Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, April 26, 2012
'Bersih' yang 'Kotor' : Pembangkang semakin gila kuasa!
Perhimpunan Bersih yang diuar-uarkan akan diadakan lagi pada hari Sabtu ini, bakal disertai oleh parti politik pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas alasan mahukan satu sistem pilihan raya yang 'bersih'.
Pada hemat penulis perhimpunan Bersih ini hanya membuang masa, bahkan mengelirukan rakyat. Sekali gus pada masa sama menunjukkan kerakusan parti politik pembangkang yang gilakan kuasa politik untuk memerintah negara.
Disini diberikan lima sebab untuk menyokong pandangan ini:
1. Pertama, sikap pembangkang meragui kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah ibarat menjilat ludah sendiri. Ini kerana Kelantan masih diperintah Pas sejak 1990, Pas menawan Terengganu (PRU 1999) dan pembangkang menafikan dua pertiga majoriti Barisan Nasional (BN) di Parlimen pada PRU 2008. Selain itu pembangkang berjaya menawan Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.
Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah tahu betapa hebatnya kuasa undi mereka di dalam proses pilihan raya. Kenapa perlu diragui SPR sedangkan SPR adalah satu badan penyelaras pilihan raya?
Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya. Apa lagi yang parti pembangkang mahukan? Rakyat Malaysia bukan bodoh macam lembu yang boleh ditarik hidung ke sana ke sini oleh pembangkang.
2. Kedua, proses pendaftaran pengundi dari dahulu hingga sekarang sentiasa dipertikaikan oleh pembangkang. Namun pada masa yang sama dalam setiap keputusan pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahu pun Parlimen ada juga calon pembangkang menang dengan majoriti di bawah 100 undi. Apa lagi pembangkang mahu? Tak bersih lagikah pilihan raya di Malaysia?
3. Ketiga, jika sistem pilihan raya di Malaysia ini diragui kebersihannya, bagaimanakah pula Kelantan masih diperintah oleh Pas sejak 1990? Pada masa yang sama dari tahun 1990 sehingga sekarang sistem pilihan raya di Malaysia menjalani pelbagai proses penambahbaikan oleh SPR, menjadikan proses pilihan raya di Malaysia lebih mudah dan lebih telus. Kalau betul SPR kuda tunggangan BN sudah semestinya Kelantan berjaya ditawan kembali oleh BN. Namun perkara ini tidak berlaku. Apa lagi pembangkang mahu?
4. Keempat, pelbagai siri Pilihan raya Kecil (PRK) selepas PRU 2008 masih menunjukkan keputusan-keputusan yang juga berpihak kepada pembangkang. Ada yang berpandangan PRK memberikan kelebihan kepada parti memerintah iaitu BN, namun ia tidak berlaku. Apa yang tidak bersihnya PRK di Malaysia?
5. Kelima, rakyat Malaysia sudah semakin mahir menggunakan kuasa undi untuk membuat keputusan siapa yang akan mereka undi di dalam pilihan raya. Keputusan PRU selepas PRU 1990 menunjukkan bagaimana transformasi politik berlaku di kalangan rakyat Malaysia yang bergelar pengundi. Mereka semakin hari semakin bijak, matang di dalam menilai yang mana kaca dan yang mana intan memilih siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka.
Kesimpulannya perhimpunan Bersih ini hanya untuk orang-orang yang taksub dengan parti politik pembangkang sahaja. Biarkan mereka yang hanyut dalam lautan idealisme retorik pembangkang sahaja yang hadir di dalam perhimpunan ini. Membuang masa sahaja bahkan membingungkan rakyat.
Proses pemilihan kepimpinan dalam parti pembangkang pun dipertikaikan oleh ahli-ahlinya, terutama yang bertanding merebut jawatan tertinggi parti. Inikan pula mahu bercakap mengenai bersihnya pilihan raya Malaysia.
Cermin dulu parti sendiri sebelum mengata orang lain. Lebih baik kita luangkan masa yang lebih berfaedah dengan keluarga tercinta atau menghadiri aktiviti masyarakat setempat di kawasan kita daripada menyertai perhimpunan sebegini.
Rakyat Malaysia bukan bodoh. Parti pembangkang jangan terlampau yakin bahawa mereka akan berjaya menawan Putrajaya. Jangan terkejut kalau pembangkang kalah teruk di dalam PRU akan datang.
Semua orang boleh bercakap dan berjanji tetapi bukan semua boleh mengotakan janjinya. Hentikanlah retorik dan janji-janji palsu wahai parti pembangkang! Kami tak mahu parti yang menanam tebu di bibir memerintah Malaysia!
Suara Politik
Taminsari
Rabu, April 25, 2012
Menilai sikap pembangkang berpolitik!
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa suhu politik negara semakin meningkat berikutan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin terasa, biar pun tidak diketahui bila ia akan diadakan.
Tetapi apa yang pasti kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin rancak melaksanakan program bagi meningkat taraf hidup rakyat dan sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu.
Dalam masa yang sama, pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas terus berada bagaikan 'cacing kepanasan.'
Satu demi satu pelaksanaan program oleh BN diburuk-burukkan kerana pembangkang memahami ia adalah ancaman yang boleh menghakis usaha mempengaruhi rakyat menyebelahi mereka dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun persoalan yang harus difikirkan oleh rakyat apakah pakatan pembangkang ini kelompok yang layak diberi peluang memerintah negara? Berikut penulis paparkan beberapa fakta mengenai telatah pembangkang yang dari semasa ke semasa berdasarkan pandangan beberapa penganalisis politik tanah air semakin jelas menunjukkan mereka hanya mahu berpolitik sahaja.
Menanam politik kebencian
Pendedahan mengenai gelagat beberapa pemimpin pembangkang ketika menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara telah menjadi bukti bahawa pembangkang semakin tidak matang berpolitik.
Mempersenda dan mengejek pemimpin-pemimpin kerajaan sememangnya sudah menjadi makanan politik pembangkang.
Sebelum ini, pemimpin-pemimpin juga telah menanam politik kebencian di kalangan rakyat dengan memburuk-burukkan apa juga usaha kerajaan dan memfitnah pemimpin-pemimpin BN termasuk ahli keluarga mereka.
Pembangkang semakin tidak matang berpolitik, sebab itulah di mana-mana sahaja sama ada di atas pentas ceramah, Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri mahupun dalam Istana Negara - perangai mereka tidak ubah seperti berada di kedai kopi, bercakap ikut sedap mulut dan memperlekeh pemimpin negara sesuka hati.
Soalnya, apakah pemimpin seumpama ini layak dipilih menerajui negeri atau negara?
Membuat janji kosong
Pembangkang hakikatnya semakin rimas dan tertekan apabila kepimpinan Najib terus melaksanakan satu demi satu janji yang telah dibuat kepada rakyat. Bukan sahaja daripada segi membantu taraf hidup rakyat, malahan dalam pentadbiran negara pun, kerajaan BN melakukan transformasi dengan menunaikan janji-janji yang dibuat termasuklah yang terbaharu pembentangan rang-rang undang-undang bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Semua itu membimbangkan pembangkang kerana dalam masa yang sama mereka menyedari terlalu banyak janji yang masih belum mereka tunaikan di negeri-negeri di bawah penguasaan mereka sama ada di Selangor, Kedah mahupun Pulau Pinang.
Sebagai contoh, di Selangor kita perlu bertanya kerajaan PKR yang mentadbir bersama DAP dan Pas, apakah mereka sudah menunaikan antara janji-janji berikut yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu.
1. Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
2. Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
3. Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan anak prasekolah.
4. Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.
Ini belum lagi mengambil kira janji-janji manis yang berlambak-lambak tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang di Kedah dan Pulau Pinang dan sekarang kita melihat menjelang pilihan raya umum, pembangkang berjanji lagi.
Pada masa ini sasaran mereka ialah golongan muda, justeru mereka berjanji akan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kalau diberikan peluang memerintah. Mereka juga berjanji untuk menurunkan harga minyak dan sudah pasti mereka juga berjanji menghapuskan tol.
Semua ini adalah nyanyian lagu lama oleh pembangkang bagi meraih undi.
Menolak kebenaran
Satu lagi gelagat pembangkang yang turut memualkan kita ialah sikap menolak kebenaran dan tidak mahu mengakui kelemahan serta kepincangan yang mereka miliki. Apabila sesuatu isu melibatkan pemimpin-pemimpin BN mereka akan menjajanya ke seluruh negara, soal benar atau salah itu perkara kedua yang penting ialah memburuk-burukkan pemimpin BN sebanyak mungkin.
Tetapi apa yang anehnya, apabila sesuatu isu melibatkan pemimpin-pemimpin mereka mulalah pembangkang mengeluarkan pelbagai hujah untuk menunjukkan mereka berada di pihak yang benar.
Biar pun ada sesetengah isu sudah diketengahkan dengan bukti namun pemimpin pembangkang tetap tidak mahu menerimanya, mereka akan mempertahankan antara satu sama lain, sedangkan ada antara mereka adalah terdiri alim ulama yang seharusnya amat memahami bahawa kebenaran perlu ditegakkan dalam keadaan apa sekali pun.
Namun oleh kerana kepentingan politik lebih diutamakan maka kepincangan dan salah laku oleh pemimpin mereka akan cuba dilindungi dan dipertahankan. Mereka lebih gemar menuding jari menyalahkan BN dan media arus perdana serta menganggap semua itu hanyalah fitnah dan konspirasi politik.
Oleh kerana mereka berkawan dan bersekutu dengan alim ulama yang ada dalam Pas maka pemimpin-pemimpin PKR dan DAP tidak pernah khuatir kerana pasti ada di kalangan alim ulama itu akan tampil membela mereka.
Kufur nikmat
Allah SWT telah mentakdirkan pembangkang meraih kemenangan agak besar dalam pilihan raya umum 2008. Mereka berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menawan Kedah, Perak (selama 11 bulan), Selangor dan Pulau Pinang, manakala Kelantan pula terus berada dalam genggaman Pas.
Semua itu berlaku kerana perjalanan pilihan raya yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berjalan secara telus, bersih dan adil. Tetapi pembangkang seolah-olah tidak mensyukuri nikmat ini. Berikutan kebimbangan mereka terhadap sokongan rakyat yang semakin kembali kepada BN maka isu proses pengundian dalam pilihan raya kembali dibangkitkan.
Walaupun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) telah menerima kesemua cadangan pembangkang namun mereka masih belum berpuas hati. Keadaan itu berlaku bukan kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi tetapi mereka bimbang tidak mempunyai alasan jika tewas dalam pilihan raya.
Menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan SPR adalah taktik politik paling jijik kerana selama ini sudah terbukti suruhanjaya itu telah mengendalikan pilihan raya dengan telus dan adil.
Kalau SPR tidak bersikap sedemikian sudah pasti pakatan pembangkang tidak akan mampu meraih sebarang kerusi dalam pilihan raya, apatah lagi mencatatkan kemenangan seperti 2008.
Kesimpulannya, berdasarkan apa yang dibentangkan adalah jelas, Malaysia boleh dianggap bernasib malang kerana memiliki sekelompok pakatan pembangkang yang hanya mahu berpolitik sepanjang masa dan hanya bijak memutar belit fakta, menabur janji kosong, menolak kebenaran dan kufur nikmat.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Selasa, April 24, 2012
Pakatan Rakyat dapat memerintah Selangor selepas PRU-12 dengan menipu pengundi!
KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG JANJI MENGURANGKAN CUKAI PINTU RUMAH KEDIAMAN SEBANYAK 20% DAN CUKAI PREMIS KOMERSIAL SEBANYAK 10%
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA
Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada Rakyat.
Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi. Bukti paling nyata adalah manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini. Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.
Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.
Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial tidak dapat dilaksanakan. Belum pun sampai sebulan memerintah, janji manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.
Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor, ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.
Bukan sahaja cukai tidak diturunkan, malah kita juga difahamkan bahawa cukai dan premium tanah turut dinaikkan. Saya sendiri menerima banyak aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah yang semakin meningkat. Selain itu, kami juga menerima maklumat dari rakyat Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih 100% dan mengikut harga pasaran.
Ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa tertipu dengan janji manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan mereka di Selangor merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor.
Rakyat Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai pintu kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat beban cukai yang terlaku tinggi. Saya difahamkan, ketika zaman Barisan Nasional memerintah, kerajaan Barisan NAsional masih lagi menerima rayuan dan memberikan diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang dikesalkan, sehingga hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak mampu mereka laksanakan.
Saya percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak untuk menilai janji-janji yang ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Di pihak Barisan Nasional, kami mengakui terdapat kelemahan sebelum ini, namun kami sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik mungkin.
Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tomahan. Tetapi tohmahan yang dilemparkan tidak melibatkan kesusahan hidup rakyat. Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung memberi bencana kepada rakyat contohnya dalam isu melibatkan pengurusan sampah dan pengurusan saliran sehingga menyebabkan berlakunya banjir.
Pada Pilihanraya Umum akan datang, saya berharap agar Rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat keputusan. Cukuplah sudah lebih empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam kesusahan. Berjanji sekadar untuk meraih undi bukanlah satu sikap yang bertanggungjawab sebagai pemimpin malah memungkiri janji isu sendiri adalah sifat munafik.
Terima kasih, Sayangi Selangor ; Yakini BN
Dato’ Sri Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
23 April 2012
Suara Politik
Taminsari
Khalid Serabai dah mula tertekan dengan PAKAR BN!
Barisan Nasional Selangor memandang serius usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat berdasarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.
Sehubungan dengan itu, pihak Barisan Nasional Selangor, mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional atau PAKAR bagi tujuan komunikasi dan ‘services’ antara pihak parti dengan Rakyat. Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakan kakitangan sepenuh masa yang akan berkhidmat menerima sebarang aduan atau pun permasalahan daripada rakyat.
Rakyat Selangor boleh menghubungi Talian PAKAR di number 1-300-22-2626 pada bila-bila masa. Pihak Barisan Nasional akan berusaha untuk menjadi penghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dilaporkan. Pusat khidmat ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Kewujudan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional secara talian ini juga menunjukkan komitmen BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan lebih mesra rakyat. Selepas ini, jika rakyat rasa sukar untuk menghubungi mana-mana Wakil Rakyat Barisan Nasional, maka mereka boleh terus menghubungi Talian PAKAR dan pihak BN Selangor akan memastikan YB Wakil Rakyat tersebut berhubung terus dengan rakyat yang menghadapi masalah.
Selain menalefon untuk melaporkan masalah yang melibatkan kepentingan awam seperti masalah sampah, masalah banjir, masalah alam sekitar yang tidak dikendalikan dengan baik oleh Kerajaan PR Selangor, Rakyat Selangor juga boleh menelefon Pusat Khidmat Rakyat Barisan NAsional untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk Barisan Nasional seperti B1RM, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan sebagainya. Pusat Khidmat ini boleh lah diandaikan sebagai ‘one stop centre’ untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat.
Selain menerima panggilan dari Rakyat, Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional juga akan membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yang didapati daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktiviti di kawasan masing-masing.
Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini bukan sahaja akan digunakan sebagai salah satu medium untuk berkempen, tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepas Pilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihak Parti.
Inisiatif ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak sekadar bercakap kosong tetapi membuktikan setiap kata-kata dan janji yang di ucapkan oleh pemimpin tertinggi. Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama mahupun parti politik. Langkah mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini merupakan satu langkah kehadapan dan bukti bahawa Barisan Nasional serius ingin berkhidmat kepada Rakyat Selangor.
Sekian, Sayangi Selangor ; Yakini BN.
DATO’ SRI MOHD ZIN MOHAMED
KOORDINATOR BN SELANGOR
23 April 2012
Gambar : Ikhsan KLPos & Gerakan Timur
Suara Politik
Taminsari
Isnin, April 23, 2012
Sebagaimana MB Khalid gagal memimpin Cabang PKR Kuala Selangor, begitulah kegagalan beliau memimpin Selangor!
Surat terbuka dari bekas ahli PKR Kuala Selangor kepada MB Khalid!
Janji tinggal janji... Khalid dibuang Cabang sendiri setelah janji demi janji yang ditaburkan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh baik untuk kerajaan Selangor juga perkara-perkara penting dalam parti negeri Selangor tidak dapat ditunaikan.
Yang menjadi kucar-kacir adalah jika ahli parti atau pimpinan parti tidak menggunakan perlembagaan parti masing-masing dan banyak bertindak dari luar mesyuarat cabang untuk menyelesaikan masalah, serta membuat keputusan diluar mesyuarat yang bertindak secara unilateral.
Berita Gempar : Sebenarnya Ketua Cabang PKR Kuala Selangor telah dipecat dalam mesyuarat Cabang Kuala Selangor dan keputusan pemecatan telah dibuat dimesyuarat Cabang sementara menanti keputusan pusat untuk menentukan siapakah Ketua Cabang yang sah di Cabang PKR Kuala Selangor. Kes ini berat jika maklumat ini ketetahui umum?
Sefahaman saya, melihat keputusan mesyuarat Cabang yang dipanggil menggunakan notis yang cukup setelah ahli melihat Ketua Cabang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Cabang dan melanggari kebanyakkan perlembagaan parti, tidak menjalankan amanah sebagai Ketua Cabang, tidak menjalankan mesyuarat sehingga 8 bulan, dikira berat dan boleh gugur dengan keputusan ramai dalam mesyuarat Cabang yang diminitkan?
Maka bagi saya sahlah Ketua Cabang PKR Kuala Selangor yang diketuai MB Selangor telah gugur. Caranya memanggil 17 ranting di Ijok untuk memastikan sokongan Ketua Ranting berterusan dengan mensyaratkan Ketua Ranting berikrar menyokongnya adalah keputusan terlambat kerana keputusan mesyuarat Cabang sudah dibuat secara rasmi dan tandatangani oleh majoriti AJK Cabang. Caranya juga menunjukkan cara yang salah kerana mengubah keputusan diluar mesyuarat.
Juga menarik apabila beberapa AJK yang diumpan dengan umpanan untuk menjadi Ahli Majlis Kuala Selangor adalah dibuat dengan cara kotor. Seorang AJK yang dulunya berteriak lantang kerana digugurkan dari senarai Ahli Majlis yang baru, bertukar arah bila isterinya yang tidak ada kelayakkan akademik dilantik menjadi Ahli Majlis. Pada dasarnya beliau (MB) tidak menghormati perlembangan parti dan parti yang ditungganginya.
Mengenai kedudukannya di negeri biarlah negeri yang menentukan, namun kelayakkan untuk duduk dalam negeri mestilah juga Ketua Cabang. Jadi gugur Ketua Cabang, maka gugurlah statusnya dinegeri?
Tabiat unilateral ini juga sudah melarat kedalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk isu arak, tiada perbincangan mesyuarat Exco yang dipakai untuk membuat keputusan yang diumumkan oleh MB Selangor. Maksudnya keputusan ini adalah unilateral decision oleh MB Selangor sendiri, begitu juga dengan keputusan keputusan yang lain.
Yang akhir menjadi bahan bantahan adalah dikalangan Exco sendiri. Memang ada Exco membodek hanya mengikut saja. Malah jika Exco itu bermasalah, MB lah yang membantu dan bermatian menyelamatkan keadaan dan ianya telah terjadi kepada beberapa Exco yang bermasalah sebelum ini.
Beberapa cita-cita besar yang ditunjukkan oleh Khalid Ibrahim setelah mendapat tempat didalam politik yang dulunya beliau juga ditolak di Kuala Selangor semasa bertanding Naib Ketua Bahagian UMNO Kuala Selangor. Cita cita politiknya hanya kerana beliau ada duit, semua pengikutnya kerana duit. Maka apa susah susah nak kena bela lembu jika kita boleh beli susunya?. Inilah sikap yang ditunjukkan dalam politik era PR!
Tidak habis disitu, cita-citanya menggunung mahu bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR pula. Disatu ucapan dalam satu siri perbincangan, Anwar Ibrahim sebagai ketua Umum mempamirkan rasa kecewanya sehingga terkeluar ungkapan, "jika jawatan Ketua Umum ini pun orang nak...ambil sajalah..", tindakan unilateralnya amat mengecewakan ramai orang, baik bawahan juga atasan.
Banyak lagi isu didalam rumahtangga PKR Cabang Kuala Selangor ini, tetapi demi sayangkan parti kami memendamkan saja cerita cerita ini, dari sebelum dan selepas PRU-12 lagi.
Kesimpulannya, mahukah anda tinggal dikalangan mereka yang hipokrit yang boleh dibeli didalam parti kerana orang beginilah yang ditanam dalam politik Khalid Ibrahim di Selangor. Tidak hairanlah jika ada dikalangan mereka bakal naik lagi menjadi calon di PRU-13 nanti, maka jadi Perak lah kita sekali lagi!
Sebab itu Khalid Ibrahim terpaksa bergegas merombak undang undang negeri dengan menguasai kuasa legistrator dan pentadbiran negeri. Dengan cara ini beliau akan selamat. Tidak mustahil jika cita-citanya nanti mungkin boleh sampai ingin menjadi PM, maka tidak hairan jika ramai yang dapat dibelinya. Bahaya cukup bahaya!
Ini adalah merujuk kepada perubahan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim dalam berpolitik mengikut caranya! Semua unilateral, baik membuat keputusan dicabang, negeri dan pentadbirannya. Ini menyulitkan keadaan dan merasakan tiada semangat Pakatan Rakyat dipraktikan, malah Hadi Awang terpaksa masuk campur melalui Dato Hasan Ali(ketika itu), Lim Kit Siang juga begitu dengan menasihatkan anak buahnya di Selangor. Malah Anwar Ibrahim sendiri telah berbuih menasihatkan pentadbiran kerajaan Selangor dari perspektif politik.
Orang kalau otak meniaga apa pun mesti dimulakan dengan formula jual beli, jika politik buat apa nak susah-susah nak kuatkan sokongan politik. Beli sajalah?
Kumpul orang dan buat "akur janji" - " Kami sesungguh berdiri teguh dibelakang pemimpin kami..." maka juak-juak ini berlantangan berteriak menyokong dan menjerit sambil terkinja-kinja. Sebab sudah "masyukkkkkkk". Apa susah. Membeli politik bukan cerita baru, kita sering kedengaran sebelum ini pun. Malah bukan sahaja membeli itu kena guna "wang" perlu diingat, kekadang dengan air liur saja, kekadang dengar kertas kosong, kekadang dengan jawatan ahli majlis, jawatan itu dan ini.
Wow...macam pernah dengar cerita-cerita ini, tapi dimana ya?....ohhh di kelompok gerombolan yang disebelah sana tu...eh eh bukan, sekarang gerombolan itu sudah masuk sebelah sini. Maka mana satu gerombolan yang sebenar, nampak semua sama saja sekarang.
Tak guna mengutuk UMNO lagi, sebab sekarang yang mengutuk juga UMNO apa bezanya?. Politiknya sama. Caranya juga sama. Habis apa yang beza?.....namanya saja berbeza?
Bekas Ahli Kecewa
( Terdapat sedikit editing untuk memudahkan pembacaan )
Suara Politik
Taminsari
Ronie Liu pijak kepala Khalid ?
Surat diatas ialah surat Ronnie Liu (exco PBT) yang dihantar kepada PBT tertentu untuk memberi arahan tangguh operasi PBT keatas pusat cyber cafe yang beroperasi lebih waktu.
Tindakan ini ada asasnya (walaupun lemah) iaitu membenarkan operasi lebih masa untuk pelancong. Namun tindakan sebesar ini (arahan tangguh operasi) perlu dibuat dalam mesyuarat exco bukan dibuat atas budi bicara seorang exco sahaja!
Ronnie berani mengeluarkan surat ini kerana Khalid yang lemah, selepas surat ini dikeluarkan Khalid masih juga berdiam diri. Nampak sangatlah MB Khalid ni takut dengan DAP...!!!
Suara Politik
Taminsari
PR Takut Angin Perubahan di Selangor!
Tindakan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Negeri Selangor tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bukti gabungan tersebut takut angin perubahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan mencari alasan lain sememangnya cara PR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lari dari kenyataan sebenar. Menurutnya, keputusan terbaru PR ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Negeri yang memutuskan untuk menyertai PRU13 selepas enam bulan pertama, 2012.
"Ini bukti PR takut berhadapan dengan rakyat, kerana kita telah nampak angin perubahan bertiup kencang di Negeri Selangor. "Oleh kerana sekarang sudah memasuki April dan masih belum nampak pilihan raya akan diadakan, maka Anwar mencari alasan lain untuk tidak menyertai PRU-13," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jimat Belanja Dapur, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa Negeri-negeri di bawah PR terutama Negeri Selangor berkemungkinan besar tidak menyertai PRU-13, sekiranya daftar pemilih masih diragui.
Noh berkata, beliau tidak hairan tindakan PR yang selalu menukar kenyataan untuk menyelamatkan diri kerana tindakan tersebut dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Negeri Selangor.
"Ini semua gimik untuk menarik perhatian rakyat, dari hakikat sebenar bahawa di Selangor ini, mereka tidak dapat menahan angin perubahan ini," katanya.
Menurutnya, PR kini tidak lagi mempunyai kumpulan sokongan untuk digunakan dalam pilihan raya, ini kerana kumpulan seperti Hindraf telah sedar dan beralih sokongan.
"Golongan India kini sudah kembali menyokong BN, terbaru lebih 5,000 orang India hadir dalam program saya di Taman Sentosa," katanya.
18 April lalu, Anwar mengumumkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak akan menyertai PRU-13 sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini. Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.
Anwar berkata, pihaknya kesal janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi yang masih belum dilakukan dan terdapat usaha meneruskan cara kaedah penipuan dalam pilihan raya akan datang.
Apakah Pakatan Rakyat Selangor sedang kepanasan dan takut dengan bayang-bayang mereka sendiri! Ingat, tiada lagi 'tempoh lanjutan' untuk memerintah Selangor lagi selepas PRU ke-13 nanti? Fikir-fikirkan lah...!!!
Suara Politik
Taminsari
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan mencari alasan lain sememangnya cara PR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lari dari kenyataan sebenar. Menurutnya, keputusan terbaru PR ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Negeri yang memutuskan untuk menyertai PRU13 selepas enam bulan pertama, 2012.
"Ini bukti PR takut berhadapan dengan rakyat, kerana kita telah nampak angin perubahan bertiup kencang di Negeri Selangor. "Oleh kerana sekarang sudah memasuki April dan masih belum nampak pilihan raya akan diadakan, maka Anwar mencari alasan lain untuk tidak menyertai PRU-13," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jimat Belanja Dapur, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa Negeri-negeri di bawah PR terutama Negeri Selangor berkemungkinan besar tidak menyertai PRU-13, sekiranya daftar pemilih masih diragui.
Noh berkata, beliau tidak hairan tindakan PR yang selalu menukar kenyataan untuk menyelamatkan diri kerana tindakan tersebut dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Negeri Selangor.
"Ini semua gimik untuk menarik perhatian rakyat, dari hakikat sebenar bahawa di Selangor ini, mereka tidak dapat menahan angin perubahan ini," katanya.
Menurutnya, PR kini tidak lagi mempunyai kumpulan sokongan untuk digunakan dalam pilihan raya, ini kerana kumpulan seperti Hindraf telah sedar dan beralih sokongan.
"Golongan India kini sudah kembali menyokong BN, terbaru lebih 5,000 orang India hadir dalam program saya di Taman Sentosa," katanya.
18 April lalu, Anwar mengumumkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak akan menyertai PRU-13 sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini. Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.
Anwar berkata, pihaknya kesal janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi yang masih belum dilakukan dan terdapat usaha meneruskan cara kaedah penipuan dalam pilihan raya akan datang.
Apakah Pakatan Rakyat Selangor sedang kepanasan dan takut dengan bayang-bayang mereka sendiri! Ingat, tiada lagi 'tempoh lanjutan' untuk memerintah Selangor lagi selepas PRU ke-13 nanti? Fikir-fikirkan lah...!!!
Suara Politik
Taminsari
Ahad, April 22, 2012
Selangor Bangkit : Siri 3/3 - ISU HUTANG TALAM CORPORATION!
sambungan dari Siri 2/3.. Pengambialihan hutang Talam Corporation kaedah roundtripping mendedahkan kerajaan negeri dengan risiko dan implikasi kewangan
Pertama : Menteri Besar Diperbadankan (MBI) menanggung beban mengutip hutang kerana ia diberikan geran RM 392 juta oleh kerajaan negeri. Jika dahulu anak syarikat yang menanggung risiko hutang, kini kerajaan negeri kerana memberikan geran kepada MBI.
Kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini tidak mengambil alih hutang-hutang Talam daripada anak syarikat kerajaan negeri kerana mahukan CEO-CEO yang dibayar gaji bertanggungjawab terhadap setiap perjanjian yang mereka buat dengan pemaju termasuk Talam.
Kedua : Kerajaan negeri dan SIC dijangkakan membelanjakan sekitar RM 1 juta untuk melaksanakan round-tripping ini. RM 1 juta digunakan untuk membiayai khidmat guaman dan konsultan yang tidak perlu. Ini hanya merugikan wang. Apakah mekanisme round-tripping ini boleh dilakukan secara percuma apabila ia melibatkan dokumen dan perjanjian tertentu?
Apakah mungkin institusi seperti CIMB Bank tidak akan mengenakan sebarang caj?
Ketiga : SIC juga menanggung beban faedah sekitar RM 70 ribu sehari untuk jangka masa antara 3 hari sehingga seminggu dari proses pembelian hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri oleh SIC, sehinggalah kepada SIC membayar semula hutang tersebut kepada bank.
Keempat : Kerajaan negeri akan mempunyai kecenderungan untuk membelanjakan lebih daripada sumber yang ada. Roundtripping ini bertujuan untuk menunjukkan peningkatan untung dalam akaun biar pun tiada untung sebenar.
Proses pembayaran balik hutang syarikat Talam Corporation oleh kerajaan Selangor juga tidak telus diselubungi dan tersasar daripada segi tempoh dan jumlah.
Jumlah hutang Talam Corporation kepada anak-anak syarikat negeri yang dibeli oleh SIC, jumlah geran yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada MBI dan pembiayaan SIC daripada CIMB Bank berjumlah RM 392 juta. Maknanya RM 392 juta inilah jumlah yang terlibat dalam permainan round-tripping.
Dinyatakan kerajaan negeri juga berjanji untuk mengutip hutang Talam dalam masa 3 bulan.
Pertama : pada Mac 2010, menurut the malaysianinsider YB Menteri Besar mengumumkan hanya lebih RM 50 juta sahaja dikutip dalam bentuk tunai dan aset. Kutipan ini juga menimbulkan banyak pertanyaan kerana ia diumumkan oleh Menteri Besar tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada Talam Corporation. Amat mustahil bagi sebuah syarikat senaraian awam yang berada dalam kedudukan kewangan yang kurang baik seperti Talam membayar hutang sebesar itu tanpa sebarang pengumuman rasmi.
Timbul juga pertanyaan, jika RM 50 juta tersebut tunai ok, tetapi jika dalam bentuk pengambilalihan aset siapa yang menilai? Bukankah sepatutnya pembayaran hutang ini juga dalam bentuk tunai kerana jumlah RM 392 juta dalam permainan round-tripping ini adalah tunai. Janjinya ialah untuk mendapatkan wang tunai.
Pada hal kerajaan negeri cukup sinis dengan usaha kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini yang didakwa tidak cekap kerana menjalankan usaha mengambil alih aset Talam bukannya wang tunai.
Kedua : pada 16 Mac akhbar The Star melaporkan Talam Corp telah membuat perjanjian dengan MBI untuk melunaskan hutang sebanyak RM241.4 juta melalui penyerahan aset dan sebanyak RM12.7 juta melalui tunai.
Maka timbul persoalan berikut:
1. Berapakah nilai sebenar hutang Talam Corporation kepada anak syarikat negeri adakah RM 392 juta atau hanya RM241.4 juta? Jika jumlah awal RM 50 juta dicampurkan dengan RM241.4 juta maka menjadi RM 291.4, maka masih kurang RM 100.6 juta.
2. Atau adakah jumlah RM241.4 juta ini termasuk jumlah RM 50 juta yang telah diumumkan pada awalnya. Maka itu jumlah yang masih terhutang lebih tinggi iaitu RM 150 juta.
3. Apakah Talam Corporation sebagai syarikat senaraian awam telah membuat pengisytiharan dan penjumlahan hutang yang silap atau kerajaan negeri yang tersilap?
4. Jika hanya RM12.7 juta melalui tunai, maka meninggalkan baki RM 228.7 dalam bentuk aset hartanah. Maka timbul kembali persoalan sebelum ini, siapakah yang menilai asset ini? Apakah jaminan bahawa aset ini mempunyai nilai yang setara atau mungkin lebih baik melebihi daripada nilai hutang?
Kesimpulan
Rakyat bukanlah terlalu bodoh kerana tidak tahu menilai dan Kerajaan Negeri tidaklah begitu bijaksana. YAB Menteri Besar telah menggunakan wang rakyat untuk membeli hutang syarikat korporat dalam proses pengurusan hutang Talam namun tidak telus dan tidak berterus-terang dalam soal ini.
Untuk itu digesa supaya Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Dewan Undangan negeri melakukan siasatan terhadap keseluruhan proses pengambilalihan hutang Talam Corporation dengan bantuan kerajaan negeri ini.
Suara Politik
Taminsari
Selangor Bangkit : Siri 2/3 - ISU HUTANG TALAM CORPORATION!
Pengambilalihan hutang ini menunjukkan kerajaan negeri prihatin dengan syarikat korporat swasta tetapi menindas dan organisasi yang bermotifkan pembangunan social untuk rakyat Selangor.
Tujuan, keikhlasan dan justifikasi kerajaan negeri untuk menyelamatkan syarikat Talam adalah pelik, tidak munasabah dan zalim kepada rakyat.
Kerajaan negeri sanggup menggunakan wang rakyat semata-mata untuk menyelamatkan sebuah syarikat korporat swasta. Yang pelik dan memelikkan, pada masa yang sama kerajaan menekan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) sehingga mahu merampas tanah milik YBK.
Kenapa kerajaan negeri begitu lunak dan sanggup bersusah payah membantu Talam Corporation sehingga mempertaruhkan wang rakyat? Pada yang sama kerajaan negeri menindas hak golongan miskin di negeri Selangor.
Apakah ada udang di sebalik batu? Apakah kerana dendam tidak dapat habuan maka YBK ditindas. Ingatlah pemimpin suka berdendam membawa negeri ke arah jahanam.
Inovasi pengambialihan hutang Talam Corporation hanyalah publisiti murahan untuk memperbodohkan ADUN dan rakyat yang tidak faham perakaunan.
Di fahamkan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) pula akan menguruskan kutipan hutang Talam Corporation sebanyak RM 392juta. Lebih mengelirukan, sungguhpun ia diletak di bawah pentadbiran MBI, Menteri Besar, mengikut laporan Malaysiakini.com, kerajaan negeri masih mengarahkan anak syarikat kerajaan negeri seperti KDEB dan PNSB mengutip hutang tersebut dalam masa tiga bulan.
Justeru, di manakah letaknya releven kaedah yang diguna pakai ini jika hutang masih dikutip oleh anak-anak syarikat negeri seperti keadaan asal? Adalah pelik aksi silap mata ini dipertontonkan jika akhirnya hutang tetap dikutip oleh anak syarikat.
Jika itu yang berlaku, sebenarnya kerajaan masih boleh mengutip hutang cara biasa iaitu anak-anak syarikat mengutip terus dari Talam Corporation seperti keadaan asal.
Sedangkan sewaktu Barisan Nasional dahulu kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas pada 2007 yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua anak syarikat terbabit bagi mengutip hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Antara tindakan yang dalam proses ketika itu ialah rundingan pengambil alihan aset-aset dan hartanah Talam seperti Kelab Golf Bukit Beruntung dan beberapa hartanah lain. Selain itu tekanan juga dibuat dengan membekukan projek-projek "akan datang" yang membabitkan syarikat tersebut sehingga hutang mereka kepada kerajaan negeri dilangsaikan.
Persoalannya bagaimanakah usaha pengambilalihan hutang ini dapat memaksa atau melunturkan syarikat Talam Corporation agar membayar hutang? Justeru, tiada apa-apa inovasi, yang ada hanyalah permainan silap mata untuk memperbodoh, mengelirukan dan menghiburkan para ADUN dan rakyat Selangor yang tidak faham perakaunan.
bersambung ke Siri 3/3..
Suara Politik
Taminsari
Sabtu, April 21, 2012
Selangor Bangkit : Siri 1/3 - ISU HUTANG TALAM CORPORATION!
Kerajaan Selangor tidak bermoral dan tidak beretika kerana membeli" hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan / duit rakyat.Pada 9 November 2009, Sidang Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM391.7 juta untuk sayap pelaburan Kerajaan Negeri, iaitu Perbadanan Menteri Besar (MBI) membeli hutang yang ditanggung Talam Corp kepada beberapa agensi kerajaan negeri.
Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan / “duit rakyat” untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.
Pada hal kaedah “menyelamatkan syarikat swasta dan korporat” ini telah ditentang habis-habisan oleh pakatan pembangkang ketika era krisis ekonomi tahun 1998. Justifikasi kaedah kerajaan membantu syarikat bermasalah ketika itu adalah untuk menyelamatkan ekonomi negara secara keseluruhannya akibat ketidakupayaan mantan Menteri Kewangan ketika itu dan kini Penasihat Ekonomi Selangor mengeluarkan negara dari kemelut ekonomi akibat serangan spekulator mata wang.
Tetapi mengapa kaedah tersebut digunakan kerana masalah hutang Talam Corporation ini tidak akan menjejaskan ekonomi Selangor keseluruhannya. Ya ia satu masalah tetapi kenapa tidak digunakan cara kutipan yang biasa sahaja.
Adakah pakatan pembangkang kini Pakatan Rakyat sudah berubah dan menggadai prinsip ATAU YB Menteri Besar terlalu cerdik sehingga semua EXCO, Adun Pakatan dan rakyat seluruhnya diperbodohkan.
Kerajaan Selangor mengaburi mata rakyat kerana "membeli" hutang daripada syarikat Talam Corporation untuk meningkatkan pendapatan negeri itu sebanyak RM392 juta lagi. Ia membuatkan rakyat keliru tetapi seronok mendengar kerajaan dapat tambah kewangan.
Pengambialihan hutang Talam Corporation oleh kerajaan negeri adalah satu pengumuman acara silap mata kewangan dalam sektor korporat yang dikenali sebagai round-tripping. Antara strategi round-tripping ialah “syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain, dan pada masa yang sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama” (dengan izin “a company selling an unused asset to another company while at the same time agreeing to buy back tke same or similar assets at about the same price”).
Apakah tujuan round-tripping ini? Ia bertujuan untuk menunjukkan peningkatan untung dalam akaun biar pun tiada untung sebenar. Ia banyak dilakukan oleh syarikat-syarikat di Bursa Saham untuk memberi keyakinan kepada pelabur.
Kaedah round-tripping ini biasa digunakan oleh “penyangak korporat”. Memetik kata-kata Mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang turut mengkritik pembelian hutang Talam Corporation ini sebagai berkata “Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak-penyangak di dalam sektor korporat” (dengan izin - "This is an old trick used by the crooks in the corporate sector." )
Persoalannya siapakah penyangak-penyangak ini - “tepuk dada tanya selera”, “sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula ".
Kaedah round-tripping yang digunakan oleh Kerajaan Negeri ini dianggap penyelewengan kerana ia bertujuan untuk menunjukkan tambahan pendapatan besar dalam akaun kerajaan negeri walhal keuntungan ini tidak tulen.
Walaupun aset-aset hutang Talam ini merupakan milik anak syarikat kerajaan negeri namun ia dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri sebagai bayaran hutang mereka kepada kerajaan negeri.
Mengapa ia dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri? Ini untuk menunjukkan akaun kerajaan negeri mempunyai pendapatan yang lebih baik berbanding tahun lalu dan juga lebih baik dari anggaran pendapatan dalam Bajet 2008.
Pengumuman Menteri Besar berkenaan dengan pengambil alihan hutang-hutang Talam merupakan satu strategi bagi memanipulasi rekod keuntungan organisasi tanpa mencerminkan nilai sebenar.
Maka benarlah anggapan bahawa tindakan ini tidak bermoral dan tidak beretika kerana turut memanipulasikan kaedah perakaunan untuk memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri cukup cerdik, cukup pandai mengurus wang dan hutang negeri di mata mereka yang tidak faham dan rakyat kebanyakan yang tidak arif hal-ehwal kewangan dan perakaunan.
Pengambilalihan hutang syarikat Talam Corporation oleh kerajaan Selangor tidak telus, pelik dan diselubungi pelbagai pertanyaan dan persoalan
Pertama: kerajaan negeri menggunakan mekanisme yang tidak ada semak dan imbang (dengan izin check and balance) dalam pengambilalihan hutang tersebut. Ini kerana aset hutang yang berjumlah RM 392 juta ini dijual kepada sebuah syarikat milik PKNS, Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd (SIC) yang tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan untuk membuat pinjaman berbanding PKNS, KDEB dan PNSB.
Pada hal SIC tidak disebutkan pun sebagai salah satu anak syarikat negeri di mana Talam Corporation berhutang dengannya. Malah SIC terpaksa pula membuat membuat hutang melalui pembiayaan dari CIMB Bank.
Apakah kerajaan negeri cuba melindungi kepentingan seseorang, syarikat atau apa sehingga memilih kaedah ini yang bebas daripada padangan pihak lain (dengan izin second opinion)?
Kedua: bagi kaedah perlaksanaan round-tripping ini adalah perlu kerajaan menggunakan khidmat konsultan kerana melibatkan perbagai entiti, dokumen tertentu, perjanjian dan ketepatan transaksi.
Tetapi adalah pelik YAB Menteri Besar mengakui bahawa tiada khidmat konsultan kerana beliau sendiri adalah konsultannya. Katanya pada media “Konsultan itu adalah Khalid Ibrahim kerana saya orangnya yang membuat cadangan tersebut dan saya akan memastikan proses pelaksanaannya nanti."... “kos untuk konsultansi dalaman itu adalah percuma melainkan saudara-saudari semua nak saya caj kerajaan negeri”.
Sedangkan kita difahamkan bahawa SIC juga menanggung kos guaman dan konsultasi sebanyak RM 700 ribu. Siapakah peguam dan konsultan yang menguruskannya. Apakah kretaria pemilihan mereka?
bersambung ke siri 2/3..
Suara Politik
Taminsari
"Siapa tak nak Amoi yang putih gebu", tak kan buaya nak menolak bangkai?

Rafizi Lembu kata Anwar Tetap Jadi PM walaupun penuh dengan krisis moral...!!!
Malam semalam dalam satu ceramah PAS di Gopeng Perak, setelah ditegur beberapa kali oleh AJK Surau Mujahiden dan akur dengan majlis bacaan Yasin akhirnya PAS terpaksa berpindah tempat ceramah yang agak tersembunyi iaitu dihadapan rumah teman wanita Chang Meng Kai iaitu Azlina Adnan.
PAS juga telah mengundang Pengarah Strategi PKR, Rafizi Lembu dengan harapan beliau dapat 'mengeluarkan' beberapa fitnah yang boleh mendatangkan persepsi buruk terhadap wanita UMNO. Namun ramai dikalangan penyokong PAS agak kesal kerana Rafizi tidak mampu memberi apa yang mereka kehendaki tetapi lebih kepada mempromosi bossnya Anwar Ibrahim.
Menariknya dalam ceramah tersebut Rafizi berkata, Anwar Ibrahim tetap akan jadi Perdana Menteri walaupun Anwar penuh dengan krisis moral.
Kata Rafizi lagi UMNO sengaja memerangkap Anwar dengan membawa kepadanya pelacur China supaya adegan seks dapat dirakam dan didedahkan kepada tontotan umum. Katanya secara berseloroh "siapa tak nak Amoi yang putih gebu", tak kan buaya nak menolak bangkai.
Tentang biseksual Rafizi kata Nallakarupan sengaja mengada-adakan cerita kononnya Anwar ada skandal dengan Samsidar sedangkan Anwar sendiri tidak berapa kenal dengan Nallakarupan?
Sambil disambut dengan takbirrrrr!!.
Apa yang jelas secara tidak langsung Rafizi memperakui yang Anwar sememangnya melanggan Chinadoll..!!! Dan beliau tidak kisah samada bossnya terpalit dengan isu moral yang sangat serius ataupun tidak, asalkan Anwar dapat menjadi Perdana Menteri? Tentang penafian Anwar tidak berapa kenal dengan Datuk Nallakarupan, tunggulah penjelasan dari tuan punya badan nanti?
Anwar sememangnya sudah dikantoikan oleh orang kuatnya sendiri..!!!

Suara Politik
Taminsari
Jumaat, April 20, 2012
Projek Langat 2 : Dr Dzulkefly Tuduh Pusat Terus Takutkan Rakyat!
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan media kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) mendakwa Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berdepan krisis bekalan air menjelang 2014 merupakan satu lagi usaha Kerajaan Pusat menekan Kerajaan Negeri agar memberi sokongan terhadap Projek Loji Rawatan Air Langat 2.Malah menurut Dr Dzulkefly, usaha berterusan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hanya untuk menakut-nakutkan rakyat serta disifatkan sebagai satu desakan yang tidak bertangggung jawab.
Dr Dzulkefly berkata, laporan SPAN yang mengatakan margin simpanan air akan merosot ke paras merbahaya dalam masa empat tahun akan datang adalah berbeza dengan pandangan Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) dan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang pernah membuat penilaian mengenainya.
“Kalau Kementerian Tenaga, Teknlogi Hijau dan Air (KeTTHA) dan SPAN benar-benar mahu memastikan Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Putrajaya tidak mengalami defisit mahupun kekurangan air pada tahun 2014 sepertimana yang digembar-gemburkan.
“ KeTTHA dan SPAN perlu segera menamatkan pertikaian serta persoalan dalam pemberian pajakan itu kepada kerajaan negeri,” katanya.
Dr Dzulkefly berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa SPAN mendakwa margin simpanan air di tiga wilayah utama iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pengurangan ketara dari setahun ke setahun.
Ujar Dr Dzulkefly lagi, usaha menakutkan dan menekan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang tidak wajar semata-mata untuk menyokong kerajaan pusat bagi melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang menelan belanja RM8.6 bilion kerana ia telah dipersetujui oleh kerajaan negeri sebelum ini ketika Selangor diterajui Barisan Nasional (BN).“Projek sebesar ini perlu diberikan penilaian yang teliti kerana kita telah diperingatkan oleh pakar-pakar ekonomi dan para analisis serta investment analise daripada investment bankers bahawa projek-projek mega yang dikendalikan kerajaan pusat seperti empangan Bakun, PKFZ dan yang lain lazimnya akan berakhir dengan pelbagai lebihan kos.
“Ianya jelas dari sudut kos efektifnya dimana ia tidak boleh diyakinkan mengapa pembayar cukai yang perlu membayarnya dan yang paling ketara adalah Bakun iaitu projek dengan lebihan kos yang mencecah hampir RM1 bilion,” katanya.
Tambah Dr Dzulkefly, Kerajaan Pusat seharusnya sedar bahawa Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha untuk mencari sumber air yang lain tanpa perlu menjejaskan pengguna dan rakyat Selangor khususnya.Katanya lagi, usaha itu bukan sahaja akan menjimatkan kantong negara malah ia tidak memerlukan kos besar kerana Selangor merupakan salah satu negeri yang mempunyai sumber air terbesar di negara ini.
“Melalui sumber air bawah tanah ini kalau dihitungdari sudut kos ianya jauh lebih murah yakni senisbah kecil dari lapan billion tak sampai pun ratusan juta berbanding dengan lapan ribu juta,” katanya. SPAN semalam dilaporkan berkata margin simpanan air di tiga wilayah utama iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pengurangan ketara dari setahun ke setahun.
Pengurangan di tiga wilayah utama itu juga dijangka akan berkurangan sebanyak enam peratus (263 JLH sehari) pada 2010 kepada 4.98 peratus (221 JLH) pada 2011, 5.25 peratus (244 JLH) pada 2012 dan kepada 0.4 peratus atau 19 JLH pada 2013.
SPAN turut menjangkakan menjelang akhir 2014 margin simpanan air ini akan mengalami defisit sebanyak 217 JLH dan jumlah defisit ini akan meningkat kepada 460 JLH pada 2015 dan ia berada pada tahap kritikal.
Komen : Semua orang tahu termasuk Dr Dzulkefly bahawa air merupakan sumber semula jadi dan nadi hidup kepada hidupan di mukabumi ini. Sedihnya, pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal dan akan menghadapi catuan air sekiranya kerajaan Selangor masih lagi tidak memberi kerjasama dalam pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) ataupun Langat 2 ini.
Rakyat Selangor akan menjadi mangsa apabila krisis bekalan air berlaku di negeri ini jika kerajaan negeri masih terus berdegil enggan menerima pelan Projek loji rawatan air Projek Langat 2. Catuan air tidak hanya membawa masalah kepada pengguna, bahkan kepada sektor industri juga.Keperluan air di Selangor akan mencapai 4,326 juta liter sehari pada akhir tahun ini tetapi mungkin mencecah 4,625 juta liter sehari berdasarkan pembangunan pesat di Selangor. Selangor akan menghadapi kekurangan air sebanyak 299 juta liter sehari bermula pada tahun 2012.
Adakah kerana kerajaan negeri gagal menguasai SYABAS maka Projek PPAMPS dijadikan mangsa dendam MB Khalid dan kuncu-kuncu beliau termasuk Dr Dzulkefly? Atau adakah Projek PPAMPS bakal dijadikan sebagai “ umpan “ mengugut supaya kerajaan negeri Selangor dapat mengambil alih SYABAS.
Atau jika kerajaan negeri gagal mendapatkan SYABAS dan tidak mahu meluluskan Projek PPAMPS, maka lombong pasir yang begitu banyak digali tanpa dikawal di Selangor sekarang bakal dijadikan kolam takungan untuk menyalur air ke seluruh Selangor! Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Mungkin MB Khalid dan Dr Dzulkefly sudah berkira dari sekarang yang kolam-kolam lombong pasir yang ada di sekitar Selangor akan penuh dalam 2 atau 3 tahun lagi ataupun sepertimana yang Dr.Dzulkefly katakan untuk mendapatkan sumber air bawah tanah bagi menampung keperluan rakyat Selangor!
Untuk makluman Projek PPAMPS sedang rancak dalam pembinaan sekarang. Kerja-kerja yang dijalankan sudah boleh dikatakan sudah lebih 50%. Terowong dari Pahang ke Selangor sudah pun ditebuk. Semua dilakukan mengikut jadual dan jika kerajaan Selangor masih berdegil tidak mahu meluluskan projek tersebut, maka akan tergendala lah projek itu nanti.
Projek ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan untuk kemudahan rakyat. Loji Rawatan Air Projek Langat 2, yang bernilai RM8.6 bilion, telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menampung keperluan air bersih di tiga tempat ini sehingga tahun 2025.
Tetapi mengapa kerajaan negeri tidak mahu memberi kerjasama! Jika diberhentikan separuh jalan, siapakah yang bakal menanggung kerugian sebanyak lebih RM 8 billion ini. Janganlah nanti sudah terantuk baru nak tergadah. Ketika itu tiada rotan, akar pun berguna. Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Khamis, April 19, 2012
Anwar sebenarnya sudah lama perjuangkan hak Gay di Malaysia!

Anwar Seeks Privacy Provision in Malaysia Gay Laws
International Herald Tribune, November 11, 2004
From the Agence France-Presse
KUALA LUMPUR — Malaysia’s laws on homosexuality need to be amended, says the former deputy prime minister Anwar Ibrahim, whose conviction and nine-year jail sentence for sodomy were recently overturned on appeal.
Anwar, who spent six years in prison on a separate charge of abusing his position to cover up homosexual offenses, spoke out on what he called a “sensitive” issue in an interview.
Anwar, a popular politician who was widely expected to be Malaysia’s prime minister by now, maintained, as he has done since his arrest in 1998, that the charges against him were trumped up to destroy his political career.
But while insisting on his innocence and acknowledging that most people in mainly Muslim Malaysia objected to homosexuality, he said people’s privacy needed to be protected.
“In the general view, among Muslims and many non-Muslims that I know, homosexuality is not accepted,” he said. “Fair enough. But here the question is, how do you use the law and intrude on people’s privacy and their own private choices?
“This is the borderline. I think public display may be objectionable, but I think the laws need to be amended.
“The issue is the invasion of privacy, and we therefore have to design and make sure the law does not involve the overzealous groups trying to push their views or values outside the scope of the law.
“So I think while I endorse the general law against homosexuality—I think it is against Islamic tenets and also the cultural practice here by most Malaysians—I think we have to bear in mind that invasion of privacy is something that we need to look at.”
Anwar’s wife, Wan Azizah Wan Ismail, is a member of Parliament for the opposition National Justice Party set up to press Anwar’s cause after he was fired as deputy by Mahathir bin Mohamad when Mahathir was prime minister. She is the only party member to win a seat in March elections in which opposition parties were defeated by the man who took Anwar’s place as Mahathir’s successor, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.
Anwar has said he bears no grudge against Mahathir.
“I think why Mahathir may have had these charges trumped up against me is because there is a general sentiment—and he is right in the sense of a very general sentiment—against homosexual practices,” Anwar said.
Anwar spoke vigorously about domestic and international developments since his imprisonment. He criticized President George W. Bush and his conduct of war but was again cautious when asked about the role played by gay rights issues in the recent U.S. election.
Some commentators have attributed Bush’s re-election in part to his opposition to marriage between homosexuals.
“Gay marriages are going a bit too far,” Anwar said. “I’m a liberal in many ways but I think that is going a bit too far.” Klik di sini.
Bagaimana pula dengan kenyataan Anwar di Mumbai, India sebelum ini!
Anwar ketika di temuramah dengan BBC pada 12 Jan lalu di Mumbai,India apabila ditanya mengenai sokongan daripada golongan pro-gay di Malaysia terhadapnya berikutan keputusan mahkamah, beliau berkata:
1. Menyokong penuh pemansuhan undang undang lapok sodomi
2. Walaupun masyarakat Malaysia rata-rata tidak boleh menerima homoseksual di khalayak ramai, undang-undang lapok sodomi tidak harus digunakan untuk menghukum orang yang tidak bersalah! Maksudnya kalau private not public tak mengapa!!!
Adakah Anwar mahu menafikan lagi kenyataan-kenyataan yang telah dibuat beliau? Tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran. Takut dengan bayang-bayangnya sendiri.
Suara Politik
Taminsari
Anak Panah MCA Tersasar - Hilang satu undi jika kutuk DAP!

Masalah besar yang MCA lakukan ialah asyik halakan mata anak panah kepada DAP, terutama sekali di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Isunya mudah sahaja, DAP di Selangor adalah harapan kepada masyarakat Cina, ditatang dan disanjung oleh mereka. Sesiapa yang menyerang DAP dianggap seperti pelakon Cina (Wong Fei). Mereka mengaibkan dan mengutuk di depan Wong Fei.
Bukan sahaja suara kutukan terhadap DAP itu tidak boleh masuk ke dalam telinga, sebaliknya orang ramai semakin menjadi berang. Setiap kali pemimpin MCA kritik DAP, MCA akan kehilangan satu undi. Penyokong MCA semakin menurun, malangnya MCA masih tidak sedarkan diri lagi.
MCA halakan mata anak panahnya ke arah kumpulan fanatik, mengkritik kumpulan fanatik yang boleh menyebabkan tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada masyarakat Cina. Dalam pentadbiran kerajaan, jika MCA berani bertindak ke arah itu, sudah tentu MCA semakin diminati oleh masyarakat Cina, sudah tentu pengundi akan kembali kepada MCA.
Pada masa dahulu kumpulan pendidikan sekolah-sekolah Cina mendukung slogan "masuk dalam Barisan Nasional" "perbetulkan Barisan Nasional", malangnya cadangan itu semua ditolak bulat-bulat. Sehingga ke hari ini perjuangan itu tidak kunjung tiba dan tidak direalisasikan. Ramai dari kalangan pejuang itu tinggalkan parti Gerakan, ada sesetengahnya terus menyepikan diri, ada juga yang diperbetulkan (diajar) oleh Barisan Nasional.
PRU Mac 2008 Gerakan di Pulau Pinang tersungkur, ini menunjukkan Gerakan telah hilang sokongan dari kalangan masyarakat Cina. MCA mahu bangkit semula perkukukan kuasa, sebaliknya MCA tidak boleh menentang dan mengkritik DAP, sepatutnya guna kepandaian, kumpulkan kekuatan yang ada untuk bertindak dan menentang kumpulan fanatik.
Jika tidak berjaya, anggaplah ia sebagai satu perjuangan murni, bertindak itu lebih baik daripada duduk diam menunggu mati, dan akhirnya nanti akan diketepikan oleh pengundi. Fikir-fikirkan lah wahai MCA..!!!
Suara Politik
Taminsari
Antara sebab mengapa MB Khalid takut nak pertahankan kerusi DUN Ijok dalam PRU ke 13 nanti?

Setelah mengetahui 'dirinya ditolak' di kawasan kampungnya sendiri, desas-desus kuat mengatakan MB Khalid tidak akan mempertahankan kerusi DUN Ijok dalam PRU ke-13 nanti.
Antara kawasan yang menjadi pilihan beliau selepas ini adalah di DUN Jeram? Ia berikutan terdapat ramai saudara-maranya yang menetap di kawasan Jeram, kata Khalid!
Adakah Khalid sudah mula takut dengan bayang-bayangnya sendiri untuk pertahankan kerusi DUN Ijok! Mengapa perlu lari bertanding ke 'kawasan sebelah' jika mengatakan Ijok adalah 'kubu kuat' PKR? Atau Khalid sudah takut untuk berhadapan dengan rakyat Ijok sendiri! Mengapa?
“Menteri Besar tak boleh harap”, demikian luah seorang penduduk Kampung Ijok ketika ditanya pendapat mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.
Haji Mohd Afandy bin Dahalan, 49 memberitahu sejak 2008, Khalid seolah-olah bersikap lepas tangan tentang kebajikan penduduk-penduduk Ijok. Menurutnya, Khalid selaku ADUN di kawasan tersebut menyerahkan segala tanggungjawab pentadbiran kepada wakil yang dilantiknya.“Kita nampak MB memang tidak bertanggungjawab. Dia tak tahu apa-apa. Semua perkara diserahkan bulat-bulat kepada wakilnya,” kata Afandy. Masalah pula timbul bila wakil-wakil yang dilantik pun lepas tangan sekali. Jadi kita lihat MB memang tidak menjaga orang Ijok,” tambah beliau.
Menurutnya, sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat di Ijok langsung tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh Khalid yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk Ijok.
Tambah beliau, janji-janji yang dibuat ketika pilihanraya umum yang ke 12 lalu juga masih belum dilaksanakan oleh Khalid.
“Sudah empat tahun berlalu, tiada satu sumber ekonomi pun yang dibawa ke Ijok. Inikah pakar ekonomi? Janji nak berikan hak tanah pada masyarakat India, sampai hari ini masyarakat India di Ijok masih tak dapat menikmati apa yang dijanjikan itu,” katanya.
Menurut beliau, situasi ketika ini lebih teruk jika dibandingkan dengan sewaktu Barisan Nasional berkuasa di mana katanya ketika itu kebajikan rakyatnya terjaga.Beliau turut membandingkan pentadbiran Khalid dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar di mana menurut Afandy walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama dua tahun, tetapi banyak pembangunan yang dibawanya ke Kuala Selangor.
“Abu Hassan jadi MB hanya dua tahun, tapi pembangunan untuk Kuala Selangor naik. Ada stadium, perpustakaan dan banyak lagi. Tapi Khalid dalam tempoh empat tahun ni, langsung tiada pembangunan. Yang ada hanya rumah urut yang tumbuh macam cendawan di Kuala Selangor,” katanya.
Seorang lagi penduduk Ijok, Zaini Korman, 61, Pesara, turut bersetuju dengan Afandy. Menurutnya, peruntukan untuk memperbaiki kerosakan pada kemudahan penduduk kampong juga sukar untuk diterima daripada pejabat Khalid.“Selalunya bila orang kampong minta peruntukan, mesti tak dapat. Saya sendiri sebagai pengerusi surau, minta peruntukan untuk lampu jalan sampai sekarang tiada apa-apa tindakan daripada MB ataupun wakilnya.
“Jalan-jalan yang rosak, tidak dibetulkan. Kutipan sampah tidak teratur, tiada tindakan. Kebajikan kami penduduk di sini langsung tidak terjaga. Mujur wakil Barisan Nasional di sini banyak membantu. Tapi tak banyak yang dapat dibuat kerana yang ada kuasa di Selangor adalah Pakatan Rakyat,” kata Zaini.
Tambah beliau, sebagai Menteri Besar yang datang dari DUN Ijok, sepatutnya penduduk Ijok mendapat sedikit kelebihan dari segi kemudahan tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka seolah-olah dianak-tirikan.
“Rugi orang kampung pilih Khalid,” tegas Zaini. Persoalannya disini adalah, perlukah rakyat Ijok terus memilih pemimpin yang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri! Fikir-fikirkanlah...!!!

Suara Politik
Taminsari
Rabu, April 18, 2012
Masih lagi dengan masalah sampah di Selangor..! Kali ini berdekatan dengan Batu Caves pula?

Beginilah keadaan timbunan sampah sarap sepanjang jalan berhampiran Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves yang mencemarkan pemandangan dan berbau busuk sehingga menggangu keselesaan pengguna dan penduduk setempat.
Bukan sekali dua, tetapi sudah berpuluh kali penduduk di negeri ini meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati berhubung kerja-kerja pengutipan sampah di kawasan pentadbiran mereka.
Terbaru, penduduk Pangsapuri Permai dan Kampung Melayu Wira Damai di Batu Caves mendakwa kegagalan kontraktor lantikan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan telah menyebabkan masalah timbunan sampah berlaku di kawasan mereka sejak akhir-akhir ini.
Dakwa penduduk, mereka terpaksa berhadapan dengan bau busuk longgokan sampah yang tidak dipungut sejak seminggu lalu sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. Keadaan itu memaksa segelintir penduduk bertindak membuang sampah sarap mereka di tong sampah besar di tepi jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan bagi mengelak bau busuk.
Namun, tindakan itu memburukkan lagi keadaan kerana tong sampah tersebut turut mengalami nasib sama apabila kontraktor tetap mengambil masa berminggu-minggu untuk melaksanakan kerja-kerja pengutipan.
Seorang penduduk Pangsapuri Permai, Hasni Man, 49, berkata kontraktor akan lebih cepat memungut sampah apabila didesak oleh penduduk.
“Kadang-kala selepas penduduk menghubungi pihak kontraktor berkali-kali, barulah kerja-kerja kutipan dilakukan,’’ katanya.
Tambah Hasni, sebagai kontraktor yang dilantik adalah menjadi tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengutipan dengan sempurna dan mengutip jadual ditetapkan.
Perasaan sama turut dikongsi Daniel Derani, 56. Katanya, MPS perlu lebih serius mengatasi masalah berkaitan kutipan sampah di kawasan pentabdiran mereka.
“Kami tidak mahu kontraktor mengutip sampah menjalankan kerja seperti ‘mahu melepaskan batuk di tangga’ dan hanya bertindak setelah disiarkan media atau ditegur masyarakat,” katanya.
Ronnie Liu apa cerita! Sudah pening kepala ka..?

Suara Politik
Taminsari
Apa sudah jadi Khalid...!!! Kenapa Naib Canselor baru Unisel belum diiktiraf?

Kemelut pertikaian pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang berlanjutan hingga berbulan-bulan lamanya sebelum ini dilihat berjangkit pula kepada institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri, Universiti Selangor (Unisel) apabila pelantikan Prof. Dr. Anuar Ahmad sebagai Naib Canselor tidak iktiraf oleh kerajaan negeri. Lihat di sini.
Menurut sumber, surat pelantikan Dr. Anuar yang sebelum ini dilantik menjadi pemangku Naib Canselor dikatakan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kira-kira dua minggu lalu.
Namun sehingga kini difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Unisel tidak membuat pengesahan atas pelantikan tersebut.Dr. Anuar ketika dihubungi mengakui bahawa beliau ada menerima surat pelantikan tersebut daripada kementerian namun enggan mengulas mengenai perkara itu.
''Saya tidak mahu ia menjadi isu, biarlah kerajaan negeri mengadakan perbincangan terlebih dahulu," katanya.
Dalam pada itu, sumber Kementerian Pengajian Tinggi ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara tersebut menyatakan, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai sebarang kenyataan mengenai pelantikan tersebut.
Bagaimanapun, pentadbiran Unisel dilihat sudah menganggap pelantikan tersebut sebagai sah apabila beberapa iklan kemasukan pelajar ke Unisel yang disiarkan dalam akhbar telah meletakkan nama Dr. Anuar sebagai Naib Canselor universiti tersebut. Difahamkan kerajaan negeri telah meminta agar iklan tersebut tidak lagi menyiarkan nama Naib Canselor baru tersebut.
Sementara itu, Abdul Khalid ketika bercakap kepada pemberita di Kuala Selangor menyatakan, pelantikan Naib Canselor Unisel akan dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah universiti tersebut. Sumber menyatakan, pentadbiran Abdul Khalid dikatakan mempunyai nama lain yang lebih sesuai dilantik sebagai Naib Canselor Unisel namun sehingga kini tiada sebarang pengumuman dilakukan.
Dr. Anuar sudah memangku jawatan Naib Canselor sejak Ogos tahun lalu iaitu kira-kira lapan bulan sedangkan sepatutnya pelantikan bagi jawatan berkenaan perlu dibuat selepas tempoh tiga bulan berdasarkan peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).Pada 5 Ogos tahun lalu, Dr. Anuar dilantik sebagai pemangku Naib Canselor pusat pengajian tinggi itu bagi menggantikan Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletakkan jawatan dalam 24 jam tiga hari sebelum ini dipercayai akibat tekanan politik daripada pihak tertentu.
Rosti mengambil keputusan drastik meletakkan jawatan kerana tidak sanggup melaksanakan arahan agar melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel dengan alasan ia tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib universiti itu.
Apa sebenarnya sudah berlaku diantara MB Khalid dan Dr. Anuar sehingga kini perlantikan jawatan Naib Canselor masih tidak dapat dilakukan? Lihat sini dan di sini. Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Selasa, April 17, 2012
Kerajaan 'Oh Selangor Ku' tidak peduli loji air semakin menyusut!
Terlalu banyak berpolitik dan tidak menghiraukan kebajikan penduduk Selangor merupakan ciri-ciri utama yang terdapat pada kerajaan yang sedang mentadbir Selangor sekarang. Keengganan Kerajaan Pakatan Rakyat Oh Selangor-Ku untuk menyegerakan projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor, sebenarnya adalah retorik politik semata-mata.Timbalan Perdana Menteri pada 12 Julai 2010 telah memberi amaran, bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya serta Selangor secara keseluruhannya akan berhadapan dengan krisis menjelang 2013 sekiranya kerajaan negeri yang diketuai oleh Khalid Ibrahim tidak mengambil langkah-langkah perlu untuk mengatasi masalah berkenaan.
Krisis bekalan air di Selangor tidak sahaja memberi kesan yang besar kepada rakyat Selangor, tetapi juga kepada industri, pengilang dan pelabur. Dan apabila kesan tersebut sudah menimpa industri, pengilang dan pelabur, maka secara tidak langsung, Selangor bukanlah destinasi paling menarik untuk mereka beraktiviti.
Kulim Hi-Tech Park telah menghadapi kesan kemerosotan pelabur dan larinya pengilang-pengilang utama kerana masalah bekalan air. Apakah Selangor yang sekarang ini berbangga dengan FDI serta pelaburan masuk yang tinggi, sanggup berhadapan dengan masalah tersebut?
Kalau kerja-kerja atau projek-projek Kerajaan Pusat membawa masuk pelabur ke Selangor diterima dengan senang hati, bahkan diuar-uarkan sebagai kejayaan Pakatan Rakyat, mengapa pula projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor mendapat tentangan dan pelbagai helah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat?
Masalah bekalan air yang meruncing sebenarnya telah pun diakui oleh Exco Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong pada Jun tahun lalu. Bagaimanapun oleh kerana otaknya adalah otak Pakatan Rakyat, maka dia tidak akan sesekali mengakui kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor yang lebih berminat untuk berpolitik berbanding bekerja untuk rakyat.Elizabeth Wong dalam kenyataannya, menyalahkan SYABAS kerana gangguan bekalan air sementara di beberapa wilayah Selangor sebelum ini. Katanya lagi, kegagalan SYABAS untuk membuat penyelenggaran yang baik adalah punca mengapa gangguan air berlaku.
Pada masa yang sama, dia turut menafikan yang Selangor sedang berhadapan dengan kekurangan bekalan air yang serius sebaliknya menyatakan, semua itu adalah masalah SYABAS yang menggunakan alasan penstrukturan aset air untuk menekan Kerajaan Negeri. Menariknya, Elizabeth Wong cuba berbohong dengan mengatakan simpanan air di Selangor adalah 100% berdasarkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 21 Jun 2011!
Paling menarik ialah apabila Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri (tak pasti masih pengarah ke lagi), Badrul Amin Baharom (yang ditangkap khalwat dengan bini orang) menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana ‘keengganan’ Kerajaan Persekutuan menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada Pakatan Rakyat sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.Katanya lagi, alasan kekurangan bekalan air di Selangor adalah helah Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan kadar air. Pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor menelan kos sebanyak RM8 bilion, tetapi menurut Badrul Amin Baharom, Kerajaan Negeri boleh menyiapkan projek tersebut pada kos RM2 bilion.
Namun setelah dicabar oleh Dr.Chin Fah Kui, Badrul Amin Baharom yang baru nak tambah koleksi BINI tapi 'terkantoi', sehingga ke hari ini tidak menjawab dan bersuara lagi tentang kos RM2 bilion yang digebangkannya itu.
SYABAS dalam satu kenyataan memberitahu rizab air Selangor daripada 33 buah loji air seluruh negeri mengalami penyusutan yang sangat kritikal. Berbeza dengan kenyataan Elizabeth Wong bahawa simpanan air di Selangor adalah 100%, SYABAS mendedahkan bahawa rizab air Selangor hanyalah pada kadar 3-5% sehari sahaja.
Nampaknya, Pakatan Rakyat sedang bermain-main dengan nyawa manusia di Selangor dalam usaha mereka untuk menjarah, merompak dan berkuasa di negeri ini. Kaedah mudah mereka dengan menyalahkan pihak lain khususnya Kerajaan Persekutuan akibat retorik dan politik berlebihan mereka, sememangnya amat dikesali!...Oh Selangor Ku...!!!
Oleh : Selangor Daily
Suara politik
Taminsari
Langgan:
Catatan (Atom)












