Isnin, Disember 01, 2014

Anwar rasa tertekan Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai mungkir janji apabila membuat keputusan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan digunakan Najib untuk mengekalkan akta itu juga tidak berasas.

“Dia kena jawab. Perdana Menteri buat janji dan dimungkiri. Apa faktor yang menyebabkan beliau batalkan jaminan itu? Sekarang (Najib) gunakan alasan untuk menyelamatkan Melayu.

"Soal menyelamatkan Melayu ini soal penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, bukan soal undang-undang itu,” katanya pada Sinar Harian di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, kegagalan Najib mengotakan janjinya amat dikesali dan Anwar turut mendakwa Najib tunduk pada tekanan golongan berhaluan kanan yang mahu akta itu digunakan bagi mengekang kebebasan dan menekan pembangkang serta pihak lain.


“Apa yang dicadangkan (Najib semalam) bukan sahaja (Akta Hasutan) tidak dimansuhkan, tetapi diperketatkan pula atas alasan menjamin keselamatan negara dan Melayu,” katanya.

Menurut Anwar, perpecahan yang berlaku hari ini bukannya soal tekanan daripada masyarakat bukan Melayu, tetapi berpunca daripada kelemahan sistem pentadbiran negara.

Mengenai tindakan Najib mengumumkan perkara itu di Perhimpunan Agung Umno, beliau berkata, perkara itu sudah menjadi kebiasaan kepimpinan Umno menggunakan platform itu untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan.

Bagi penulis kenyataan Anwar ini tidak uabah seperti menepuk dulang, terpercik air kemuka sendiri! Siapa yang sebenarnya yang menyebabkan perpecahan sepertimana yang berlaku sekarang. Adakah Anwar sedar satu jari menuding kearah orang lain, tetapi baki jari yang lain menuding kearah sendiri. Tepuk dada tanya selera?

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: