Ahad, September 19, 2010

Artikel pilihan : Dasar afirmatif songsang Lee Kuan Yew!

Sudah acap kali masyarakat antarabangsa disogokkan dengan persepsi bahawa majunya Singapura adalah kerana meritrokasi yang diamalkan oleh pemimpin pulau tersebut yang juga dianggap paling cekap dan tidak korup.

Rakyat Singapura juga begitu megah dengan amalan meritrokasi dalam kehidupan seharian mereka yang memberi isyarat kepada dunia bahawa mereka mampu bersaing tanpa diskriminasi. Begitu juga tanggapan negara jiran yang seakan-akan akur dengan sistem meritrokasi Singapura yang dianggap begitu adil, saksama dan sempurna tanpa cacat cela.

Selagi ada tanda aras antarabangsa yang mengukur tahap inovasi, kesempurnaan hidup, kecekapan atau pun bandar terbaik, Singapura pasti akan berada dalam golongan 10 negara terbaik dunia.

Tidak dapat dipisahkan amalan meritrokasi Singapura dengan bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew (LKY). Ini kerana beliau dianggap sebagai pencetus apa yang Singapura ada pada hari ini iaitu sebuah negara kelas pertama dalam rantau kelas ketiga.

LKY amat percaya bahawa rakyat Singapura lebih berdaya saing berbanding dengan rakyat negara jiran yang dihasilkan melalui amalan meritrokasi. Rakyat berbangsa Cina Singapura jauh lebih baik berbanding dengan kaum sebangsa sama ada di Malaysia atau Indonesia. Begitu juga dengan Melayu-Singapura jauh lebih sempurna dan moden dengan Melayu-Malaysia.

Sebab itulah, LKY tidak pernah jemu menjaja kepada masyarakat antarabangsa bahawa rakyat Singapura setaraf dengan rakyat negara maju lain kerana sistem meritrokasi yang diamalkannya.

Tetapi jika diteliti kesan yang terbit daripada meritrokasi yang diamalkan oleh Singapura, tidak semua rakyat Singapura berpeluang menikmati kesaksamaan dan keadilan seperti yang digembar-gemburkan oleh LKY. Persekitaran persaingan yang begitu dimegahkan oleh LKY hanya berpihak kepada segelintir penduduk yang kaya dan berpengaruh, sementara mereka yang berada di luar kelompok tersebut begitu sukar menembusi halangan yang telah wujud lebih daripada empat dekad lalu.

Meritrokasi LKY boleh dikelaskan sebagai meritrokasi ‘semu’ iaitu mengamalkan dasar afirmatif yang bersifat songsang. Jika di Malaysia, dasar afirmatif berpegang pada paksi untuk membantu golongan yang terkebelakang, tetapi di Singapura dasar tersebut digunakan untuk memberi perlindungan kepada golongan aristrokrat yang sememangnya berpengaruh dan kaya.

Sebab itulah, rakyat Cina Singapura yang miskin mendapati begitu sukar untuk bergerak lebih maju ke hadapan kerana amalan meritrokasi tersebut sama sekali menyukarkan golongan tersebut bertindak sedemikian. Dilema yang dihadapi oleh golongan tersebut serupa dengan apa yang selama ini dialami oleh rakyat Melayu dan India di Singapura.

Selama ini, jiran terdekat Singapura dan masyarakat antarabangsa terpedaya dengan amalan meritrokasi LKY yang dianggap begitu sempurna sehingga negara tersebut jauh menjadi lebih maju. Persepsi sedemikian rupa timbul kerana kepintaran LKY sebagai strategis yang selama ini bijak menjual nama Singapura.

Rakyat Singapura yang selama ini tertindas dan hanya berdiam diri kini telah mula menampakkan bibit-bibit mempersoalkan sistem meritrokasi yang diamalkan. Golongan muda telah mula menilai ketidakadilan sistem meritrokasi Singapura yang hanya membuka peluang kepada golongan aristrokrat.

LKY juga akur dengan keadaan yang semakin berubah dan kemungkinan terdapat sedikit kesangsian kebolehan anak beliau iaitu Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk mengekalkan sistem meritrokasi di sebalik kewujudan tentangan secara terbuka.

Kesangsian LKY terserlah ketika wawancara dengan akhbar The New York Times (NYT) pada awal bulan ini. Walaupun intipati wawancara tersebut tidak ada kena mengena dengan Malaysia, tetapi LKY telah menggunakan jiran terdekat Singapura itu sebagai kambing hitam.

Jika ditolak isi kandungan wawancara mengenai isteri beliau yang sedang terlantar sakit, sebahagian besar jawapan LKY adalah berkisar kepada keadaan Malaysia yang didakwa berada dalam keadaan tidak harmoni kerana kepincangan sistem pemerintahan yang diamalkan.

Kekecewaan beliau ketika Singapura menurut persepsi LKY dikeluarkan dari Malaysia telah digunakan berkali-kali dalam wawancara tersebut.

Tidak syak lagi LKY telah mempergunakan wawancara NYT tersebut untuk memberi amaran kepada rakyat Singapura yang mula mempersoalkan sistem pemerintahan yang ketat bahawa negara mereka boleh terjerumus seperti Malaysia.

Sekali lagi, LKY cuba memperdaya rakyat Singapura bahawa keadaan di Malaysia begitu tidak stabil dan perlu dielakkan sejauh mungkin. Tetapi sampai bilakah strategi sedemikian rupa boleh bertahan kerana rakyat Singapura yang tertindas telah mula berani mempersoalkan sistem meritrokasi LKY.

Komposisi menteri Kabinet Singapura yang selama ini dimegahkan kerana terdiri daripada mereka yang terbaik sebenarnya hanya terdiri daripada kelompok kecil tetapi berpengaruh. Perhatikan sahaja bagaimana anak beliau diasuh dan dididik sehingga menjawat jawatan Perdana Menteri.

Sebahagian besar jawatan kerajaan atau swasta yang kritikal dikuasai oleh golongan terpilih. Jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan (GLC) umpamanya dikuasai oleh golongan aristrokrat tersebut. Perlu ditekankan bahawa GLC Singapura adalah nadi kepada ekonomi negara itu.

Begitu juga dengan jawatan tertinggi dalam angkatan tentera (SAF) dipenuhi oleh golongan istimewa tersebut yang merupakan batu loncatan untuk jawatan yang lebih kritikal dalam kerajaan mahupun swasta.

Statistik pemberian biasiswa kerajaan juga mempamerkan bagaimana tidak adilnya sistem meritrokasi LKY kerana kurang 10 peratus kaum Melayu dan India menerima jumlah keseluruhan biasiswa.

Itulah hakikat sebenar meritrokasi LKY yang selama ini dimegahkan oleh Singapura. Ia sebenarnya begitu pincang sekali dan telah mula membuka mata rakyat mereka yang selama ini tertindas. Sekali lagi Malaysia dijadikan kambing hitam gara-gara mahu mengekalkan amalan pemerintahan ketat Singapura.-UM

Suara Politik
Taminsari

7 ulasan:

C L J berkata...

Bermaknanya sistem yang diamalkan itu meletakkan yang dihadapan bertambah jauh kehadapan dan yang dibelakang bertambah jauh ketinggalan. Ini akan menjarakkan jurang perbezaan yang akhirnya pasti akan menimbulkan keresahan. Perkara yang sudah mula timbul kini.

Kalau begitu jelaslah bahawa sistim yang kita pilih bagi Malaysia adalah lebih adil. Itulah sebabnya barangkali mereka termasuk koncu koncu sebangsa mereka di Malaysia bekerja keras untuk memberi persepsi buruk terhadap sistem di Malaysia.

Maka jadi bertambah fahamlah kita.

goondoo berkata...

Kalau nak faham 'Social Engineering' stail Singapura eloklah baca buku "A Nation Cheated"

Kandungan buku ini sudah tentu akan memanaskan kita.

"If truth be told, the PAP's neglect of the poor stems directly from Lee Kuan Yew's personal philosophy. In 1967, the Minister Mentor said that every society has approximately 5 percent of the population:

who are more than ordinarily endowed physically and mentally and in whom we must extend our limited and slender resources in order that they will provide that yeast, that ferment, that catalyst in our society which alone will ensure that Singapore shall maintain its pre-eminent place in the societies that exist in South and Southeast Asia.

Lee repeated his ideas in 1969, this time even more forcefully:

Free education and subsidised housing lead to a situation where the less economically productive people in the community are reproducing themselves at rates higher than the rest. This will increase the total population of less productive people. Our problem is how to devise a system of disincentives, so that the irresponsible, the social delinquents, do not believe that all they have to do is to produce their children and the government then owes them and their children sufficient food, medicine, housing, education and jobs...We must encourage those who earn less than $200 per month and cannot afford to nurture and educate many children never to have more than two. We will regret the time lost if we do not now take the first tentative steps towards correcting a trend which can leave our society with a large number of the physically, intellectually and culturally anaemic.

The Minister Mentor, then Senior Minister, made this point again in 1993:

Singaporeans will not become successful and prosperous by talking and concentrating on dividing the pie. Our journalists write about who are the poor. Give them some money. If he can't study because he's too busy helping his father, we must look after his father and him. We are concentrating on our navels!

One of his faithful ministers, the late S Rajaratnam, echoed his sentiment by sneering, "We want to teach people the government is not a rich uncle. You get what you pay for. We are moving in the direction of making people pay for everything."

Siapa yang dikatakan sebagai "physically, intellectually and culturally anaemic". Rata-rata orang Melayu Singapura kurang berpelajaran dan mempunyai pendapatan kurang dari 200 ketika itu.

Polisi seterusnya diadakan supaya golongan ini tidak membiak dengan menekan mereka dengan kos perubatan yang tinggi dan lain-lain polisi diskriminasi.

Untuk golongan berada, berpelajaran mereka ini pula diberi inisiatif untuk menjadikan mereka lebih produktif.

Mungkin dah jadi hukum karma; pengasas polisi diskriminasi ini dianugerahkan oleh Tuhan dengan dengan dua cucu yang boleh ditakrifkan sebagai "physically, intellectually and culturally anemic" ???

2010 September 19 10:58

goondoo berkata...

Kalau nak faham 'Social Engineering' stail Singapura eloklah baca buku "A Nation Cheated"

Kandungan buku ini sudah tentu akan memanaskan kita.

"If truth be told, the PAP's neglect of the poor stems directly from Lee Kuan Yew's personal philosophy. In 1967, the Minister Mentor said that every society has approximately 5 percent of the population:

who are more than ordinarily endowed physically and mentally and in whom we must extend our limited and slender resources in order that they will provide that yeast, that ferment, that catalyst in our society which alone will ensure that Singapore shall maintain its pre-eminent place in the societies that exist in South and Southeast Asia.

Lee repeated his ideas in 1969, this time even more forcefully:

Free education and subsidised housing lead to a situation where the less economically productive people in the community are reproducing themselves at rates higher than the rest. This will increase the total population of less productive people. Our problem is how to devise a system of disincentives, so that the irresponsible, the social delinquents, do not believe that all they have to do is to produce their children and the government then owes them and their children sufficient food, medicine, housing, education and jobs...We must encourage those who earn less than $200 per month and cannot afford to nurture and educate many children never to have more than two. We will regret the time lost if we do not now take the first tentative steps towards correcting a trend which can leave our society with a large number of the physically, intellectually and culturally anaemic".

Siapa yang dikatakan sebagai "physically, intellectually and culturally anaemic". Rata-rata orang Melayu Singapura kurang berpelajaran dan mempunyai pendapatan kurang dari 200 ketika itu.

Polisi seterusnya diadakan supaya golongan ini tidak membiak dengan menekan mereka dengan kos perubatan yang tinggi dan lain-lain polisi diskriminasi.

Untuk golongan berada, berpelajaran mereka ini pula diberi inisiatif untuk menjadikan mereka lebih produktif.

Mungkin dah jadi hukum karma; pengasas polisi diskriminasi ini dianugerahkan oleh Tuhan dengan dengan dua cucu yang boleh ditakrifkan sebagai "physically, intellectually and culturally anemic" ???

goondoo berkata...

Kalau nak faham 'Social Engineering' stail Singapura eloklah baca buku "A Nation Cheat
Kandungan buku ini sudah tentu akan memanaskan kita.

"If truth be told, the PAP's neglect of the poor stems directly from Lee Kuan Yew's personal philosophy. In 1967, the Minister Mentor said that every society has approximately 5 percent of the population:

who are more than ordinarily endowed physically and mentally and in whom we must extend our limited and slender resources in order that they will provide that yeast, that ferment, that catalyst in our society which alone will ensure that Singapore shall maintain its pre-eminent place in the societies that exist in South and Southeast Asia.

Free education and subsidised housing lead to a situation where the less economically productive people in the community are reproducing themselves at rates higher than the rest. This will increase the total population of less productive people. Our problem is how to devise a system of disincentives, so that the irresponsible, the social delinquents, do not believe that all they have to do is to produce their children and the government then owes them and their children sufficient food, medicine, housing, education and jobs...We must encourage those who earn less than $200 per month and cannot afford to nurture and educate many children never to have more than two. We will regret the time lost if we do not now take the first tentative steps towards correcting a trend which can leave our society with a large number of the physically, intellectually and culturally anaemic.

Siapa yang dikatakan sebagai "physically, intellectually and culturally anaemic". Rata-rata orang Melayu Singapura kurang berpelajaran dan mempunyai pendapatan kurang dari 200 ketika itu.

Polisi seterusnya diadakan supaya golongan ini tidak membiak dengan menekan mereka dengan kos perubatan yang tinggi dan lain-lain polisi diskriminasi.

Untuk golongan berada, berpelajaran mereka ini pula diberi inisiatif untuk menjadikan mereka lebih produktif.

Mungkin dah jadi hukum karma; pengasas polisi diskriminasi ini dianugerahkan oleh Tuhan dengan dengan dua cucu yang boleh ditakrifkan sebagai "physically, intellectually and culturally anemic" ???

Ular Menyusur Akar berkata...

LKY.

Apabila kerajaan berusaha menurunkan keteganggan api perkauman sekarang ini,dia akan meniupkan semula api kemarahan supaya api itu tidak terus mati.

agbr47: Singapara tu sebelah aje kampong aku.

Taminsari berkata...

Salam..

Lee Kuan Yew yang telah pun berusia 87 tahun dan berada dalam keadaan uzur, di samping menghadapi isterinya, 89 tahun yang kini tidak boleh lagi bercakap sejak diserang strok dua tahun lalu, nampaknya menyimpan dendam dan harapan yang tidak kunjung padam di atas kegagalannya menegakkan Malaysian Malaysia di Malaysia lebih 40 tahun lalu.

Gagasan itu telah tersingkir bersama dengan penyingkiran Singapura dari Malaysia tetapi telah menampakkan kesegarannya semula setelah Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sekali gus memberi nafas baru kepada DAP yang mewarisinya, malah semakin nampak maju ke hadapan dengan DAP mendapat sokongan daripada parti parti pembangkang Melayu.

Kenyataan Lee Kuan Yew yang dilontarkan dalam suasana Malaysia sekarang merupakan suatu hasutan, ibarat menjirus minyak ke atas api, menyalakan perasaan perkauman dan membantu merungkaikan ikatan sosial di Malaysia.

Kenyataan Lee Kuan Yew itu lebih berpotensi untuk memarakkan perasaan marah orang Cina Malaysia yang sekarang memahami 1Malaysia sebagai Malaysian Malaysia.

Dalam pada itu, berasaskan kepada tulisan-tulisan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar di Singapura dan luar negara, ternyata keadilan sosial yang didakwa oleh Lee Kuan Yew sebagai amalannya tidak dapat dirasakan oleh generasi baru Singapura.

Mereka tidak dapat melihat kebenaran kata-katanya itu kerana mereka merasakan lebih tertekan dan teraniaya melihat kebebasan yang dinikmati oleh jiran terdekat mereka, Malaysia. Rakyat Malaysia bebas bersuara terhadap perasaan tidak puas hati mereka, malah boleh mempersendakan lagu kebangsaan negara!

Rakyat Singapura sudah berpuluh tahun hidup dalam ketakutan untuk bertindak dan bersuara secara berkumpulan atau secara individu termasuk dalam beberapa hal, mereka tidak bebas untuk mengamalkan agama, budaya dan cara hidup masing-masing. Umpamanya, pembakaran gaharu tidak dibenarkan di rumah-rumah pangsa dan azan dari masjid dan surau tidak boleh kuat suaranya.

Lee Kuan Yew tidak memberikan apa yang diberikan oleh Malaysia kepada generasi barunya iaitu udara kebebasan baru yang merungkai sistem kawalan sosial supaya setanding dengan dunia demokrasi dan nilai globalisasi.

Apa yang boleh dibuat kesimpulan disisni adalah pada hari ini, Singapura dilihat sebagai negara maju yang mengamalkan demokrasi dunia ketiga.

Wallahuallam.