Memang PAS boleh merelakan dirinya bersekongkol dengan DAP dan sebaliknya memusuhi UMNO dengan begitu ekstrim sekali. Apakah sebenarnya ini berdasarkan minda yang rasional dan budiman atau sebaliknya berdasarkan emosional dan minda yang masih kurang matang dalam sepak teranjang politik Malaysia?
Jika UMNO yang ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam sama seperti ahli PAS (langsung tidak berbeda), tidak langsung diberikan ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan PAS, kenapa pula DAP yang ahlinya terdiri daripada orang Tionghua serta berbeda penganutan agama, PAS sanggup bekerjasama?. Di sinilah ada sesuatu yang tersirat dan tersurat merasa pelik dan tertanya-tanya, apakah ini mengambarkan kebijaksanaan dan kebudimanan dalam membuat sebarang keputusan penting demi umat Melayu dan Islam dalam negara ini?
PAS seharusnya dapat melihat akan sikap chauvinist dan perkauman yang sebenar yang diperjuangkan oleh DAP sejak ianya tertubuh suatu ketika dulu. Sekarang sikap itu masih berterusan terutamanya di Pulau Pinang dan di Perak, walaupun sebelum ini di Perak Menteri Besarnya dari PAS. Namun kekuatan PR yang ditunjangi oleh DAP secara majoriti itu, menyebabkan PAS hanya kenampakan seperti boneka sahaja.
Dalam hal ini lebih efektif jika di Perak, PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerusi yang dimiliki oleh kedua parti tersebut sudah mencukupi bagi menubuhkan satu pemerintahan dinegeri tersebut. Kenapa mesti bekerjasama dengan DAP yang ternyata memusuhi Islam dan tidak rela pelaksanaan hukum hudud dalam negara ini? Yang berusaha untuk menghapuskan DEB dalam negara ini? Yang merendah-rendahkan mertabat bangsa Melayu di Pulau Pinang? Yang langsung tidak berusaha untuk mengangkat taraf ekonomi kaum bumiputera dinegeri dimana mereka memerintah?
Atau mungkinkah ini kerana sikap "berpatah arang" diantara UMNO dengan PAS? Sikap bermusuhan ini tidak baik dan amat tidak matang dalam politik abad yang ke 21 ini. Bukankah dikalangan penganut Islam, sangat tidak digalakkan sikap bermusuhan dikalangan saudara seagama? Secara teori/ideanya PAS pintar melontarkan kata-kata tentang betapa PAS memusuhi sikap yang buruk, tetapi secara praktiknya PAS adalah manusia yang selalu mengamalkan perbuatan buruk tersebut. Bermusuhan sesama kita adalah satu sikap buruk yang sepatutnya dibendung sedari dulu kerana ia boleh menghancurkan tamadun bangsa yang telah lama terbina.
PAS sekarang sangat berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari kaum India dan Cina dalam kancah politik negara. Tapi dalam masa yang sama mereka lupa, kaum India dan Cina juga telah menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan kaum mereka dan berusaha dengan keras dengan kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan tersebut.
Dimana budiman dan bijaksananya kepimpinan PAS dalam hal seperti ini? Kerana kemenangan itu sesuatu yang menyeronokan, mereka tidak kisah akan kesan buruk yang bakal menimpa bangsa mereka. Samalah ertinya seperti dalam peribahasa kita, "menang sorak kampong tergadai".
Tok Guru Nik Aziz dikatakan telah melakukan sembahyang sunat kesyukuran diatas kembalinya semula jawatan MB Perak ditangan Nizar buat seketika. Ini menggambarkan bahawa beliau benar-benar tidak sedar akan apa yang dimaksudkan diatas dan merelakan demi kepentingan kuasa politik yang dinikmati bertahun-tahun. Beliau benar-benar menganggap DAP adalah rakan baik di Perak tanpa menyedari bahawa Perak bakal jatuh ketangan DAP jika DUN dibubarkan dan diadakan Pilihanraya semula.
Adakah PAS sedar, DAP telah berjaya mempunyai wakil Melayu? Jika pilihanraya diadakan semula dan andaikata majoriti kerusi DAP memenangi lebih daripada PRU12 yang berpihak kepada DAP, adakah Nizar diperlukan lagi dengan adanya wakil Melayu yang berpaksikan DAP? Wallahuallam..
Suara Politik
Taminsari
7 ulasan:
SLM BRO...PAS JD KUDA DAP JADI KUDA ANUWAR JADI KUDA AMERIKA JADI KUDA ISRAEL HEHEHEHE
Saya amat setuju dengan saranan dalam paparan ini. Kita terus berdoa agar pelita hati mereka dapat menerangi jalan yang Allah restui.
Salam Ramadan dan selamat Menunaikan Ibadah puasa dengan penuh kesabaran
belantan ,PAS mmg skrg ini penggadai maruah agama dan bangsa MElayu skrg ini demi kuasa ..
Salam,
PAS kata 'Islam for all', tetapi adakah DAP menerima Islam ?
Salam,
rasa nya PAS tak perlu bersekongkol ngan DAP untuk menghapuskan kuasa melayu sbb amno sendiri yg dah hapuskan kuasa tu selama 52 thn...PAS cuma menyambung jer aper yg amno da buat....huhuhuhuu....amno..amno...
salam ramadhan
pas mmg tujuan dia tubuhkan adalah untuk menghancurkan kekuasan dan kedaulatan melayu dan islam sebab tu dorang berani kafirkan org islam yg lain sampai skrg tak sedar2 diri lagi depa nie
www.antihero2009.blogspot.com
Salam buat semua yang mengunjungi blog ini dan terima kasih dengan ulasan-ulasan yang di berikan.
Lepas satu-satu bala menimpa parti pembangkang.Entah mengapa semakin ramai ahli Pas mula tawar hati sejak roket DAP mendarat ke bulan Pas.Mereka semakin malu untuk menjaja Pas sebagai parti Islam sebagaimana matlamat asal penubuhannya.
Puncanya hanyalah dengan UMNO, DAP tak boleh makan tiba-tiba Pas pula terima mereka.Bukan sahaja terima bahkan berkongsi agenda dengan orang yang menentang penubuhan negara Islam dan kuasa Melayu.
Sebahagian ahli Pas mula menyepikan diri daripada aktiviti parti seperti ceramah kerana semakin cemas dengan penampilan gagah DAP.
Ramai yang tidak tergamak untuk melihat bendera DAP bersilang dan bergandingan dengan Pas.Nampak macam Pas makin ditelan DAP. Lagipun Pas tidak ada keyakinan diri sehingga nak bagi jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
Inilah kejayaan terbesar DAP iaitu berjaya mempergunakan Pas untuk menentang ketuanan Melayu yang ditegakkan oleh UMNO.Sepatutnya jika marahkan UMNO, Pas sahaja tentang UMNO bukan bekerja dengan DAP.
Ternyata kepimpinan Pas yang ada tidak sekental kepimpinan zaman Allahyarham Datuk Asri dan Yusof Rawa yang tegas menolak DAP.
Sekalung tahniah buat Kit Siang dan Karpal Singh kerana berjaya gunakan Pas untuk tentang UMNO. Yang ruginya nanti bukanlah orang lain tetapi umat Islam dan orang Melayu itu sendiri.
Salam ramadhan dan salam perjuangan
Catat Ulasan