Isnin, April 18, 2016

Dr. M kena bertanggungjawab?


Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir yang mengesahkan sumba­ng­an derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan ‘serangan-serangan’ daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta pakatan pembangkang merupakan tuduhan liar dan palsu.

Setiausaha Akhbar Perdana Men­teri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, Dr. Ma­hathir sewajarnya bertanggungjawab terhadap kerosakan yang dilakukan terhadap imej negara dan media-media barat juga perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membenarkan diri mereka diperalatkan.

“Pembohongan daripada Tun Dr. Mahathir adalah didorong kepen­ti­ngan peribadi, ia bukan untuk Ma­laysia atau rakyat. Apa yang dilakukan adalah penipuan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik dan menyelamatkan karier politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


“Media-media barat yang membenarkan diri mereka diperalatkan untuk mempropagandakan tuduhan palsu ini perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Tun Dr. Mahathir juga perlu bertanggungjawab ke atas kerosakan reputasi Malaysia,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Menteri Luar Arab Saudi yang bercakap kepada wartawan Malaysia di Instabul semalam mengesahkan sumbangan derma RM2.6 bilion daripada keluarga diraja Arab Saudi yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri adalah tulen tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripadanya.

Adel al-Jubeir juga meng­ambil maklum kes berkenaan ditutup dengan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telah meneliti secara terperinci perkara tersebut dan mendapati tidak ada sebarang salah laku.

Menurut Tengku Sariffuddin, ke­nyataan Menteri Luar Arab Saudi itu mengesahkan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri selama ini dan hasil siasatan pihak berkuasa yang menyimpulkan dana itu merupakan sumbangan derma dari Arab Saudi.

“Ini sekali gus membuktikan pelbagai tuduhan liar yang dilemparkan sepanjang setahun ini oleh Tun Dr. Mahathir dan kempen anti-Najib adalah tidak benar,” katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: