Selasa, Mac 10, 2009

Sudah Siang Lagi Bersuluh : GMP Nafi Didalangi!

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) menafikan ia didalangi pihak tertentu, termasuk pembangkang dalam usaha gerakan itu membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad, berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lalu di luar bidang kuasa GMP dan menganggap 'mereka yang datang untuk menyatakan sokongan mereka'.

"Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya)," katanya di Rumah Pena di sini, semalam.

Hassan berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin, bahawa perhimpunan Sabtu lalu didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demonstrasi jalanan itu.

Perhimpunan anjuran GMP yang asalnya bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong turut disertai beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain segelintir peserta perarakan yang dilihat memakai pakaian dan membawa logo beberapa parti pembangkang.

Hassan berkata, GMP bukan sebuah gerakan yang berunsurkan politik, malah mempunyai prinsip asas iaitu mengembalikan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia.

Sehubungan itu, GMP akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada masa terdekat sebelum Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini bagi menjelaskan pendirian gerakan itu sebagai sebuah jawatankuasa yang aman.
"Kami mahu Pak Lah selesaikan isu PPSMI segera sebelum isu ini jadi lebih berat.
"Kita tidak menentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu, tetapi ingin menuntut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa yang menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya.

KOMEN :

Buat Datuk Dr Hassan Ahmad, takkan sudah lupa siapakah dalang sebenar sehingga sanggup menggelar mereka yang menyokong PPSMI sebagai “ golongan celaka “ padahal itu adalah pilihan ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya dikemudian hari kelak.


















Presiden PAS, Dato' Seri Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggris ( PPSMI ) sebagai golongan celaka. Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ).

Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri. " Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana mementingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI sebelum ini.

Jika GMP bukan sebuah gerakan berunsurkan politik, mengapa bersekongkol dengan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR? Bukankah semasa forum ini Dr.Hassan duduk bersama-sama dengan dalang sebenar? Bukankah tindakan Ustaz Hadi ini menghasut namanya malah keceluparan mulut beliau menggelar seseorang dengan cara kurang sopan membuatkan lebih ramai rakyat rasa terhina? Jika Dr. Hassan masih menafikan yang PAS dan PR bukan dalang disebalik demontrasi pada hari sabtu yang lepas, mengapa tidak ditegur tindakan Ustaz Hadi menggelar mereka yang menyokong PPSMI sebagai “ golongan celaka “.

Apa yang diungkapkan oleh Ustaz Hadi sebagai seorang yang dikatakan “pandai ugama “ adalah keterlaluan dan kurang ajar? Adakah Dr. Hassan lupa atau sengaja buat-buat lupa, di dalam sistem pendidikan kebangsaan beberapa subjek seperti Sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Islam, Ekonomi, Perdagangan, Sastera, Kemahiran Hidup dan sebagainya masih menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Adakah ini belum cukup memadai untuk menjadikan 'warganegara' Malaysia tahu dan fasih berbahasa Melayu/Malaysia? Hanya subjek Sains dan Matematik sahaja menggunakan BI, itupun masih dalam dwi-bahasa. Sudah terang dan jelas siapa dalang sebenarnya, tetapi mengapa anda masih hendak menegakkan benang yang basah iaitu masih mahu menafikan siapakah dalang sebenarnya disebalik demontrasi dan rusuhan tempohari?



















Sehingga kini penulis masih tertanya-tanya kenapakah polimik Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik ( PPSMI ) menjadi isu yang dipolitikkan oleh PAS. Apa yang boleh penulis katakan ialah :

Hanya Matematik dan Sains sahaja yang sedang dan akan diajar didalam Bahasa Inggeris ( BI ). Itupun disebabkan banyak terma-terma dan istilah-istilah terutama didalam pelajaran Sains yang lebih sesuai menggunakan Bahasa Inggeris. Berapa banyak buku-buku Sains dan Matematik yang sudah diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia? Begitu juga dengan kamus lengkapnya? Cuba cari dikedai-kedai buku barapa banyak buku-buku Sains, Matematik dan Kejuruteraan diterjemah kedalam Bahasa Malaysia? Jika ada mungkin penulis boleh mengubah pendirian menyokong, tetapi cubalah cari dikedai-kedai buku, ada tak ?

Untuk tahun-tahun mendatang Bahasa Inggeris akan menjadi Bahasa Keperluan Global dan masihkah kita hendak menjadi macam katak di bawah tempurung? Jangan jadi macam PAS kerana mereka hanya tahsub kepada ulama-ulama mereka sahaja Islam PAS hanya melengkar untuk golongan ahli-ahli yang taksub dan jumub sahaja tanpa memikirkan orang-orang Islam yang lain yang tidak berminat dengan politik? Tak disangka pula Ustaz Hadi, seorang yang hebat dalam hal ehwal ugama sanggup menggelar mereka yang menyokong PPSMI ini sebagai golongan celaka. Adakah Ustaz Hadi pernah terfikir mereka yang menyokong PPSMI ini bukan semua penyokong politik?

Pernahkah Ustaz Hadi memikirkan perasaan mereka apabila mereka digelar sebagai " golongan celaka "? Penulis hendak bertanya kepada Ustaz Hadi dan Ulama-ulama PAS yang fasih berbahasa Arab. Semasa anda semua menuntut ditanah Arab, bahasa apa yang anda gunakan? Adakah dalam bahasa Malaysia atau Inggeris? Sudah pasti tidakkan? Jadi semasa anda semua belajar bahasa Arab, selepas kembali ketanah air adakah anda semua sudah tidak boleh berbahasa Melayu? Tidak bukan..masih boleh memahami dan menutur bahasa Melayu dengan baik bukan. Jadi apa masalah jika anak-anak kita belajar Bahasa Inggeris dan Sains dan Matematik?

Penulis rasakan anak-anak kita tidak akan lupa bahasa ibunda mereka. Apa yang sebenarnya yang PAS nak politikkan? Adakah pemimpin-pemimpin PAS takutkan anak-anak yang bakal fasih menggunakan bahasa Inggeris ini yang menggugat mereka kerana rata-rata pemimpin PAS yang berlatar belakang bahasa Arab tidak fasih berbahasa Inggeris termasuklah Ustaz Hadi? Adakah disebabkan aku tidak belajar, maka kamu semua juga tidak perlu belajar? Adakah Ustaz Hadi dan pemimpin PAS yang lain takut dengan bayang-bayang sendiri?

Penulis mengambil contoh terbaik mantan PM iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad. Adakah semasa zaman Tun belajar dahulu iaitu semasa zaman sebelum merdeka ,aliran yang digunakan adalah aliran bahasa Melayu. Tidak bukan malah aliran bahasa Inggeris diwajibkan kesemua sekolah-sekolah. Adakah semasa Tun menuntut di Singapura untuk menjadi seorang doktor pada masa menggunakan bahasa Melayu? Sudah tentu bahasa Inggeris bukan. Adakah Tun lupa akan bahasa Melayu selepas berjaya menjadi seorang doktor? Malah rakyat seluruh dunia kagum apabila Tun boleh berbahasa Inggeris dengan baik semasa memberi ucapan dimana-mana sahaja persidangan antarabangsa sehingga ada diantara mereka mengamati setiap patah perkataan yang Tun ucapkan. Bagi sesetengah mereka setiap patah perkataan yang Tun ucapkan adalah menjadi satu ilmu bagi mereka. Apakah PAS takut akan lahir lebih ramai lagi negarawan seperti Tun Dr.Mahathir?

PAS jangan takut kerana Bahasa Melayu/Malaysia masih menjadi Bahasa Kebangsaan. Apa masalahnya yang sebenar? Apakah disebabkan ada segelintir kecil yang membantah PPSMI, maka PAS akan mengambil kesempatan untuk menjadi juara dengan membantah isu tersebut? PAS memang bijak menggunakan isu ini untuk menanguk di air keroh. Tetapi tidak sampai hati pula nak mengatakan golongan-golongan PAS yang sedemikian sebagai " golongan celaka " kerana penulis masih merasakan diri ini masih waras?

Kalau benar PAS dan sekutunya daripada PKR dan DAP mengutamakan bahasa Melayu, berapa kerap sangat ahli-ahli Parlimen mereka yang bukan Melayu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik bila berbahas? Ambil contoh Lim Kit Siang, lihat cara percakapannya. Adakah beliau mahir berbahasa Melayu setelah hidup dinegara Melayu ini sehingga sudah layak dipanggil warga emas? Begitu juga yang lain yang mana boleh dibilang dengan jari.

Pernahkah Ustaz HAdi terfikir untuk menyuruh mereka mengambil kelas tambahan Bahasa Melayu sebelum masuk semula ke Parlimen? Atau Ustaz Hadi boleh memanggil mereka dengan panggilan " celaka " jika mereka masih " pelat "? Jadi sebelum Ustaz Hadi memanggil orang lain sebagai celaka, penulis rasa eloklah Ustaz Hadi lihat kembali diri sendiri dan orang-orang yang berada didalam Pakatan Rakyat. Setelah berpuluh-puluh tahun tinggal di Tanah Melayu, lihatlah tahap pemahaman dan penggunaan Bahasa Melayu mereka? Adakah ini yang Ustaz Hadi hendak banggakan? Tepuk dada tanya selera.

Dan jika Ustaz Hadi masih hendak mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan PPSMI sebagai " golongan celaka ", apa masalahnya? Apa masalahnya jika penulis mahu anak-anak kami mahir berbahasa Inggeris didalan matapelajaran Sains dan Matematik tanpa melupakan bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu. Malah penulis melihat mereka sudah mula menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekarang dan mereka juga cemerlang didalam peperiksaan mereka. Apakah ini mengusarkan PAS dan menuduh kerajaan hendak menghapuskan Bahasa Melayu.

Yang penulis tahu selama ini PAS hanya memperjuangkan ISLAM PAS dan bukannya Bahasa Melayu? Kenapa PAS tiba-tiba hendak menjadi juara didalam memartabatkan Bahasa Melayu milik Bangsa Melayu? Adakah kita semua tahu banyak perkara yang berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan? Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.

Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.

Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.

Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.

Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia. Jadi siapa yang jadi pengkhianat sekarang, PAS atau penyokong PPSMI?

Kalau PPSMI telah menyebabkan bahasa Melayu terabai, kenapa PAS, DAP dan PKR menentang 'KETUANAN MELAYU'? Apa guna Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan negara jikalau penuturnya atau bangsa asalnya setaraf bangsa dari Bangla(desh) atau Nepal!. Agak menghairankan apabila Pakatan Rakyat yang anti Ketuanan Melayu, tiba-tiba mereka menyokong dasar bahasa Melayu? Seperti ( blogger abeMIE ) kata ibarat basuh kencing, tapi berak tak basuh. Boleh bersih ke?

Biarlah ketuanan Melayu dan Ketuanan Bahasa Melayu (Malaysia) dijulang, bukannya menjulang Bahasa sedangkan bangsanya dicampak dan dihina. Nasihat penulis kepada Ustaz Hadi, Datuk Dr.Hassan Ahmad dan penyokong-penyokong PAS termasuklah Salahuddin Ayup, Mahfuz Omar, Mohd Sabu. Hentikan lah sikap hipokit anda semua. Jangan jadikan sasterawan negara sebagai boneka untuk mencapai cita-cita anda yang mahu melihat anak-anak Melayu mengikut menjadi “ bodoh bahasa Inggeris “ seperti anda semua.
Wallahuallam.

Belantan - Taminsari

13 ulasan:

torashah berkata...

Salam ziarah...

Agenda di sebalik isu PPSMI!!!

Pada Sabtu lalu, sekumpulan manusia yang kesemuanya beragama Islam berkumpul di pekarangan Masjid Negara. Kehadiran mereka bukanlah bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan semalam atau berarak sambil berselawat bagi memuji junjungan besar tersebut.

Sebaliknya perkumpulan mereka di kawasan yang seharusnya menjadi tempat penyatuan umat Islam itu diselimuti perasaan benci dan marah, malah ketika berarak menuju ke Istana Negara terdengar kata makian dan cacian dilemparkan.

Demikian senario di ibu negara pada Sabtu lalu, apabila sekelompok orang Melayu yang kononnya mendakwa mencintai dan membela bahasa Melayu berarak menentang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Adalah sesuatu yang janggal apabila penentangan dilakukan selepas enam tahun ia dilaksanakan. Mereka tidak berkata apa-apa dan jauh sekali berarak pada tahun 2003 apabila ia mula diperkenalkan. Mereka takut kerana ketika itu Barisan Nasional (BN) dan UMNO berada dalam kedudukan yang cukup kuat.

Justeru kalau mereka turun melakukan demonstrasi apatah lagi dengan ketegasan pucuk pimpinan negara ketika itu sudah pasti mereka akan merasa bahananya. Tetapi kini mereka tahu BN tidak kuat dan UMNO semakin lemah, oleh itu semua isu termasuklah PPSMI dipolitikkan.

Apa yang menghairankan adalah sikap Pas yang kini semakin pandai turun ke jalanan untuk membantah sesuatu isu. Perubahan yang berlaku kepada Pas adalah sejak mereka bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Adalah sesuatu yang aneh apabila pemimpin-pemimpin Pas mempunyai semangat yang begitu tinggi dalam isu PPSMI sedangkan sebelum ini jika ada perkara berkaitan kepentingan hak-hak Melayu, ada pemimpin Pas berkata mereka memperjuangkan Islam.

Ternyata sekali Pas semakin terperangkap dengan permainan politik PKR. Parti itu tidak sedar atau sengaja melupakan bahawa PKR hakikatnya sedang 'memperkudakan' Pas untuk melaksanakan satu demi satu agenda politik mereka.

Turun ke jalanan membuat tuntutan bukanlah perangai Pas tetapi perangai buruk PKR tetapi kenapa Pas boleh terikut-ikut seperti mana yang berlaku pada Sabtu lalu.

Atas sebab itulah, kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa demonstrasi pada Sabtu lalu didalangi oleh pembangkang tidak boleh dinafikan. Bukan sahaja pemimpin mereka hadir malah ribuan penyokong mereka juga turut menyertainya.

Apa yang malangnya, pemimpin-pemimpin yang kononnya selama ini memperjuangkan Islam - sebuah agama yang cukup mencintai keamanan dan kedamaian - membiarkan sahaja penyokong mereka bertempur dengan pihak polis (yang sudah pastinya majoritinya orang Melayu dan Islam).

Kalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam, mereka akan berusaha mengelakkan konfrantasi, apatah lagi dengan pihak berkuasa.

Pihak polis sudah mengarahkan jangan berarak tetapi perintah itu diingkari. Semua ini dengan jelas membuktikan dari semasa ke semasa, telatah pemimpin dan penyokong pembangkang dalam berhadapan pihak polis semakin samseng dan ganas.

Namun kekecohan dalam isu PPSMI itu tidak harus dilihat dari segi permukaan sahaja, sebaliknya orang Melayu perlu melihat secara halus kenapa dari semasa ke semasa, ada sahaja isu yang dipolitikkan.

Lebih malang lagi dalam isu PPSMI, kemuliaan institusi istana mahu diseret sama oleh pembangkang dan kalau nanti pendirian Istana tidak menyebelahi mereka maka jadilah apa yang berlaku di Perak, akhirnya istana akan dimaki-hamun. Sebenarnya inilah tujuan puak-puak yang berarak itu.

Kesudahannya semua institusi berkaitan orang Melayu semakin dilemahkan dan perkara ini diakui oleh Hishammuddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam satu SMS kepada penulis, kelmarin.

Antara lain Hishammuddin berkata, "Saya tengok ada grand design hendak meruntuhkan semua tiang-tiang seri negara oleh pihak tertentu (1) institusi raja (2) agama dan institusi masjid (3) Perlembagaan dan undang-undang negara, (4) polis dan pihak keselamatan negara (5) nilai kesopanan hormat menghormati antara kita (6) sejarah dan warisan bangsa (7) keharmonian kaum.

"Semua ini untuk menghuru-harakan negara semata-mata kerana rakus nak rampas takhta," tulis beliau yang turut menyifatkan demonstrasi pada Sabtu lalu seolah-olah mengulangi sejarah September 1998 apabila Masjid Negara menjadi tempat perkumpulan manusia yang kononnya memperjuangkan reformasi.

Oleh itu dalam isu PPSMI ini, orang Melayu seharusnya berfikiran terbuka dan tidak terpengaruh dengan emosi apatah lagi dakyah pembangkang.

Mungkin ketika ini mereka melihat apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah betul dalam isu PPSMI, tetapi cuba mereka terutama orang Melayu yang berkumpul di Masjid Negara pada Sabtu lalu bertanya apa yang mereka lakukan apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu di papan tanda jalan di negeri itu.

Apakah mereka berkumpul di Masjid Negeri Pulau Pinang dan kemudian berarak ke kediaman Yang Dipertua Negeri untuk menyerah memorandum?

Apakah mereka menyerah sebarang bantahan kepada kerajaan negeri kerana berani melanggar apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan?

Tidakkah apa yang dilakukan oleh DAP itu lebih dahsyat daripada PPSMI yang jelas bertujuan hendak membantu meningkatkan pendidikan anak Melayu.

Jelaslah puak-puak yang berkumpul di Masjid Negara termasuk pemimpin pembangkang mengamalkan sikap double standard. Mereka hanya berani berhadapan dengan isu yang ada kaitan dengan kerajaan dan UMNO tetapi apabila ada isu berkaitan pakatan pembangkang terutamanya DAP, mereka hanya akan mendiamkan diri. Persoalannya adakah ini yang dikehendaki oleh Islam?

Kesudahannya yang akan mengaut keuntungan adalah pihak lain kerana orang Melayu dilemahkan dan dijatuhkan oleh orang Melayu sendiri.

Orang Melayu yang membiarkan institusi raja dihina apabila bersedia bermesyuarat di bawah pokok. Orang Melayu sanggup berbaring di jalan raya kerana kehilangan kuasa walaupun hanya menjadi boneka.

Dan orang Melayu yang 'paling berani' bertempur dengan anggota polis Melayu. Itulah orang Melayu selepas Mac 2008.

Persoalannya, adakah orang Melayu terutama di dalam Pas memikirkan grand design ini?

Atau mereka juga turut terpengaruh kerana tidak mahu 'ketinggalan kereta api' dalam merebut kekuasaan sehingga rela diperalatkan oleh PKR?

Sukar untuk dipastikan tetapi apa yang nyata, hari demi hari segala berkaitan dengan entiti orang Melayu semakin dilemahkan.

Mungkin juga PPSMI ada kelemahannya tetapi kenapa perlu orang Melayu hendak menyelesaikan masalah itu dengan turun ke jalanan, sedangkan dalam masa yang sama pihak lain hanya tersenyum melihat gelagat kebodohan kita?

Oleh itu sedarilah bahaya yang menanti orang Melayu. Jadikan isu PPSMI sebagai 'kejutan' kepada kita bahawa di sebalik apa yang dibantah, ada agenda lebih besar yang disembunyikan oleh pihak pembangkang.

Pas diharap menyedari agenda berkenaan jika mereka benar-benar memperjuangkan Islam demi kesejahteraan umat dan bukan hendak merebut kuasa semata-mata.- UM.

awang kata berkata...

Terima kasih Mahathir kerana memperkenalkan PPSMI. PPSMI telah membuatkan kami lebih mengenal erti peri pentingnya bahasa sendiri dalam kehidupan ini.

Rupa-rupanya rakyat masih mencintai bahasanya sendiri dan bukan sebagai pak turut hinggakan bahasa sendiri diperlekeh dan dihina. Tanpa PPSMI mungkin rakyat tidak mengenal erti bahasa sebegini hebat.

bungaraya berkata...

PAS maknanya Pakat-Pakat Angkut Sampah. Sebuah parti yang berjalan diatas semak tanpa haluan kerana PKR berikan minuman todi sehingga hampir semua ketuanya mabuk kuasa dan harta. meninggalkan agenda perjuangan asal. JOM kita kecundangkan Parti Angkut Sampah tersebut dari minda melayu.
Hanya UMNO yang menjadi pengharapan kesinambungan pejuangan bangsa dan agama.

oyabun berkata...

Salam Taminsari...

Niat Pakatan mahu lihat Melayu Bodoh .

Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI. Bukankah masih ada pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajar dan harus diberi penekanan supaya pelajaran matematik dan sains dapat difahami? Zaman telah berubah, Dunia sudah maju akan tetapi Melayu yang menentang masih tidak mahu memanjukan diri dari pelbagai sudut seolah macam filem Melayu yang masih ditakok lama dan apabila dikritik melalak sana sini. Begitu juga kepada PR Perak yang gagal matematik dari segi bilangan Adun yang menyokong sehingga tertubuhnya Kerajaan BN diPerak. Akhirnya tanam pokok "Jembalang" dimana mesyuarat bawah pokok diadakan oleh yang bergelar Speaker dan diikuti oleh balaci PR Perak. Pokok IPOH telah melahirkan nama Ipoh, jadi tidak perlu tanam pokok lain sebagai simbol untuk tujuan pelancongan. Bodoh namanya.

Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh, biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan.

gotahlantun berkata...

KITA MOHON MEREKA SEDAR,TETAPI MASIH JUGA SEPERTI ITU. SEKARANG AKU MOHON KETUA2 PUAK TU MAMPUS AWAL JER..

awang kata berkata...

Yang masih menyokong PPSMI perlu mendalami kepentingan bahasa. Bacalah hujah-hujah ilmuan kita, jangan sekadar emosi dan nafsu yang lebih. Sedangkan ilmu entah di mana. Bertaubatlah...

Zainal A. Kasim berkata...

Salam Datuk,

Saya bapa kepada 4 orang anak yang sedang membesar. Saya MENYOKONG PMSMI. Demi untuk masa depan anak-anak saya.

Saya yakin globalisasi akan menyediakan peluang yang lebih luas kepada mereka yang boleh berbahasa Inggeris.

Dan saya amat "terasa" apabila Presiden PAS memanggil kami yang menyokong PMMI sebagai "golongan celaka".

Sungguh singkat pemikirannya dan mementingkan politik diri semata-mata.

Taminsari berkata...

Salam..

Kepada Awang kata..tak perlulah nak berdolak dalih tentang hal PPSMI ini. Sudah nyata telah dipolitikkan oleh PR yang diketuai oleh PAS. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Tak payahlah nak suruh penyokong-penyokong PPSMI bertaubat kerana mereka lebih arif tentang masa hadapan anak-anak mereka. Bukan jadi macam PAS duduk bawah tempurung. Cakap berdegar-degar, tapi najis berselaput di ponggong? Kalau tak ada PPSMI pun tak apa kerana ada banyak cara lain lagi yang dapat digunakan untuk kemajuan anak-anak menuntut ilmu. Yang penting sekarang tolonglah nasihat Tok-tok guru atau ulama-ulama dalam PAS supaya mereka bertaubatlah dari terus menyesatkan aqidah umat Islam di Malaysia. Sesungguhnya Allah adalah untuk umat Islam sahaja dan bukan untuk pihak Kristian. Allah maha esa iaitu satu, tidak beranak dan diperanakkan? Saya beri anda satu contoh terbaik apabila nama Allah sudah dipermainkan oleh pihak Kristian. Ikutilah senikata lagu dai Agnes Monica ini ( Penyanyi dari Indonesia ).

Inilah Kesannya...

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
Ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku
Mengerti

Jadi tolonglah siarkan didalam ceramah-ceramah PAS atau PR kerana Ulama Pas, Tok Guru Nik Aziz serta Anwar Ibrahim telah memberi lampu hijau dengan mengatakan TIDAK MENGAPA PIHAK GEREJA MENGGUNAKAN NAMA ALLAH. Ya Allah ya tuhan ku, lindungilah umat mu ini dari kesesatan dan disesatkan. Nauzubillah..

Taminsari berkata...

Salam saudara Zainal A.Kasim..

Bila isu PPSMI ini dipolitikkan, inilah jadinya. Mereka tidak ada visi untuk melihat anak-anak berjaya dimasa hadapan. Mungkin kerana mereka tidak boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan mereka berasa malu, maka mereka tidak mahu galakkan anak-anak mereka belajar bahasa Inggeris. Minda mereka sudah tertutup. Tidak memikirkan masa depan anak-anak didalam era globalisasi nanti. Adakah dengan belajar 2 matapelajaran ini didalam bahasa Inggeris akan membuatkan anak-anak lupakan bahasa Malaysia. Padahal matapelajaran lain masih lagi menggunakan bahasa Malaysia. Lagipun buat permulaan sains dan matematik akan menggunakan dwi-bahasa, jadi apa masalahnya??

Dan tentang Ustaz Hadi menggelarkan golongan yang menyokong PPSMI sebagai "golongan celaka", bagi saya beliau adalah seorang yang biadap. Memang tak sayangkan mulut. Sebagai seorang Melayu yang berpendidikan Arab, beliau lupa pasal pulut santan binasa, pasal mulut badan binasa. Inilah jadinya bila agama dipolitikkan. Adakah beliau terfikir yang bukan semua yang menyokong PPSMI ini adalah ahli politik atau menyokong mana-mana parti politik. Tidakkah Ustaz Hadi sebagai orang yang " tahu ugama " sedar apakah hukumnya apabila sewenang-wenang meggelarkan orang sebagai " golongan celaka ". Bagaimana dengan perasaan mereka apabila digelar dengan gelaran yang sedemikian? Dulu Tok Guru Nik Aziz kata Allah juga mencarut? Adakah kata-kata Nik Aziz ini sebagai " lesen " kepada Ustaz Hadi untuk "mencarutkan" sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan beliau? Wallahuallam...

Tai berkata...

ya, itulah Taminsari. mereka nak lihat anak-anak melayu jadi bodoh dan senang bagi mereka nak peralat. Senang jawapannya.

Taminsari berkata...

Saudara Sedingin Salju..

Betul tu..disebabkan mereka "tidak boleh", jadi mereka hendakkan anak-anak melayu menjadi "tidak boleh" seperti mereka. Itulah jadinya bila hati sudah menjadi " buta "..

Tai berkata...

Ha itulah Taminsari. Mereka sebolehnya, mahu membutakan anak-anak melayu. mereka mahu melayu sentiasa menjadi kuli dan hamba.

Merdekakah Aku? berkata...

Rasanya saya pernah mendengar bahawa Dr. Hassan pernah berkata dia mencintai bangsanya(Melayu) melalui buku-buku yang ditulis di dalam versi english.

Beliau juga pernah berkata bahawa beliau mengenali asal usul bangsanya melalui tulisan english.
Kenapa agaknya?