Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Januari 25, 2013
Pas Kelantan Tak Hormat Sultan?
UMNO Kelantan menyifatkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan memfailkan injuksi interlokutori bagi menghalang Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar royalti kepada kerajaan Malaysia sebagai tidak menghormati Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin berkata, tindakan itu tidak wajar kerana Sultan Muhammad V telah berkenan melantik wakil negeri ini dalam Jawatankuasa Khas untuk mengkaji dengan adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur.
Beliau berkata, sewajarnya Kerajaan Pas Kelantan membiarkan Jawatankuasa Khas tersebut berperanan dan bukan mengusutkan lagi keadaan dengan membawa isu tersebut ke mahkamah.
“Perdana Menteri telah berjanji untuk menyelesaikan isu ini secara adil dan telus serta beliau juga memaklumkan bahawa Sultan Kelantan telah berkenan untuk melantik wakil negeri Kelantan dalam jawatankuasa tersebut, jadi biarkan proses ini berjalan tanpa gangguan mana-mana pihak.
“Jadi jika ada mana-mana pihak mengambil tindakan membawa ke mahkamah ia seolah-olah tidak menghormati Sultan Kelantan dan Perdana Menteri,” katanya kepada di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Kerajaan Pas Kelantan memfailkan permohonan injunksi interlokutori bagi menghalang Petronas membayar royalti minyak kepada kerajaan Malaysia.
Kerajaan Pas Kelantan selaku pihak plaintif menamakan Petronas dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.
Pada 4 Ogos lalu, kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Jawatankuasa Khas itu akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara serta wakil kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tidak ada faedah sekiranya isu tersebut berlanjutan dan ia perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah.
“Petronas sendiri menjelaskan mereka telah melaksanakan tanggungjawab seperti mana termaktub dalam undang-undang dan tidak ada yang tidak betul dibuat,” katanya.-UMO
Suara Politik
Belantan
Khamis, Januari 24, 2013
Kemuncak sokongan Malaysia terhadap negara merdeka Palestin!
Dalam laman rasmi sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Aman Palestin, tercatatkan sejarah berikut: Pembentukan negara haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 65 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis melalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warga negaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanah airnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota.
Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibu bapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.
Semangat berkobar-kobar rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin bukan sekadar omong kosong, dan semalam boleh dianggap kemuncak kepada semangat berkenaan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki di bumi Palestin.
Kehadiran beliau ke Gaza bukan sahaja mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama berbuat demikian malahan lebih daripada itu ia mempunyai signifikannya tersendiri.
Ternyata kesibukan dalam membuat pelbagai pertemuan di dalam negara khususnya dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, sama sekali tidak menjejaskan keprihatinan Perdana Menteri terhadap penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin.
Oleh itu, Najib mengadakan apa yang dipanggil lawatan kemanusiaan ke Gaza bersama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Lawatan ini dikatakan memenuhi jemputan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh yang pada 11 Disember lalu menyatakan telah menghubungi Najib untuk menjemput Perdana Menteri Malaysia itu berkunjung ke Gaza.
Biar pun lawatan ke bumi Palestin hanya beberapa jam, namun ia cukup bermakna, apatah lagi kunjungan kali ini mendapat perhatian masyarakat dunia termasuk media-media di Israel.
Kehadiran Najib sudah pasti menggembirakan pemimpin dan rakyat Palestin yang sememangnya amat memahami sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat negara itu yang sedang ditindas oleh rejim Zionis.
Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh (kiri) pada Majlis Sambutan Perdana Menteri di Rafah, semalam.
Mungkin akan ada pihak tertentu di Malaysia akan memandang sinis lawatan ini dan pasti ada yang akan mendakwa kononnya pemimpin mereka sudah sampai lebih awal berbanding Najib.
Sementara kita mengakui sumbangan mereka, namun kehadiran Perdana Menteri jauh lebih signifikan dan mempunyai makna yang cukup mendalam.
Kalau pihak-pihak berkenaan akan berusaha untuk memperkecilkan lawatan Perdana Menteri maka kita juga berhak mempertegaskan bahawa datang ke Palestin jauh lebih baik berbanding pergi bertemu mana-mana pemimpin kerajaan Syria.
Tidak apalah, sememangnya bagi pihak tertentu apa pun yang dilakukan oleh kerajaan ia tidak akan dipuji namun mereka sama sekali tidak boleh menafikan bahawa lawatan Najib membuktikan bahawa Malaysia komited dalam soal perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan mempedulikan apa juga tafsiran pihak lain terhadap komitmen tersebut.
Keprihatinan Najib untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin dan meninjau sendiri nasib rakyat negara itu membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin Islam yang cakap serupa bikin.
Beliau tidak berdegar-degar bercakap soal bagaimana perjuangan rakyat Palestin harus terus disokong tetapi bersedia ke negara itu untuk melihat sendiri penderitaan mereka. Melalui cara itu Perdana Menteri percaya beliau akan mendapat gambaran yang lebih jelas berhubung keperluan rakyat bekenaan.
Sebelum ini, rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan politik telah menghulurkan pelbagai sumbangan kepada rakyat Palestin.
Kita sudah saksikan bagaimana selepas rakyat Palestin diserang bertubi-tubi oleh rejim Zionis pada November lalu, berpuluh-puluh pihak dari Malaysia berlumba-lumba masuk ke Gaza untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin.
Kekejaman dan keganasan berterusan yang ditunjukkan oleh rejim Zionis sama sekali tidak melunturkan semangat rakyat Malaysia untuk terus membantu rakyat Palestin malahan ia dianggap pembakar semangat kepada mereka.
Oleh itu apabila Najib sendiri sudi melakukan lawatan ke Gaza ia dianggap pembakar semangat dan isyarat kepada masyarakat dunia bahawa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kerajaan atau tidak, pertubuhan bukan kerajaan mahupun individu, semua bersedia berkorban apa sahaja demi perjuangan rakyat Palestin.
Atas semangat itu jugalah, Najib ketika menyampaikan ucapan ketika menerima ijazah doktor kehormat Universiti Al-Aqsa menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan damai melibatkan dua pihak di Palestin iaitu Hamas dan Fatah.
Sememangnya tawaran itu penting kerana dalam apa keadaan pun kita harus menerima hakikat bahawa masa depan Palestin sama ada akan terus berada dalam keadaan konflik atau mencapai keamanan segala-galanya bergantung kepada kedua-dua pihak tersebut.
Oleh itu adalah penting jika Malaysia memainkn peranan yang lebih aktif untuk memastikan Hamas dan Fatah atas nama satu ummah menyelesaikan apa juga perbezaan antara mereka.
Nasib lebih 5 juta rakyat Palestin bergantung kepada kedua-dua pertubuhan itu, mana-mana juga negara termasuk Malaysia hanya berupaya untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan tetapi penentu kepada usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan bermaruah bergantung kepada pihak-pihak di Palestin sendiri.
Justeru Hamas dan Fatah tidak boleh membiarkan selama-lamanya perbezaan antara mereka menjadi penghalang, Pelan Damai yang kini diusahakan oleh Mesir harus dijayakan.
Dan sebagai penyokong kuat kepada perjuangan suci rakyat Palestin sejak dulu, kini dan selamanya, tawaran Malaysia untuk turut memainkan peranan menjayakan pelan damai berkenaan tidak boleh dipandang sepi.
Apa pun sama ada tawaran Malaysia itu diterima atau tidak, terserahlah kepada pihak-pihak berkenaan untuk menentukannya tetapi apa yang pasti seperti mana kata Najib, semua manusia berhak untuk hidup secara aman, selamat dan bermaruah. Itulah harapan dan doa rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin kerana perpaduan adalah kunci mewujudkan keamanan dan kemakmuran.
Oleh : Zulkiflee Bakar
Suara Politik
Belantan
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat dikecam pengikut sendiri?
Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.
Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.
Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.
Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.
"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.
"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.
Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.
Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.
Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz."
Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.
Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".
Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat."
Suara Politik
Belantan
Nizar Lambai dimalukan depan penyokong sendiri?
Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohammad Nizar Jamaluddin yang semakin aktif berceramah di sekitar Perak kebelakangan ini dibayangi jentera UMNO yang mengekorinya bagi membongkar segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin itu.
Terbaharu, hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu untuk memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, di sini malam tadi tidak kesampaian apabila jentera UMNO turut mengadakan ceramah di tempat sama.
Malahan, pemimpin Pas itu dimalukan apabila lebih 15 klip video yang membuktikan tohmahannya dalam beberapa isu sebelum ini dimainkan dalam ceramah yang berlangsung hampir tiga jam.
Penceramah UMNO, Hanafiah Man berucap pada sesi ceramah Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri di Parit, Perak malam tadi.
Majlis ceramah bertajuk 'Mohammad Nizar Pembohong Bersiri' itu turut didengari dengan jelas para penyokong Pas yang hadir memandangkan lokasi kedua-dua parti itu berceramah hanya dibezakan kira-kira 50 meter.
"Saya tidak minta anda percaya bulat-bulat apa yang saya cakap, tetapi minta anda lihat dan menilai sendiri semua video ini yang menunjukkan betapa Mohammad Nizar ini selalu berbohong kepada rakyat," kata penceramah UMNO, Hanafiah Man ketika berceramah dalam majlis tersebut.
Suara Politik
Belantan
Perjuangan PAS zalim : Bai'ah ceraikan isteri dan kejahilan!!!
Pengakuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti, agak menggemparkan.
Walaupun cakap-cakap mengenai perkara itu sudah kedengaran ketika isu lompat parti hangat diperkatakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, ia masih tinggal sebagai desas-desus kerana pemimpin Pas mengunci mulut.
Maka apabila Khalid membuat pengakuan itu, ia membongkarkan apa yang sudah membuak-buak tersimpan sebagai rahsia yang menanti pecah. Awang percaya pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu sendiri.
Pelbagai pihak termasuk ulama seperti Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Profesor Dr. Mahmood Zuhdi serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah bai'ah tersebut yang bercanggah dengan amalan dan nilai Islam sebenar. Beberapa pemimpin pembangkang terutama DAP dan Kelab Penyokong Pas turut mempersoalkannya. Asas bantahan semua pihak cukup jelas iaitu isteri dan perkahwinan yang dilihat mulia tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan hanya kerana politik.
Persoalannya mengapa sampai ke tahap itu pemikiran pemimpin Pas yang mencampurkan urusan parti dan perkahwinan? Mengapa wanita dijadikan mangsa kejahilan? Kita bukan berada di zaman jahiliah. Sesungguhnya kita tidak terkejut dengan bai'ah seperti itu kerana Pas untuk sekian lamanya sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan politik berbanding kepentingan Islam.
Ia jelas memperlihatkan budaya politik yang rendah pada parti itu selain kurang keyakinan dalam mengurus barisan wakil rakyatnya. Kita percaya tiada parti politik dalam dunia termasuk yang menggunakan label Islam mengadakan bai'ah menceraikan isteri talak tiga (yang tidak boleh dirujuk semula kecuali Cina buta).
Rasanya juga tiada parti politik termasuk di negara mundur seperti di benua Afrika, yang wakil-wakil rakyatnya akan membenarkan diri terikat dengan sumpah seumpama itu yang tidak munasabah, bercanggah dengan semangat demokrasi, keadilan dan kebebasan jiwa yang merupakan prinsip Islam. Pas perlu ada keyakinan, ia bukan Parti Ajaran Sesat sebagaimana Ayah Pin yang mengubahsuai agama untuk kepentingan dan keseronokan diri. (Mungkin Ayah Pin pun tidak tergamak adakan bai'ah itu).
Bagaimana jika kepimpinan Pas melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam, kezaliman, kejahilan dan segala macam eksploitasi serta kelemahan memudaratkan tetapi enggan membetulkannya, apakah wakil rakyat Pas akan terus bersubahat dan tidak berani bertindak keluar parti?
Menurut Khalid, bai'ah tersebut bagi mengelakkan pengkhianatan, tetapi mengapa isteri yang menjadi galang ganti? Tidakkah ia bersifat ugutan yang melampau. Kalau begitu, mana-mana wanita yang berkahwin dan bakal berkahwin dengan aktivis politik Pas perlu berhati-hati dan bersedia dari sekarang kerana anda mungkin terjebak menjadi mangsa sumpah politik. Jika keadaan ini dibiarkan, kita tidak terkejut jika selepas ini, akan ada bai'ah lain seperti murtad seisi keluarga jika keluar parti.
Sekali lagi, ia membuktikan Pas mempergunakan agama demi kepentingan dan muslihat politik. Kita melihat ini sebagai ketaksuban berparti yang akan terus meletakkan Pas sebagai parti ekstrem. Sebab itulah, Pas sukar memberikan impak dalam politik nasional. Parti itu juga selalu melepaskan kesempatan terbaik untuk mengamalkan kesederhanaan dalam pendekatannya sebagaimana amalan Nabi Muhammad SAW. Belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan dengan membatalkan bai'ah tersebut. Persoalannya apakah Pas bersedia melakukannya sambil mengakui kesilapan?
Yang Menariknya : Muslimat Pas pertahan bai'ah!
Agak menarik kerana dalam para pemimpin PAS menafikannya, Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti. Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti. "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti sama kasihnya," kata beliau pada seminar memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini.
Beliau mengulas laporan muka depan sebuah akhbar mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai'ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu. Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung. Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007.
"Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam. "Saya melihatnya positif. Media jangan 'main-main' dengan isu ini," katanya. Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.
"Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah. "Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya. Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai'ah dilakukan oleh parti. Sila baca di sini.
Komen : Pelik tapi benar kerana Ustaz Hadi pun tak mengaku ada perkara seperti ini ( bai'ah ) ada didalam PAS? Apa lagi yang pemimpin PAS hendak temberang mengenai Bai'ah ! Husam Musa sendiri berkata yang perjuangan negara Islam hanyalah ideslisma sahaja manakala bekas MB Perak Nizar pula mancabar ahli dewan DUN Perak supaya ditunjukkan bukti yang PAS hendak menegakkan negara Islam? Jadi apa sebenarnya yang PAS perjuangkan?
Adakah kerana semata-mata hendak berkuasa, agama di pergunakan. PAS menipu pengikut-pengikutnya dengan menggunakan undang-undang ALONG supaya ahli mereka yang terjebak tidak dapat melarikan diri lagi. MasyaAllah.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Januari 23, 2013
Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat!
Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar.
Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi “ halal “. Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.
Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong Pas itu sendiri.
Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?
Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sulatan dan Raja-raja mereka.
Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.
Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini. Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sebelum ini.
Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “ abang besar “. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “ Pak Turut “, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.
Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.
Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam.
Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.
Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate dimana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat.
Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR.
Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.
Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam.
Jadi dimanakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya. Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.
Suara Politik
Belantan
DAP : Ingat Asal Usul Kamu...?
Generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan.
Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan angkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".
Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.
Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam.
Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya. Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai. Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau.
Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba. Fikir-fikirkan lah...!!!
Suara Politik
Belantan
1,500 nelayan Klang terima elaun!
Abdul Rahman Palil (kanan) menyerahkan elaun sara hidup nelayan kepada salah seorang penerima dalam majlis di Klang, Selangor, semalam.
Sebanyak 1,500 nelayan berdaftar di daerah ini menerima elaun sara hidup bulanan RM200 setiap seorang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM300,000. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, elaun yang diluluskan kerajaan Persekutuan itu melibatkan dua sesi.
Tambahnya, sesi pertama yang melibatkan 500 nelayan menerima bantuan sara hidup hari ini manakala selebihnya diberikan esok di Jeti Pulau Ketam dekat sini. Beliau berkata, kerajaan Persekutuan memperuntukkan bantuan khas untuk setiap nelayan bagi membantu meringankan bebanan golongan berkenaan yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Pemberian elaun sara hidup nelayan ini tidak mengira fahaman politik kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin terhadap golongan nelayan yang mempunyai pendapatan tidak menentu dan bergantung pada keadaan cuaca.
"Dengan elaun sara hidup, para nelayan akan mempunyai pendapatan tetap iaitu RM2,400 setahun, jadi sedikit-sebanyak dapat menyara kehidupan mereka, selain untuk membaiki jaring serta membeli kelengkapan ke laut," katanya dalam Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan kawasan Parlimen Klang di Dewan Ahmad Razali, di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, pihaknya berharap dengan adanya elaun itu, yang diberikan secara bulanan, dapat menaikkan semangat nelayan untuk mencari rezeki. Para nelayan bukan sahaja menerima elaun sara hidup, malah mereka turut diberikan subsidi petrol, kemudahan membaik pulih rumah rosak, insurans dan tuntutan tangkapan ikan segar.
"Kerajaan BN berasa golongan nelayan memerlukan bantuan sebegini kerana merasa mereka memerlukan pembelaan yang sewajarnya," katanya.
Sementara itu, salah seorang nelayan dari Kampung Telok Gong, Johari Samlat, 59, berkata, dia berasa terharu apabila kerajaan memperuntukkan pelbagai bantuan untuk golongan nelayan.
"Sejak kecil saya membantu ayah dan sehingga hari ini saya menjadikan pekerjaan nelayan sebagi sumber pendapatan untuk menyara lima anak-anak yang masih bersekolah.
"Dengan adanya bantuan tersebut, golongan nelayan berasa perjuangan kami di laut mendapat pembelaan kerana kami tidak akan mempunyai pendapatan harian jika tidak turun ke laut," katanya.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Januari 22, 2013
Kemana hala tuju Melayu Pulau Pinang?
Melayu Pulau Pinang seringkali dilihat sebagai terpinggir di negeri sendiri. Sedihnya, semakin kuat mereka meluahkan nasib mereka, semakin kuat tekanan yang mereka hadapi. Mungkin kerana salah cara bersuara, mereka dilihat seolah-olah membangkitkan isu sensitif yang berbau perkauman.
Tekanan juga datang daripada bangsa Melayu sendiri yang seolah-olah memperlekehkan persoalan tersebut. Tidak kurang juga yang mengusulkan pendekatan politik yang mengatakan bahawa UMNO yang dilihat selama ini mempertahankan orang Melayu, juga telah gagal dalam perjuangan mereka menjaga orang Melayu selama memerintah bersama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN).
Apakah tersisihnya Melayu di negeri ini adalah kerana faktor politik semata-mata atau ada faktor lain. Bagaimana pula halnya dengan kegagalan orang Melayu kerana sikap sendiri.
Begitu juga dengan persoalan berkaitan dengan kegagalan kakitangan kerajaan yang gagal melaksanakan polisi-polisi kerajaan pusat dan negeri dalam membantu orang Melayu, sama ada dari segi pendidikan, ekonomi, keusahawanan, perancangan bandar dan wilayah, perumahan, dan sebagainya.
Realitinya, majoriti besar kakitangan kerajaan adalah orang Melayu sendiri. Malahan kakitangan utama pentadbiran negeri dan Persekutuan juga adalah orang Melayu. Apakah mereka ini tidak memahami dan tidak membantu?
Sejarah menunjukkan bahawa sebelum kedatangan orang Inggeris, telah ada orang Melayu di pulau ini. Kemudian, dibawa masuk orang-orang China dan India ke negeri ini dan Negeri Selat lainnya untuk mencari rezeki, menampung kekurangan tenaga kerja pada masa itu dan membuka lembaran baru kehidupan mereka di negeri ini.
Golongan pendatang boleh berjaya kerana berkerja keras, tetapi yang asal telah lalai dan leka sekian lama. Kini suara mereka bersuara keras tapi tidak dihiraukan, mungkin telah hilang roh dan semangatnya.
Apakah mereka tidak pernah diberi peluang untuk berubah? Apakah modal insan Melayu ini masih dan akan berterusan berfikiran rendah atau tiada peluang diketengahkan ke hadapan kerana ekonomi di tangan bangsa lain.
Apakah bangsa lain ikhlas untuk berkongsi kek ekonomi atau hanya sekadar retorik.
Sejarah juga menunjukkan bahawa pada satu ketika, jumlah orang Melayu yang pada asalnya peneroka, adalah jauh kurang berbanding kaum lain. Sehingga kini masih kurang, tapi telah merapat dan dijangkakan akan melebihi kaum lain pada tahun 2020.
Apakah pada pada masa itu, Melayu hanya akan ramai dari segi kuantiti tapi kurang dari segi kualiti, atau sebaliknya. Apakah pada masa itu masih ada tanah untuk diduduki orang Melayu atau mereka terusir keluar secara tidak sedar.
Adakah orang Melayu ambil berat tentang masa depan dan perancangan masa depan negeri mereka ini atau mereka hanya berserah pada pihak tertentu, jika ada, untuk memikir tentang masa depan mereka.
Kita harus mencari jawapan ikhlas kepada persoalan berkaitan orang Melayu negeri ini, dilema bangsa minoriti yang tidak mempunyai kuasa pentadbiran negeri serta politik dan kuasa ekonomi.
Apakah telah terlambat untuk Melayu bangkit, seperti mana pepatah nasi sudah menjadi bubur. Atau selepas mengakui masalah serta kelemahan, boleh menerjah bangkit semula dengan semangat Melayu baru.
Apa caranya? Wallahuallam.
Suara Politik
Belantan
SYABAS : Fakta sebenar krisis air di Selangor?
Berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, Syabas telah dilemparkan dengan berbagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.
DAKWAAN 1
Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan pada 9 Januari 2013 mendakwa SYABAS tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.
Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala (sebulan sekali) yang dilakukan sendiri kakitangan SYABAS. Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Malah jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
DAKWAAN 2
YAB Menteri Besar Selangor turut menyebut bahawa insiden pump tripped bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ianya merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.
Dakwaan ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden pump tripped juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD. Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem yang beroperasi melepasi kapasiti (overload), VSD tidak boleh dihidupkan.
DAKWAAN 3
YAB Menteri Besar Selangor turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan courier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.
Ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan. Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa 2 ½ bulan untuk diterima.
DAKWAAN 4
YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.
Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan ianya beroperasi dalam keadaan overload dalam tempoh yang lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik. SYABAS mempunyai bukti di mana terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam, termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.
Salinan dokumen ini telah diserahkan kepada SPAN yang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut. Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD.
Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut. Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan overload.
Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan telah mengambil masa yang lama. Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam tersebut masih mengeluarkan air melebihi seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.
DAKWAAN 5
YAB Menteri Besar Selangor mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).
SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa menteri besar.
DAKWAAN 6
YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.
Dakwaan ini juga tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.
DAKWAAN 7
YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong pada awal tahun ini.
Dakwaan ini tidak benar kerana cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada bulan Jun 2009 diikuti dengan cadangan yang sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010, namun tiada respon atau maklumbalas diterima sehingga bulan Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Dari bulan Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan ini oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.
DAKWAAN 8
YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya, bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.
SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan menteri besar sendiri. Sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30% dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah-rumah pam SYABAS, kami amat mengalu-alukannya.
DAKWAAN 9
Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataannya di Sinar Harian mengatakan bahawa kerajaan negeri mengganggap kelalaian SYABAS merupakan pure negligence dan criminal in nature dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan rekacipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor. Menurutnya, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.
Sementara itu Adun Teratai, YB Janice Lee, mendakwa isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ianya adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor.
SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana:
= Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa.
= Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan diketahui umum serta menjadi tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Kerajaan negeri sendiri telah memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khushrin Munawi sejak bulan Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan rekacipta SYABAS.
= Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator-operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.
= Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis ini tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna.
SYABAS juga mempunyai rekod dan statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada kerajaan negeri menerusi audit yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.
DAKWAAN 10
YB Xavier juga mengatakan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi dan kerajaan negeri sedia jadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.
SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:
= Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif digazetkan kerajaan.
= Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerjaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana kerajaan negeri mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.
= Dari aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak tahun 2008. Ini bermakna kerajaan negeri telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.
= Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh kerajaan negeri. SYABAS bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi dari pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.
= Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30% ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dari meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti ataupembangunan baru (Program CAPEX) seperti dicadangkan oleh SYABAS.
DAKWAAN 11
YB Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air daripada luar.
= SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu di mana SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Kenyataan tersebut adalah tidak benar.
= Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, SYABAS telah maklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kerajaan negeri menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas 6 hari kejadian berlaku.
Berikutnya pada 7 Januari 2013, 3 buah lori, 8 Januari 4 buah, 9 Januari 4 buah, 10 Januari 2 buah, 11 Januari 10 buah, 12 Januari 13 buah, 13 Januari 10 buah dan 14 Januari 2 buah lori. Penghantaran lori-lori tangki ini tidak tetap kerana ada hari-hari yang tiada lori dihantar.
Selain daripada itu, bantuan yang dihantar oleh kerajaan negeri juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah-rumah pengguna. Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor, sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori-lori tangki dapat disediakan.
Malahan sebahagian lori-lori yang digunakan juga didapati tidak menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji, barulah air tersebut boleh digunakan.
DAKWAAN 12
Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin, mendakwa SYABAS tidak mengambilkira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naiktaraf, pemantauan berkala, sistem sokongan lebih efektif dan pengurusan berwibawa.
SYABAS menafikan dakwaan ini dan ianya tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS.
Manakala laporan status kerja-kerja penyenggaraan dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya. Bagi kerja kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ianya dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak bulan Julai 2008. SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN.
Dalam keadaan keadaan seperti ini, SYABAS seolah olah 'terikat tangannya' dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini. Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.
DAKWAAN 13
YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara overload dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan.
Kegagalan rumah pam berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh kerajaan negeri.
Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.
DAKWAAN 14
Dalam keadaan yang sama, Adun Teratai, YB Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.
SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa menteri besar dan kerajaan negeri telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5% setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi.
Sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuk. Keadaan bertambah buruk apabila rezab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang 1% sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi dilantik kerajaan negeri bagi merawat dan membekal air kepada SYABAS.
Kerosakan pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya diselenggara secara berjadual sepanjang masa.
Keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap overload untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
Selain itu, dakwaan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap overload sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.
DAKWAAN 15
YB Zuraidah dalam kenyataannya mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.
Dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana back-up bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rezab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rezab kapasiti bekalan hanya sekitar 1%, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20%).
Tanggungjawab bagi menyediakan rezab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh di elakkan jika bekalan air terawat mempunyai rezab kapasiti yang mencukupi.
SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. Namun dalam keadaan keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.
Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna. Sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna. Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS membersihkan sungai dari tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri.
Sangat tidak adil meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS kerana krisis air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya. Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30% saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata mata.
Semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan SYABAS pada 29 Disember 2012 jam 8:00 pagi. Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.
Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trips (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Bagaimanapun, keupayaan pelan Tindakan Kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).
KESIMPULAN
Belum pernah terjadi sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat. Kerajaan negeri perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dan meluluskan program-program yang dicadangkan SYABAS untuk kebaikan rakyat.
Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya umpama ‘baling batu sembunyi tangan’. Tindakan kerajaan negeri menghalang program-program menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek-projek baru sistem agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sangat tidak wajar.
SYABAS berharap kerajaan negeri yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini.
SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.
Suara Politik
Belantan
Usah dibuai slogan kebangkitan rakyat?
Sudah seminggu lebih 'Himpunan Shamsidar' berlalu. Hari demi hari, rakyat pun sudah melupakan peristiwa tersebut. Rakyat lupa kerana tidak ada insiden buruk yang berlaku. Peserta himpunan itu datang dan pulang dengan aman. Cuma mereka meninggalkan bertan-tan sampah sarap.
Macam himpunan yang tidak dapat kebenaran sebelum ini, yang meramaikannya ialah penyokong dan ahli Pas, sedikit kumpulan PKR dan DAP.
Pakatan pembangkang ini pula suka sangat namakan gerakan dan himpunan mereka sebagai himpunan rakyat. Bolehkah kita anggap kehadiran tidak mencecah angka 100,000 orang itu sebagai kebangkitan rakyat? Berapa peratus angka itu berbanding dengan hampir 28 juta warganegara kita.
Himpunan Shamsidar yang merujuk kepada kebangkitan rakyat minggu lalu itu diterajui oleh pakatan pembangkang. Gerakan itu cuba membangkitkan semangat dan kekuatan orang ramai menjelang pilihan raya umum (PRU), supaya dapat tukar kerajaan.
Sejak Mac 2008, kempen yang digerakkan oleh PKR, DAP dan Pas menggunakan nama rakyat. Begitu juga pada himpunan 12 Januari lalu. Tapi kali ini tidak nampak banyak penyertaan daripada rakyat keturunan India. Peserta daripada kaum Cina pun tak ramai. Seperti biasa yang memeriahkan himpunan itu ialah orang Melayu Pas dan segelintir Melayu PKR.
Sekali lagi adakah ini himpunan kebangkitan rakyat? Majoriti yang tak menyertai himpunan itu juga boleh dianggap kebangkit rakyat. Ketika Barisan Nasional (BN) sibuk untuk menunaikan janji-janji kepada rakyat, pakatan pembangkang pula sibuk dengan kempen dan ceramah politik ke seluruh negara.
Nampak sangat agenda pakatan kini seolah-olah kering idea. Balik-balik membangkitkan perkara-perkara yang sudah dijayakan oleh kerajaan. Bukankah elok pakatan pembangkang masukkan tuntutan tersebut ke dalam manifesto pilihan raya mereka atau disumbatkan ke dalam Buku Jingga.
Mengikut pengamatan penganalisis politik, mereka sepakat mengatakan pengundi Melayu dan India yang pada PRU-12 memilih pembangkang kini sudah sedar diri dan kembali ke pangkuan BN. Bagaimanapun pengundi Cina masih melekat dengan pembangkang walaupun beberapa pendekatan dibuat untuk memujuk kaum itu.
Pengundi Cina yang bangkit pada PRU-12 sehingga hari ini masih menaruh harapan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim akan dapat melangkah ke Putrajaya.
Tapi sejak 2008, apa yang pengundi Cina dapat daripada Anwar dengan memenangkan calon pakatan pembangkang. Hari demi hari semua kaum yang pernah menyokong pembangkang bangkit dengan kemarahan. Masing-masing kaum ada rasa tidak puas hati dengan kepimpinan dan wakil rakyat pembangkang.
Dalam sebuah akhbar Cina sudah dibangkitkan soalan, jika benar Anwar mahu menjadi perdana menteri yang berjiwa besar dan tidak berpihak kepada mana-mana kaum, beliau sepatutnya membalas jasa-jasa lebih 80 peratus pengundi Cina yang menyokong pakatan pembangkang.
Anwar perlu menafikan hajat Pas yang mahu wujudkan negara Islam. Kepada isu pendidikan Cina yang dibelenggu oleh kerajaan BN, Anwar diminta melepaskan ikatannya. Jika pakatan berkuasa nanti, kaum Cina mahu Anwar perbetulkan nasib dan kedudukan ekonomi kaum itu.
Beranikah Anwar memperjelaskan tuntutan-tuntutan itu?
Sebenarnya jika diamati, corak pentadbiran kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah, DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor masih bergelumang dengan isu-isu perkauman, budaya dan kepentingan agama.
Kebangkitan rakyat yang pakatan canangkan hanya condong kepada kekuatan sesuatu kaum sahaja untuk mendukung kuasa politik.
Sebab itu kalau diteliti peratusan undi mengikut kaum bagi kawasan yang ditandingi oleh calon pembangkang pada PRU-12, undi orang Melayu terbelah kepada dua manakala undi kaum Cina kepada calon pembangkang baik DAP atau PKR, peratusannya amat tinggi. Hanya peratusan kecil daripada jumlah pengundi Cina (mungkin 15-20 peratus) akan dapat kepada calon BN.
Adakah trend pengundi Cina ini masih belum berubah? Benarkah PRU-12 adalah masa kebangkitan kaum Cina melalui undi. Bagaimana PRU-13?
Apakah pengundi Cina gembira melihat kedudukan kerajaan dan pembangkang baik di negeri dan pusat seperti yang ada sekarang? Undi Cina untuk pakatan pembangkang belum menjamin apa yang mereka hasratkan akan tercapai. Apa yang dapat dilihat sekarang dengan kuasa yang tidak kukuh pun pakatan pembangkang sudah membuat perasaan rakyat berkecamuk, inikan pula dapat memerintah dengan kuasa penuh?
Pengundi kaum Cina ada peranan dan tanggungjawab terhadap politik negara ini. Pengundi Cina tidak wajar dibuai dengan slogan kebangkitan rakyat untuk sebuah Malaysia yang baharu. Lebih bahaya jika mereka terpengaruh dakyah sebuah parti yang berpura-pura mengatakan mereka parti untuk semua kaum.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Januari 21, 2013
'Konvoi perang' jenguk balak?
Sebahagian orang awam yang hadir menyaksikan sendiri tapak perhutanan yang kini telah gondol bagi menentang isu pembalakan di Tasik Pedu yang merupakan kawasan penting tadahan hujan bagi rakyat Kedah.
Tidak pernah terjadi dalam rentetan isu semasa tanah air, suatu himpunan besar bas digerakkan untuk menjengah bukit.
Tetapi itulah yang berlaku.
Laksana konvoi perang dengan kekuatan hampir 200 buah bas, pesertanya membentuk kelompok besar membanjiri Charok Batang Padi di Padang Terap pada 11 Januari lalu - untuk melihat lebih dekat kawasan hutan yang digondolkan kerajaan Pas Kedah.
Dengan rasa meluap-luap ingin tahu, rakyat Kedah daripada pelbagai lapisan masyarakat datang berbondong-bondong pada Jumaat itu, meninjau kegiatan pembalakan yang cuma 100 meter dari Tasik Pedu.
Sungguh tak disangka-sangka. Dalam diam-diam ubi, imej kerajaan Pas Kedah semakin tercemar dengan kegiatan luar kawalan itu. Sebelum itu, di kawasan seluas 5,000 hektar di Gunung Inas, Sik untuk diwujudkan Ladang Sejahtera manakala terbaru, 350 hektar di hutan simpan dan tadahan hujan di Tasik Pedu untuk disediakan ladang buah-buahan.
Meskipun mendapat bantahan keras pelbagai pihak, namun kerajaan Pas Kedah terus angkuh meneruskan kegiatan itu. Malah mahu mengenal pasti lagi kawasan pembalakan baharu seluas 800 hingga 1,000 hektar untuk dipajak kepada pihak lain.
Rakyat Kedah maklum, Pas negeri itu ketandusan idea untuk menambah hasil pendapatan negeri. Menebang balaklah satu-satunya jalan keluar berikutan Menteri Besarnya kurang daya kreativiti memperkayakan ekonomi negeri. Hasil pendapatan dan sumber ekonomi negeri merudum di bawah pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam tempoh sepenggal ini. Dan akibatnya kawasan Gunung Inas dan Tasik Pedulah mangsanya.
Isu pembalakan yang rakus adalah antara rentetan isu rakyat yang terus menyelubungi kerajaan Pas Kedah.
Sebelum itu pun, kegagalan Azizan mentadbir Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang ditubuhkan Barisan Nasional (BN) telah mengakibatkan pelbagai masalah timbul. Bermula dengan demonstrasi pelajar tahfiz Kuin pada awal 2011 sehinggalah ke soal masalah kebajikan pelajar, asrama dan kemudahan tidak terurus, kenaikan yuran serta kursus kedoktoran tidak mendapat sambutan. Dan akhirnya, Kuin gagal membayar caruman pekerja, potongan gaji pinjaman pekerja, gaji lewat dan laporan polis mengenai rasuah.
Begitu juga dengan krisis perkhidmatan pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) melibatkan krisis pelantikan pegawai daerah (DO) pilihan Pas dan Sultan Kedah, yang menyebabkan ramai KCS tidak bersetuju dengan kerajaan Pas negeri.
Janji
Seterusnya, mereka menganggap Azizan lemah kerana tidak mampu mengawal ahli-ahli Pas sendiri. Isu-isu lain yang menyebabkan rakyat kian berjauh hati dengan Pas negeri termasuklah keputusan Azizan menamatkan perkhidmatan pembayaran bil bekalan air di pejabat pos sejak Mac 2011, cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaikkan, pusat-pusat hiburan yang kian berleluasa tanpa kawalan di Alor Mengkudu dan sekitar Sungai Petani. Dalam masa sama, banyak janji pilihan raya Pas Kedah pada 2008 tidak tertunai.
Antaranya janji beri elaun kepada imam dan bilal masjid, hendak tubuhkan Institusi Ar-Rahn untuk golongan berpendapatan rendah, wujudkan Dana Teroka untuk peniaga Bumiputera, bina kemudahan sukan khusus untuk wanita dan janji hendak beri cuti edah 30 hari kepada wanita yang kematian suami dan 14 hari untuk suami kematian isteri. Belum ada khabar berita sehingga hari ini.
Di Gunung Inas, pembalakan cuci mangkuk di situ agak dahsyat apabila pokok balak sama ada bersaiz besar atau sebesar lengan tangan yang baru nak hidup turut ditebang. Ini hingga menyebabkan bukit gondol, tanah tinggi ditarah dan air sungai dicemari air keruh.
Ekoran pembalakan di Tasik Pedu dirancangkan pembukaan ladang buah-buahan. Tetapi apa yang meragukan rakyat sehingga kini, buah apa yang hendak ditanam masih tidak diketahui.
Bila diajukan kepada Azizan, senang jawapannya: Saya tidak tahu, tetapi kita fikir pasal biasanya kawasan ini pokok naik, jadi kita tanam dululah. Macam pokok pisang, tanam di manapun berbuah di Kedah ni."
Terbaru di Jerai, Selasa (15 Januari) lalu, kenyataan Azizan mengenai isu pembalakan di Kedah begitu menjengkelkan dan bernada angkuh. Katanya, kerajaan Pas Kedah tetap mahu meneruskan rancangan meneroka sekurang-kurangnya lebih 1,000 hektar lagi hutan di sekitar negeri itu.
Kita akan tebang tapi akan cari kawasan lain, bukan di Pedu. Setelah berunding dengan Jabatan Perhutanan, kita tebang," katanya.
Menteri Besar itu juga seolah-olah memandang enteng kawasan tadahan air berhampiran Tasik Pedu.
Ungkapnya: Kawasan tadahan air ini orang tadah di tempat lain, hujan turun baharu air datang situ. Bukan tadah air di situ, hujan turun di situ. Kawasan itu berapa luas sangat, sekangkang kera sahaja, tak padan."
Adakah konvoi perang akan kembali ke Tasik Pedu?
Suara Politik
Belantan
Isu Kalimah Allah dan ulasan seorang Paderi : "Saya hanya menyatakan kebenaran"?
Gambar : Paderi Jahja Iskandar
Polemik penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam menjadi perdebatan yang panjang di Malaysia. Banyak pihak menggunakan kesempatan daripada perdebatan itu untuk kepentingan politik.
Tetapi bagi Paderi Jahja Iskandar, penganut Kristian mesti menghormati dan memahami bahawa kalimah itu khusus untuk umat Islam.
Sebagai seorang paderi, Jahja (atau disebut Yahya) memberitahu, penganut agama Kristian harus menyedari bahawa sejak sekian lama kalimah Allah secara umum lebih banyak difahami dan berkonotasi sebagai kata nama Tuhan atau sembahan yang khas untuk umat Islam.
Lihat sahaja dalam kitab suci umat Islam, al-Quran sama ada dalam terjemahan bahasa Inggeris, bahasa Belanda waima bahasa Melayu sekalipun, kalimah Allah terang-terangan disebut tanpa ada sebarang perubahan.
Dari sudut pandang linguistik, setiap sembahan atau Tuhan harus memiliki nama. Dan Tuhan umat Islam itu ialah Allah, ia tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan nama khas," kata Jahja pada satu pertemuan dengan Mingguan Malaysia di Jakarta semalam.
Penjelasan yang dibuat Jahja mengenai kontroversi penggunaan kalimah Allah yang kini hangat didebatkan di Malaysia juga atas rasa tanggungjawab beliau untuk menyatakan kebenaran.
Menurut Jahja, selagi tidak dinyatakan kebenaran, selagi itu kekeliruan akan terus membelenggu umat Islam dan Kristian.
Jahja yang mengambil masa beberapa tahun melakukan kajian mendalam mengenai polemik penggunaan kalimah Allah menjelaskan, seperti mana umat Islam menyembah Allah, orang Kristian juga tidak ketinggalan memiliki Tuhan mereka sendiri.
Berdasarkan kajian dan pemahaman beliau juga, Jahja menegaskan, Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.
Seandainya diterjemahkan ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah iaitu berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512," kata Jahja yang turut memberikan penjelasan mengenai polemik tersebut melalui persembahan slaid pada pertemuan itu.
Polemik
Ketika kalimah Allah berdiri atas namanya sendiri tanpa boleh diterjemah atau dialih bahasa, Elohim pula jelas Jahja, diterjemahkan dalam pelbagai bahasa berasaskan suku kaum anutan umat Kristian.
Jahja memberikan contoh bagaimana kalimah Elohim turut disebut dalam pelbagai nama lain seperti Tete Manis bagi penganut Kristian Maluku, Jubata (Kristian Dayak), Diyos (Kristian Filipina), Sang Hyang Widi (Kristian Bali), God (Kristian Amerika Syarikat), Theos (Kristian Yunani) dan lain-lain lagi.
Ini yang membezakan nama Tuhan bagi Islam dan Kristian. Nama Tuhan umat Islam sangat konsisten iaitu Allah. Nama itu langsung tidak pernah berubah sejak Islam wujud lagi sehingga ke hari ini.
Kerana itu saya katakan dalam kitab suci al-Quran, dalam terjemahan bahasa apa sekalipun nama Allah tetap digunapakai. Nama Allah tiada terjemahan atau dialih bahasa. Ini yang harus menjadi ingatan umat Kristian," tegas Jahja lagi.
Umat Kristian bagaimanapun sekali lagi ditegaskan oleh Jahja, boleh menggantikan Elohim dengan kalimah Ilah bukan Allah.
Kebenaran harus diberitakan. Kalimah Allah tidak boleh ada jamak. Allah adalah nama khas. Ia berbeza dengan sebutan umum seperti Tuhan. Seperti juga pendeta atau guru, itu semua sebutan umum.
Tetapi Allah akan tetap kekal dengan nama Allah walau dalam bahasa apa sekalipun dibicarakan mengenai-Nya," ujar Jahja berkali-kali.
Dalam merungkai kekeliruan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, Jahja secara peribadi berpendapat, masalah itu tercetus ekoran daripada salah terjemahan oleh generasi terdahulu.
Mungkin ketika itu pemahaman penterjemah terhadap bahasa Arab agak kurang lalu menyebabkan kalimah Allah juga diguna pakai dan dijadikan sebagai nama Tuhan Islam dan Kristian," terang Jahja.
Pada pertemuan itu juga, Jahja menyampaikan mesej kepada seluruh penganut agama Kristian khususnya pentadbiran gereja di Malaysia agar memahami kebenaran mengenai penggunaan kalimah Allah yang khusus buat umat Islam tanpa perlu menjadikannya sebagai polemik yang panjang.
Saya dengan penuh yakin dan percaya seandainya institusi gereja di Malaysia memahami isu ini dengan baik ia akan mengelakkan lagi kekeliruan," katanya lagi.
Justeru, Jahja sangat berbesar hati untuk bertandang ke Malaysia seandainya ada pihak yang berminat untuk meminta beliau memberikan penjelasan mengenai kekeliruan berhubung penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.
Katanya, selama ini pun, beliau banyak diundang memberikan ceramah di Indonesia selain turut menghasilkan buku, Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular yang turut mengupas isu yang sama.
Seperkara lagi, Jahja turut menarik perhatian penggiat-penggiat politik supaya jangan sesekali mengheret agama dalam usaha menarik perhatian pengundi. Mengheret agama dalam kancah politik hanya akan menimbulkan ketegangan dan menjadikan keadaan semakin rumit sedangkan agama ialah kepercayaan setiap penganut.
Kalau agama dijadikan modal politik ia sangat bahaya dan hanya akan merugikan masyarakat dalam sesebuah negara," jelas Jahja memberi ingatan kepada penggiat-penggiat politik.-UMO
Suara Politik
Belantan
Rakyat tidak akan lupa kelentong Karpal - Anwar kena arsenik?

Agak menarik apabila mengimbaukan kembali kisah Anwar sewaktu dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan salahguna kuasa dan juga kes liwat 1. Ketika itu timbul bermacam-macam cerita dan antara yang menarik adalah kes keracunan arsenik yang didakwa oleh Karpal Singh terhadap anak guamnya Anwar Ibrahim!
Isu berhubung dakwaan Anwar Ibrahim yang mengalami keracunan arsenik sememangnya mendapat perhatian banyak pihak ketika itu. Masakan tidak, kenyataan tersebut bukan sahaja cukup menggemparkan malah ia juga mencetuskan banyak spekulasi yang tidak berasas sebelum siasatan dijalankan. Keracunan arsenik seperti yang didakwa oleh peguam bela Karpal Singh berdasarkan kepada keputusan contoh air kencing Anwar yang dihantar ke makmal patologi Gribbles, Melbourne Australia pada 26 Ogos 1998.
Dan ianya menjadi bertambah menarik apabila selepas dua orang kuat Anwar keluar dari PKR iaitu YB Zolkifli Nordin dan juga Dato' Seri Zahrain, mereka menceritakan bahawa " kisah sedih Anwar kena arsenik " hanyalah lakunan Anwar semata-mata! Malah peguam yang dikatakan begitu handal iaitu Karpal Singh juga terlibat membohongi rakyat!
Hasil laporan ujian sampel air kencing yang menggunakan nama samaran 'Subramaniam, 59,' mencatatkan kandungan arsenik 230 ug/g kreatinin. Bagaimanapun, teka-teki berhubung dakwaan ini akhirnya 'terjawab' apabila hasil siasatan perubatan yang dijalankan oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengesahkan bahawa Anwar tidak mengalami keracunan arsenik.
Segelintir pihak yang melontarkan pelbagai tuduhan yang tidak bertanggungjawab juga harus menerima hakikat ini apabila Datin Wan Azizah Wan Ismail sendiri turut akur dengan keputusan ini.
Namun, sejauhmanakah benarnya dakwaan yang mengatakan bahawa Anwar mengalami tanda-tanda keracunan arsenik? Apakah tanda-tanda yang dialaminya merupakan tanda sebenar bahawa beliau keracunan arsenik itu? Menurut salah seorang pakar perunding dalam bidang perubatan kita tidak boleh menentukan sesuatu masalah yang dialami berdasarkan kepada gejala-gejala yang dialami sahaja.
Ini kerana terdapat juga gejala-gejala yang sama tetapi juga boleh berpunca daripada lain-lain penyakit. Kesemua gejala seperti yang diadukan oleh Anwar tidak dapat diukur secara spesifik kecuali berat badannya. Menurut pakar itu lagi seseorang yang mengalami keracunan arsenik juga biasanya mengalami tanda-tanda seperti rambut gugur, kulit menjadi tebal (hiperkeratosis) dan tompok-tompok hitam pada kulit.
Mereka yang terdedah kepada keracunan arsenik biasanya akan mengalami pigmentasi pada kulit, hilang selera makan, penurunan berat badan, muntah-muntah, anemia, cirit-birit dan rasa mencucuk-cucuk pada kaki dan tangan.
Bagaimanapun, tanda-tanda seperti ini tidak dialami oleh Anwar. Sebaliknya, semasa Anwar dalam penjara, Anwar mengalami sembelit. Berdasarkan ujian darah yang dijalankan juga mendapati Anwar tidak menghidap anemia (kurang darah). Anwar juga tidak mengadu simptom-simptom dalam perut dan gejala-gejala yang menunjukkan beliau mengalami keracunan. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi apabila laporan perubatan HUKM mendapati Anwar tidak menunjukkan bahawa dia mengalami tanda-tanda keracunan arsenik akut atau kronik. Spesimen-spesimen air kencing, rambut dan kuku menunjukkan paras arsenik juga tidak melebihi paras yang dibenarkan. Malah, kajian yang dijalankan pada kesemua sampel menunjukkan kadar arsenik tersebut adalah dalam keadaan yang dibenarkan. Mengikut pendapat seorang doktor, sampel air kencing Anwar untuk ujian arsenik yang dihantar ke makmal patologi Gribbles, Melbourne, Australia menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar mematuhi prosedur dan standard ujian yang ditetapkan.
Menurutnya, berdasarkan standard yang betul air kencing individu yang disyaki mengalami keracunan haruslah diambil untuk tempoh 24 jam. Dalam tempoh tersebut setiap pengeluaran air kencing haruslah diambil bagi mendapatkan kadar purata paras sebenar arsenik yang terdapat dalam air kencing. Sebaliknya, dalam kes ini jika diteliti sampel air kencing Anwar yang dihantar ke makmal tersebut hanya sekali sahaja.
Biasanya, kandungan arsenik dalam air kencing individu yang baru memakan makanan laut memang agak tinggi. Bagaimanapun, paras arsenik ini akan menurun secara perlahan-lahan dan jika diambil semula selepas 48 jam, terdapat kemungkinan kandungan arsenik dalam air kencing tersebut tidak ada lagi. Arsenik akan dikumuh oleh tubuh secara proses semula jadi melalui air kencing.
Lampiran laporan yang dinyatakan hasil perbincangan yang diperoleh daripada Profesor Dr. Moyer dari Klinik Mayo, Amerika Syarikat menjelaskan, individu dewasa yang tidak terdedah dengan arsenik akan mengumuhkan arsenik kurang daripada 25 ug/l daripada jumlah keseluruhan arsenik yang ada dalam tubuhnya.
Bagaimanapun, mereka yang memakan makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, kupang, siput, ketam dan sebagainya akan mengumuhkan arsenik yang mencecah hingga 500 ug/l. Paras arsenik yang mencecah 300 ug/g kreatinin bukanlah satu keadaan yang berterusan bagi mereka yang memakan makanan laut.
Makanan laut biasanya mengandungi kandungan arsenik bukan organik yang bercampur dalam tisu-tisu mereka. Akhbar The Straits Times Singapura yang memetik sumber-sumber melaporkan, berdasarkan laporan perubatan seorang doktor yang merawat Anwar semasa di penjara, beliau sihat dan tidak mengalami sebarang kesakitan, kecuali bronkitis, resdung dan kekejangan otot belakang akibat bermain sepak takraw dengan banduan-banduan lain.
Laporan berkenaan juga menyatakan Anwar tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal akibat mengalami keracunan akut seperti pigmentasi pada kulit (tompokan pada kulit), kehilangan berat badan dan selera makan serta cirit-birit. Pegawai-pegawai perubatan lain yang turut memeriksa Anwar juga menyebut, pesakit itu tidak mengadu mengenai sebarang kesan lain akibat keracunan arsenik.
Berdasarkan laporan perubatan HUKM, Anwar mempunyai sejarah kesihatan seperti pembengkakan hati (fatty liver), gastrik dan kemalangan terjatuh dari kuda beberapa tahun lalu. Kemalangan ini menyebabkan Anwar mengalami trauma pada bahagian kepala dan leher pada September tahun sebelum itu.
Menurut pakar yang membaca lampiran laporan tersebut, pembengkakan hati yang dialami Anwar ini boleh berpunca daripada jangkitan yang tidak spesifik seperti hepatitis atau lain-lain penyakit pada hatinya. Bagaimanapun, jangkitan yang menyebabkan pembengkakan pada hatinya tidaklah begitu serius. Selain itu, Anwar juga menghidap penyakit gastrik yang kronik dan pedih ulu hati (reflux esofagitis).Sehubungan itu, bagi mengawal penyakit gastrik yang dihidapinya Anwar perlu mengambil ubat gastrik iaitu omeprazole dan prepulsid.
"Ubat-ubatan ini diambil sejak Anwar didiagnos menghidap penyakit gastrik di Hospital Universiti (UH) pada sekitar tahun 1995-96."Ubat-ubat gastrik ini sememangnya diakui mempunyai kesan sampingan,'' katanya. Selain ubat gastrik, Anwar juga mengambil ubat kulit iaitu Roaccutane.
Ubat ini katanya, meskipun diambil mengikut dos yang ditetapkan, boleh meninggalkan banyak kesan sampingan seperti keguguran rambut, kulit kering berkuping-kuping, loya, sakit kepala, lemah, mengantuk dan sakit otot. Selain itu, ubat ini juga boleh meningkatkan lagi enzim hati, kolesterol, plasma darah, perubahan mood dan tarik-tarik (seakan-akan sawan).
Ubat-ubatan yang diambil ini telah lama diamalkan oleh Anwar sendiri sebelum Anwar dihantar ke penjara. Menyedari keadaan Anwar yang menghidap gastrik yang menyebabkannya alah pada kafein, maka pemakanannya perlu diubahsuai bergantung kepada tahap kesihatan dan rawatan yang diterima.
Jika sebelum ini Anwar diberi minum kopi atau teh, ia diganti dengan milo. Setin milo akan diletakkan dalam biliknya dan air panas akan dihantarkan kepadanya setiap malam bagi membolehkannya membancuh minuman tersebut pada waktu tengah malam.
Selain itu, Anwar juga turut diberi minuman berkalori tinggi untuk membantu meningkatkan berat badan dan madu bagi menambahkan tenaganya. Laporan perubatan tersebut ada mengatakan bahawa pemeriksaan paru-paru menunjukkan terdapat fine crackles di bahagian bawah paru-paru Anwar.
Masalah ini merupakan satu keadaan biasa apabila paru-paru seseorang gagal mengecut dan mengembang dengan sempurna semasa proses pernafasan, disebabkan oleh penyakit asma atau lain-lain penyakit paru-paru yang dihidapinya.
"Keadaan ini berlaku apabila seseorang menghidap penyakit asma atau bronkitis yang menyebabkan paru-paru menjadi lebih keras berbanding biasa. " Bagaimanapun, masalah ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang menghidap asma saja,'' ujarnya.
Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila lampiran laporan perubatan HUKM yang menyiasat dakwaan keracunan arsenik juga mendapati Anwar menghidap asma yang agak ringan (reversible airways disease). "Dalam laporan HUKM juga ada menyebut bahawa ibu dan salah seorang daripada anak perempuan Anwar juga menghidap asma,'' jelasnya. Menurut pakar yang menyemak laporan perubatan tersebut, Anwar juga mengalami tekanan emosi (stress) iaitu satu masalah biasa dialami oleh mereka yang dimasukkan ke dalam penjara.
Mengulas tekanan darah (hipotensi ortostatik) Anwar yang tidak menentu, pakar tersebut menjelaskan, catatan tekanan darah kepada 128/95mmHg daripada 150/100mmHg (baring) menunjukkan berlakunya penurunan tekanan darah.
Bagaimanapun, keadaan yang dialami Anwar ini hanya sekali sahaja dan ia bukanlah satu keadaan yang berterusan. Ini kerana berdasarkan lampiran laporan tersebut, catatan tekanan darah Anwar yang diambil menunjukkan tekanan darahnya stabil." Kenyataan ini merujuk kepada lampiran pemeriksaan secara keseluruhan menunjukkan tekanan darahnya tidak menunjukkan kelainan yang berterusan,'' katanya.
Berdasarkan hasil laporan perubatan HUKM, tiga perkara yang baru ditemui, iaitu:
* Kelainan (abnormaliti) paru-paru
* Tekanan darah yang jatuh (hipotensi ortostatik)
* Kelainan (abnormaliti) pada scan otak
Hasil kajian radiograf dada oleh Pakar Respiratori, Dr. Roslan Haron (HUKM) mendapati Anwar mempunyai kelainan pada bahagian bawah paru-paru kirinya.
Namun, hasil ujian ulangan scan tomograf berkomputer (CT Scan) dada menunjukkan kelainan ini tidak berlaku. Bagaimanapun ia bukanlah sejenis penyakit, sebaliknya ia merupakan satu keadaan yang normal yang boleh dihadapi oleh sesetengah individu. Selain itu, ujian fungsi paru-paru juga menunjukkan reversible small airways obstruction iaitu menunjukkan bahawa kemungkinan Anwar menghidap asma adalah tinggi. Semasa dalam wad, Anwar ada mengadu bahawa dia mengalami kesakitan kepala yang amat sangat. Sehubungan itu, satu siasatan dijalankan oleh Pakar Perunding Neurologi, Profesor Dr. Raymond Azman Ali. Merujuk kepada pemeriksaan sistem saraf yang diperoleh daripada ujian MRI otak Anwar menunjukkan satu perubahan kepekatan yang meningkat dalam otak (subcortial hyperintense changes).
Bagaimanapun, ia merupakan satu perubahan biasa yang dialami oleh mereka yang meningkat umur. Kesimpulan daripada laporan tersebut juga menyatakan Anwar:
1. Tidak menghidap diabetes, penyakit tiroid, kegagalan buah pinggang, anemia kronik, batuk kering atau penyakit kanser
2. Tidak menghidap penyakit HIV atau AIDS
3. Ujian fungsi hati (hepar) menunjukkan terdapat sedikit kelainan
4. Ujian-ujian darah adalah normal
5. Tekanan darah stabil
6. Ujian paru-paru menunjukkan Anwar menghidap asma yang ringan
7. Pemeriksaan sistem saraf menunjukkan normal
8. Pemeriksaan sistem usus Anwar menghidap gastrik dan pedih ulu hati
9. Pemeriksaan mental menunjukkan Anwar menghadapi tekanan emosi Kesimpulannya, laporan kesihatan Anwar yang dibuat oleh 12 orang doktor pakar HUKM dan yang dibuat oleh doktor pakar di Penjara Sungai Buloh adalah sama.
Siapa yang menipu siapa ? Begitu hebat "lakunan Anwar" untuk mendapatkan simpati dari rakyat ketika itu! Tidakkah Karpal Singh pun terlibat sama membawa cerita bohong ke mahkamah! Bukan Karpal bersubahat sama dengan anak guamnya! Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)



































