Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Januari 02, 2011
ADUN Sri Muda gertak Sultan : Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor!
Lim Kit Siang sebelum ini menyebut tindakan Sultan Selangor memperkenankan perlantikan Sestiausaha Kerajaan Negeri yang baru sebagai melanggar Fasal 55 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.
Katanya, Sultan tidak boleh membuat keputusan tanpa mendapat nasihat Menteri Besar. Dia menyebut, pengecualian atas perkara tersebut tidak terpakai pada soal pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri walaupun setiap fasal ada memberikan pengecualian untuk Sultan membuat keputusan tanpa melalui nasihat Menteri Besar.
Ini mengingatkan kita episod di Perak di mana mereka bermain dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang akhirnya menjerat mereka sendiri. Kali ini skripnya sama.
Manakala seorang lagi wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak biadab apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan mendakwa ia seperti tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati'.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei juga dilihat mahu mengheret Sultan Sharafuddin ke dalam kancah politik apabila mendakwa, isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru sebagai tindakan pilih kasih institusi beraja terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).
Sambil mempersoalkan pelantikan Mohammed Khusrin itu, Shuhaimi mendakwa, jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Sultan Sharafuddin mesti bertindak mengikut nasihat majlis tersebut, bukannya berkecuali.
"Saya dapati pelantikan SUK sebagaimana diperuntukkan oleh Fasal 52 (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.
"Rakyat akan menolak sebarang tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati' oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja," katanya dalam blognya http://srimuda.blogspot.com, hari ini.
Shuhaimi merupakan pemimpin pembangkang terbaru mempertikai Kuasa Budi Bicara Sultan Sharafuddin dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad terlebih dahulu mempersoal pelantikan berkenaan.
Dalam pada itu, Shuhaimi seperti cuba memberi amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan konvensyen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.
"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung, akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan," katanya.
Sementera itu, wakil rakyat PKR itu juga seolah-olah cuba menyamakan ketegasan Sultan Sharafuddin yang tidak berganjak dengan keputusannya walaupun mendapat pelbagai kecaman daripada pihak pembangkang yang tidak berpuas hati dalam isu tersebut sebagai ego.
"Saya meneliti kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menyatakan baginda seorang yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat tetapi bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah?
"Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego," katanya.
Itulah kesannya apabila kuasa mula terhakis. Apakah PAS dan Melayu lain dalam PKR nampak isu ini boleh membiak dan akhir apa yang ada akan hilang. Dengan mewakilkan yang mereka ini Pakatan Rakyat dan mengambarkan inilah Pakatan Rakyat mahu, secara tidak langsung dunia dihidangkan yang inilah Suara Rakyat. Berdemontrasi cara mereka dan membolehkan berlakunya pemberontakan, inilah cara terakhir untuk menjadikan negara ini sebuah Republik.
Pada ketika itu apa yang boleh dibanggakan lagi! Kuasa makin pupus. Sultan sentiasa dicabar, agama diperlekehkan setiap masa dan Ketuanan Melayu dipertikaikan. Melayu sendiri yang rakus bersengkokol dengan PR inginkan maruah bangsa sendiri dipermainkan demi populariti dan keegoan! Nasihat kepada Suhaimi..jangan cuba jadi Melayu yang kurang ajar kepada rajanya! Ingat asal usul kamu!
Sementara itu : Khusrin angkat sumpah SUK Selangor 6 Januari
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi akan mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru di Istana Kayangan di sini pada 6 Januari ini.
Ini bermakna walaupun Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba mempersoalkan pelantikan itu yang telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan alasan ia tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keputusan lantikan itu adalah muktamad.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan mengenai majlis itu berkata, turut akan mengangkat sumpah ialah Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussin yang akan mengambil alih jawatan Pengarah JAIS daripada Mohammed Khusrin.
Beliau berkata, Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Mohammed Khusrin dan Marzuki pada tarikh tersebut.
''Selain Mohammed Khusrin dan Marzuki, turut akan mengangkat sumpah ialah beberapa pegawai kerajaan negeri.
''Pihak protokol biasanya telah menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar untuk memaklumkan mengenai majlis itu," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri mencetuskan kontroversi apabila sekretariat akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan pada Isnin lalu yang seolah-olah cuba mempertikaikan pelantikan itu dengan menganggapnya belum muktamad sedangkan ia telah mendapat perkenan sultan.
Alasan yang diberikan dalam kenyataan itu ialah pelantikan tersebut tidak dimaklumkan kepada Abdul Khalid dan Menteri Besar berhasrat menghadap Sultan Sharafuddin bagi menyembahkan perkara berkenaan semalam.
Bagaimanapun hasrat Abdul Khalid itu terpaksa ditunda kerana baginda sedang bercuti dan Mohamad Munir juga telah menjelaskan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Abdul Khalid. Majlis akan diadakan di Istana Kayangan di sini.
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Inilah anjing-anjing DAP yang darahnya telah diserapi unsur-unsur komunis.........
Catat Ulasan