Walaupun bimbang adanya dalang di sebalik tunjuk perasaan memperingati tragedi runtuh menara berkembar World Trade Centre (WTC) di London 11 September lalu, PAS menyifatkan ia lebih bertamadun berbanding perarakan kepala lembu di Shah Alam.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perarakan di Shah Alam tidak bertamadun kerana ia membangkitkan isu perkauman dan penghinaan terhadap agama lain.
Baru-baru ini demonstrasi antiIslam diadakan berdekatan Masjid Utama Harrow, barat laut London dianjurkan Pertubuhan Hentikan Pengislaman Eropah (SIOE).Seorang anggotanya, Stephen Gash dilaporkan menegaskan tidak mahu sebarang masjid dibina sehingga isu kebencian diselesaikan.
Sumber: Haprakdaily.
Apabila Tuan Guru Mursyid puak-puak Pas ni membuka mulut, pastinya akan mengundang kontroversi. Kadang-kadang merasa kesihan pun ada melihat nyanyuk nya kelakuan Tuan Guru seorang ini. Kalau disebabkan politik sekalipun janganlah sehingga mengeluarkan kenyataan demonstrasi anti Islam lebih bertamadun daripada usaha orang-orang Islam hendak mempertahankan hak-hak mereka.
Adakah gerakan pelampau kanan, Liga Pertahanan England di Birmingham menentang pembinaan masjid lebih mulia daripada usaha penduduk-penduduk Seksyen 23 untuk menghalang pembinaan rumah berhala di kawasan majoriti Islam. Nauzubillah himinzalik.
Isuhot Politik Malaysia
Taminsari
7 ulasan:
Salam, selagi adanya ulama-ulama palsu yang menerajui PAS khawarij, selagi itulah Islam akan terus dihina......., mereka hanya menggunakan Islam untuk mengejar jawatan dan kuasa walau pun hidup berpura-pura dengan menjual agama itu sendiri....
kesian... kesian pada agama islam dipergunakan oleh Nik Aziz utk kepentingan politiknya.. :(
sebornya begini sajalah untok menutup mulut NIKE NAJIS ini kita pulaukan saja dia...
media masa pulauKAN NIKE NAJIS...
bloger semua pulaukan NIKE NAJIS..
GUA RASA ITU SAJA CARANYA!!!!!
makin disebarkan makin merepek meraban buat pembaca semua mendapat dosa saja.
rasanya kena terima hakikat, yang teman rasa bukan kerana apa... bila satu-satu barang kalau dah lama makin kuat rosaknya, dan kalau dah tua makin kuat nyanyoknya, cuma bahayanya nyanyok silembu salah makan, makan tahinya dikatakan makan rumput tapi kalau orang dah nyanyok apa lagi pemimpin... pehhh mau jual negeri ...apalagi agama jadi pakat-pakat tukar dan kasi rehat yang sepatutnya...am i...right
Salam,
Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..
"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/
Salam. Terimakasih diatas ulasan yang diberikan.
Sesungguhnya sudah tercatat dalam sejarah Islam tentang beberapa kisah tok guru dan ulama yang sama ada sedar atau tidak sedar, telah mengkhianati agamanya sendiri. Dari semasa ke semasa, Islam bukan sahaja menghadapi serangan dan ujian daripada kalangan musuh Islam malah daripada segelintir ulama yang mempergunakan agama untuk kepentingan tertentu sehingga mengakibatkan kekeliruan dan perpecahan ummah. Golongan inilah yang memudaratkan Islam. Jadi mengapa kita harus gusar untuk menyanggah golongan begini?
Dalam kes Nik Aziz, rakyat percaya beliau tidak berniat untuk menghina dan memudaratkan Islam tetapi tindak-tanduknya sudah dilihat begitu. Pada pengamatan rakyat, masalah dengan Nik Aziz adalah ego dan riaknya sebagai seorang ulama. Itulah juga masalah dengan segelintir ulama, kerana ego mereka sanggup memperjudikan Islam.
Wallahuallam..
Catat Ulasan