Khamis, Jun 20, 2013

Mungkin ini antara sebab mengapa kita tidak sambut hari Malaysia selama ini?


Dalam bukunya, Lee Kuan Yew menulis dimuka surat 504-505 "The Tunku was not aware that it (16.09.1963) was my 40th birthday! If he had known, he might well have changed the date - my birthday could not be his lucky day!!".

[Terjemahan: "Tunku (Abdul Rahman) tidak menyedari bahawa tarikh itu (16.09.1963) adalah harijadi saya yang ke 40. Kalau beliau tahu, sudah pasti beliau akan menukar tarikh tersebut - kerana harijadi saya tidak mungkin boleh menjadi hari yang baik bagi Tunku!!".

Yup..tarikh 16 September adalah harijadi Lee Kuan Yew!! Lee Kuan Yew beranak pada 16 Sept 1923 ! Nampak gayanya dah lama kita "kena kencing". Lima puluh tahun lamanya kita dok sambut harijadi Lee Kuan Yew dan secara rasminya kita menyambutnya hari ini. Dan kita akan terus menyambutnya sehingga dunia kiamat, atau bila Melayu hilang negaranya (yang mana dulu).

Dan kita Melayu lurus bendul ni main terima aje cadangan tarikh 16 Sept itu tanpa usul periksa. Akhirnya tak pasal-pasal kita kena sambut harijadi Lew Kuan Yew tiap tahun, sekarang siap jadi public holiday lagi. Macam tu lah nasib bangsa Melayu ku yang selalu "kena kencing".

Selepas mendapat kemerdekaan melalui gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dibawah kepimpinan Lee Kuan Yew tak habis-habis cari pasal. Akhirnya menyebabkan Tunku tiada pilihan selain daripada menendang Singapura keluar pada tahun 1965 daripada gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Maka dalam tempoh 2 tahun, Melayu "kena kencing" sekali lagi. Dan ini bukan kecik punya kencing tapi sampai hilang satu negara!

Negara yang asalnya milik umat Islam bangsa Melayu, dengan sejarah Sang Nila Utama dan Hang Nadim yang makin pudar; hari ni bulu singa pun dah tak nampak!! Bangsa Melayu menjadi kaum merempat dalam negara sendiri, akibat mainan politik yang orang Melayu memang bendul!!


Dan jangan lupa kita semua "kena kencing" 16 Sept dua tahun lepas. Satu dunia kena kelentong bagaimana sandiwara politik dimainkan yang Putrajaya akan bertukar tangan pada 16 Sept 2008. Satu dunia kena tipu!.Mamat tu siap tunggu kat Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru . Siap berangan nak salam dengan YDP Agong!! Losyen baby Johnson dengan spray Calvin-Klein "The One" siap dalam beg dengar ceritanya..isyk-isyk..isyk. Dengar cerita Tuanku YDP Agong tengah menunggu di Istana. Dan dengar cerita lagi Mamat tu dah siap dok menghafal nak angkat sumpah, macam pengantin menghafal lafaz nikah!! Berpeluh jantan katanya! Tau-tau semua "kena kencing" jugak!! Hampeh!!

Itulah sejarah 16 Sept! Diharap janganlah kita umat Islam bangsa Melayu "kena kencing" lagi. Kalau dok tengok cara kita dok berpolitik sekarang ni, rasanya memang kita orang Melayu rela diperkencingkan. Pak Jangot dok sibuk mengembek mengurat si kapior. Yang terkedu esok bangsa Melayu jugak!!

Nak kata apa, nasi dah jadi bubur. Dah jadi dalam lipatan sejarah pun! Mahu tak mahu kita sambutlah jugak Hari Malaysia ni walaupun dah ditukar menjadi Hari 1 Malaysia. Abaikan lah dari dok mengingati harijadi si Lee Kuan Yew tu...walaupun harinya sama, tapi hakikatnya tak serupa..Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

Raz Lancelot berkata...

xde masalah pun..orang sambut hari malaysia, bukan birthday cina tua tu..lantak lah cina tua tu perasan sorang sorang

celana biru berkata...

Apa kene-mengena Hari Malaysia dengan birthday cina yang dah menggeletar nak mampus tu?
Jauh panggang dari api!