Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Oktober 10, 2009
Ibarat melepaskan ‘anjing’ tersepit!
TINDAKAN segelintir rakyat Indonesia, ibarat melepaskan ‘anjing yang tersepit, sesudah lepas dia menggigit. Walaupun ia membabitkan sebilangan kecil mereka yang ‘bodoh sombong’ namun perkara sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi di saat negara mereka dilanda bencana.
Agak melucukan melihat gelagat penduduk yang bertekad untuk berangkat ke Malaysia kononnya untuk berperang sedangkan tambang untuk ke Malaysia pun belum tentu mampu dibayar. Keluhuran dan keikhlasan Malaysia menghulurkan bantuan tidak disambut dengan hati yang terbuka, sebaliknya pesawat bantuan angkatan tentera disambut dengan balingan batu oleh sebilangan rakyat Indonesia yang tidak tahu erti berbudi, susu yang kita bagi tuba yang dibalas.
Rakyat Indonesia perlu membuka mata seluas-luasnya untuk menerima hakikat bahawa jangkaan beribu-ribu orang telah terbunuh manakala lebih 100,000 buah rumah musnah sama sekali akibat gempa bumi yang melanda Sumatera, Rabu minggu lalu.
Media Indonesia juga perlu ‘celik’ berita dan fakta bahawa Malaysia telah memainkan peranan yang amat besar dalam membantu Indonesia. Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mercy Malaysia misalnya telah menghantar ramai anggota perubatan untuk membantu mangsa gempa bumi.
Kita percaya banyak pihak di Malaysia akan tampil untuk membantu rakyat di Indonesia tanpa memikirkan apa yang diperlakukan terhadap kita kerana rasa kemanusiaan mengatasi pertimbangan emosi rakyat Indonesia.
Walaupun terdapat hanya beberapa kerat penduduk yang ‘bodoh sombong’ kononnya ingin menyerang kedutaan Malaysia dan Malaysia, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Indonesia. Media Indonesia tidak harus sama sekali menyiarkan berita tersebut seolah-olah menyimbah minyak petrol ke dalam api yang kecil sedangkan sebilangan besar rakyat Indonesia di Padang amat memerlukan bantuan dari Malaysia sebagai jiran yang paling dekat dan akrab.
Media dan rakyat Indonesia perlu bersyukur kerana hati orang Malaysia begitu murni untuk membantu. Semua bantuan yang dihulurkan atas dasar semangat 1 rumpun, 1 rantau, semangat setiakawan dan semangat kejiranan serta berlandaskan hubungan sesama manusia. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya.
Kita mungkin boleh sedikit berlapang dada dengan adanya sebilangan rakyat Indonesia yang menzahirkan ucapan terima kasih dan mengakui bahawa mereka selama ini salah tanggapan kerana dipesongkan oleh fahaman songsang tentang keluhuran rakyat Malaysia.
Ini bukanlah kali pertama Malaysia membantu rakyat Indonesia, mereka tidak sepatutnya lupa bencana tsunami yang melanda Aceh satu ketika dulu. Namun ibarat kacang lupakan kulit, budi yang kita tabur dilupakan walaupun di saat rakyat mereka berada dalam kesusahan.
Bendera Malaysia yang dibakar walaupun cetakan internet boleh menaikkan api kemarahan rakyat Malaysia. Perkara ini sepatutnya disedari oleh media, rakyat dan pemerintah Indonesia. Akal yang waras pastinya tidak dapat menerima gelagat mereka, dalam suasana sebilangan besar rakyat senegara menderita sengsara kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal.
Rakyat Indonesia perlu sedar bahawa Malaysia dan Indonesia adalah 1 rumpun dan 1 rantau serta saling memerlukan antara satu sama lain. Gagasan inilah yang direncanakan oleh Perdana Menteri untuk mencapai matlamat keamanan sejagat.
Dalam keadaan Sumatera masih bersedih akibat gempa bumi, mereka di Indonesia tidak seharusnya memikirkan isu remeh yang menampakkan seolah-olah mereka ‘membodohkan’ diri menolak bantuan dengan memusuhi orang yang ingin membantu kita.
Media Indonesia perlu melupakan sejenak agenda ‘politik peribadi’, mereka perlu mendidik segelintir rakyat yang masih berada di dalam ‘tempurung’ untuk keluar melihat kebenaran yang berlaku dan menyaksikan keikhlasan, kemurnian, ketelusan, ketabahan, keberanian, kegigihan serta pengorbanan rakyat Malaysia menggadaikan nyawa meninggalkan keluarga tercinta untuk membantu rakyat Indonesia.
Walaupun pemberian kita ikhlas tanpa mengharapkan balasan, cukuplah sekadar berterima kasih dan menghargai keikhlasan yang dihulurkan bukannya menyerang membuta tuli orang yang berbudi.
Kalau di Malaysia kita sudah tertanam dengan sikap mengenang jasa orang yang berbudi, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Di Indonesia barangkali mereka tidak punya peribahasa sebegitu sebab itulah mungkin rakyatnya bersikap kurang bahasa? - UM
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Kenapa UMNO pilih Isa III
Kesetian ibu-bapa aku kepada UMNO hancur berkecai bila Isa dipilih menjadi calon PRK N31 Bagan Pinang walaupun beliau didapati bersalah kerana rasuah.Adakah UMNO ketandusan calon yang berwibawa dan bersih? Berilah peluang kepada pelapis untuk menerajui UMNO.
Pemilihan Isa bermakna UMNO merestui PRK yang paling kotor dalam sejarah.Penipuan, rasuah dalam bentuk wang atau
bukan wang, sogokan akan menjadi modal UMNO untuk menang kali ini.
Sifat jijik UMNO ini sudah sebati sejiwa sukar untuk dikikis bukan lagi bersifat rakyat.
UMNO tidak perlu PAS, DAP atau PKR untuk menamatkan usianya. UMNO akan mati berangan.UMNO dah tenat.
Ibu- bapa aku dulu lantang bersuara memperjuangkan UMNO, tapi sekarang membisu kelu menunggu matinya UMNO.
Aku merayu kepada penduduk Bagan Pinang, demi masa depan UMNO,hanya kekalahan dapat mengembalikan UMNO ke landasan yang betul.
Pastikan UMNO kalah di Bagan Pinang.
Betul la mudz, aku teringin sangat nak masuk syurga Niky Ajeh. Tapi aku lagi suka masuk syurga Allah. Kalau orang tu dah bertaubat, kenapa kita nak riuh2 lagi. Yang paling risau ada calon PRK bersetuju dan bersubahat untuk berkawan dengan syaitan. Dari dulu sampai sekarang tak bertaubat2 lagi.
Jadi aku rasa marilah kita bersama2 mengundi Isa Samad.
Jangan marah....
PAS 4 all = Israel 4 all
www.israel4all.com
KERANA PARIAH NI NAMA NEGARA TERCEMAR.
UNDILAH BeerND!
Begitulah balasan manusia yang tidak perbah bersyukur dan berterima kasih..... inilah akan berlaku kepada rakyat Malaysia yang dipengaruhi pemimpin PAS, PKR yang tamak dan bernafsu serakah....
nak hantar batuan kemanusian pun semasa tsunami dulu pun KM Melaka dan rombongan ke pau rm 1000 oleh pegawai polis di sana . alasanya tak ada surat watikah dari presiden. inilah bangsa yang tak pernah sekali mengenang budi.
Catat Ulasan