Contohi kemuliaan sifat, keperibadian Rasulullah :
Umat Islam sewajarnya mencontohi kemuliaan sifat dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk memberi rahmat ke seluruh alam sehingga membina satu tamadun yang agung. Nabi Muhammad melaksanakan dan memenuhi amanah serta tanggungjawabnya menerusi akhlak yang terpuji yang bukan sahaja diperlihatkan di kalangan anggota keluarganya, sahabat dan pengikut malah ketika menghadapi kumpulan yang menentangnya.
“Baginda mencerminkan sifat-sifat sabar dan mulia, menggunakan kalam-kalam hikmah yang terpuji sepanjang masa. Baginda memohon doa kesejahteraan untuk ummahnya dan memohon Allah membuka pintu kesedaran dan keinsafan kepada kumpulan memusuhi baginda.
“Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan baginda,”.
Mudah-mudahan umat Islam diseluruh negara dapat mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sekarang terutamanya apa yang berlaku dinegeri Perak apabila tamakkan kuasa, Raja Melayu dihina oleh bukan melayu dan juga orang Melayu sendiri.
Walahuallam.
Taminsari
1 ulasan:
ya, ikutlah ajaran nabi Muhammad. Muhammad seorang yang paling mulia.
Catat Ulasan