Khamis, Januari 15, 2009

Artikel Pilihan : PAS Berubah Demi DAP, PKR ! - Siri 2




PAS Berubah demi kesejahteraan DAP & PKR

Dalam kamus politik PAS, UMNO musuh PAS manakala DAP sahabat PAS. Darah orang UMNO halal bagi orang PAS. Itulah kenyataan yang pernah dibuat oleh Haji Hadi. Tak kiralah walaupun UMNO telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun mungkin bagi PAS, DAP yang (menyatakan bahawa negara ini adalah sekular dan menolak hudud) tak halal darahnya. Tapi apa boleh buat, kenyataan seorang ulaRmak, sebagai pengikut kena akur. Sebagai orang yang mahukan kuasa, PAS kena tunduk menyembah menjilat air kaki untuk mengharapkan undi dengan tuntutan DAP dan PKR.

Lihat apa sudah jadi di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Tolak Pulau Pinang (sebab Ketua Menteri DAP), Menteri Besar di Selangor dan Perak tunduk kepada DAP. Di Selangor, Tan Sri Khalid tidak mempunyai kuasai mutlak begitu juga Menteri Besar Perak, Haji Nizar (PAS) sanggup untuk gadaikan tanah tercinta kepada golongan yang berasal daripada penyokong komunis yang telah membunuh para pejuang Islam dan pembela tanah air, hanya atas dasar nak jaga hati pemimpin dalam pakatan dan mahu menarik sokongan. Sedarlah bahawa sokongan yang cuba diraih oleh PAS hanya akan memberikan kelabaan kepada DAP. Kes tanah di Perak dan penubuhan Jawatankuasa Kilang Haram di Selangor semuanya adalah ke arah perjuangan DAP. Isu bahasa dan pendidikan juga untuk DAP. Konsep samarata yang dilaungkan melalui perjuangan Malaysian Malaysia juga untuk DAP. Jangan lupa sejarah. Jiran di selatan kita adalah contoh terbaik dalam memperjuangkan hasrat Chin Peng yang ingin menguasai dan memiliki tanah tercinta ini.

DAP juga menconteng arang kepada PAS apabila secara terbuka menyatakan bahawa mereka menghantar wakil mereka Tan Seng Giaw dan membantu PRK Kuala Terengganu apabila Husam Musa menarik balik kenyataan beliau mengenai hukum hudud dan menukar kenyataan mengenai perlaksanaan hukum tersebut. Tapi nak buat macam mana? Biar dimalukan oleh DAP asalkan bukan UMNO yang memalukan mereka.

PAS pernah mengkafirkan orang Islam lain sewenang-wenangnya berdasarkan fahaman sempit mereka. Punca PAS mengkafirkan orang-orang UMNO ialah kerana UMNO bekerjasama dengan bukan Islam dan juga kerana tidak melaksanakan hukum hudud seperti mana ucapan amanat Hadi di Banggul Peradung.

Akibat amanat Hadi, maka timbulnya pelbagai kepincangan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, haram sembahyang di masjid UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah dinikahkan oleh imam UMNO, anak mengkafirkan ibu bapa, ibu bapa mengkafirkan anak, bercerai suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih dan benar terjadi kepada orang Melayu Islam di Malaysia.

PAS menghalalkan perbuatan buruk seperti mengeji, menghina, memberi gelaran buruk, memaki hamun, memfitnah dan banyak lagi. Hukum mencaci, memaki, memberi gelaran buruk tidak dikatakan sebagai wajib ditinggalkan walaupun ia jelas dilarang dalam Al-Quran. Hukum hudud dan aurat dikatakan wajib dilaksanakan kerana jelas disuruh dalam Al-Quran.

Jika perkara hukum tinggalkan perbuatan mencaci, mencela dan sebagainya tidak dapat dibuat, macam mana hendak menjalankan syariat Islam lain yang lebih besar sedangkan syariat yang kecil pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.

Jika hudud dilaksanakan, maka pencuri bersertakan bukti sudah PASti dipotong tangannya. Persoalannya, jika termakbul hukum Hudud dilaksanakan oleh PAS, adakah lidah, tangan dll anggota ketua-ketua PAS akan dipotong kerana telah tertera segala bukti perkara-perkara seperti diatas? Adakah Nik Aziz, Hadi serta kuncu-kuncunya sanggup menerima hukuman ini? Jika PAS masih ingin mempertikaikannya maka terbukti bahawa mereka cuma berlakon selama-lamanya sehingga ke liang lahat.

PAS hanya memperalatkan Islam untuk mendapati simpati dan kuasa daripada orang Melayu. Perjuangan PAS bukannya seratus peratus hendak menegakkan Islam. Buktinya kebanyakan yang mengetahui mereka yang menyertai PAS ini bukannya kerana sebab Islam itu sendiri, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati dan nafsu amarah kerana tidak mendapat sesuatu seperti kebendaan, dendam peribadi dan pelbagai lagi sebab yang semuanya tidak berkait dengan faktor agama Islam semata-mata. Jika kita lihat kepada pemimpin PAS dan penyokongnya, kebanyakan mereka mengejar kebendaan seperti juga orang UMNO tetapi bezanya jika orang itu pengikut PAS, dia tidak akan dilabel mengejar kebendaan walaupun banyak harta dunia tetapi jika orang UMNO, mereka menuduh hanya mahukan kebendaan tidak kepada agama Islam.

Tak sedar-sedarkah lagi orang-orang PAS, rakan sekutu mereka, DAP secara terang-terang menolak hukum hudud, malah boleh pula pemimpin-pemimpin PAS berkata, mereka sanggup tunggu 30 tahun lagi untuk menjalankan hukum hudud. Ini bermakna akan menjadi 80 tahun, lebih dan selamanya PAS akan berdolak-dalih umpama badut membuat persembahan untuk menghiburkan dunia politik sahaja terutamanya umat Islam.

Nampak sangat mereka yang mempolitikkan isu hukum hudud ini. Kalau PAS katakan Lim Guan Eng tu sebagai "khalifah" yang KONONnya memahami Islam, untuk apa secara terang-terangan dia menolak hukum hudud. Bukan saja LGE, malah Karpal Singh tu juga tak suka langsung dengan hudud. Nah, terbukti sudah hudud itu tidak lebih daripada politik PAS yang tak bijak dan tak matang langsung. (Sebenarnya nak kata orang yang sokong membabi-buta PAS itu tidak lebih daripada BODOH saja!)

Tak nampak pun pelaksanaan hukum hudud di Kelantan walaupun sudah hampir 30 tahun memerintah. Yang PAS tau, kutip balak, sebab tebang balak boleh dapat duit dengan cepat. RamPAS SAR, ramPAS Masjid dan Surau, ramPAS dewan orang ramai untuk dijadikan markas dan bermacam-macam lagi kalau hendak disenaraikan bagi melemahkan umat Islam.

Mereka mendakwahkan Islam pada yang beragama Islam, menerima pakatan DAP sebagai rakan kongsi dan dalam masa yang sama menjadi minoriti dalam Pakatan Pembangkang. Ini bukan palsu. Ini benar dan inilah hakikat yang ada.

PAS turut dan menuruti seperti mana dalam surat-surat kerajaan yang diakhiri dengan ayat "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Begitulah nasib PAS dalam Pakatan Rakyat tetapi mahu tidak mahu tersepit untuk terus mengikuti PKR dan DAP. PAS sedar tetapi cuba berselindung dengan nada "everything is alright" dan ini meliputi agama Islam yang merupakan kunci perniagaan hari ini.

Angan-angan PAS tidak senada dengan Pakatan Rakyat. PAS yang juga di kenali dengan parti jubah ini cuba berubah tetapi adakah mereka dapat merubah kedudukan sedangkan mereka sendiri melukut di tepian gantang. PAS hari tersepit antara legasi kemenangan PR dengan kedudukan mereka dalam percaturan politik Anwar.

Ini hakikat dan hakikat ini perlu disedari oleh PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti ortodoks yang perlu ada untuk menjadi kayu penyokong dan kemudiannya setelah dapat berdiri kayu itu dibiarkan reput.

Terlampau banyak insiden semada dalam PAS yang jelas menunjukkan mereka dan PKR dan DAP adalah hanya pemanas kerusi yang tidak mempunyai suara vokal dalam memperjuangkan idealisme perjuangan mereka. PAS harus memikirkan semula demi perjuangan Islam yang ramai ragu dan melabel sebagai ajaran sesat yang berselindung disebalik parti politik.

Nasib PAS juga seakan-akan ditentukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar adalah dominasi kuasa dan hari ini semua yang lain hanya dianggap pemanas kerusi yang tidak akan menguntungkan PAS. Bukankah PAS tersasar jauh dengan kolaborasi dengan DAP?

Perkembangan parti PAS dari dulu hingga sekarang jelas PAS hanyalah parti yang banyak bercakap dan berteori (berceramah), tetapi tidak banyak bertindak (pratikal). Mereka sebagi peranan pemerhati yang hanya pandai mengkritik itu salah, ini tidak betul tetapi tidak pernah membentangkan dengan telus dan nyata apakah yang sebenarnya patut dibuat atau cara yang terbaik untuk dilakukan.

Akhirnya apabila mereka kehabisan modal mereka berhenti mengkritik dan mengajak selruh ahlinya mengadakan sembahyang hajat dan berdoa untuk menjatuhkan kerajaan khasnya UMNO. Hal ini seolah-olah umat Islam ahli UMNO tidak berupaya menghadap Yang Maha Esa memohon keselamatan dan memohon dikekalkan amanah sebagai pemerintah.

Sebagai hamba Allah yang Islam selagi berikrar bahawa Allah sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, umat Islam dituntut supaya menunaikan hak-hak Allah. Hak itu ialah menunaikan fardu ain dan fardu kifayah. Di sebuah negeri di mana PAS diberi peluang memerintah telah jelas mereka telah mengabaikan tuntutan hak Allah di bidang fardu kifayah.

Tetapi PAS masih tidak sedar dalam hal ini kerana selain beribadat secara individu mereka beranggapan perkara lain seperti bidang sains dan teknologi, berusaha bagi mencapai kegemilangan hidup di dunia sebagai sekular dan bukan Islam. Sedangkan hakikatnya bidang fardu kifayahlah boleh mengundang pahala dan ganjaran yang paling besar daripada Allah kalau dilaksanakan.

Sewajarnya PAS mengajak dahulu ahli-ahlinya bersembahyang hajat dan berdoa supaya parti DAP dapat menerima Islam sebagai hukum bernegara. Sebabnya terang-terang pemimpin DAP telah berkata : "Langkah mayat aku dahulu sebelum Islam dijadikan hukum bernegara." Inilah yang dikatakan huru-hara akan berlaku. Masanya cepat atau lambat, sekarang ataupun akan datang.

APA SUMBANGAN PAS?

Kalau PAS bertanya apakah yang dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam di Malaysia, jawapannya adalah perjuangan UMNO ke arah itu bermula sejak tuntutan kemerdekaan 1957 lagi. Perkara penting yang ditekankan oleh UMNO semasa membentuk pakatan murni dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan adalah Islam dijadikan agama rasmi negara. Perkara ini tidak ada kompromi, walaupun pihak penjajah tidak begitu berkenan dengan syarat ini.

Perjuangan untuk membangunkan Islam oleh UMNO bermula lebih awal daripada perjuangan Islam ala-PAS oleh PAS. Kalau UMNO menjadikan Islam sebagai pra-syarat untuk berunding dengan kaum-kaum lain bagi kemerdekaan, tetapi PAS menjadikan Islam sebagai alat memuaskan nafsu kecewa Haji Ahmad Fuad yang tewas kepada Tunku Abdul Rahman dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO. Kalau UMNO memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi PAS memperjuangkan Islam untuk meruntuhkan teraju kepimpinan negara yang didominasikan oleh Melayu yang sudah tentunya Islam. PAS lebih rela menggilirkan jawatan Perdana Menteri dengan bukan-Islam asalkan cita-cita politik berlandaskan nafsu serakah mereka tercapai.

Janganlah PAS bertanya apakah yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membangunkan Islam, sebaliknya bertanyalah apakah yang dilakukan oleh PAS sendiri ke arah itu.

Kerajaan DAP (Komunis) Perak telah berusaha sedaya upaya agar orang Melayu ditindas, dan terus ditindas sehingga mereka tidak mampu untuk berdiri lagi. Kezaliman mereka tidak dapat dibendung lagi. Sedikit demi sedikit mereka makan harta orang-orang Melayu dan Sultan. Inilah tindak tanduk Komunis Moden yang menggunakan boneka Melayu nya yang kononnya "Islam" dan "Islamik".

Sementara orang-orang PAS yang kurang cerdik dalam hal pentadbiran, masih lagi bangga dengan Menteri Besar Boneka mereka. Mereka memang mahukan tanah-tanah mereka dijual kepada Cina Komunis ini supaya mereka boleh dapat duit dan duduk senang lenang goyang kaki sambil hisap rokok dan melepak di kedai kopi tanpa mereka sedari orang Melayu semakin lemah dan melemah.

Lihat sahaja status tanah pajakan yang ditukar kepada status KEKAL kepada penduduk Kampung Baru Kuala Rui di Gerik. Dan tindakan itu akan menyusul di semua Kampung Baru di seluruh negeri. Secara ringkas nya, penduduk di Kpg Baru ini adalah penyokong Komunis, dan rancangan British untuk menempatkan mereka di Kpg Baru supaya perhubungan dengan Komunis terputus.

Tetapi lihatlah betapa hebatnya Menteri Besar Boneka yang tak bijak itu walaupun ada IR. Secara tidak langsung mereka bersubahat dengan komunis-komunis itu.

Bukan saja perihal tanah, TADIKA KEMAS yang banyak berjasa kepada orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS juga menjadi mangsa. PAS sendiri pun tak sanggup hantar anak ke TASKI kerana mereka tahu TADIKA KEMAS UMNO lebih bagus pengajaran dan pembelajarannya. Itulah sifat jelek orang PAS yang tak tahu malu. Kutuk UMNO bergantang-gantang tetapi kalau ada kemudahan disapu lebih awal dulu daripada orang UMNO.

Maka dengan ini, kalau anda ingin merujuk kepada kerajaan negeri Perak, jangan rujuk sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi KERAJAAN DAP KOMUNIS PERAK kerana yang memerintah bukan PAS atau PKR, tetapi hanya DAP sendirian.

Siapa penduduk kampung baru ini?

Mereka ini adalah Cina bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya yang membuat huru-hara di Tanah Melayu selePAS pengunduran Jepun. Mereka ini telah diberi pengampunan dan mendiami kebanyakan kampung baru di Perak. Ngeh Koo Ham iaitu Exco Kanan Kerajaan Perak ini adalah ketua kepada kampung baru ini. Dia inilah yang membawa usul pemberian tanah kekal dan mengunakan bonekanya Nizar, MB Perak untuk mengukuh hajatnya.

Apakah dengan menyerahkan tanah Negeri (Perak) oleh rakan se'KUTU' PAS oleh MB Nizar perlu terlalu dibanggakan oleh Nik Aziz? Di mana keadilan yang dicanang oleh pemimpin Pakatan Rakyat andai semua ini jelas DAP dan Cina semakin berani meramPAS hak-hak Melayu dan mereka akan sedaya upaya mendapatkan pemilikan tanah dimana-mana negeri dibawah PR dan dengan mudah mempertikaikan hal ehwal Islam?

Ketika UMNO memberikan bantuan kemanusiaan kepada sahabat-sahabat Islam yang menderita seperti di Bosnia, Kosovo dan Mindanau dan terkini Palestin. PAS lebih banyak mempolitikkan isu ini. PAS buat ceramah semata-mata untuk mengutip wang bagi membiayai agenda politik sempit, dan tidak langsung prihatin untuk memberikan bantuan kepada rakyat menderita tetapi masih menuduh kerajaan dengan bermacam-macam tomahan.

PAS, lupakanlah cita-cita untuk menghancurkan politik orang Islam-Melayu, kerana cita-cita itu samalah dengan meletakkan Islam di paras yang hina suatu masa nanti. Jangan racuni fikiran generasi muda dengan idea-idea politik yang terpesong jauh daripada asas kekuatan sebenar politik orang Melayu yang berteraskan UMNO di negara ini. Janganlah bermain api, kerana akhirnya orang Melayu akan sedar sejauhmana kejujuran politik tidak matang PAS yang menjadi tonggangan DAP dan PKR terutama sekali Anwar.

Rakyat harus sedar bahawa PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu. Keadaan ini akan menimbulkan huru hara sekiranya rakyat terus membenarkan Pakatan memanipulasi rakyat dengan konon-kononnya perjuangan tanpa batasan ras. Kenapa kalau tidak ada batasan ras mereka tidak bergabung? Mungkin pula Pakatan ini lebih teruk kerana bukan sahaja ada batasan ras tetapi juga batasan agama. Ini lebih menakutkan apabila batasan-batasan yang wujud ini kelak di perjuangkan apabila Pakatan sudah memperoleh kuasa. Konflik besar PASti berlaku dan konflik ini PASti akan menggoncang kedudukan sosiopolitik negara ini.

Ingat kegusaran dan ketidakstabilan sosiopolitik ini mampu merosakkan negara, keharmonian perpaduan dan akhirnya meruntuhkan tamadun kita sesama. Pakatan Rakyat tidak akan melihat implikasi-implikasi yang akan berlaku. Mereka asyik dengan kekuatan mereka dan niat mereka untuk menggoncang dan merampas kuasa. Inilah matlamat mereka dan matlamat ini adalah untuk memperoleh kuasa tanpa mahu memikirkan implikasi akibat kempen buruk yang memberi mudarat kepada negara kita ini.

Kita harus diingatkan bahawa jangan sehingga kita terleka dengan gendang dan tarian yang mengasyikkan sehingga kita tersungkur. Sedarlah, negara ini sudah makmur dan jangan dikorbankan kemakmuran akibat kealpaan kita. BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP melalui Barisan Nasional dan PAS HANYA BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP UNTUK KEUNTUNGAN DAP DAN PKR.

Inikah jenis kumpulan yang kita hendak percayakan? Bersihkah Pakatan daripada kronisme dan nepotisme seperti yang dituduh kepada kerajaan kita yang sedia ada? Jika kita melihat kepada Dinasti Pakatan Rakyat, pentadbiran politik Anwar dikongsi bersama anak beranak, begitu juga dengan Lim kit Siang dan Karpal Singh. Kesemuanya aktif bersama "keluarga" masing-masing.

Pakatan Rakyat menuntut hak rakyat daripada kerajaan yang dinaungi UMNO kononnya ia telah dirampas untuk kepentingan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja. Tetapi siapakah sebenarnya perompak yang hendak meragut hak bumiputra dan Melayu daripada tanah Melayu sendiri? Siapa yang lebih celupar hendak merompak kuasa raja-raja dan pentadbiran orang Melayu? Siapa yang berniat hendak meramPAS negara kita daripada pemerintahan orang Islam dan menggantikannya dengan negara berkonsep agama bebas seperti Singapura?

Kerajaan kepimpinan UMNO dituduh pengamal ajaran sesat Islam Hadhari, sedangkan Hadhari itu sebenarnya hanya satu konsep dan bukannya satu ajaran agama ataupun hukum agama. Jika slogan PAS "BERUBAH DEMI KESEJAHTERAAM HIDUP" iaitu memberi maksud kepada anjakan paradigma kearah perubahan kepada kemakmuran dari kontek agama, bangsa dan negara, maka tiada bezanyanya dengan konsep Hadhari yang cuba diketengahkan oleh pemimpin dalam membentuk perubahan kepada umat Islam keseluruhannya dalam memajukan agama, bangsa, diri, keluarga dan negara untuk membentuk negara yang kuat dan masyarakat yang harmoni. Akan tetapi rakan PAS didalam pakatan begitu juga PAS sendiri tidak mahu Hadhari dilaksanakan dan dipolitikkan adalah kerana DAP, PKR mahukan ianya sebagai alat melemahkan umat Islam-Melayu demi keuntungkan kuasa politik DAP dan PKR. PAS dikaldaikan untuk tujuan melemahkan agama Islam dan bangsa Melayu khasnya oleh DAP dan PKR.

PAS menganggap diri mereka lebih Islam daripada orang Islam yang lain, tidak segan silu meletakkan dosa pahala ke atas kertas undi demi perkara-perkara duniawi. Mereka berjihad memperjuangkan hak Islam dengan cara berkompromi dan menunggu restu daripada DAP untuk membentuk kerajaan Islam cara mereka. Akhirnya terbacul kenyataan "sokong DAP-PAS dapat pahala" dari ketua ajaran PAS sendiri.

Dapatkah kita memberitahu pihak manakah yang lebih rasional dalam menghadapi masalah rakyat, Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional? Renungkanlah kembali semua isu-isu kontroversi yang melibatkan maruah orang Melayu selama Pakatan Rakyat berkuasa di negeri-negeri yang ditawan mereka. Ketua ajaran PAS, Nik Aziz menyoal anda, Undi PAS dapat pahala? Berdosakah atau dapat pahala?

Apakah kita tidak mengetahuinya? Dikala kita berusaha memboikot produk-produk Israel dan Amerika kerana menghancurkan umat Islam maka patut juga kita memboikot PAS, DAP dan PKR (Pakatan Rakyat) dalam usaha mereka menghancurkan, memecahbelahkan, memporak-perandakan, menghina Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara MALAYsia. Cuba fikirkan. Berubahlah dan jagalah AQIDAH ISLAM ANDA sebelum terlambat! Berdosakah atau dapat pahala?

Suara Politik
Taminsari

8 ulasan:

Unknown berkata...

Saya telah letakkan URL blog saudara pada blog saya. Sila lawatinya di:
http://aliasmohdyusof.blogspot.com/

moga kehadiran blog saudara dapat menambah memeriahkan amalan demokrasi negara kita.

Panglima Perang Cyber berkata...

Ini sesuai diedar di PRK KT dan saya akan masukkan dalam blog ramsi PRK BPN selepas ini.

Syabas saudara..

taipingmali berkata...

Ada ahli Pas berkata "Salahkah Nizar bagi geran 999 tahun kepada Cina?"

Saya jawab "tak salah tapi mau ingat melayu pun mahu sama, kenapa tak bagi?"

Itu menunjukkan dia menipu mengundi melayu dan mengkhianati harapan melayu yang menyokong Pas dan menjadi lembu kepada dap.

Adakah itu hero kepada melayu perak.

humanisselfish berkata...

Malaysia kita sama sahaja dengan Zionis Israel. Rakyat Palestin yang tidak berdosa dikatakan pembantu Hamas dan dikurung (blockage) di Gaza. Rakyat Malaysia yang tidak berdosa dikatakan pembantu komunis dihalau dari rumah dan dikurung di Kampung Baru (kem konsentrasi).

Dulu ramai rakyat Malaysia termasuk ramai rakyat Islam Malaysia (ikut komunis) menentang penjajahan orang Ingris supaya Malaysia boleh dapat merdeka, bukan untuk menentang Islam dan bukan untuk menentang rakyat Melayu kita.

Kerana ada komunis orang Ingris rasa tertekan biar Malaysia merdeka dibawah pimpinan TAR daripada nanti komunis (Orang Melayu dan bukan Melayu) yang menang di Malaysia.

Tapi setengah orang Melayu Malaysia pikir hanya yang menentang Malayan Union itu penjuang negara, yang lain bukan. Orang yang pikir begini memang tidak boleh maju, selalu menindas rakyat, minta hak istimewa dan subsidi.

Tai berkata...

Ha encik, artikal ni kalau bagi kat orang buta baca, sesuai jugak. Aiyo, depa si buta ni, kutuk BN bergantang-gantang, berguni-guni. Tapi, bila bantuan, depa si pengutuk dan pencaci-maki ni pi ambik dulu. Kita yang pi akhir sekali. mejoriti orang buta ini macamlah encik.

odieneology berkata...

good job! mohon kebenaran untuk salin di blog saya. semoga ianya dapat disebarkan kepada semua org yg "buta" hatinya..

Taminsari berkata...

Buat Humanisselfish...

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah meluahkan perasaan kecewanya kepada Kerajaan Pemerintah baru Perak dibawah ketua lanunnya Sang Nizar atas kedeharkaannya melanggar amanat orang Melayu Perak yang dinaungi oleh Ke Bawah Duli Sultan Perak.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda.

Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

“Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu."

Fikir-fikirkan lah
Salam perjuangan

pembunuhiblis berkata...

Melihat kpd pandangan Karpal, MCA, Gerakan dan UMNO yang menolak hudud dan pandangan PKR dan PAS yg menerima hukum Allah itu bolehkah kita andaikan senario politik masa depan negara akan menuju ke arah ini? :

i) Paksi pro-hukum Allah: PAS + PKR

vs

ii) Paksi anti-hukum Allah: UMNO, MCA, Gerakan, MIC, DAP dll.

Lambat laun politik kita rasanya akan menuju ke arah itu juga. Kempen mengelirukan Islam oleh UMNO lambat laun akan terkesan juga kepada semua parti-parti bukan Melayu termasuk DAP. Akhirnya DAP akan condong dan terpengaruh kepada UMNO yg kelihatan mirip kpd Islam liberal ciptaan manusia dan bersama-sama membentuk satu paksi anti-Islam yang baru. Ketika itu kita penyokong UMNO bolehlah menjerit bangga: Long live UMNO, long live DAP!!