Jumaat, Januari 21, 2011

Noh Omar minta rakyat tidak terkeliru khabar angin!




















Rakyat Selangor dinasihatkan agar tidak salah faham mengenai perisytiharan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 24 Januari ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Sultan Selangor hanya memberi perkenan untuk mengadakan sidang DUN dan bukannya meluluskan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

“Ada khabar angin mengatakan Sultan Selangor meluluskan pindaan tersebut, walhal perkara tersebut tidak sahih kerana sidang DUN belum lagi berlangsung.

“Justeru, kita tidak mahu rakyat Selangor terkeliru dengan khabar angin tersebut,” katanya.

Menurut Noh, pada sidang DUN tersebut kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan hadir dan akan menjawab segala hujah untuk mempersoalkan kewajaran pindaan tersebut.

Ahli-ahli DUN Barisan Nasional menjunjung perkenan ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di atas pemahsyuran baginda mengenai persidangan tergempar DUN pada 24 hb.Januari 2011 nanti.

Mereka bersependapat bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak cuba mempolitikkan isu perlantikan SUK yang baru iaitu Dato' Mohd Khusrin Munawi ketahap ini.

Dikuatiri bahawa ianya akan menjadi tindakan sia-sia yang akan menjejaskan urusan kerajaan dan ini tidak mendatangkan faedah kepada rakyat Selangor amnya. Sebaliknya hanya menjaga EGO seorang Menteri Besar. Tujuan MB Khalid ialah hanya untuk memperkasakan diri beliau sebagai Menteri Besar dan bukan untuk tujuan lain.

Menurut Dato' Noh lagi, selaras dengan perintah tetap 48 perintah-perintah tetap Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Selangor menuntut speaker DUN atau Menteri Besar Selangor menyerahkan kepada ahli-ahli DUN BN kertas lengkap deraf cadangan pindaan perlembagaan negeri Selangor bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Ini tidak, tindakan kerajaan negeri untuk hanya membekalkan deraf cadangan ini pada hari-hari terakhir ataupun pada hari persidangan dewan itu nanti diadakan sebagai tektik " serang hendap " atau pun satu tindakan " sabotaj "!

Gesaan ini adalah amat wajar memandangkan persidangan tergempar ini bukanlah satu persidangan yang biasa diadakan. Malahan ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah dimana satu persidangan perlu diadakan secara tergesa-gesa dan terburu-buru apatahlagi ianya melibatkan pindaan kepada pelembagaan negeri Selangor.

Malangnya sehingga hari ini, tidak seorang pun ADUN BN telah di berikan deraf lengkap pindaan perlembagaan itu kecuali apa yang dilapurkan oleh media massa mengenai cadangan pindaan kepada artikel 52(1). Dilihat cadangan pindaan ini sebagai bertentangan dan " Ultra Vires " kepada perlembagaan Persekutuan di bawah artikel 74 jadual ke9, senarai negeri.

Bagi penulis apa yang pasti adalah tindakan MB Khalid menyanggah perkenan Sultan dalam melantik SUK yang baru sudah dianggap biadap dan derhaka kepada baginda Tuanku Sultan. Adakah semata-mata tidak berpuas hati dengan SUK baru, maka beliau mahu meminda perlembagaan negeri! Kerana marahkan nyamuk, maka kelambu hendak dibakarnya!

Apakah sidang tergempar ini diadakan bagi menutup malu beliau kerana " menderhaka" kepada Sultan dengan membawa usul pindaan perlembagaan supaya apabila ADUN BN menolak usul tersebut, maka BN dituduh pula " menderhaka " kepada Sultan secara tidak langsung! Inilah permainan sebenar MB Selangor yang bernama Abdul Khalid Bin Ibrahim! Sanggup menderhaka semata-mata mahu mengikut telunjuk DAP?

MB Khalid sebenarnya mahu mengurangkan kuasa yang ada pada baginda Sultan dalam memberi perkenan atau melantik seseorang SUK yang baru supaya hal ehwal memilih di beri kuasa kepada Menteri Besar dan kemudiannya menasihati baginda Sultan! Jadi apa yang sebenarnya mahu dipinda oleh MB Khalid. Memberi atau mengekalkan kuasa kepada Sultan ( seperti yang sudah ada sekarang ) atau mengurangkannya. Adakah MB Khalid GILA KUASA sehingga sanggup menyembah derhaka!

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

rakyat yg jd mangsa...

pakatan rakyat apa mcm ni?

pakatan penyamun adalahhhh

Laksamana Bentan berkata...

Salam Tuan,
Mohon link ke blog tuan
T Kasih