Sabtu, Disember 13, 2014

Pelik...!!! Warga asing bebas berniaga di negara ini?


Adalah tidak mengejutkan apabila kita dapati ramai penjaja asing mencari rezeki di negara kita. Sama ada penjaja asing itu memperoleh ruang niaga sendiri atau menyewanya, itu satu lagi persoalan. Namun, kegiatan menjaja di kalangan warga asing semacam suatu kebiasaan, bukan lagi suatu kejanggalan dalam rutin harian di Malaysia.

Sedangkan, tiada satu pun peruntukan undang-undang negara yang membenarkan mereka mencari rezeki secara demikian di negara kita. Semua tahu hak mencari rezeki kepada warga asing di negara kita hanya melibatkan sektor-sektor tertentu sahaja.


Salah siapa apabila kita dengan jelas mengenali atau mengecam warga asing berjaja di pasar malam atau pasar siang atau pasar pagi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Johor dan negeri-negeri lain di seluruh negara. Kita juga sudah tidak kekok apabila berurusniaga dengan penjaja warga asing. Secara mudah, kita boleh menyalahkan pihak berkuasa.

Sedangkan ‘pemudah cara’ yakni sesiapa juga yang memberi ruang kepada mereka sama ada majikan mahupun mereka yang menyewa gerai dan seumpamanya, juga wajar dipersalahkan. Di sesetengah tempat, kehadiran warga asing dalam aktiviti tersebut seolah-seolah sukar untuk dikawal.


Secara mudah, kehadiran penjaja warga asing boleh menggugat aktiviti penjaja tempatan. Justeru selain pihak berkuasa, persatuan-persatuan penjaja juga wajar membantu memperbetulkan keadaan tersebut.

Langkah kerajaan untuk mewujudkan satu makmal bagi mengkaji kaedah terbaik menangani isu kebanjiran penjaja warga asing di negara ini diharap menjadi pelengkap ke arah mengatasi secara menyeluruh masalah kebanjiran penjaja warga asing di negara kita.

Sampai bila kita harus tunggu dan lihat sahaja? Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: