Khamis, Ogos 07, 2014

Esok, 8 Ogos tarikh pengurusan kes rayuan sabitan kesalahan liwat Anwar...!!!


Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap ketua pembangkang Anwar Ibrahim kerana meliwat.

Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai ketua timbalan pendakwa raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama.

Pada 3 Mac lepas, Anwar, 67, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya.

Perkara itu dikemukakan kepada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Izzudin Mohamad di dalam kamarnya, yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes.

Anwar diwakili peguam Ram Karpal Singh, N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mewakili pendakwa.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

sesejuk mata memandang berkata...

Berdasarkan keadaan kemeulut semasa dalam PKR maka mahkamah akan menunda tarikh perbicaraan dan keputusan ke satu tarikh baru yang dijangkakan dalam bulan Oktober bagi pendegaran penuh. Itu lah pendapat umum sekarang .. maka bergembira lah Anuar kerana tiada mana mana kuasa yang mampu mempercepatkan penghantaran 'barang nya' ke penjara yang melakukan kesalahan meliwat sibudah yang benama Saiful..