Khamis, Mac 12, 2009

Nik Aziz ditipu Husam !


























Kalau zaman Tun Mahathir dahulu perkataan "Maha Firaun" akan pastinya akan timbul dari mulut "longkang" penyokong PAS dan pembangkang yang menjadi mainan lidah kerana hendak memerintah sampai mati.

Tapi apabila persoalannya ditujukan kepada batang hidup pemimpin PAS sendiri maka lakunan demi lakunan terpaksa dilakukan bagi menutup bau bangkai yang telah lama busuk.

Nampaknya apa yang berlaku kini sebaliknya... sudah sudahlah Pok Nik wei... mu tok sihat laghi doh... berilah kat ore lain pulok.. mu nak jadi MB sampai ajal kunjung tiba ke?... takut selain Firaun... mu pulok...?.. tok ke kat kelate tu tak pemimpin lagi doh...

Penyokong PAS pun tahu jika tiada Nik Aziz PAS sudah lama tumbang.. Pemimpin muda sekarang ni tidak boleh diharap. Apatah lagi krisis yang kini berlaku dalam PAS. Pembersihan puak Erdogan dalam PAS dikatakan sedang rancak dibuat...

Kenyataan MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan, keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun. Namun sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian. Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti.

"Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur. Kerajaan pimpinan UMNO sekarang juga dalam keadaan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal. Kalau UMNO dah tak kuat lagi, baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi," ujarnya. Katanya, tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.

"Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti. Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan. Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," jelas beliau.

Berikutan isu pembersihan Erdogan dalam PAS ini ramai penganalisis politik menjangkakan bahawa pertandingan PAS akan datang lebih dahsyat dari UMNO mungkin sehingga menimbulkan pecah belah antara mereka.

Ketika Nik Abdul Aziz menyuarakan hasratnya mahu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli, Dewan Ulama dan YB PAS mahukan beliau menjadi MB memandangkan PAS tiada pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan berwawasan. Ia membawa maksud bahawa pemimpin lapisan tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan kuasa.

PAS tidak lagi mempunyai ayam tambatan atau 'ratu katak' yang akan menyanyi dendang lagu berirama "HUDUD", "Membangun Bersama Islam" dan 'Parti Dakwah'. Kalau dulu gelaran champion no.1 milik Mat Sabu.

Mat Sabu, nak tak nak dia kena pencen dari arena politik. Tidak ada jasa Mat Sabu melainkan kalau kita mampu menghimpun kata-katanya menjadi pasir, maka berapa tinggi bukit fitnah, dengki dan niat jahatnya selama ini menjadi madah berhelah politiknya saja.

Kalau kata-katanya diratakan di jalan raya, Mat sabu berjaya membina rangkaian prasarana memperbodohkan kita semua dari Pasir Gudang sehingga ke kota Bangkok. Hebatkan Mat Sabu. Hendak memastikan popularitinya masih tidak berkarat, dia cuba menjadi jaguh kampung di Petaling Jaya, Selangor untuk mengadakan demontrasi membantah penahanan ISA.

Mat Sabu juga menggelarkan Malaysia sebagai 'Negara Jakun'. Kalau dia rasa Timur Lester sesuai untuk dia tinggal, kenapa Mat Sabu tak ke sana menjadi warganegara Timur Lester dan menyertai politik di sana. tidak sampai seminggu, Mat Sabu akan kena bakar atau mayatnya dibuang ke kandang babi kalau dia menjadi ahli politik di Timur Lester yang lebih demokrasi dari Negara Jakun.

Mat sabu tidak pernah memberi idea untuk memajukan sistem pentadbiran negara, membangunkan masyarakat Malaysia, memperkasakan bahasa kebangsaan atau mendaulatkan Islam. Selama 30 tahun dalam PAS, Mat Sabu akan dikenang sebagai 'Pak Pandir Moden"!!! Satu tunggu peringatan akan dibuat oleh PAS untuk mengenang jasa Mat Sabu sebagai PPM.

Makhfuz, YB Pokok Sena, senyap sunyi aje macam cicak-man makan batu kapur.




















Yang menjadi 'barua' PAS ialah Hussam Musa. Dia menjadi 'anak kera' di hutan yang disusukan oleh Nik Aziz berbanding pejuang PAS yang akan pencen menjawat sebagai 'pekerja angkut sampah' saja. Dia dilantik sebagai pelapis kepada Nik Aziz kerana 'sedikit' kepintarannya mengurus ekonomi Kelantan yang dikatakan hebat seluruh glokal dengan belanjawan defisit (rugi) setiap tahun dan tiada pelaburan di Kelantan.

Husaam Musa menjadi lagenda kerana menjadi petualang antara PAS Islam dengan PAS Sekular. Hussam Musa muncul di atas tanpa kita mengenalinya dalam pertubuhan atau kelab-kelab. Dia muncul kerana dilantik oleh orang tertentu dan dijulang kerana orang tertentu. Adakah Hussam Musa akan dicabar nanti oleh pemimpin PAS setelah ketiadaan Nik Aziz? Adakah Hussam Musa menjadi penyebab kepada masalah dalaman PAS dan perjuangan PAS yang sudah menjadi longkang busuk?

Kejayaan Hussam menulis surat kepada Datuk Mustapha, Pesuruhjaya PAS Terenganu dan disokong oleh Nik Aziz- menggelarnya sebagai 'lidah UMNO' dan boleh disingkir dari PAS bila-bila masa membuktikan pemikirannya sehebat Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang dalam DAP. PAS selama ini dikenali sebagai parti sederhana, parti penyabar, parti mendengar masalah atau parti ekstrim, kini menjadi parti 'penyakit darah tinggi'!!!

Adakah dengan pengunduran Nik Aziz sebagai MB di Kelantan akan menyebabkan;

1. Populariti PAS sebagai parti Islam selama ini akan dikenali sebagai parti pelbagai bangsa, seperti PKR, Gerakan, DAP atau PPP, IPF? PAS bukan saja berhadapan dengan pelbagai kaum dalam organisasi politiknya, bahkan terpaksa membuka 'tender' dalam jawatan penting termasuk Presiden dan Timb. Presiden dari kalangan Cina dan India, atau Sikh!!!

2. Adakah PAS akan mensyaratkan- kena masuk Islam baru boleh pegang jawatan dalam PAS? Kalau begitu, PAS memaksa orang untuk memeluk Islam dan mereka akan diberi kuasa selepas memeluk Islam sebagaimana Macheal Jacson yang memeluk Islam untuk mengelakkan saman di kenakan ke atasnya, sebagai perbandingan?

3. Adakah nanti kemasukan India dan Cina dalam PAS akan menyebabkan syarat Islam menjadi presiden sudah lapuk dan ketinggalan zaman? Lagipun PAS boleh kata, kami adalah Parti Aslam Se-Malaysia, sesiapa boleh jadi As-salam (sejahtera ke atas semua orang)!!!

4. Adakah pergolakan dalam PAS nanti akan menyebabkan politik Melayu semakin teruk dan parah kerana orang Melayu yang percaya 'masuk PAS akan masuk syurga' akan berkecelaru antara parti mana mereka nak sokong sehingga tidak dapat membezakannya lagi dengan PKR atau DAP!!!

Mungkin ini sebagai 'bonus' kepada UMNO? Adakah DS Najib akan memanggil 'hulubalang PAS' menyertai UMNO sebagaimana dilakukan oleh TUN memanggil Semangat 46 menyertai UMNO tanpa sebarang syarat.

Boleh jadi sebab situasi politik kini tidak menentu dan orang Melayu masih sayang bangsa dan negaranya. Melayu tidak akan pudar Islamnya walaupun anak-anak mereka adalah seorang Mat Rempit mahupun seorang doktor.

5. Atau PAS akan bergabung dengan PKR sebagaimana Parti Sosialis atau Parti Rakyat Malaysia membubarkan partinya yang ditubuhkan lebih 30 tahun. Agak mustahil untuk diterima tetapi kena ingat, Anwar Ibrahim dan Hussam Musa yang mengepalainya tidak mustahil boleh berlagak superhero!!!

Kita kena ingat lagi, Pakatan Rakyat masih belum diwujudkan secara rasmi dalam bentuk perjuangan, bendera, lagu tema dan agenda mereka. Kenapa mereka tidak melawan menggunakan satu logo seperti BN? Lagipun PAS sudah lama berpeluk dengan DAP dan mereka masing-masing makan 'makanan anjing' ketika majlis berbuka puasa anjuran PAS atau ketika majlis rumah terbuka anjuran DAP.

Harakah pula menyalak kononnya DAP 'sudah Islam' dan pemimpin DAP sudah layak digelar 'Ulamak' dan 'Wali Songo' kerana pandai membaca bismillah atau menyebut 'kerajaan Umar Abdul Aziz'.

Kena ingat, dalam kepala Anwar Ibrahim benda macam tidak mustahil sebagaimana dia reformasikan UMNO sehingga kucar-kacir dan kehadirannya kononnya untuk membela Melayu dan Islam sebelum ini.

Yang akan menentukan politik akan datang ialah kita semua. UNDI kita akan menentu hala tuju negara pasca Tun Mahathir. Dalam politik tidak ada yang kekal. Dalam politik tidak ada benda yang mustahil. Apa yang berlaku di Amerika bukti segala-galanya berubah.

Kalau kita mengambil contoh dari Indonesia atau Thailand, politik mereka berkecamuk antara demokrasi anarkis yang mana kita boleh hidup aman; dengan 'demokrasi bogel'- kita bebas dan tidak aman-rusuhan di mana-mana atas alasan demokrasi. Kalau kita tahan perusuh, negara kita menjadi negara Jakun.

Begitu juga kuasa besar dunia bermula dari Athens, Yunani sehinggalah Parsi. Di Nusantara, kita berdepan dengan Majapahit, Srivijaya, Acheh sehingga Melaka. Pada awal abad ke 19, dunia berdepan dengan imperisme kuasa besar seperti British, Belanda, Itali, Germany, Jepun dan Perancis kerana kehebatan menakluk dunia.

Kini kehebatan tamadun ini pudar akhirnya dan kini ia sudah diambil oleh Amerika dan 'budaya' politik dan sosiologi mereka sudah menjadi amalan kita seharian seperti budaya makan burger, KFC, seluar jeans, gaya hidup, sosiologi, sains dan teknologi, hiburan, sistem ekonomi dan gaya pentadbiran.

Suara Politik
Taminsari

11 ulasan:

add berkata...

Aku cadangkan Nik Aziz masuk UMNO sebelum beliau mati... kerana UMNO adalah perjuangan untuk memartabatkan agama ,bangsa dan negara.... walau pun kita nampak UMNO kurang memberi perhatian kepada isu agama Islam, namun rakyat harus sedar bahawa kita berada dalam pelbagai kaum,,, sebagaimana sekarag PR yang memerintah 5 negeri... apakah senang untuk PR mentadbir secara islam? jawabnya... tidak boleh dan agak sukar untuk melaksanakan demi menjaga hati agama lain,,, walaupun Islam menuntut jihat dalam mengembangsyiar islam, namun dalam jihat ada juga kesesuaian masa dan keadaan.

Tok guru Nik Aziz bukan setakat dipergunakan oleh Husam Musa, malahan Jus Tok Guru, Kismis Tok Guru dan banyak lagi,,,

Masuklah UMNO wahai Tok Guru Ku,,,

Tai berkata...

Ha, tengok Selangor, apahal ni nak buat projek babi? Inikah islam?

gotahlantun berkata...

POK NIK AJIH TU LEBIH BAIK REHAT JER...
MAIN DENGAN CUCU DAN UWAN.
MAKAN TIDO JER LAH...!

Anon 00 berkata...

sebagai menteri besar yang politik adalah makanan rutinnya, nik aziz sepatutnya keluar dari kepompong atau tempurung, mahupun bilik kitabnya. Duduk di luar, cari maklumat sebanyak mungkin, bukan hanya mendengar kata dan nasihat daripada tukang-tukang yang lebih punah daripada sihat.

kita sudah ada seorang perdana menteri yang lebih suka mendengar daripada membaca. kita juga sudah ada ketua pembangkang yang lebih banyak cakap daripada buat kerja. kita banyak duk ada ahli-ahli parlimen yang datang ke parlimen boleh dibilang dengan jari dalam masa setahun dan sebagainya....

maka sebab itu, yang duduk di atas kena banyak membaca dan menganalisa, bukannya mendengar nasihat punahsihat semata-mata. Mungkin nik aziz banyak membaca tetapi bacaannya tentu tidak kena dengan bacaan rakyat di bawahnya. Rakyat tidak cukup dengan makanan rohani semata-mata kerana selain daripada rohani, manusia juga dianugerahkan jasmani.

mengapa ditakrifkan Kelantan sebagai negeri miskin walaupun rakyatnya kaya-kaya belaka dan mempunyai banyak masa terluang sehingga boleh berehat-rehat, bergebang-gebang di kedai-kedai kopi?

pastinya kerana peluang pekerjaan yang sangat sedikit dan kaedah penjanaan ekonomi kelantan yang hanya lebih cakap dari buat.

Tai berkata...

Betul tu Anon 00, yang atas, kena turun bawah. jangan dengak cerita orang suruhan saja.

Sitie BUm BUm berkata...

slm ziarah..

Pok Nik Klate berkata...

Bagaimana Nik Aziz buleh meletakkan jawatan MB kerana Tuanku Al Sultan belum perkenan utk perlantikan Husam Musang utk jadi MB Kelantan. Dunia sudah tahu (bukan setakat Kelantan)bahawa Nik Aziz akan berusaha utk mertabatkan Husam sbg MB sebelum beliau berundur. Jadi itulah berlaku perebutan kuasa dalam PAS di Kelantan antara Nik Amar vs Husam. Memandangkan Tuanku Al Sultan tidak berkenan kpd Mantan Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjadi MB, maka Nik Azis pun melantik YB Ahmad Yaakob Pasir Pekan jadi TMB. TMB ni pulak satu hapah kerja pun dia tak mampu buat. Inilah senario pentadbiran politik PAS Kelantan mutakhir ini.

Namun begitu Mantan Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia (husam) juga amat gembira kalau Nik Ajis masih jadi MB Kelantan sebab penyokong/ahli PAS peringkat bawahan(soldadu/gurkha)akan terima bulat2 apa jua perkataan dari mulut Nik Ajis. Dalam erti kata lain Nik Ajis selain berfungsi sebagai De Facto MB Kelantan juga merupakan jurucakap/lidah rasmi Mantan Bakal Timb Perdana Menteri Malaysia tsb. Husam juga sedang membuat persediaan utk pertarungan merebut jawatan penting dalam muktamar PAS nanti. Kalau Nik Ajis sudah tiada maka Husam akan kalah tanpa bertanding pun nak melawan YB Hj Hadi...

Harapan kita agar Nik Ajis sedar dari lamunan politik beliau selama ini..Marilah isi borang UMNO..sama2 berjuang dalam UMNO sebelum menutup mata dan mengadap Illahi..InsyaAllah.

Z-MAY berkata...

kato kawe aku, pok nik azih dok layok jadi ahli umno... nanti bertambohlah rosok umno...

Panglima Perang Cyber berkata...

Tuan, saya setuju Nik Aziz merasa PAS ialah Nik Aziz dan Nik Aziz adalah PAS.

Jika benar3 berani PAS perlu lakukan perubahan.

Berani menukar pucuk pimpinan.

Tetapi mereka takut kehilangan kuasa dan terdedah segala rahsia mereka simpan selama 18 tahun ini.


p/s :tuan sila buang flag dengan segera.

Add Yahoo Messenger saya untuk urusan buang flag.

tq


Yang Berkhidmat untuk Blogger Pembela Negara,

Panglima Perang Cyber

Taminsari berkata...

Salam kepada semua bloggers yang singgah berziarah. Terima kasih diatas ulasan tuan-tuan semua...

Kredibiliti PAS yang hanya bergantung kepada seorang yang dianggap keramat, tok guru, tokwali oleh puak-puak PAS yang fanatik seolah-olah dunia akan kiamat jika Nik Aziz berundur dari tahta "dunia" sebagai MB Kelantan yang dinikmatinya selama 18 tahun yang akan memberi impak besar kepada arah tuju PAS dan pembetulan aqidah umat Islam dari berbagai sudut sebagaimana yang dinyatakan dibawah:

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam." - Nik Aziz Nik Mat: BH 12 Mei 1999)

2. PAS sedia gugur slogan negara Islam "Jadi untuk mencari pendamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat: BH 25 Jun 1999.

3. "Menentang PAS adalah haram mengikut Al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat: BM 24 April 1994.

4. "Anjing pun pandai bersatu. Anjing, bila masuk dalam kampung, walaupun tengah berkelahi sesama dia, dia bersatu, kejar sesiapa yang masuk. Bila dah dapat tangkap musuh ini, masa tu lah dia kelahi balik. Anjing pun pandai, kami lebih pandai daripada anjing lagi." - Hadi Awang: 6 Julai 2001.

5. "Kalau ada ustaz tolong UMNO hari ini dan melawan PAS, di zaman nabi pun ada ustaz-ustaz melawan Nabi Muhammad sendiri dan ustaz itu adalah di kalangan ahli kitab Yahudi dan Nasrani. Saya amat hairan dengan langkah UMNO itu, kerana ia adalah sama dengan zaman nabi dulu." - Nik Aziz Nik Mat: UM, 15 April 1995.

6. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat: BH, 17 April 1995.

7. "Tidak sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta bend melainkan ulamak." - Nik Aziz Nik Mat: UM, 6 November 1999.

8. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Nik Aziz Nik Mat: Kuliah di masjid Kg. Pulau Melaka.

9. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tapi terserlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz: UM, 28 April 1999.

10. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz: 24 Januari 1999.

11. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz: BH, 29 April 1999.

12. "Saya diantara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ni kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz: kota Bharu, 1999.

13. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - Nik Aziz: UM, 26 November 1994.

Wallahuallam..

Taminsari berkata...

Salam Pang5..

Saya dah delete kan flag itu. Terima kasih diatas nasihat.

Salam perjuangan..