Selasa, Februari 11, 2014

Menjejaki Kontrak Sosial?


Apa itu Kontrak Sosial?

Isu “ Kontrak Sosial “ hangat di perdebatkan sebelum ini oleh pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan ahli politik. Masing-masing melihat dari sudut dan kaca matanya sendiri. Melihat pada senario politik sekarang, penulis tidak berapa pasti samada semua pihak menerima hakikat bahawa Malaysia ini berasal usul dari Tanah Melayu yang di perintah oleh raja Melayu.

Sebelum tahun 1511, kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar Melayu yang terkenal di Nusantara, malah telah diiktiraf oleh kerajaan asing seperti Maharaja China, India, Parsi dan Arab. Mereka berdagang di Melaka sebagai pusat pertukaran barangan antara timur dengan barat. Negeri Melaka di perintah oleh seorang raja Melayu yang di bantu oleh seorang Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syah Bandar. Mereka mentadbirnya melalui undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang Sultan Melaka.

Mengikut seorang penulis Cina, ada seorang penterjemah kepada Laksamana Cheng Ho dan seorang Muslim yang melawat gugusan pulau-pulau Melayu pada tahun 1451 telah menambah maklumat baru kepada pedagang Cina mengenai kerajaan Melayu Melaka dan raja Melayu yang memeluk agama Islam. Raja-raja Melayu mempunyai rakyat mereka sendiri yang dikenali dalam sejarah sebagai “ rakyat raja “.

Semuanya berubah apabila Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 dan raja Melayu yang memerintah terpaksa berundur. Melaka berubah tangan daripada Portugis kepada Belanda ( 1641 ) yang memonopoli perdagangan dengan raja Melayu Kedah dan raja Melayu Perak. Tidak lama kemudian, pada akhir abad ke-18, mulalah Inggeris memperkukuhkan kedudukannya dengan menubuhkan pengkalan angkatan laut di perairan Tanah Melayu untuk mengaktifkan perdagangannya dengan Raja-raja Melayu dan seterusnya mengambil alih kuasa daripada Belanda.


Raja-raja Melayu telah mengadakan perjanjian dengan wakil Inggeris seperti perjanjian memajak Pulau Pinang tahun 1786, Perjanjian Pangkor tahun 1874 dan lain-lain. Semua perjanjian untuk mendapat konsesi tanah dan perdagangan, dilakukan dengan Raja-raja Melayu. Semenjak tahun 1874, kerajaan Inggeris telah mengiktiraf hak ketuanan Melayu, perundangan dan adat resam Melayu. Perlantikan Residen dan penasihat Inggeris hanya sekadar untuk membantu Raja-raja Melayu dalam mengurus pentadbiran negeri, supaya lebih kemas dan tersusun.

Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah melanggar perjanjian yang mereka buat dahulu apabila mereka memaksa Raja-raja Melayu dengan menyerahkan kuasa negeri masing-masing kepada kerajaan Inggeris dan menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahan melalui perlembagaan Malayan Union. Penjajah British mahu membuka kerakyatan kepada pendatang asing berasaskan prinsip jus soli. Dengan itu Raja-raja dan bangsa Melayu telah kehilangan hak ditanah airnya sendiri.

Demi mempertahankan hak ketuanan Melayu dan amanah bangsa, orang Melayu bangun menentang Malayan Union sehingga melahirkan kongres Melayu pertama yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Orang Melayu diseluruh Negara melalui perwakilan pertubuhan mereka telah membantah Malayan Union. Mereka berikrar mahu menghapuskannya dengan apa cara sekali pun.


Bagi mengukuhkan gerakan mereka, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji percantuman semua pertubuhan Melayu yang hadir dalam kongres itu ke dalam satu pertubuhan tunggal yang akan dikenali kemudian sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ). Pertubuhan ini kemudiannya di rasmikan dalam Kongres Melayu Kedua di Istana Johor Bahru di bawah kepimpinan Dato’ Onn Jaafar pada 11 Mei 1946. Keadaan ini memaksa kerajaan British berunding dengan Raja-raja Melayu mengenai Malayan Union. Pada Februari 1948, kerajaan British bersetuju memansuhkan Malayan Union dan ditubuhkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dibawah kepimpinan Dato’ Onn Jaafar, UMNO telah berjuang untuk mengukuhkan ketuanan Melayu melalui semangat “ HIDUP MELAYU”. Walau bagaimanapun, semangat Dato’ Onn menjadi luntur apabila kerajaan British mendesak supaya UMNO perlu menerima pendatang asing di Tanah Melayu terutamanya orang Cina sebagai rakyat negeri ini. Tun Tan Cheng Lock, seorang pemimpin Cina yang berpengaruh di London telah menjalankan segala usaha supaya kerajaan British memberi ruang kepada kaumnya mendapat kerakyatan yang sah di Tanah Melayu. Bagi memenuhi kehendak semasa, Dato’ Onn telah membentangkan isu memberi kelonggaran kerakyatan dalam perhimpunan agung UMNO pada bulan Jun 1950, malah Dato’ Onn berura-ura hendak membuka keahlian UMNO kepada semua kaum di Tanah Melayu.


Perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Dato’ Onn itu, telah mendapat tentangan hebat dari majoriti ahli UMNO. Beliau telah mengambil keputusan mengejut dengan meletak jawatan Yang Dipertua UMNO tetapi didesak oleh majoriti ahli UMNO supaya menarik balik perletakan jawatan itu. Mereka berarak ke rumahnya di Johor Bahru dengan menyatakan mereka berada di belakangnya. Dengan sebab itu Dato’ Onn kembali semula memegang jawatan Yang Dipertua UMNO. Akan tetapi ramai jawatankuasanya tidak bersetuju dengan kehendak Dato’ Onn hendak membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu kerana dasar UMNO adalah untuk orang Melayu sahaja. Sekali lagi Dato’ Onn meletak jawatan dan kali ini permohonannya itu diterima dan Tunku Abdul Rahman Putra mengambil alih tempatnya.

Dalam ucapan sulungnya, Tunku telah menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan dasar UMNO, kerakyatan dan hak istimewa orang Melayu. Pemimpin MCA seperti Tun Tan Cheng Lock dan lain-lain telah menyertai parti Independence Malayan Party ( IMP ) yang baru ditubuhkan oleh Dato’ Onn. Pada masa ini, UMNO mendapat saingan yang hebat kerana Raja-raja Melayu dan menteri-menteri besar menyokong kepimpinan politik Dato’ Onn.

Semuanya menjadi berubah apabila pemimpin UMNO dan MCA di Kuala Lumpur dengan semangat berbaik-baik dan bersefahaman telah mengadakan satu pakatan kerjasama supaya kedua-dua parti politik itu dapat bergabung dan seterusnya dapat bertanding dalam pilihanraya bandaran Kuala Lumpur atas satu lambang Perikatan. Walaupun ada perasaan curiga antara satu sama lain, namun dengan kebijaksanaan Tunku, perasaan itu dapat di bending. Berdasarkan keputusan pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, Perikatan telah Berjaya memenangi Sembilan dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Parti IMP pimpinan Dato’ Onn mendapat kekalahan teruk.


Hasil kemenangan parti Perikatan dalam pilihanraya ini mendorong pemimpin MCA mahu berunding dengan Tunku mengenai isu kerakyatan dan hak istimewa orang Melayu. Tunku telah bertolak ansur dan bersetuju menerima prinsip jus soli yang dituntut oleh pemimpin MCA. Tunku menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli UMNO terutamanya UMNO Negeri Sembilan, tetapi Tun Abdul Razak telah berjaya menggunakan kebijaksanaannya meredakan keadaan.

UMNO, MCA dan MIC telah mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan sehingga bersetuju menyampaikan memorandum tunggal secara bersama kepada suruhanjaya REID. UMNO, MCA dan MIC telah bersetuju dalam memorandum itu mengenai perkara-perkara berikut:

1. Kerakyatan berasaskan prinsip jus soli sepertimana yang dituntut oleh MCA.
2. Mengekalkan hak istimewa orang Melayu
3. Kedudukan bahasa, kebudayaan dan agama

Itulah asas Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh pemimpin Malaysia yang berjaya melahirkan Malaya Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Ramai anak muda sekarang mulai lupa kepada sejarah Negara dan bangsanya sendiri. Mereka kurang mengetahui bagaimana Negara kita ditubuhkan. Oleh kerana itu mereka mudah terpengaruh dengan sesetengah badan NGO yang member maklumat salah tentang fakta sejarah negara kita. Pada hari ini, ada generasi muda kita mempertikaikan isu-isu yang mereka tidak mengetahui sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai. Memang ada segolongan kecil masyarakat kita tidak berpuas hati dari dahulu sehingga sekarang. Sememangnya mereka boleh mencetuskan keresahan dan menjadikan Negara kita tidak aman. Adakah mereka gembira sekiranya perkara ini berlaku?


Sejarah dunia menyaksikan bahawa Negara kita ditubuhkan secara aman tanpa mencetuskan peperangan atau pemberontakan sepertimana yanag berlaku kepada beberapa buah Negara ketiga dunia. Negara kita ditubuhkan melalui semangat perpaduan yang melahirkan semangat toleransi antara kaum dan kepercayaan beragama. Ramai orang asing yang melawat Negara kita berasa kagum dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Negara kita ini yang terdiri daripada pelbagai kebudayaan kaum dan kepercayaan beragama serta mengamal pelbagai bahasa.

Rahsianya terbongkar apabila mereka mengetahui bahawa orang Melayu dalam UMNO sanggup berkorban dan melupakan kepentingan mereka dalam politik sehingga sanggup melepaskan beberapa kawasan pilihanraya yang sepatutnya ditandingi oleh mereka tetapi telah diberi dengan sukarela kepada rakan kongsi politik mereka dalam parti MCA atau kepada rakan mereka dalam MIC. Malah yang lebih besar sekali ialah pengorbanan bangsa Melayu melonggarkan syarat kerakyatan beberapa kawasan pilihanraya yang sepatutnya ditandingi oleh mereka tetapi telah diberi dengan sukarela kepada rakan kongsi politik mereka dalam parti MCA atau kepada rakan mereka dalam MIC. Malah yang lebih besar sekali ialah pengorbanan bangsa Melayu melonggarkan syarat kerakyatan berasaskan jus soli yang mereka bangkang selama ini.

Sementara itu, kaum Cina dan India dalam MCA dan MIC menerima hakikat sejarah Negara ini dan bersedia secara sukarela, menerima dan mengakui hak keistimewaan orang Melayu semenjak turun temurun dan turut memperakui agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Sememangnya kedua-dua perkara ini menjadi mercu tanda kepada kewujudan Negara kita yang bernama Malaysia sekarang ini.

Setiap bangsa ada negaranya sendiri. Orang Cina ada negaranya di Tanah Besar China, manakala orang India ada negaranya yang bernama India. Keturunan Cina dan India yang lahir di negara ini dan menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi, mempunyai hak menjadi rakyat negara ini dan menikmatinya sebagai bangsa Malaysia.


Orang Melayu pun ada negaranya sendiri diTanah Melayu dan kemudiannya Malaysia. Agama Islam sudah menjadi agama orang Melayu semenjak kurun ke-14 lagi, malah kitab undang-undang Melaka yang memaparkan cara pemerintah yang berasakan kebudayaan Melayu dan undang-undang Islam sudah wujud dengan kedatangan Islam itu sendiri. Bagaimana hendak meminggirkannya?

Bangsa Melayu berasa terjamin apabila Suruhanjaya REID mengekalkan kedudukan orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan dan menjadikan Islam sebagai agama rasminya. Pemerintahan Negara kita kekal sebagai sebuah negara beraja yang berasaskan demokrasi berparlimen . Ia bukan sebuah negara sekular dan bukan Negara teokrasi. Kita semua daripada keturunan Melayu, Cina dan India sudah menjadi bangsa Malaysia.

Apabila kita mahu kembali kepada sejarah dan asal usul Negara ini dan menerimanya dengan hati yang terbuka, malah merakamkannya secara rasmi dalam perlembagaan kita, itulah punca kejayaan kita sehingga dapat melahirkan sebuah Negara yang diiktiraf oleh dunia ketiga sebagai Negara maju. Itulah rahsia “ Kontrak Sosial “ yang diperkatakan selama ini.

Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa Melayu daripada pelbagai pertubuhan telah membantah Malayan Union. Bantahan itu dilakukan serentak melalui tunjuk perasaan secara aman di seluruh Negara. Mereka tidak bertindak di luar batasan undang-undang. Mereka menjemput ahli parlimen British menyaksikannya sendiri bantahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu. Orang bukan Melayu tidak menyertai tunjuk perasaan ini kerana mereka beranggapan bahawa negeri ini bukan negeri mereka. Walau bagaimanapun, mereka menyokong perjuangan UMNO menuntut kemerdekaan.


Sokongan ini mengerakkan pemimpin UMNO berunding dengan pemimpin Cina yang dikenali sebagai MCA, supaya turut sama dalam satu gerakan menuntut kemerdekaan daripada British. Kemudian MIC turut serta. Kaum Cina dan kaum India telah bergabung dengan bangsa Melayu menjadikan mereka bangsa Malaysia yang berjaya.

Pejabat Tanah Jajahan British berpuas hati kerana bangsa Melayu yang diwakili oleh UMNO sanggup bekerjasama dengan bukan Melayu dalam perikatan. Kerjasama itu telah dibuktikan melalui persetujuan bersama bangsa Melayu dan bukan melayu dengan mengemukakan manifesto dalam pilihanraya 1955 atas satu nama iaitu Perikatan. Manifesto tunggal ini telah berjanji hendak melaksanakan perkara-perkara berikut, jika Perikatan menang dalam pilihanraya 1955:

1. Menuntut kemerdekaan daripada British secara aman.
2. Mengekalkan hak-hak istimewa orang Melayu.
3. Memberi kerakyatan kepada bukan Melayu mengikut konsep jus soli.

Pengundi yang mewakili rakyat dan penduduk negara ini telah bersetuju dengan janji Perikatan dalam manifesto pilihanraya tahun 1955 dua tahun menjelang merdeka. Pengundi telah memberi kemenangan cemerlang kepada Perikatan sehingga mendapat memenangi 51 kawasan pilihanraya daripada 52 kawasan yang dipertandingkan. Ini merupakan satu petanda yang jelas bahawa rakyat negara ini bersetuju dengan formula yang dikemukakan oleh Perikatan.

Pejabat Tanah Jajahan British berpuas hati dengan semangat kerjasama dalam Perikatan dan bersetuju menyemak semula perlembagaan yang sedia ada pada masa itu. Kerajaan British dan raja-raja Melayu telah bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi tujuan tersebut. Suruhanjaya ini dikenali sebagai Suruhanjaya REID.


Sekali lagi Perikatan telah menunjukkan semangat kerjasama yang padu apabila gabungan pertubuhan politik daripada bangsa Melayu, kaum Cina dan kaum India, telah bersetuju secara bersama menghantar memorandum tunggal kepada Suruhanjaya REID atas nama Perikatan. Memorandum itu menuntut antara lain supaya dimasukkan perkara-perkara berikut dalam Perlembagaan Malaya.

1. Salah seorang daripada Raja-raja Melayu di pilih dalam kalangan mereka menjadi ketua kerajaan.
2. Mengekalkan hak istimewa orang-orang Melayu.
3. Memberi kerakyatan mengikut prinsip jus soli.
4. Islam sebagai agama Persekutuan tetapi memberi hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain dan mereka bebas menjalankan urusan keagamaan dan kebudayaan mereka.
5. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tetapi bahasa dan kebudayaan lain-lain kaum, bebas mengamalkannya oleh kaum masing-masing.

Penulis juga berpendapat bahawa persetujuan bersama UMNO, MCA dan MIC yang diperakukan dalam manifesto pilihanraya dan memorandum Perikatan kepada suruhanjaya REID, merupakan asas sosial kontrak yang kita amalkan selama ini dengan jayanya. Berasaskan kepada formula inilah, BN telah menang dalam semua pilihanraya yang lalu dan terus memerintah Malaysia sehingga hari ini.

Parti-parti lain tidak boleh mendapat kemenangan dan membolehkan mereka memerintah kerana formula politik mereka tidak boleh diterima oleh rakyat negeri ini terutamanya fahaman perkauman yang sempit atau semangat keagamaan yang tidak bertapak dialam nyata. Sememangnya ada beberapa golongan yang tidak bersetuju dengan Perikatan atau BN tetapi bilangan mereka adalah sedikit pada masa lalu. Namun begitu, suara kebangkitan mereka sangat lantang dan mencemaskan. Mereka telah membuktikan dalam pilihanraya ke-12 pada tahun 2008 dimana mereka berjaya memenangi 5 negeri di semenanjung tanah air. Disamping itu juga mereka telah berjaya menafikan majoriti mudah 2/3 di Parlimen.


Setelah mendapat kemenangan, sedikit demi sedikit mereka cuba mempertikaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan kontrak sosial seperti hak istimewa orang Melayu dan juga perlembagaan negara. Sesungguhnya penulis berasa sangat sedih kerana ada sekumpulan kecil masyarakat kita di Malaysia selepas 57 tahun merdeka, cuba mengubah landskap negara apabila mereka dengan berani tanpa menghiraukan perasaan “ tuan rumah “ mempertikaikan kedudukan agama dan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan kita. Kesemuanya ini menampakkan kesannya begitu negatif sekali.

Suara sumbang daripada segelintir pertubuhan NGO yang membuat tuntutan supaya perlembagaan kita dipinda, diumpamakan seperti anai-anai menggigit tiang seri supaya bangunan itu runtuh. Penulis berpendapat bahawa majoriti suara rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan mereka. Sudah sampai masanya bagi semua rakyat Malaysia, terutama para pemimpin politik kita menghidup dan menyemarakkan semula semangat kerjasama melalui persefahaman dan toleransi sejati dalam kalangan semua kaum supaya rakyat hidup dengan aman dan damai. Berilah kerjasama dalam menjayakan wawasan Perdana Menteri iaitu menerapkan Konsep 1 Malaysia dimana Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan.

Dengan demikian, dapatlah pemimpin kita menumpukan sepenuh masa untuk memajukan bangsa Malaysia melalui pendekatan yang diterima oleh semua pihak. Mudah-mudahan harapan dan cita-cita kita hendak melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 akan tercapai sepenuhnya.
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Selangor 'seronok' terima RM564.64j peruntukan Marris 2014, namun jalanrayanya masih HAMPEH..?


Kerajaan negeri Selangor hari ini dengan 'seronoknya' mengumumkan penerimaan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) dari Kerajaan Persekutuan menerusi pihak berkuasa tempatan negeri itu pada tahun ini dianggarkan bernilai RM564.64 juta.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata pihaknya menyambut baik penyaluran dana awam terbabit selaras dengan peruntukan Perkara 109 (1)(b), Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, peruntukan itu nanti akan disalurkan bagi penyelenggaraan jalan di Selangor, merangkumi Jalan Kerajaan Negeri, Jalan Bandaran, Jalan Perumahan Murah, Jalan Kampung, Jalan Pertanian dan Lorong Belakang.

"Kuasa berbelanja diberikan kepada Datuk Bandar atau Yang di Pertua PBT atau Pegawai Daerah atau Pengarah JKR atau Pengarah JPS untuk melaksanakan projek Marris bagi tahun 2014.

"Setiap senarai projek PBT, Pejabat Daerah, JKR dan JPS perlu disemak oleh jawatankuasa teknikal disahkan oleh jawatankuasa pentadbiran MARRIS sebelum perolehan dilaksanakan," katanya dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata peruntukan Marris di PBT akan ditambah sebanyak RM3 juta untuk setiap Dun menjadikan jumlah bernilai RM168 juta.

Manakala Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor pula akan mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 yang berjumlah RM4.5 juta.

"Jabatan Kerja Raaya (JKR) Selangor mendapat RM156 juta, peruntukan RM4 juta pula kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor.

"Manakala PBT pula menerima peruntukan sejumlah RM214.14 juta berdasarkan panjang jalan di PBT," katanya.

Katanya, memandangkan kerajaan negeri pada penggal ini menumpukan lebih kepada pembangunan desa, setiap Dun akan diperuntukan RM3 juta tambahan bagi projek penyelenggaraan jalan-jalan desa yang didaftarkan dengan sistem Marris online.

"Bagi penyelenggaraan jalan yang tidak mencapai piawaian minimum JKR dan tidak didaftarkan di dalam sistem Marris online, ia perlu dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah terlebih dahulu," katanya lagi.

Suara Politik
Belantan

Isnin, Februari 10, 2014

Khalid sudah give up, 'sahkan' Anwar bakal MB?


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membayangkan kesediaan untuk melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Kenyataan Abdul Khalid itu ternyata berbeza sebelum ini apabila beliau menafikan desas-desus Anwar akan menggantikan tempatnya.

Abdul Khalid berkata, sememangnya perkara tersebut ada dan sedang dibincangkan.

"Tidak mengapa. Kita (PKR) masih terus berbincang sebab perkara itu juga memerlukan perbincangan dalam pakatan pembangkang.


"(Cukuplah) saya fikir tidak perlu kita mengehadkan sebarang perbincangan berhubung perkara tersebut," katanya kepada pemberita dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri, di sini hari ini.

Dalam temuramah dengan saluran televisyen Australia, Newsline pada Khamis lalu seperti dilaporkan akhbar, Anwar berkata, Abdul Khalid akan mengambil alih tempatnya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor jika beliau menjadi Menteri Besar.

Anwar menjelaskan, perkara itu sedang dibincangkan dengan Abdul Khalid. Abdul Khalid sebelum ini menolak desas-desus Anwar akan menggantikan tempatnya sebagai Menteri Besar.

Malah, Abdul Khalid berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kalangan pimpinan kerajaan negeri.

Suara Politik
Belantan

Murugiah pertikai Waythamoorthy?


Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy yang menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga memaksa beliau meletak jawatan dipertikaikan.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mendakwa, tindakan tersebut sengaja mahu mengaburi mata masyarakat India yang masih tertanya-tanya peranan beliau sejak dilantik menyertai Kabinet.

"Saya tidak faham, ketika saya di Jabatan Perdana Menteri dengan portfolio sama, banyak perkara telah saya laksanakan dalam tempoh beberapa tahun. Mengapa Waythamoorthy tidak boleh?

"Mengapa salahkan Perdana Menteri? Waythamoorthy sendiri tidak banyak berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN). Beliau langsung tidak turun padang, malah kewujudan beliau dalam Jabatan Perdana Menteri selalu dipersoalkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam Waythamoorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), dilaporkan akan meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Ahli Dewan Negara berkuatkuasa Isnin ini.


Waythamoorthy mendakwa, Hindraf telah menunggu selama lapan bulan bagi Perdana Menteri membuat keputusan berhubung perjanjian persefahaman antara pertubuhan itu dengan kerajaan agar satu penyelesaian boleh dilaksanakan ekoran masalah sosioekonomi yang membelenggu kaum India di Malaysia.

Murugiah percaya tindakan itu diambil setelah Waythamoorthy ditekan oleh kumpulan tertentu.

"Waythamoorthy sebenarnya sudah lupa, beliau kini adalah Timbalan Menteri serta Senator dan bukan hanya pemimpin Hindraf. Banyak perbezaan antara pemimpin NGO dan ahli politik. Jika hendak letak jawatan, letak sahaja tapi jangan menyalahkan orang lain," tegasnya.

Tambah Murugiah, Najib telah banyak memberi peruntukan dan telah menyelesaikan pelbagai isu berkaitan kaum India berbanding mana-mana Perdana Menteri terdahulu.

Sementara itu, Bendahari Agung MIC, Datuk S. Murugesan mengalu-alukan peletakan jawatan Waythamoorthy kerana menganggapnya tidak membawa apa-apa kebaikan kepada kaum India.

"MIC juga mahu bekerjasama dengan beliau selama ini tetapi Waythamoorthy tidak mahu 'berjabat tangan' dengan kita. Sekiranya ikhlas mahu melakukan perubahan, mengapa kita tidak bersatu sahaja.

"Kita tidak akan sesekali kerugian kerana MIC dan BN akan terus melakukan yang terbaik untuk masyarakat India, sama ada beliau ada atau tidak, kita tidak nampak sebarang perbezaan," katanya.

Suara Politik
Belantan

Anwar sudah mula bayangkan dia MB Selangor?


Ketua Pembangkang, Awnar Ibrahim mula membayangkan dia bakal mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor yang kini disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar yang berceramah di Dataran Prima Saujana, Kajang di sini malam tadi mengakui Abdul Khalid merupakan seorang tokoh ekonomi yang hebat tetapi beliau perlu menjadi Menteri Besar untuk mengukuhkan kedudukan pembangkang di negeri tersebut.

"Kalau puji Khalid, hendak ganti dia buat apa? Selangor sudah ada rekod baik dan kita perlu tingkatkan lagi. Peranan dia (Khalid) tentu ada.


"Kalau ditakdirkan ada persetujuan (menjadi Menteri Besar Selangor), (dia) bantu saya. Saya tidak kata saya hendak jadi Menteri Besar tetapi kalau saya ambil alih dari Khalid, asas sudah ada. Apa pun, kita mesti menang di Kajang dahulu," katanya dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 orang.

Anwar dinamakan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadual berlangsung 23 Mac ini.

PRK DUN Kajang diadakan apabila Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan tanpa sebarang alasan pada hujung bulan lalu untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Februari 09, 2014

Dialog provokasi Teresa mang-Kok?

Tiga pelakon klip video Onederful Malaysia CNY 2014 yang membawa watak Abang Wai, Puan Jit dan Master Yan Yan dengan Teresa mang-Kok (gambar kecil) berlakon sebagai pengerusi forum.

DIALOG berikut ialah sedutan daripada klip video ONEderful Malaysia! CNY 2014 yang memuatkan sindiran dan fitnah kepada kerajaan.



TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia!

Biar saya beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan besar.

Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang amat besar. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka mengikut belakang orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai.

Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .

ABANG WAI: Panggil saya abang Wai.

TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan.

Setiap warganegara mengadu bahawa “wang untuk berbelanja tidak mencukupi". Ketiga-tiga daripada anda mempunyai sebarang komen?

MASTER YAN YAN: Anda semua perlu untuk sedar dan dengar! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai... Ertinya nasib juga hilang!

PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya cinta cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak dalam menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda perlu hanya menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpankan ia di dalam poket anda. Akhirnya, “Jimat, Jimat" yang berterusan, lama-lama akan menjadi gunung!

Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN!

Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda.

TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini?

MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah ‘dianugerahkan’ nombor keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia.

ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda.

MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melakukan perjalanan ke Melaka dan melawat Jalan Jonker, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Jika tidak, anda boleh melakukan perjalanan ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik.

Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural “Berhati-hati! Perompak ada berdekatan". Pemandangan yang sangat cantik.

Sudah hilang, Sudah hilang. Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang!

TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat pada masa ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka?

ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian terlalu ‘Bersih’. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.

MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi!

Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah.

PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang.

Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan.

ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu.

PUAN JIT: Tidak apa.

TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Apa-apa tip untuk mereka?

ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa!

TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan gempal! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia.

Apa maksudnya? Malaysia Boleh!

SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?

PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa mahu anda untuk keluar dan turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun.

Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam.

Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka ia sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan diselesaikan.

TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan?

MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai fengs hui yang sangat baik dan sangat murah juga. Tujuh bilik apartmen hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan.

PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga. Pilihan yang baik!

SOALAN PENONTON: Tahun Kuda tahun ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan?

PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? “Jual Cina!"

TERESA: “Jual Cina"? Bagaimana untuk menjual?

ABANG WAI: Jika anda ingin “Jual Cina", perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi “pengkhianat".

MASTER YAN YAN: Selepas menjadi “pengkhianat", anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga.

PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada “Menjual Cina"?

TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini.

PUAN JIT: Apa-apalah!

TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan demokrasi!

PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang.

MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan!

ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia!

SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai " ONEderful " Tahun Baharu Kuda! -UMO

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Februari 08, 2014

Api cuba dipadam namun baranya masih lagi kuat?


Hasrat Anwar Ibrahim untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menarik untuk dianalisis. Anwar cuba memadam api krisis tetapi baranya masih kuat. Ia berbangkit kerana kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada krisis dalaman yang sekian lama tidak terlerai.

Simptom daripada api itu adalah bertanding di DUN Kajang tetapi akar-sebabnya (root-causes) masih tidak terungkai. Ada senario yang lebih besar sedang terjadi.

Semua orang tahu bahawa Anwar gagal menyelesaikan kemelut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim-Dr. Wan Azizah Wan Ismail -Nurul Izzah Anwar dengan Azmin Ali. Isu itu telah membara sekian lama. Puncanya bukan politik tetapi ia dikatakan bersifat peribadi dan melibatkan Anwar.

Tiba-tiba Abdul Khalid menjadi mangsa dan Azmin mula menonjol dan Wan Azizah tidak berani menyatakan apa-apa.

Bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin jauh lebih berani daripada Wan Azizah sendiri. Atau suara Faekah adalah suara Wan Azizah.

Anwar cuba melakukan lonjakan untuk membina imejnya. Kajang amat dekat dengan Putrajaya. Orang PKR berpendapat memang di Kajang ada harapan untuk menawan Putrajaya. Ini suatu sandiwara paling hebat abad ini.

Memang impian Anwar untuk menawan Putrajaya tidak pernah padam seperti terus menyalanya api krisis Abdul Khalid-Azmin. Sebelum ke Putrajaya, Anwar harus ada kemampuan menyelesaikan masalah Wan Azizah dengan Azmin.


Wan Azizah ialah Presiden dan isteri manakala Azmin ialah anak didik Anwar dalam politik. Kalau mereka berjiwa besar, api dalam sekam sudah lama terpadam.

Anwar cuba memadam api dengan melakukan strategi baharu. Dulu selepas PRU-13 kecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan. Demonstrasi jalanan berlaku tetapi strategi tidak menjadi. Pengikutnya berbaring di pintu masuk bangunan Parlimen tetapi Anwar tetap mengangkat sumpah. PKR tidak bertambah kukuh. Ramai pemimpinnya di Sabah meninggalkan PKR. Ia suatu kegagalan nyata kepimpinan Anwar.

Anwar bakal menghadapi isu Mahkamah Rayuan tidak lama lagi. Ini suatu tekanan untuk beliau. Ditakdirkan Anwar didapati bersalah, karier politiknya akan tergugat. Sekiranya Anwar menang, pihak yang kalah akan merayu ke Mahkamah Persekutuan pula.

Dikatakan Anwar kalau menang di Kajang bakal menjadi Menteri Besar. Apakah semudah itu prosesnya. Perkenan Sultan adalah syarat penting. Kalangan orang muda Pas merasa tidak senang dengan apa yang berlaku. Apakah ia ibarat asap dan bakal hilang ditiup angin kerana kepatuhan kepada tahaluf siasi.

Bila PKR membuat keputusan penting strategi menawan Putrajaya melalui Kajang, DAP dan Pas tidak dirundingi. Bila keputusan sudah dibuat, DAP dan Pas terpaksa bersetuju. Cara begini tidak selari dengan kaedah tahaluf siasi.

Pas masih tidak bising kerana baginya Anwar adalah aset dan DAP terpaksa jadi pak turut kerana kepentingan tertentu disebabkan Anwar adalah aset juga.


Anwar bernasib baik kerana mempunyai pengikut yang taksub. Tetapi pengundi Kajang belum tentu begitu. Ditakdirkan Anwar kalah strategi ke Putrajaya akan gerhana. Kalau menang pun belum tentu menjadi menteri besar. Mana tahu Pas tiba-tiba teringin menjadi menteri besar kerana jumlah kerusi Pas mengatasi kerusi PKR di Selangor.

Meski Anwar melonjak naik, api dalam sekam masih belum mampu dipadam. Ia akan tetap menyala akhirnya dan silap perhitungan boleh membakar diri.

Azmin semakin gagah dengan strategi baru Anwar ini dan Khalid hilang wibawa sebagai orang politik. Apa dosa besar Khalid hingga menyebabkan dia perlu berundur.

Sandiwara ini akan terus berjalan. Episod demi episod akan terus terjadi. Episod terbaru bertanding di Kajang ini menjadi suatu cara mengalihkan perhatian daripada episod-episod lalu yang ternyata gagal.

Pengundi dan rakyat sedang dibuai dengan mimpi baru ke Putrajaya. Dulu dengan slogan "Ubah! Ini kalilah" ternyata tidak menjadi. Sekarang strateginya menawan Kajang, jadi Menteri Besar Selangor dan menawan Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri. Penulis yakin ia juga akan gagal. Ini adalah politik Mat Jenin.

Perjuangan politik menuntut arah yang jelas dan tidak berliku-liku. Perancangan boleh dibuat tapi akhirnya orang yang percaya kepada takdir yakin Allah Maha Penentu. Tidak selamanya pengundi tidak berfikir.

Politik taksub dan penuh emosi tidak selari dengan proses demokrasi dan jauh sekali seiring dengan syariah. Politik cara Islam mendukung kebenaran dan ketelusan.

Strategi Machievelli the end justify the means - matlamat menghalalkan cara tidak akan selamanya berlaku. Ada ketika ia kecundang. Penulis yakin Anwar bakal kecundang lagi. Fikir dan renongkanlah! Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Hanya di Selangor : Dikatakan sengketa antara Azmin dan Khalid semakin meruncing...!!! Betoi ka?


Azmin dikatakan mendakwa MB Selangor guna PKNS sebagai senjata politik!

Persengketaan dua pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin meruncing apabila Mohamed Azmin Ali mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melanggar undang-undang dalam isu penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mendakwa Menteri Besar Selangor itu cuba menggunakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai ‘senjata’ terhadap musuh politiknya.

"Dalam semangat keadilan dan tadbir urus yang baik, Abdul Khalid tidak boleh terus menjadikan PKNS sebagai senjata peribadinya untuk digunakan terhadap pihak-pihak yang dianggapnya sebagai musuh-musuh politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Pada 4 Februari lalu, akhbar melaporkan hampir 30 kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) iaitu anak syarikat PKNS dipecat serta-merta tanpa sebarang alasan daripada pihak pengurusan.

Surat arahan pemecatan bertarikh 3 Februari 2014 itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Norazlina Zakaria.


Semalam, Abdul Khalid tampil mempertahankan tindakan PKNS itu kononnya dibuat berdasarkan Ikrar Integriti.

Azmin digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkuat kuasa 10 Januari lalu.

Beliau turut mendakwa, pemecatan kakitangan PHSB terbabit secara serta-merta di bawah arahan Abdul Khalid bukan sahaja melanggar undang-undang pekerjaan tetapi amat tidak berperikemanusiaan.

"Ini benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan PKR Selangor bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah.

"Pemecatan itu akan menyebabkan kakitangan terbabit mengalami masalah kewangan manakala pampasan dua bulan gaji hanya menambah penghinaan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sebagai reaksi kepada kenyataan Azmin di laman Twitternya hari ini menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa tersebut sebagai 'ahli politik yang teruk'.

Beliau yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) turut mempertikaikan kenyataan Azmin itu dari segi kesahihannya.

"Bagaimana boleh dikatakan benar, beliau seorang ahli politik yang teruk," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Februari 07, 2014

PKR ketepi prinsip demi penuhi ‘impian’ seorang individu yang tak sedar diri?


Langkah PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim bertanding di situ mempamerkan wajah sebenar parti itu yang sanggup mengetepikan semua prinsip kononnya asas perjuangan parti, semata-mata kerana kepentingan seorang individu.

Walau apapun diperjelaskan oleh pemimpin PKR mengenai kewajaran tindakan itu, sebahagian besar rakyat terutama yang mengikuti sejarah politik Anwar sejak 30 tahun lalu percaya ia adalah sandiwara terbaru pemimpin pembangkang berkenaan untuk mengalih perhatian daripada masalah peribadinya, sekali gus menjadikannya terus relevan dalam politik negara.

Terlalu banyak kenyataannya yang sentiasa bercanggah sepanjang menjadi ahli politik, sama ada ketika dalam kerajaan dulu atau mengetuai barisan pembangkang sekarang.

Malah, ketika berita bahawa beliau akan bertanding di Kajang sebaik Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil rakyat Isnin lalu, Anwar dan beberapa pemimpin PKR menafikan beliau akan bertanding sebelum mengesahkan keesokannya.

Anwar berdalih

Anwar juga masih mengelak untuk mengesahkan beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim jika menang Pilihan Raya Kecil Kajang nanti. Namun, tentulah tiada yang percaya beliau hanya mahu menjadi ADUN biasa selepas ‘memaksa’ Chin Cheh berundur tanpa sebab munasabah.

Barangkali teori bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mengenai sebab sebenar Anwar bertanding di DUN Kajang mempunyai kebenarannya. Menurut Zulkifli, pengosongan DUN Kajang bertujuan membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor tercapai, sekali gus menyelamatkan beliau daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua.


Anwar kini berdepan rayuan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dijadual didengar di Mahkamah Rayuan pada 11, 12 dan 13 Februari ini, dengan pihak pendakwaan diwakili oleh peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

“Risiko dipenjarakan dan impian menjadi Perdana Menteri ketujuh hancur lebur. Pada usia 67 tahun, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ini mesti dipintas dalam cara apa sekalipun,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zulkifli yang pernah menjadi peguam Anwar berkata, jika ketua pembangkang itu menjadi Menteri Besar Selangor, sebarang keputusan mahkamah yang tidak menyebelahinya akan dijadikan isu untuk menagih simpati penyokong.

Strategi ‘tawan’ Putrajaya

Seorang lagi bekas teman rapat Anwar, Dr Chandra Muzaffar pula berpendapat, ‘sandiwara’ Kajang itu adalah strategi PKR untuk mengaburi pengundi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi menawan Putrajaya.

“Dengan menjadi Menteri Besar, dia akan berlagak menonjolkan imej baik bagi mempengaruhi pengundi dan rakyat. Apa yang paling penting, dia mahu menonjolkan diri supaya cara pentadbirannya akan dibandingkan dengan Perdana Menteri. Ini semua strategi mengaburi pengundi sebagai persediaan PRU-14,” katanya.


Apa pun matlamat sebenar Anwar dan PKR, yang jelas parti itu bukan saja mempermainkan sistem demokrasi tetapi mengambil mudah sokongan pengundi terutama berketurunan Cina di Kajang yang memberi kemenangan kepada Chin Cheh pada Pilihan Raya Umum lalu.

PKR juga mengambil mudah perasaan dua lagi sekutunya PAS dan DAP yang mempunyai lebih banyak kerusi di DUN Selangor apabila pengosongan kerusi Kajang mengejutkan pemimpin kedua-dua parti itu.

Dalam kata lain, keyakinan PKR dan Anwar yang terlalu tinggi bahawa ahli PAS dan DAP pasti memberi sokongan dalam apa jua tindakan mereka, menyebabkan perasaan dan persetujuan dua sekutunya itu bukanlah satu keutamaan.

Benarkah penyokong PAS dan DAP, khususnya di Kajang sanggup diperlakukan sedemikian rupa semata-mata bagi memenuhi agenda satu parti dan seorang pemimpin? Persoalan ini hanya akan terjawab pada Pilihan Raya Kecil nanti.

Suara Politik
Belantan

Panas...!!! Benarkah Teresa 'Andartu' seleweng duit parti?


Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini tampil membuat dakwaan bahawa Teresa terlibat dalam penyelewengan duit DAP.

Lelaki berkenaan, Tony Tan, bersama bekas pengerusi cawangan Seputeh, Wong Choo Chieang antara lain mempersoalkan isu penjualan ‘patung kung fu’ menjelang PRU13 lalu di mana modalnya sebanyak RM40,000 dikeluarkan dari akaun parti, bagaimanapun Teresa mengatakannya hasil tajaan pihak tertentu.

Menurut Tony, patung berkenaan dijual dengan harga RM20 sedangkan kos hanya RM6 sahaja bermodalkan RM40,000 duit akaun parti.

“Jadi saya mahu persoalkan ke mana hasil jualan dan jika benar modal yang dikeluarkan adalah hasil tajaan, siapa yang menaja? Dan mengapa Choo Chieang mengakui ada mengeluarkan kos berkenaan dari akaun parti,” katanya.

Tony menunjukkan patung kung fu yang dijual ketika kempen PRU13.

Tony juga mahu Teresa bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan dan memberikan penjelasan.

“Sebelum ini dia sering menafikan kenyataan yang saya buat, setelah dia mendakwa saya dipecat kerana menyalahgunakan wang, sedangkan saya telah letak jawatan.

“Saya cabar dia saman saya, dan saya akan bawa perkara ini untuk laporkan kepada ROS dan SPRM minggu depan,” katanya.

Dalam pada itu, Choo Chieang berkata, dia tidak pernah mengetahui bahawa patung berkenaan telah ditaja namun mengakui pernah menandatangani cek bernilai RM40,000 kepada satu pembekal.

Dakwanya, perkara itu dinyatakan Teresa dalam satu mesyuarat ‘post-mortem’ yang dipengerusikannya (Choo Chieng) pada 21 Jun 2013.

Sementara itu, Teresa memberitahu wartawan bahawa semua kenyataan yang dibuat Tony adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, secara terbuka dia tidak gentar dengan laporan yang akan dibuat kepada ROS dan SPRM kerana yakin dengan ketelusan gerak kerja yang dilakukan.

“Semua penyata kewangan parti diaudit oleh juruaudit yang bertauliah, jadi pada saya kenyataan yang dibuat adalah tidak berasas.

“Tony sebelum ini juga sering kacau bilaukan hidup saya dengan pelbagai tuduhan setelah dipecat kira-kira 9 tahun lalu kerana penyelewengan wang yang dibuat.

“Tindakan saman malu juga telah diambil terhadapnya kira-kira dua tahun lalu dan mahkamah telah mengarahkan untuk dia membayar saya RM200,000 namun dia enggan terima keputusan.

“Jadi jika ditanya tentang tindakan saya selepas ini, pada saya dia akan bankrap kerana dia hutang saya,” katanya.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Februari 06, 2014

Anwar vs Khalid: Ambiga-mpang tuntut PR beri penjelasan?


Bekas Pengerusi bersama Bersih 2.0, Ambiga Sreenavasan berkata, PR perlu memberitahu rakyat jika benar ia berhasrat melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya Ketua Umum PKR itu menang dalam PRK Dun Kajang.

Menurut Ambiga, perkara tersebut perlu diperjelaskan kerana ramai yang datang mengadu kepadanya bahawa mereka tidak suka mengenai misteri berhubung isu jawatan menteri besar ini.

"Berhubung isu MB, mungkin Anwar akan jadi, mungkin tidak. Saya dapati isu itu tergantung dan perlu diberikan penjelasan.

"... bagi saya adalah tidak adil sekiranya PR terus membiarkan rakyat berteka teki mengenai perkara ini," katanya dalam Forum Serampang Kajang di Empire Hotel Subang Jaya, semalam.


Anwar dicalonkan sebagai calon PR di Kajang selepas peletakkan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Langkah Chin Cheh itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak, termasuk rakan komponen dalam PR terutama Pas, yang mengatakan bahawa tindakan tersebut sebagai tindakan 'pengkhianat kepada rakyat'.

Peletakan jawatan Chin Cheh juga telah menimbulkan spekulasi bahawa PR sengaja berbuat demikian bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Selangor.

Suara Politik
Belantan

Siapa Kit Siang yang mahu pertikaikan khutbah Jumaat?


Pemimpin bukan Islam seharusnya mendengar keseluruhan kandungan khutbah Jumaat dan mengelak memetik ayat tertentu yang kemudian dimanipulasi kononnya Islam menggalakkan permusuhan dengan penganut agama lain.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata apa yang berlaku sekarang pihak tertentu cuba menilai kandungan khutbah dari sudut bertentangan dengan mesej yang cuba disampaikan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Nilai keseluruhan kandungan khutbah, bukan mengambil satu topik yang kemudian dimanipulasi untuk kepentingan politik. Tindakan itu menggugat ketenteraman awam dalam negara majmuk seperti Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, sebuah laman portal berita melaporkan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking mempersoalkan khutbah Jumaat yang disediakan JAKIM yang didakwanya boleh mencetuskan perbalahan antara agama di negara ini.

Nada sama disuarakan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang kesal khutbah Jumaat dilihatnya sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama.


Gugat keharmonian

Mohamad Shukri berkata, tindakan pihak yang tidak menghormati amalan beragama itu seharusnya dihentikan segera kerana dibimbangi menggugat keharmonian kaum yang wujud sejak sekian lama.
Katanya, kandungan teks khutbah Jumaat tidak terkeluar daripada topik peringatan kepada umat Islam termasuk mengamalkan ajaran agama serta menjauhi larangannya dan tiada ayat yang menggalakkan persengketaan dengan penganut agama lain.

“Jelas sekali khutbah menyampaikan mesej yang baik bukan saja kepada umat Islam, malah penganut agama lain... malangnya ada pihak tertentu yang melihat dari sudut pandangan negatif iaitu lain yang kita tegakkan, lain pula yang mereka nampak,” katanya.

Bagi Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin, sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang pencegahan ekstrem agama bagi membendung amalan beragama tidak sihat termasuk mencampuri agama lain.


Berani pertikai agama

Katanya, ketika ini pihak tertentu khususnya ahli politik semakin bertindak berani mempertikaikan amalan agama termasuk teks khutbah Jumaat dan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam.

Beliau berkata, keadaan ini tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan kerana banyak lagi perkara yang kemungkinan dibangkitkan pihak terbabit demi kepentingan politik mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata asas paling penting untuk disampaikan dalam teks khutbah adalah umat Islam perlu bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.

“Ia disediakan sebagai peringatan dan didikan khusus untuk umat Islam. Kita (JAKIM) juga merujuk nas al-Quran sebagai sumber, pegangan dan sandaran khutbah,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita semalam.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Februari 05, 2014

Siapa dalang Kristiankan Melayu?


Waktu Portugis memulakan dasar penjajahan, ia turut membawa bersamanya dari Lisbon agama Kristian. Tetapi sejarah memperlihatkan dasar mengkristiankan atau disebut christianization Tanah Melayu ketika itu gagal walaupun Islam belum begitu berkembang dan penduduknya tidaklah berpengetahuan.

Belanda yang menggantikan Portugis meneruskan dasar serampang tiga mata - penjajahan, perdagangan dan pengkristianan orang Melayu. Namun, orang Melayu zaman itu berasakan ada yang tidak kena dengan konsep ketidakesaan tuhan.

Di tangan British, mereka melihat penjajahan hanya berjaya jika dasar mengkristiankan masyarakat Melayu tidak diteruskan. Mereka bersetuju meletakkan agama Islam di bawah bidang kuasa Raja-raja Melayu. Dengan itu sejak 1867 hingga 1957, hampir 100 tahun, Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya dan Malaysia, lahir sebagai negeri Melayu. Islam muncul sebagai paksi sehingga kaum imigran yang datang kemudian patuh dengan sistem dan hukum-hakam sedia ada.

Selama lebih 400 tahun, paderi dan pihak gereja Kristian tidak berani terlibat usaha mengkristian orang Melayu. Justeru kalimah ALLAH muncul eksklusif milik umat Islam selagi mana melibatkan negara ini sebagaimana kehendak dan semangat undang-undang.


Jika ada Melayu berfikiran, berpakaian, mengamalkan gaya hidup Barat, tapi masih mengamalkan agama tinggalan datuk nenek iaitu agama Islam. Rupa-rupanya di tengah-tengah caca marba pendekatan Islam oleh orang Melayu sudah timbul usaha memecah-belah dan mengkristiankan Melayu melalui pelbagai kaedah dan strategi. Dulu, usaha dibuat menerusi pintu belakang tapi kini dilakukan secara terang-terang.

Sehingga PRU12, usaha jahat ini berjaya dibendung dengan mudah oleh Perlembagaan Persekutuan, akta dan enakmen negeri mengenai pentadbiran negara Islam. Tetapi nampaknya apabila pembangkang menguasai Pulau Pinang dan Selangor, percubaan menyebarkan dakwah Kristian kepada orang Islam diberikan nafas baharu menerusi kuasa politik.

Ada yang berani mencabar agama Islam, hatta terhadap sultan sebagai Ketua Agama Negeri yang memiliki kuasa mutlak terhadap hal ehwal agama Islam. Paderi membawa kes penggunaan kalimah ALLAH ke mahkamah dan mencabar dengan mengarahkan penggunaan kalimah ALLAH di semua gereja di Selangor.

Soal sama ada di luar negara perkataan ALLAH bukanlah hak eksklusif Muslim itu bukan masalah kita. Tetapi di Malaysia ada undang-undang dan peraturan yang warganya harus patuh. Ini bukan soal hak demokrasi sehingga dijadikan instrumen dalam mengalutkan perpaduan rakyat dan negara ini.


Bible berbahasa Melayu dicetak sewenang-wenang dengan tertera kalimah ALLAH tanpa rasa hormat pada penganutnya. Tindakan Jais dalam usaha mempertahankan akidah umat Islam dibantah sehingga jadi satu isu antarabangsa. Didapati DAP, khusus Lim Guan Eng begitu beria-ria memperjuangkan kalimah ALLAH sejak 2008. Kalau sayangkan kalimah ini elok saja jadi Muslim. Di tengah-tengah kecelaruan ini, Pas dan PKR dilihat menjarakkan diri daripada isu ini.

Kalaulah tak ada Dewan Ulama ataupun tokoh seperti allahyarham Ustaz Harun Taib, Pas tak lebih macam parti Golkar di Indonesia.Dengan membiarkan DAP menjuarai isu kalimah ALLAH bererti mereka mahu melihat Umno menjadi musuh utama bukan Islam semata-mata untuk masa depan politik mereka.

Sebagaimana disebut oleh seorang tokoh ulama Pas, parti itu bersama DAP dan Pakatan hanya dalam soal politik. Walaupun ia tidak dipersetujui pemimpin tertentu Pas yang takut hilang sokongan bukan Melayu, namun, seperti beberapa insiden sebelum ini, apabila ‘cacing’ sudah naik ke mata, penyokong dan ahli bawahan Pas tidak akan teragak-agak mengambil tindakan bersama penyokong Umno dan Melayu yang berjihad mempertahankan kesucian Islam.

Tidak mustahil isu kalimah ALLAH bakal menjadi faktor penyebab kepada perpisahan Pas, mahupun PKR dalam Pakatan. Saya tidak fikir pemimpin beragama Islam dalam mana-mana parti tergamak untuk membiarkan ada pihak mempersenda, menjual dan menurunkan taraf nama ALLAH dengan sewenang-wenangnya.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Februari 04, 2014

Skandal Kotor Penipuan Industri Makanan China?


Daging tikus dikatakan daging kambing, produk tenusu dicampur bahan kimia berbahaya, buah dan sayur mengandungi bahan pengawet dan toksin serta ‘minyak longkang’ kitar semula digunakan untuk memasak antara isu keselamatan makanan di China.

Minggu lalu, negara terbabit sekali lagi terpalit skandal terbaharu apabila peruncit terbesar dunia Walmart mengeluarkan arahan akan mengetatkan pemeriksaan terhadap pembekal produk makanan China selepas terpaksa menarik semula daging keldai dipercayai mengandungi daging musang.

Menurut syarikat berpangkalan di Arkansas, Amerika Syarikat itu, pihaknya juga akan mengubah peraturan di China bagi memastikan penghantaran daging diperiksa dan didokumenkan lebih terperinci sebelum dipasarkan.

Penarikan semula dibuat selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah Shandong memaklumkan, produk daging keldai dengan lima rempah mengandungi daging musang.

“Antara keperluan diperlukan termasuk menyediakan label kandungan produk, laporan ujian makmal ke atas makanan dan permit pengilang,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Selain itu, vendor juga perlu mengesahkan produk dikeluarkan adalah organik atau mempunyai kebaikan kepada kesihatan pengguna.

Penyelidik makanan dan farmaseutikal peraturan keselamatan China, Profesor Mao menyifatkan penghasilan makanan di negara itu kini telah menjadi skala lebih besar dan lebih berteknologi.

Namun, masalah timbul apabila penggunaan teknologi canggih digunakan untuk menipu penyediaan makanan dan pengguna.

Sebahagian produk makanan tercemar dikesan

Kambing :

Disember tahun lalu, tujuh pekerja Cina ditahan didakwa menyuntik air kolam tercemar ke dalam daging kambing bagi menambah berat ketika ditimbang untuk dijual.


Kesemua suspek dipercayai menyembelih lebih 100 ekor kambing di sebuah gudang haram dan mengepam sehingga 6 kilogram bakteria ke dalam haiwan itu dan kemudiannya dijual di gerai makan, restoran di bandar Guangzhou dan Foshan.

Serbuan dilakukan pihak berkuasa ke rumah penyembelihan haram di Guangdong menemui kira-kira 30 bangkai kambing telah disuntik, 335 kambing biri-biri masih hidup dan setem pemeriksaan palsu.

Menurut laporan Pusat Penyelidikan Pew tahun lalu, dianggarkan hampir 40 peratus penduduk China berdepan masalah keselamatan makanan dan secara tidak langsung memberi kesan kepada syarikat tempatan dan antarabangsa.

Tikus :

Sekitar Mei tahun lalu, Kementerian Keselamatan Awam China merampas daging tikus untuk dijual sebagai daging kambing di Shanghai bersebelahan wilayah Jiangsu bernilai AS$1.6 juta (RM5.3 juta).

Daging tikus, musang dan cerpelai yang dijual sebagai daging kambing dipercayai telah dimasukkan gelatin, pigmen merah dan nitrat.

Minyak longkang :

Minyak longkang adalah istilah digunakan di China untuk menggambarkan minyak masak haram dikitar semula daripada sisa minyak dikumpul dari longkang pembetungan, perangkap gris dan sisa
rumah sembelihan.


Pemprosesan semula dilakukan dengan cara menapis, mendidihkan, menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan dan kemudian dibungkus serta dijual semula sebagai alternatif lebih murah daripada
minyak biasa.

Terdapat versi lain dalam penghasilan minyak longkang iaitu menggunakan bahagian haiwan yang dibuang seperti lemak, organ dalaman, kulit atau daging berkualiti rendah lalu direbus hingga mengeluarkan minyak.

Minyak ini dijual ada harga antara AS$859 (RM2,900) dan AS$937 (RM3,100) untuk 907 kilogram (1 tan), manakala produk dibersihkan dan ditapis semula dijual pada AS$1,560 (RM5,200).

Beberapa ujian sampel minyak longkang turut mendedahkan, terdapat polycylic aromatic hidrokarbon (PAH), sejenis pencemar organik berbahaya dan aflatoksin serta sebatian karsinogenik sangat tinggi di dalam minyak itu.

Beras Kadmium :

Skandal makanan terbaru di China ialah penemuan hampir separuh daripada beras diuji di bandar besar Guangzhou mengandungi kandungan logam tinggi yang boleh merosakkan organ dalaman dan menyebabkan kanser.


Data dikeluarkan Pentadbiran Makanan dan Dadah Guangzhou mendapati, daripada 44 peratus beras yang diuji, kira-kira 12 juta orang menunjukkan kandungan kadmium yang tinggi.

Media Nandu News melaporkan, beras dipercayai datang daripada pengeluar beras di wilayah Hunan dan produk beras dari dua kilang di bandar Dogguan tidak jauh dari Guangzhou.

Beras kadmium biasanya berlaku kerana kawasan tanaman tercemar kerana petani menggunakan terlalu banyak baja untuk tanaman mereka. Sesetengah baja itu dikatakan kekal di dalam tanah sehingga 20 tahun.

Data dikumpul Universiti Pertanian Nanjing mendapati, masalah ini adalah paling teruk di wilayah selatan di mana di sesetengah kawasan, 60 peratus daripada sampel telah tercemar dan sehingga kini
masih dalam ujian pengawasan.

Susu :

Februari 2011 menyaksikan satu lagi skandal makanan di China melibatkan pencemaran susu. Kali ini menggunakan protein kulit dihidrolisasikan seperti melamin digunakan untuk meningkatkan protein kandungan susu bagi meningkatkan nilainya.

Ia dikesan seawal Mac 2009 menerusi laporan media China Daily yang mengumumkan menutup hampir separuh daripada kilang tenusu dalam usaha membersihkan industri terbabit.

Penghujung tahun lalu juga, Menteri Kesihatan China berkata, negara itu akan mengetatkan peraturan ke atas susu tepung dalam usahanya untuk meningkatkan keyakinan pengeluar tempatan dan meredakan kebimbangan yang telah sekian lama berhubung isu keselamatan makanan terhadap pasaran susu formula kanak-kanak yang bernilai AS$12.4 bilion (RM45 bilion).

Telur :


Di China, pengeluar tidak perlu ayam untuk menghasilkan telur. Mereka hanya memerlukan bahan kimia seperti asid sodium agla, air, gelatin, baifan, sodium benzoate, lactone, selulosa carboxymethyl, calsium carbid, lysine, ejen pewarna makanan, calsium cloride, parrafin wax dan serbuk gypsum.

Difahamkan, isu telur palsu mula memasuki pasaran China sebelum Sukan Olimpik Beijing pada 2008. Bagaimanapun, pernah juga terdapat laporan sama berhubung isu ini pada tahun 2003.

Telur palsu dilaporkan bermula di utara dan tengah China, kemudian berkembang ke seluruh negara hingga merebak ke negara pengimport utama seperti Amerika Syarikat dan rantau Asia.

Industri makanan yang dikeluarkan oleh orang Cina di negara ini pula bagaimana ya..???

Suara Politik
Belantan

Anwar hanya dilantik Exco...!!! Betoi ka Khalid Samad?


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim didakwa tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebaliknya akan menjawat jawatan sebagai Exco sekiranya memenangi PRK Dun Kajang.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad berkata, selaku Adun ataupun Exco, Anwar boleh mengadakan pertemuan dengan pegawai Kerajaan Negeri dan memberi penjelasan berkaitan sesuatu isu berbangkit sekiranya mempunyai jawatan dalam Kerajaan Selangor.

“Saya difahamkan pilihan raya adalah untuk memperkukuhkan saf kepimpinan di Selangor dengan penglibatan Anwar paling kurang sebagai Adun. Paling maksimum pun sebagai Exco.

“Persoalan untuk menjawat jawatan menteri besar, beliau (Anwar) tidak berhak menentukan seorang diri. Lebih daripada itu Anwar perlu rujuk dan mendapat persetujuan ketiga-tiga parti,” katanya semasa Diskusi Demokrasi di Malaysia anjuran Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, hari ini.

Selain Khalid, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut menjadi panel yang dipengerusikan Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamaad Agus Yusoff.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, PKR dan Anwar menyedari bahawa terdapat usaha agresif dari pihak BN merampas Selangor seperti terjadinya isu rampasan Bible yang melibatkan jabatan agama negeri itu.


“Beliau (Anwar) ada pengalaman, sebagai Adun atau Exco. Beliau boleh berjumpa dengan pegawai yang terlibat dan memberikan penjelasan. Sekarang ini kalau beliau nak turun tak ada ‘locus standi’ (hubungan kuat), beliau bukan sebahagian dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor, ia boleh membantu, bagi saya sebagai pemimpin Pas Selangor tidak ada ruginya,

“Bagaimanapun persoalan jawatan menteri besar ditimbulkan hanya untuk menakutkan orang ramai khususnya bukan Melayu dengan menggunakan isu, kalau nak kekal (Tan Sri) Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, tentukan Anwar kalah, mereka (BN) menjadikan Abdul Khalid sebagai ikon pula,” katanya.

Dalam pada Saifuddin menyifatkan tindakan PKR itu tidak salah dari sudut demokrasi, malah ia turut dilakukan oleh Umno pada 1997 bagi mengantikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Bagaimanapun, katanya apa yang membezakan kedua-dua polimik itu adalah Umno sudah jelas menyatakan tujuan PRK itu adalah untuk membawa masuk peneraju baru, tidak seperti apa yang dilakukan oleh PKR kini.

“Memang kita tahu (Tan Sri) Muhammad Taib letak jawatan. Manakala Datuk Abu Hassan Omar beliau orang Selangor dan kita tahu kalau menang dalam PRK akan ganti Muhammad Taib sebagai menteri besar, sama ada membazir atau tidak itu isu berlainan, kita kena melaluinya kerana ia adalah sistem,” katanya lagi.

Tak apa lah Khalid, kita tengok siapa yang kena 'kencing' dengan Anwar nanti...tungguu..!!!

Suara Politik
Belantan

Isnin, Februari 03, 2014

Khalid Ibrahim Arah Faekah Henti Perang Twitter?



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan pegawai kanan dan penyokong setia beliau, Faekah Husin untuk menghentikan perang Twitternya kerana ia hanya mengeruhkan keadaan bersabit pilihan raya kecil Kajang.

Faekah bidas Anwar, sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Andartu DAP, Teresa Kok digesa minta maaf secara terbuka?


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim digesa meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak termasuk masyarakat Cina sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, video seperti itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana individu, apatah lagi seorang pemimpin politik ketika masyarakat berbilang kaum bergembira menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan sebulat suara mengutuk keras video lakonan Teresa itu kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas sengaja dilakukan bagi menimbulkan kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Orang Melayu, Cina dan India mesti melihat video itu supaya mereka boleh menilai sendiri pemimpin yang dipilih oleh pengundi Seputeh pada pilihan raya umum lalu.



“Kami mahu Teresa diberikan pengajaran di atas kebiadapannya bagi memastikan benih-benih kebencian yang terus disebarkan itu tidak menular dalam kehidupan masyarakat negara berbilang kaum," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang memaparkan Teresa selaku moderator bersama tiga tetamu undangan mendapat kecaman pelbagai pihak, khususnya pengguna laman sosial.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya tentang Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : “But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire." (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

Dalam pada itu, Mohd. Razlan juga memberitahu, pihaknya akan menayangkan video tersebut kepada orang ramai di setiap bahagian bagi mendapat maklum balas rakyat selepas menontonnya.

“Kita akan membuat kajian sikap, adakah mereka merasakan video itu meningkatkan semangat perkauman atau sebaliknya.

“Jika keputusan kajian menunjukkan penayangan video tersebut mampu menimbulkan kemarahan serta menyemai semangat perkauman, kita mahu kerajaan ambil tindakan tegas terhadap Teresa," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Ahad, Februari 02, 2014

Khalid Ibrahim Akui Anwar Perkuda Selangor?


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan negerinya diperalatkan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita beliau menduduki kerusi di pejabat perdana menteri di Perdana Putra, Putrajaya dan bukan mensasarkan jawatan yang disandangnya.

“Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan,” katanya pada Khamis.

Sehubungan itu, kata Khalid, beliau tidak mahu terlalu memikirkan soal perubahan menteri besar, termasuk spekulasi Anwar mahu mengambil alih jawatan yang sedang disandang beliau itu buat masa ini, tetapi ingin menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dahulu.

Dalam pemikiran beliau sekarang kombinasi pengalaman korporat yang dimilikinya dan pengalaman mentadbir kerajaan yang ada pada Anwar akan memberikan “head-start” (permulaan yang baik) untuk mencabar Putrajaya.

Khalid juga menegaskan buat masa ini beliau tidak merancang untuk meletakkan jawatan.

“Apa sahaja yang hadir selepas pilihan raya ini nanti, kita akan bincangkan di peringkat Pakatan.” katanya dalam wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang disiarkan media rasmi kerajaan negeri Selangorkini.

Wawancara berkenaan dibuat di tengah-tengah kemelut konfrantasi beliau dengan ketua PKR Selangor Azmin Ali serta ura-ura rancangan untuk menggantikan beliau sebagai menteri besar semakin kuat ekoran perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang, Lee Chin Cheh.


Ditanya sama ada beliau mempunyai sokongan untuk terus mengetuai kerajaan Selangor daripada PAS dan DAP, Khalid dengan yakin mengiyakannya

“Ya, saya mempunyai sokongan buat masa ini. Parti (PKR) pula terpaksa pasrahlah,” jawap beliau sambil ketawa.

Dalam wawancara itu juga, Khalid turut menyentuh mengenai kejayaan pentadbiran pakatan pembangkang membina rizab negeri yang kukuh.

“Sekarang kita bukan sahaja boleh bercakap mengenai idea tetapi juga mempunyai wang untuk menterjemah idea itu kepada bentuk fizikal.

“Takkan kita mahu berharap dan bercakap sahaja? Bagi saya, politik harus lebih daripada sekadar retorik, kerana retorik tidak boleh mengenyangkan perut.

“Pertama, dapatkan dahulu duit yang perlu. Kemudian barulah fikir nak makan apa,” kata Khalid yang mendakwa pengumpulan rizab itu perlu dilakukan kerana kerajaan Persekutuan tidak akan meminjamkan dana yang diperlukan Selangor.

Suara Politik
Belantan

Pelan damai Anwar suatu muslihat?


Usaha berdamai dan muafakat adalah usaha baik. Manusia rasional dan matang akan bersetuju dengannya. Syariat Islam juga tidak menghalang usaha ini. Tapi kalau ianya datang daripada Anwar Ibrahim, kewaspadaan harus lebih tinggi.

Kalau isunya berhubung keharmonian agama dan kaum, siapakah yang sekian lama melakukan provokasi mengenai kalimah Allah di Malaysia? Anwar memulakannya atas nama kebebasan beragama dan ianya menyentuh sensitiviti umat Islam.

Dulu Anwar terkenal sebagai pejuang agama, bahasa Melayu dan juga dasar pendidikan negara. Kini bila pluralisme agama berbangkit, Anwar semacam mengiyakannya. Ucapan Anwar di London School of Economics menjadi bukti. Bila Dong Zong membangkitkan isu bahasa, Anwar tidak setegas semasa menjadi Menteri Pendidikan dulu. Bila proses transformasi pendidikan berlaku Anwar tidak memberi sebarang respon.

Lazimnya dalam politik praktis pelawaan untuk berdialog terkandung helah. Ada suasana terdesak yang menyebabkan ianya terjadi. Imej pembangkang sudah tercalar dengan pelbagai isu. Dialog diharap dapat melonjakkan kembali imej ini atas asas mereka ini berjiwa besar untuk melakukan dialog.


Telah sekian lama para blogger pembangkang menimbulkan fitnah untuk menghina individu dan kelompok sehingga menyebabkan sebahagian yang emosional dan mati-mati percaya. Anwar tidak pula mengecam perbuatan mereka ini yang menyebabkan krisis terjadi dan salah faham berlaku.

Anwar pernah terlibat dalam pemerintahan negara. Tetapi bila kritikan terhadap Perlembagaan terjadi, dia tidak menyatakan pendirian. Bila hak istimewa orang Melayu dipertikai, Anwar begitu juga. Bila pandangan mufti dan ulama terhadap isu agama diberi, Anwar tidak memberi respons.

Apa maksud ingin mengadakan dialog nasional kalau isu-isu yang berbangkit berpunca daripada pembangkang? Menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa masuk 40,000 orang Bangladesh adalah suatu helah. Anwar tidak rasa bersalah dengan tuduhan itu.

Dialog harus bermula dengan niat yang jelas. Faham politik boleh berbeza tetapi asas-asas fundamental dalam negara berasaskan Perlembagaan harus didukung dan dihormati. Bila Perkara 3(1) dalam Perlembagaan yang memperuntukkan kedudukan dan kebebasan beragama ianya harus dipertahankan.

Orang lain jadi berani mempertikai asas-asas fundamental ini kerana pembangkang tidak mengambil sikap yang tegas dan jelas. Bila perpecahan di kalangan umat Islam terjadi, kenyataan sensitif di kalangan kelompok evangelis Kristian semakin menjadi-jadi. Anwar tidak berbuat apa-apa untuk meleraikan perkara pokok seperti beliau dalam ABIM dan kerajaan dulu.

Anwar harus terlebih dulu memperbetulkan sikap dan pendirian dalam banyak isu. Apa yang berlaku pada Anwar tidak seperti Anwar suatu ketika dulu. Ada ketika Anwar menjadi pragmatik kerana muslihat politik dan ada ketika menampilkan kecenderungan yang pelik dan menyebabkan imejnya tercalar.

Anwar berada dalam kepimpinan organisasi sejak awal 70-an. Sejak mengepalai demonstrasi di Universiti Malaya, memimpin ABIM, terlibat dengan kerajaan agak lama, mengepalai demonstrasi jalanan dan mengetuai pembangkang, pendirian Anwar tidak konsisten.

Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri masih membara. Pilihan raya lalu tidak mengizinkan ianya berlaku. Penulis percaya Anwar tidak akan berdiam diri bermain dengan isu politik dan isu terakhirnya adalah mengajak orang yang dimusuhinya untuk berdialog dan bertanding sebagai DUN Kajang.

Bagi penulis, hasrat Anwar itu suatu muslihat politik. Anwar ingin menunjukkan kepada kerajaan dan dunia bahawa dia mampu mengembalikan keharmonian dan keamanan semula bukannya kerajaan yang ada pada hari ini.

Kerajaan tidak harus terjebak dengan perangkap yang dipasang oleh Anwar. Sekiranya Anwar ikhlas menyelesaikan masalah hubungan kaum dan agama, pakatan pembangkang boleh melakukannya.

Isu kalimah Allah tidak datang dari kerajaan atau pun UMNO. Keberanian kelompok evangelis Kristian mempertikai peruntukan Perlembagaan dan enakmen negeri tentu ada pihak lain di belakangnya. Keberanian setengah pihak mempertikai isu hak asasi manusia sehingga COMANGO kian lantang tentu ada perancangnya. Inilah isu sebenar yang harus diselesaikan oleh Anwar terlebih dulu sebelum dialog boleh terjadi.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Februari 01, 2014

Pas jangan jadi Lebai Malang?


Anwar Ibrahim dan PKR ternyata berjaya mencetuskan tembok perbezaan dalam kalangan pemimpin Pas.

Tidak mengambil kira contoh-contoh terdahulu yang banyak, kontroversi peletakan jawatan Adun PKR Kajang, Lee Chin Cheh yang baharu beberapa hari ini sahaja sudah cukup untuk membahagikan Pas kepada dua blok.

Blok yang berasa parti itu dikhianati oleh Anwar dan PKR diketuai Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus; Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan.

Bagi kumpulan ini, tindakan PKR yang dimulakan dengan peletakan jawatan tanpa sebab yang wajar oleh Chin Cheh dan disusuli pula dengan sidang media mengumumkan Anwar akan bertanding pada PRK kerusi Dun berkenaan tidak seharusnya berlaku.

Ia bukan sahaja berkait dengan tindakan mengetepikan Pas yang tidak diajak berbincang sebelum keputusan mengenai perkara itu dibuat.

Malahan ini dianggap penghinaan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju Khalid dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU13.

Khairuddin menuntut kerusi MB dikembalikan kepada Pas yang lebih berhak.

Selain itu, perbuatan mengosongkan kerusi tanpa sebab yang munasabah sekali gus memerlukan suatu pilihan raya kecil diadakan dengan kos jutaan ringgit jelas adalah pembaziran wang rakyat, apa yang sering dijadikan modal oleh PR untuk menyerang Kerajaan BN.

Semua itu dilakukan dengan hanya satu kepentingan iaitu untuk mendudukkan Anwar di kerusi Menteri Besar Selangor selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dirasmikan sebagai korban politik.

Ya, Anwar malah Khalid sendiri menafikan.

Tetapi apa lagi yang boleh diharapkan pada penafian Anwar kerana sehari sebelum Khalid mengumumkan Penasihat PKR itu diputuskan sebagai calon PRK Dun Kajang, Anwar sendiri menafikan beliau akan bertanding pada pilihan raya itu.

Itu belum lagi dikira sekian banyak dustanya sebelum ini daripada cerita arsenik, 16 September, 40 ribu pengundi warga Bangladesh dan bermacam-macam lagi.

Apa yang berulang-ulang pun kemudian dinafikan, inikan pula yang tidak sampai pun 24 jam!

Ironinya, Pas sudah terbahagi dua. Pada hari sidang media pengumuman Anwar sebagai calon itu pun, dua Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa mengatakan mereka tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu sedangkan sidang media tersebut dihadiri oleh seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.


Tergesa-gesa

Ini jelas menunjukkan bahawa tiadanya kesepakatan dalam suatu gabungan yang dinamakan Pakatan!

Dan lagi, senario ini menunjukkan keputusan dan tindakan yang diambil berhubung pengosongan kerusi Dun Kajang, juga Anwar sebagai calon PRK dibuat dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa.

Kita cenderung untuk percaya keputusan itu dibuat dalam dua atau tiga perbincangan yang berbeza yang kedua-duanya juga melibatkan empat mata secara berasingan, Anwar dengan Azmin Ali dan satu lagi, Anwar dengan Khalid.

Isunya adalah untuk menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar Selangor yang yang selama beliau berada di situ sejak lima tahun lalu, bermacam-macam konflik melibatkan beliau dengan kem Azmin telah dilaporkan secara terbuka.

Ini antara lain dikaitkan dengan stail pengurusan korporat Khalid yang dikatakan cukup teliti dengan aliran keluar masuk wang negeri. Selain itu, pentadbirannya juga dikatakan kurang mesra dengan kontraktor daripada kalangan penyokong parti yang dikatakan mengharap habuan daripada kuasa pemerintahaan Kerajaan Pakatan untuk mendapat projek.

Manakala di pihak yang menentang pula, Khalid didakwa membawa masalah kepada PKR dan juga Pakatan kerana sering membuat keputusan sendiri dengan tidak merujuk kepada konsensus parti dalam pentadbirannya termasuk dalam isu projek Langat 2.

Meneropong ke dalam rumah tangga PKR, Khalid dikatakan proksi Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Selangor.

Itulah sebab Faekah Hussin, bekas Setiausaha Politik Wan Azizah dihantar untuk menjadi Setiausaha Politik Khalid sebelum dilantik ke jawatannya sekarang. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Incorp).

Ini sekali gus memperlihatkan bahawa konflik Khalid dengan Azmin, juga boleh dianggap konflik Azmin dengan Wan Azizah.


Maka, itulah juga dikatakan puncanya Anwar terpaksa campur tangan secara langsung hingga menurunkan darjat keinginannya daripada menjadi Perdana Menteri hanya kepada Menteri Besar Selangor meskipun ada yang memperolok-olokkan penyertaannya dalam PKR Dun Kajang disebabkan gaji Menteri Besar Selangor lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri.

Persoalannya, apakah Anwar bersungguh-sungguh mahu jadi MB Selangor ataupun ini hanya helah untuk menurunkan Khalid?

Anak jati

Meskipun tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bahawa jawatan menteri besar hanya untuk anak jati negeri itu namun seperti juga negeri beraja yang lain, pelantikan menteri besar adalah bawah bidang kuasa Sultan Selangor, sekurang-kurangnya perlu mendapat perkenan baginda dan baginda juga mempunyai budi bicara untuk melantik mana-mana Adun yang diyakini mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Ini selaras dengan Perkara 53 dan Perkara 55 (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Dalam kata lain, keputusan muktamad untuk melantik menteri besar adalah pada Sultan Selangor dan kecenderungan baginda difahamkan adalah pada anak Selangor.

Anwar bukan anak Selangor walaupun sudah menukar alamatnya ke Country Heights, Kajang.

Dengan ini, kita boleh menjangka bahawa sekalipun Anwar menang kerusi Dun Kajang pada PRK ini, beliau belum pasti akan mendapat laluan mudah untuk ke Bukit Megawati. Sebagai ahli politik berpengalaman malah pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, apakah Anwar tidak boleh membaca sifir pentadbiran yang semudah ini?

Mungkin tidak!

Justeru bagi pemerhati, inilah apa yang disifatkan sebagai strategi atau taktik politik yang disebut Azmin tempoh hari.

Sebagaimana yang difahamkan bahawa Khalid bersetuju untuk undur dari kerusi menteri besar hanya jika bukan Azmin yang dinamakan sebagai penggantinya, Anwar adalah orang yang paling tepat untuk diletak bagi tujuan pengaburan sementara itu.

Dan apabila berlaku konflik pelantikan dengan pihak istana sebagaimana yang djangka, Azmin akan dinamakan sebagai pilihan kedua.

Apa mungkin impian Azmin akan mampu dicapai dengan strategi ini?

Dalam keadaan ini, pemerhati melihat Pas tidak akan kehilangan peluang jika pemimpinnya bersikap lebih tegas.

Ketegasan yang ditunjukkan oleh blok Dr Khairuddin, Nasrudin dan Mohd Sany adalah yang terbaik untuk parti itu mempertahankan hak mereka yang mempunyai 15 anggota di Dun Selangor berbanding PKR yang pada masa ini hanya 13 kerusi.

Sehubungan itu, langkah Pas Selangor menamakan calonnya bagi jawatan menteri besar jika berlaku kekosongan (konflik) dilihat sebagai tindakan yang tepat sekali gus menunjukkan keraguan mereka bahawa isu itu akan berakhir tenang selepas PRK ini.

Pas Selangor menamakan pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad yang juga anggota Exco sebagai calon utama selain dua lagi calon, Mohd Yunus Hairi dan Adun Paya Jaras yang juga Setiausaha Perhubungan, Khairuddin Othman.

Namun perkembangan terkini yang ditunjukkan menerusi kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bahawa perbuatan mempertikaikan tindakan Anwar dan PKR bukan daripada Pas Pusat dan hanya keputusan pucuk pimpinan tertinggi bersama Majlis Pimpinan PR yang sah lagi rasmi, dilihat sebagai tindakan menolak pandangan akar umbi terutama pimpinan Pas Selangor sendiri.

Apakah Pas akan menolak peluang yang terbuka luas ini sekali lagi sedangkan parti itu adalah yang paling stabil dalam Pakatan, termasuk di Selangor.

Iskandar juga antara anggota Exco yang paling senior dan dihormati dalam pentadbiran negeri.

Suara Politik
Belantan