Jumaat, Januari 14, 2011

Syabas tuntut tunggakan hutang pampasan lebih RM471 juta!





















Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) telah memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan Negeri Selangor supaya tunggakan hutang selama setahun berjumlah RM471,642,916 dibayar dengan serta-merta.

Syabas selaku plaintif memohon perisytiharan bahawa terdapat jumlah hutang yang mesti dibayar oleh kerajaan negeri tersebut bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009 mengikut tafsiran sebenar Perjanjian Konsesi bertarikh 15 Disember 2004.

Saman pemula tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Dagang) di sini pada 10 November tahun lalu menerusi firma guaman Tetuan Soo Thien Ming & Nashrah, menamakan Kerajaan Negeri Selangor sebagai defendan.

Turut difailkan adalah afidavit sokongan terhadap permohonan itu yang diikrarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan.

Saman pemula itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Anantham Kasinather pada 11 Februari ini.

Syabas dalam permohonannya menyatakan, melalui perjanjian antara syarikat tersebut, Kerajaan Malaysia dan defendan itu, plaintif telah diberikan konsesi selama 30 tahun untuk membeli air terawat daripada operator rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengagihan menurut terma dalam perjanjian itu.

Melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, plaintif telah menghantar dokumen penyemakan kepada defendan untuk menyokong permohonan mereka menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada RM1.39/m3 kepada tarif yang dipersetujui RM1.89/m3 untuk tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.

Namun defendan telah gagal memaklumkan plaintif sama ada defendan bersetuju menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada kepada tarif yang dipersetujui atau sebaliknya.

Syabas menyatakan, walaupun tarif dipersetujui telah ditentukan mengikut peruntukan perjanjian konsesi tersebut namun defendan tidak menerbitkannya dalam warta sebelum permulaan tempoh operasi ketiga.

Sehubungan itu, plaintif berpendapat syarikat itu berhak mendapat pampasan daripada defendan kerana pewartaan tarif dipersetujui sebagai tarif diwartakan telah ditangguhkan.

Bagi tujuan tersebut, menurut plaintif, pihaknya telah menghantar surat kepada defendan namun gagal mendapatkan sebarang maklum balas yang memuaskan.

Melalui surat bertarikh 23 September tahun lalu, Syabas mendakwa, pihaknya telah menuntut supaya defendan membayar tunggakan tersebut namun balasan yang diterima menunjukkan kerajaan negeri gagal, enggan atau mengabaikan perkara berkenaan.

Sementara itu, afidavit balasan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ketika itu, Datuk Ramli Mahmud menyatakan, menerusi pelbagai perbincangan yang diadakan, Kerajaan Negeri Selangor telah secara jelas memaklumkan kepada Syabas mengenai bantahan kenaikan tarif semasa yang diwartakan.

Menurutnya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB) dan Kumpulan Perangsang (KPS) melalui pengarah-pengarahnya yang mewakili kerajaan negeri tersebut sebagai pemegang 30 peratus kepentingan dalam Syabas telah berulang kali menyatakan keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk menuruti permintaan Syabas.

Ramli mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Syabas ke-36 pada 23 Februari tahun lalu, Syabas telah memahami pendirian kerajaan negeri dalam hal itu dan syarikat tersebut tidak boleh mengatakan sebaliknya.

Suara Politik
Tamainsari

1 ulasan:

Unknown berkata...

kami bangga dgn khalid al gagapi b
erhutang untuk tolong rakyat.