Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Julai 20, 2014
#MH17: Kotak hitam kedua ditemui?
Kotak hitam kedua pesawat Boeing-777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine telah dijumpai.
Menurut seorang jurugambar Reuters, kotak tersebut ditemui pekerja penyelamat.
Ia merupakan kotak yang kedua selepas kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa menjumpai salah satu kotak hitam pesawat itu, yang dikatakan dibawa ke Moscow untuk pemeriksaan.
Daily Mirror melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Republik Donetsk berkata: "Tentunya kami akan menyerahkan kepada Interstate Aviation Committee, kepada Moscow.
Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) mendakwa pemberontak di wilayah itu telah berjanji untuk menyediakan bantuan dalam siasatan tragedi penerbangan MH17 dan berkata mereka akan memastikan tahap keselamatan pakar antarabangsa yang melawat kawasan nahas.
Bagaimanapun, Kiev menafikan dakwaan yang mengatakan puak pemisah telah menghalang pegawai-pegawai Ukraine daripada sampai ke lokasi kemalangan.
Petugas keselamatan bekerja melalui serpihan pesawat yang jatuh dan tersebar dalam beberapa kilometer di kawasan yang dikatakan terhempas.
Suara Politik
Belantan
Wartawan bersara kerana MH17?
Seorang wartawan Russia Today bersara hari ini sebagai tanda membantah cara mereka laporkan berita mengenai pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas.
Sara Firth, seorang wartawan untuk syarikat milik Kremlin semenjak 2009 umumkan keputusan beliau untuk meninggalkan syarikat tersebut melalui laman Twitter beliau dengan kenyataan, “I resigned from RT today. I have huge respect for many in the team, but I am for the truth.” (Saya telah bersara dari RT (Russia Today) hari ini. Saya hormati ramai di situ, namun saya ingin sokong kebenaran).
Menurut laporan The Rakyat Post, Sara sudah lali dengan teori konspirasi yang menyalahkan Ukraine di sebalik kejadian malang MH17.
Menurut laporan The Guardian, Sara juga tidak bersetuju dengan tindakan Russia menyalahkan Ukraine. Sara juga pernah mengakui dalam sebuah wawancara pada tahun 2012 sekiranya beliau terpaksa menutup kebenaran dalam sesuatu cerita beliau lebih rela berhenti kerja.
Suara Politik
Belantan
#MH17: Penumpang Malaysia luah ‘gentar’ sebelum penerbangan!
Seorang mangsa MH17, Md Ali Md Salim, sempat merakamkan detik-detik sebelum pesawat malang berkenaan berlepas.
Video berdurasi 14 saat itu memaparkan beberapa penumpang sedang menguruskan bagasi masing-masing, di samping suara kapten yang membuat pengumuman tentang status kapal terbang yang akan berlepas.
Md Ali turut memuat naik statusnya bersama video tersebut dan menyatakan:
"Bismillah... #hatiadasikitgentar”.
Md Ali merupakan pelajar PhD Universiti Erasmus Rotterdam dan mahu pulang ke tanah air untuk menyambut hari raya di kampung halamannya di Muar, Johor.
Md Ali merupakan antara 43 rakyat Malaysia yang disahkan berada dalam penerbangan berkenaan yang terhempas di Ukraine.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Julai 19, 2014
Kenyataan Obama berkaitan MH17!
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama turut mengeluarkan kenyataan media berkait kejadian malang pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia.
Dalam video ucapan beliau, Obama sahkan bahawa seorang warga negara Amerika maut akibat kemalangan MH17. Beliau juga sahkan berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Australia serta Belanda.
Kenyataan yang menarik perhatian dalam video merupakan kenyataan Obama yang mengesahkan bahawa bukti menunjukkan pesawat ditembak missile milik puak pemisah Russia. Obama juga menyatakan bahawa ini bukan kali pertama pesawat ditembak di kawasan Timur Ukraine.
Obama juga berkata bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat akan bantu apa yang termampu untuk mendapatkan keadilan bagi pesawat MH17.
Suara Politik
Belantan
#MH17: Media Statement by MAS
MH17’s flight plan was approved by Eurocontrol, who are solely responsible for determining civil aircraft flight paths over European airspace. Eurocontrol is the air navigation service provider for Europe and is governed under ICAO rules.
The route over Ukrainian airspace where the incident occurred is commonly used for Europe to Asia flights. A flight from a different carrier was on the same route at the time of the MH17 incident, as were a number of other flights from other carriers in the days and weeks before. Eurocontrol maintains records of all flights across European airspace, including those across Ukraine.
In April, the International Civil Aviation Organization identified an area over the Crimean peninsula as risky. At no point did MH17 fly into, or request to fly into, this area. At all times, MH17 was in airspace approved by the ICAO.
2. Altitude
MH17 filed a flight plan requesting to fly at 35,000ft throughout Ukrainian airspace. This is close to the ‘optimum’ altitude.
However, an aircraft’s altitude in flight is determined by air traffic control on the ground. Upon entering Ukrainian airspace, MH17 was instructed by Ukrainian air traffic control to fly at 33,000ft.
3. Nationalities
Following this afternoon’s press conference, Malaysia Airlines can confirm that a further 16 passengers’ nationalities have been verified. The latest breakdown of nationalities of those on board the flight is as follows:
• 189 Netherlands
• 44 Malaysia
• 27 Australia
• 12 Indonensia
• 9 UK
• 4 Belgium
• 4 Germany
• 3 Philippines
• 1 Canada
• 1 New Zealand
Four passengers’ nationalities remain to be verified.
4. New flight route
Following this incident, Malaysia Airlines now avoids Ukrainian airspace entirely, flying further south over Turkey.
Suara Politik
Belantan
#MH17: Agensi keselamatan Ukraine dedah perbualan telefon tembak jatuh MH17?
Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.
Menurut laporan The Kyiv Post yang dipetik Astro Awani, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.
Berikut perbualan telefon tersebut:
Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).
Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?
Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.
Vasili Geranin: Berapa minit lalu?
Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu
Perbualan telefon kedua pula antara anggota pemberontak bernama Major dan Greek.
Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.
Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.
Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).
Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.
Suara Politik
Belantan
Putin tuduh Ukraine bertanggungjawab tembak jatuh pesawat MH17?
MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin berkata Ukraine bertanggungjawab ke atas nahas pesawat penumpang Malaysia yang membawa 298 penumpang apabila dilaporkan terhempas di timur negara bekas Soviet itu.
“Tanpa ragu-ragu lagi negara yang terbabit dalam tragedi yang menyayat hati ini bertanggungjawab atas apa yang berlaku," kata Putin dipetik agensi berita, Ria Novosti.
Pemimpin tertinggi Russia itu mengarahkan pegawai tentera agar memberi bantuan dan keperluan bagi menangani kejadian jenayah seperti itu.
Sementara itu, Ukraine tuduh Russia tembak pesawat?
Seorang pemimpin pemberontak kata tentera kerajaan Ukraine menembak pesawat Malaysia Airlines (MAS) tetapi Pegawai Ukraine telah menafikan bahawa tentera mereka tidak terbabit.
Interfax Ukraine memetik sumber dari seorang pegawai Ukraine mengatakan kapal terbang hilang dari radar apabila ia terbang pada 10,000 meter, satu altitud kelajuan sederhana biasa untuk pesawat.
Ukraine telah menuduh Rusia mengambil satu peranan aktif di konflik empat bulan ini dan menuduhnya pada hari Khamis menembak jatuh jet pejuang Ukrain Sukhoi Su 25 dan Moscow telah menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.
Komander tentera pemberontak, seorang rakyat Rusia bernama Igor Strelkov, telah menulis di halaman media sosial dia tidak lama sebelum laporan pesawat terhempas bahawa tenteranya telah menembak turun sebuah Antonov An 26 di kawasan sama. Ia adalah pesawat pengangkutan turboprop yang digunapakai pasukan Ukraine.
Suara Politik
Belantan
Benarkah pesawat Presiden Russia sebenarnya jadi sasaran pengganas?
Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.
Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia. IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.
Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.
“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. - The preside.
Persoalan yang timbul adalah jika serangan sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia. IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin, siapa yang sebenarnya melakukan serangan?
Pihak pemisah Ukraine adalah pro-Russia dan tak mungkin mereka hendak menembak pesawat yang dinaiki oleh Presiden Putin? Kerajaan Ukraine berperang dengan pihak pemisah yang pro-Russia dan dari sini kita boleh lihat dalang sebenar yang lakukan serangan? Wallahuallam.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Julai 18, 2014
Presiden Ukraine nafi tenteranya tembak mana-mana pesawat?
KIEV (Ukraine) 18 Julai - Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan pihak tentera negaranya tidak menembak sebarang sasaran di udara selepas pesawat Malaysia Airlines dilaporkan terhempas di sempadan negaranya dengan Rusia semalam.
"Kami tidak menafikan kemungkinan pesawat itu ditembak jatuh dan kami ingin menekankan yang Pasukan Tentera Ukraine tidak mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana sasaran udara.
"Kami yakin pihak yang bersalah dalam tragedi itu akan dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka," katanya seperti dilaporkan agensi media antarabangsa hari ini.
Seorang pesawai Ukraine sebelum ini menyatakan pesawat dengan 295 penumpang dan krew itu dipercayai ditembak oleh peluru berpandu di sebuah bandar di timur negara itu.
Malaysia Airlines turut mengesahkan mengenai kehilangan pesawat MH17 dari Amsterdam tersebut selepas ia berlepas pada pukul 12.15 tengahari (GMT).
Penasihat kepada menteri dalam negeri, Anton Gerashenko dalam facebooknya berkata, pesawat itu dipercayai ditembak dari pelancar Buk ketika ia sedang terbang pada ketinggian 10,000 meter. - UMO
Suara Politik
Belantan
Terkini : Pesawat Malaysia Airlines terhempas dipercayai ditembak di Ukraine?
Sebuah pesawat penumpang Malaysia membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor Interfax memetik sumber industri penerbangan sebagai berkata.
Menurut laporan itu, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku. Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu setakat ini.
MAS sahkan gagal hubungi pesawat MH17
Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Twitter MAS, kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat MH17 milik MAS.
Perdana Menteri dalam Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.
Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.
"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya dalam laman Twitter malam ini.
Najib hadir taklimat mengenai tragedi MH17 di KLIA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Bangunan Pengurusan Penerbangan (FMB) Penerbangan Malaysia (MAS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pada pukul 1.20 pagi ini.
Beliau sedang menghadiri taklimat mengenai insiden pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine.
Menurut sumber, sidang akhbar mengenai kejadian yang mengejutkan dunia penerbangan itu dijangka akan pada pukul 4 pagi hari ini.-UMO
Terkini > VIDEO : 2 Rakaman Amatur Pesawat #MH17 Terbakar Dan Terhempas!!!
Suara Politik
Belantan
Sultan Selangor murka : Hasan Ali cabar Pas pecat Khalid?
Pas dicabar mengambil tindakan tegas termasuk memecat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ekoran pelbagai kenyataan kontroversinya sehingga mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, jika beliau yang sebelum ini bertindak menyuarakan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di Selangor dipecat oleh Pas, tiada sebab untuk Khalid kebal daripada tindakan serupa.
Katanya, tindak-tanduk Khalid bukan sahaja mencemarkan perjuangan Pas tetapi pendiriannya yang berterusan konsisten 'menyerang' agensi agama di Selangor seolah-olah menjadi jurucakap kepada golongan yang liberalisme, pluralisme dan sekuralisme.
"Pengalaman saya sewaktu menjadi exco kerajaan negeri, Khalid dalam banyak hal menjadi penghalang kepada usaha menjamin kemuliaan Islam seperti peristiwa mengharamkan jualan arak di Shah Alam dan isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
"Saya masih ingat, Khalid sering menidakkan apa juga bentuk undang-undang dan peraturan yang ingin dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya, di Damansara Utama, di sini hari ini.
Sidang akhbar tersebut turut disertai Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali.
Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan kemurkaan baginda kepada Khalid apabila menyifatkan tindakan mempersoal kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai perbuatan biadab selain penentangan terhadap baginda selaku ketua agama Islam negeri.
Mengulas lanjut, Hasan berkata, beliau pelik mengapa kepimpinan Pas tidak berani mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap Khalid, sedangkan sering kali kenyataan-kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Shah Alam itu mengguris hati orang Islam.
"Bagi saya kalau kita melihat kepada 'dosa' yang telah dilakukan oleh Khalid adalah wajar untuk beliau dihukum kerana kalau terus dibiar dan tidak diambil sebarang tindakan, sayap dan kesombongan dia makin berkembang," ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Julai 17, 2014
Mengamuk kereta dilanggar: Pemandu wanita mohon maaf?
Wanita yang berang akibat keretanya dilanggar seorang warga emas di sini dua hari lalu, tampil memohon maaf dan mengakui kesalahannya.
Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Siti Fairrah Asyikin, 30, telah memohon maaf kepada warga emas terbabit, Sim Siok Hong, 68, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada sebelah petang hari kejadian.
Selepas tersebarnya video tersebut, orang ramai memberi pelbagai reaksi yang kebanyakannya marah dengan perlakuan wanita itu.
Malah, pengguna laman sosial turut bertindak mendedahkan identiti wanita terbabit dengan memuat naik gambar serta beberapa maklumat tentang latar belakangnya.
Kejadian itu dirakam oleh seorang saksi kejadian dan dimuat naik di Facebook dan Twitter dan kini menjadi Trending Worldwide di Twitter serta menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan selebriti tanah air.
Wanita itu telah membuka akaun baharu pada hari ini menggunakan nama Kiki Kerja Kahwin dan beliau membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun tersebut yang mendapat 8,896 likes sehingga 6.30 petang ini.
"Saya mahu masyarakat menghormati privasi saya. Kadang-kadang orang ada membuat kesilapan. Mohon maaf tulus ikhlas daripada hati seorang rakyat Malaysia ini," katanya.
Aksi berang wanita itu turut mendapat reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut undang-undang berkaitan memandangkan tindakan wanita tersebut menyalahi undang-undang kerana menjadi pembuli jalanan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abd Aziz Salleh pula mengesahkan wanita itu sudah membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu namun lelaki tersebut enggan berbuat demikian kerana tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan malah telah memaafkan perbuatannya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meluahkan reaksi berbeza di Twitternya dengan menasihati pengguna laman sosial supaya jangan pula menjadi pembuli siber di Facebook dan Twitter.
Suara Politik
Belantan
PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG GOTZE!
Mario Gotze bukanlah pemain tumpuan yang dimiliki pasukan Jerman sehinggalah dia menjadi hero dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan, untuk membolehkan Jerman menjulang trofi Piala Dunia.
Gotze tidak bermain ketika Jerman menewaskan tuan rumah Brazil 7-1 dalam aksi separuh akhir, malah hanya muncul sebagai pemain gantian ketika perlawanan berbaki 7 minit semasa menewaskan Perancis di peringkat suku akhir.
Dia sekali lagi diketepikan untuk membarisi kesebelasan utama pada perlawanan akhir, sebelum tampil menggantikan Miroslav Klose di minit ke-88. Tetapi dialah pemain yang menghadiahkan Jerman Piala Dunia ke-4 menerusi rembatan di minit ke-113 selepas menerima hantaran daripada Andre Schurrle.
Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang pemain ini:
- Masih berumur 22 tahun.
- Membuat perpindahan kontroversi bernilai 37 juta euro (RM160 juta) daripada Borussia Dortmund (kelab sejak zaman kanak-kanak) ke pesaing Bayern Munich pada musim lalu. Penyokong Dortmund menganggap ia sebagai pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan dan sejak perjanjian itu diumumkan dua bulan sebelum akhir musim ini, penyokong Dortmund terus marah sehingga ada banner tertulis: "Mengejar wang menunjukkan betapa kurangnya kesetiaan anda. F *** off Gotze!."
- Perpindahan itu membuatkan Gotze menjadi pemain kedua termahal Jerman untuk sepanjang zaman, selepas Mesut Ozil yang berpindah daripada Real Madrid ke Arsenal beberapa bulan kemudian dengan yuran bernilai 50 juta euro (RM217 juta).
- Bayern membuat permohonan maaf kepada pengeluar kit Adidas selepas Gotze muncul di sidang media pertamanya dengan memakai baju Nike.
- Tampil bersama pasukan yang memenangi kejuaraan 'treble' musim sebelum ini, Gotze menjadi pemain kegemaran Pep Guardiola tetapi dia masih berhempas pulas untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama Bayern.
- Gotze menamatkan musimnya dengan 15 gol dan 14 'assist' dalam keseluruhan pertandingan.
- Kerjaya profesional Gotze hanya melibatkan lima musim, tetapi dia telah memenangi dua gelaran Bundesliga dan DFB Pokal bersama Dortmund, serta memenangi DFB Pokal, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA pada musim lalu bersama Bayern. Dan kini, dia memiliki Piala Dunia.
- Diberi gelaran "Messi Jerman," tetapi Gotze memberitahu wartawan: "Tidak, saya mahu menjadi Cristiano Ronaldo Jerman."
- Sebelum menjejakkan kaki dalam perlawanan akhir Piala Dunia, pengurus Jerman Joachim Low memberitahu Gotze: "Tunjukkan kepada dunia bahawa kamu lebih bagus daripada Messi dan kamu boleh memutuskan keputusan perlawanan.
- Dan dia kini memiliki Piala Dunia, mengatasi Ronaldo mahupun Messi.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Julai 15, 2014
Sultan Selangor murka, anggap Khalid Samad jahil dan biadap?
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kemurkaan baginda terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendesak supaya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.
Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersikap biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
“Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.
“Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang,” demikian titah bagida.
Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang pada Selasa.
Kemurkaan baginda itu dizahirkan berikutan kenyataan Khalid pada 17 Jun lalu yang menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim
Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini.
Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini dengan aman dan tenteram.
Allah Subhanahu Wata’ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan agama Islam
Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di Langit Dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam dan ianya mengambil masa selama 23 tahun untuk menyempurnakan Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan di dunia ini dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat.
Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-menfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan.
Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang.
Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan. Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata.
Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendiri? Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi.
Selain itu, Beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita.
Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan aqidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti.
Ekstremis agama yang Beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar akidah umat Islam.
Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain.
Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar aqidah umat Islam terpelihara dan dilindungi.
Beta mahu rakyat Negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang “moderate” mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Dalam pada itu, Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.
Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti Mais yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor ini.
Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais. Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.
Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.
Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.
Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.
Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan Mais di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam.
Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa Mais sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.
Mais sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Segala tindakan yang dilakukan oleh Mais dan Jais adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa mengganggu penganut agama lain di dalam menganut agama mereka.
Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara.
Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara.
Di bulan yang mulia ini juga Beta berkenan supaya semua umat Islam di negeri Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanuhu Wata’ala.
Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid.
Masjid dan surau adalah tempat Umat Islam dan Orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam.
Beta mengakhiri ucapan Beta ini dengan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala.
Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.
Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Masjid ini dengan nama Masjid Pekan Sepang.
Sekian,
Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. – 15 Julai, 2014.
Suara Politik
Belantan
Anwar ngelabah...!!! Hadi temui Khalid secara mengejut?
Pertemuan antara Abdul Hadi Awang (dua dari kiri), Mustafa Ali (kanan) dan Abdul Khalid Ibrahim (dua dari kanan) di kediaman Menteri Besar Selangor itu, baru-baru ini menimbulkan pelbagai spekulasi.- FB Badrul Hisham Shahrin
Langkah politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang kini ditekan hebat partinya sendiri semakin menarik apabila beliau dikhabarkan dikunjungi secara 'mengejut' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pertemuan itu didedahkan Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shahrin, menerusi laman Facebooknya dan bagi menguatkan pendedahan tersebut, beliau turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan.
Lebih menarik apabila Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard membangkitkan soal apakah pertemuan yang berlangsung di rumah Abdul Khalid mempunyai kaitan dengan khabar angin kononnya Menteri Besar Selangor itu bercadang mahu menyertai Pas.
"Diberitakan secara tiba-tiba semalam diadakan pertemuan tengah malam antara Tan Sri Abdul Khalid, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di kediaman peribadi Tan Sri Abdul Khalid. Kenapa tiba-tiba dan tengah malam?
"Macam-macam cerita muncul. Adakah ini berkaitan dengan tekanan mutakhir ini dan Tan Sri Abdul Khalid akan masuk Pas? Politik ini seribu kemungkinan," kata Badrul Hisham sebagaimana dipetik dari laman Facebooknya hari ini.
PKR sebelum ini memperkenalkan 'Langkah Kajang' bertujuan untuk menggulingkan Abdul Khalid tetapi seni politik Menteri Besar Selangor itu ternyata sukar diduga kerana beliau masih utuh bertahan walaupun berdepan dengan tekanan dari pelbagai sudut.
Pada Jumaat lalu, tersebar khabar angin kononnya Abdul Khalid mungkin menyertai UMNO berikutan kemesraan yang dipamerkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor sehari sebelum itu.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Julai 14, 2014
Awas...!!! Puas nafsu dengan gambar?
Pelaku yang memuatnaik gambar wanita dan memuaskan nafsu dikenali sebagai ‘paraphilia’ iaitu kepuasan seks yang diperoleh melalui objek.
Golongan wanita disaran agar tidak memuatnaik gambar peribadi ke laman sosial kerana dikhuatiri akan menjadi mangsa psikologi seks kaum lelaki.
Si pelaku menggunakan modus operandi dengan mengambil gambar wanita yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, blog dan sebagainya.
Pemilik akaun facebook GfSiapaNi antara yang dikenalpasti aktif memuatnaik gambar-gambar remaja dan wanita.
Ia mempunyai hampir 20,000 pengikut di mana sebahagian besar komen berbaur lucah pada setiap gambar wanita yang dipaparkan.
Mengulas gejala yang berlaku Pakar Psikologi Klinikal, Azlina Roszy Mohd Ghaffar berkata, tindakan itu dikenali sebagai ‘paraphilia’ iaitu kepuasan seks yang diperoleh melalui objek.
“Ia turut dipanggil ‘sexual fetishism’ iaitu sejenis ketagihan seks di mana individu mendapat kepuasan dengan melihat gambar,” katanya kepada The Rakyat Post.
Sementara itu, bekas mufti Perlis dan pendakwah Islam, bimbang kecanggihan teknologi menyumbang kepada penyakit psikologi di kalangan lelaki.
“Ini merupakan satu penyakit yang dah lama wujud tetapi kini disuburkan kembali dengan kemajuan teknologi sekarang” ujarnya.
Menurut beliau, perkara sebegitu dapat dibendung sekiranya wanita menjaga penerampilan mereka dalam apa juga keadaan termasuk ketika memuatnaik gambar di laman sosial.
“Golongan wanita disuruh untuk menjaga pakaian dan penampilan terutama pada zaman sekarang, gambar kita boleh diambil tanpa disangka.
“Sepertimana yang dinyatakan dalam Al Quran, wanita disuruh untuk menutup aurat, yang demikian itu supaya mereka dikenali sebagai wanita yang baik,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Julai 12, 2014
Adakah MCA hanya bunga hiasan didalam pasu?
Sebuah akhbar berbahasa Cina mendakwa masyarakat Cina di negara ini memperlekehkan kemasukan semula MCA ke dalam Kabinet dengan menganggap parti itu telah melanggar janji-janji yang dilafazkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Artikel bertajuk, 'MCA masuk Kabinet seperti bunga hiasan dalam pasu', merupakan pandangan Choon Kok Boon yang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15 akhbar tersebut.
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon ditegur kerana terlalu ghairah dan bergembira dengan jawatan-jawatan yang diberikan itu sehingga memuat naik status dalam laman sosial, Facebook, "kembali semula ke Kabinet, tawan kembali kawasan lama yang hilang".
Akhbar itu turut meragui kenyataan presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang kononnya MCA menyertai semula Kabinet kerana mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Cina, seolah-olah menunjukkan bahawa setiap ahli parti yang diketuainya itu amat setia dan prihatin terhadap segala kebajikan kaum berkenaan.
Semasa kegemilangan MCA antara 2004 dan 2008, iaitu mempunyai empat jawatan menteri dan sembilan jawatan timbalan menteri (4+9) yang membawa maksud mereka lebih berkuasa dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada Cina tetapi masih tetap ditolak sepenuhnya oleh kaum itu dalam PRU-12, inikan pula jika dibandingkan dengan situasi terkini (2+3).
Penulis mengandaikan tindakan MCA menyertai Kabinet itu seperti orang tua yang terlalu uzur, tanpa sebatang gigi pun, berjalan begitu lemah dengan bertongkat dalam perjalanan ratusan kilometer hanya untuk mempertahankan sebuah tanah perkuburan Cina.
Mungkin MCA akan bangkit berkuasa selepas menyertai Kabinet, namun segalanya bergantung kepada keberkesanan gandingan menteri dan timbalan itu dalam mempengaruhi polisi dan dasar kerajaan yang secara realitinya mustahil untuk dilakukan oleh mereka.
Tiong Lai diberi jawatan Menteri Pengangkutan, tetapi sebenarnya hal ehwal pengangkutan telah dikawal dan dikuasai sepenuhnya oleh jawatankuasa pengangkutan darat yang ditubuhkan. Rahsia bahawa beliau Menteri Pengangkutan tetapi tidak berkuasa sepenuhnya telah diketahui umum.
Semuanya, bermula dengan perancangan pengangkutan awam hingga kelulusan pengeluaran lesen kenderaan perdagangan bukan dalam bidang kuasanya, namun terdapat satu perkara yang dikuasai oleh Tiong Lai iaitu keputusan mengenai tender pengeluaran nombor plat kenderaan.
Kelak apabila sesiapa mahu mengambil tender nombor plat, Tiong Lai boleh melakukan dengan tangannya sendiri, tanpa perlu minta pihak lain membantu, umpama dari tangan kiri campak ke tangan kanan.
Bagaimanapun, nasib Tiong Lai lebih baik daripada timbalannya, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang sehingga kini masih belum mengetahui portfolio dan bidang kuasanya, lebih teruk lagi kerana Pejabat Perdana Menteri yang sesak, menyebabkannya buat sementara waktu terpaksa ke pejabat lama Kementerian Pembangunan Usahawan.
Dalam masa beberapa hari ini, MCA cuba berlagak seperti pahlawan bangsa apabila membangkitkan isu guru-guru di bahagian pendidikan Cina dengan mengasak Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching.
Mereka terlupa bahawa orang paling berkuasa di kementerian itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekali lagi terlupa bahawa sebelum ini MCA dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan bagi menjaga kebajikan guru-guru Cina.
Suara Politik
Belantan
Contohi kecemerlangan Jerman!
Pemain-pemain pasukan Jerman meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan pasukan tuan rumah Brazil dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014 di Stadium Mineirao, Belo Horizonte, Brazil, kelmarin.
Brazil, Argentina, Belanda dan Jerman adalah empat pasukan terakhir yang layak ke separuh akhir, Piala Dunia 2014. Dua negara dari Amerika Latin, manakala dua lagi dari Eropah. Dua negara yang kurang maju iaitu Brazil dan Argentina berbanding dua negara lain dari benua Eropah iaitu Belanda dan Jerman.
Kontroversi penganjuran Piala Dunia 2014 di Brazil bukan setakat aksi gigitan Luiz Suarez tetapi juga rakyat negara itu dari golongan miskin tidak bersetuju dengan penganjuran Piala Dunia ini. Bagi mereka, ia satu pembaziran.
Antara keempat-empat pasukan ini, hanya Jerman pasukan paling konsisten dalam kejohanan sukan yang diangkat sebagai paling hebat di dunia ini. Empat kali berturut-turut Jerman berjaya memasuki separuh akhir Piala Dunia. Jerman mempunyai pemain-pemain yang hebat-hebat belaka meskipun tidak begitu popular seperti Neymar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Satu perkara yang tidak boleh dinafikan sama sekali, setiap pemain Jerman memiliki jiwa kental dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Inilah sebenarnya kehebatan orang Jerman.
Selama ini kita terlalu taksub dengan Liga Inggeris (English Premier League) tetapi mana perginya pasukan England di pentas Piala Dunia? Mereka setakat hebat di liga tempatan mereka dengan memiliki pemain-pemain import bertaraf dunia. Namun, apabila mengumpulkan pemain-pemain terbaik warganegara England di kejohanan sehebat Piala Dunia, kesudahannya, pasukan kebangsaan England tidak ke mana.
Berbeza dengan pasukan Jerman yang mana liganya tidaklah sebegitu popular sebagaimana Liga Inggeris. Yang menariknya, kelab-kelab Jerman terutamanya seperti Bayern Munich sering kali menguasai pentas Kejohanan Eropah.
Satu perkara yang cukup menarik tentang orang Jerman, mereka sentiasa berdedikasi dalam apa jua lapangan. Ini terbukti apabila ekonomi Jerman berada dalam kalangan kelompok ekonomi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, China dan Jepun. Bahkan, tatkala krisis hutang Eropah, Jerman sentiasa menjadi antara kuasa penentu ke atas keputusan-keputusan ekonomi Kesatuan Eropah.
Sistem tadbir urus korporat Jerman juga berbeza berbanding negara-negara yang pernah dijajah British. Syarikat-syarikat korporat Jerman mempunyai keupayaan dan kemampuan di peringkat antarabangsa. Banyak produk Jerman seperti Adidas, BMW, Audi dan Mercedes-Benz menjadi jenama dunia. Salah satu sifat unggul orang Jerman, mereka sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dan mempunyai budaya kerja berkualiti tinggi.
Misalnya, universiti-universiti Jerman tidak terlalu pedulikan dengan ranking tetapi apa yang mereka pedulikan adalah manfaat yang boleh dikembalikan kepada masyarakat setempat. Adakah "permainan" ranking ini menguntungkan kita umat Islam Malaysia?
Kita perlu banyak mengambil iktibar cara kerja orang Jerman. Sebelum ini kita memandang ke arah negara-negara timur seperti Jepun.
Sememangnya cara kerja orang Jepun juga hebat. Sebab itulah kita boleh lihat cara kerja mereka yang berdedikasi berlandaskan Islam meskipun bukan beragama Islam. Sebaliknya di sini kita sukar melihat cara kerja berasaskan tuntutan ajaran Islam meskipun majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.
Itu Jepun, manakala Jerman pula sebuah negara yang cukup mementingkan kemajuan masyarakat mereka. Selepas berakhirnya Perang Dingin, Jerman semakin kuat dengan kombinasi Jerman Barat dan Jerman Timur. Perpaduan rakyatnya juga cukup kukuh.
Kalau di negara kita, ada saja pihak yang sengaja mencetuskan isu perkauman yang boleh mengugat perpaduan.
Sewajarnya ketika negara kita menuju ke arah negara maju, perpaduan umat Islam Malaysia semakin kukuh dan maju dalam serba serbi.
Maka tidak ada salahnya, kita mencontohi cara kerja, disiplin dan kerjasama kukuh orang Jepun dan Jerman. Kedua-dua bangsa ini cukup mementingkan kecemerlangan dalam kehidupan mereka meskipun berlainan agama berbanding kita di Malaysia.
Dan jangan lupa mentor ilmu bagi teknologi dan kejuruteraan Jepun adalah Jerman. Itulah hakikatnya! -UMO
Suara Politik
Belantan
Khamis, Julai 10, 2014
Sudah melampau...!!! Tindakan tegas perlu diambil terhadap Ramasamy?
Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.
Beliau menyelar keras kenyataan Ramasamy itu sambil mengingatkan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang berlaku antara Melayu dan Cina adalah akibat politik perkauman dan cauvinisme yang diamalkan DAP serta golongan pelampau kaum pada masa itu.
"Ini kerana golongan cauvinis Cina dan pelampau perkauman pada masa itu telah mempersoal serta mencabar hak istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 dan kedudukan Raja-raja Melayu dengan menggunakan slogan Malai-Si (Mati-Melayu) dan ucapan berbentuk hasutan seperti 'Melayu masuk hutan', 'ini negeri Cina sudah control' serta banyak lagi sehingga mengapi-apikan orang Melayu.
"Saya mendesak pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya lebih agresif dan tegas dalam mengekang dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengheret golongan ekstremis serta pelampau agama dan perkauman ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman keras jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ramasamy yang seolah-olah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa kembali peristiwa 13 Mei 1969 ekoran peringatan Muhyiddin bahawa peristiwa rusuhan kaum itu boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan. Sila baca di sini.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Ramasamy yang mengatakan beliau tidak takut peristiwa 13 Mei 1969 berulang hanya kenyataan pemimpin politik yang mahu meraih populariti.
"Beliau hanya cakap mahu tunjuk hebat dan berani. Jika beliau benar-benar tidak takut kenapa perlu 'bising' tentang 13 Mei sedangkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mengingatkan rakyat negara ini mengenai peristiwa itu.
"Reaksi Ramasamy itu sekadar mencari mahu 'makan' dalam bidang politik. Jangan terlalu angkuh, beliau harus ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Memang orang Melayu baik, tetapi pantang Melayu dicabar," katanya di sini hari ini.
Ibrahim berkata, perbalahan kaum kini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain dan perbuatan itu adalah bertentangan dengan adat, budaya dan tatasusila rakyat negara ini.
Jelas beliau, orang Melayu tidak akan memulakan perbalahan tetapi jika orang lain memulakan orang Melayu pasti menyambut.
"Pantang orang Melayu dicabar, kita tidak akan mula dahulu sebab orang Melayu patuh dan hormat undang-undang, tetapi bila orang menjual pasti kita membeli," katanya.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Julai 09, 2014
Brazil diajar 'bagaimana untuk bermain bola' oleh Jerman?
Brazil mengalami igauan paling ngeri apabila dibelasah Jerman 7-1 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014 di Estadio Mineirao.
Ketiadaan Neymar dan Thiago Silva jelas satu tamparan hebat buat Brazil yang beraksi di hadapan penyokong sendiri apabila mudah diratah pasukan lawan.
Satu sejarah turut tercipta apabila Miroslav Klose muncul penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan jaringannya yang ke-16, bagi mengatasi koleksi gol legenda Brazil, Ronaldo.
Jerman selesa di hadapan dengan kedudukan 5-0, hanya selepas 29 minit wisel ditiupkan .
Thomas Muller menjaringkan gol pembukaan untuk jaringan kelimanya dalam edisi kali ini, sebelum Klose menolak masuk gol bersejarahnya.
Brazil tidak mempunyai jawapan untuk menyekat hantaran lawan apabila Toni Kroos meledakkan dua gol lagi disusuli dengan jaringan Sami Khedira.
Disebalik tampil dengan lebih positif di awal babak kedua, pemain gantian Andre Schurrle terus menambah derita Selecao apabila dua cubaannya menerjah gawang.
Walaupun di penghujung perlawanan Brazil mendapat gol saguhati menerusi Oscar, tetapi usaha mereka masih tidak memadai untuk menutup keaiban bagi sebuah pasukan yang pernah bergelar juara lima kali ini.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)













































