Isnin, Oktober 26, 2009

Nik Aziz ditipu Husam !



















Kalau zaman Tun Mahathir dahulu perkataan "Maha Firaun" akan pastinya akan timbul dari mulut "longkang" penyokong PAS dan pembangkang yang menjadi mainan lidah kerana hendak memerintah sampai mati.

Tapi apabila persoalannya ditujukan kepada batang hidup pemimpin PAS sendiri maka lakunan demi lakunan terpaksa dilakukan bagi menutup bau bangkai yang telah lama busuk.

Nampaknya apa yang berlaku kini sebaliknya... sudah sudahlah Pok Nik wei... mu tok sihat laghi doh... berilah kat ore lain pulok.. mu nak jadi MB sampai ajal kunjung tiba ke?... takut selain Firaun... mu pulok...?.. tok ke kat kelate tu tak pemimpin lagi doh...

Penyokong PAS pun tahu jika tiada Nik Aziz PAS sudah lama tumbang.. Pemimpin muda sekarang ni tidak boleh diharap. Apatah lagi krisis yang kini berlaku dalam PAS. Pembersihan puak Erdogan dalam PAS dikatakan sedang rancak dibuat...

Kenyataan MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan, keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun. Namun sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian. Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti.

"Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur. Kerajaan pimpinan UMNO sekarang juga dalam keadaan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal. Kalau UMNO dah tak kuat lagi, baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi," ujarnya. Katanya, tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.

"Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti. Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan. Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," jelas beliau.


Berikutan isu pembersihan Erdogan dalam PAS ini ramai penganalisis politik menjangkakan bahawa pertandingan PAS akan datang lebih dahsyat dari UMNO mungkin sehingga menimbulkan pecah belah antara mereka.

Ketika Nik Abdul Aziz menyuarakan hasratnya mahu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli, Dewan Ulama dan YB PAS mahukan beliau menjadi MB memandangkan PAS tiada pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan berwawasan. Ia membawa maksud bahawa pemimpin lapisan tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan kuasa.

PAS tidak lagi mempunyai ayam tambatan atau 'ratu katak' yang akan menyanyi dendang lagu berirama "HUDUD", "Membangun Bersama Islam" dan 'Parti Dakwah'. Kalau dulu gelaran champion no.1 milik Mat Sabu.

Mat Sabu, nak tak nak dia kena pencen dari arena politik. Tidak ada jasa Mat Sabu melainkan kalau kita mampu menghimpun kata-katanya menjadi pasir, maka berapa tinggi bukit fitnah, dengki dan niat jahatnya selama ini menjadi madah berhelah politiknya saja.

Kalau kata-katanya diratakan di jalan raya, Mat sabu berjaya membina rangkaian prasarana memperbodohkan kita semua dari Pasir Gudang sehingga ke kota Bangkok. Hebatkan Mat Sabu. Hendak memastikan popularitinya masih tidak berkarat, dia cuba menjadi jaguh kampung di Petaling Jaya, Selangor untuk mengadakan demontrasi membantah penahanan ISA.

Mat Sabu juga menggelarkan Malaysia sebagai 'Negara Jakun'. Kalau dia rasa Timur Lester sesuai untuk dia tinggal, kenapa Mat Sabu tak ke sana menjadi warganegara Timur Lester dan menyertai politik di sana. tidak sampai seminggu, Mat Sabu akan kena bakar atau mayatnya dibuang ke kandang babi kalau dia menjadi ahli politik di Timur Lester yang lebih demokrasi dari Negara Jakun.

Mat sabu tidak pernah memberi idea untuk memajukan sistem pentadbiran negara, membangunkan masyarakat Malaysia, memperkasakan bahasa kebangsaan atau mendaulatkan Islam. Selama 30 tahun dalam PAS, Mat Sabu akan dikenang sebagai 'Pak Pandir Moden"!!! Satu tunggu peringatan akan dibuat oleh PAS untuk mengenang jasa Mat Sabu sebagai PPM.

Makhfuz, YB Pokok Sena, senyap sunyi aje macam cicak-man makan batu kapur. Yang menjadi 'barua' PAS ialah Hussam Musa. Dia menjadi 'anak kera' di hutan yang disusukan oleh Nik Aziz berbanding pejuang PAS yang akan pencen menjawat sebagai 'pekerja angkut sampah' saja. Dia dilantik sebagai pelapis kepada Nik Aziz kerana 'sedikit' kepintarannya mengurus ekonomi Kelantan yang dikatakan hebat seluruh glokal dengan belanjawan defisit (rugi) setiap tahun dan tiada pelaburan di Kelantan.

Husaam Musa menjadi lagenda kerana menjadi petualang antara PAS Islam dengan PAS Sekular. Hussam Musa muncul di atas tanpa kita mengenalinya dalam pertubuhan atau kelab-kelab. Dia muncul kerana dilantik oleh orang tertentu dan dijulang kerana orang tertentu. Adakah Hussam Musa akan dicabar nanti oleh pemimpin PAS setelah ketiadaan Nik Aziz? Adakah Hussam Musa menjadi penyebab kepada masalah dalaman PAS dan perjuangan PAS yang sudah menjadi longkang busuk?

Kejayaan Hussam menulis surat kepada Datuk Mustapha, Pesuruhjaya PAS Terenganu dan disokong oleh Nik Aziz- menggelarnya sebagai 'lidah UMNO' dan boleh disingkir dari PAS bila-bila masa membuktikan pemikirannya sehebat Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang dalam DAP. PAS selama ini dikenali sebagai parti sederhana, parti penyabar, parti mendengar masalah atau parti ekstrim, kini menjadi parti 'penyakit darah tinggi'!!!

Adakah dengan pengunduran Nik Aziz sebagai MB di Kelantan akan menyebabkan;

1. Populariti PAS sebagai parti Islam selama ini akan dikenali sebagai parti pelbagai bangsa, seperti PKR, Gerakan, DAP atau PPP, IPF? PAS bukan saja berhadapan dengan pelbagai kaum dalam organisasi politiknya, bahkan terpaksa membuka 'tender' dalam jawatan penting termasuk Presiden dan Timb. Presiden dari kalangan Cina dan India, atau Sikh!!!

2. Adakah PAS akan mensyaratkan- kena masuk Islam baru boleh pegang jawatan dalam PAS? Kalau begitu, PAS memaksa orang untuk memeluk Islam dan mereka akan diberi kuasa selepas memeluk Islam sebagaimana Macheal Jacson yang memeluk Islam untuk mengelakkan saman di kenakan ke atasnya, sebagai perbandingan?

3. Adakah nanti kemasukan India dan Cina dalam PAS akan menyebabkan syarat Islam menjadi presiden sudah lapuk dan ketinggalan zaman? Lagipun PAS boleh kata, kami adalah Parti Aslam Se-Malaysia, sesiapa boleh jadi As-salam (sejahtera ke atas semua orang)!!!

4. Adakah pergolakan dalam PAS nanti akan menyebabkan politik Melayu semakin teruk dan parah kerana orang Melayu yang percaya 'masuk PAS akan masuk syurga' akan berkecelaru antara parti mana mereka nak sokong sehingga tidak dapat membezakannya lagi dengan PKR atau DAP!!!

Mungkin ini sebagai 'bonus' kepada UMNO? Adakah DS Najib akan memanggil 'hulubalang PAS' menyertai UMNO sebagaimana dilakukan oleh TUN memanggil Semangat 46 menyertai UMNO tanpa sebarang syarat.

Boleh jadi sebab situasi politik kini tidak menentu dan orang Melayu masih sayang bangsa dan negaranya. Melayu tidak akan pudar Islamnya walaupun anak-anak mereka adalah seorang Mat Rempit mahupun seorang doktor.

5. Atau PAS akan bergabung dengan PKR sebagaimana Parti Sosialis atau Parti Rakyat Malaysia membubarkan partinya yang ditubuhkan lebih 30 tahun. Agak mustahil untuk diterima tetapi kena ingat, Anwar Ibrahim dan Hussam Musa yang mengepalainya tidak mustahil boleh berlagak superhero!!!

Kita kena ingat lagi, Pakatan Rakyat masih belum diwujudkan secara rasmi dalam bentuk perjuangan, bendera, lagu tema dan agenda mereka. Kenapa mereka tidak melawan menggunakan satu logo seperti BN? Lagipun PAS sudah lama berpeluk dengan DAP dan mereka masing-masing makan 'makanan anjing' ketika majlis berbuka puasa anjuran PAS atau ketika majlis rumah terbuka anjuran DAP.

Harakah pula menyalak kononnya DAP 'sudah Islam' dan pemimpin DAP sudah layak digelar 'Ulamak' dan 'Wali Songo' kerana pandai membaca bismillah atau menyebut 'kerajaan Umar Abdul Aziz'.

Kena ingat, dalam kepala Anwar Ibrahim benda macam tidak mustahil sebagaimana dia reformasikan UMNO sehingga kucar-kacir dan kehadirannya kononnya untuk membela Melayu dan Islam sebelum ini.

Yang akan menentukan politik akan datang ialah kita semua. UNDI kita akan menentu hala tuju negara pasca Tun Mahathir. Dalam politik tidak ada yang kekal. Dalam politik tidak ada benda yang mustahil. Apa yang berlaku di Amerika bukti segala-galanya berubah.

Kalau kita mengambil contoh dari Indonesia atau Thailand, politik mereka berkecamuk antara demokrasi anarkis yang mana kita boleh hidup aman; dengan 'demokrasi bogel'- kita bebas dan tidak aman-rusuhan di mana-mana atas alasan demokrasi. Kalau kita tahan perusuh, negara kita menjadi negara Jakun.

Begitu juga kuasa besar dunia bermula dari Athens, Yunani sehinggalah Parsi. Di Nusantara, kita berdepan dengan Majapahit, Srivijaya, Acheh sehingga Melaka. Pada awal abad ke 19, dunia berdepan dengan imperisme kuasa besar seperti British, Belanda, Itali, Germany, Jepun dan Perancis kerana kehebatan menakluk dunia.

Kini kehebatan tamadun ini pudar akhirnya dan kini ia sudah diambil oleh Amerika dan 'budaya' politik dan sosiologi mereka sudah menjadi amalan kita seharian seperti budaya makan burger, KFC, seluar jeans, gaya hidup, sosiologi, sains dan teknologi, hiburan, sistem ekonomi dan gaya pentadbiran.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Oktober 24, 2009

Komplot Erdogan : Usaha Untuk Menjatuhkan Presiden PAS!


























Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang. Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj. Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan.

Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau. Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila Tok Guru Nik Aziz berkata usaha untuk menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas?

Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka. Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah oleh kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden?

Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden?Apa yang dikhuatirkan, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya sama macam kes Dato’ Mustapa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Mustapa. Apa yang lebih dikhuatirkan juga, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan kumpulan erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Adakah ini amalan yang tidak sihat didalam jamaah PAS.

Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS dan menjadi tanggungjawab ahli PAS untuk patuh dan taat kepada kepimpinan beliau. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti.

Jika dilihat apa yang berlaku adalah Muryidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Mungkin ahli PAS berpendapat bahawa Tok Guru Nik Aziz perlu memahami dan difahamkan tentang bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya. Mereka lebih khuatir perancangan melagakan kepimpinan ulama adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.

2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun juga tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)
Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.

3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.Mereka mungkin pandai membaca Al-Quran dan Al-hadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa. Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan sebelum ini bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir Al-Quran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa sesiapa yang menyedarinya.

4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Terengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Terengganu. PAS Terengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Terengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Terengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Terengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Terengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Terengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Terengganu dan pernah memimpin PAS Terengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Terengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia. Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Terenganu ke Selangor ke) .

5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim. Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti.

Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.

7. Menggunakan Harakah

Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau.

8. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu.

Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan PAS di Perak dan negeri-negeri yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang.

9. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan

Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi adakah Tuan Guru Presiden akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan kumpulan Erdogannya.

Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Buat permulaan Husam perlu ketepikan dahulu Ustaz Nasaruddin untuk mendapatkan semula kerusi Timbalan Presiden dan seterusnya hajat beliau untuk kerusi Presiden. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah lebih mengetahui. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Oktober 21, 2009

Dalam Kenangan : Prof. Shit Belasah Anwar!

Pemimpin ada di mana-mana. Begitu juga wanita. Kedua-duanya ada di mana-mana; bak arus dengan alur. Arus memerlukan alur untuk mengalir. Alur yang liuk-lintuk berlubuk sana berlubuk sini, bersemak samun di pinggir-pinggir tebing dan berlurah-lurah untuk memberi kenikmatan pada arus yang mengalir. Dan kalau arus mengalir dengan baik dan sah serta menjaga alur, hikmahnya dan barakahnya memeng banyak sekali kerana disitu akan lahirlah ketenangan, ketenteraman, kebijaksanaan dan mudah menuju wawasan yang dicita-citakan.

Tetapi kalau arus hanya galak menojah tebing alur dan hanya mementingkan diri arus, maka tersualah kesongsangan, bertemulah gelombang dan kadang-kadang badai taufan pun kerap menjengah. Ketika itu wawasan entah ke mana, alur entah ke mana. Segala-galanya lintang pukang.

Demikian sejarah dunia berkaitan dengan pemimpin dan wanita. Ada pemimpin memperlihatkan kewibawaannya apabila bersama wanita yang luhur yang sering berada disampingnya sebagai isteri. Arus kepimpinan begitu indah, mengalir memberi khidmat kepada rakyat dan diri pemimpin itu sendiri terbukti kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan disegani rakyat.

Bersama mereka mengalir menuju wawasan, merempuh ranjau dan gelombang. Bersama mereka bersorak kegembiraan. Bersama mereka menangis kepiluan. Bersama dan berganding bahu mereka apabila bersama-sama rakyat di mana-mana saja. Dan akhirnya aliran kepimpinan tiba pada tahap kerana kesepaduan antara pemimpin dan wanita yang disayangi. Negara menjadi aman dan rakyat senang lenang kerana pemimpin utama mereka benar-benar memperlihatkan kepimpinan yang selaras dengan tuntuan kebenaran.

Tetapi dunia tidak banyak memperlihatkan sejarah yang indah sedemikian rupa. Apabila pemimpin begitu cepat melonjak naik menjadi begitu besar dengan kuasa di tangan, besar dengan harta dalam simpanan dan besar dengan gelaran yang berjela-jela, maka pemimpin cepat lupa daratan, lupa asal-usul, lupa falsafah perjuangan. Pemimpin tidak lagi mengenal alur, malah tidak lagi mengenal dirinya.

Yang dia tahu hanya membiarkan nafsu kuasanya, nafsu hartanya, nafsu gelarannya dan nafsu jantinanya menembusi setiap lubuk dan lurah tanpa lagi memikirkan halal haramnya. Dengan kuasa, harta, nama dan nafsu dia melupakan dirinya selain untuk memenuhi jeritan nafsunya yang pelbagai yang semangnya tidak pernah puas itu.

Dia bukan sahaja meminggirkan wanita yang sah berada disampingnya selama ini tetapi dia sudah berani mengorak langkah mendekati diri yang bernafsu besar itu dengan mana-mana sahaja wanita yang disukainya, tak kira siapa; malah kalau tak puas juga dengan wanita-wanita begitu, dia alihkan nafsunya kearah lurah-lurah dan jenis-jenis gaya lain yang sememangnya terkutuk. Dia dengan feelnya begitu sebenarnya telah mengotori dirinya dengan najis-najis yang melimpah ruah.

Dia bukan sahaja tidak mampu lagi menjadi pemimpin untuk kesejahteraan rakyat tetapi untuk memimpin dirinya sendiripun dia sebenarnya tidak mampu. Dia sudah berada dijurang kehancuran. Dan kalau masih menjadi pemimpin, bersama rakyat seluruhnya dia akan hancur lebur.

Dan menariknya babak-babak dalam kepimpinan seumpama ini ialah feel-feel yang terkutuk seumpama itu mudah pula dilakukan oleh pemimpin yang kotor itu sehingga rakyat tidak langsung menyangka diri pemimpin itu kotor tetapi masih bersih, kacak dan jambu. Lakonan dan drama diperlihatkan kepada rakyat melalui pelbagai wadah dan gaya yang kadang-kadang begitu ekstravaganza sifatnya sehingga meluat pula melihatnya.

Lakonan dan drama itu sering pula diiringi dengan irama-irama yang serba indah, kadang-kadang bobot dengan sulaman-sulaman ayat suci agama yang nampak serba luhur serba kudus, dengan senyuman yang serba menarik, dengan gaya huluran tangan yang serba lunak dan dengan kata-kata yang sentiasa menunjukkan lakonan yang berketerampilan luar biasa. Pemimpin itu benar-benar pandai berlakon dan rakyat pula yang sememangnya amat gemar pada lakonan dan drama, sedia menerima lakonan pemimpin itu.

Sudah banyak pemimpin dunia yang pintar berlakon seperti itu akhirnya tumbang, tersungkur, terkeok menyebah bumi dan diludahi rakyat dengan jijiknya kerana pemimpin jenis begini bukan lagi pemimpin yang dikehendaki rakyat. Matlamatnya hanya untuk merenggut kuasa, merampas harta, menyenaraikan nama dan menyemarakkan nafsu jantinanya tanpa memperhitungkan kesejahteraan dan kesepaduan rakyat, tanpa mengira apa akan terjadi kepada bangsa dan negara asal saja dirinya dan kaum keluarganya boleh pegang tampuk kuasa, terus kaya raya sampai melimpah tebing, terus bernama dengan pelbagai jolokan dan terus memaharajalelakan nafsu jantinanya yang tidak pernah tunduk kepada sesiapa selain iblis dan dajal.

Tidak ada faktor yang baik untuk menjadi pemimpin yang sebenar selain ia perlu beriman; beriman dalam erti kata berucap dengan lidah, berhayat dengan hati dan melaksanakannya dengan anggota. Tidak ada gunanya pemimpin berpidato berapi-api melalui tv dan di tengah-tengah ribuan rakyat dengan menggunakan gaya penyampaian yang serba canggih sedangkan hatinya berkarat dengan kekotoran yang sudah tidak dapat dikikis lagi dan tindkannya banyak yang tidak pernah kesampaian.

Sebagai rakyat dan pemerhati yang tajam terhadap kepimpinan sekarang ini, kita benar-benar susah hati dan bersedih kerana terlalu banyak penyimpanagan berlaku dalam kepimpinan. Segala-galanya terarah kepada pembolotan kuasa dan harta yang tidak terkawal lagi. Dari bolotan harta dan kuasa itu akan merebaklah kepada wabak-wabak dan episod-episod yang langsung berhubungan dengan wanita, wanita sebagai objek, wanita sebagai perkakas.

Pemimpin seumpama ini sesungguhnya tidak lagi menghormati wanita; malah menganggap wanita itu hanya sebagai objek yang terdedah untuk menggiur dan memuaskan hawa nafsu sahaja. Wanita dijadikan perkakas murahan, sebagai alat yang mudah diperolehi melaui kuasa dan harta, yang boleh dibeli dengan kuasa dan harta.

Rakyat yang prihatin hendaklah menolak pemimpin-pemimpin yang sebegini rupa, pemimpin-pemimpin yang hanya bertujuan merebut kuasa, membolot harta, mencari nama dan gelaran yang pelbagai rupa walau dengan apa cara sekalipun demi untuk memuaskan hawa nafsunya. Pemimpin-pemimpin seumpama ini tidak layak menjadi pemimpin dan perlu ditolak.

Sebaliknya rakyat hendaklah bijak memilih dan akhirnya menerima pemimpin yang sering beriringan dengan wanita luhur sebagai isteri pemimpin itu kerana wanita yang sah yang sering berada di sebelah pemimpin itu akan banyak memperteguhkan perjuangan pemimpin, banyak memberi ilham dalam perjuangan pemimpin dan banyak yang mententeramkan pemimpin di kala menghadapi krisis demi krisis.

Rasionalnya: Apakah benar Shanon mempunyai tafsiran tersendiri mengenai perilaku Anwar yang menjelekkan itu? Adakah persepsi Shahnon ini tidak bercanggah dengan karya Agung yang amat menjijikkan iaitu "Shit" yang bermati-matian membela Anwar?

Sedutan tulisan Shahnon bertajuk :-Nafsu Syahwat Pemimpin Sukar Dibendung Dalam Buku Karya Ahmad Lutfi Othman : Skandal Seks atau Konspirasi Politik. (September 1998)

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Oktober 17, 2009

Pembangkang Tak Takut Dosa Mungkir Janji!




























Pilihan raya tak ubah macam drama romantis yang kadangkala jalan ceritanya tak masuk akal. Senarionya seperti seoarang lelaki yang ingin memujuk wanita idaman menjadi pasangan hidupnya bersedia ‘menabur janji’ asalkan gadis impian setuju memilihnya.

Ungkapan seperti lautan api sanggup direnangi atau “tetap setia sepanjang hayat” begitu mudah diungkapkan selagi gadis idaman belum lagi berada dalam pangkuan. Apa lagi jika lelaki itu masih belum lagi menikmati asam garam kehidupan berumah tangga maka gadis itu akan dipujuk dan dirayu dengan pelbagai janji manis yang sesetengahnya “mungkin nampak romantik dan indah meskipun tidak realistik” sehinggalah gadis itu benar-benar yakin dan bersedia mengahwininya.

Dalam manifesto pilihan raya, “janji yang ditabur” parti politik juga memiliki elemen yang serupa. Parti yang belum pernah mendapat mandat memerintah negara pasti menyenaraikan pelbagai komitmen, impian dan ‘janji muluk’ kerana belum menyedari bebanan yang akan ditanggung bagi merealisasikannya.

Pemimpin parti pembangkang biasanya menetapkan sasaran belum berjaya dicapai kerajaan dalam manifestonya dengan harapan rakyat tidak lagi memilih kerajaan pemerintah dalam pilihan raya. Sebaliknya, memilihnya parti pembangkang itu sendiri untuk membentuk kerajaan baru. Sebagaimana parti-parti politik yang lain, barisan gabungan parti pembangkang di negara ini turut mengemukakan janji pilihan raya dalam manifestonya hampir sebulan sebelum pilihan raya umum negara.

Dalam intisari manifesto bersama barisan gabungan itu, beberapa janji dikemukakan yang dirumuskan kepada lima bidang iaitu ekonomi, pemerintahan, pendidikan, perkhidmatan sosial dan pekerjaan..

Rumusan prinsip utama manifesto itu mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, mewujudkan kontrak sosial baru, memupuk perpaduan nasional, membina demokrasi tulen dan memulihkan imej dan kedudukan negara di pentas dunia. Sebenarnya tiada yang luar biasa mengenai prinsip utama itu. Mana-mana parti politik di dunia sekalipun sudah tentu tidak menjanjikan “perpecahan rakyat, menyembunyikan maklumat daripada rakyat, menghancurkan ekonomi negara, mewujudkan pemerintahan kuku besi dan merosakkan imej negara” dalam manifesto pilihan rayanya.

Malah pemimpin paling kejam di dunia seperti Hitler pernah berjanji kepada rakyat Jerman untuk menyatukan dan menjadikan bangsa Aryan sebagai bangsa agung di dunia meskipun mereka lebih terkenal sebagai pembunuh paling terbilang membabitkan kebinasaan. Begitu juga dengan pemerintah Jepun ketika perang dunia ke-2 yang berjanji mewujudkan Asia yang bersatu dan makmur meskipun akhirnya bangsa Asia “berjaya menjadikan ubi kayu cecah garam sebagai makanan ruji dan pembina profesional landasan kereta api maut diutara Asia Tenggara”.

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya. Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Oktober 15, 2009

Bumiputera masih mundur, tercicir ekonomi !

DASAR penjajah memberikan keutamaan kepada kaum lain dengan menggalakkan mereka tinggal di bandar demi kepentingan pihak British untuk memudahkan segala urusan jual beli. Pada masa sama industri bijih timah dan getah berkembang, maka secara perlahan-lahan orang Melayu terpaksa akur dengan keadaan hidup yang semakin terhimpit memaksa mereka berpindah ke luar bandar kerana taraf hidup semakin meningkat, sekali gus tidak lagi mampu bersaing dengan kaum lain kerana tiada modal, kemahiran dan pengalaman berniaga.

Maka tinggallah orang Melayu di kampung dengan mengamalkan cara hidup pertanian tradisional berbekalkan tulang empat kerat untuk 'survival'.

Peralihan cara hidup ini turut menjejaskan peluang pendidikan anak Melayu ke sekolah Inggeris. Pendidikan yang ada di luar bandar atau kampung pada masa itu hanya setakat Darjah Enam di sekolah Melayu. Sekali lagi orang Melayu jauh ketinggalan dari segi pendidikan.

Orang Melayu terus dipinggirkan, dipandang sepi dan hidup dalam penuh kedaifan. Jurang ekonomi kian melebar antara kaum. Begitu juga pendidikan anak Melayu tidak mendapat tempat di hati British.

Selepas kemerdekaan pada era 60-an, kerajaan banyak menumpukan pelaksanaan dasar untuk mengurangkan jurang perbezaan ini, tetapi tidaklah begitu berjaya sehingga berlakunya Tragedi 13 Mei 1969.

Kerajaan darurat yang diketuai Tun Abdul Razak Hussein mewujud dan memperkenalkan pelbagai dasar dan program membaiki jurang perbezaan antara orang Melayu dan bukan Melayu atas asas untuk mewujudkan perpaduan.

Prinsip Rukun Negara diperkenalkan dan diisikan pula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970 selaras pelancaran Rancangan Pembangunan Ekonomi Kedua (1971-1975).

DEB bertujuan membasmi kemiskinan tidak kira bangsa dan agama, juga memperbaiki jurang perbezaan ekonomi dari segi pendapatan, pekerjaan dan harta. Ia bererti mewujudkan tindakan menyusun semula ekonomi dan struktur masyarakat supaya pengagihan harta antara orang Melayu dan bukan Melayu lebih saksama.

Tindakan yang dirancang dan diambil termasuk, kerajaan Persekutuan dan negeri serta agensi kerajaan hendaklah memainkan peranan yang lebih aktif untuk campur tangan (interventionist role) bagi menentukan orang Melayu memperoleh peluang memasuki sektor moden dan institusi baru.

Jadi, institusi baru ditubuhkan seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pada peringkat negeri, syarikat di bawah Mara, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Pernas, Lembaga Padi atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). Malangnya, pada 80-an dan 90-an sebahagian besar badan itu sama ada dihapuskan atau diswastakan, sekali gus ia tidak lagi boleh berfungsi mengikut tujuan asalnya.

Rangka dasar itu hendaklah bersesuaian dan mampu menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Keadaan ini boleh membantu membasmi kemiskinan dan pengagihan pendapatan dengan lebih saksama.

Tindakan perlu diambil untuk mewujudkan aktiviti ekonomi yang boleh menghasilkan banyak pekerjaan supaya mencapai keadaan guna tenaga penuh. Selain itu, usaha membangunkan keupayaan orang Melayu, antaranya mengadakan program dalam bidang pendidikan dan latihan perlu dilaksanakan supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam proses pembangunan.

Lebih daripada itu, semua orang Malaysia diberi pelajaran bagi maksud mewujudkan asas sistem nilai hidup sama bagi generasi muda dengan harapan dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi kaum.

Pokoknya, DEB dibentuk bertujuan mengubahkan keadaan sosial dan ekonomi dengan harapan mewujudkan masyarakat Malaysia yang mampu melupakan jurang perbezaan antara kaum bagi negara melangkah ke depan.

Ketika DEB dilancarkan pada 1970, modal (ekuiti) Bumiputera cuma pada kadar 2.4 peratus, tetapi pada 1990 ia bertambah kepada 19.3 peratus. Dari segi nilai, modal Bumiputera bertambah dari RM47 juta kepada RM20.9 bilion pada 1990 dan 2002 ia bertambah kepada RM73.2 bilion.

Penambahan modal ini berikutan penubuhan syarikat pelaburan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Urusan dan Tabung Haji . Namun, pada 2002 iaitu 12 tahun selepas 1990, modal saham Bumiputera turun kepada 18.7 peratus.

DEB tamat pada 1990, tetapi disambung dengan Dasar Pembangunan Nasional (NDP) dengan disokong prinsip Wawasan 2020 bagi maksud mengeluarkan profesional, ahli sains dan ahli teknologi. Hasrat NDP lebih kurang sama DEB. Jumlah profesional Bumiputera bertambah dari 21 peratus pada 1990 kepada 30 peratus pada 2002.

Sejak DEB dilancarkan kadar kemiskinan turun dari 52 peratus pada 1970 kepada lima peratus pada 2002. Kadar kemiskinan di luar bandar turun dari 59 peratus kepada 11 peratus pada tempoh sama.

Sungguhpun, taraf ekonomi Bumiputera dapat ditingkatkan, kita tidak mencapai kejayaan sepenuhnya. Jika dibandingkan dengan bangsa lain, Bumiputera masih jauh tertinggal di belakang.

Pendapatan keluarga Bumiputera lebih rendah daripada pendapatan keluarga orang Cina. Jumlah profesional Melayu banyak bertambah, tetapi masih tertinggal berbanding bangsa lain.

Malah, kadar pertumbuhan pelaksanaan ekonomi orang bukan Melayu lebih cepat daripada orang Melayu. Oleh itu, umpamanya apabila ekonomi negara tumbuh pada kadar 8 peratus pada awal 1990, orang bukan Melayu mendapat lebih banyak faedah kerana mereka lebih cekap dan mampu.

Orang Melayu masih perlu dibantu dan perlu ada agenda tertentu untuk membangunkan mereka dengan lebih teratur dan tersusun.

Segala kuasa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipakai dan dilaksanakan dengan saksama. Pada 2005, satu dasar baru diperkenalkan iaitu Misi Nasional, untuk meningkatkan ekonomi dan mempertahankan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 6 peratus

Justeru, sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 ini, banyak perkara yang perlu direnungkan. Isu pokok iaitu kemunduran dan ketinggalan ekonomi Bumiputera dalam negaranya sendiri, selain itu isu membasmi kemiskinan, meningkatkan penyertaan dan penguasaan Bumiputera dalam bidang ekonomi moden perlu difikirkan.

Secara keseluruhan, penyertaan masyarakat Bumiputera dalam bidang perniagaan, perdagangan dan perindustrian negara masih pada tahap rendah berbanding pembabitan masyarakat bukan Bumiputera.

Keadaan pada tahun mendatang memerlukan tahap daya saing tinggi daripada sesiapa saja yang menjalankan kegiatan perdagangan dan perindustrian. Era globalisasi akan mengakibatkan negara menjadi lebih terbuka dan terpaksa bersaing di arena antarabangsa. Persediaan perlu dipertingkatkan. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah masalah pembentukan masyarakat Bumiputera berbudaya niaga dan berbudaya usahawan.

Masyarakat Bumiputera di bandar tidak memperoleh tradisi perdagangan atau perindustrian masyarakat bandar yang dibolot masyarakat bukan Bumiputera, menunjukkan pergantungan mereka kepada bekerja makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta. Orientasi sikap perlu ditekankan.

Paling penting ialah usaha membawa golongan miskin keluar daripada kemiskinan. Pelbagai strategi dan program yang ada untuk menambah pendapatan boleh diteruskan. Hakikat bahawa kadar kemiskinan yang dijangka dalam tempoh DEB dapat dicapai menunjukkan strategi lampau masih sesuai.

Justeru, strategi yang ada kini diteruskan tetapi perlu menekankan 'kesampaian' dan keberkesanan program kepada kumpulan sasaran yang tepat dan dikenal pasti.

Justeru, badan baru perlu ditubuhkan di bawah Akta Mara 1966 yang sudah lengkap dan tidak lagi perlu dibahaskan di mana-mana. Ini adalah untuk memastikan orang Melayu berupaya menceburkan diri dalam kegiatan perniagaan. Ini bermakna kerajaan perlu mempertingkatkan pentadbiran Mara secara radikal

Pembangunan tanah simpanan Melayu, tanah Baitulmal dan tanah kerajaan di bandar boleh diuruskan oleh mana-mana badan baru yang diwujudkan itu, dengan tujuan memperbaiki kedudukan orang Melayu di bandar.

Inflasi dalam bidang hartanah di bandar dalam tempoh 20 tahun lalu memberi impak kepada ketidakmampuan orang Melayu untuk terus menetap di bandar, jauh sekali menceburkan diri dalam urusan perniagaan. Mereka perlu diberi bantuan sewajarnya oleh kerajaan kerana tanpa campur tangan sukar bagi tanah berkenaan dibangunkan untuk tujuan komersial dan kawasan perumahan.

Kelemahan pemasaran hasil pertanian, perikanan dan ternakan boleh diatasi dengan memperkemaskan sistem pengurusan Fama dan melebarkan sayap operasinya. Orang Melayu di luar bandar bukan malas bercucuk tanam, tetapi mereka tidak memiliki rangkaian pemasaran yang cekap dan berkesan untuk memasarkan hasil tanaman, perikanan dan ternakan mereka.

Kerajaan juga perlu mewujudkan banyak aktiviti yang berupaya menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam kegiatan ekonomi, termasuk dalam projek mega yang sedang dijalankan.

Banyak perkara, projek dan dasar sedang dan akan dilaksanakan perlu diperhalusi dan diurus dengan teliti dengan memastikan orang Melayu terus diberi peluang bukan saja untuk meraih sedikit keuntungan tetapi juga diberi pendedahan untuk menimba pengalaman.

Kerajaan perlu memfokuskan perhatian kepada peruntukan Perlembagaan Artikel 153 dan menetapkan kementerian tertentu bertanggungjawab mencari idea dan inisiatif bagi melaksanakannya dan memantau dengan lebih berkesan. Peruntukan undang-undang ini adalah satu-satunya usaha untuk memperbaiki keadaan ekonomi orang Melayu yang dipertahankan ketika mencapai kemerdekaan.

Kesimpulannya, tindakan memperbaiki ekonomi Bumiputera secara tegas perlu dilaksanakan segera, jika tidak, kedudukan ekonomi Bumiputera akan terus menjurus kepada tahap lebih teruk pada masa akan datang, apatah lagi pada era dan suasana persaingan akibat ekonomi globalisasi.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Oktober 12, 2009

Tubuh Suruhanjaya Siasat Anwar Ibrahim!

Anwar Ibrahim semasa berucap di perhimpunan ” Black 14 ” yang diadakan di Kuala Lumpur sempena menyambut hari ” tamat edah ” beliau yang membolehkannya bergiat semula di arena politik tanah air ada menyebut supaya satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat Tun Dr.Mahathir Mohammad. Seolah-olah beliau menunggu saat-saat itu untuk melepaskan dendam kesumatnya terhadap Tun Dr.Mahathir Mohammad.

Apabila mendengar kata-kata Anwar, teringat kembali ketika Anwar Ibrahim masih di zaman pelajar. Rakyat mungkin sudah lupa yang Anwar Ibrahim pernah bersumpah untuk menjahanamkan pimpinan Dr.Mahathir di depan Allahyarham Haji Sulaiman Palestin kerana ditahan ISA sewaktu Dr.Mahathir menjadi Menteri Pelajaran. Semasa menjadi pemimpin ABIM dan pelajar, Anwar lantang mengecam dan mengutuk habis-habisan UMNO dan para pemimpinnya sepertimana yang masih dilakukannya sekarang tetapi tidak lama kemudiannya menjelir lidahnya kelangit.

Sewaktu Anwar menjadi pemimpin ABIM dulu, prinsip agama Islam dijadikan asas perjuangannya untuk mencapai matlamat dalam politik. Setelah menyertai UMNO, semua prinsip dan perjuangan Islam hanya sebagai topeng saja sedangkan perjuangan sebenarnya adalah sebaliknya. Itulah Anwar Bin Ibrahim dengan dendam kesumatnya terhadap Tun Dr.Mahathir sejak dulu,kini dan selamanya.

Adakah ini peluang terbaik Anwar untuk mengeluarkan segala tomahan agar Tun Mahathir dapat diheretkan ke mahkamah sepertimana yang dilakukan didalam kes Linggam sekarang. Tetapi bagaimana pula dengan kes Anwar sendiri. Bagaimana dengan pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Jika dilihat kepada isi pengakuan bersumpah itu, ianya bukanlah mudah untuk direka-reka.

Didalam akuannya, Abdul Murad turut menyatakan nama beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan urusan dana berkenaan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam akuan bersumpahnya, beliau menyelesaikan masalah individu tertentu setelah mendapat arahan Anwar menggunakan dana berkenaan. Risiko pendedahan Abdul Murad adalah besar jika beliau sendiri mereka-reka dakwaan berkenaan. Dakwaan Abdul Murad mungkin boleh dianggap berasas manakala penafian individu terbabit pula tidak boleh diketepikan begitu saja. Hanya penyiasatan rapi sahaja yang dapat menentukan segala-galanya.

Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR pada masa itu, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.

Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.

Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan. Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri.

Yang menjadi persoalan sekarang mengapa kes ini sepi membisu. Mengapa tiada kedengaran susulan cerita mengenainya. Adakah kes ini sudah ditutup atau masih lagi didalam siasatan polis dan BPR? Rakyat ingin mengetahui tentang hasil siasatan kes tersebut. Anwar Ibrahim memang bijak dalam mencari kesalahan orang lain tetapi pada masa yang sama beliau sendiri yang melakukannya. Adakah Anwar Ibrahim terlalu suci dan bersih dan tiada cacat cela sehingga sanggup memalukan sesiapa sahaja yang didendaminya. Adakah satu lagi Suruhanjaya perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes Anwar Ibrahim ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Oktober 10, 2009

Ibarat melepaskan ‘anjing’ tersepit!


TINDAKAN segelintir rakyat Indonesia, ibarat melepaskan ‘anjing yang tersepit, sesudah lepas dia menggigit. Walaupun ia membabitkan sebilangan kecil mereka yang ‘bodoh sombong’ namun perkara sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi di saat negara mereka dilanda bencana.

Agak melucukan melihat gelagat penduduk yang bertekad untuk berangkat ke Malaysia kononnya untuk berperang sedangkan tambang untuk ke Malaysia pun belum tentu mampu dibayar. Keluhuran dan keikhlasan Malaysia menghulurkan bantuan tidak disambut dengan hati yang terbuka, sebaliknya pesawat bantuan angkatan tentera disambut dengan balingan batu oleh sebilangan rakyat Indonesia yang tidak tahu erti berbudi, susu yang kita bagi tuba yang dibalas.

Rakyat Indonesia perlu membuka mata seluas-luasnya untuk menerima hakikat bahawa jangkaan beribu-ribu orang telah terbunuh manakala lebih 100,000 buah rumah musnah sama sekali akibat gempa bumi yang melanda Sumatera, Rabu minggu lalu.

Media Indonesia juga perlu ‘celik’ berita dan fakta bahawa Malaysia telah memainkan peranan yang amat besar dalam membantu Indonesia. Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mercy Malaysia misalnya telah menghantar ramai anggota perubatan untuk membantu mangsa gempa bumi.

Kita percaya banyak pihak di Malaysia akan tampil untuk membantu rakyat di Indonesia tanpa memikirkan apa yang diperlakukan terhadap kita kerana rasa kemanusiaan mengatasi pertimbangan emosi rakyat Indonesia.

Walaupun terdapat hanya beberapa kerat penduduk yang ‘bodoh sombong’ kononnya ingin menyerang kedutaan Malaysia dan Malaysia, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Indonesia. Media Indonesia tidak harus sama sekali menyiarkan berita tersebut seolah-olah menyimbah minyak petrol ke dalam api yang kecil sedangkan sebilangan besar rakyat Indonesia di Padang amat memerlukan bantuan dari Malaysia sebagai jiran yang paling dekat dan akrab.

Media dan rakyat Indonesia perlu bersyukur kerana hati orang Malaysia begitu murni untuk membantu. Semua bantuan yang dihulurkan atas dasar semangat 1 rumpun, 1 rantau, semangat setiakawan dan semangat kejiranan serta berlandaskan hubungan sesama manusia. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya.

Kita mungkin boleh sedikit berlapang dada dengan adanya sebilangan rakyat Indonesia yang menzahirkan ucapan terima kasih dan mengakui bahawa mereka selama ini salah tanggapan kerana dipesongkan oleh fahaman songsang tentang keluhuran rakyat Malaysia.

Ini bukanlah kali pertama Malaysia membantu rakyat Indonesia, mereka tidak sepatutnya lupa bencana tsunami yang melanda Aceh satu ketika dulu. Namun ibarat kacang lupakan kulit, budi yang kita tabur dilupakan walaupun di saat rakyat mereka berada dalam kesusahan.

Bendera Malaysia yang dibakar walaupun cetakan internet boleh menaikkan api kemarahan rakyat Malaysia. Perkara ini sepatutnya disedari oleh media, rakyat dan pemerintah Indonesia. Akal yang waras pastinya tidak dapat menerima gelagat mereka, dalam suasana sebilangan besar rakyat senegara menderita sengsara kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal.

Rakyat Indonesia perlu sedar bahawa Malaysia dan Indonesia adalah 1 rumpun dan 1 rantau serta saling memerlukan antara satu sama lain. Gagasan inilah yang direncanakan oleh Perdana Menteri untuk mencapai matlamat keamanan sejagat.

Dalam keadaan Sumatera masih bersedih akibat gempa bumi, mereka di Indonesia tidak seharusnya memikirkan isu remeh yang menampakkan seolah-olah mereka ‘membodohkan’ diri menolak bantuan dengan memusuhi orang yang ingin membantu kita.

Media Indonesia perlu melupakan sejenak agenda ‘politik peribadi’, mereka perlu mendidik segelintir rakyat yang masih berada di dalam ‘tempurung’ untuk keluar melihat kebenaran yang berlaku dan menyaksikan keikhlasan, kemurnian, ketelusan, ketabahan, keberanian, kegigihan serta pengorbanan rakyat Malaysia menggadaikan nyawa meninggalkan keluarga tercinta untuk membantu rakyat Indonesia.

Walaupun pemberian kita ikhlas tanpa mengharapkan balasan, cukuplah sekadar berterima kasih dan menghargai keikhlasan yang dihulurkan bukannya menyerang membuta tuli orang yang berbudi.

Kalau di Malaysia kita sudah tertanam dengan sikap mengenang jasa orang yang berbudi, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Di Indonesia barangkali mereka tidak punya peribahasa sebegitu sebab itulah mungkin rakyatnya bersikap kurang bahasa? - UM

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Oktober 03, 2009

Kita tidak sampai hati biarkan rakyat Indonesia menderita!

Tragedi gempa yang mengorbankan lebih seribu nyawa di Sumatera Barat, Indonesia mengundang rasa simpati yang bukan sedikit. Simpati kerana satu demi satu bencana melanda negara tersebut.

Setiap kali bencana, ada nyawa terkorban. Ada harta musnah. Lebih meruntunkan jiwa, Indonesia yang terkial-kial untuk bangkit memulihkan ekonominya tersungkur lagi.
Masyarakat antarabangsa sememangnya bersimpati terhadap perkembangan menyedihkan itu. Apatah lagi negara-negara jiran. Umpama cubit paha kanan, paha kiri terasa - rakyat Malaysia bingkas menghulurkan bantuan.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) segera 'terbang' menghulurkan kudrat secara sukarela. Manakala tabung-tabung khusus untuk membantu mangsa-mangsa gempa di Padang segera ditubuhkan.

Kesemuanya itu kerana ingin meringankan beban yang ditanggung penduduk di situ. Lantaran kemusnahan yang dialami mereka bukan sedikit. Penderitaan mental dan fizikal mangsa-mangsa gempa bumi itu amat ketara sehingga mampu merungkai kemarahan rakyat negara ini akibat insiden membakar Jalur Gemilang dan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan terhadap Malaysia.

Paparan mayat-mayat bergelimpangan, bangunan dan kediaman rosak teruk serta mangsa-mangsa yang terselamat tetapi cedera parah cukup untuk memahamkan rakyat Malaysia tentang semangat kejiranan. Betapa pentingnya sesebuah negara itu memakmurkan jirannya kerana apabila tercetus bencana atau bahaya, jiran-jiran itulah paling hampir untuk disandarkan harapan.

Jiran-jiran itulah yang pertama datang menghulurkan bantuan. Hakikatnya banyak yang perlu dipelajari daripada kejadian terbaru di Sumatera Barat, Indonesia. Betapa bencana gempa, taufan, tsunami datang tanpa amaran. Dan setiap kali ia datang, sesebuah negara itu tidak akan mampu menghadapinya bersendirian.

Sebab itu, seboleh-bolehnya jangan disakiti hati jiran. Khabarnya gara-gara isu tarian Pendet yang membawa kepada 'upacara membakar Jalur Gemilang' dan kononnya akan berlaku peperangan antara Malaysia-Indonesia, kesannya tabung gempa yang ditubuhkan sebelum ini kurang mendapat sambutan.
















Tabung untuk mangsa gempa di Tasekmalaya di Jawa Barat tidak begitu memberangsangkan.

Alasannya - rakyat Malaysia tersentuh hati. Mereka juga berkecil hati - akibatnya rasa perikemanusiaan, belas ihsan dan keprihatinan terhakis. Biar pun hanya segelintir rakyat Indonesia terlibat mencerca Malaysia, namun tindakan sedemikian mampu mencetuskan kemarahan - lebih daripada itu mengundang rasa benci sehingga mengikis semangat kejiranan.

Namun sehingga ke tahap mana dan di paras mana rakyat negara ini mampu menyimpan rasa marah dan tersinggung. Sebaik-baik mendengar dan menonton kesan bencana berskala 7.6 Richter itu, segala perasaan negatif itu mencair. Segala rasa sakit hati diketepikan terutamanya apabila rakyat di sini turut merasa kesan gegaran gempa itu. Semangat tolong menolong dan rasa simpati yang melimpah ruah merobohkan sempadan perasaan marah sebelum ini.

Tragedi-tragedi seperti ini mesti dipelajari hikmahnya oleh rakyat di kedua-dua negara. Begitu juga di kalangan penduduk jiran-jiran yang lain. Jangan diundang rasa benci. Jauhkan kontroversi - paling penting pelihara semangat kejiranan serantau yang nilai serta harganya sangat tinggi.

Bagi rakyat Malaysia, teruskan semangat ingin membantu. Hulurkan sumbangan dengan ikhlas bagi meringankan mangsa-mangsa gempa bumi di Padang. NGO-NGO pula terus taburkan bakti di negara yang taburan budaya dan bahasanya amat setara dengan penduduk di sini. Perlu diakui titik-titik peluh dan rasa keinsafan yang timbul ketika bantuan dihulurkan mengajar kita untuk menjadi lebih matang.

Lebih penting lagi keikhlasan mendidik rakyat negara ini untuk percaya bahawa ada harinya dan ada masanya, kita juga memerlukan bantuan negara jiran. Untuk itu jagalah hati negara jiran. Apatah lagi jika jiran itu tidak pernah menyakiti hati penduduk di sana. Jika pun hati rakyat di sini sedikit terguris dengan gelagat 'kurang akal' penduduk di sana, maka anggaplah ia asam garam kehidupan dua negara berjiran.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa belakang parang jika selalu diasah menjadi tajam - hati manusia jika selalu disakiti manakala maruahnya tidak dihormati, kesannya lebih meruncing. Dan jika ia dilakukan secara berterusan, tidak mustahil segala rasa simpati dan keinginan untuk menghulurkan bantuan akan lenyap perlahan-lahan.-UM

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Oktober 02, 2009

Suara Jumaat : Objektif hidup berlandas keredaan Allah

Kepincangan dalam dunia Islam masa kini mempunyai kaitan dengan kelemahan umat mengendalikan urusan hidup mereka. Falsafah atau konsep hidup umat Islam jika tidak dilandaskan kepada keredaan Ilahi boleh menyebabkan umat menjadi lemah dan mudah terperangkap ke dalam kancah kemusnahan.

Perselisihan sesama umat Islam dalam arena politik jelas menunjukkan bahwa konsep persaudaraan dalam Islam semakin terhakis dalam sanubari umat masa kini. Apabila suasana begini wujud maka umat Islam lebih mengutamakan kepentingan diri daripada menumpukan perhatian kepada pembinaan umat dan agama Islam.

Suasana begini wujud disebabkan objektif hidup umat Islam sudah terpesong daripada garis panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Islam mengajar umatnya supaya memahami konsep hidup di dunia ini dan melatih umat Islam supaya berfikir, berbicara dan bertindak demi mempertahankan agama dan masyarakat bukan untuk kepentingan diri sehingga terlupa bahawa setiap gerak-geri dan bisikan hati berada dalam perhatian Allah.

Individu-individu Islam yang tidak menjuruskan objektif hidup berlandaskan keredaan Allah adalah orang yang tidak mempunyai personaliti yang mantap. Mereka sering menonjolkan kepelbagaian personaliti kerana fikiran dan bisikan hati mereka berasaskan kepada kepentingan diri yang berunsurkan material dan kedudukan. Mereka tidak mempunyai kewibawaan diri dan mudah dipengaruhi oleh kenikmatan hidup di dunia sehingga sanggup menggadai maruah agama dan bangsa. Suasana begini merupakan fenomena kehidupan umat Islam masa kini.

Setiap umat Islam sepatutnya mempersoalkan diri mereka tentang matlamat, peranan dan destinasi hidup mereka di dunia ini. Apabila persoalan begini sering berlegar dalam pemikiran mereka maka setiap bisikan hati, daya pemikiran dan pergerakan mereka adalah terkawal. Mereka mampu berfikir secara lebih rasional dan bijaksana dalam tindakan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Oleh itu, Allah SWT sering menyeru manusia terutamanya umat Islam supaya merenung, berfikir, bersabar dan menyerah diri kepada-Nya dalam kehidupan di dunia ini. Umat Islam yang sentiasa menyerahkan diri kepada Allah sanggup mengorbankan kepentingan diri demi agama dan negara. Setiap kegiatan mereka berasaskan kepada niat dan hasrat nurani yang murni.

Apabila hati nurani bersih dan daya pemikiran tertumpu kepada keredaan Ilahi maka setiap tindakan boleh menggambarkan bahawa mereka adalah ikhlas. Sama ada dalam tugas dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Rasulullah SAW menegaskan: Setiap amalan atau pergerakan itu berasaskan kepada niat. Ia bermakna, jika niat seseorang itu bersih dan baik maka tindakan dan pergerakannya adalah bersih dan telus.

Setiap kegiatan dalam kehidupan sama ada berkaitan dengan keperluan diri atau masyarakat perlu berdasarkan kepada keredaan Ilahi. Jika umat Islam tidak membatasi pergerakan mereka dalam kegiatan berkaitan dengan keperluan diri, maka mereka akan menjadi rakus apabila mendapat peluang tersebut. Sikap tamak dan rakus tidak dapat dikawal jika niat dan objektif hidup hanya tertumpu kepada kemewahan dan kepentingan hidup di dunia sahaja.

Individu sebegini jika melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan kenegaraan, tidak akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara sempurna kerana mereka beranggapan jawatan yang disandang merupakan punca rezeki yang boleh memperkayakan diri. Oleh itu sistem pentadbiran dan kepimpinan menjadi lemah kerana niat dan objektif mereka tersasar daripada konsep dan falsafah kehidupan sebagai hamba Allah yang memegang amanah masyarakat dan negara.

Jika arena politik dianggap sebagai satu cara untuk mendapat kuasa, kedudukan dan kekayaan, maka umat Islam yang tidak memahami konsep dan falsafah hidup berlandaskan keredaan Ilahi ini akan 'berjuang' tanpa memikirkan kepentingan agama dan bangsa.
Kepuasan dan keseronokan dalam pertarungan politik sesama umat Islam menjadikan mereka buta memahami konsep "kemenangan" sebenar. Dalam hal ini, kita perlu fahami ungkapan yang "menang menjadi arang dan kalah menjadi abu."

Umat sepatutnya memahami bahwa kehancuran negara-negara Islam berpunca daripada perselisihan politik sehingga mengheret kuasa asing mencampuri hal ehwal dalaman negara. Sehubungan itu, umat Islam di negara ini sepatutnya mengambil iktibar daripada negara Islam lain.

Kemenangan dalam pertarungan politik kadangkala tidak boleh dianggap sebagai 'kemenangan'. Mungkin kejayaan itu merupakan satu ujian. Kegagalan dalam perjuangan politik pula mesti dianggap sebagai satu pengajaran. Ia penting supaya setiap ahli politik bermuhasabah tentang kelemahan diri bagi menyediakan diri dengan strategi yang lebih kukuh dan memperbaiki matlamat atau objektif perjuangan berlandaskan keredaan Ilahi.

Suara politik
Taminsari

Rabu, September 30, 2009

Gilir Ketua Menteri: DAPSY bidas Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang !

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang hari ini membidas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff yang mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang secara giliran antara tiga parti yang kini menguasai negeri itu.

"Ini merupakan satu formula berbaur perkauman ciptaan Mohd. Yusmadi sendiri yang asyik gilakan kuasa sahaja," kata Setiausaha DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas cadangan Mohd. Yusmadi supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum untuk menjadi pemimpin.

Mohd. Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dilaporkan berkata, formula politik baru itu bagi menggantikan formula Barisan Nasional yang memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dan Timbalan Ketua Menteri kepada wakili Melayu.

Wei Aik berkata, tiada formula baru yang telah dipersetujui oleh pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang kini memerintah Pulau Pinang berhubung sistem penggiliran itu. Beliau berkata, buat masa ini, DAPSY berpendirian bahawa belum sampai masa dan tidak perlu jawatan Ketua Menteri itu digilirkan.

Katanya, DAPSY mempertahankan jawatan Ketua Menteri supaya tidak digilirkan atas alasan bahawa sebarang pelantikan untuk jawatan itu mestilah diputuskan oleh parti yang menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dan bukan atas alasan kaum Cina adalah majoriti di negeri itu.

"Saya ingin tegaskan bahawa formula baru yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah memberi layanan adil serta bantuan saksama kepada semua rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum, agama, jantina dan latar belakang politik. "Ini jauh lebih adil serta disambut baik oleh rakyat jelata daripada formula ciptaan Mohd. Yusmadi itu," kata Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

Komen :

Tak tahulah siapa yang gila kuasa? DAP ke PKR...PAS?( tak layak bersuara )..Inilah yang dinamakan Pakatan Rambang ( PR ) sehingga sampai sekarang pun belum didaftarkan. Indah betul mereka tidur sebantal, tapi mimpi mereka lain-lain. Tahniah kepada orang Melayu Pulau Pinang yang menyokong PR terutamanya DAP. Semuga akan diingati oleh anak cucu nanti yang orang Melayu sendiri yang menjual bangsa mereka.

Ingatlah, DAP popular di mata orang cina, dasar-dasar DAP yang memberi banyak kelebihan kepada orang cina dan dilihat DAP lebih membela cina dari MCA dan Gerakan. Orang cina di Malaysia sebenarnya sudah lama mengimpikan untuk memerintah Malaysia, sesudah orang cina berjaya menguasai ekonomi negara, mereka pula mengimpikan untuk menguasai politik, banyak dasar-dasar kerajaan BN yang tidak disenangi oleh orang cina, dasar-dasar yang di buat oleh kerajaan BN dilihat melebihkan orang Melayu, orang cina sebenarnya Tamak dan Dengki kepada orang melayu, orang cina menganggap orang melayu hanya sebagai bangsa pengacau, segala apa sahaja yang ingin mereka buat terhadap negara ini tidak menjadi gara-gara orang melayu masih lagi memegang kuasa politik malaysia.

Pulau Pinang menjadi test ground mereka untuk menekan bangsa melayu, orang cina Pulau Pinang memberi undi kepada DAP kerana mereka melihat DAP sahajalah parti yang amat membenci orang melayu, maka DAP pun menang di Pulau Pinang. Kini setelah hampir dua tahun DAP memerintah Pulau Pinang Projek Menghalau Orang Melayu dari Pulau Pinang dengan menjadikan Pulau Pinang negeri untuk orang cina kini sedang giat di lakukan, sebanyak 10 perkara yang telah digariskan oleh DAP dalam Projek mereka menghalau orang melayu dari Pulau Pinang.

1.Satu perbadanan yang dikenali sebagai Perbadanan Ketua Menteri telah ditubuhkan, tujuan penubuhan perbadanan ini ditubuhkan hanya semata-mata untuk merampas Tanah Wakaf Orang Melayu yang beribu ekar kebanyakanya tanah-tanah itu berada di sebelah pulau (gorgetown) dan tanah-tanah ini memiliki nilai hartanah yang tinggi.

2.Penjaja dan peniaga kecil melayu ditekan oleh pemerintah DAP, buktinya ramai penjaja kecil melayu telah gulung tikar kerana tempat mereka berniaga sejak puluhan tahun telah dirobohkan oleh PBT atas arahan pemimpin DAP atas alasan tempat itu hendak dibangunkan, tapi peniaga itu tidak diberi tapak lain sebagai ganti. Contoh terbaik semasa bulan Ramadhan baru-baru ini apabila peniaga-peniaga Melayu dihalau dari premis perniagaan mereka.

3.Projek membangunkan Resort dan Hotel-hotel mewah di kawasan melayu ini dilihat sebagai satu strategi DAP untuk menekan dan menghalau orang melayu keluar dari Pulau Pinang.

4.Mengetatkan kelulusan penukaran status tanah untuk orang melayu jika tanah itu ingin dibuat sebagai tanah perkuburan Islam, tetapi dalam masa yang sama, tanah perkuburan cina tumbuh bagai cendawan.

5.Tidak ada lagi tender untuk kontraktor bumiputra kelas f, kebanyakkan kontraktor melayu di pulau pinang terpaksa gulung tikar.

6.Wujudnya campur tangan dalam pengurusan wang zakat dan baitumal di Pulau Pinang, DAP cukup irihati dengan jumlah kutipan wang zakat kerana ianya mencecah jutaan ringgit, DAP juga meminta wang zakat itu tidak hanya diberikan kepada orang Islam sahaja tetapi DAP juga meminta wang zakat itu diberikan kepada mereka yang bukan Islam, DAP memberi alasan ianya Keadilan untuk semua rakyat.

7.Tokong, Kuil dan gereja dibina tanpa pengawasan dari PBT, tetapi pembinaan masjid dan surau melalui proses yang cukup ketat dan menyusahkan.

8.Premis-premis maksiat dibiarkan di bina dikawasan yang ramai penduduk melayu, penjualan arak dibuat secara terbuka, langsung tiada penguatkuasaan.

9. Membina satu universiti khas untuk kaum cina diatas tanah seluas 140 ekar yang mana asalnya tanah itu untuk pembinaan sekolah tinggi agama.

10. Rasuah dan salahguna kuasa semakin berleluasa di dalam pejabat ketua menteri, tetapi mereka bijak mengalihkan setiap isu yang kena atas batang hidung mereka.

Sekali lagi TAHNIAH KEPADA SEGELINTIR UMAT MELAYU YANG TELAH MENGGUNDI DAP DAN PAKATAN RAMBANG ( PR )PADA PILIHANRAYA LEPAS, TANGGUNG LAH SENDIRI PADAHNYA. BEGITU JUGA KEPADA PAS KERANA BERJAYA BERKAWAN DENGAN DAP DAN SYAITAN SEBAGAI RAKAN SEJATI MEREKA UNTUK MENJATUHKAN ORANG MELAYU ISLAM SENDIRI DEMI MENEGAKKAN NEGARA ISLAM ALA-PAS. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi...MASYAALLAH!!!.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, September 27, 2009

Jangan Hina Agama Lain, Islam Dihina Tak Mengapa !

Walaupun bimbang adanya dalang di sebalik tunjuk perasaan memperingati tragedi runtuh menara berkembar World Trade Centre (WTC) di London 11 September lalu, PAS menyifatkan ia lebih bertamadun berbanding perarakan kepala lembu di Shah Alam.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perarakan di Shah Alam tidak bertamadun kerana ia membangkitkan isu perkauman dan penghinaan terhadap agama lain.

Baru-baru ini demonstrasi antiIslam diadakan berdekatan Masjid Utama Harrow, barat laut London dianjurkan Pertubuhan Hentikan Pengislaman Eropah (SIOE).Seorang anggotanya, Stephen Gash dilaporkan menegaskan tidak mahu sebarang masjid dibina sehingga isu kebencian diselesaikan.

Sumber: Haprakdaily.

Apabila Tuan Guru Mursyid puak-puak Pas ni membuka mulut, pastinya akan mengundang kontroversi. Kadang-kadang merasa kesihan pun ada melihat nyanyuk nya kelakuan Tuan Guru seorang ini. Kalau disebabkan politik sekalipun janganlah sehingga mengeluarkan kenyataan demonstrasi anti Islam lebih bertamadun daripada usaha orang-orang Islam hendak mempertahankan hak-hak mereka.

Adakah gerakan pelampau kanan, Liga Pertahanan England di Birmingham menentang pembinaan masjid lebih mulia daripada usaha penduduk-penduduk Seksyen 23 untuk menghalang pembinaan rumah berhala di kawasan majoriti Islam. Nauzubillah himinzalik.

Isuhot Politik Malaysia
Taminsari

Jumaat, September 18, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri














Semangat fitrah makin kurang dihayati ketika rai Aidilfitri


RAMADAN dan Syawal datang silih berganti. Kehadiran dua bulan berkat ini sememangnya dinantikan umat Islam. Ramadan adalah bulan ujian dan Syawal membawa bersamanya perayaan Aidilfitri meraikan kejayaan umat Islam berjaya melalui ujian Ramadan.

Sesuai dengan namanya, Aidilfitri adalah perayaan bagi meraikan tuntutan fitrah anugerah Allah kepada seluruh umat manusia. Fitrah makan dan minum, berkasih-sayang, menghubungkan silaturahim, mencintai keharmonian melalui tradisi bermaaf-maafan, berhias-hiasan, dan kasih-mengasihi sesama manusia tanpa mengenal darjat, taraf dan bangsa.

Islam sesungguhnya adalah agama yang memelihara tuntutan fitrah manusia sehingga diwujudkan suatu hari istimewa untuk meraikannya. Menariknya, meraikan fitrah tidak akan menjejaskan kredibiliti iman seseorang, sebaliknya, meninggalkan fitrah dianggap suatu pengkhianatan besar terhadap agama.

Namun, berapa ramaikah daripada kita yang menyedari hakikat ini sedangkan inilah dia semangat fitrah yang seharusnya diketahui, dirai dan dihayati umat Islam semua lebih-lebih lagi di Aidilfitri yang mulia.

Allah menegaskan bahawa 'fitrah' adalah 'ketetapan Allah yang telah ditentukan kepada umat manusia sejak awal penciptaannya. Imam al-Ghazali, Ismail Raji al-Faruqi dan Sayed Naquib al-Attas adalah kalangan sarjana Islam yang membincangkan secara terperinci berkaitan fitrah dalam karya ilmiah mereka.

Secara umumnya, mereka menyimpulkan bahawa fitrah sebagai suatu potensi dalam diri manusia yang cenderung kepada nilai positif sejagat meliputi kecenderungan kepada kehidupan beragama dan nilai dipegang agama.

Perbincangan mengenai Aidilfitri, sewajarnya umat Islam merenung kembali sejauh manakah Aidilfitri diraikan dalam suasana menghayati fitrah. Pada hari ini, umat Islam bersuka-ria, bergembira, menikmati juadah enak, memakai pakaian baru, menghias kediaman, ziarah-menziarahi, bermohon maaf antara sanak saudara dan taulan, mengeluarkan zakat fitrah untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.

Kesimpulannya, Aidilfitri adalah hari di mana nilai positif sejagat diraikan sebagai satu tuntutan agama. Adalah malang sekali andainya Aidilfitri semata-mata menjadi hari di mana kita membalas dendam terhadap nafsu makan dan minum yang dikekang di Ramadan yang lalu.

Berpakaian baru dan menghias kediaman sekadar menunjuk-nunjuk. Ziarah-menziarahi dan bermohon maaf sekadar suatu tradisi. Zakat fitrah, sedekah raya semata-mata kerana memenuhi tanggung-jawab peribadi dan sosial.

Mampukah semangat fitrah ini dihayati seandainya lebih ramai daripada kita memilih untuk duduk saja di rumah menonton rancangan menarik yang disajikan. Daripada sudut ekstrem, ada antara kita memilih memulakan puasa sunat seawal dua Aidilfitri sehingga menghalang budaya ziarah-menziarahi yang digalakkan di Aidilfitri.

Sesungguhnya, Aidilfitri adalah bukti rahmat Allah kepada umat Islam. Dari sudut sejarah, Allah menggantikan dua perayaan jahiliah kepada dua perayaan mulia iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Jadi sempena di hari yang mulia ini, saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan bloggers dan juga pengikut-pengikut setia belantan.blogspot.com. serta pembaca dan pengulas yang budiman. Jika ada tersalah kata atau terkasar bahasa semasa saya berkarya di blog ini harap dapat kalian semua maafkan. Maaf Zahir Dan Batin.

Ikhlas dari Taminsari

NIK AZIZ : DAP DAN SYAITAN SAMA SAJA!






















Betapa orang melayu yang menyokong Pas dan cakap berdegar-degar mengenai Islam sebahagiannya bukan sahaja lebih buruk daripada ahli UMNO malah tidak segan silu akan menjual maruah agama jika perlu demi kuasa dan harta benda.

Sebab itu tidaklah begitu hairan apabila Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Shah Alam, Khalid Samad, menjadikan gereja tempat beliau untuk berucap dan menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Semalam kita membaca dalam Sinar Harian betapa Pas merestui satu majlis oleh Teresa Kok di Kinrara yang menarik orang Melayu masuk DAP. Namun ini hal kecil jika dibandingkan dalam Majlis yang sama Teresa Kok memanggil wakil Gereja Eaglepoint di Puchong untuk menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai RM2,000 kepada keluarga Melayu mangsa kebakaran.

Apa sudah bangkrapkah Selangor ini seperti yang di dakwa oleh Dr. Mohamad Khir Toyo sehinggakan bantuan kebakaran terpaksa diberi melalui Gereja? Apakah pemberian ini bukan unsur pendakwahan Kristian ke atas orang Melayu? Bayangkan jika kejadian ini berlaku ketika Barisan Nasional memerintah Selangor. Sudah tentu penuh ceramah Pas seantero Malaysia mentaghutkan pemimpin UMNO.

Pas Selangor harus menjawab mengapa penduduk Islam tersebut perlu diberi bantuan oleh Gereja sedangkan Selangor mempunyai kutipan zakat mencecah ratusan juta ringgit setahun. Jika pun benar Gereja tersebut mahu memberi bantuan mengapa pula ia harus dalam majlis rasmi EXCO kerajaan Negeri Selangor?

Apakah ini bukan terdapat satu gerakan terancang menyebarkan agama Kristian di dengan restu Pas sendiri? Bagi orang Melayu yang hadir dalam majlis tersebut menerima bantuan Gereja Kristian dan juga membuka cawangan DAP, apakah semurah itu maruah agama dan bangsa bagi mereka?






















Pas hanya tahu mencari salah UMNO seolah-olah mereka maksum. Namun apabila berhadapan dengan bukan Islam dan bukan Melayu mereka menjadi seperti "barua" sahaja. Hari ini apa sahaja yang honar dan kesyaitanan DAP, Pas akan mencari dalil-dalil menghalalkannya.

Apakah maruah Pas lagi apabila Nik Aziz menggalakkan orang melayu menyertai DAP, sebuah parti yang dipimpin oleh seorang Peguam yang pernah berkata "Langkah Mayatnya dahulu sebelum melaksanakan negara Islam?". Selepas ini jangan lagi Pas melalak dan melolong soal Islam, soal akhlak dan moral orang lain sedangkan mereka sendiri bersengkongkol dengan musuh-musuh Islam.

Mengucap panjang apabila membaca kenyataan Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Kenyataan mereka berdua mengenai orang Melayu yang menyertai perjuangan DAP. Kepada yang tidak melanggan akhbar tersebut, di perturunkan sedikit petikan kenyataan Anwar:

''Ini menunjukkan DAP sudah mula diterima oleh orang Melayu, seperti orang Cina dan India menerima PAS dan PKR. orang Cina boleh masuk PKR, boleh masuk PAS, sudah semestinya orang Melayu boleh masuk DAP'' - Sinar Harian.

Ini pula kenyataan Nik Aziz seperti yang menjadi tajuk berita Sinar Harian di muka surat N5:

''Melayu sertai DAP bukan ancaman. Ada kebaikan jangka panjang''

Dalam laporan yang sama, ada disebut bahawa Nik Aziz tidak bimbang dengan langkah DAP Selangor yang membuka keahlian kepada orang Islam yang turut disokong oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd Ali.

Itulah yang dilaporkan dalam media hari ini.

Cukup hairan kenapa kenyataan sedemikian boleh dikeluarkan dengan pantas oleh Nik Aziz. Sudah lupakah Tok Guru kita ini tentang siapa DAP? Beliau tahu ke tidak tentang perlembagaan parti DAP. Begitu juga halatuju perjuangannya.

Kalau sudah terlupa, boleh nyatakan secara ringkas disini. Matlamat perjuangan DAP ialah membentuk sebuah negara sekular yang memisahkan agama daripada pentadbiran kerajaan dan melaksanakan konsep Malaysian Malaysia.

Pemimpin DAP juga sanggup mati menentang usaha menegakkan negara Islam seperti kata Karpal Singh, langkah mayatnya dulu jika mahu berbuat demikian. Jadi, agaknya apa hukum orang Melayu yang hampir pasti beragama Islam menyertai DAP? Ke syurgakah mereka nanti jika bernaung di bawah parti yang awal-awal menentang hukum Allah. Sebab itu kita akan geleng kepala dengan sikap Tok Guru kita yang sorang ni. Kalau kenyataan Anwar Ibrahim, kita semua tak kisah sangat.

Anwar dengan spesis haiwan yang bernama Sesumpah tiada bezanya. Dia peduli apa dengan hukum Allah. Dia boleh ikut kehendak hatinya. Asalkan impiannya mahu menjadi Perdana Menteri tercapai. Anwar juga bukan ulamak. Belia mirip yang yang dikatakan oleh M. Rajoli dalam sebuah drama iaitu ular dalam semak.

Justeru itu kalau Nik Aziz boleh belasah UMNO kiri kanan, atas bawah dan sentiasa ghairah untuk menggambarkan UMNO tidak Islamik, sepatutnya Nik Azizlah yang paling ke hadapan menentang orang Islam menyertai DAP. Sanggupkah beliau menggunakan alasan yang sama berulang kali yang DAP tidak perlu ditentang kerana belum faham pasal Islam. DAP sudah berpuluh tahun dalam politik Malaysia. Takkan mereka tak faham lagi?

DAP cukup faham politik PAS dan banyak tahu mengenai Islam sebenarnya. Cuma iman sahaja mereka tidak ada. Jika tidak tahu, bagaimana ada wakil rakyat DAP yang sudah boleh baca ayat Quran. Lim Guan Eng sudah dipanggil Khalifah. Pembangkang sudah boleh buat forum dan dialog antara agama. Jelas sekali mereka tahu pasal Islam tetapi sengaja menentangnya supaya selari dengan matlamat perjuangan DAP agar Malaysia menjadi sebuah negara sekular.

Tetapi disebabkan gelojoh hendak kuasa, PAS peduli apa dengan nasib orang Islam yang menjadi ahli DAP. Mungkin pada mereka, biarlah mereka mati masuk dalam neraka kerana menentang Islam asalkan mereka tidak menentang PAS di dunia. Itulah, bentuk pemikiran ulamak dalam PAS. Sepatutnya mereka mentarbiah atau menasihat orang Islam yang mahu menyertai DAP agar tidak berbuat demikian. Ini langsung tidak dilakukan. Malah menggalakkan lagi adalah.

Kalau beginilah jadinya, juga tidak terkejut nanti, kalau PAS pun akan kata tak salah menyertai kumpulan Skinhead yang memijak al-Quran, atau kumpulan ajaran sesat, asalkan mereka mahu menyokong Pakatan Rakyat!

Apa nak buat, PAS memang sudah berubah!
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, September 13, 2009

Anwar Seperti Kadok Naik Junjung!

Sejak menyertai UMNO pada tahun 1982, Anwar sebenarnya tidak pernah menjadi ahli UMNO dalam erti kata yang sebenar. Mungkin beliau sendiri tidak pernah membaca Perlembagaan UMNO sebelum menyertai UMNO, tetapi sanggup berkompromi apabila mendapati cita-citanya cerah menerusi pelawaan ikhlas Tun Dr. Mahathir Mohamad, atas jaminan dijanjikan jawatan dalam kabinet.

Kepimpinan UMNO yang ikhlas ketika itu dan percaya perjuangan Anwar jujur untuk menegakkan keadilan melalui retorik Islamnya, tidak mengetahui bahawa pucuk yang dicita-citanya selama 12 tahun sejak awal tahun 70-an, rupanya ulam yang mendatang, bak kata pepatah: orang mengantuk disorongkan bantal.

Sejak dari tarikh tersebut, maka bermulalah episod angkuh "kadok naik junjungnya" dan fasa kedua komplot merampas kepimpinan UMNOnya sudah berhasil dan bertapak teguh seperti firman Allah s.w.t. (2:204) "Dan dari antara manusia ada orang yang perkataannya dalam (hal) kehidupan dunia membikin kamu senang (menyenangkan kamu dengan omong-omong yang bagus tentang hal keperluan hidupmu tapi hatinya tidak) dan ia menjadikan Allah saksi atas apa yang ada di hatinya (bersumpah apa yang ada dalam hatinya serupa apa yang ia zahirkan dengan lidahnya); padahal ia itu sejahat-jahat musuh".

RASIONALNYA: Strategi Anwar bersama kroninya selama 12 tahun mengecam habis-habisan dan menentang UMNO dan Kerajaan sehingga beliau berhasil mewujudkan imej sebagai pemimpin yang amat radikal dan merbahaya tapi menjadi aset kepada mereka yang menyebelahinya terbukti berhasil apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mesej beliau ialah tanpa menjadi ahli UMNO pun, tanpa menghadiri sebarang perjumpaan dan mesyuarat UMNO walaupun di peringkat cawangan, boleh dilantik menjadi Menteri asalkan beliau sedia berpura-pura dan berkompromi dengan pucuk pimpinan UMNO dengan menampakkan agenda penentangannya ditonjolkan sebagai satu aset kepada yang sedia menerima dan bersekongkol dengan lakonan ‘perjuangan ummah menuntut keadilannya’. Itulah satu aset dan kebijaksanaan sifat hipokritnya, seorang penipu al-qubro yang tidak ada tolok bandingnya di negara Malaysia ini.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, September 08, 2009

Kenapa umat Islam berpecah kerana politik!

CUBA bayangkan senario ini, sempena Ramadan, pada malam terakhir kempen Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang Pasir, solat tarawih perdana diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Majlis tersebut dihadiri bukan sahaja oleh semua pemimpin-pemimpin kanan UMNO dan Pas yang terlibat dalam kempen pilihan raya itu tetapi juga kedua-dua calon yang bertanding.

Mereka bersolat bersama-sama dan kemudian bermaaf-maafan. Mereka meninggalkan majlis itu dengan fikiran yang lapang dan tali persaudaraan Islam sesama mereka semakin erat, biarpun mereka berbeza parti dan akan bertarung dalam pilihan raya.

Mungkin senario ini, jika dibayangkan nampak indah dan menarik, siapa yang tidak mahu melihat orang Melayu bersatu padu dan meningkatkan ukhuwah Islamiah sesama mereka. Tetapi buat masa ini, kita hanya mampu membayangkan sahaja, apa yang dicatatkan tidak mungkin akan menjadi kenyataan, biarpun itulah sikap terbaik bagi melambangkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam.

Sebenarnya, kita sudah bosan untuk menyebut soal penyatuan Melayu, malah kita juga sudah malas untuk membincangkan soal perpaduan umat Islam di negara ini. Ia berlaku kerana setakat ini apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, umat Islam terus berpecah belah dan lebih buruk dari semasa ke semasa semakin banyak pula kenyataan-kenyataan dibuat oleh pemimpin politik tertentu yang mengecam sesama Islam.

Soal syurga, neraka, Islam plastik, Islam palsu, menyerang peribadi ketika berkempen dan memburukkan-burukkan antara satu sama lain telah menyukarkan kita untuk melihat umat Islam di negara ini bersatu.

Penyatuan ini bukanlah mustahil dan bukanlah sesuatu yang sukar tetapi ia terhalang kerana ada pihak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Bagi mereka, kalau ada unsur-unsur untuk bekerjasama dengan UMNO demi perpaduan orang Melayu dan Islam maka ia boleh menjejaskan kedudukan politik mereka.

Pemimpin-pemimpin dalam kelompok berkenaan sanggup mengatakan UMNO mengamalkan Islam palsu dan Islam plastik tetapi yang anehnya mereka tidak pula mempertikaikan apa pula bentuk Islam yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bagaimana pula dengan pendirian DAP, jika ada pihak hendak melaksanakan pemerintahan Islam?

Adalah sesuatu yang malang jika perhitungan politik mengatasi segala-galanya. Demi kuasa politik, demi secebis kedudukan, kita lebih rela bermusuh sesama Islam. Kita keluarkan pelbagai hujah bagi 'menghalalkan' tindakan kita mengecam saudara kita sendiri.

Sesungguhnya perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam sekarang terutamanya dari segi politik tidak menguntungkan mereka. Sepatutnya sebagai pemimpin beragama Islam, tata susila, etika dan tingkah laku kita adalah lebih baik daripada pemimpin-pemimpin bukan Islam.

Apatah lagi kalau ada di kalangan kita sering bercakap soal-soal agama di dalam blog-blog atau memberikan tazkirah serta membaca khutbah Jumaat. Namun apa yang kita saksikan, ketika pemimpin-pemimpin bukan Islam tidak mencaci sesama sendiri biarpun mereka berbeza parti dan bertarung dalam pilihan raya, di kalangan pemimpin Islam pula adalah sebaliknya.

Antara mereka bukan sahaja dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang mengguris perasaan umat Islam yang lain, malah sanggup bergerak siang dan malam untuk memperolehi rahsia peribadi seseorang pemimpin yang kemudiannya akan didedahkan kepada umum. Mereka lakukan itu sebagai modal politik, soal moral berpolitik dalam Islam sudah tidak ada lagi, biarpun mereka melaung-laungkan memperjuangkan Islam dan ingin menegakkan kebenaran tetapi apa yang mereka lakukan adalah sebaliknya.

Kesudahannya orang bukan Islam akan melihat begitulah cara orang Islam berpolitik. Akan ada kelompok yang akan bergembira dengan tingkah laku sedemikian kerana ia akan memecah belahkan umat Islam. Apabila umat Islam berpecah, maka mereka menjadi lemah dan apabila mereka menjadi lemah maka mereka hanya akan menjadi 'pak turut' sahaja kerana tiada kuasa politik yang kuat.

Kita sudah lihat contoh di beberapa negeri, apabila ada sesetengah parti tidak mampu bersuara langsung, biarpun ada tindakan oleh rakan-rakan pakatan mereka melanggar prinsip perjuangan namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana suara politik mereka 'tidak laku'. Kalau mereka hendak bersuara sedikit, semangat yang mereka ditunjukkan itu hanya menjadi `hangat-hangat tahi ayam' sahaja, mereka akan diam apabila ditegur oleh rakan dalam pakatan.

Tetapi bahana ini masih belum mahu dipelajari oleh sesetengah umat Islam. Bagi mereka, apa yang penting berebut kerusi dalam pilihan raya dan kuasa politik. Soal sama ada perebutan yang berlaku akan melemahkan umat Islam ia adalah soal kedua.

Kita tidak perlu membuang masa untuk bercakap soal kejatuhan empayar Islam dan mengimbas kembali bagaimana orang Melayu dijajah suatu ketika dahulu, semua itu tidak akan menginsafkan puak-puak berkenaan. Apa yang boleh kita peringatkan ialah mereka harus bersedia bertanggungjawab seandainya suatu hari kelak orang Melayu dan umat Islam menjadi pelarian di tanah air sendiri.

Ketika ini keluarkanlah apa juga kenyataan bagi menyakiti hati sesama Islam demi mencari keuntungan politik dan lodehkanlah apa juga keburukannya musuh politik kita. Mungkin mereka akan berjaya mendapat sokongan politik yang diinginkan, apatah lagi di kalangan penyokong tegar yang taksub tetapi tanpa mereka sedari dalam masa yang sama mereka juga sedang menghakis sedikit demi sedikit tembok kekuatan umat Islam di negara ini.

Sehebat manapun kuasa politik yang kita miliki, ia tidak akan mampu menggantikan tali persaudaraan Islam yang ditetapkan oleh Allah SWT. Jangan terlalu sombong menolak salam perpaduan yang dihulurkan.

Lagipun apalah gunanya kita bersikap seperti 'harimau' kepada saudara seagama tetapi menjadi 'kucing' kepada rakan yang bukan seagama dengan kita.

AKIBAT TAKSUB

Tersedia maklum bagaimana di kalangan masyarakat Cina, ada pertubuhan gabungan sekolah-sekolah Cina yang menjadi tonggak kepada perjuangan pendidikan bahasa Cina.

Dalam memperjuangkan pendidikan Cina, masyarakat Cina bersatu dan bersepakat bahawa sekolah berpengantar bahasa Cina adalah wajib dipertahankan. Tanpa mengira apa pun parti mereka, sama ada MCA, Gerakan, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), orang Cina muafakat bahawa pendidikan pengantar bahasa Cina mesti disokong.

Tetapi lihat umat Islam di negara ini pula. Pernahkah kedengaran adanya pertubuhan gabungan sekolah-sekolah agama Islam yang memperjuangkan pendidikan agama?

Sistem pendidikan agama di negara ini berpecah-pecah menurut negeri. Ada negeri yang mempunyai sistem pendidikan agama yang kemas, sementara yang lain pula tidak tersusun.

Sistem pendidikan agama rakyat pula tidak benar-benar merangkumi seluruh penduduk Islam. Sedangkan sekolah-sekolah agama baik yang berbentuk penuh atau pun secara rakyat yang menggunakan masjid dan surau setempat tidak mendapat perhatian yang padu daripada umat Islam.

Seharusnya gerakan pendidikan agama ini mempunyai pertubuhan gabungan sendiri seperti yang ada pada masyarakat Cina. Soal dana juga wajar dapat diuruskan dengan baik jika terdapat gerakan dan perpaduan yang menyeluruh ini. Sedangkan pendidikan agama ini merupakan tonggak jati diri umat Islam di negara ini.

Dalam hal ini, tanpa mengira apa pun parti politik, sama ada UMNO, Pas mahupun PKR patut menyokong pendidikan agama ini. Ia sebagai salah satu contoh di mana orang Islam wajar bersatu dalam isu bersama tanpa mengira parti sokongan mereka.

Satu lagi contoh ialah tentang kepenggunaan Islam. Maksud di sini, soal-soal kepenggunaan yang berkaitan Islam umpamanya seperti soal halal, dan pembangunan perniagaan Islam seperti yang diperjuangkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Tetapi kejayaan perjuangan kepenggunaan Islam hanya benar-benar dapat berkesan jika umat Islam bersatu. Maka dalam hal ini juga umat Islam wajar bersatu tanpa mengira aliran politik mereka, sama ada UMNO, Pas ataupun PKR.

Banyak lagi isu-isu Islam yang menuntut perpaduan di kalangan umat Islam bagi menjayakannya. Tetapi tentunya isu paling besar yang menuntut perpaduan umat Islam bagi menjayakannya ialah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Ini kerana kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. Malaysia sebagai sebuah negara Islam ini menurut perlembagaan negara mesti tegas dipertahankan oleh umat Islam di negara ini tanpa mengira parti politik mereka. Sama ada dari UMNO, Pas atau PKR, orang Islam mesti mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama negara.

Sehubungan itu orang Islam secara umumnya mesti memahami perlembagaan dan kepentingan mempertahankannya demi agama Islam itu sendiri.

Sehubungan itu wajar adanya gerakan di kalangan orang Islam yang menumpukan perhatian bagi mempertahankan perlembagaan.

Seperti juga perjuangan pendidikan agama Islam, kepenggunaan Islam, bagi usaha mempertahankan perlembagaan ini, ia memerlukan perpaduan umat Islam.

Sememangnya untuk memaksa semua orang Islam berada dalam satu parti adalah tidak mungkin. Ini kerana dalam sebuah demokrasi dan terbuka seperti Malaysia, orang Islam tentunya mempunyai fahaman dan fikiran berbeza. Maka tidak hairanlah wujud parti-parti yang berbeza bagi orang Melayu - UMNO, Pas dan PKR.

Tetapi perbezaan fahaman ini tidak wajar meminggirkan perjuangan untuk agama dan ummah. Mereka mungkin bertembung dalam pilihan raya, bersaing untuk memenangi kerusi, berkempen menentang calon di antara satu sama lain, tetapi apabila soal kepentingan agama dan ummah, semua umat Islam mesti bersatu.

Kesetiaan semua orang Islam termasuk parti-parti mereka mesti kepada agama Islam. dan bukannya sekutu-sekutu politik masing-masing.

Maksudnya, ketika bersaing dalam politik, tentunya parti-parti itu menemui satu landasan bersama dengan sekutu-sekutu mereka dari kalangan parti-parti yang dianggotai oleh bukan Islam. Umpamanya dalam Barisan Nasional, UMNO mempunyai sekutu dari MCA, gerakan dan MIC. Sementara dalam Pakatan Rakyat, Pas dan PKR mempunyai sekutu dari kalangan DAP.

Masing-masing mempunyai fahaman dan aliran politik tersendiri yang memungkinkan mereka muafakat dengan sekutu masing-masing untuk bertembung dengan pihak yang lagi satu.

Namun begitu, jika isu Islam timbul, UMNO, Pas dan PKR wajar bekerjasama bagi menjayakannya. Seperti mana apabila isu Cina yang membawa kepada sokongan bersama MCA, Gerakan, DAP dan PKR. Begitu juga apabila timbul isu India yang memungkinkan kerjasama antara MIC, DAP dan PKR.

Kedudukan agama Islam dalam perlembagaan menuntut keadaan perpaduan yang mencakupi hal-hail lain tetapi berkaitan.

Tentunya kedudukan agama Islam dalam perlembagaan berkait pula dengan kedaulatan negeri-negeri di Malaysia yang meletakkan Raja-raja Melayu sebagai bukan saja ketua agama Islam tetapi pemerintah sebenar negeri-negeri itu.

Jadi apabila umat Islam di negara ini secara keseluruhannya mendokong kedudukan agama Islam sebagai agama negara, maka mereka juga perlu mendokong kedaulatan Raja-raja Melayu.

Dalam hal ini, tentunya UMNO, Pas dan PKR sekata hendak mendokong perlembagaan. Tetapi dalam persaingan politik, timbul tanda-tanda ada pihak mahu mempertikaikan semangat perlembagaan yang ada. Adalah dipercayai perkara ini berlaku kerana kurang kefahaman tentang perlembagaan akibat rasa kebencian kepada parti politik yang memerintah.

Sedangkan pihak yang patut bertanggungjawab mempertahankan perlembagaan bukannya UMNO semata-mata tetapi juga semua umat islam di seluruh negara. Ummah wajar diutamakan daripada parti politik.

MENGKHIANATI ISLAM

ADA tanggapan sebahagian orang bahawa janganlah ditegur Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat walaupun beliau mengeluarkan kenyataan salah dan liar. Diamkan sahaja.

Kononnya jika ditegur juga maka lagi kuat penyokong Pas bertindak balas kerana imejnya yang menonjol sebagai Tok Guru. Dengan kata lain, Nik Aziz tidak boleh disentuh sama sekali.

Apakah perlu sama terikat dengan tanggapan itu sedangkan Nik Aziz makin banyak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar? Sudah tentu tidak, tidak boleh berdiam. Yang salah mesti disanggah apatah lagi melibatkan soal kepentingan Islam.

Berdasarkan maklumat yang diterima, sebahagian ahli dan penyokong Pas juga tidak senang dengan satu demi satu kenyataan liar Nik Aziz yang hanya memburukkan imej parti itu. Kata kesat beliau ''pergi jahanam sama UMNO" dan kenyataannya bahawa tidak salah DAP menghina Islam, cukup membingungkan.

Belum reda isu itu beliau menyatakan pula penyokong UMNO tidak akan masuk syurga, yang kemudian mengundang bantahan umat Islam termasuk Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Malah ada pemimpin Pas antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib secara terbuka tidak bersetuju dengan Nik Aziz. Menurut Harun, peluang masuk syurga adalah urusan Allah dan ia tidak bergantung kepada parti yang disertai.

Sesungguhnya sudah tercatat dalam sejarah Islam tentang beberapa kisah tok guru dan ulama yang sama ada sedar atau tidak sedar, telah mengkhianati agamanya sendiri. Dari semasa ke semasa, Islam bukan sahaja menghadapi serangan dan ujian daripada kalangan musuh Islam malah daripada segelintir ulama yang mempergunakan agama untuk kepentingan tertentu sehingga mengakibatkan kekeliruan dan perpecahan ummah. Golongan inilah yang memudaratkan Islam. Jadi mengapa kita harus gusar untuk menyanggah golongan begini?

Dalam kes Nik Aziz, rakyat percaya beliau tidak berniat untuk menghina dan memudaratkan Islam tetapi tindak-tanduknya sudah dilihat begitu. Pada pengamatan rakyat, masalah dengan Nik Aziz adalah ego dan riaknya sebagai seorang ulama. Itulah juga masalah dengan segelintir ulama, kerana ego mereka sanggup memperjudikan Islam.

Untuk berlaku adil, buatlah kajian tentang Nik Aziz sejak beliau menjadi Menteri Besar. Berapa banyak kenyataannya yang meragukan dan tidak berasaskan ajaran Islam sebenar?

Dalam pada itu, rakyat ingin bertanya Nik Aziz tentang peranan yang UMNO mainkan selama ini dalam menegakkan Islam bermula dengan menulis perlembagaan negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi sehinggalah kepada pembangunan syiar Islam. Masyarakat Islam dunia turut mengakui dan mengiktiraf Malaysia sebagai model negara Islam. Kelahiran Tabung Haji, Universiti Islam, Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam, sekolah-sekolah agama dan banyak lagi yang kerajaan BN pimpinan UMNO telah lakukan atas nama pembangunan Islam.

Itu belum bercakap tentang pembinaan puluhan ribu masjid dan surau. Di Kelantan sendiri, lebih 500 masjid dibina oleh kerajaan UMNO. Menurut maklumat hanya sebuah masjid yang kerajaan Pas bina. Apa maknanya ini semua sedangkan Nik Aziz sudah memerintah Kelantan lebih tiga penggal? Apakah usaha UMNO ini tidak Islamik dan penyokong UMNO dinafikan ke syurga berdasarkan tafsiran beliau?

Rakyat bimbang pendekatan Nik Aziz bukan sahaja akan melemahkan Islam malah menakutkan orang bukan Islam yang mahu berjinak-jinak untuk memahami dan menerima Islam. Islam mesti dipromosikan dengan pendekatan sederhana, bijaksana dan toleransi sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhamad SAW.

Lebih ramai bukan Islam memeluk agama Islam di negara ini bukannya kerana peranan Pas apatah lagi Nik Aziz sebaliknya kerana UMNO. Sama ada suka atau tidak untuk diakui, itulah hakikatnya

Lebih ramai bukan Islam tertarik menyertai Islam di bawah teraju kepimpinan UMNO terutama ketika zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir Mohamad yang melaksanakan pendekatan sederhana dan progresif.

Dalam kaitan ini, UMNO yang lebih dominan tentu ada kelemahan yang boleh diperbaiki dan Pas yang jauh tercicir dalam sumbangan kepada pembangunan Islam, boleh dilonjakkan pencapaiannya. Carilah titik penyatuan terutama dalam isu-isu kepentingan umat Islam. Tetapi menghina, memburukkan dan memperlekehkan sesama orang Islam bukan caranya. Apa pun pintu taubat dan memohon kemaafan masih terbuka luas untuk kita semua lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini. Itu pun jika kita tidak dicengkam ego dan riak. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari