia semakin lemah. Hasil DEB dan pelbagai progam pembanguan masyarakat Melayu, orang Melayu semakin kuat bersaing dengan orang cina.

Satu lagi faktor ialah populasi mereka semakin menguncup. Dengan kadar kelahiran yang amat rendah dalam keluarga mereka berbanding dengan orang Melayu, dalam beberapa dekad akan datang, nisbah kaum cina-melayu pasti menjadi jurang yang amat besar.

Dari segi populasi, orang Melayu sememangnya makin kuat. Cuma malangnya perpecahan orang Melayu menjadikan mereka ini lemah. Ketahuilah orang-orang kafir ni, sekali pun mereka ini berpecah belah, tapi dalam bab menghadapi umat Islam, mereka ni adalah umpama satu bangsa.

Kita perlu memberi kesedaran kepada orang Melayu (baca umat Islam) supaya kembali memperkuatkan kuasa politik kita. Kelemahan kita akan kita atasi sendiri tanpa kita perlu menjemput orang kafir untuk turut sama membetulkan orang-orang kita.

Wallahualam.

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com berkata...

Join GEM Community: http://gem.socialgo.com

Taminsari berkata...

Buat nalapambu. Vanakam ane..nalema irekiria..rumbe nalareke..jadilah anda sebagai manusia yang tahu bersyukur.Sudah pasti ajaran agama anda juga menuntut anda berbuat demikian. Ingatlah asal usul nenek moyang anda yang diterima menjadi rakyat dinegara ini. Ingat IC merah ditukar kepada IC Biru dan anda sekarang memiliki MYKAD tanpa sebarang rintangan untuk memilikinya? Adakah anda sudah lupa sejarah atau buat-buat lupa sejarah? Adakah anda sudah lupa apa yang dikatakan oleh Tun V.T.Sambanthan....

Ucapan Presiden MIC Merangkap Menteri Kerjaraya, Pos Dan Telekom,Tun V.T. Sambanthan Di Dewan Rakyat Pada 1 Jun 1965.

"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma.

Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens...

As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.

Jadi berfikirlah dahulu sebelum berkata sesuatu untuk menyakitkan hati orang Melayu. Jangan nanti Pasal mulut, badan binasa?

LeeSlimShady berkata...

Saudara....
Biar apa pun tanggapan saudara ..pemikiran saudara tetap bercanggah dengan apa yang tertulis dalam Al-Quran nul Karim...

Lihat lah pada kepimpinan Rasullulah yang langgsung tak pernah menaikkan Sentimen perkauman,

Saudara Jangan Terlalu Taksub pada Perjuangn Hidup Melayu ! Melayasia Ni bukan Milik Melayu,Hak politik adalah milik semua kaum....Jadi Jangan Saudara Cuba nak mengidea kan Semangat Politik Yahudi yang lebih kepada Dasar Apartheid...yang dasar yang cuma mementing satu kaum dan Bangsa saja...

Ingat ! Nabi dulu pun tak pernah berjuang atas nama Hidup Arab,Jadi tak payah lah nak berjuang atas dasar Hidup Melayu...kerana itu bukan landasan perjuangan islam...itu landasan perjuangan Yahudi

anakmalaysia1989 berkata...

Persepsi majoriti org melayu terhdp bukan melayu

1)Memboikot ekonomi tanah air
-Tdk dinafikan punca bermulanya kebelakangan ekonomi kaum melayu adlah disebabkan oleh pemerintahan pecah British.Sy tdk ingin mengungkit2kan lg sebab2 British buat demikian.Tapi pernahkah saudara2 memikirkan,setelah kian lama DEB diperkenalkan,kaum melayu sepatutnya mendpt kedudukan yg mantap di bidang ekonomi dgn pelbagai keistimewaan yg diberi spt kuota pelaburan asing,bantuan kerajaaan,diskaun pembelian rumah,kuota kemasukan IPTA,kuota biasisiwa dan byk2 lagi..tdk ingin saya mengungkit2kan sebab2 lain kenapa tdk sampai objektif DEB..tapi adalah tidak wajar sama sekali menyalahkan sepenuhnya kaum2lain terutamanya kaum cina sengaja memboikot kekayaan..ini seolah2 menyalahkan org lain dahulu tanpa meneliti diri sendiri terlebih dahulu.

2)Menghalau kaum2 bukan bumiputra balik ke ng asal
-Pertama sekali,semua org tdk mempunyai pilihan utk menentukan tanah lahirnya.Kebanyakkan warga bukan bumiputra kini merupakan generasi ketiga,keempat yg lahir di malaysia.Sejak kecil lagi,kelompok2 ini telah biasa menjalani kehidupan berdasarkan budaya malaysia dgn campuran budaya kaum2 tersendiri.Oleh itu,adalah tidak mungkin kelompok2 ini boleh menerap sepenuhnya ke dlm masyarakat ng asal moyangnya dan adalah tidak wajar mempertikaikan kesetian golongan ini terhadap ng ini.Hakikatnya,stp org tahu semua kaum memerlukan satu sama lain.Tdk ingin saya mengungkit2kan sebab2nya lg.Malaysia tidak akan menjadi malaysia tanpa mana2 satu kaum.Ini suatu kenyataan hasil drp sejarah kelahiran malaysia dan tidak boleh diubah.

3)Sentiasa mengertak kaum2 lain supaya bersyukur dan tdk mempertikaikan hak2 mana pihak
-Sekali lagi,kebanyakkan warga2 kini merupakan generasi ketiga,keempat dan malaysia adalah tanah kelahiran mereka.Golongan2 ini dilahirkan bersama2 yg terdiri drp kaum2 yg berlainan pd persekitarn yg aman selepas era 13 mei.Oleh itu,sentimen perkauman yg dibawa golongan2 ini adlah tdk begitu 'berat' berbanding golongan2 dr era 13 mei atau pra 13 mei.Landasan awal yg diberikan oleh kerajaan kpd golongan2 ini tanpa mengira keperluan sebaliknya perkauman ini telah jelas mewujudkan diskriminisasi kpd kelompok2 dr kaum2 bukan bumiputera.Ini menyebabkan mereka menpertikaikan keadilan yg sepatutnya didapati di tanah airnya sendiri dan seterusnya mewujudkan polarisasi kaum.Sejarah itu penting utk mempelajari dr kesilapan supaya tdk mengulanginya tetapi bukannya utk 'mengikat' taraf status seorg warga berlainan bangsa dan visi bg masa depan yg lebih cerah.


Persoalan saya,apakah yg boleh dibanggakan berketurunan melayu sehingga berhak berkedudukan di atas kaum2 lain?bolehkah kita memilih keturunan kita sebelum dilahirkan?jadi apakah kebenarannya utk kita menentukan seseorg itu kaum pendatang atau asli?ini semua merupakan tanggapan gologan yg rasis dan 'chauvinist' hasil pendidikan pemerintahan kerajaan UMNO.



Saya percaya 'punca' yg selalu dikatakan menyebabkan 'perpecahan melayu' bukannya PAS dan PKR.Sebaliknya lebih ramai saudara2 melayu telah sedar drp pemikiran 'di dalam kotak' ini melalui kemajuan tamadun manusia setelah kian lama utk kebaikan masa depan ng yg lebih bersatu.Sungguh menyedihkan masih adanya tanggapan2 spt blog ini yg menganggap kaum2 lain merupakan musuh kepada sesebuah kaum setelah kian lama merdeka.Tanggapan2 ini hanya akan mewujudkan lebih byk pra-sangka dan perasaan benci-membenci diantara kaum.Sampai bilakah rakyat malaysia benar2 boleh bersatupadu tanpa menekan kepentingan mengira warna kulit dan agama demi pembangunan ng di mata dunia?

Taminsari berkata...

Saudara anakmalaysia1988...

Generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan.
Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan angkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".

Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.

Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam.
Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya.
Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai. Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau.

Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba.