Selasa, Januari 06, 2009

PAS TUDUH UMNO BUANG ISLAM!



















Selain daripada PAS menuduh UMNO menolak Hukum Hudud, maka timbul pula tuduhan lain yang tak kurang pentingnya untuk PAS, iaitu menuduh UMNO hendak membuangkan Islam. Tuduhan ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS berikutan satu cadangan yang dikemukakan oleh para perwakilan UMNO di Perhimpunan Agong parti pada 18, 19 dan 20 November 1994, supaya kerajaan mengharamkan perkataan Islam yang dinamakan kepada parti PAS.

Cadangan ini dikemukakan iaitu berdasarkan pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam kerana Islam itu adalah satu agama (addin) yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud ‘Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam’. Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli, demikian juga Islam sebagai agama (Addin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam. Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan dan Terengganu yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.

Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan ‘Ikhwanul Muslimin’, di Pakistan ‘Jamiatul Islamiah’, di Indonesia ‘Mahsumi’ yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia). Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjid, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan PAS itu Islam, Islam itu PAS, serta menuduh kafir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.

Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO lalu, tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam. Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah bagi menentang golongan yang mahu membuangkan Islam.

Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud ‘ Tegakkanlah agama (ISLAM) jangan (haram) berpecah belah padanya’.

Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras, ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum diketahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini dari angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.

Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi, bukan hasil perjuangan PAS, walaupun pembangunan dan kemajuan itu terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini, itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.

Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu, umpamanya penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa.

Tuduhan dan fitnah itu sudah barang tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank itu, sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu, penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya, demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain.

Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka, sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam, hanya orang yang melampau dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.

Tuduhan PAS terhadap UMNO hendak menghapuskan Islam, nampaknya telah mempengaruhi emosi seorang tokoh agama yang dikatakan begitu dihormati sehingga tokoh itu sanggup mengatakan orang-orang UMNO beku, jumud dan sempit malah lebih daripada itu mensifatkan mereka lebih teruk daripada orang kafir. Sebagai seorang Ketua Ulama PAS, kata-kata itu menampakkan beliau tidak begitu sabar dalam menangani masalah umat Islam.

Taminsari
Shah Alam

2 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

SALAM SEMUA
AKU CADANGKAN KITA BPN MEMBUAT RISALAH BOIKOT BARANGAN YAHUDI!!!
KITA BUAT IKUT KEMAMPUAN MASING-MASING!!!

KEMUDIAN RISALAH TU KITA EDARKAN DI MANA-MANA YANG TERDAPATNYA
KEPADATAN RAKYAT!!!

RISALAH NI TAK MEMERLUKAN MODAL YANG BANYAK!!! SETAKAT KALAU RM 100SEORANG TU DAH KIRA BANYAK RISALAH KITA BOLEH BUAT!!!

KAWAN TAK PANDAI UNTUK MEMBUAT RISALAH NI!!!
KALAU ADA SAPA-SAPA DAPAT MENYUMBANGKAN IDEA DAN MEMBUAT RISALAH NI DAN KEMUDIAN POST KAN DALAM BLOGG BPN DAN KITA SAVE LEPAS TU PI COPY DAN EDARKAN!!!

SENARAIKAN SEMUA BARANGAN YAHUDI!!!
RAMAI RAKYAT YANG TIDAK TAHU AKAN BARANGAN YAHUDI INI!!!

KAWAN YAKIN USAHA KITA PARA AHLI BPN YANG SERAMAI 82 ORANG SETAKAT INI AKAN BERHASIL!!!

BELUM CUBA BELUM TAHU....

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/undilah-pas-bagi-menjamin-masa-depan.html

Tai berkata...

Ha, itulah dia Pas encik. Eh encik, mejoriti orang buta sokong Pas encik oi. Depa tu dahlah buta mata, hati pun buta encik.