Selasa, Januari 25, 2011

Pindaan gagal : Kerajaan negeri terperangkap mainan politik sendiri!

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohamad Satim Diman menyifatkan kerajaan Parti Keadilan Selangor (PKR) Selangor ‘terperangkap’ dengan strategi politik mereka sendiri berhubung isu pindaan perlembagaan negeri.

Katanya, keputusan sidang DUN yang menolak pindaan untuk memberikan ‘kuasa menasihat’ Sultan Selangor kepada Menteri Besar hari ini jelas menggambarkan bahawa ia adalah muslihat politik yang dirancang oleh kerajaan negeri.

Ini kerana katanya, kerajaan negeri sebenarnya telah tahu sejak dari awal lagi bahawa pindaan tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mempunyai majoriti dua pertiga DUN.

“Bagaimanapun, mereka tetap mahukan pindaan ini dibuat meskipun tidak ada majoriti DUN. Jadi apakah yang sebenarnya mahu dibawa oleh kerajaan negeri.

“Kita (Barisan Nasional) melihat bahawa usul pindaan ini merupakan satu taktik politik mereka hanya mahukan kuasa kepada Menteri Besar dalam melantik tiga pegawai eksekutif negeri, bukannya mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor.

“Sebab itulah kita menolak usul pindaan ini. Kita lihat sendiri bagaimana hipokrasi kerajaan negeri dalam isu pindaan ini, mereka terperangkap dengan permainan politik mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di sini hari ini.

Dalam undi belah bahagian sidang DUN hari ini, keputusan pindaan itu tidak dapat dilaksanakan apabila hanya 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong manakala 20 ADUN lagi menentang.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim kira-kira pukul 6.15 petang ini.

Dalam pada itu, Mohamad Satim turut menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya segera membenarkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar secepat mungkin.

Sementara itu : Khalid, Chang Khim perlu letak jawatan

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Teng Chang Khim meletakkan jawatan.

Gesaan itu dibuat berikutan kegagalan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meluluskan usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada sidang DUN di Shah Alam, hari ini.

Menurut Zulkifli, kegagalan cubaan meminda undang-undang itu membawa mesej yang jelas, bahawa Abdul Khalid dan Chang Kim telah gagal.

‘‘Disebabkan kegagalan itu, saya berpendapat Menteri Besar dan Speaker wajib meletakkan jawatan. Kalau mereka ada maruah, mereka wajib meletakkan jawatan. Dan saya cabar mereka supaya melakukan apa yang mana-mana pemimpin bermaruah akan lakukan; pikul tanggungjawab kegagalan itu dan letak jawatan!’’ katanya.

Selain menuju gesaan meletakkan jawatan itu kepada Abdul Khalid dan Chang Kim, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu juga membuat gesaan yang sama kepada kesemua Exco dan ADUN pakatan pembangkang yang menyokong cubaan pindaan undang-undang berkenaan.

‘‘Kesemua mereka juga wajar meletakkan jawatan kerana tindak-tanduk mereka jelas langsung tidak menghormati kedudukan dan kuasa Tuanku Sultan Selangor. Kalau ada harga diri dan maruah, letaklah jawatan,’’ tegasnya.

Zulkifli juga berpendapat, pakatan pembangkang sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membolehkan rakyat memilih untuk melantik kerajaan baru.

‘‘(Ia) kerana semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, pindaan kepada Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar dan menurunkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan Selangor tiada di dalam manifesto mereka.

‘‘Malah pada saya, ini satu penipuan pilihan raya, kerana rakyat diperdaya memilih mereka tanpa mengetahui mereka mempunyai agenda yang tersembunyi untuk mendapat kuasa mutlak,’’ katanya.

Bagaimanapun Zulkifli yang mengulangi bahawa pindaan itu jika diluluskan hanya akan menyebabkan Sultan Selangor menjadi rubber stamp atau tukang cop menegaskan, beliau cukup yakin, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang di negeri itu tidak akan meletakkan jawatan, ataupun membubarkan DUN.

‘‘Mereka tahu kalau itu berlaku mereka sendiri akan bungkus, kerana sudah pasti rakyat Selangor sudah muak dan jelak dengan politiking mereka yang tak habis-habis, tetapi kebajikan dan kepentingan rakyat diabaikan,’’ katanya.

Beliau juga percaya, pemimpin-pemimpin tersebut akan menjaja bahawa kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah menolak usaha untuk mengembalikan kuasa Sultan.

Komen : Antara kenyataan MB Khalid semasa sidang dewan;

" Pakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini. Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan."

Dari kenyataan tersebut, tidakkah tindakan Khalid yang dilihat menafikan titah Sultan dan perkenan Sultan terhadap SUK itu berlawanan dengan apa yang diucapkan? Nampak sangatlah MB Khalid ini macam seekor burung kakak tua yang pandai bercakap, tetapi tidak tahu apa yang dicakapkannya!

Ambil iktibar dari gambar diatas, sudah tahu itu isteri orang, tetapi masih lagi mahu mengusik! Apa yang pasti adalah sidang tergempar ini akan dicatit didalam sejarah sebagai sidang yang menghina Tuanku Sultan Selangor!

Suara Politik
Taminsari..

Tiada ulasan: