Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Jun 23, 2013
Apa agenda penyokong pembangkang arak bendera merah putih?
Perhimpunan haram tajaan Anwar Ibrahim di sini hari ini sekali lagi menyaksikan kebiadaban beberapa penyokong pembangkang mengarak bendera merah putih yang dikaitkan dengan usaha menukar Jalur Gemilang.
Sebelum ini pengibaran bendera itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa pemuda mengibarkannya ketika menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos tahun lalu. Malahan bendera yang sama juga turut dijumpai dipasang di beberapa jalan di Shah Alam, Selangor selepas itu.
Apa agenda sebenar mereka di sebalik alasan yang diberikan?
Kemunculan bendera itu telah mewujudkan tanggapan bahawa penyokong pembangkang berhasrat menukar sistem negara ini kepada sistem republik.
Pada 3 September tahun lalu, portal pembangkang The Malaysia Insider menyiarkan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang mempertahankan tindakan beberapa pemuda mengibarkan bendera tersebut dan menganggap ia bendera Sang Saka Malaya yang merupakan sebahagian daripada sejarah.
Dalam aksi hari ini, beberapa pemuda dilihat dengan megah mengarak bendera tersebut untuk menyertai perhimpunan di Padang Merbok bagaimanapun usaha itu dihalang oleh Unit Amal Pas di persimpangan Jalan Raja bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Namun begitu tindakan kumpulan penyokong pembangkang tersebut tetap menimbulkan persoalan berhubung motif di sebalik perbuatan berkenaan.
Selain itu, perhimpunan tersebut juga dicemari beberapa tindakan yang dianggap cuba melakukan provokasi apabila mereka memegang sepanduk menghina pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), media arus perdana dan pengambilan tanda tangan dengan sasaran 100,000 orang yang berani mati untuk memperjuangkan demokrasi.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan