Jumaat, Mac 20, 2009

Kafirkan UMNO Angkara Militan Pas – Nik Aziz!




Jika kenyataan Nik Aziz itu boleh diterima mewakili keseluruhan pandangan kepemimpinan Pas, ia jelas membuktikan selama ini parti itu tidak mengkafirkan UMNO. Ia juga bermakna UMNO, parti yang didokong oleh orang Islam, tidak pernah bercanggah dengan kehendak Islam.

Soalnya mengapa perkara ini tidak pernah diperjelaskan sebelum ini? Mengapa perkara ini dibiarkan berlarutan hingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, berlaku perceraian suami, isteri dan perbalahan anak-beranak yang berbeza parti hinggakan berlaku sembahyang dua imam. Apa yang diketahui umum, pemimpin Pas turut mengkafirkan UMNO.

Ia bukan sekadar inti ucapan di majlis ceramah, malah jelas membuktikan daripada pandangan orang Pas, UMNO adalah kafir.Mengapa hanya selepas Pas bercadang membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam, pandangan Pas terhadap UMNO berubah. Umum mengetahui salah satu sebab UMNO dicap kafir ialah kerana ia bekerjasama dengan parti lain yang bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN). Sebaliknya apabila Pas cuba rapat dengan parti pembangkang lain yang bukan Islam, mereka menganggap ia dibenarkan oleh Islam kerana tujuannnya ialah untuk menegakkan keadilan.





















Apakah UMNO selama ini tidak pernah memperjuangkan keadilan terhadap rakyat? Apakah UMNO tidak pernah memperjuangkan nasib umat Islam?Isu mengkafir UMNO berlarutan agak panjang. Sepatutnya, jika menyedari bahawa isu mengkafirkan UMNO dilakukan oleh pelampau dalam Pas, pemimpin parti itu segera memperbetulkan keadaan itu. Bukankah disebabkan ketika itu Pas melihat isu kafir-mengkafir itu memberi kelebihan politik, maka mereka mengizinkan UMNO dibelasah dengan tohmahan yang tidak sewajarnya dilakukan sesama Islam.

Mengapa ketika itu mereka sendiri tidak mengecam ahli-ahli yang dianggap pelampau dalam parti itu? Dengan membenarkan mereka membuat tuduhan seperti itu bermakna kepemimpinan parti itu juga turut bersubahat.Setidak-tidaknya, dengan kenyataan Nik Aziz itu jelas menunjukkan dalam Pas sendiri memang wujud kalangan ahli parti itu bersikap melampau. Islam tidak pernah merestui umat yang bersikap demikian.

Apakah dengan menjadikan pelampau dalam Pas sebagai sasaran, kepemimpinan Pas cuba mencuci tangan? Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum ini jelas menunjukkan ketika debat UMNO-Pas diheboh-hebohkan apakah isu sebenar yang hendak dibincangkan? Bukankah ia mengenai isu kafir-mengkafir? Siapakah pemimpin Pas yang dinamakan untuk mengambil bahagian bahagian dalam debat? Bukankah mereka adalah pemimpin kanan Pas? Bukankah ketika itu Pas mendakwa sembelihan orang UMNO tidak sah dimakan, tidak sah berkahwin dengan orang UMNO dan berlaku peristiwa pengkebumian di tanah perkuburan berasingan?

Bolehkah Pas menutup kes sembahyang dua imam kerana menganggap tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO. Apakah Pas boleh menafikan hakikat ini?Sekiranya Pas benar-benar ikhlas, mereka sepaturnya mengeluarkan pendirian yang mengatakan UMNO adalah parti yang berjuang mengikut lunas Islam. Tidak perlu lagi parti itu berdolak dalik kerana apa saja isu yang dikemukakan oleh parti itu, adalah semata-mata untuk tujuan politik.

Kemungkinan besar kenyataan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu boleh menimbulkan kemarahan pemimpin Pas yang lain. Bagaimanapun mereka mungkin sukar untuk menyangkal kenyataan Nik Aziz itu kerana berbuat demikian hanya akan meletakkan diri mereka sebagai pelampau dalam Pas. Disebabkan Nik Aziz menyatakan isu itu dibangkitkan oleh pelampau dalam Pas, sesiapa sahaja yang cuba mempertahankan tuduhan itu, adalah tergolong dalam kumpulan pelampau dalam parti itu.



















Adalah diharapkan dengan penjelasan Nik Aziz itu, isu UMNO kafir tidak sepatutnya lagi ditimbulkan. Sekiranya ada pandangan baru mengenainya bermakna mereka yang berbuat demikian menolak Nik Aziz. Jika kepemimpinan Pas berfikiran panjang, mereka seharusnya melihat diri sendiri dan bertanding dalam pilihanraya dengan isu yang lebih munasabah.

Bolehkah Amanat Hadi dimansuhkan. Hanya pemimpin-pemimpin Pas sahaja yang boleh menjawapnya?

Suara Politik
Taminsari

5 ulasan:

gotahlantun berkata...

KEKADANG TOK NIK AJIH NI BOLIH PAKAI JUGA FATWA YANG DIA KATA...

YE LAH, KENAPA DULU TAK DIWARTAKAN?.

AMBIEK KAU HJ ADI...!

Abd Bashid Harun berkata...

Saya tidak bimbangkan kata-kata pemimpin PAS tentang kafirnya ahli-ahli UMNO. Kata-kata pemimpin PAS tidak memberi bekas kepada islam atau kafirnya saya sebagai ahli UMNO. Sebab bagi saya kafir itu jelas, islam itu jelas.Syurga itu jelas, neraka itu juga jelas. UMNO itu jelas, PAS juga jelas. Yang saya khuatir ialah pemimpin PAS yang menjadi saudara seagama dengan saya yang membuat dakwaan sedemikian. Pertama takut-takut kalau mereka mendahului Tuhan dalam hal-hal yang menentukan aqidah seseorang itu. Saya khuatir penuduh yang akan menjadi kafir lantaran tuduhan yang dibuatnya ke atas orang-orang UMNO.Sesungguhnya saya berkeyakinan Islamnya saya bukan ditentukan oleh apa yang PAS kata tentang saya. Tetapi islamnya saya adalah atas kebenaran yang saya yakini dan pegang selama ini.Selebihnya saya serahkan kepada Tuhan, bukan PAS

Z-MAY berkata...

soalnya pengikut2 tu yg tak tau nak bezakan antara ulama politik dan ulama agama(islam).

begitu mudah diperkotak-katekkan oleh org2 yg nmenggunakan agama.

soalnya, pemimpin yg bijak atau penyokong yang bingai (ikut membuta hati)...??

Kuda Kepang berkata...

Mik Aziz adalah Ulamak Politik

Fatwa fatwa yg dikeluarkan olehnya adalah untuk kepentigan politik beliau.Nik Aziz sendiri benyak bercakap perkara perkara yg mengarut.

Mengapa kini baru hendak hentam Hj.Hadi?Selama ini Nik Aziz tak perlu mengeluarkan keyataan kenyataan controversi kerana dia berada dalam keadaan yg selesa.Masakan seorang pemimpin politik yg lama berkuasa tidak licik bermain politik

segala galanya yg ditonjolkan oleh Nik Aziz adalah imej yg dicipta olehnya sendiri.Negeri yg mundur boleh mengangkat beliau berkali kali untuk menjadi pemimpin walaupon tiada pembagunan dan pelbagai masalah sosial.Bagaimana ini boleh dilakukan jika tidak kerana Nik Aziz pandai berpolitik dan mengaburi mata masyarakat

Tai berkata...

Ulamak politik mana boleh pakai encik?