Rabu, Mei 11, 2011

Kembalikan Kekuatan Orang Melayu 65 Tahun Yang Lalu!

Orang Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilemma yang amat menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini. Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia?

Kalau tidak pun, jenis Melayu yang bagaimana yang akan jadi penghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa? Akan berakhirkah perbalahan sesama Melayu ini? Mungkinkah pada akhirnya orang Melayu akan mengigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi?

Pada 11 Mei, 65 tahun lalu, UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan atas kesedaran memastikan nasionalisme atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di negara ini. Pada ketika itu ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal menyaksikan orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah mengumpulkan kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib Melayu.

Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata kepada semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden. Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan pada Julai 1946 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi apa yang penting ialah perjuangan UMNO berjaya mengembalikan hak-hak orang Melayu di tanah air mereka dan mengembalikan semula kuasa sultan dan raja-raja.

Perlu diingatkan bahawa perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.

Yang menyedihkan apabila selepas 65 tahun ia ditubuhkan dan setelah 54 tahun negara merdeka, segala susah payah dan pahit getir perjuangan menegakkan hak bangsa oleh UMNO seolah-olah dipandang sepi terutamanya oleh golongan muda Melayu. Perjuangan UMNO yang menjadi tonggak kepada penubuhan Perikatan hasil gabungan MCA dan MIC dan Barisan Nasional (BN) pada 1973 yang memberi kemakmuran kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum kian dilupakan.

Ianya dapat dilihat dengan jelas didalam keputusan PRU ke – 12 yang lepas di mana memperlihatkan senario berbeza terhadap sokongan kepada UMNO dan BN. Adakah selepas lebih enam dekad berbakti, UMNO kini tidak lagi relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang Melayu?

Namun sejak akhir-akhir ini apabila terdapat bibit-bibit perpecahan di antara orang Melayu, sudah ada yang berani mengambil kesempatan. Ini dapat dilihat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mengambil tindakan mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu itu.

Ia seolah-olah mengulangi senario pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union. Orang Melayu dan UMNO sepatutnya bangkit membantah dan mendesak supaya Karpal Singh menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kapada Sultan dan Raja-raja Melayu.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa para pemimpin Pas dan PKR diam membisu. Sikap berdiam diri para pemimpin Pas berhubung isu Karpal mengkritik sultan juga menunjukkan pendirian mereka yang tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu. Setelah sekian lama didesak barulah Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang Karpal Singh adalah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Presiden Pas sendiri sehingga sekarang masih membisu. Mungkin sedang mencari fatwa yang sesuai untuk digunakan? Malah lebih memeranjatkan lagi apabila penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan egonya mempertahankan tindakan Karpal Singh. Sekarang mungkin rakyat sudah nampak “ warna sebenar “ Anwar Ibrahim.

Mungkin kita masih tersentak dengan sikap bekas Menteri Besar Perak yang telah kehilangan kuasa dengan biadapnya memohon ‘ derhaka ‘ kepada sultan Perak kerana tidak berpuas hati dengan krisis yang berlaku di Perak. Tidak pernah terjadi didalam sejarah melayu apabila rakyatnya memohon derhaka semata-mata kerana gila dan tamakkan kuasa! Siapa sebenar dalang dibelakang Mohd Nizar sehingga hilang maruahnya sebagai seorang melayu yang beragama Islam.

Walaupun Pas mengatakan mereka juga memperjuangkan Melayu dan Islam namun setakat ini parti itu masih belum menunjukkan kemampuan sebenar dalam memastikan hak Melayu tidak terus tercabar. Malah ada ketikanya Nik Aziz sendiri tidak mengaku beliau memperjuangkan melayu! Melayu pada Nik Aziz adalah hanya apabila terdesak untuk mendapatkan undi sahaja.

Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Adakah nasib Melayu boleh diletakkan di bahu mereka yang mana kalau dilihat daripada peratus pemimpin Melayu mereka tak sampai separuh? Berapa ramai anggota IFC (Interfaith Commission) terdiri daripada pemimpin PKR?

IFC ditubuhkan dengan matlamat meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam di dalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud di dalam PKR. Apabila berjaya memerintah Selangor dan bersekongkol dengan DAP, sudah mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan DEB. Bolehkan PKR mengambil alih peranan UMNO untuk membela nasib orang Melayu?

Adakah disebabkan DAP adalah ahli keluarga Pakatan Rakyat, mereka mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga sanggup melihat Raja-Raja Melayu diperlekehkan dengan hanya berpeluk tubuh dan hanya menunggu saat yang memberi keuntungan politik kepada mereka barulah mereka bertindak sesuatu. Untuk menjaga hati DAP mereka sanggup menjadi pengkhianat bangsa mereka sendiri.

Sepertimana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP. Bekas ahli PKR, Zaid Ibrahim pernah mempetikaikan titah sultan Selangor agar masjid-masjid di negeri Selangor tidak di salahgunakan untuk tujuan politik dan sehingga sekarang masih berdegil tidak mahu memohon maaf kepada baginda sultan.

Yang paling ketara adalah Pas apabila sanggup membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semasa pilihanraya yang lepas semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP walaupun pemimpin DAP dengan berani dan terus terang menyanggah cita-cita Pas itu. DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas.

Dan apabila melihat Islam ditindas oleh barat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia dan melihat orang Melayu Islam sedang berpecah dan kerajaan semakin lemah, ada pula dari pihak Gereja mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan untuk menggunakan perkataan Allah di dalam bulletin mereka. Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Dan sekarang terdengar desas-desus pula mengatakan ada komplot untuk menjadikan ugama Kristian sebagai ugama Persekutuan bagi menggantikan ugama Islam!

Pihak Gereja Katolik Malaysia berjaya di dalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk perisytiharan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.

Dalam budaya amalan dan adat resam Melayu, “Allah” itu ialah nama eksklusif bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Satu; Maha Pemurah, Bijaksana dan Pengampun. Orang Melayu dalam amalan mereka tidak mengunakan gantinama “Tuhan” pun untuk memberikan maksud yang sama, tetapi “Allah”. Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam.

Walaupun mereka mengatakan pihak Kristian di arab menggunakan nama Allah, tetapi itu di Arab dan bukannya di Malaysia. Tidak kah janggal namanya. Tidak kah pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa sekarang mereka membuat tuntutan itu? Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama Allah yang maha esa. Malah sebelum PRN Sarawak baru-baru ini ribuan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu telah berjaya dibawa masuk ke Sarawak!

Dilihat ada pula segelintir umat Islam yang dikatakan hendak menegakkan ‘Islam mereka’dinegara ini kerana gilakan kuasa sanggup bersekongkol dengan pihak gereja agar nama Allah boleh digunakan oleh Kristian! Ini tidak termasuk nama-nama lain seperti Anwar Ibrahim, Khalid Samad dan lain-lain. Mereka-mereka ini sanggup melacurkan ugama demi untuk mendapatkan satu undi. MasyaAllah!

Tidak kira apapun jua tuntutan mereka sama ada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu tetap utuh ditanah air kita, sama-samalah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini. Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu yang beragama Islam untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa.

Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja. Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita mempastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca.

Untuk tidak kehilangan arah, dan supaya tidak kehilangan punca, maka dengan itu perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah". Wallahuallam.

Selamat menyambut ulang tahun yang ke 65 kepada UMNO Malaysia.

Dulu, Kini dan Selamanya.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Mei 10, 2011

Berubah supaya relevan!

Usia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) genap 65 tahun pada 11 Mei ini. Seperti yang termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaannya, parti itu berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Sebenarnya terdapat enam asas utama dalam perjuangan UMNO yang ditubuhkan pada 1946, antaranya untuk mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial menerusi sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta memajukan ekonomi orang Melayu, bumiputera dan rakyat Malaysia amnya.

Ia juga berjuang bagi melahirkan bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

UMNO sudah pasti akan kekal dengan segala asas perjuangannya. Bagaimanapun berikutan perubahan zaman yang menyaksikan menurunnya sokongan orang Melayu terutama generasi muda selepas Pilihan Raya Umum 2008, maka mahu tidak mahu ia perlu mengubah pendekatannya.

Seperti yang sering disebut kepimpinan parti itu, cerita-cerita kejayaan UMNO membangunkan Malaysia dan perjuangannya untuk memerdekakan negara sudah tidak lagi berkesan untuk menambat hati orang Melayu terutama generasi muda.

Parti itu tidak boleh terlalu mengharapkan perjuangannya sebelum ini akan dihayati oleh generasi muda yang sudah pasti tidak lagi melihat UMNO dari segi jasa yang telah dicurahkan sebaliknya sama ada ia relevan pada masa kini dan akan datang.

Keperluan supaya parti itu, berubah dibangkitkan sendiri oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-64 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tahun lalu.

Dalam ucapannya, Najib menyeru seluruh lapisan kepimpinan dan ahli UMNO supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah entiti politik yang berpaksikan kepentingan rakyat.

Presiden UMNO itu turut mengingatkan pemimpin dan ahli parti supaya tidak leka dalam perjuangan sehingga ia dianggap oleh rakyat jelata hanya memperjuangkan kelompok kecil kumpulan yang berkepentingan sahaja.

''Demi menjadikan UMNO dekat di hati rakyat, para pemimpinnya mesti mengatur program untuk rakyat pada setiap masa dan bukannya secara bermusim menjelang pilihan raya sahaja," katanya.

Najib juga mengingatkan bahawa UMNO sebagai sebuah parti politik yang telah mengetuai Barisan Nasional (BN) memenangi sebanyak 12 pilihan raya umum, perlu mengambil iktibar daripada nasib parti pemerintah di luar negara seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang hampir sama usianya yang kini menjadi parti pembangkang.

''Parti terbabit kehilangan kuasa kerana berleluasanya politik berpuak sehingga perkara itu lebih diutamakan daripada berkhidmat kepada rakyat. Parti ini mengutamakan kelompok tertentu yang berkepentingan sehingga kehendak dan tuntutan rakyat tidak diberi perhatian.

''Parti berkenaan juga tidak mempunyai iltizam politik untuk meneruskan perubahan dalaman sehingga pengundi melihatnya jauh daripada hati rakyat, tidak memahami kehendak mereka selain tidak segar mahupun dinamik," katanya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang diminta mengulas perkembangan parti itu sekarang melahirkan kegembiraan kerana ia telah melalui proses overhaul selepas Tsunami 2008.

''Saya nampak parti telah mula melakukan perubahan dan ini sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti ini.

''Saya juga tertarik dengan gaya kepimpinan Najib yang terbuka dan berterus terang seperti baru-baru ini apabila mengajak Pas bergabung dengan UMNO.

''Ini bagus dan sesuai dengan zaman sekarang apabila rakyat lebih selesa dengan pemimpin yang mengamalkan ketelusan,'' ujarnya.

Sabbaruddin juga melahirkan keyakinan bahawa segala perubahan yang dirancang oleh Najib akan dapat dilaksanakan dengan berkesan berikutan beliau mempunyai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan Sabbaruddin sebagai seorang timbalan yang bagus.

''Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) juga tiada yang bermasalah dan saya tidak nampak lagi berlaku pertelingkahan di peringkat kepimpinan negeri dan bahagian seperti sebelum ini. Saya harap ia berterusan sampai pilihan raya akan datang," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani menyambut baik nasihat Najib supaya kepimpinan parti itu di semua peringkat mendampingi rakyat.

''Saya harap pemimpin dan ahli parti di semua peringkat mengikut nasihat Presiden supaya mereka memainkan peranan untuk menjuarai isu-isu rakyat supaya UMNO disegani dan dilihat masih lagi relevan.

''Saya mendapati program mendekati rakyat yang diadakan sekarang tidak menyeluruh dan agresif seperti yang sepatutnya dan tumpuan juga harus dibuat bagi mendampingi orang Melayu bandar yang kini dihimpit dengan pelbagai masalah kehidupan," katanya.

Beliau juga berharap tiada mana-mana pihak yang menyokong UMNO semata-mata kerana mahukan habuan kewangan.

Sebenarnya, perubahan UMNO tidak harus dijadikan slogan semata-mata sebaliknya ia perlu diterapkan dari segi amalannya. Jangan lagi ada pihak yang masih mengatakan orang-orang UMNO sombong, angkuh dan tidak mesra rakyat.

Usaha UMNO untuk berubah adalah selaras dengan hakikat bahawa parti itu sahaja yang boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu dan Islam di negara ini.

Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau parti-parti kecil lain yang didominasi oleh orang Melayu tidak boleh menjadi alternatif kepada UMNO kerana ia lebih mementingkan kuasa sehingga sanggup melihat kedudukan orang Melayu dalam aspek ekonomi, politik dan lain-lain bidang terus dipinggirkan.

Dengan cogan kata Bersatu - Bersetia - Berkhidmat, UMNO perlu membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu masih dinamik, segar dan bernafas baru.-UM.

Suara politik
Taminsari

Isnin, Mei 09, 2011

Buat semua rakyat Malaysia!

Pada hari Rabu ini, genaplah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) berusia 65 tahun. Ketika UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, negeri-negeri Melayu sudah tidak ada. Ini kerana Malayan Union sudah ditubuhkan pada 1 April 1946. Keseluruhan negeri-negeri Melayu bersama Melaka dan Pulau Pinang menjadi Malayan Union yang terletak di bawah kedaulatan King George VI di bawah pentadbiran Gabenor Sir Edward Gent.

Melayu sudah tidak ada-apa pada masa itu. Semua penduduk Malaya yang bermastautin di negara ini tidak kurang lima tahun boleh memohon menjadi warganegara. Dari segi bahasa, sesiapa yang boleh faham atau bercakap bahasa Melayu atau Inggeris adalah layak.

Menurut gagasan Malayan Union, raja-raja Melayu hanya ada kuasa mengenai hal ehwal agama. Kuasa sebenar di negeri-negeri terletak sepenuhnya pada Residen. Kempen membantah Malayan Union inilah yang menjadikan Gerakan Melayu lebih tersusun dan membawa kepada kelahiran UMNO.

Apa yang dimaksudkan dengan Gerakan Melayu ialah usaha segolongan orang Melayu yang sedar mengenai kepentingan bangsa. Mereka aktif dalam pelbagai cara seperti menulis, menerbitkan akhbar, majalah dan buku serta menubuhkan persatuan-persatuan Melayu.

Gerakan Melayu ini muncul pada tahun 20-an dan 30-an lagi. Ada yang melalui aktiviti pendidikan agama, ataupun daripada sekolah-sekolah Melayu. Apabila mereka mula mampu membaca dan sedar mengenai politik dan perkembangan dunia, maka muncullah apa yang boleh disebut sebagai Gerakan Melayu.

Persatuan-persatuan Melayu negeri dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan adalah sebahagian daripada gerakan ini. Begitu juga dengan kegiatan penerbitan termasuklah akhbar Utusan Melayu. Semuanya ini adalah sebahagian daripada Gerakan Melayu. Orang perseorangan seperti guru-guru di kampung yang berusaha menyedarkan orang Melayu adalah juga sebahagian daripada gerakan ini.

Gerakan Melayu ini terus hidup pada zaman Jepun. Walaupun berada di bawah kekuasaan Jepun, mereka tetap memperjuangkan kepentingan Melayu. Maka apabila Datuk Onn Jaafar bangun dan membantah gagasan Malayan Union, Gerakan Melayu ini berada di belakang beliau. Langkah awal mereka tentulah mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya untuk menyusun dan menyelaras Gerakan Melayu ini.

Maka penubuhan UMNO adalah salah satu daripada tiga usul yang diluluskan oleh Kongres Melayu Se-Malaya pertama yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bahru, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dengan penyertaan 41 persatuan-persatuan Melayu sebagai mewakili aspirasi orang Melayu.

Dua usul lain ialah membantah penubuhan Malayan Union dan mewujudkan tabung pendidikan kebangsaan Melayu. Tiga usul kongres ini mencerminkan aspirasi orang Melayu ketika itu, iaitu menyusun sebuah pertubuhan bagi mewakili Gerakan Melayu, menentukan sikap politik orang Melayu melalui penolakan terhadap Malayan Union, dan memberi penekanan terhadap kemajuan pendidikan orang Melayu.

Aspirasi

Justeru apabila UMNO ditubuhkan, ia membawa aspirasi Gerakan Melayu bukan saja dari segi politik iaitu membantah Malayan Union tetapi juga pendidikan, iaitu orang Melayu mesti dibuka peluang untuk mencapai kemajuan pendidikan sebesar dan setinggi mungkin. Ternyata UMNO berjaya dalam usahanya membantah Malayan Union apabila gagasan itu dimansuhkan pada Januari, 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Selepas 65 tahun berlalu tentu sukar untuk merasakan pentingnya Malayan Union ditentang. Kini orang Melayu sudah mencapai banyak kemajuan berbanding 65 tahun yang lalu, terutamanya dari segi pendidikan.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyambut ulang tahunnya ke - 41 pada 18 Mei ini adalah salah satu mercu tanda perjuangan pendidikan Gerakan Melayu. Begitu juga dengan lain-lain institusi Melayu seperti juga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Banyak lagi institusi-institusi lain yang sebenarnya adalah sebahagian daripada Gerakan Melayu. Malah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia ini juga merupakan sebahagian daripadanya.

Namun begitu perlu diingat, bahawa Gerakan Melayu ini tidak bersifat eksklusif, jauh sekali mempunyai sebarang unsur rasis. Gerakan Melayu bersifat nasional. Persekutuan Tanah Melayu bukannya negara Melayu semata-mata tetapi untuk semua penduduknya juga. Di peringkat antarabangsa, ia dikenali sebagai Persekutuan Malaya. Tidak disebut Tanah Melayu.

Begitu juga dengan UMNO. Ia berfahaman inklusif juga dengan mengajak MCA dan MIC bersekutu dalam Perikatan. Sifat mengajak kaum lain ini membolehkan UMNO menjadi parti yang berkhidmat untuk semua rakyat negara ini.

Maka apabila Malaysia ditubuhkan dan seterusnya wujudnya Barisan Nasional, apa yang asalnya dilihat sebagai Gerakan Melayu adalah sebenarnya merupakan suatu fahaman nasional. Gerakan Melayu adalah sebenarnya gerakan kebangsaan untuk semua kaum. Ini berbeza dengan apa yang cuba dibawa oleh gagasan Malayan Union dahulu. Malayan Union ini adalah bukan saja suatu projek imperialis tetapi rasis. Antara lain fahaman imperialisme British adalah kepercayaan bahawa orang Inggeris adalah bangsa unggul yang berhak untuk menjajah dunia dan meletakkan kaum-kaum lain menjadi anak-anak jajahan mereka.

Mereka menyusup kuasa di negeri-negeri Melayu secara tapak demi tapak tetapi akhirnya adalah untuk menguasai sepenuhnya negara ini. Bagi mereka, anak-anak jajahan, tidak kira sama ada Melayu, Cina atau India adalah semata-mata alat untuk berkhidmat demi empayar mereka.

Kedudukan

Rakyat bukan Inggeris tidak akan mendapat kedudukan setaraf mereka. Inggeris mahu menguasai bukan saja negeri-negeri Melayu tetapi juga India dan China. Orang Cina dan India yang dibawa masuk ke negeri-negeri Melayu hanyalah untuk menggerakkan ekonomi empayar mereka.

Penjajahan adalah suatu amalan perkauman yang dahsyat dan Malayan Union adalah projek rasis untuk menjadikan semua penduduk negeri-negeri Melayu sebagai hamba mereka. Kalaulah UMNO dahulu gagal menghalang penubuhan Malayan Union maka cuba bayangkan apa yang terjadi. Untuk masa yang lama Malaya akan menjadi tanah jajahan British dengan pihak Inggeris menguasai sepenuhnya politik dan ekonomi negara ini. Semua tanah- tanah di negeri ini tentunya akan diberikan pada syarikat-syarikat Inggeris. Tidak akan ada tanah simpanan Melayu.

Pentadbiran awam akan dipegang sepenuhnya oleh orang Inggeris. Bukanlah bererti orang Melayu, Cina dan India tidak mendapat tempat dalam pentadbiran awam. Mereka mungkin diberi peluang tetapi setakat sesuatu peringkat saja.

Bahasa rasmi Malayan Union pastinya Inggeris. Begitu juga dengan sekolah-sekolah dan universiti. Bahasa Melayu, Cina dan India tidak akan ada tempat. Silap-silap pentadbir Inggeris akan membawa banyak lagi orang dari luar untuk menetap di Malaya. Tetapi elit politik, ekonomi dan budaya berada di tangan Inggeris. Malah mungkin orang Eropah juga dipelawa menetap di negara ini.

Andai kata Malayan Union itu akhirnya mencapai kemerdekaan daripada Britain tetapi penguasaan politik pasti sudah berada pada orang Inggeris. Orang Melayu sudah tidak ada tempat.

Justeru orang Melayu perlu menghargai perjuangan UMNO menggagalkan Malayan Union dan juga sumbangannya sejak 65 tahun kewujudan parti ini setelah melalui pelbagai pancaroba. Ini termasuklah ketika ia diisytiharkan haram kemudian didaftar semula sebagai UMNO Baru hingga akhirnya dipulihkan sebagai parti yang menyambung warisan 11 Mei 1946 itu.

Sememangnya kini gagasan Malayan Union sudah berada dalam lipatan sejarah. Tetapi konsep lain muncul dari masa ke semasa yang kalau diteliti adalah merupakan penjelmaan semula Malayan Union tetapi dalam bentuk lain. Umpamanya dalam tahun 1964, ketika Singapura berada dalam Malaysia, Parti Tindakan Rakyat (PAP) cuba membawa gagasan Malaysian Malaysia.

Usaha itu dipatahkan antara lain kerana Singapura dikeluarkan daripada Malaysia. Antara isu yang menarik dalam Pilihan Raya Singapura semalam ialah rasa tidak puas hati rakyat pulau itu terhadap kehadiran profesional asing, umpamanya dari China mahupun India. Dalam persaingan politik, UMNO dalam BN sedang berdepan dengan pihak pembangkang yang mahukan suatu bentuk Malaysia yang berbeza.

UMNO dan BN juga mahukan Malaysia yang lebih baik, dan itulah usaha yang sedang dilakukan melalui kerajaan pimpinannya. Gagasan Satu Malaysia dan Program Transformasi Ekonomi adalah sebahagian daripada manifestasi komitmen kerajaan pimpinan UMNO dan BN untuk memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengira kaum.

Dalam pada itu, UMNO adalah tetap sebahagian daripada Gerakan Melayu yang bersifat inklusif dengan turut memperjuangkan aspirasi semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.-UM

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Mei 06, 2011

PM ajak ahli UMNO bangkit, gempur dan tawan Selangor!


















Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh ahli UMNO termasuk pemimpin veterannya agar menguatkan iltizam untuk bangkit semula memastikan Barisan Nasional (BN) berkuasa kembali di negeri ini.

Perdana Menteri menegaskan, seluruh ahli parti keramat itu perlu bersama-sama untuk membetulkan segala kelemahan dan kezaliman kerajaan negeri sekarang.

"Jangan biarkan maruah kita tercemar dan tercalar. Kita wajib kembalikan kuasa ke tangan UMNO sebagai parti keramat.

"Kita mesti susun semula barisan, kuatkan semangat dan iltizam untuk bangkit dengan penuh semangat bagi menebus kekalahan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat - Rakyat Didahulukan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini malam ini

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia (Selangor), Datuk Abd. Samad Maharuddin.

Majlis itu dianjurkan oleh Veteran UMNO Malaysia (Selangor) dan dihadiri lebih 1,000 pemimpin dan ahli veteran UMNO Selangor.-UM

Suara politik
Taminsari

Rabu, Mei 04, 2011

Perkara yang perlu kita tahu - Realiti politik perkauman DAP!

























Sejarah perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara itu yang berideologi sosialis.

Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti sosialis yang ditolak sebahagian besar rakyat. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP menggantikan PAP di negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap pilihan raya umum (PRU) dengan fahaman yang menolak sistem politik berasaskan pelbagai kaum.

DAP dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun dianggap sebagai partai sosialis. Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969, dengan memperoleh 13 kerusi Parlimen. Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU 1986 (24 kerusi Parlimen) dan kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi).

Dalam PRU selainnya, adalah sekitar 10 atau 11 kerusi sahaja yang diperoleh parti itu dan DAP menjadikan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) MCA dan Gerakan sebagai menguji kekuatan pengaruhnya.

DAP yang merupakan parti pembangkang kaum Cina terbesar bergerak mara hingga membentuk kerjasama longgar dengan Pas pada 1999 dan kemuncaknya pada PRU 2008 dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut serta mewujudkan pakatan pembangkang tunggal yang mencabar Barisan Nasional (BN).

Walaupun DAP di dalam pakatan pembangkang, ideologi mereka masih tidak sama dengan ideologi Pas. Sementara itu, MCA atau Gerakan dilihat bersifat sederhana.

Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan Perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi serta mengakui hak istimewa orang Melayu, walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukkan dalam tindakan dan prinsip parti mereka.

Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP yang didorongi oleh sistem politik Singapura yang berbentuk republik.

Keinginan DAP mewujudkan semacam ‘ala republik’ di Malaysia tentunya menolak sama sekali akan realiti masyarakat dan sejarah negara ini yang berpaksikan kemajmukan!

Pendek kata MCA dan Gerakan lebih praktikal dan tahu akan sejarah pembentukan negara ini dan menyedari bahawa tanpa kerjasama dengan UMNO yang ketika merdeka dahulu mewakili sebahagian besar orang Melayu, keadaan nasib kaum Cina dan India tidak terjamin.

Disemarakkan lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin PKR dan pakatan pembangkang, maka DAP berserta dengan Pas berjaya mempengaruhi sebahagian daripada pengundi Cina untuk menyokong perjuangan PKR yang dikatakan mirip ideologi DAP.

Sementara Pas dilihat dengan sebelah mata atas dasar ingin mengambil kesempatan daripada pengaruh parti itu dan mengaut keuntungan politik, tetapi Pas kurang sedar akan taktik DAP itu!

Kemenangan cemerlang pakatan pembangkang dalam PRU-12 menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina dan semakin berlagak menjadi jaguh pakatan pembangkang. Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kereta api.

Pakatan pembangkang yang meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan di kalangan generasi muda!)

Dipendekkan cerita, DAP berjaya mewujudkan suatu persepsi politik bahawa kebangkitan kaum Bumiputera/Melayu dalam pembangunan ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh mengancam survival orang Cina, yang mana pada realitinya tidak begitu.

Sebagai pribumi, mereka pun ingin maju seperti bukan Melayu dan ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam pembahagian ekonomi negara dengan kaum Cina. Salahkah? Ini tidak dimengertikan oleh DAP. Parti itu menganggap rendah kebolehan orang Melayu, kerana dimomokkan oleh pemimpin seperti Lee Kuan Yew.

Sedangkan orang Melayu dan rakyat seluruhnya sudah pun terbuka minda mereka dan menginginkan kemajuan, dan tidak selamanya orang Melayu itu bodoh, malas dan tidak kebolehan.

Mereka dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasi dalam semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain!

DAP juga menerima nasihat-nasihat daripada ahli akademik mereka yang kebanyakannya anti establishment. Semua yang Melayu (terutama pemerintah) buat, ada sahaja yang tidak kena kepada golongan ini!

Politik perkauman anti establishment ini jelas dihamburkan dengan membangkitkan sentimen anti Perlembagaan Malaysia, menganggap Perlembagaan ini akan memusnahkan masa depan mereka.

Pada hal dengan Perlembagaan, selama ini rakyat dapat menikmati erti kehidupan yang lebih baik dari negara tempat asal mereka. Ini semua dianggap sebagai hujah lapuk dan ketinggalan.

Sehingga seorang ahli akademik dari luar negara yang membuat kajian mengenai: Problems Among Minority Groups in Malaysia” mendapati di Malaysia golongan minoriti tidak ada masalah! Sedangkan di negara-negara lain di dunia, semua minoriti ada masalah!

Hebatnya Malaysia dipandang dari luar, tetapi dipandang oleh segolongan rakyatnya sendiri sebagai “hampas”. Ideologi DAP tidak mengakui hakikat masyarakat berbilang kaum dan tidak mengakui politik berasaskan kerjasama antara kaum.

DAP masih mengharapkan kerjasama daripada Pas dan PKR tetapi kedua-dua parti itu juga tidak dapat dibuktikan boleh memberi jaminan kepada semua kaum di negara ini. Peningkatan pengaruh DAP tentunya disebabkan kelemahan MCA dan Gerakan sendiri. Kedua-dua parti itu gagal meyakinkan orang Cina bahawa mereka akan terus terjamin dalam BN.

Sementara itu, UMNO pula mengalami krisis demi krisis, jadi nampak seperti mereka sudah lemah semangat dan akan keluar dari BN jika kalah dalam PRU akan datang.

Soalnya sampai bila majoriti pengundi Cina hendak berteduh di bawah DAP? Jika MCA kecundang dalam PRU-13, tidak mustahil wakil Cina tidak ada di dalam kerajaan.

Sejarah 13 Mei 1969 membuktikan jika pola seperti sekarang ini berlaku, konflik kaum akan berlaku. Ini tidak sihat bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia. Untuk itu saya berpendapat, mahu tidak mahu, masyarakat Cina akan kembali kepada status quo di mana akan berlaku semula keseimbangan politik.

Pada hemat saya, ini merupakan satu ujian besar bagi parti-parti politik di negara ini yang mana parti yang terlalu kuat sifat perkauman tidak akan ke mana. Ini berdasarkan kepada teori politik di Malaysia, bahawa politik pelbagai kaum adalah paling sesuai, dan yang berasaskan perkauman sempit tidak dapat diterima untuk jangka panjang.

Selain itu kerjasama antara parti politik pembangkang terlalu bersifat politik dan penuh muslihat juga dilihat tidak kekal lama. Pas semakin hipokrit. PKR, dianggap retorik dan huru-hara kini. Sebab itu kerjasama antara parti politik dalam BN kelihatan lebih ikhlas walaupun dipandang oleh pembangkang sebagai parti yang usang.

Tetapi itulah realiti politik Malaysia, yang majmuk sifatnya, yang perlu bertoleransi, tidak semudah itu bermain politik perkauman! Politik geram dan sentimen kaum tak ke mana. Percayalah.

Oleh : PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Mei 03, 2011

Hentikan segera konflik air Selangor!
























Umum mengetahui isu air di Selangor sehingga kini tiada penyelesaiannya. Pihak yang terlibat khususnya Kerajaan Pusat dan kerajaan Selangor masih gagal mencapai kata sepakat tentang beberapa perkara termasuk isu tarif air baru.

Yang terbaru, The Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) tiba-tiba muncul, kononnya mempunyai formula tertentu bagi menyelesaikan kemelut air ini. Mungkin secara kebetulan atau didalangi oleh pihak tertentu, kemunculannya masih menjadi tanda tanya. ( AWER- Klik di sini )

Yang penting Kerajaan Pusat atau mana-mana pihak yang terlibat jangan mudah tunduk dengan desakan AWER yang berhasrat mahu memaparkan kepada umum mengenai hasil kajian mereka jalankan setakat ini. Apakah AWER sedar tindakannya akan memburukkan lagi keadaan dan mengelirukan rakyat khususnya rakyat Selangor?

Adakah dengan hanya membentang kertas kerja dapat meyakinkan rakyat bahawa cadangan mereka lebih baik daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sendiri? Secara prinsipnya, kita dapat menjangka bahawa kajian mereka pasti telah dilaksanakan dengan mengambil kira kajian secara luaran atau permukaan sahaja.

Apalah yang mampu terhasil dengan kajian yang hanya mengambil masa selama hanya enam bulan!

Tentulah perkara yang melibatkan unsur teknikal tidak diambil kira secara mendalam dan terus mengharapkan formula mereka akan berjaya. Secara amnya, isu penstrukturan semula industri air di negeri Selangor ini amat kompleks dan bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Yang paling utama pihak terbabit kembali menghormati perjanjian konsesi itu sendiri, yang masih sah berfungsi selama 23 tahun lagi.

Bukan untuk menyebelahi sesiapa tetapi yang pasti operator yang dilantik seperti yang termaktub dalam perjanjian tersebut pasti berwibawa dan terbukti dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Bayangkan jika pemberian lesen seperti dicadangkan AWER menjadi kenyataan, polisi dan pendekatan syarikat yang diberikan lesen akan berbeza-beza dan tidak konsisten. Sememangnya kita pasti lebih banyak masalah akan timbul dan mangsanya adalah pengguna.

Sudah menjadi lumrah, akan ada pihak yang sentiasa mencari peluang untuk mencari kelemahan syarikat operator ini dan menjadikan isu kenaikan tarif sebagai senjata paling besar untuk 'menghukum' mereka. Kenaikan tarif tidak dapat dielakkan, maka dengan sebab itulah tarif air terpaksa dinaikkan di Kedah, Pulau Pinang dan Melaka kerana keperluan meneruskan kesinambungan bekalan air yang konsisten dan tidak tergendala lagi.

AWER harus sedar kerajaan tidak menaikkan tarif sesuka hati. Kenaikan tarif akan membolehkan syarikat operator air melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Kita menyeru konflik lebih tiga tahun ini ditamatkan segera oleh pihak KeTTHA dan kerajaan Selangor kerana yang perlu diutamakan adalah rakyat dan bukannya agenda politik yang tidak berkesudahan.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, April 29, 2011

Akhirnya Eskay selesai juga lakukan sumpah laknat!


Setelah menerima pelbagai rintangan, akhirnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah selesai juga melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul pada petang ini. Dikatakan Eskay terpaksa memakai pakaian kalis peluru berikutan ancaman ugutan yang beliau terima!

Dengan kawalan ketat oleh pihak polis, sambil memegang al-Quran beliau memulakan sumpah dengan mengucap dua kalimah syahadah kemudian diikuti dengan wallahi wabillahi watallahi.

Di dalam sumpah laknat itu Eskay menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Turut hadir dalam upacara sumpah laknat itu ialah Tbekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.



Sebelum itu : Penyokong pembangkang buat kecoh di sumpah laknat Eskay

Sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan segelintir penyokong Pas membuat kecoh di dalam Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul membantah sumpah laknat yang hendak dilakukan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah.


Kalau mereka merasakan bahawa Anwar tidak bersalah, mengapa perlu membantah? Sikap mereka menunjukkan seolah-olah KETUA mereka telah melakukan kesalahan dan ianya perlu dihalang! Tak perlulah meroyan tak tentu pasal. Wallahuallam...!

Suara Politik
Taminsari

Rabu, April 27, 2011

Peguam fail saman pemula terhadap DUN Selangor!

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun hari ini memfailkan saman pemula terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan dua yang lain berhubung notis mengarahkannya menghadiri perbicaraan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Selangor pada Jumaat ini.

Beliau yang juga peguam kepada Ahli DUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah diarahkan berbuat demikian melalui notis yang diterima pada 12 April lalu untuk menjawab tuduhan menghina DUN berkenaan.

Saman pemula itu difailkan oleh Mohd. Hafarizam melalui firma guamannya, Tetuan Hafizam Wan & Aisha Mubarak kira-kira pukul 3 petang ini di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Selain DUN tersebut, beliau menamakan Setiausaha JKHK, Mohamad Yasid Bidin dan jawatankuasa itu sendiri sebagai defendan kedua serta ketiga.

Dalam saman tersebut, beliau memohon deklarasi bahawa notis yang dikeluarkan oleh defendan kedua itu adalah terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa notis itu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Jadual Kuasa dan Kebebasan Dewan Undangan, Peraturan Tetap DUN Selangor dan Enakmen Penghinaan Dewan (Negeri Selangor) 2009 atau semua undang-undang yang relevan.

Turut dimohon adalah deklarasi bahawa beliau selaku peguam cara dan peguam bela di Mahkamah Tinggi Malaya berhak melaksanakan tanggungjawab dan peranannya tanpa perasaan takut atau berat sebelah.

Ekoran itu, plaintif memohon surat tuntutan yang dikeluarkan oleh firma guamannya kepada firma guaman, Tetuan Tommy Thomas yang mewakili Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim, pada 29 Mac lalu tidak boleh dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap DUN.

Surat tuntutan itu adalah bagi menuntut kos RM40,000 yang perlu dibayar oleh Chang Khim kepada Badrul Hisham seperti diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Februari lalu berhubung permohonan anak guamnya untuk mengekalkan status sebagai wakil rakyat di kawasannya.

Sementara itu, Mohd. Hafarizam ketika ditemui pihak media menyatakan, beliau tidak dapat hadir ke JKHK kerana pada hari yang sama iaitu 29 April ini, permohonan Badrul Hisham akan didengar oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggelarnya sebagai peguam UMNO, Mohd. Hafarizam berkata, tiada istilah peguam UMNO dalam Akta Profesion Guaman.

''Itu kenyataan politik. Ia tidak berdasarkan Akta Profesion Guaman,'' katanya.-UM.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, April 26, 2011

Hina DUN: Kenyataan MB mengelirukan!

Peguam kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kenyataan mengelirukan berhubung dakwaan beliau menghina Dewan Undangan Negeri (DUN).

Datuk Mohd. Hafarizam Harun berkata, kenyataan Abdul Khalid semalam bahawa beliau tidak dipaksa untuk menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) DUN pada 29 April ini atas kesalahan tersebut hanya satu cubaan untuk mengalihkan isu sebenar.

Ini kerana katanya, tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen DUN Selangor yang boleh memerintahkan beliau dihadapkan ke JKHK atas kesalahan tersebut.

"Saya bukan ADUN yang boleh dihadapkan ke JKHK. Keduanya, tuduhan mengatakan saya menghina DUN tidak spesifik kerana tidak menyebut peruntukan apa yang diguna pakai untuk mensabitkan saya dengan kesalahan itu.

"Ketiga, saya tetap tidak akan hadir kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jadi, kenyataan Menteri Besar itu saya fikir hanya untuk mengalihkan isu sebenar sebelum ini bahawa ADUN Pelabuhan Klang masih lagi wakil rakyat yang sah," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Mohd. Hafarizam mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang beliau tidak akan dipaksa menghadap JKHK pada 29 April ini kerana didakwa menghina DUN melalui satu surat kepada Speaker, Datuk Teng Chang Khim pada 29 Mac lalu.

Menurut Abdul Khalid, Mohd. Hafarizam merupakan seorang pengamal undang-undang dan bebas untuk bercakap apa saja dan tahu yang mana betul dalam tindakan yang dibuat.

Mohd. Hafarizam juga mempersoalkan mengapa beliau perlu dihadapkan ke JKHK sedangkan Chang Khim melalui peguamnya pada minggu lalu telah membayar kos sebanyak RM40,000 kerana tindakan mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Februari lalu.

"Saya terima bayaran itu minggu lalu. Keputusan mahkamah jelas mengisytiharkan Badrul Hisham masih lagi ADUN Pelabuhan Klang yang sah. Jika mereka (Speaker atau kerajaan negeri) tidak bersalah, kenapa mereka bayar kos itu. Kenapa pula timbul dakwaan saya menghina DUN," soalnya lagi.

Katanya, beliau akan memfailkan permohonan kepada mahkamah dalam tempoh terdekat ini bagi mendapatkan perintah membatalkan keputusan DUN untuk menghadapkannya ke JKHK kerana menghina Dewan tersebut.

Apakah MB Khalid sedang menghadapi konflik minda sekarang? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, April 22, 2011

NGO desak DAP disiasat!

















Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hari ini mendesak pihak berkuasa supaya segera menyiasat dakwaan penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Desakan itu dibuat ekoran pendedahan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock semalam.

Pengerusi Gabungan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin mahu perkara tersebut disiasat kerana Beng Hock dikatakan memegang rahsia mengenai projek yang berkaitan parti berkenaan.

"Berikutan itu, Beng Hock mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang rahsia aktiviti penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.

"Dalam hal ini saya berpendapat, Beng Hock menjadi mangsa keadaan kepada dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh pemimpin DAP," katanya disini hari ini.

Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock semalam diberitahu mengenai projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku diberikan kepada kontraktor bernama Lee Wye Wing sedangkan ia sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.

Muhammad Shafee mendakwa, Wye Wing menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh menjadi miliknya.

Beng Hock pula berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada Beng Hock dan keluarganya.

Ini kerana, kata beliau, kematian mendiang telah dipolitikkan oleh pembangkang dan setelah suruhanjaya siasatan ditubuhkan, bukti yang diperolehi banyak melibatkan mereka seolah-olah Beng Hock telah dijadikan mangsa.-UM.

Suara politik
Taminsari

Khamis, April 21, 2011

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina!

PRN SARAWAK BERI KESAN DI SEMENANJUNG

Akhbar Sin Chew Daily pada 18 April 2011 menerusi tulisan, Goh Kien Nan memaparkan artikel mengenai tindakan majoriti pengundi Cina yang menolak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10.

Berikut adalah artikel yang ditulis beliau bertajuk ‘PRN Sarawak kelihatan orang Cina melawan arus’ yang disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 32.

Baru-baru ini keputusan PRN Sarawak jelas menunjukkan orang Cina sudah berpatah arang meninggalkan SUPP. Walaupun ia parti Cina pertama didaftarkan di negeri itu dan telah banyak menabur jasa, tetapi kaum itu tetap menolaknya.

SUPP tetap mengalami kekalahan walaupun parti itu telah banyak membuat perubahan dengan menampilkan wajah baru dalam kepimpinan dan keahlian parti. Parti itu juga telah meningkatkan kemampuan propaganda dalam laman blognya.

Sebenarnya, masyarakat Cina kecewa kerana slogan kempen SUPP masih di takuk lama iaitu untuk mengekalkan orang Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri. Pengundi di kawasan bandar sudah tidak makan dengan cakap-cakap seperti ini, malah mereka telah bertekad untuk membuat perubahan.

Ini sama seperti perasaan kaum Cina di Semenanjung yang kecewa kerana merasakan jasa masyarakat itu dalam membangunkan negara ini dilupakan apabila segala kemahuan mereka diabaikan. Akhirnya kekecewaan itu tidak boleh dikawal lagi dan mereka bertekad menolak MCA dan Gerakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Berikutan kekalahan calon-calon SUPP, timbul persoalan ke mana hala tuju parti berkenaan selepas ini. Adakah masih ada lagi hari esok untuk parti itu? Kita boleh ramalkan ranking parti itu dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak akan turun daripada kedudukan kedua terbesar menjadi seperti parti nyamuk.

Bagaimanapun, dari sudut positif kita melihat SUPP tidak kekurangan kumpulan pelapis yang terdiri daripada golongan cerdik pandai. Cuma sebelum ini, mereka tidak dapat ditonjolkan berikutan perubahan dalaman yang dibuat parti itu tidak dapat dijalankan dengan berkesan.

Dalam pada itu, kita juga ingin tahu bagaimana MCA hendak menghadapi PRU akan datang berikutan fenomena orang Cina melawan arus bukan lagi hanya terbatas di Sarawak, sebaliknya rentak sama berlaku di seluruh negara.

Ia bukan sahaja tidak reda, malah nampaknya sudah menjadi begitu kuat, mungkin akan terus melarat, semarak dan membara sehingga PRU akan datang.

MCA juga perlu ingat isu yang selalu dimainkan parti itu seperti ‘orang Cina tangani orang Cina’ dan ‘negara Islam Pas’ tidak lagi dapat menarik sokongan masyarakat Cina.

Jika MCA mahu sokongan pengundi, parti itu perlu mengemukakan rancangan, dasar dan pandangan baru yang boleh menarik minat mereka terutama generasi muda.-UM.

Komen : Terang lagi jelas sudah nampak apa yang sebenarnya kaum Cina mahukan! Mereka mahu menguasai segala-galanya dari ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Selepas diterima menjadi warganegara lebih 50 tahun yang lalu melalui 'Jus Soli', mereka sudah dapat apa yang mereka inginkan. Hanya satu sahaja lagi impian mereka sejak merdeka iaitu KUASA. Kuasa untuk memerintah.

Mereka mengambil peluang ini apabila melihat orang Melayu sudah berpecah kepada 3 kumpulan besar. Satu UMNO dan dua lagi memihak kepada pembangkang. Maka tidak hairanlah DAP memainkan sentimen KAUM untuk menarik pengundi-pengundi Cina menyokong mereka apabila 2 kumpulan besar orang Melayu sudahpun menjadi 'kawan karib' mereka dan tidak mustahil apa yang mereka laung-laungkan selama ini iaitu Malaysian Malaysia bakal menjadi kenyataan jika orang Melayu masih terus berpecah!

Sanggupkah kita melihat anak cucu kita nanti merempat ditanahair mereka sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, April 20, 2011

Lagi skandal Yayasan Selangor - Kerugian terbesar didedahkan!

Yayasan Selangor Properties atau YS Properties telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan TNB Engineering Corporation Sdn Bhd pada 31 Disember 1999 untuk menguruskan tanah Lesen Menduduki Sementara (TOL) di seksyen 26 Petaling Jaya untuk dijadikan tempat letak kereta.Tempoh perjanjian untuk penyewaan ini adalah selama 10 tahun dan telah tamat pada 31 Disember 2009 ketika era pemerintahan PKR aka Khalid Gagap. Untuk pengetahuan tanah ini berkeluasan 7334 meter persegi yang boleh menempatkan 270 petak letak kereta.

Pada tahun 2009, jumlah kutipan kasar keseluruhan adalah sebanyak RM1,953,316. Yayasan Selangor memperolehi 34% dari kutipan tersebut sebanyak RM666,862.18. Baki 66% sebanyak RM1,286,454 adalah menjadi hak milik TNB Engineering. Rekod kutipan kasar setiap bulan sepanjang tahun 2009 adalah seperti berikut:



Yayasan Selangor telah mendapat kelulusan dari Pejabat Tanah Daerah Petaling (PTD) untuk melanjutkan tempoh TOL untuk 3 tahun bermula 16 November 2009 sehingga 31 Disember 2012. PTD Petaling telah melantik syarikat Secured Parking Sdn Bhd secara 'direct offer' untuk menguruskan tempat letak kereta tersebut melalui surat tawaran bertarikh 17 Februari 2010. Untuk maklumat Khalid Gagap pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan mengamalkan konsep tender terbuka untuk setiap projek yang ingin dilaksanakan. Klik sini . Merujuk kepada tarikh kenyataan beliau, jelas beliau telah berbohong kepada rakyat kerana tender direct offer ini telah dibuat pada 17 Februari 2010.

Tempoh kontrak tersebut adalah selama 3 tahun dengan tambahan lanjutan 2 tahun dengan prerogatif penuh kepada Yayasan Selangor. Tarikh kuatkuasa kontrak bermula apda 1 Mac 2010 sehingga 28 Feb 2013 dimana sewa bulanan dikenakan kepada syarikat Secured Parking Corporation adalah sebanyak RM250,000 sebulan.

Syarikat ini tidak bersetuju dengan harga yang telah ditetapkan oleh Yayasan Selangor dan pada 1 Jun 2010 satu surat daripada pejabat guaman Ranjit Ooi & Robert Low telah menamatkan pajakan kontrak kepada syarikat tersebut. Tarikh mengosongkan tapak berkenaan telah ditetapkan pada 15 Jun 2010 akan tetapi Secured Parking Corporation enggan berbuat demikian malah menjalankan operasi mengutip hasil seperti biasa.

Satu syarikat yang dikatakan syarikat kroni iaitu Feton Park Sdn Bhd melalui surat mereka bilangan Feton/1022-YS/2010 bertarikh 31 Mei 2010 telah membuat tawaran kepada YS untuk menggantikan tempat Secured Parking Corporation dan bersetuju dengan kadar sewaan sebanyak RM250,000 sebulan.

Yayasan Selangor melalui surat mereka bilangan (20)YS/PLB/02/TPT4/TOL JLD II bertarikh 7 Jun 2010 telah bersetuju dengan tawaran daripada Feton Park Sdn Bhd dengan syarat perjanjian sama dengan Secured Parking Corporation. YS juga telah menerima deposit sebulan untuk sewa bulanan berjumlah RM250,000 daripada Feton Park Sdn Bhd.

Selepas mendapati Secured Parking Corporation masih menjalankan operasinya dengan kadar sewaan sebanyak RM118,000 sebulan Feton Park Sdn Bhd.telah mengeluarkan surat menuntut wang deposit RM250,000 bilangan (20)YS/PLB/02/TPT4/TOL JLD II disebabkan kegagalan YS mengikuti perjanjian sewaan.

Sehingga tarikah audit dibuat iaitu pada Disember 2010, YS masih lagi gagal memulangkan deposit tersebut dan Secured Parking Corporation masih menjalankan operasi dengan kadar sewaans sebanyak RM118,99 sebulan. Ini bermakna YS telah kerugian sebanyak RM1,320,000 untuk tempoh Mac- Dis 2010 iaitu kerugian RM 132,000 sebulan kerana kelalain mereka mengambil tindakan diatas keengganan Secured Parking Corporation mengosongkan tapak tersebut.

Kita harus melihat kegagalan ini melalui beberapa sudut.

•Pengurus Besar Ilham Marzuki yang dipertahankan oleh Khalid Gagap GAGAL dalam memberi pulangan untuk setiap kemudahan ataupun projek dibawah pentadbiran Yayasan Selangor.

•Ilham Marzuki GAGAL mentadbir kewangan YS secara teratur dan berhemah.

•Apakah kreteria yang menyebabkan Khalid Gagap mahu mengekalkan Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar?

•Pembohongan Menteri Besar Gagap kepada rakyat harus dilihat sebagai satu sikap yang tidak jujur. Layakkan beliau mentadbir Selangor dengan sikap sedemikian?

•Kenaikkan sewa tapak daripada RM118,00 sebulan kepada RM225,000 akan menyebabkan kadar tarif letak kereta akan naik. Ini akan memberi bebanan baru kepada rakyat. Adakah kerajaan Selangor terlepas pandang perkara ini?

•Apakah rasionalnya kadar sewa dinaikkan kerana mengikut rekod, kutipan kasar bulanan adalah sebanyakRM200- RM250 ribu sebulan. Sekiranya kadar dinaikkan jelas secara automatik tarif letak kereta akan dinaikkan.

•Kerugian RM 132,000 sebulan adalah satu jumlah yang besar. Andai nilai tersebut diberikan kepada pelajar-pelajar dibawah Yayasan Selangor, ini akan memberi impak yang besar kepada mereka.

Fikir-fikirkanlah..!!!

Sumber : KitaGempur

Suara Politik
Taminsari

Isnin, April 18, 2011

Sikap pengundi Cina terhadap Barisan Nasional sudah berubah!



















Agak sedih juga apabila melihat sikap pengundi Cina di Sarawak semasa keputusan Pilihanraya Negeri diumumkan. Jika dibandingkan dengan kerusi yang dimenangi oleh DAP dalam pilihanraya yang lalu, mereka berjaya menambah dari 9 kepada 12 kerusi. Percaturan mereka memainkan isu perkauman nampaknya berjaya terutamanya dibandar-bandar. Mujurlah tsunami 'tukar kerajaan' yang mereka canangkan tidak menjadi kenyataan! Kalau tidak, apa yang berlaku selepas ini!

Senario pengundi-pengundi Cina yang menolak BN nampaknya semakin meruncing selepas PRU ke-12 yang lepas. Saban kali bila ada PRK, undi kaum Cina akan beralih kepada DAP! Peranan parti kaum Cina yang ada dalam BN nampaknya tidak berfungsi dengan baik. Apakah sikap orang Cina kepada orang Melayu yang telah banyak membantu mereka sejak dari merdeka sehingga sekarang sudah banyak berubah! Apakah apabila mereka melihat orang Melayu semakin berpecah, maka inilah peluang bagi mereka untuk menuntut pelbagai tuntutan yang adakalanya tidak masuk akal!

Sampai bila kita harus berbudi kepada mereka-mereka yang tidak tahu menghargainya!Barangkali kita masih lagi mengingati generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan.

Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan angkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".

Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.

Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam.

Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya.

Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai.

Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau.

Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba.

Sama-samalah kita fikirkan. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, April 17, 2011

Anwar dah bagi 'Green Light' - Lepas pilihanraya Sarawak boleh sambung serang saya!


Anwar di dalam satu ceramah di Sarawak menyuruh sesiapa yang mahu 'menyerangnya' hendaklah dilakukan selepas PRN Sarawak selesai? Kenapa ya..!!! Anwar dikhabarkan sudah meninggalkan Sarawak sebelum keputusan PRN Sarawak diumumkan semalam?

Berapa banyak PKR hilang wang deposit! Lihat senarai 6 kerusi yang PKR hilang deposit sehingga 'melemaskan' Anwar untuk tinggal lebih lama di Sarawak:

N35 BELAWAI - PKR dapat 618 undi

N36 SEMOP - PKR dapat 564 undi

N37 DARO - PKR dapat 475 undi

N43 NGEMA - PKR dapat 650 undi

N51 BALINGIAN - PKR dapat 871 undi (peniaga kedai runcit yang lawan KM Sarawak)

N54 PELAGUS - PKR dapat 1171 undi

Anwar sekarang berada di mana ya???


Komen Anwar selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Raja Petra Kamarudin semasa sidang akbar PKR!

Diberitakan malam semalam, Anwar berlepas ke Amerika Syarikat (AS) di saat-saat terakhir penentuan pilihan raya Sarawak. Beliau sudah menjangka PKR akan kalah teruk. Itulah juga yang dilakukan dalam beberapa pilihan raya kecil di Semenanjung. Dalam amanatnya kepada jentera PKR malam semalam, Anwar mahu semua ahli setia kepada parti dan jangan tinggalkan kawasan peti undi. Anehnya, beliau sendiri menghilangkan diri.

Anwar ke luar negara lagi tanpa ditemani isterinya, yang pasti ‘melindungi’ beliau jika berbangkit apa sahaja termasuk isu moral. Sekali lagi, beliau menjadi pemimpin pembangkang yang paling banyak ke luar negara. Itu juga menjadi tanda tanya besar. Persoalannya, di AS nanti, apakah yang akan beliau lakukan dan penipuan apa lagi akan disebarkan? Tunggulah...!!!

Suara Politik
Taminsari

Tahniah BN Sarawak - Berjaya kekalkan kemenangan 2/3 kerusi DUN!

Keputusan penuh PRN Sarawak

BN - 55

DAP - 12

PKR - 3

BEBAS - 1

PAS - 0 OMEGA

Najib ucap tahniah atas kemenangan BN di Sarawak:

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 hari ini merupakan satu kemenangan yang sangat bermakna dan jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi lagi.

Belantan juga mengucapkan tahniah kepada para petugas dan jentera-jentera pilihanraya BN yang telah bekerja dengan bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan berada dipihak Barisan Nasional. Tidak lupa juga blogger-blogger pro-BN yang berada di barisan hadapan, tahniah diatas kerja keras anda semua.

Sesungguhnya kemenangan ini amat bermakna bagi Barisan Nasional untuk menghadapi PRU ke-13 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Suara politik
Taminsari

Jumaat, April 15, 2011

Lagi video panas Oh-Mega-leaks Anwar Altantuya!

Raja Petra akui terpedaya janji Anwar tubuh kerajaan

Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata, Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.

Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.

"Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual bahagian kedua itu itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam tadi.



Raja Petra berkata, kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang.

Jelas menunjukkan bahawa pengakuan Raja Petra Kamaruddin mengenai cubaan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan petunjuk jelas tentang siapa sebenarnya “kepala konspirasi” dalam politik negara.

Di sebalik pendedahan Raja Petra itu, apa yang dapat dilihat ialah siapa sebenarnya yang menabur fitnah dan mewujudkan konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra telah dedahkan beberapa nama dan individu yang berkait secara langsung dengan seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan perancang segala konspirasi ini dengan niat tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri.

Dalam siaran Buletin Utama TV3 malam tadi, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006 adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri.

Raja Petra berkata, beliau sendiri tidak pernah menuduh Najib atau Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu dari parti pembangkang itu yang dikatakannya mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Anwar.

Apa yang dapat disimpulkan adalah pengakuan Raja Petra itu amat mengejutkan dan kita yakin Anwar tidak akan berani memfailkan saman terhadap Raja Petra. Apa motif sebenar Raja Petra membuat pendedahan tersebut, wallahuallam. Sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya nanti.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, April 14, 2011

6 bukti, 'wajah' sebenar Anwar bertambah satu lagi menjadikannya 7 sekarang!
















Semalam Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.

Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.

Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.

"Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.

"Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.

"Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?

Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.

"Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.

Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.

"Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.

"Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.

Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.

Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.

Dan hari ini pula bertambah satu lagi 'wajah sebenar' Anwar menjadikannya yang ke 7 apabila seorang lagi orang kepercayaan Anwar menongkah arus dan memilih untuk menentang beliau. Buletin Utama malam tadi menyiarkan wawancara ekslusif TV3 dengan Raja Petra Kamaruddin, Pemilik Malaysia Today.



Semua orang tahu bahawa Raja Petra adalah penyokong kuat Anwar. Dan kita juga tahu kerana Anwarlah juga menyebabkan Raja Petra terpaksa melarikan diri bersembunyi ke luar negara. Sebenarnya bukan sedikit pengorbanan Raja Petra kepada Anwar, malah pelbagai cerita dibuat beliau untuk menjatuhkan pemerintahan Pak Lah sebelum ini.

Dan hari ini agak menggemparkan apabila secara tiba-tiba, Raja Petra muncul dikaca TV mengakui bahawa cerita beliau bahawa NAJIB TERLIBAT DENGAN ALTANTUYA HANYALAH REKAAN! Cerita beliau bahawa ROSMAH ADA KETIKA ALTANTUYA DIBUNUH HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA! Kedua-duanya hanya bersandar kepada dengar cerita orang yang disuruh Anwar! Bukan beliau sendiri yang mengetahuinya.

Raja Petra juga menyatakan bahawa beliau menulis untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan Altantuya adalah semata-mata untuk menggagalkan usaha Datuk Najib menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang dimahukan oleh Anwar!

Satu demi satu kebenaran semakin terserlah. Allah swt telah memakbul solat hajat Pakatan Rakyat sebelum ini. Raja Petra telah muncul untuk mendedahkan kebenaran. Raja Petra telah bosan dan tidak sanggup lagi bersekongkol untuk menipu bagi pihak Anwar. Alhamdulillah semua orang kuat Anwar telah sedar bahawa mereka telah dipergunakan selama ini. Mungkin ini hikmah sumpah laknat Saiful.

Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah swt tunjukkan. Persoalannya adalah tidakkah kita terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, April 12, 2011

6 Mei pengurusan kes Syabas saman kerajaan Selangor!






















Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 6 Mei ini untuk pengurusan kes saman RM471.64 juta yang difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung kadar tarif air.

Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila kes itu disebut hari ini.

Pada 10 November lepas, Syabas memfailkan saman pemula menuntut satu deklarasi bahawa berdasarkan perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004, Selangor telah berhutang dengannya sebanyak RM471,642,916 bagi tempoh 1 Jan 2009 hingga 31 Disember 2009.

Syabas mendakwa menerusi perjanjian itu, yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia, kerajaan Selangor dan syarikat tersebut, ia telah diberikan konsesi selama 30 tahun untuk membeli air terawat daripada operator rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengagihan menurut terma yang tertera dalam perjanjian berkenaan.

Melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, Syabas telah menghantar dokumen penyemakan kepada defendan bagi menyokong permohonan syarikat itu untuk menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada, iaitu RM1.39/m3 kepada tarif dipersetujui iaitu RM1.89/m3, bagi tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.

Namun defendan telah gagal memaklumkan plaintif sama ada defendan bersetuju menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada kepada tarif yang dipersetujui atau sebaliknya.

Syabas menyatakan, walaupun tarif dipersetujui telah ditentukan mengikut peruntukan perjanjian konsesi tersebut namun defendan tidak menerbitkannya dalam warta sebelum permulaan tempoh operasi ketiga.

Sehubungan itu, plaintif berpendapat syarikat itu berhak mendapat pampasan daripada defendan kerana pewartaan tarif dipersetujui sebagai tarif diwartakan telah ditangguhkan.

Bagi tujuan tersebut, menurut plaintif, pihaknya telah menghantar surat kepada defendan namun gagal mendapatkan sebarang maklum balas yang memuaskan.

Melalui surat bertarikh 23 September tahun lalu, Syabas mendakwa, pihaknya telah menuntut supaya defendan membayar tunggakan tersebut namun balasan yang diterima menunjukkan kerajaan negeri gagal, enggan atau mengabaikan perkara berkenaan.

Sementara itu, afidavit balasan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ketika itu, Datuk Ramli Mahmud menyatakan, menerusi pelbagai perbincangan yang diadakan, Kerajaan Negeri Selangor telah secara jelas memaklumkan kepada Syabas mengenai bantahan kenaikan tarif semasa yang diwartakan.

Menurutnya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB) dan Kumpulan Perangsang (KPS) melalui pengarah-pengarahnya yang mewakili kerajaan negeri tersebut sebagai pemegang 30 peratus kepentingan dalam Syabas telah berulang kali menyatakan keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk menuruti permintaan Syabas.

Ramli mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Syabas ke-36 pada 23 Februari tahun lalu, Syabas telah memahami pendirian kerajaan negeri dalam hal itu dan syarikat tersebut tidak boleh mengatakan sebaliknya.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, April 10, 2011

Penasihat ekonomi Selangor naik angin pasal jam Omega!



Anwar macam cacing kepanasan apabila ditanya oleh wartawan tentang jam Omega yang dikatakan disimpan oleh Wan Azizah!

Sebelum itu : Desak tunjuk jam Omega!

Konsensus Bebas mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan jam tangan Omega yang didakwa milik suaminya, Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, jika berjaya menunjukkan jam tangan itu, bermakna Wan Azizah dapat membuktikan bahawa bukan Anwar dalam video aksi itu.

“Saya hairan mengapa beliau (Azizah) tidak menunjukkan jam itu ketika sidang akhbar di rumahnya jika memang ia berada di bawah jagaannya.

“Saya cabar beliau (Wan Azizah) nasihatkan suaminya supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

“Jika kedua-dua isu ini memihak kepada Anwar, ia adalah jalan terbaik untuk menebus balik maruah yang juga jalan pintas mereka ke Putrajaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata, Wan Azizah tidak wajar membuat sidang media hanya setelah melihat video seks kurang daripada dua minit itu.

“Saya tidak menyalahkan Wan Azizah untuk memilih kesetiaan daripada kebenaran yang pahit kerana itu adalah haknya sebagai isteri mempertahankan suami.

“Bagaimanapun, Wan Azizah perlu bertanggungjawab sebagai presiden PKR dan penyokongnya di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membidas mereka yang digelar ‘pencabul siber’ kerana telah menyalah-gunakan namanya untuk memburukkan diri beliau.

“Ini adalah tindakan terdesak mereka yang menggunakan laman sosial Facebook, Twitter dan laman blog untuk memburukkan diri saya.

“Saya juga gagal mengakses laman blog saya kelmarin kerana telah diceroboh oleh mereka yang tidak berkenaan,” katanya.



Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Anwar menggunakan ‘mahkamah rakyat’ untuk membela nasibnya.

“Ini dapat dilihat apabila Anwar dalam kempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Anwar menjaja kisahnya kepada rakyat untuk menagih nasib kepada rakyat.

“Apa yang penting rak-yat perlu tahu kebenaran sama ada pelaku dalam video seks itu adalah beliau atau sebaliknya,” katanya.

Kenapa nak berdolak-dalik lagi! Kalau betul ada menyimpan jam tersebut, tunjukkan sahaja kepada umum. Mengapa nak sorok-sorok lagi? Apakah sekarang keluarga Anwar sedang mencari jam yang serupa supaya terhapus semua bukti-bukti nanti. Kalau tidak silap jam Omega tersebut sudah diserahkan kepada pihak polis! Jadi apa lagi alasan mereka selepas ini. Sama-samalah kita tunggu.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, April 04, 2011

MB Khalid buat lawak 'Mr.Bean' - Nak pegang jawatan Menteri Besar seumur hidup macam Nik Aziz!

Khalid tidak puas jadi MB Selangor!

Keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen dibuat untuk kepentingan politik peribadinya.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, Khalid dilihat seperti mahu memegang jawatannya selama yang boleh kerana sedar beliau mungkin digantikan selepas pilihan raya akan datang.

"Beliau tahu, jika selepas ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kedudukan mereka di Selangor, Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan jawatan Menteri Besar kepada Azmin Ali yang rapat dengan Anwar.

"Abdul Khalid belum puas lagi memegang jawatan itu malahan beliau tidak mengutamakan kepentingan rakyat sebaliknya hanya mementingkan nafsu politiknya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khalid sebelum ini dilaporkan tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan Parlimen sekiranya kerajaan Persekutuan memilih melakukannya pada tahun ini. Tambah Satim, musim politik ini tidak harus dibiarkan berpanjangan seperti mana kes liwat melibatkan Anwar.

''Rakyat akan muak jika budaya politik seperti ini terus diamalkan. Kita tahu adalah lebih menjimatkan masa jika pilihan raya dibuat serentak dan rakyat boleh menumpukan usaha untuk membangunkan ekonomi," katanya.

Nasihat buat MB Khalid supaya menunaikan segala janji-janji pada PRU ke-12 yang lepas jika belum tunaikan supaya rakyat tidak marah dengan pemerintahan beliau sebelum 'meninggalkan SUK' pada PRU ke-13 nanti! Kita tahu PKR di Selangor sekarang sudah dapat menghidu 'bau-bau kekalahan' di PRU ke-13 nanti dan disebabkan oleh itu mereka sedang asyik 'memenuhi tembeluk' masing-masing daripada memikirkan masalah rakyat!

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, April 03, 2011

Mengapalah bangang sangat Menteri Besar Selangor nih!

Tidak hairanlah mengapa pentadbiran PKR di Selangor sekarang kucar-kacir! Mana tidaknya apabila negeri Selangor diperintah oleh seorang Menteri Besar yang 'kuat perasan' dirinya hebat sangat. Apabila ada sahaja masalah yang tidak dapat diselesaikan, maka UMNO dan BN lah yang akan menjadi mangsa beliau untuk dipersalahkan?

Banyak pembongkaran dan penyelewengan berlaku seperti menderhaka kepada baginda Sultan Selangor, Yayasan Selangor, PKNS, Yayasan Basmi Kemiskinan dan lain-lain lagi. Dan yang terbaru adalah apabila MB Khalid menunjukkan sebenar akan 'kebodohan' beliau.

Berkenaan dengan isu video panas yang hangat diperkatakan sekarang, Khalid Ibrahim mempertikai dan mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan maksud tulen berhubung dengan rakaman video seks yang didakwa libatkan pemimpin PKR.

Yang menampakkan 'kebangangan' Khalid adalah apabila beliau berkata, walaupun disahkan tulen oleh pakar, Ismail perlu menjelaskan sama ada orang di dalam rakan video aksi seks tersebut atau video itu yang tulen.

Kalau betul video itu tulen, saya tidak jadi masalah tetapi jangan buat dan cakap sahaja. Kena jelaskan apa makna tulen? Orangnya betul atau videonya betul?

(Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kata, individu dalam video itu bukan beliau. Keadaan ini berbeza, melainkan IGP (Ketua Polis Negara) ada rekod atau bukti terhadap isu ini,” katanya.

Kenyataan dari KPN sebelum itu : KPN sahkan video seks tulen

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.

Katanya, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik oleh pihak polis minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.

Menurutnya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

"Saya telah mengarahkan pasukan penyiasat yang ditubuhkan itu agar menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

Pihak polis, tegas beliau, akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan dan setakat ini tiga individu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing.

Telah jelas apa yang dikatakan oleh KPN iaitu "rakaman video seks" adalah tulen dan KPN tidak ada menyebut mengenai orangnya? Pelaku adegan seks dalam video itu masih lagi dalam siasatan dan polis akan memanggil sesiapa sahaja yang ada berkenaan dengan video tersebut. Jadi apa masalah Khalid dalam mempertikaikan isu TULEN tersebut.

Karpal Singh ada mencadangkan supaya video seks TULEN tersebut ditayangkan di parlimen. Apa pendapat MB Khalid. Tak nak tumpang sekaki ke menonton bersama ahli-ahli parlimen yang lain supaya KETULENAN pelaku watak seks tersebut dapat dibuktikan? Jangan malu-malu MB Khalid..!!!

Suara Politik
Taminsari