Ahad, Februari 08, 2015

Komplot jahat guling Abdul Hadi?


Pas berdepan ancaman komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanannya dengan matlamat untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan ulama.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot jahat yang bertujuan menguasai parti itu menyusun dan merancang untuk menguasai Pas Pusat.

Menurut beliau, kumpulan tersebut dipercayai melakukan kerja-kerja khianat di luar batasan Islam seperti menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi serta kepimpinan ulama.

“Mereka juga memfitnah pemimpin-pemimpin yang dilihat bersama dengan Presiden dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta ahli keluarga Abdul Hadi.

“Kumpulan berkenaan turut menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan dalam kalangan ahli Pas serta melakukan perancangan bagi menjatuhkan Abdul Hadi dan kepimpinan ulama,” katanya dalam sidang akhbar di hadapan Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Fadhli yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang menambah, dalang-dalang komplot berkenaan didakwa mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

Yang lebih membimbangkan, kata beliau, keputusan-keputusan yang dibuat Pas didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan kumpulan terbabit.

“Kebimbangan ini adalah berdasarkan kepada bukti yang kami perolehi bahawa komplot ini menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” ujarnya. - UMO

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

tobeng berkata...

Orang luar pas dah lama tahu.Cuma org pas aje yg tak sedar2 diri.Remote control dipegang oleh anuwar.Pas sedang dicatur anuwar,Anuwar dah lama letakkan trojan2 horse dia dalam pas.

Persoalannya adakah pas mampu menyingkirjan golongan anwarinas yg telah berakar umbi di dalam pas ini atau golongan pro ulama sendiri yg akan tersingkir akhirnya..