Jumaat, Mei 25, 2012

MAJLIS PELANCARAN HIMPUNAN JUTAAN BELIA OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA .



Majlis Pelancaran Himpunan Jutaan Belia akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 26 Mei ( Sabtu ) pada jam 4.00 petang di Pentas Utama, Putrajaya.


Khemah sudah didirikan di kaki lima bangunan kementerian di sepanjang laluan itu, dengan bahagian hadapan Istana Kehakiman yang terletak di tengah-tengah laluan sudah bertukar wajah, membangkitkan "mood" karnival.

Di situ juga bakal berlangsung majlis perasmian perhimpunan belia terbesar itu yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini.


Umum mengetahui pemimpin nombor satu negara itu sentiasa memberi sokongan padu terhadap usaha memacu dan memantapkan golongan belia, yang mewakili 45 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Dalam perutusannya sempena Hari Belia minggu lepas, Perdana Menteri berkata, perhimpunan ini merupakan manifestasi pengiktirafan kerajaan bagi menjadikan Putrajaya sebagai medan besar untuk belia mempamerkan tenaga dan kreativiti masing-masing.

Suara Politik
Taminsari

Putrajaya jadi tumpuan orang muda!



Tirai Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 dibuka hari ini dan Persiaran Perdana di sini mula mencuri tumpuan selaku saksi penganjuran acara yang disasar sebagai perhimpunan orang muda terbesar di dunia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjadi penggerak utama acara itu yang menyimpan harapan menggunung dan dibentuk khusus untuk membuka ruang serta peluang bagi anak muda mempamerkan bakat serta kreativiti, selain menyuarakan pandangan secara terbuka lagi tersusun.

Sejak berbulan lalu, setiap kesempatan yang diperolehi akan beliau ketengahkan berita dan maklumat terkini mengenai Himpunan Jutaan Belia dan usahanya itu jelas mendapat sokongan setiap kementerian yang terletak di laluan Persiaran Perdana di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini.

"Kita serahkan Putrajaya untuk anak-anak muda di sini bagi menunjukkan kreativiti, tenaga dan pandangan mereka secara terbuka dan tersusun," katanya kepada pemberita.


Ahmad Shabery Cheek bersama Ahmad Zahid Hamidi menyertai konvoi kereta dan motosikal sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya, semalam.

Membawa harapan untuk menjadi antara 10 karnival tahunan terbesar, perhimpunan itu menampilkan 38 segmen yang menyediakan kira-kira 500 aktiviti, tersusun di laluan sejauh enam kilometer dengan 24 pentas dibangunkan untuk dikunjungi orang ramai, mulai semalam sehingga Ahad.

Hari ini, beberapa laluan sudah ditutup dan 16 kawasan letak kereta dengan 5,670 ruang letak kenderaan secara percuma sudah dibuka, sementara 12 trem ulang-alik di Persiaran Perdana pula akan digerakkan petang ini.


Khemah mula didirikan di kaki lima bangunan kementerian di sepanjang laluan itu, dengan bahagian hadapan Istana Kehakiman yang terletak di tengah-tengah laluan sudah bertukar wajah, membangkitkan "mood" karnival.

Di situ juga bakal berlangsung majlis perasmian perhimpunan belia terbesar itu yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini.





Umum mengetahui pemimpin nombor satu negara itu sentiasa memberi sokongan padu terhadap usaha memacu dan memantapkan golongan belia, yang mewakili 45 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Dalam perutusannya sempena Hari Belia minggu lepas, Perdana Menteri berkata, perhimpunan ini merupakan manifestasi pengiktirafan kerajaan bagi menjadikan Putrajaya sebagai medan besar untuk belia mempamerkan tenaga dan kreativiti masing-masing.

Untuk rekod, lebih 500 acara dalam 35 segmen diadakan sepanjang sambutan sempena Hari Belia Nasional itu berlangsung dengan pelbagai kemudahan disediakan termasuk pengangkutan awam percuma yang membawa pengunjung ke seluruh lokasi program.

Suara Politik
Taminsari

Pelik Tapi Benar - PAS Marahkan Irshad Manji Tapi Sanjung Ambiga!!



Nama Irshad Manji tiba-tiba menjadi popular sekelip mata di negara ini apabila kehadirannya untuk melancarkan buku karangannya yang bertajuk “Islam, Liberty and Love” telah mencetus kontroversi di kalangan umat Islam di negara ini.

Irshad Manji merupakan seorang penyokong LGBT yang sebelum ini mengaku dirinya lesbian dan pernah pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan serta kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk “The Trouble With Islam Today”.

Buku karangannya itu dikatakan sama dan mengandungi idealisme sama seperti penulis novel “The Satanic Verses”, Salman Rushdie.

Namun, tiba-tiba saja Pas berpura-pura menentang dan marah pada Irshad Manji. Kononnya, merekalah yang paling awal menentang kemasukan wanita gila itu ke Malaysia.

Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pula cuba jadi “hero” isu ini apabila menyalahkan kerajaan kerana membenarkan Irshad Manji masuk ke negara ini tanpa sebarang sekatan.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan wanita yang mencetus kemarahan umat Islam itu.

Peliknya, “kuman di seberang laut Pas nampak, tapi gajah di depan mata Pas tak nampak langsung”!

Irshad Manji menyokong kuat golongan LGBT, sama seperti Ambiga Sreveenasan yang juga menyokong LGBT di negara ini. Malah Ambiga begitu berani menganjurkan program Seksualiti Merdeka dengan tema “Queer without fear”.

Irshad Manji juga sealiran dan sama fahamannya dengan Salman Rushdie, samalah seperti Anwar Ibrahim yang pernah sepentas bersama Salman Rushdie di sebuah persidangan, India Today Conclave 2012, yang berlangsung di India sebelum ini.

Jika benar Pas benar-benar marah, benci, membantah dan melarang Irshad Manji menjejakkan kaki di negara ini, mengapa pula Pas menyokong dan sanggup bersekutu dengan Ambiga yang terbukti menyokong LGBT dan menyokong agenda murtad?

Mengapa Pas tidak mendesak kerajaan agar menghalau Ambiga dari Malaysia sebagaimana yang dilakukan terhadap isu Irshad Manji ini?

Dan mengapa pula Pas sanggup berpeluk, bersekutu dan menjalin “brotherhood” dengan Anwar Ibrahim yang sama fahamannya dengan Salman Rushdie dan Irshad Manji?

Kenapa Pas tidak putuskan saja hubungan dengan PKR yang berkiblatkan Anwar?

Kerana kuasa, bukan? Kerana Pas mahukan sedikit kuasa politik di negara ini, maka Pas sanggup bersekongkol dengan penyokong kuat Seksualiti Merdeka, peruntuh aqidah ummah, rakan sepentas Salman Rushdie dan “berlakon” seolah-olah bencikan Irshad Manji?

Rakan sekutu begitukah yang diluluskan oleh Dewan Majlis Syura Pas tanpa sebarang “muzakarah” atau “tender terbuka”?

Sepatutnya, Tuan Ibrahim patut berasa malu dengan kenyataannya yang kononnya mengaku “paling awal” membantah program Irshad Manji.

Padahal, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir, lebih awal lagi menyatakan penyiasatan dan pengharaman sebarang program yang berkaitan dengan penulis wanita sesat itu sebelum 17 Mei lagi. Tuan Ibrahim pula baru “memekak” pada 19 Mei?

Dan atas arahan kerajaan jugalah maka program Irshad Manji telah berjaya disekat dan dibatalkan oleh JAIS di sebuah kolej swasta di Bandar Sunway pada 18 Mei lalu!

Mujurlah Jabatan Perdana Menteri bertindak lebih pantas melalui JAIS. Kalau nak diharapkan “Exco Agama Selangor” sekarang, jangan haraplah Irshad Manji boleh disekat.

mykmu.net

Suara Politik
Taminsari

Himpunan Jutaan Belia : Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini!



Himpunan Jutaan Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara bakal menyaksikan 500 acara dalam 38 segmen, 1000 persembahan dan 24 pentas di sepanjang enam kilometer menjadikan sambutan HBN antara 10 karnival terbesar di dunia.

Himpunan telah masuk tahun ketiga, bermula pada tahun 2010, di mana konsep penganjurannya diadakan secara besar-besaran di Putrajaya.

Bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini ”, sambutan tahun ini menyasarkan kehadiran dan penyertaan seramai dua juta belia hadir iaitu kenaikan sekali ganda daripada pencapaian sambutan tahun lepas.

Pelbagai aktiviti dan acara yang mempamerkan kepelbagaian budaya, kesenian, sukan, rekreasi, kerohanian, keusahawanan dan banyak lagi sebagai manifestasi kepada minat, tenaga dan kreativiti daripada belia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek memberitahu, beliau menyatakan rasa kagum dengan penganjuran HBN 2012 tahun ini yang semakin menjadi tarikan di seluruh dunia dan hampir menyamai kehebatan karnival di Brazil, Sepanyol dan lain-lain negara yang popular di dunia.

Beliau menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia terutama golongan belia untuk datang dan berhimpun di Putrajaya bagi menyemarakkan lagi sambutan HBN 2012 pada tahun ini. Hampir 20,000 sukarelawan disediakan untuk membantu pengunjung dan memastikan kelancaran sambutan.

Salah satu acara yang bakal diadakan adalah pertandingan memancing. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melepas ikan ke Taman Rekreasi Air sempena Himpunan Jutaan Belia. Acara memancing ini akan diadakan pada 27 Mei. Format pertandingan memancing adalah tangkap dan lepas.


Shabery Cheek melepaskan ikan dewasa jelawat dengan berat 3kg




Ketiga-tiga gambar ikan puyu dan kelah yang baru dimuat naik merupakan sebahagian daripada lebih daripada 600 ekor ikan yang akan dilepaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek di Taman Rekreasi Wetlands di sini bagi pertandingan memancing yang akan diadakan nanti.


Shabery Cheek yang baru sahaja tiba ke jeti pelepasan ikan di sini turut tidak melepaslan peluang untuk cuba memancing di Tasik Wetlands Putrajaya ini.



Shabery Cheek memasukkan cip pengesan pada salah seekor ikan yang akan dilepaskannya.


Shabery dan Shamsuddin masing-masing melepaskan seekor ikan jelawat yang akan menjadi buruan para pemancing pada hari pertandingan yang akan berlangsung pada Ahad, 27 Mei ini.

Bagi memudahkan lebih dua juta pengunjung yang dijangka akan menghadiri Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung sehingga 27 Mei ini, pihak penganjur telah menyediakan sebanyak 16 kawasan parkir awam percuma berhampiran lokasi aktiviti-aktiviti program itu diadakan.

Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, parkir percuma tersebut mampu memuatkan sebanyak 5,670 kenderaan pada satu masa.

Kata kenyataan itu lagi, pengunjung turut mempunyai alternatif lain bagi meletak kenderaan iaitu di Putrajaya Sentral dan Presint 9 yang menyediakan hampir 500 ruang tempat meletak kenderaan berbayar.



Pengerusi Jawatankuasa Logistik, Keselamatan dan Kebersihan program, Mohd. Ali Jabar berkata, untuk memudahkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam pula, KBS turut menyediakan sebanyak 20 bas bagi membawa pengunjug ke sekitar tapak program.

"Kita menyediakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang terpapar logo 'Himpunan Jutaan Belia' dan ini boleh dinaiki secara percuma oleh pengunjung sepanjang program ini berjalan," katanya.

Jelas beliau, kesemua bas tersebut melalui empat laluan utama dengan kekerapan setiap laluan antara 15 hingga 30 minit.

Ini termasuk Laluan 1: Dari Putrajaya Sentral; Laluan 2: Dari Presint 9 - Presint 11 - Presint 8; Laluan 3: Dari Presint 14 - Presint 16 - Presint 18 dan Laluan 4: Dari Presint 5 - Presint 6

Tambah beliau, 12 buah trem pula turut disediakan bagi membawa pengunjung di sepanjang Persiaran Perdana yang mampu memuatkan 20 orang penumpang pada satu-satu masa.

Orang ramai boleh menghubungi Mohammad Nawwar Faiq Mohamad Noh di 019-3299802 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Masa operasi bagi bas dan trem Himpunan Jutaan Belia:
i. 23 Mei 2012 (Rabu) : 4.00 petang hingga 11.00 malam
ii. 24 hingga 27 Mei 2012 (Khamis - Ahad) : 9.00 pagi hingga 11.30 malam

Suara Politik
Taminsari



Khamis, Mei 24, 2012

KENYATAAN MEDIA DATO’ SRI Ir. MOHD ZIN MOHAMED MENGENAI ISU AIR SELANGOR.



Isu Air Selangor

Seperti yang semua maklum, Negeri Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab air di negeri ini hanya tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar yang sepatutnya iaitu 20 peratus. Masalah ini dikhuatiri akan berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim masih enggan memberi kebenaran supaya Projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan seperti yang dirancang.

Kajian menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan bagi menangani perkara ini dan akhirnya keputusan untuk menyalurkan air mentah dari Pahang diputuskan memandangkan ianya melibatkan kos yang paling kompetetif.

Isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga akan menyebabkan 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion dan menjana 12,300 peluang pekerjaan tidak dapat dijalankan. Sejumlah projek perumahan juga tidak dapat dilaksanakan kerana dikhuatiri tidak dapat menyediakan bekalan air yang mencukupi.

Masalah melibatkan air merupakan sesuatu yang serius. Sebagai contoh, negara jiran kita Singapura langsung tidak mempolitikkan masalah air mereka kerana mereka menganggap sumber air adalah satu keperluan asas yang penting sehingga melibatkan ‘national security’. Sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor sanggup berdolak dalih malah tergamak menahan kelulusan yang telah diperolehi sebelum ini semata-mata kerana kepentingan politik sempit mereka. Menteri Besar Selangor bukan sahaja sanggup membawa perkara ini ke peringkat antarabangsa bagi meraih simpati malah menabur fitnah apabila menuduh Syarikat yang mengendalikan operasi Air di Selangor sebagai tidak berkeupayaan.

Isu ini juga telah mendapat teguran Tuanku Sultan Selangor. Baginda sendiri bertitah agar isu air tidak dipolitikkan demi kepentingan rakyat Selangor. Masalah ini akan mengancam masa depan Selangor jika tidak ditangani dengan baik. Ini bukan masanya kita hendak bermain politik. Kesanggupan Kerajaan Selangor membatalkan kelulusan yang telah diperolehi sejurus selepas menang PRU 2008 yang lalu menunjukkan sikap hipokrit Kerajaan Pakatan PKR-DAP dan PAS.


Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang hampir siap tidak dapat dinikmati hasilnya oleh Rakyat Selangor kerana kerajaan Pakatan di Selangor mementingkan diri sendiri. Padahal ianya merupakan perkara penting dan air sendiri merupakan sumber utama yang diperlukan oleh Rakyat Selangor. Kerajaan Pakatan lebih suka berpolitik dari memikirkan soal kebajikan rakyat. Mereka lebih takut jika BN mendapat ‘milage’ hasil Loji Air ini sehinggakan Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa mereka sanggup menggunakan air lombong jika masalah air di Selangor berterusan. Soalnya, bukankah untuk merawat air lombong juga memerlukan kos yang tinggi? Dan, sanggupkah kita menggunakan air lombong yang langsung tidak disalirkan dengan baik?

Tindakan kerajaan negeri bermain politik dalam isu air ini sangat tidak munasabah. Penstrukuturan air, kenaikan harga air dan pembinaan loji pembersihan air di Hulu Langat adalah isu yang berasingan. Khalid Ibrahim memperjudikan nasib penduduk Lembah Klang hanya untuk menunjukkan beliau kononnya prihatin masalah rakyat tetapi sebenarnya menafikan hak rakyat untuk mendapat bekalan air bersih.

Soalnya kenapa projek penyaluran air untuk rakyat Selangor di politikan oleh kerajaan Pakatan? Bukan kah rakyat Selangor baik yang menyokong BN atau penyokong PR sama-sama mendapat menfaat dari projek itu?

Pada saya, sebab utama ialah kerana projek ini merupakan Projek Barisan Nasional. Jadi, kerajaan Selangor tidak mahu meneruskan projek ini. Hasilnya, kerugian adalah kepada Rakyat Selangor.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini meminta kepada pihak media supaya membuat penyelidikan dan temuramah dengan pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi mengetahui betapa seriusnya masalah air ini dan ianya bukan isu politik yang sengaja dimainkan oleh pihak Barisan Nasional. Ini melibatkan kepentingan orang awam dan Barisan Nasional Selangor bersedia untuk memastikan masalah ini selesai jika kami kembali memerintah Selangor selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Sayangi Selangor, Yakini BN

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor.

Suara Politik
Taminsari

KENYATAAN MEDIA DATO’ SRI Ir. MOHD ZIN MOHAMED MENGENAI PUSAT KHIDMAT RAKYAT (PAKAR) BARISAN NASIONAL SELANGOR.



Sehingga kini, Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) Barisan Nasional Selangor telah menerima sehingga 3,269 panggilan. Ianya merupakan peningkatan sehingga 37% sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 10 Mei 2012. PAKAR telah menerima 1,306 panggilan dalam tempoh seminggu sejak pelancaran oleh Perdana Menteri berbanding 1,963 panggilan sejak sebulan beroperasi iaitu dari 9 April 2012 hingga 9 Mei 2012.

Dari 1,306 panggilan yang diterima, 938 (72%) aduan dan masalah telah diselesaikan sementara lagi 368 (28%) masih diperingkat siasatan.

Antara masalah yang telah diselesaikan ialah melibatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia, maklumat pengundi dan masalah kebajikan dengan menyalurkannya kepada agensi-agensi yang berkaitan. Masalah yang masih belum diselesaikan pula adalah melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tiga parlimen yang paling banyak membuat aduan ialah dari Kota Raja 42 kes, Kapar 32 kes dan Shah Alam 20 kes. Kebanyakan aduan yang melibatkan PBT adalah seperti masalah rumput yang tidak dipotong, longkang tersumbat dan sampah yang masih tidak dikutip.

Selain itu, PAKAR juga menerima panggilan bagi meminta bantuan kebajikan terutamanya dari golongan warga emas, OKU, ibu tunggal dan pesara yang kesemuanya telah disalurkan kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Ini jelas menunjukkan bahawa PAKAR adalah sangat relevan dan menjadi tempat mengadu rakyat Selangor yang tidak lagi mempercayai Kerajaan Negeri Selangor. Ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Negeri Selangor tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan baik.

Sayangi Selangor, Yakini BN

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Mei 23, 2012

Belia Malaysia harus tekankan kejayaan diri, negara!



Terpegun melihat banting-banting di merata tempat dan papan iklan besar terpampang Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. Belia Malaysia telah diiktiraf oleh pihak kerajaan dan ia satu sambutan terbesar di dunia untuk belia. Pelbagai syarikat swasta turut tampil bersama meraikan sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini dan ia pasti sambutan yang paling meriah dan hebat.

Sejarah membuktikan belia Malaysia mampu menjadi pendesak seperti menentang Malayan Union dan bersama dengan kerajaan untuk menuntut kemerdekaan. Di mana-mana sahaja di dunia golongan muda adalah kumpulan pendesak terhadap negara dan mampu bangkit untuk menuntut hak-hak mereka.


Belia Malaysia telah banyak memberikan bakti mereka seperti dalam aktiviti pertubuhan belia, sukrelawan, inovasi, sukan sebagai bukti kemampuan mereka.

Di samping itu, belia diibaratkan hujung tombak bangsa Malaysia yang akan menjadi barisan hadapan dalam menangkis segala tohmahan dan krtikan terhadap negara kita. Pada masa yang sama belia Malaysia tidak harus terlena dalam buaian yang menidurkan mereka dengan permainan pihak-pihak luar.

Baru-baru ini kita sangat sedih apabila melihat anak-anak muda diheret ke jalan raya semasa perhimpunan Bersih 3.0 dengan mempamerkan budaya samseng yang tentunya bercanggah dengan budaya timur kita. Mereka telah dicandu dengan provokasi oleh pihak-pihak tertentu agar mereka boleh bertindak ganas sehingga sanggup melakukan keganasan.

Kita ingin melahirkan mentaliti kelas pertama kepada belia Malaysia. Mereka harus mengembangkan personaliti tinggi, karisma, daya saing serta kemahiran diri agar kita mampu membina kemampuan hebat anak muda Malaysia. Kita tidak harus memandang penglibatan anak muda dalam menyertai demonstrasi dianggap kebangkitan anak muda, sebaliknya kita harus memandang kebangkitan belia apabila anak muda berjaya menguasai pelbagai bidang termasuk menjadi pemimpin di usia yang muda.


Membina negara ini bukannya mudah apabila menyaksikan negara kita pernah dijajah oleh negara asing hingga kita terpaksa merempat dan hidup dalam ketakutan. Percayalah bahawa untuk membina kembali sebuah negara yang musnah bukannya boleh dilakukan dalam masa setahun malah ia bertahun-tahun.

Belia mempunyai kekuatan mereka tersendiri. Dalam usia muda David Cameron menjadi Perdana Menteri (Britain) pada usia 45 tahun, Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat pada usia 47 tahun dan bekas Presiden Rusia, Dmitry Medvedev jadi presiden pada usia 45 tahun.

Parlimen Belia yang bakal dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia akan dapat membenihkan ciri-ciri pemimpin muda yang hebat dan matang. Mengambil kata-kata Perdana Menteri: "Kita Mahu Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" sempena tema sambutan Hari Belia tahun 2012 dan kita harus menyahut seruan ini untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan melonjakkan prestasi belia yang berprestasi tinggi dan hebat.

Belia boleh memimpin dalam organisasi tanpa timbul prasangka di atas kemampuan mereka kerana mereka mempunyai stamina serta idea-idea yang baru yang boleh dikembangkan.

Belia jangan menjadi tawanan kepada politik murahan sebaliknya harus menjadi pengerak transformasi politik baru dengan menawarkan khidmat untuk memimpin parti politik agar mereka boleh membentuk kepimpinan hebat.


Pada minggu ini dijangka jutaan belia akan berkumpul di Putrajaya dalam meraikan hari mereka. Ini bukannya sebuah pesta belia sebaliknya ia adalah perhimpunan anak-anak muda yang ingin membuktikan kepada dunia bahawa belia Malaysia hebat dan mempunyai kepelbagaian kemahiran dan kemampuan.

Sertailah aktiviti sempena hari belia dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia dan bersama Majlis Belia Malaysia dan Malaysian Indian Youth Council akan menganjurkan Konvensyen Belia Negara 1Malaysia pada 24 Mei 2012 dan diharapkan anak-anak muda dapat menyertainya. Ia sebuah forum santai untuk mendengar padangan suara anak muda Malaysia.

Biarlah kita bangun pada hari ini untuk kita berazam menjadi rakyat yang menabur bakti bukannya memikirkan bagaimana kita ingin merosakkan negara ini. Selamat Hari Belia 2012!

Suara Politik
Taminsari

Lepas Ijok, Orang Kelang Pula 'Kena Kencing' Dengan MB Selangor!



Kadang-kadang rasa kasihan pun ada dengan Menteri Besar Selangor ni. Di asak kiri dan kanan oleh pelbagai pihak. Asakan dari segi politik tak perlu kita cerita lagi. Memang akan sentiasa ada. Asakan daripada rakyat yang tertipu dengan sifat hipokrit makhluk-makhluk di dalam kerajaan negeri juga dipikul oleh beliau. Asakan daripada individu dalam kain juga perlu ditangkis.

Inilah nasib bila bergelar Menteri Besar. Cuma bezanya Menteri Besar Selangor ini berpaksikan kepada DAP yang banyak mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat. Golongan dalam kain yang rasa terpinggir akan merasa tidak puas hati bilamana mereka seolah-olah tidak dipedulikan langsung. Walhal setiap masa golongan ini seboleh-bolehnya cuba mempertahankan setiap tindakan Menteri Besar.

Program 'Jom Shopping' yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor yang fokus kepada golongan warga emas dianggap oleh mereka satu program yang sangat baik kerana dapat beramah mesra dengan golongan yang berumur 60 tahun ke atas. Sebenarnya ada bagusnya program ini. Itu kita tidak boleh nafikan tetapi janganlah bersikap seperti Kera Dihutan Disusukan Anak Dirumah Mati Kelaparan.

ADUN Kota Alam Shah yang bukan daripada UMNO BN secara terang mengatakan bahawa program 'Jom Shopping' adalah satu program yang sia-sia. Pelik tetapi benar seorang ADUN dibawah kerajaan negeri Selangor mempertikaikan tindakan majikan sendiri.


Apa sebenarnya yang berlaku? Rupanya peruntukan untuk mengatasi masalah banjir gagal di salurkan oleh Khalid Gagap. Kenapa gagal disalurkan? Adakah kerana sibuk dengan duit untuk diberikan kepada warga emas atau sibuk dengan memberi gula-gula pilihanraya sehingga lupa kewajipan sebagai ketua kerajaan negeri?

Lebih menarik 20 surat dihantar kepada Menteri Besar mengadu tentang masalah banjir tetapi alasan yang diberi adalah tiada peruntukan. Lebih menyedihkan apabila Majlis Perbandaran Klang tidak mengendahkan langsung aduan tersebut. Hal ini kita kena tanya kepada Ronnie Liu kenapa aduan tidak diendahkan. Adakah beliau juga sibuk dengan pemberian gula-gula kepada pengundi?

Ahad lepas penduduk di Ijok menuntut Menteri Besar menunaikan janji yang sehingga sekarang masih gagal ditepati. Rupanya bukan di Ijok sahaja Khalid ini berjanji tetapi di Klang juga berjanji untuk memberikan RM 3 juta bagi mengatasi masalah banjir 2 minggu selepas sambutan Deepavali lalu. Seperti biasa janji hanya tinggal janji sahaja.

Yang peliknya duit dalam akaun kata ada sampai RM1.2 billion tetapi RM 3 juta untuk kemudahan dan kesenangan rakyat gagal untuk disalurkan. Apakah sebenarnya tujuan duit sebanyak itu? Adakah ianya sebagai persediaan untuk dana pilihanraya?

Sebelum terlambat, penulis nak ingatkan Khalid supaya uruskan wang sebanyak RM 1.2 billion itu untuk kesenangan rakyat dan bukannya untuk parti memperjuangan seorang 'Gay Tua'! Jangan fikir maklumat boleh dirahsiakan. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ketanah jua. Ingat Pepatah Melayu ini!

Sedih dengan keadaan negeri Selangor sekarang. Kacau bilau punah ranah dikerjakan makhluk parasit yang berpaksikan seorang 'Gay Tua'. Jangan lupa tukar kerajaan bila sampai masanya nanti. Sematkan dalam hati masing-masing. InsyaAllah.











Suara Politik
Taminsari

Himpunan Jutaan Belia sasar kumpul dua juta belia Malaysia!



Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan untuk menghimpunkan seramai dua juta golongan muda pada Himpunan Jutaan Belia sempena sambutan Hari Belia Negara yang akan diadakan Mei ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, program himpunan belia dari seluruh negara itu akan diadakan bermula 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.

Beliau berkata, acara tahunan itu akan tetap diadakan di Putrajaya memandangkan ia adalah pentas terbesar yang mampu menghimpunkan seramai dua juta belia.

"Jika tahun lalu sebanyak 200 aktiviti telah diadakan selama tiga hari dan kita berjaya mengumpulkan sejuta belia, pada tahun ini selama lima hari kita akan himpunkan dua juta belia di Putrajaya. Jadi semua belia di negara ini patut hadir," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad: Transformasi Kepimpinan Belia Meniti Cabaran Wawasan 2020 di sini baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan pada Mei ini termasuk pelancaran Himpunan Jutaan Belia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, konsert artis antarabangsa, promosi jelajah seluruh negara, pameran kerjaya, temuduga terbuka, motivasi kerjaya, pelancaran segmen modal insan, program bercorak keagamaan, pameran dan jualan, perbarisan terbesar pasukan beruniform dan banyak lagi.

Secara keseluruhannya, sebanyak 500 aktiviti telah diaturkan sepanjang seminggu sambutan Hari Belia Negara itu diadakan nanti.

Sambutan Hari Belia Negara disambut bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan belia di negara ini yang turut memain peranan menyumbang pelbagai jasa kepada kerajaan dan negara.

Lebih menarik, acara itu bakal dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negara bagi menggalakkan pelancong terutama dari luar negara merasai kemeriahan program sambutan khas bagi golongan belia di Malaysia.-UMO


Suara Politik
Taminsari

Rakyat Bakal Sengsara - MB Khalid Akan Jadikan Selangor Sebuah Syarikat Korporat!



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini mempertikai corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang menjadikan negeri ini bagaikan sebuah syarikat korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat.

Beliau berkata sebagai contoh kerajaan Selangor lebih berminat terhadap penstrukturan semula industri perkhidmatan air, sungguhpun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahu bekalan air untuk rakyat kini berada pada tahap kritikal.

"Mereka sibuk dengan penstrukturan semula tetapi rizab air pada 2.4 peratus sahaja, bila penstrukturan semula siap bekalan air untuk rakyat habis, jadi buat apa buat penstrukturan semula?

"Kerajaan pusat sedia hendak bina loji air Hulu Langat 2 berharga RM3.6 bilion untuk selesaikan isu air ini tetapi kerajaan Selangor tidak mahu mungkin kerana projek itu tidak beri keuntungan wang ringgit," katanya kepada pemberita di Batang Kali di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan daripada Kelab Putera 1Malaysia berbentuk tilam dan dapur gas kepada 870 keluarga di kawasan Batang Kali dan Serendah yang terlibat dalam banjir kilat pada 7 Mei lepas.


Hadir sama Anggota Parlimen Hulu Langat P Kamalanathan dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Noh berkata selain isu air, kenaikan cukai pintu juga merupakan bukti betapa kerajaan Selangor mementingkan wang ringgit tanpa mengutamakan kepentingan rakyat.

"Dalam menifesto pada pilihan raya lepas mereka kata nak turunkan cukai pintu 20 peratus, tetapi baru-baru ini di beberapa kawasan antaranya Taman Ampang Pecah kadar cukai pintu naik. Jika nak naik (cukai pintu) perkhidmatan semakin bagus tidak mengapa.

"Tetapi perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan seperti pungutan sampah timbul macam-macam masalah. Tidak kah ini menunjukkan bahawa kadar cukai pintu naik adalah untuk kepentingan wang ringgit sahaja?," soal beliau.


Bercerita tentang air, negara sebenarnya telah pun menghadapi krisis bekalan ini pada 1998. Oleh sebab itu, kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) telah mula merancang mulai 1998 lagi untuk mengelak krisis air ini tidak berulang.

Kalau bekalan api elektrik tak ada tidak mengapa, tapi jangan tidak ada air, kata seorang rakan. Sangat pedih jika krisis air ini berulang. Sebab itu jika tindakan susulan tidak diambil segera, negara akan menghadapi krisis air sekali lagi pada 2014 nanti - dua tahun sahaja dari sekarang.

Ketika ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Pahang ke Hulu Langat. Projek membina laluan paip dan terowong sedang berjalan. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah RM8 bilion termasuklah kos pengambilan tanah, pembinaan dan jururundingnya.

Kerajaan Persekutuan pun sudah ada peruntukannya. Oleh kerana pentingnya projek ini, Kerajaan Persekutuan juga telah mendapat soft loan daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM3.6 bilion untuk tujuan itu. Dan seperti masalah di atas dengan kerajaan PKR Selangor yang tidak tahu motifnya, projek ini tertangguh sehingga hari ini.

Apa akan berlaku kalau projek loji air di Hulu Langat ini terus tertangguh?

1. Krisis air akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2. Cuma, sekiranya projek ini dapat disempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang akaun air akan dapat menikmati air mentah bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta rakyat akan dapat menikmati air mentah bersih ini (1.4 juta akaun x 5 orang dalam sebuah rumah).

3. Kalau projek ini tertangguh lagi, kos pembinaannya akan bertambah tinggi.

4. Bila kosnya bertambah tinggi, kos air bersih kepada rakyat pada masa akan datang - akan bertambah tinggi juga.

5. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan flat yang lebih dari 5 tingkat.

6. Tanpa air yang mencukupi, water pressure akan berkurangan. Maka, bangunan lebih 5 tingkat tidak akan dapat bekalan air.

7. Maka penduduk akan terpaksa mengambil air dari bawah flat atau bangunan dengan menggunakan tangki air.

8. Pemaju perumahan, pemaju hartanah dan pemaju pejabat-pejabat akan meminta assurance for future water supply untuk menjalankan projek-projek hartanah di Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan melabur di tempat lain atau negeri lain.

Sebenarnya kementerian berkenaan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Keputusannya - Abdul Khalid tidak bersetuju dengan projek ini.


Demi politik kerajaan PKR Selangor, rakyat seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seramai lebih kurang 7.5 juta orang tidak akan menikmati air mentah bersih secara percuma mulai 2014.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek ini dengan tidak mahu meluluskan Development Order dan '2 lot tanah' - agar projek air mentah bersih ini gagal.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek loji ini di mana akan menyebabkan tarif air yang akan dibayar oleh rakyat Selangor nanti bertambah mahal dan tinggi.

Demi politik, Menteri Besar Selangor sanggup memberi rakyat potongan serta diskaun kepada tarif air yang dibayar sekarang. Tetapi sebaliknya sabotaj projek air Kerajaan Persekutuan yang ikhlas membantu rakyat agar krisis air pada 2014 tidak berlaku?

Apa sahaja akan dijadikan business option kepada mereka. Walaupun mereka perlu risikokan rakyat, itu semua tidak penting asalkan sahaja poket mereka penuh. Banyak contoh-contoh yang pernah berlaku sebelum ini.

Rakyat Selangor tidak akan lupa insiden April lalu yang mana sebanyak 29 gerai ibu tunggal di Seksyen 24, Shah Alam yang dirobohkan walaupun tanah tapak perniagaan tersebut dianugerahkan oleh Sultan Selangor.

Manakala di Kampung Kayu Ara, Petaling Jaya pula, bagi mendapatkan dan menukarkan tanah rizab melayu kepada tanah pembangunan kondo, Elizabeth Wong dapat makan upah RM 2 juta!

Itu antara penindasan kepada golongan Melayu yang dilakukan Pakatan Haram Selangor! Tak keterlaluan kalau nak dikatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini adalah Kerajaan Materialistik! Yang menjadi mangsa adalah rakyatnya sendiri. Fikir-fikirkan lah...!!!

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Mei 22, 2012

Mahkamah Tetapkan 2 Julai Perbicaraan Anwar, Azmin dan Chegu Bard!



Mahkamah Majistret Kuala Kumpur di Jalan Duta sebentar tadi telah menetapkan 2 Julai 2012 tarikh perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat jamin persendirian.

Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar.

Turut mewakili Anwar adalah ahli parlimen Jelutong, Karpal Singh. Sementara Azmin diwakili oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Latheefa Koya mewakili CheguBard.


Anwar bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9 pagi.

Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Suara Politik
Taminsari

Benarkah biaDAP banyak berjasa kepada hamPAS!



Akhbar China Press terbitan 8 September 2011 tahun lalu telah menyiarkan artikel mengenai hakikat bahawa DAP telah banyak berjasa untuk membantu memperkukuhkan kedudukan PAS di negara ini.

Artikel tulisan Goh Chee Chong bertajuk ‘‘PAS Melangkah Keluar Dari Pantai Timur’’ disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai, halaman C15.

Baru-baru ini, PAS telah melaungkan propaganda mereka untuk mengorak langkah keluar dari negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang selama ini menjadi kubu kuatnya. Sehubungan itu, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, PAS berhasrat bertanding di 60 kerusi Parlimen yang turut melibatkan negeri-negeri di Pantai Barat.

Jumlah kerusi yang akan ditandingi itu adalah berlipat kali ganda lebih banyak berbanding bilangan sedia ada sebanyak 23 kerusi. PAS sebelum ini hanya berpusing-pusing di kawasan Pantai Timur. Sebelum tsunami politik ketika PRU 2008, PAS hanya bertapak di Kelantan dan Terengganu, kerana parti itu tidak dapat meracuni idea mereka kepada penduduk di negeri-negeri lain.

Namun pada hari ini, PAS telah menyatakan hasrat untuk bertanding lebih banyak kerusi Parlimen. Kenapa pengaruh parti itu semakin meningkat dan siapakah yang membimbing serta melatih mereka?

Tidak boleh dinafikan, DAP adalah parti yang berjasa dan telah banyak membantu dalam memperkukuhkan penguasaan PAS. Dahulu PAS hanya dapat mengutip sebahagian kecil kerusi dari kawasan UMNO. Parti itu langsung tidak mendapat sokongan daripada pengundi kaum Cina, sebab itu PAS hanya boleh ‘bermain’ di kawasan Pantai Timur sahaja.

Selepas PAS bergabung dengan DAP, ia telah berjaya menarik pengundi kaum Cina menyokong PAS. Kini PAS telah mendapat sokongan majoriti kaum Cina dan minoriti kaum Melayu. Dengan sokongan penuh kaum Cina, PAS telah menang banyak kerusi Parlimen. Sebaliknya, DAP tidak menerima sebarang kebaikan hasil gandingannya dengan PAS.


Selepas PAS menang banyak kerusi Parlimen, parti itu tidak langsung berusaha untuk menjaga imej DAP di kalangan kaum Cina. PAS nampaknya tidak mengambil berat terhadap kehendak masyarakat Cina dan ia terbukti apabila parti itu dengan berkobar-kobar melaungkan hasrat untuk mewujudkan negara Islam.

Di Kedah, kerajaan PAS yang memerintah telah menutup pusat penyembelihan khinzir. Ia juga mengubah nama-nama pada papan tanda jalan kepada tulisan Jawi dan mengasingkan antara lelaki dan perempuan.

Sementara itu di Selangor, pemimpin PAS turut terlibat melarang penjualan arak, memindahkan pusat jualan nombor ekor dan secara mengejut menggeledah majlis makan malam gereja. Ini semua rancangan rapi PAS selepas tsunami politik 2008.

Sehubungan itu, kita ingin bertanya berapa banyak taktik yang telah dirangka DAP untuk menghalang isu-isu berkenaan daripada dicetuskan oleh pemimpin PAS? Dengan bantuan DAP, tidak dinafikan PAS telah dapat mengorak langkah keluar dari Pantai Timur.

PAS juga telah mencatatkan sejarah di Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah, apabila wakil parti itu telah dapat menjawat jawatan menteri besar di keempat-empat negeri itu. Hari ini, PAS juga dengan bangga telah menyatakan hasrat untuk mengambil alih kuasa Kerajaan Pusat pula.

Sekarang apa yang kita mahu lontarkan kepada PAS, jika DAP tidak membantu parti itu dengan tiket-tiket undi kaum Cina, tidak mungkin ia akan berada dalam kedudukan seperti hari ini. Adalah jelas, PAS telah terhutang budi kepada DAP. Oleh itu, parti itu sepatutnya menghormati DAP.


Sudah tentu, masyarakat Cina percaya bahawa DAP boleh menguruskan dan mengimbangi kuasa PAS dengan baik. Tetapi DAP perlu faham dengan lebih jelas bahawa usahanya untuk mengimbangi kuasa PAS itu masih jauh. Jika dibiarkan terlalu lama, masyarakat Cina tidak boleh bersabar menunggunya.

Kita dapat melihat untuk apa PAS melalui Timbalan Presidennya, Mat Sabu bermati-matian mengungkitkan mengenai siapa pejuang kemerdekaan dengan menyokong Mat Indera seorang komunis kalau bukan kerana hendak membalas budi baik DAP?

Mereka masih menyimpan hasrat jika perjuangan komunis diiktiraf, maka harapan untuk membawa balik Chin Peng adalah cerah apabila mereka berjaya memerintah nanti. Fikir-fikirkan lah sebelum terlambat. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Mei 21, 2012

Soalan yang sering ditanyakan kebanyakan orang, mengapa kerajaan tidak melaksanakan hukum HUDUD!



Sudah dinyatakan bahawa tidak semestinya hudud itu perlu dilaksanakan sekaligus atau secara terus. Perlu ada perancangan dan perencanaan yang teliti dan rapi dibuat sebelum kita mahu melaksanakannya secara total di negara kita.

Tidak boleh kalau kita perintah hari ni, terus laksana hudud sedangkan masih ramai lagi yang jahil dan belum memahami sepenuhnya mengenai hukum Allah yang maha adil ini.

Pelaksanaannya bukan boleh main-main atau untuk dijadikan modal politik. Ia berkaitan dengan pandangan masyarakat terhadap Islam itu sendiri. Jika pelaksanaannya gagal, maka tidak dapat tidak akan timbul salah faham di kalangan masyarakat bukan Islam dan Islam sendiri.

Mereka mungkin beranggapan bahawa undang-undang Islam itu tidak adil dan kacau. Padahal hukum Islam itu memang perfect tetapi disebabkan implementasinya lemah dan tidak bijaksana maka ia akan mencacatkan matlamat perundangannya.

Pelaksanaan hudud bukan soal kewajipan seperti solat dan puasa. Ia berkenaan istitho‘ah, kemampuan pemerintah melaksanakannya mengikut kesesuaian zaman dan tempat, sama seperti kewajipan ibadat haji. Suasana persekitaran yang tidak sesuai tidak memungkinkan pelaksanaan sesuatu undang-undang hudud. Ini pernah disebutkan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Shukri Mohamed.

Memang menjadi kewajipan pemerintah melaksanakan hudud sama seperti kewajipan ibadat haji itu sendiri. Menolak kewajipannya bererti kita terkeluar daripada akidah Islam dan dengan sendirinya dihukum murtad. Tidak melaksanakannya atau menangguhkannya itu lain cerita.

Kalau ada pemerintah yang tak mahu laksana tapi tak mempertikaikan kewajipannya walaupun dilihat mampu melaksanakan sepenuhnya hukum tersebut, ia tak boleh dihukum murtad. Ia samalah dengan orang yang sudah mampu mengerjakan haji tetapi masih belum mahu menunaikannya, hukumnya berdosa besar.


Adapun mengenai menangguhkan atau melakukan pemeringkatan dalam pelaksanaan undang-undang Islam, ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jika sesebuah negara itu masih belum mampu melaksanakannya ia tidak mengapa sama seperti hukum mengerjakan haji terbabit.

Bahkan mengikut kaedah fiqh yang masyhur, “Setiap perkara yang membawa kepada suatu kesempurnaan suatu kewajipan, maka perkara tersebut menjadi wajib pula dihukumnya.” Wajib bagi pemerintah menerapkan pemahaman secara berperingkat dan membuat perencanaan sebelum melaksanakan hukum hudud itu.

Ini telah pun dilaksanakan oleh kerajaan kita dan ianya terbukti apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana beliau mengakui bahawa kerajaan telah pun menghubungi kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan satu model yang boleh dijadikan contoh untuk pelaksanaan hudud.

Bagaimanapun, masih belum diterima sebarang respon daripada Arab Saudi. Melalui pendidikan, kita boleh lihat melalui matapelajaran Tamadun Islam yang diperkenalkan di peringkat pengajian tinggi dan penyusunan semula sukatan Pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah.

Berkaitan pemeringkatan dalam pelaksanaan hudud ini, Dr. Yusuf Al Qardhawi ada membincangkan di dalam tulisan beliau. Kata beliau, pemeringkatan itu merupakan salah satu sunnah Allah di alam semesta dan di dalam syariah. Allah telah menentukan pelbagai perintah dan mengharamkan perkara yang haram secara berperingkat sebagaimana diwajibkan puasa, diharamkan arak dan seumpamanya.

Alangkah baiknya di sini apa yang dinyatakan oleh para ahli sejarah tentang Umar bin Abdul Aziz sewaktu beliau menjadi Khalifah, setelah manusia menyeleweng daripada manhaj al Khulafa’ ar Rasyidin, melakukan kezaliman, mencuaikan hak manusia dan melampaui hudud Allah.

Anaknya yang beriman lagi bertakwa bernama Abdul Malik datang menemui beliau dan berkata dengan penuh semangat, “Wahai ayahku, kenapa kamu lambat melaksanakan semua perkara ini? Demi Allah, saya tidak akan peduli sekiranya saya dan ayah mengelegak pada jalan Allah ini.”

Lalu bapa yang bijaksana ini menjawab, “Wahai anakku, sesungguhnya Allah telah mencela arak pada dan ayat dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya aku bimbang untuk membawa manusia kepada kebenaran secara sekaligus lalu mereka menolaknya secara sekaligus juga.”

Jelas beliau berpandangan bahawa adalah suatu kebijaksanaan bersikap lemah lembut dan berperingkat dengan manusia sehinggalah mereka menerima kebenaran yang sepatutnya diterima.

Dalam masalah yang sama, Umar Abdul Aziz juga pernah berkata, “Sesungguhnya kaum kamu (Bani Umaiyah) telah mengikatkan perkara ini satu ikat demi satu ikat. Apabila kamu mahu memaksa mereka untuk menarik balik apa yang ada pada tangan mereka , maka saya tidak jamin mereka tidak akan menentang saya yang akan membanyakkan lagi pertumpahan darah. Demi Allah, runtuhnya dunia ini adalah lebih ringan bagi saya daripada ditumpahkan darah kerana saya! Tidakkah kamu redha sekiranya kamu datang pada setiap satu hari mendatangi ayah kamu melainkan kamu ini telah mematikan satu bidaah dan menghidupkan satu sunnah?”


Inilah dia pandangan realiti yang bijaksana yang diyakini, tetapi hendaklah difahami bahawa pemeringkatan (beransur-ansur) dalam pelaksanaan syariah bukanlah bererti membatalkan pelaksanaan hukum syariah atau menggantungkan pelaksanaannya hingga ke tempoh yang tidak ditetapkan.

Bahkan ia sebenarnya bererti meletakkan perancangan rapi yang mempunyai peringkat yang telah ditetapkan bagi memindahkan masyarakat kepada Islam yang sebenar dengan memberikan keutamaan bagi sudut pendidikan, media massa dan thaqafah yang bekerja secara bekerjasama dan saling melengkapkan bagi membina manusia yang dikehendaki oleh Islam dan menyediakan suasana yang patut bagi memastikan seluruh syariat Islam itu dilaksanakan dengan jayanya.

Permulaan bagi itu semua ialah menghapuskan halangan di hadapan para pendokong Islam yang benar dalam bentuk individu dan kumpulan dan memberikan jaminan kebebasan yang perlu untuk mereka, supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka untuk berdakwah, memberikan kesedaran, pendidikan dan pembentukan diri. Ini semua adalah perkara yang paling utama.

Pemeringkatan yang perlu menurut Dr. Yusuf Al Qardhawi ialah dengan meletakkan matlamat di hadapan mata, berusaha keras untuk sampai kepadanya, tidak berlalu satu hari, sebagaimana yang dinyatakan oleh Umar bin Abdul Aziz, melainkan dia telah mematikan satu bidaah jahiliyah dan menghidupkan satu sunnah Islam.

Ziad bin Hudair meriwayatkan bahawa Umar r.a. telah berkata kepadanya: Apakah engkau ketahui apa yang akan meruntuhkan Islam? Kata Ziad: Aku menjawab: Tidak! Beliau berkata: Islam diruntuhkan oleh kesalahan alim ulama dan perdebatan orang munafiq dengan al Kitab dan pemerintahan imam-imam yang menyesatkan.” (H/R Ad Darimi : Sahih)

Janganlah seseorang itu menuduh seseorang yang lain dengan tuduhan kafir atau fasik, maka perbuatan itu akan kembali kepadanya sekiranya orang yang dituduh itu bukan seperti itu (bukan golongan kafir atau fasik).” [H/R Muslim dan Ahmad].

Sekadar renungan untuk dikongsi bersama!

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari