Sabtu, Oktober 03, 2009

Kita tidak sampai hati biarkan rakyat Indonesia menderita!

Tragedi gempa yang mengorbankan lebih seribu nyawa di Sumatera Barat, Indonesia mengundang rasa simpati yang bukan sedikit. Simpati kerana satu demi satu bencana melanda negara tersebut.

Setiap kali bencana, ada nyawa terkorban. Ada harta musnah. Lebih meruntunkan jiwa, Indonesia yang terkial-kial untuk bangkit memulihkan ekonominya tersungkur lagi.
Masyarakat antarabangsa sememangnya bersimpati terhadap perkembangan menyedihkan itu. Apatah lagi negara-negara jiran. Umpama cubit paha kanan, paha kiri terasa - rakyat Malaysia bingkas menghulurkan bantuan.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) segera 'terbang' menghulurkan kudrat secara sukarela. Manakala tabung-tabung khusus untuk membantu mangsa-mangsa gempa di Padang segera ditubuhkan.

Kesemuanya itu kerana ingin meringankan beban yang ditanggung penduduk di situ. Lantaran kemusnahan yang dialami mereka bukan sedikit. Penderitaan mental dan fizikal mangsa-mangsa gempa bumi itu amat ketara sehingga mampu merungkai kemarahan rakyat negara ini akibat insiden membakar Jalur Gemilang dan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan terhadap Malaysia.

Paparan mayat-mayat bergelimpangan, bangunan dan kediaman rosak teruk serta mangsa-mangsa yang terselamat tetapi cedera parah cukup untuk memahamkan rakyat Malaysia tentang semangat kejiranan. Betapa pentingnya sesebuah negara itu memakmurkan jirannya kerana apabila tercetus bencana atau bahaya, jiran-jiran itulah paling hampir untuk disandarkan harapan.

Jiran-jiran itulah yang pertama datang menghulurkan bantuan. Hakikatnya banyak yang perlu dipelajari daripada kejadian terbaru di Sumatera Barat, Indonesia. Betapa bencana gempa, taufan, tsunami datang tanpa amaran. Dan setiap kali ia datang, sesebuah negara itu tidak akan mampu menghadapinya bersendirian.

Sebab itu, seboleh-bolehnya jangan disakiti hati jiran. Khabarnya gara-gara isu tarian Pendet yang membawa kepada 'upacara membakar Jalur Gemilang' dan kononnya akan berlaku peperangan antara Malaysia-Indonesia, kesannya tabung gempa yang ditubuhkan sebelum ini kurang mendapat sambutan.
















Tabung untuk mangsa gempa di Tasekmalaya di Jawa Barat tidak begitu memberangsangkan.

Alasannya - rakyat Malaysia tersentuh hati. Mereka juga berkecil hati - akibatnya rasa perikemanusiaan, belas ihsan dan keprihatinan terhakis. Biar pun hanya segelintir rakyat Indonesia terlibat mencerca Malaysia, namun tindakan sedemikian mampu mencetuskan kemarahan - lebih daripada itu mengundang rasa benci sehingga mengikis semangat kejiranan.

Namun sehingga ke tahap mana dan di paras mana rakyat negara ini mampu menyimpan rasa marah dan tersinggung. Sebaik-baik mendengar dan menonton kesan bencana berskala 7.6 Richter itu, segala perasaan negatif itu mencair. Segala rasa sakit hati diketepikan terutamanya apabila rakyat di sini turut merasa kesan gegaran gempa itu. Semangat tolong menolong dan rasa simpati yang melimpah ruah merobohkan sempadan perasaan marah sebelum ini.

Tragedi-tragedi seperti ini mesti dipelajari hikmahnya oleh rakyat di kedua-dua negara. Begitu juga di kalangan penduduk jiran-jiran yang lain. Jangan diundang rasa benci. Jauhkan kontroversi - paling penting pelihara semangat kejiranan serantau yang nilai serta harganya sangat tinggi.

Bagi rakyat Malaysia, teruskan semangat ingin membantu. Hulurkan sumbangan dengan ikhlas bagi meringankan mangsa-mangsa gempa bumi di Padang. NGO-NGO pula terus taburkan bakti di negara yang taburan budaya dan bahasanya amat setara dengan penduduk di sini. Perlu diakui titik-titik peluh dan rasa keinsafan yang timbul ketika bantuan dihulurkan mengajar kita untuk menjadi lebih matang.

Lebih penting lagi keikhlasan mendidik rakyat negara ini untuk percaya bahawa ada harinya dan ada masanya, kita juga memerlukan bantuan negara jiran. Untuk itu jagalah hati negara jiran. Apatah lagi jika jiran itu tidak pernah menyakiti hati penduduk di sana. Jika pun hati rakyat di sini sedikit terguris dengan gelagat 'kurang akal' penduduk di sana, maka anggaplah ia asam garam kehidupan dua negara berjiran.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa belakang parang jika selalu diasah menjadi tajam - hati manusia jika selalu disakiti manakala maruahnya tidak dihormati, kesannya lebih meruncing. Dan jika ia dilakukan secara berterusan, tidak mustahil segala rasa simpati dan keinginan untuk menghulurkan bantuan akan lenyap perlahan-lahan.-UM

Suara Politik
Taminsari

5 ulasan:

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam,

1. Setelah apa yang dilakukan oleh segelintir rakyat bodoh indonesia terhadap kita berhubung dengan "sweeping" Malaysia, kita seharusnya memikirkan kembali sikap serta penerimaan kita terhadap mereka muali hari ini.

2. Perlukah kita terus membantu mereka ketika bencana yang melanda indonesia baru-baru ini sedangkan ketika mereka senang kita dilanyak macam anjing kurap.

3. Kenapa harus kita terhegeh-hegeh datang membantu sedangkan negara-negara lain melihat hanya ala-kadar dan membantu sekiranya diminta oleh kerajaan indonesia.

4. Tidak perlulah Mercy Malaysia dsbnya berbelanja besar sukarela datang membantu sedangkan setiap budi ikhlas kita selama ini tidak pernah dipandang mulia walau dicelah gigi pun oleh indon-indon ini s elain daripada menggangu serta menyamun kerja di negara kita Malaysia.

salam Perjuangan...

Mohd Yusoff berkata...

Kita terlalu berlembut dengan negara-negara jiran. Tuhan belum menguji kita bilamana malapetaka berlaku di Malaysia adakah negara jiran akan turut membantu kita.

Kita berhadapan dengan beberapa kumpulan yang mengambil kesempatan di atas kemurahan hati kita.

Namun kita juga amat berharap agar semua amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah dan diberi balasan yang sebaik-baiknya.

Anggerik Kota berkata...

Orang Malaysia memang baik hati.Tak apalah, jika orang Malaysia mahu pergi membantu. Mudah-mudahan Allah jualah yang memberi ganjaran terhadap kebaikan mereka.

Tapi saya menyampah dengan orang Indonesia yang tak habis-habis cari pasal dengan orang Malaysia.

Mudah-mudahan mereka akan insaf sendiri.Entahlah...

oyabun berkata...

Salam...

Laporan Buletin Utama pada 2 Oktober 2009 yang mengatakan pelajar Malaysia di Padang yang kebuluran selama dua hari kerana tidak diberi makan amatlah mendukacitakan saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia.

Ini membuktikan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.

Walaupun sepayah mana atau seburuk mana negara kita sendiri, keadaannya sudah pasti akan lebih baik bila kita menjadi pendatang di negara lain walaupun sebagai pelajar.

Laporan susulan Berita Utama pada 3 Oktober 2009 juga mengatakan pelajar Malaysia dianak tirikan oleh kerajaan Indonesia tentang bantuan makanan dan sebagainya.

Oleh itu, ini membuktikan kerajaan Indonesia lebih mementingkan rakyat mereka sendiri berbanding orang asing. Pihak Imigresen mereka juga meminta bayaran lebih bagi membolehkan pelajar Malaysia balik ke Malaysia.

Kalau inilah gayanya layanan kerajaan Indonesia melayan orang Malaysia di sana, baik rakyat Malaysia tak payahlah nak teruja sangat pergi belajar di sana sebab sudah boleh tengok sendiri bagaimana layanan mereka terhadap kita.

Jika di dalam akhbar Harian Kota bertarikh 2 Oktober 2009 yang bertajuk "Gempa: Bantuan Malaysia Ditolak Warga Sumatra Barat" yang menolak bantuan dari Malaysia, ini bukti mereka tidak sudi menerima bantuan dari Malaysia dengan begitu angkuhnya dengan alasan bodoh yang mereka sendiri tersalah faktanya.

Alasan itu hanya untuk memburukkan Malaysia. Ekonomi Malaysia, negara Islam yang menjadi pengerusi OIC bukan bergantung pada perjudian semata. Yang itu pendapatan pihak swasta yang menjalankan perniagaan dan hanya peratusan kecil sahaja.

Sebelum ini pun mereka dengan angkuh ingin 'sweep Malaysians' di sana tetapi ternyata keangkuhan mereka tidak boleh menandingi kuasa Allah Taala yang telah terlebih dahulu menurunkan bala kepada mereka.

Kita ni bukannya suka nak bergaduh atau bermusuh dengan jiran-jiran kita di negara berhampiran, tetapi jika negara jiran kita yang memulakannya serta berlaku kurang ajar terhadap kita terutama sewaktu bencana menimpa di negara mereka, tak payahlah kita nak bagi muka pada negara sebegini.

Nanti lebih naik lemak dan perasan pula mereka kononnya kita ni terhegeh-hegeh sangat nak berbaik dengan mereka yang begitu tak beradab dengan kita.

Rakyat Indonesia di sini pun ramai yang menjadi pendatang haram yang melakukan jenayah kejam terhadap rakyat kita.

Jadi kenapa kita perlu membantu dan memberi muka kepada mereka yang membuat onar di negara kita? Buat baik berpada-pada kerana nyata mereka pun tidak berlaku baik terhadap pelajar kita di sana bila bencana menimpa negara mereka.

Walau apapun, tahniah di atas keprihatinan pelbagai pihak di Malaysia yang telah menubuhkan tabung derma bagi membantu gempa bumi di Padang, Indonesia.

Sifat kemanusiaanmu hanya layak mendapat balasan baik dari Allah Taala.

The Magic of the Eyes! berkata...

Bak kata orang tua-tua: Musuh jangan dicari, kalau datang pantang lari! Sebagai bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, kita memang terkenal dgn sikap perihatin dan baik hati kita, terutama dikalangan rumpun melayu dan penganut agama Islam yang suci. Tetapi kebaikkan kita dan kesabaran kita semua ada hadnya.

Pada hemat saya, apa yg berlaku di Indonesia adalah balasan Allah pada umatNya yg mungkar. Tapi mereka ini tak pernah ambil iktibar. Sanggup pula nak 'sweeping' bangsa yg telah banyak sangat menolong mereka. Inilah orang kata 'bagai melepaskan anjing tersepit'. Rata-rata mereka di Indonesia sana ingat bahawa semua pendatang Indonesia ke Malaysia ini di seksa, di anayai, dibuat seperti 'second class' citizens. Inilah dakyah yg ditabur oleh segelintir mereka yg mahu bermusuh dgn Malaysia. Atas kepercayaan dakyah ini jugalah sebilangan bangsa mereka ini bulat-bulat mempercayainya. Datang tak dijemput, balik memang disuruh. Niat baik kita selama ini dibalas dgn tindakan mahu berperang dgn Malaysia. Logik ke?? Saya setuju bahawa mulai saat ini, rata-rata rakyat Malaysia sudah mula menyampah dgn bangsa Indonesia itu sendiri. Kalau diperhatikan, media masa mereka disana sentiasa melapurkan bahawa pihak Polis malaysia telah menembak mati rakyat mereka yg merampuk negara ini. Walaupun berita itu menyebut mereka yg mati ditembak ini penjenayah namun cara ia disampaikan seolah-olah kita rakyat Malaysia dan Polis sewenang-wenangnya membunuh geng peyamun ini. Dahulu, bila terjadi trajedi malapetaka diIndonesia saya jugak sering menghulurkan derma ikhlas. Tapi, hari ini, saya sudah tidak ikhlas untuk mendermakan duit hasil titik peluh saya kepada mereka disana. Lebih baik saya bagi kepada fakir miskin dinegara Malaysia sendiri (masih mendapat pahala disisi Allah SWT). Sori la Indonesia, aku tak akan tolong atau hulurkan bantuan kepada kamu semua lagi. Enough is enough. Sedia bila tadi terbaca disurat khabar bahawa kapal terbang TUDM dibaling batu oleh segelintir rakyat Indonesia diPadang. Kita bagi dia bantuan dia balas dgn batu... tetapi diatas sikap professional pegawai2 TUDM maka mereka masih teruskan memberi bantuan dgn ikhlas sehingga misi mereka selesai. Kepada bangsa Indonesia yg berada di malaysia, ingatlah bahawa jika kami menyampah melihat kamu ianya adalah disebabkan tindakan segelintir rakyat kamu disana yg mahu berperang dgn kami. Apa kata kamu semua rakyat Indonesia di malaysia membuat protes di Kedutaan kamu disini membantah tindakan saudara kamu di Indonesia yg masih meneruskan niat mahu berperang itu? Sanggupkah kamu wahai bangsa Indonesia di Malaysia?? Ini adalah pandangan peribadi ku sahaja. Menyampah aku...