Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan ia didalangi pihak tertentu, termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad, berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lalu di luar bidang kuasa GMP dan menganggap 'mereka yang datang untuk menyatakan sokongan mereka'.
"Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya)," katanya di Rumah Pena di sini, semalam.
Hassan berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin, bahawa perhimpunan Sabtu lalu didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.
Perhimpunan anjuran GMP yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang.
Hassan berkata, GMP bukan sebuah gerakan yang berunsurkan politik, malah mempunyai prinsip asas iaitu mengembalikan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.
Sehubungan itu, GMP akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada masa terdekat sebelum Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini bagi menjelaskan pendirian gerakan itu sebagai sebuah jawatankuasa yang aman.
"Kami mahu Pak Lah selesaikan isu PPSMI segera sebelum isu ini jadi lebih berat.
"Kita tidak menentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, tetapi ingin menuntut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa yang menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya.
KOMEN :
Buat Datuk Dr Hassan Ahmad, takkan sudah lupa siapakah dalang sebenar sehingga sanggup menggelar mereka yang menyokong PPSMI sebagai “ golongan celaka “ padahal itu adalah pilihan ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya dikemudian hari kelak.

Presiden PAS, Dato' Seri Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggris ( PPSMI ) sebagai golongan celaka. Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ).
Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri. " Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana mementingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI sebelum ini.
Jika GMP bukan sebuah gerakan berunsurkan politik, mengapa bersekongkol dengan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR? Bukankah semasa forum ini Dr.Hassan duduk bersama-sama dengan dalang sebenar? Bukankah tindakan Ustaz Hadi ini menghasut namanya malah keceluparan mulut beliau menggelar seseorang dengan cara kurang sopan membuatkan lebih ramai rakyat rasa terhina? Jika Dr. Hassan masih menafikan yang PAS dan PR bukan dalang disebalik demontrasi pada hari sabtu yang lepas, mengapa tidak ditegur tindakan Ustaz Hadi menggelar mereka yang menyokong PPSMI sebagai “ golongan celaka “.
Apa yang diungkapkan oleh Ustaz Hadi sebagai seorang yang dikatakan “pandai ugama “ adalah keterlaluan dan kurang ajar? Adakah Dr. Hassan lupa atau sengaja buat-buat lupa, di dalam sistem pendidikan kebangsaan beberapa subjek seperti Sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Islam, Ekonomi, Perdagangan, Sastera, Kemahiran Hidup dan sebagainya masih menggunakan Bahasa Kebangsaan.
Adakah ini belum cukup memadai untuk menjadikan 'warganegara' Malaysia tahu dan fasih berbahasa Melayu/Malaysia? Hanya subjek Sains dan Matematik sahaja menggunakan BI, itupun masih dalam dwi-bahasa. Sudah terang dan jelas siapa dalang sebenarnya, tetapi mengapa anda masih hendak menegakkan benang yang basah iaitu masih mahu menafikan siapakah dalang sebenarnya disebalik demontrasi dan rusuhan tempohari?

Sehingga kini penulis masih tertanya-tanya kenapakah polimik Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik ( PPSMI ) menjadi isu yang dipolitikkan oleh PAS. Apa yang boleh penulis katakan ialah :
Hanya Matematik dan Sains sahaja yang sedang dan akan diajar didalam Bahasa Inggeris ( BI ). Itupun disebabkan banyak terma-terma dan istilah-istilah terutama didalam pelajaran Sains yang lebih sesuai menggunakan Bahasa Inggeris. Berapa banyak buku-buku Sains dan Matematik yang sudah diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia? Begitu juga dengan kamus lengkapnya? Cuba cari dikedai-kedai buku barapa banyak buku-buku Sains, Matematik dan Kejuruteraan diterjemah kedalam Bahasa Malaysia? Jika ada mungkin penulis boleh mengubah pendirian menyokong, tetapi cubalah cari dikedai-kedai buku, ada tak ?
Untuk tahun-tahun mendatang Bahasa Inggeris akan menjadi Bahasa Keperluan Global dan masihkah kita hendak menjadi macam katak di bawah tempurung? Jangan jadi macam PAS kerana mereka hanya tahsub kepada ulama-ulama mereka sahaja Islam PAS hanya melengkar untuk golongan ahli-ahli yang taksub dan jumub sahaja tanpa memikirkan orang-orang Islam yang lain yang tidak berminat dengan politik? Tak disangka pula Ustaz Hadi, seorang yang hebat dalam hal ehwal ugama sanggup menggelar mereka yang menyokong PPSMI ini sebagai golongan celaka. Adakah Ustaz Hadi pernah terfikir mereka yang menyokong PPSMI ini bukan semua penyokong politik?
Pernahkah Ustaz Hadi memikirkan perasaan mereka apabila mereka digelar sebagai " golongan celaka "? Penulis hendak bertanya kepada Ustaz Hadi dan Ulama-ulama PAS yang fasih berbahasa Arab. Semasa anda semua menuntut ditanah Arab, bahasa apa yang anda gunakan? Adakah dalam bahasa Malaysia atau Inggeris? Sudah pasti tidakkan? Jadi semasa anda semua belajar bahasa Arab, selepas kembali ketanah air adakah anda semua sudah tidak boleh berbahasa Melayu? Tidak bukan..masih boleh memahami dan menutur bahasa Melayu dengan baik bukan. Jadi apa masalah jika anak-anak kita belajar Bahasa Inggeris dan Sains dan Matematik?
Penulis rasakan anak-anak kita tidak akan lupa bahasa ibunda mereka. Apa yang sebenarnya yang PAS nak politikkan? Adakah pemimpin-pemimpin PAS takutkan anak-anak yang bakal fasih menggunakan bahasa Inggeris ini yang menggugat mereka kerana rata-rata pemimpin PAS yang berlatar belakang bahasa Arab tidak fasih berbahasa Inggeris termasuklah Ustaz Hadi? Adakah disebabkan aku tidak belajar, maka kamu semua juga tidak perlu belajar? Adakah Ustaz Hadi dan pemimpin PAS yang lain takut dengan bayang-bayang sendiri?
Penulis mengambil contoh terbaik mantan PM iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad. Adakah semasa zaman Tun belajar dahulu iaitu semasa zaman sebelum merdeka ,aliran yang digunakan adalah aliran bahasa Melayu. Tidak bukan malah aliran bahasa Inggeris diwajibkan kesemua sekolah-sekolah. Adakah semasa Tun menuntut di Singapura untuk menjadi seorang doktor pada masa menggunakan bahasa Melayu? Sudah tentu bahasa Inggeris bukan. Adakah Tun lupa akan bahasa Melayu selepas berjaya menjadi seorang doktor? Malah rakyat seluruh dunia kagum apabila Tun boleh berbahasa Inggeris dengan baik semasa memberi ucapan dimana-mana sahaja persidangan antarabangsa sehingga ada diantara mereka mengamati setiap patah perkataan yang Tun ucapkan. Bagi sesetengah mereka setiap patah perkataan yang Tun ucapkan adalah menjadi satu ilmu bagi mereka. Apakah PAS takut akan lahir lebih ramai lagi negarawan seperti Tun Dr.Mahathir?
PAS jangan takut kerana Bahasa Melayu/Malaysia masih menjadi Bahasa Kebangsaan. Apa masalahnya yang sebenar? Apakah disebabkan ada segelintir kecil yang membantah PPSMI, maka PAS akan mengambil kesempatan untuk menjadi juara dengan membantah isu tersebut? PAS memang bijak menggunakan isu ini untuk menanguk di air keroh. Tetapi tidak sampai hati pula nak mengatakan golongan-golongan PAS yang sedemikian sebagai " golongan celaka " kerana penulis masih merasakan diri ini masih waras?
Kalau benar PAS dan sekutunya daripada PKR dan DAP mengutamakan bahasa Melayu, berapa kerap sangat ahli-ahli Parlimen mereka yang bukan Melayu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik bila berbahas? Ambil contoh Lim Kit Siang, lihat cara percakapannya. Adakah beliau mahir berbahasa Melayu setelah hidup dinegara Melayu ini sehingga sudah layak dipanggil warga emas? Begitu juga yang lain yang mana boleh dibilang dengan jari.
Pernahkah Ustaz HAdi terfikir untuk menyuruh mereka mengambil kelas tambahan Bahasa Melayu sebelum masuk semula ke Parlimen? Atau Ustaz Hadi boleh memanggil mereka dengan panggilan " celaka " jika mereka masih " pelat "? Jadi sebelum Ustaz Hadi memanggil orang lain sebagai celaka, penulis rasa eloklah Ustaz Hadi lihat kembali diri sendiri dan orang-orang yang berada didalam Pakatan Rakyat. Setelah berpuluh-puluh tahun tinggal di Tanah Melayu, lihatlah tahap pemahaman dan penggunaan Bahasa Melayu mereka? Adakah ini yang Ustaz Hadi hendak banggakan? Tepuk dada tanya selera.
Dan jika Ustaz Hadi masih hendak mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan PPSMI sebagai " golongan celaka ", apa masalahnya? Apa masalahnya jika penulis mahu anak-anak kami mahir berbahasa Inggeris didalan matapelajaran Sains dan Matematik tanpa melupakan bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu. Malah penulis melihat mereka sudah mula menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekarang dan mereka juga cemerlang didalam peperiksaan mereka. Apakah ini mengusarkan PAS dan menuduh kerajaan hendak menghapuskan Bahasa Melayu.
Yang penulis tahu selama ini PAS hanya memperjuangkan ISLAM PAS dan bukannya Bahasa Melayu? Kenapa PAS tiba-tiba hendak menjadi juara didalam memartabatkan Bahasa Melayu milik Bangsa Melayu? Adakah kita semua tahu banyak perkara yang berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan? Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.
Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.
Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.
Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.
Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.
Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.
Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.
Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia. Jadi siapa yang jadi pengkhianat sekarang, PAS atau penyokong PPSMI?
Kalau PPSMI telah menyebabkan bahasa Melayu terabai, kenapa PAS, DAP dan PKR menentang 'KETUANAN MELAYU'? Apa guna Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan negara jikalau penuturnya atau bangsa asalnya setaraf bangsa dari Bangla(desh) atau Nepal!. Agak menghairankan apabila Pakatan Rakyat yang anti Ketuanan Melayu, tiba-tiba mereka menyokong dasar bahasa Melayu? Seperti ( blogger abeMIE ) kata ibarat basuh kencing, tapi berak tak basuh. Boleh bersih ke?
Biarlah ketuanan Melayu dan Ketuanan Bahasa Melayu (Malaysia) dijulang, bukannya menjulang Bahasa sedangkan bangsanya dicampak dan dihina. Nasihat penulis kepada Ustaz Hadi, Datuk Dr.Hassan Ahmad dan penyokong-penyokong PAS termasuklah Salahuddin Ayup, Mahfuz Omar, Mohd Sabu. Hentikan lah sikap hipokit anda semua. Jangan jadikan sasterawan negara sebagai boneka untuk mencapai cita-cita anda yang mahu melihat anak-anak Melayu mengikut menjadi “ bodoh bahasa Inggeris “ seperti anda semua.
Wallahuallam.
Belantan - Taminsari