Ahad, Februari 26, 2012

PM buat tinjauan susulan di Selangor hari ini!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan kerja sehari di negeri Selangor hari ini ( Ahad ) sebagai tinjauan susulan ke beberapa daerah di negeri itu.

Koordinator Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, lawatan kerja Perdana Menteri itu akan bermula pada pukul 9 pagi di Sabak Bernam dan berakhir pada pukul 11.30 malam di Kapar, Klang.

Menurut beliau, Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN dan UMNO negeri mahu memberi ruang lebih meluas bagi mendengar sendiri pandangan rakyat Selangor dan melihat sendiri perkembangan usaha-usahanya untuk memenuhi permintaan rakyat negeri itu.

"Kehadiran Perdana Menteri dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Selangor di bawah projek 'Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakin BN' mendapat sambutan baik daripada rakyat negeri ini yang semakin hari semakin ramai membanjiri apa juga program dua pemimpin utama negara itu," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pada pukul 9 pagi, Najib akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan akar umbi serta bertemu warga petani dan nelayan daerah itu di Padang Dewan Sepak Takraw Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar sebelum meninjau keadaan Balai Polis Sungai Besar.

Mohd. Zin yang juga Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya BN negeri memberitahu, Perdana Menteri akan menyertai jamuan makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan serta melakukan upacara pecah tanah tambahan 18 bilik darjah bernilai RM1.5 juta di sekolah itu.

"Najib juga akan menyerahkan kunci Rumah Bantuan Khas kepada seorang penduduk di kawasan berhampiran, Sia How Lian yang tinggal di Lorong B Side B, Sekinchan sebelum menunaikan solat berjemaah di Masjid Kampung Kuatan.

"Beliau juga telah bersetuju meluangkan masa pada pukul 3 petang bagi menerima jemputan seorang penduduk berdekatan, Embam Jantan di Batu 6, Kampung Asahan untuk bersantai di rumahnya serta beramah mesra dengan masyarakat setempat," tambahnya.

Tambah Mohd. Zin, pada pukul 4 petang, Perdana Menteri akan meninjau 'Ekspo Pertanian Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakini BN di Terminal CIQS, Pelabuhan Klang sebelum melancarkan Jentera Pilihan Raya BN Selangor membabitkan kira-kira 30,000 orang.

Pada pukul 8.30 malam pula ujar beliau, Najib akan menyertai kira-kira 50,000 penduduk tempatan bagi Sambutan Pesta Ponggal di Padang TNB Batu 9, Kapar yang akan turut dihadiri oleh Presiden MIC, Tan Sri G. Palanivel.

Rakyat semua dijemput hadir. Sayangi Selangor Yakin BN.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: