Selasa, Mei 03, 2011

Hentikan segera konflik air Selangor!
























Umum mengetahui isu air di Selangor sehingga kini tiada penyelesaiannya. Pihak yang terlibat khususnya Kerajaan Pusat dan kerajaan Selangor masih gagal mencapai kata sepakat tentang beberapa perkara termasuk isu tarif air baru.

Yang terbaru, The Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) tiba-tiba muncul, kononnya mempunyai formula tertentu bagi menyelesaikan kemelut air ini. Mungkin secara kebetulan atau didalangi oleh pihak tertentu, kemunculannya masih menjadi tanda tanya. ( AWER- Klik di sini )

Yang penting Kerajaan Pusat atau mana-mana pihak yang terlibat jangan mudah tunduk dengan desakan AWER yang berhasrat mahu memaparkan kepada umum mengenai hasil kajian mereka jalankan setakat ini. Apakah AWER sedar tindakannya akan memburukkan lagi keadaan dan mengelirukan rakyat khususnya rakyat Selangor?

Adakah dengan hanya membentang kertas kerja dapat meyakinkan rakyat bahawa cadangan mereka lebih baik daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sendiri? Secara prinsipnya, kita dapat menjangka bahawa kajian mereka pasti telah dilaksanakan dengan mengambil kira kajian secara luaran atau permukaan sahaja.

Apalah yang mampu terhasil dengan kajian yang hanya mengambil masa selama hanya enam bulan!

Tentulah perkara yang melibatkan unsur teknikal tidak diambil kira secara mendalam dan terus mengharapkan formula mereka akan berjaya. Secara amnya, isu penstrukturan semula industri air di negeri Selangor ini amat kompleks dan bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Yang paling utama pihak terbabit kembali menghormati perjanjian konsesi itu sendiri, yang masih sah berfungsi selama 23 tahun lagi.

Bukan untuk menyebelahi sesiapa tetapi yang pasti operator yang dilantik seperti yang termaktub dalam perjanjian tersebut pasti berwibawa dan terbukti dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Bayangkan jika pemberian lesen seperti dicadangkan AWER menjadi kenyataan, polisi dan pendekatan syarikat yang diberikan lesen akan berbeza-beza dan tidak konsisten. Sememangnya kita pasti lebih banyak masalah akan timbul dan mangsanya adalah pengguna.

Sudah menjadi lumrah, akan ada pihak yang sentiasa mencari peluang untuk mencari kelemahan syarikat operator ini dan menjadikan isu kenaikan tarif sebagai senjata paling besar untuk 'menghukum' mereka. Kenaikan tarif tidak dapat dielakkan, maka dengan sebab itulah tarif air terpaksa dinaikkan di Kedah, Pulau Pinang dan Melaka kerana keperluan meneruskan kesinambungan bekalan air yang konsisten dan tidak tergendala lagi.

AWER harus sedar kerajaan tidak menaikkan tarif sesuka hati. Kenaikan tarif akan membolehkan syarikat operator air melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Kita menyeru konflik lebih tiga tahun ini ditamatkan segera oleh pihak KeTTHA dan kerajaan Selangor kerana yang perlu diutamakan adalah rakyat dan bukannya agenda politik yang tidak berkesudahan.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro.

Aku follow jugak isu ni.

Aku rasa Selangor sepatutnya follow dulu concession yg telah dibuat sebelum ini. Lagi pun tak lama lagi. Bukan apa, ia documented agreement dan sukar utk dikalahkan di court.

PR Selangor pulak takde offer win-win situation. Tunjukkan kebijakan jugak kepada seteru politik anda.

Jangan buang masa, banyak lagi isu rakyat di Selangor PR kena watch over. Disebabkan nafsu rakus, sampai sekarang isu penstrukturan air belum berjaya diselesaikan oleh PR Selangor.

Mereka nak take over tapi budget ciput. Lagipun, sudah terbukti jika govt yg take over, ia belum lagi menjanjikan perkhidmatan lebih baik daripada sekarang.