JAKARTA – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan syarikat penerbangan itu menerima kebenaran untuk beroperasi di laluan Surabaya-Singapura berdasarkan jadual penerbangan yang dipersetujui oleh pihak berkuasa Indonesia dan Singapura.
Beliau berkata, pihaknya menerima kebenaran untuk beroperasi di laluan tersebut sebanyak tujuh kali dalam seminggu.
“Apa yang berlaku merupakan satu masalah pentadbiran. Kami menghargai langkah Kementerian Pengangkutan Indonesia untuk menilai penyelarasan antara pihak berkuasa lapangan terbang dan pihak berkuasa penerbangan bagi mengelak salah faham pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan kepada agensi berita Antara.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kenyataan Menteri Hal Ehwal Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan yang menyatakan Fernandes mengaku salah tidak mendapat kebenaran menggunakan laluan tersebut.
Fernandes kemudian mencadangkan pihak berkuasa penerbangan di Indonesia menggunakan sistem komputer komprehensif seperti yang digunakan di Singapura.
Terdahulu, Pemangku Ketua Pengarah Pengangkutan Udara, Kementerian Pengangkutan Indonesia, Djoko Murdjatmojo berkata, AirAsia melanggar jadual penerbangan Surabaya-Singapura yang telah dipersetujui.
“Berdasarkan pemantauan kami, AirAsia tidak mengikut jadual dipersetujui dengan kerajaan,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan