Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Mac 22, 2015
Hudud: PKR ikut DAP, Presiden Pasma lepaskan jawatan dalam Pas?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk mengikut langkah DAP apabila tidak menyokong hasrat Pas membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Parlimen.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya dekat sini malam tadi yang diadakan bagi membincangkan secara khusus tentang rang undang-undang persendirian tersebut.
Menurut PKR, parti itu tidak dimaklumkan tentang kandungan rang undang-undang persendirian berkenaan kerana ia dicadangkan secara sebelah pihak tanpa pemberitahuan kepada parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.
PKR turut menyifatkan tindakan tersebut bercanggah dengan keputusan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu.
“Sekiranya rang undang-undang persendirian tersebut berkaitan dengan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip fiqh al-awlawiyyat, maslahat ummah dan maqasid syariah,” kata parti itu dalam kenyataan melalui laman Facebook milik Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Wan Azizah dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md. Akin, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Difahamkan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian tersebut kepada Parlimen Rabu lalu.
Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan secara sebulat suara kelmarin melibatkan 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas, 12 ADUN Barisan Nasional (BN) dan seorang ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Walau bagaimanapun, PKR seolah-olah cuba mengalihkan kontroversi yang bakal timbul ekoran keputusan tersebut dengan menyatakan Peraturan Tetap Dewan Rakyat menetapkan bahawa sebarang rang undang-undang hanya akan dibahaskan dengan restu kerajaan.
Parti itu menambah, setakat ini, tiada pemimpin tertinggi UMNO atau Barisan Nasional (BN) yang membuat kenyataan berhubung pendirian mereka terhadap rang undang-undang persendirian terbabit.
Phahrolrazi lepas jawatan dalam Pas
Sementara itu Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Phahrolrazi Zawawi percaya keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah membolehkan beliau bergerak aktif tanpa sebarang sekatan oleh parti.
Beliau berkata, keputusan itu adalah selaras dengan arahan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama Pas agar pemimpin parti tidak melibatkan diri dengan Pasma.
“Saya menghormati arahan itu. Kalau tidak, nampak macam saya tidak dengar arahan pula,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Phahrolrazi menolak pencalonan untuk mengekalkan beliau sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah namun masih mengekalkan keahlian dalam parti.
Jawatan tersebut diisi oleh Datuk Amiruddin Hamzah setelah beliau menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah, semalam.
Jelas Phahrolrazi, Pasma akan memberi tumpuan untuk meredakan ketegangan dalam pakatan pembangkang ekoran perbalahan tentang isu hudud.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Mac 20, 2015
Ketiadaan 'Anwar Peliwat' membuatkan nada keras PKR yang menuntut hukuman ke atas Pas berubah?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ketiadaan KETUMnya, Anwar Peliwat sekadar berupaya melahirkan rasa kesal dengan kedegilan Pas membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.
Jika sebelum ini, PKR dilihat senada dengan DAP sehingga mendesak Majlis Pakatan Pembangkang agar mengambil tindakan tegas menghukum Pas andai sekutunya itu tetap berdegil mahu membentangkan enakmen tersebut, kini nada disuarakan PKR mula kendur.
Paling tegas pun, parti itu hanya mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PKR, Roslan Puteh, supaya tidak menyertai perbahasan dan pengundian enakmen berkenaan di DUN Kelantan.
Sebaliknya, seperti biasa apabila tersepit dan tiada jalan untuk keluar daripada masalah yang menimpa pembangkang, PKR bertindak menyalahkan UMNO dengan menuduh parti terbesar orang Melayu itu bermuslihat dalam isu hudud yang mahu dilaksana Pas.
“PKR melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat pakatan yang bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati dan sekali gus bertentangan dengan muafakat bersama yang telah dicapai pada tahun 2011 mengenai perkara ini (pelaksanaan hudud).
“Sedang kami menghormati hak dan pendirian Pas Kelantan untuk membentangkan enakmen ini, adalah lebih afdal jika Kerajaan Kelantan juga menghormati persetujuan yang dibuatnya sebelum ini,” kata parti itu dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Bagaimanapun kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama enam lagi pemimpin tertinggi parti PKR yang lain itu tidak diwakili oleh pemimpin bukan Islam dalam parti berkenaan.
Enam pemimpin tertinggi PKR itu Timbalan Presiden, Azmin Ali; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md. Akin; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam pada itu, PKR menyifatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah tidak berlaku jujur semasa mesyuarat Majlis Pakatan Pembangkang mengenai pindaan yang mahu dibuat ke atas enakmen tersebut pada 8 Februari lalu.
Dakwa parti itu, Mohd. Amar sebelum ini memberitahu pindaan terhadap empat perkara hanyalah membabitkan ke atas enakmen yang diluluskan pada tahun 1993 tetapi apabila dibentangkan semalam, banyak tersasar daripada apa yang dimaklumkan sebelum ini.
“Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dengan enakmen asal tahun 1993, tetapi perkara itu tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh pakatan pembangkang pada tahun 2011 mengenai pelaksanaan hudud,” ujar parti berkenaan.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Mac 19, 2015
Apa sudah jadi dengan sesi ‘terjah’ Aznin?
Pendekatan ‘terjah’ yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bagi meninjau dan menyelesaikan permasalahan rakyat seperti sampah-sarap tidak dikutip disifatkan seperti hangat-hangat tahi ayam.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berkata, Mohamed Azmin dilihatnya seolah-olah mula mengabaikan janjinya sebelum ini yang mahukan masalah sampah diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) selewat-lewatnya penghujung Disember lalu.
Menurut Faekah, hasil pengamatannya terutama di sekitar Klang mendapati sistem kutipan sampah tidak cekap sehinggakan sampah bertaburan di tepi jalan sekali gus mengotorkan persekitaran selain menjijikkan pandangan.
“Apa ni? Sampah merata Jalan Penghulu Abu Bakar. Tiada yang terjah.
“Oh, tahan satu bulan sahaja sesi terjah ini,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.
Faekah turut memuatkan gambar-gambar sampah bertaburan di tepi jalan ke dalam akaun Twitter tersebut.
Mohamed Azmin Ali sebelum ini memberi masa tiga bulan kepada semua PBT untuk membersihkan sampah-sarap dalam kawasan pentadbiran masing-masing.
Menteri Besar juga memberikan nombor telefonnya kepada penduduk dan meminta mereka menghantar mesej kepadanya jika ternampak sampah belum dikutip.
Sementara itu, Faekah ketika dihubungi memberitahu, sudah hampir enam bulan Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar namun banyak isu terutama masalah kutipan sampah masih belum diselesaikan.
“Saya cuma nampak di kawasan yang saya sering lalu, tempat-tempat lain saya tidak pasti bagaimana keadaannya.
“Saya juga dimaklumkan oleh pembantu rumah yang sampah-sarap di depan rumah saya sudah dikutip selepas saya tweet.
“Mungkin perkara ini kebetulan sahaja tetapi mana boleh setiap kali tweet, setiap kali itulah baharu sampah dikutip,” tegasnya.
Beliau menambah, Mohamed Azmin tidak seharusnya memberikan sebarang tempoh masa untuk menyelesaikan sesuatu isu sekiranya tidak berupaya untuk menunaikannya.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Mac 18, 2015
Azmin - Hudud bukan 'our common policies'?
Sekadar gambar hiasan
SHAH ALAM - PKR hari ini menyifatkan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar bersama yang dipersetujui DAP serta Pas adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.
"Hadi pernah buat kenyataan terbuka bahawa Hudud tidak perlu disegerakan namun bukan bermakna kita tolak Hudud cuma ia bukan 'our common policies'.
"Dasar ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang pakatan persetujui sebelum ini perlu ditangani terlebih dahulu untuk kesejahteraan rakyat malah jika ini diberi keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, Mohamed Azmin menjelaskan PKR tetap menghormati hasrat Pas untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan, esok.
Sekadar gambar hiasan
Katanya, sebagai umat Islam, pihaknya tidak menolak hukum Hudud mahupun mana-mana hukum yang digariskan dalam al-Quran malah pernah menyatakan pendirian berkenaan dalam PR.
Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengingatkan parti di dalam PR supaya mendapatkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan sebelum memutuskan sesuatu perkara.
Menurutnya, pembentangan enakmen berkaitan hudud oleh kerajaan Kelantan merupakan satu pindaan dan bukan rang undang-undang baharu berikutan enakmen itu telah diluluskan pada tahun 1993, iaitu sebelum PR diwujudkan.
"Rang undang-undang yang dibawa dalam Dun Kelantan adalah pindaan enakmen 1993, ada empat perkara yang ingin dipinda dan kita hormati keputusan kerajaan Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun pada masa depan, sebarang cadangan baharu mesti dapat persetujuan PR," katanya.
Pada Jumaat lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri tetap akan membentangkan pindaan enakmen itu esok setelah berbincang dengan penasihat undang-undang negeri.
Menurut Mohd Amar, pihaknya mendapati tiada masalah untuk rang-rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan Dun walaupun Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo meminta Pas mempertimbangkan semula pindaan itu. - Bernama
Suara Politik
Belantan
Selasa, Mac 17, 2015
PAS kini setaraf MIC, sah lebih teruk berbanding zaman Asri?
Kejadian pukul terhadap Dr Dzulkefly Ahmad tempuh hari mengukuhkan lagi dakwaan keadaan PAS kini lebih teruk berbanding 1982 ketika bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda ditendang daripada PAS, kata pemimpin PAS.
Bahkan, ia kini setaraf, kalau tidak lebih teruk, dibandingkan dengan apa berlaku dalam MIC yang tidak mempunyai ideologi sedangkan PAS mengaku sebagai parti berasaskan Islam, kata penganalisis, pemerhati serta aktivis PAS sendiri.
PAS yang mengaku mengamalkan konsep kepimpinan ulama kini dilihat turut terlibat dalam kejadian ganas seperti memukul dan membakar harta benda membabitkan pimpinan parti selain menggunakan perkataan kesat dan kasar terhadap satu sama lain.
"Mereka (pemimpin PAS) selalu membaca surah Al-Hujurat yang bermaksud, 'apabila datang berita dari orang fasik, selidik dulu'. Tetapi ini tidak berlaku dalam amalan mereka," kata Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, pakar sejarah dari Universiti Malaya.
Dzulkefly yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat ketika bercakap dengan The Malaysian Insider sebelum ini berkata, pemimpin PAS selama ini menyerang Umno dengan mendakwa hati pemimpin dan pengikut parti itu tidak bersatu.
Beliau berkata, bekas presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor selalu membaca sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Hashr yang bermaksud: "Mereka nampak bersatu tetapi hati mereka sebenarnya berpecah".
"Ayat itu dulu digunakan Fadzil untuk Umno, kerana perpecahan dalam parti itu, tetapi sekarang ia pusing balik kepada PAS," katanya.
Bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar dalam ulasan spontan selepas apa yang berlaku kepada Dzulkefly yang dipukul dalam keretanya berkata: "Sebagaimana saya katakan, PAS sekarang sudah lebih teruk dari zaman Asri lagi."
Kamarudin yang kini ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkata, ia sangat menyedihkan dan melahirkan simpati yang amat sangat dengan apa yang menimpa rakannya itu.
"Mula-mula kereta Dr Hatta kena bakar, ini sekarang pukul Dr Dzul pula. Macam saya katalah, ini lebih teruk daripada zaman Asri," kata Kamarudin merujuk insiden kereta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dibakar pada 14 Februari.
Dzulkefly sebelum ini dipukul sekumpulan lelaki yang menyerang beliau dengan kayu di luar rumahnya di Shah Alam ketika beliau baru pulang selepas menunaikan solat subuh di masjid.
Beliau yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berdekatan selepas bibirnya pecah dan dahi kirinya bengkak.
Beliau membuat laporan polis di Shah Alam dan beberapa anggota polis datang ke rumahnya bagi membuat siasatan lanjut.
Dalam pesanan melalui Whatsapp selepas kejadian itu, Dzulkefly meminta semua rakannya berhati-hati dengan apa yang berlaku, "Be careful sahabat-sahabat semua".
Sebelum ini, Kamarudin berkata kepada The Malaysian Insider, beliau bimbang dengan keadaan PAS sekarang di mana budaya menangani perbezaan pandangan kini berubah.
Katanya, puak yang tidak sehaluan pendapat dalam PAS saling tegur menegur dengan cara yang tidak beradab.
Kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”, katanya.
Pada 1982, allahyarham Asri yang ketika itu Yang Dipertua PAS Pusat (nama jawatan presiden PAS ketika itu), meletakkan jawatan dalam parti itu ketika muktamar tahunan berlangsung, selepas ucapan dasar beliau ditolak perwakilan.
Kejadian itu juga disertai ejekan terhadapnya oleh kumpulan yang membencinya.
Sebelum kejadian itu, sayap Pemuda PAS bermuktamar di tempat berlainan dan meluluskan usul agar PAS menerima konsep "Kepimpinan ulama".
Dengan peletakan jawatan Asri, PAS memulakan era kepimpinan ulama dan kepimpinan parti itu diambil alih Yusof Rawa sementara Majlis Syura Ulama dibentuk sebagai badan yang tertinggi dalam PAS.
Ketika itu, Kamarudin merupakan seorang pengkaji politik yang bertugas sebagai pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sejak zaman Yusof, jawatan presiden PAS tidak pernah ditandingi dan mereka yang terpilih akan menang tanpa bertanding.
Sekarang, kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tercabar di samping konsep kepimpinan ulama dalam PAS.
Pada muktamar tahun lepas di Batu Pahat, perwakilan Pemuda PAS yang memakai jaket menyokong kepimpinan Hadi bangun meninggalkan dewan ketika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu memulakan ucapan perasmian.
Ketika perbahasan, pemimpin yang tidak sehaluan dicemuh dengan ejekan 'boo' manakala seorang yang bergelar ulama membaca doa dalam ucapannya, melaknat pimpinan PAS yang lain.
Dalam ucapan penangguhannya pula, Hadi menyifatkan dalam PAS ada barua dan meminta mereka yang tidak setuju dengan kepimpinannya "mencari tanah baru dan bina masjid baru dan jadi imam sendiri".
Ungkapannya itu disifatkan sebagai satu ucapan menghalau mereka yang tidak sehaluan agar keluar PAS. AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dalam satu bukunya bertajuk "Menuju PAS baru" menulis, PAS memerlukan tema baru selepas lebih 30 tahun menggunakan tema "Konsep Kepimpinan ulama".
Ini kerana, katanya, setiap sesuatu perkara berlaku ada lengkok tersendiri dan beliau percaya PAS perlu mencari pendekatan baru kerana lengkok "Kepimpinan ulama" sudah mendatar dan bakal turun.
PAS merupakan parti serpihan Barisan Nasional satu ketika dulu. Ia meninggalkan Umno pada 1951.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dalam komen spontan melalui akaun Facebooknya menolak apa yang menimpa Dzulkefly angkara orang dalam PAS.
Sebaliknya beliau berpendapat ada pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku dalam parti Islam itu.
"Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.
"Matlamat jahat mereka ialah memecahbelahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka," kata Suhaizan.
Sebelum ini, ketika kejadian melibatkan kereta Dr Hatta, Dzulkefly juga berkata beliau yakin kejadian tersebut angkara orang luar yang berniat jahat menimbulkan konflik dalaman PAS.
"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku," kata Dzulkefly kepada The Malaysian Insider.
Kejadian itu susulan tuduhan dalam satu demonstrasi di ibu pejabat PAS pada 8 Februari, mendakwa ahli Parlimen Kuala Krai itu menjadi dalang kepada usaha menjatuhkan Hadi.
Suara Politik
Belantan
Geng Anwarinas tidak ikut saranan Haron Din?
Saranan Mursyidul Am Pas baharu, Datuk Dr. Haron Din, agar kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan langsung tidak dihormati pemimpin Pas dari kumpulan pro-Anwarinas.
Sebaliknya, mereka menggesa lebih banyak kawasan yang akan bermesyuarat selepas ini tampil mengikut jejak Pas Kota Bharu iaitu dengan mencalonkan pemimpin untuk mencabar Abdul Hadi pada muktamar parti itu nanti.
Gesaan itu secara tidak langsung memberi gambaran seolah-olah suara Mursyidul Am Pas selaku ulama tertinggi dalam parti berkenaan sudah ‘tidak laku’ lagi kerana mereka lebih ghairah untuk menumbangkan Abdul Hadi.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan Pas Kota Bharu menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Presiden perlu dihormati kerana dibuat berdasarkan keputusan syura.
“Saya mengharapkan semangat dan prinsip ini diterima pakai oleh semua kawasan bagi membuktikan Pas mengamalkan syura untuk pencalonan dari kawasan-kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Haron dalam amanatnya selepas dilantik sebagai Mursyidul Am Pas baharu menegaskan bahawa seluruh ahli perlu mematuhi arahan Majlis Syura Ulama termasuk dalam soal mengekalkan Abdul Hadi sebagai Presiden.
Penegasan itu dibuat rentetan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang menjelaskan bahawa Presiden Pas tidak semestinya daripada kalangan ulama.
Kenyataan Khalid itu kemudiannya dibalas Abdul Hadi bahawa beliau sedia dicabar selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan Pas yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden perlu dipilih melalui muktamar.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mac 16, 2015
Batal perjanjian industri air : Kerajaan PKR Selangor bakal rugi besar?
Kegagalan untuk meneruskan perjanjian penstrukturan semula industri air di negeri ini akan menyebabkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bakal kehilangan peluang untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini telah mengaut keuntungan tidak munasabah dengan mengenakan tarif tinggi kepada rakyat akibat perjanjian penswastaan yang berat sebelah.
Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, kerajaan negeri berkemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan yang dilaksanakan sejak 2008 akibat kekurangan dana.
Selain itu, jelasnya, syarikat konsesi berpeluang menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus pada tahun ini seperti yang dibenarkan mengikut perjanjian penswastaan dan lebih buruk lagi, kerajaan negeri perlu membayar tunggakan kenaikan tarif sebanyak RM2 bilion kepada syarikat konsesi.
“Ini jelas menunjukkan kerajaan negeri akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak meneruskan rundingan dengan kerajaan Persekutuan.
“Saya amat berharap kepentingan rakyat diberi keutamaan dalam setiap tindakan serta keputusan selepas ini,” katanya dalam di sini hari ini.
Isnin lalu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air dengan kerajaan Pusat atas alasan perjanjian tersebut telah dilanggar dan tidak dipatuhi.
Abdul Khalid turut melahirkan rasa hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada syarikat konsesi Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash).
Jelasnya, tindakan tersebut bercanggah dengan usaha dan semangat rakyat Selangor untuk menjadi pemilik mutlak industri air di negeri ini apabila penstrukturan air dimuktamadkan.
“Saya khuatir tindakan kerajaan negeri ini akan mengakibatkan rakyat Selangor membayar lebih daripada jumlah yang dipersetujui sebelum ini iaitu RM9.65 bilion,” ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mac 15, 2015
Politik janggal Azmin Ali?
Ibarat beradu silat, Azmin Ali berjaya mengunci langkah pendahulunya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Abdul Khalid yang diangkat oleh pakatan pembangkang sebagai menteri besar paling bersih, cekap dan prorakyat dilayan seperti tidak ada meninggalkan sebarang legasi.
Nol, tiada warisan bernilai yang boleh dibanggakan. Inilah yang sekurang-kurangnya mahu digambarkan. Abdul Khalid yang pernah dipuja dan diagung-agungkan untuk memancing undi rakyat itu mahu dilupakan begitu sahaja, ibarat habis manis sepah dibuang.
Azmin bahkan sanggup 'memukulnya' semasa beliau sudah melangkah keluar daripada kerusi menteri besar. Pentadbiran Azmin mengambil langkah luar biasa apabila menarik balik pampasan RM2.6 juta lapan pegawai kanan Abdul Khalid termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), Faekah Husin.
Kerajaan negeri pimpinan Azmin menggunakan alasan pembayaran wang melalui Skim Pengasingan Bersama (MSS) dibuat secara salah dan tanpa mendapat kelulusan. Isu itu kini diselesaikan mengikut undang-undang.
Dengan kata lain, Azmin seperti mahu menyatakan Abdul Khalid yang menjadi seteru dalam PKR tidaklah bersih seperti diuar-uarkan. Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini dan pegawai-pegawai yang dilantiknya mahu digambarkan sebagai tidak amanah dan sanggup menggunakan wang rakyat untuk kepentingan diri.
Azmin seperti berjaya memberi gambaran itu. Langkah Abdul Khalid dan orang-orangnya terlihat benar-benar terkunci. Menangkis tuduhan pun seperti hilang daya apatah lagi untuk membuat serangan balas ke atas Azmin. Yang ada hanyalah sekali-sekala suara daripada Faekah bagi mempertahankan pentadbiran dahulu.
Yang dulu dianggap seperti bukan kerajaan PKR. Yang dulu dianggap seperti Kerajaan Abdul Khalid. Apa yang dibuat dahulu serba-serbinya salah. Yang dulu perlu diperbetulkan malah sampai ke peringkat dibatalkan.
Ini sama dengan tanggapan yang mereka mahu paksakan ke atas Kerajaan Persekutuan. Apa yang dilakukan Kerajaan Persekutuan semuanya dituduh berbau kronisme dan tidak menguntungkan rakyat.
Inilah yang berlaku ke atas Projek Lebuh Raya Damansara-Kinrara (Kidex) bernilai bilion ringgit yang dibangunkan untuk mengurangkan kesesakan teruk di kawasan itu. Projek kontroversi yang diuar-uarkan politikus pakatan pembangkang ada kepentingan politik UMNO itu dibatalkan.
Sia-sialah usaha Abdul Khalid yang menentang arus politik pakatan pembangkang terutama PKR dan DAP apabila meluluskan projek persekutuan itu. Yang menentang projek ini sebenarnya kelompok kecil tetapi mempunyai pengaruh dan mendapat sokongan ahli politik DAP. Projek ini pun mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Mangsa
Yang majoriti, kumpulan senyap akhirnya menjadi mangsa politik Azmin ini. Mungkin setelah menyedari hal itu dan mendapat teguran, Azmin seperti mahu berpatah balik apabila menyatakan projek berkenaan tidak dibatalkan.
Hanya kelulusan pembangunan yang dibatalkan. Kenyataan terbaharu Azmin itu menyebabkan rakyat biasa keliru. Dari satu segi beliau menggambarkan sanggup menggotorkan diri demi rakyat tetapi seringkali bertingkah sebaliknya dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa.
Tidak tahulah mungkin ‘rundingan semula’ sedang diatur. Peliknya kerajaan Azmin tidak pula memberikan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan. Yang mereka tahu batal sahaja tanpa melihat kesannya. Ada yang tersiratkah?
Isu Kidex belum selesai, Azmin terus mempertontonkan jurus janggal. Lagi-lagi keputusan yang dimuktamadkan antara kerajaan Abdul Khalid dahulu dengan Kerajaan Persekutuan dibatalkan.
Seperti juga Kidex, Azmin bertindak melulu dengan membatalkan perjanjian penstrukturan industri air dengan Putrajaya. Memang dari awal projek ini tidak mendapat sokongan penuh kepemimpinan PKR dan DAP.
Kebijaksanaan Abdul Khalid untuk memuktamadkan penstrukturan air Selangor termasuk mengambil alih syarikat konsesi dianggap sebaliknya oleh ahli politik pakatan pembangkang. Tidak tahulah nasib siapa sebenarnya yang mereka mahu perjuangkan.
Hujah Abdul Khalid bahawa perjanjian itu penting demi rakyat Selangor nampaknya tidak dikongsi oleh kerajaan negeri sekarang. Jika dahulu mereka marah kononnya dasar kerajaan bertukar apabila ada menteri baharu, kini mereka benar-benar melakukan hal berkenaan.
Tetapi di depan rakyat, Azmin menggunakan dalih demi rakyat sebagai hujah membatalkan projek penting berkenaan.
Atas kertas, keputusan ini hanya akan merugikan kerajaan negeri. Ini akan menyebabkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus. Tindakan itu juga bakal menutup peluang kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini didakwa mengaut keuntungan tidak munasabah atas kesusahan rakyat.
Tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, kerajaan Selangor berkemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan yang dilaksanakan sejak Jun 2008 kerana kekurangan dana. Jadi, apakah perhitungan sebenar Azmin? Sekali lagi Azmin mahu melakukan rundingan semula dengan Kerajaan Persekutuan.
Yang dapat kita lihat, ternyata Azmin tidak mahu kehebatan pentadbiran Abdul Khalid membayanginya. Sejarah peninggalan Abdul Khalid seperti lebuh raya dan penstrukturan air mahu ditulis semula.
Beliau mahu memahat nama sebagai menteri besar yang menyelesaikan masalah, punya pencapaian hebat berbanding menteri besar terdahulu. Cuma caranya janggal yakni, dengan menimbulkan masalah.-UMO
Suara Politik
Belantan
Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - Bonus 3 bulan, jangan pura-pura terperanjat?
Keratan akhbar China Press bertarikh 6 Mac 2015.
Akhbar China Press bertarikh 6 Mac 2015 menyiarkan artikel yang mengulas cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memberikan bonus sebanyak tiga bulan kepada ahli majlis dan kakitangannya.
Artikel yang ditulis oleh Lai Shaw Kwang bertajuk ‘Pegawai-pegawai tinggi jangan pura-pura berlakon jadi si pembayar cukai’ disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C23.
Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pihak pembangkang telah mencanangkan slogan ‘BN tidak tumbang, rakyat makan rumput’ yang telah berjaya menarik sokongan pengundi termasuk di Selangor untuk berpihak kepada mereka.
Rakyat percaya dan yakin, jika Selangor terus diperintah oleh pembangkang, tidak mungkin kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan membiarkan rakyat negeri berkenaan makan rumput ketika berlakunya kebuluran.
Mereka yakin Menteri Besar, Exco, ahli-ahli majlis perbandaran dan ketua-ketua kampung yang dilantik pakatan pembangkang akan bersatu hati untuk sama-sama makan rumput terlebih dahulu supaya baki makanan yang ada seperti ubi kayu dan keledek dapat dinikmati oleh rakyat.
Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila MBPJ memutuskan untuk memberi bonus sebanyak tiga bulan kepada lebih 90 peratus kakitangan pentadbiran mereka dengan nilai keseluruhan RM11 juta.
Semua pihak terkejut dengan keputusan itu kerana bajet MBPJ bagi tahun kewangan 2015 mengalami defisit sebanyak RM45.86 juta dengan nisbah sebanyak 14.07 peratus daripada keseluruhan belanjawan.
Tindakan terbaharu itu berbeza dengan kenyataan Yang Dipertua MBPJ sebelum ini bahawa pihaknya akan menggunakan dengan sebaik-baiknya dana yang ada untuk keperluan asas dan kebajikan rakyat.
Langkah MBPJ itu juga berbeza dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Walaupun mempunyai belanjawan stabil, MBSA bersikap lebih berhati-hati dan hanya mencadangkan dua bulan bonus kepada kakitangannya.
Persoalan yang ditimbulkan rakyat berhubung isu ini ialah kenapa ahli majlis yang merupakan penyokong pakatan itu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang tidak membantah cadangan berkenaan sehingga menyebabkan Menteri Besar, Azmin Ali terpaksa campur tangan dengan memutuskan hanya sebulan bonus sahaja boleh diberikan.
Adakah orang Pakatan Rakyat yang begitu ramai menjadi ahli majlis tidak tahu apa-apa? Kenapa mereka menjadi seperti kura-kura yang memasukkan kepala dalam cengkerangnya dan tidak berani tampil membantah pemberian bonus sebanyak itu?
Langkah ini membuktikan mereka tidak mempunyai rasa bertanggungjawab kepada rakyat. Janji-janji pilihan raya sebelum ini untuk mewujudkan kerajaan yang telus juga boleh diibaratkan seperti janji kosong atau cek tendang sahaja.
Jika benar pihak pembangkang masih komited dengan janji mereka untuk mengutamakan rakyat, maka semua ahli majlis berkenaan hendaklah menunjukkan keberanian untuk meminta maaf dan mengaku bersalah atau lebih baik lagi meletakkan jawatan.
Pegawai-pegawai tinggi Pakatan Rakyat jangan berpura-pura terperanjat dengan isu pemberian bonus oleh MBPJ ini sebaliknya hendaklah segera melantik ahli majlis baharu yang lebih amanah dan berkualiti.-UMO
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Mac 13, 2015
Kehakiman dihina, apa istimewa pembangkang?
Suasana di dalam dewan semasa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan bertitah merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen, 9 Mac lalu. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 9 April diikuti sidang Dewan Negara dari 13 hingga 28 April.
Di atas kertas, undang-undang Malaysia dalam banyak perkara diakui antara terbaik dan menyeluruh. Ini termasuk dalam hal berkaitan perlindungan kepada mahkamah daripada ditohmah secara sewenang-wenangnya.
Malah, perihal hakim juga dilarang daripada disentuh secara terbuka pada persidangan Dewan Rakyat. Imuniti Ahli Parlimen untuk bercakap apa sahaja dikecualikan daripada perkara ini melainkan terdapat usul khas.
Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Perkara 36 (8) menyebut dengan jelas larangan ini yang disandarkan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 127 mengenai sekatan perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim.
Namun realitinya, seperti mana dalam banyak hal, aspek pelaksanaan undang-undang sering menjadi tanda tanya kerana adakalanya tinggal di atas kertas.
Sesi perbahasan Sidang Dewan Rakyat yang bermula Selasa lalu menyaksikan institusi kehakiman dilemparkan pelbagai tuduhan terutama yang paling berat oleh Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).
Nurul Izzah berpeluang berucap, menuduh hakim Mahkamah Persekutuan yang mengendalikan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dibeli oleh syaitan hanya kerana mendapati bapanya bersalah.
“Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman.
“Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan,” kata Nurul Izzah yang menjelaskan ucapannya itu seperti apa dinyatakan Anwar.
Tuduhan sama ada oleh Nurul Izzah atau Anwar, sememangnya amat serius. Undang-undang jelas melarang tapi mereka tidak mempedulikannya. Biarpun bagi mempertahankan bapa sendiri, namun siapa yang boleh mengatasi undang-undang.
Sebab itu, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dengan lantang menyelar tindak-tanduk pembangkang yang hanya mahu menerima keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka tetapi akan menuduh yang bukan-bukan jika sebaliknya.
“Tak ada siapa yang kentut akan mengaku,” tegas Azalina dan ini membuatkan wakil pembangkang panas telinga terutama Nurul Izzah.
Hakikatnya, apa yang dilakukan pembangkang mempertikaikan keputusan hakim sesedap rasa politik bukan sahaja mengelirukan rakyat bahkan menjejaskan kewibawaan institusi kehakiman.
Sedangkan segala undang-undang dibuat melarang daripada membicarakan secara terbuka kelakuan hakim adalah bagi melindungi badan kehakiman yang menjadi satu daripada teras pemerintahan negara menerusi doktrin pengasingan kuasa.
Namun di mana tindakannya. Baik Anwar, Nurul Izzah atau wakil pembangkang lain menggunakan peluang perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi mencerca lima hakim terlibat demi menegakkan benang yang basah.
Kenapa penjenayah lain perlu menurut perkara ini tetapi tidak Anwar dan pembangkang? Hakim dicerca dengan pelbagai tohmahan. Apa istimewanya Anwar, anaknya dan sekutu mereka?
Sedangkan seperti kata Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang), semua tertakluk kepada prinsip tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang.
Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 ini akan berlangsung banyak minggu lagi, apakah akan terus dibiarkan wakil-wakil pembangkang terus ‘membelasah’ hakim-hakim terlibat.
Walaupun ada juga wakil pembangkang seperti seorang dua daripada Pas yang tidak pun menyentuh mengenai kes Anwar, namun yang lain tetap mengatakan mahkamah terlibat dalam konspirasi ke atas Ketua Pembangkang itu.
Dalam perkara ini, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang turut berbahas nampaknya lebih cermat dan cerdik. Beliau mengelak daripada beremosi sebaliknya menyentuh badan kehakiman secara umum iaitu soal meningkatkan imej.
Seperti kata Gobind, beliau menyedari Peraturan 36 (8) yang melarang hakim disentuh dalam ucapan pada Sidang Dewan Rakyat kecuali terdapat satu usul mengenainya.
Kepada wakil pembangkang yang lain, contohilah Gobind setidak-tidaknya. Matlamat semua melihat Parlimen Malaysia berada dalam kelas pertama, tetapi jika peraturan dewan tidak dihormati mereka sendiri, apa akan jadi dengan `dewan yang mulia'?
Selain itu, tinggalkanlah isu Anwar, hormatilah institusi kehakiman seperti mana menerima keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka. Berlaku adillah kepada semua termasuk mangsa.
Lagipun, serangan bertubi-tubi kepada hakim tanpa melalui satu usul khas yang ditetapkan peraturan dewan akhirnya membuang masa mereka yang sepatutnya menyuarakan lebih banyak isu rakyat dan masalah di kawasan.
Bukannya selepas Anwar, Anwar dan Anwar. Memang sampai kiamat pun tak akan habis sedangkan amanah pengundi lagi penting.-UMO
Suara Politik
Belantan
Zulkifli Noordin Buat Laporan Polis Tentang Kenyataan Nurul Izzah?
Bekas anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ekoran ucapannya di Parlimen Selasa lepas yang mempertikai penghakiman negara.
Zulkifli ketika dihubungi Bernama berkata kenyataan Nurul Izzah berhubung penghakiman dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan kes liwat bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lalu sebagai suatu kenyataan yang sarat dengan penghinaan.
Katanya kenyataan Nurul Izzah bukan lagi mengkritik atau menegur tetapi sudah menghina badan kehakiman, selain berbaur hasutan.
Zulkifli juga percaya kenyataan Nurul Izzah itu tidak dilindungi oleh kekebalan anggota Parlimen seperti diperuntukkan mengikut Perkara 63 Fasa (2) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, beliau berharap pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah dan memohon pihak pendakwa raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya ucapan anak sulung Anwar itu didapati melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948 – BERNAMA
Suara Politik
Belantan
Rabu, Mac 11, 2015
MH370: Paket kertas tisu ada logo MAS ditemui?
CANBERRA - Genap setahun kehilangan MH370 pada Ahad, penemuan bungkusan seperti kertas tisu tertera logo MAS oleh sepasang suami isteri di pantai Barat Australia diharap dapat merungkai misteri pesawat malang itu.
Memetik laporan Mail Online, kertas tisu itu sedang dianalisis bagi mengesahkan sekiranya ia dari pesawat malang berkenaan.
Nine News turut melaporkan penemuan bungkusan kecil itu yang masih belum dibuka di pantai Cervantes, Julai lalu oleh pasangan suami isteri terbabit.
Paket tertulis Malaysia Airlines itu dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan.
Pasangan berkenaan dipetik sebagai berkata, "ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa."
"Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya," kata pasangan itu.
Sementara itu, The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.
Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.
Suara Politik
Belantan
Dewan Rakyat : Status banduan?
Setakat ini Anwar Ibrahim telah mula menjalani hukuman penjara lima tahun setelah sabit kesalahan meliwat atau dalam bahasa Perkara 377(b) Kanun Kesiksaan (Penal Code) melakukan persetubuhan di luar tabii.
Seksyen ini terpakai dan berkuat kuasa semenjak tahun 1898 di Negeri-negeri Tanah Melayu (Malay States). Nas yang sama juga terpakai di England, Amerika Syarikat, India, beberapa negara Afrika yang ditadbir urus di bawah Common Law.
Keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan (mahkamah tertinggi di negara ini) sebulat suara mendapati Anwar melakukan persetubuhan di luar tabii.
Setelah berada di dalam penjara, penasihatnya yang menyebelahi beliau mengumumkan bahawa lantaran suatu rayuan pengampunan telah disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong maka hak keahlian Parlimennya masih berkuat kuasa, justeru – menurut mereka lagi – Anwar berhak hadir dalam sidang Dewan Rakyat, 9 Mac Isnin baru-baru ini. Pendapat ini salah dan bahaya besar kepada kedaulatan undang-undang dan kehakiman negara.
Penasihat Anwar berpendapat dengan mengemukakan dokumen yang didakwanya bersifat rayuan kepada Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kuat kuasa perintah dan hukuman Mahkamah Persekutuan itu berada dalam keadaan tergantung. Kononnya Anwar boleh hadir di Parlimen sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Jika ini dibiarkan bukan sahaja keputusan Mahkamah Persekutuan disia-siakan, peranan dan kuasa diraja juga turut disalah guna.
Beberapa pihak daripada pimpinan kerajaan juga mula mewarnai situasi ini dengan beberapa pandangan yang juga tidak mengukuhkan kedaulatan undang-undang, seolah-olah penghakiman Mahkamah Persekutuan itu boleh digantung tanpa tali semata-mata atas dakwaan bahawa pihak diraja kononnya ada kuasa berbuat sedemikian.
Sesuatu yang sudah terang dan jelas kini – cuba dikaburkan, seolah-olah sistem perundangan dan kehakiman di negara ini sudah hilang punca.
Agar pihak-pihak berkepentingan tidak melulu terus, amat wajar dua peruntukan Perlembagaan Persekutuan diteliti dan difahami. Pertama, Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyentuh kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimen seperti berikut:
48(1)(e) …seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu majlis Parlimen jika: (e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan…dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak dapat pengampunan bebas.
Di bawah Perkara 48(3) pula bahasanya ialah:
Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) Fasal (1) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula daripada tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau daripada tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan ke atas orang itu dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (f) Fasal (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara.
Pemerhatian dan penelitian tentang Per. 48(1)(e) ialah:
- Banduan telah disabitkan satu kesalahan oleh sesuatu mahkamah Persekutuan;
- Banduan dihukum pemenjaraan lima tahun (lebih dua tahun daripada syarat tempoh minimum di bawah Per. 48(1)(e).
- Banduan tidak dapat pengampunan bebas.
Pemerhatian dan penelitian kedua tentang Per. 48(3) pula ialah:
- Kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen di bawah Fasal 1(e) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
- Tetapi jika kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen di bawah Fasal 1(e) itu tidak dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong, kehilangan kelayakan sedemikian berterusan selama lima tahun.
- Perenggan (a), (b), (c), (d) dan (f) di bawah Per. 48(1) tiada kaitan dengan kes liwat Anwar. Yang berkaitan hanya dengan perenggan (e).
Sekiranya benar bahawa suatu rayuan bertulis telah dikemukakan oleh Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong perbuatan itu tidak mengubah atau menukar status sedia ada sehingga boleh menganggap Anwar tiba-tiba layak menghadiri sidang Parlimen jika Yang di-Pertuan Agong membatalkan kehilangan kelayakan itu.
Yang di-Pertuan Agong memang boleh membatalkan kehilangan kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen serta mengampunkannya sebagai peliwat atau atas kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii di bawah seksyen 377(b) Kanun Kesiksaan. Tetapi baginda hanya boleh membatalkan kehilangan kelayakan itu melalui prosedur yang lengkap di sisi undang-undang negara.
Anwar tidak boleh dibebaskan sekalipun untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat dengan hanya mengutus surat minta ampun. Ayat boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang ada dan diberi oleh Perlembagaan, namun ia tidak boleh dilakukan oleh baginda secara sewenang-wenang mengikut budi bicara baginda. Walaupun peranan mengampun adalah hak Yang di-Pertuan Agong namun baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali setelah menerima nasihat daripada Peguam Negara.
Kehendak Per. 42(11) Perlembagaan pula mewajibkan pematuhan tentang penubuhan dan operasi Jemaah Pengampunan yang ia hendaklah dilaksanakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong dan disertai antara lain oleh Peguam Negara dan, dalam kes ini, menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan. Sesuatu Jemaah Pengampunan itu hendaklah menerima apa-apa nasihat atau pandangan bertulis Peguam Negara.
Belum pernah berlaku atau dilakukan sesuatu pengampunan oleh Raja Berperlembagaan dalam tempoh yang kurang daripada dua tahun selepas jatuh hukum oleh sesuatu mahkamah. Dalam kes Anwar, beliau atau penasihatnya mahukan proses itu dijadualkan dalam tempoh hanya beberapa minggu selepas menjalani hukuman pemenjaraan.
Perundangan negara serta sistem yang terasas kepada Perlembagaan dan undang-undang di bawahnya menegakkan kedaulatan dan keteguhan negara dan keutuhan rakyat Malaysia sendiri. Mencabul ketentuan itu adalah bersifat menceroboh keadilan dan kenegaraan.-UMO
Suara Politik
Belantan
Selasa, Mac 10, 2015
Diana Danielle Beri Jawapan Sinis Isu Bercoli Di Instagram?
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan aksi berani pelakon dan juga isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle bergambar seksi hingga menampakkan bahagian dada.
Difahamkan pihak media cuba menghubungi dirinya untuk meminta komen namun tidak berjaya.
Tetapi Diana boleh dikatakan menjawab isu gambarnya itu menerusi Instagram dengan mengunakan kata-kata yang sinikal iaitu ‘Freedom Is Being You, Without Anyone’s Permission’ kalau di alih Bahasa Melayu ‘Kebebasan Adalah Hak Kamu, Tidak Perlu Meminta Kebenaran’.
Entahlah nampaknya tindakan Diana Danielle berani bergambar bercoli dan bersalut badannya dengan bendera Amerika Syarikat sememangnya mencetuskan tanda tanya ramai pihak.
Apa jua jawapan yang diberikan olehnya pasti akan mengundang 1001 persepsi negatif. Kita memang tiada hak untuk menghukum tetapi kita digalakkan untuk menegur sekiranya sesuatu perbuatan itu boleh mengundang kontroversi.
Jadi kepada Diana Danielle, jawapan daripada mulut anda memang dinantikan semua orang, kalau Diana itu adalah orang biasa pun terkena juga dengan tohmahan negatif apatah lagi anda seorang selebriti lebih dikenali ramai, apa-apa pun beringat sebelum terkena yaa…!!!
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mac 09, 2015
Aksi Seksi 'Berani Mati' Diana Danielle Bikin Gempar Satu Malaya?
Gambar Dania Danielle dalam sebuah majalah yang disebarkan melalui internet dan sosial media.
Dunia hiburan tanah air agak gempar hari ini apabila dikejutkan dengan penyebaran beberapa keping foto seksi dan berahi pelakon Diana Danielle.
Namun, dalam banyak-banyak gambar tersebut, ada sekeping foto yang menjadi perbualan hangat menerusi laman sosial yang mana isteri kepada pelakon Farid Kamil itu hanya memakai baju dalam dan dibaluti dengan bendera Amerika Syarikat.
Khabarnya, Diana menjalani sesi fotografi bersama majalah Esquire Malaysia bagi keluaran bulan ini. Tindakannya yang ‘berani mati’ mendedahkan tubuh itu mendapat kritikan hebat daripada pelbagai, pihak ditambah lagi dengan statusnya sebagai seorang ibu.
Dalam sesi fotografi itu, Diana hanya mengenakan t-shirt hitam dan berseluar pendek hingga menampakkan pehanya selain satu lagi gambar yang terlihat mengenakan baju dalam berwarna hitam.
Wartawan akhbar cuba menghubungi Diana sendiri bagi menjawab isu tersebut, namun percubaan itu menemui kegagalan.
Malah, usaha untuk cuba menghubungi pengurusnya, Fadzil Zahari, Farid dan ibunya turut dilakukan, namun ke semua mereka turut gagal untuk dihubungi.
Dalam pada itu, Diana ada memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya yang tertera ‘Freedom is being you, without anyone’s permission’.
Ia seolah-olah menunjukkan Diana sendiri sedar foto-foto tersebut akan dimuat naik dan menjadi viral di semua medium sosial. Rata-rata melontarkan komen negatif terhadap pelakon berusia 24 tahun ini.-UMO
Suara Politik
Belantan
MH370: 'Saya tahu apa yang saya ternampak'?
Suri rumah Raja Dalelah Raja Latife masih kekalkan kenyataan bahawa dia ternampak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di laut dalam penerbangannya balik dari Jeddah, setahun lalu.
Menurut laporan berita The Star Online, Raja Dalelah, 54 tahun berkata telah ternampak objek besar yang menyerupai ekor dan sayap sebuah pesawat di perairan dari Pulau Andaman apabila dia terbang kembali ke Kuala Lumpur selepas menunaiklan haji di Mekah, pada 8 Mac, 2014.
Warga Johor ini masih menegaskan pendiriannya walaupun kenyataannya dikecam oleh juruterbang-juruterbang berpengalaman yang berkata ia mustahil untuk ternampak sesuatu di permukaan bumi apabila dilihat dari satu altitud 10,700m.
Sejak hari itu, Raja Dalelah telah membuat dua laporan polis mengenai apa yang dia ternampak - laporan pertama adalah sebaik sahaja dia kembali ke Malaysia ketika pasukan pencarian melancarkan operasi pencarian di Laut China Selatan berhampiran Vietnam. Dia membuat satu lagi laporan pada 17 Mac, selepas digalakkan oleh keluarganya. Pada waktu itu, seluruh dunia telah tahu bahawa kapal terbang MH370 telah berputar berbalik dan terbang di kawasan Selat Melaka dan juga di Lautan India.
Pada 8 Mac, Raja Delalah telah berlepas dari Jeddah melalui penerbangan SV2058 pada 3.30 pagi masa Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan enam jam ke dalam penerbangan, dia ternampak sesuatu yang aneh ketika melintas the Lautan India selepas terbang melepasi Chennai, India.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mac 08, 2015
Sudah setahun hilangnya MH370?
Sudah setahun misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berlalu tetapi jawapan mengenai situasi sebenar menimpa pesawat malang tersebut masih tidak diketahui walaupun berdepan dengan begitu banyak spekulasi dan teori konspirasi.
Tetapi apa yang nyata adalah kehilangan MH370 dianggap sebagai isu geopolitik yang menarik perhatian global kerana peristiwa ini bukan sahaja melibatkan komuniti penerbangan malah keseluruhan masyarakat antarabangsa.
Kejadian yang menimpa MH370 berbeza sedikit dengan peristiwa pesawat MH17 yang juga dianggap sebagai pertembungan geopolitik kuasa besar di mana Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) di satu pihak saling menuding jari dengan Rusia.
Walaupun secara hakikatnya hanya tiga negara utama iaitu Malaysia, Australia dan China yang terbabit secara langsung dalam isu MH370, tetapi oleh kerana ia diselubungi dengan misteri maka tahap kepayahan geopolitiknya dianggap lebih mencabar berbanding isu MH17.
Setiap langkah dan keputusan yang dibuat sama ada oleh Kuala Lumpur, Canberra atau Beijing akan menerbitkan berbagai interpretasi kerana semua pihak tidak arif dengan perkara sebenar yang menimpa MH370.
Beberapa minggu selepas peristiwa yang bermula pada 8 Mac 2014, Kuala Lumpur sebagai negara bermulanya penerbangan MH370 dituduh cuba menyembunyikan sesuatu apabila kawasan pencarian yang asalnya berkisar di Laut China Selatan beralih pula ke Laut Andaman dan Selat Melaka.
Begitu juga apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman pada 24 Mac 2014 bahawa penerbangan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi, timbul sekali lagi syak wasangka wujudnya konspirasi kehilangan MH370.
Seorang artis India, Sudarsan Pattnaik mengukir bentuk sebuah kapal terbang bagi memperingati tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan AirAsia QZ8501 di Golden Sea Beach, Puri.
Setiap keputusan yang dibuat walau bagaimana sukar hanya mempunyai satu niat iaitu untuk merungkai misteri kehilangan pesawat dan yang paling penting adalah untuk meyakinkan keluarga penumpang bahawa segala usaha telah dilakukan oleh ketiga-tiga negara terbabit.
Sebab itu, pada 29 Januari lalu Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan secara rasmi bahawa MH370 telah menemui kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.
Kenyataan tersebut yang dikeluarkan mengikut peruntukan penerbangan awam antarabangsa bertujuan memudahkan keluarga mangsa membuat tuntutan insurans tetapi disalah erti sebagai isyarat bahawa usaha pencarian di Lautan Hindi akan diberhentikan dalam masa terdekat.
Sebab itu, ditafsirkan geopolitik MH370 begitu sukar dihadapi kerana niat yang baik begitu mudah disalah tafsir. Menjelang genap setahun misteri kehilangan MH370, pemimpin ketiga-tiga negara terbabit bakal berhadapan dengan keputusan yang sukar kerana misi pencarian akan tamat pada penghujung Mei akan datang.
Setakat ini, sebanyak 40 peratus dari keseluruhan 60,000 kilometer (km) persegi kawasan pencarian utama telah diterokai tetapi misteri yang bermula setahun lepas tetap kekal dengan status tersebut sehingga hari ini.
Kuala Lumpur, Canberra dan Beijing perlu membuat keputusan sama ada perlu meneruskan pencarian melampaui keluasan 60,000 km persegi atau pun menamatkannya kerana ia melibatkan masa dan kos yang agak tinggi.
Pada ketika ini, Malaysia dan Australia menanggung kos pencarian sama rata di antara kedua-dua negara. Beberapa hari lepas, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa perbincangan sedang dijalankan di antara ketiga-tiga negara untuk membuat keputusan sama ada misi pencarian perlu ditamatkan dalam masa beberapa minggu akan datang.
“Keputusan perlu diambil sama ada misi wajar diteruskan di kawasan pencarian seluas 1.1 juta meter persegi jika tiada apa yang ditemui. Perbincangan berhubung tindakan selanjutnya sudah dimulakan, termasuk kemungkinan pencarian dihentikan,” kata beliau.
Betapa sensitifnya isu pencarian MH370 kerana sehari selepas itu jurucakap pejabat Timbalan Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan balas yang berbeza dengan menegaskan ketiga-tiga tidak negara tidak berhasrat untuk menamatkan operasi mencari MH370.
Walaupun penumpang rakyat Australia hanya berjumlah enam orang berbanding China dan Malaysia masing-masing dengan 153 dan 38 penumpang, isu ini merentasi kepentingan semua negara yang terlibat.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dilaporkan akan membuat kenyataan khas dalam persidangan Parlimen sempena genap satu tahun dan diberitakan juga kesemua keluarga enam penumpang rakyat Australia dijemput khas untuk turut serta.
Kemungkinan besar kenyataan yang akan disampaikan pada hari ini (Khamis) berkisar kepada usaha Canberra dalam misi pencarian dan strategi ini penting untuk meyakinkan bukan sahaja rakyat sendiri tetapi juga semua negara terlibat bahawa segala usaha sedang dilaksanakan untuk merungkai misteri ini.
Begitu juga dengan Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada Isnin depan berkemungkinan bakal menyentuh isu MH370 kerana adsokongan moral secara berterusan perlu dihulurkan kepada keluarga penumpang dan untuk meyakinkan mereka bahawa usaha pencarian tetap diteruskan sedaya yang termampu oleh kerajaan.-UMO
Suara Politik
Belantan
Khamis, Mac 05, 2015
Mengapa Mufti Perlis fobia dengan Ustaz Kazim?
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.
Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.
“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.
“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.
“Saya akan membuat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.
Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.
Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.
Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.
“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.
Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah menggambarkan dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.
“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Mac 03, 2015
Pengajaran berguna buat Lim Guan Eng daripada komuniti Cina Chew Jetty?
Minggu lalu isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak dijemput menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Chew Jetty menjadi perbualan hangat masyarakat Cina di negeri ini.
Ramai yang melahirkan rasa hairan mengapa Guan Eng tidak dijemput sebagai tetamu khas dalam sambutan yang berlangsung penuh meriah di Weld Quay itu.
Sedangkan sejak DAP memerintah negeri ini pada 2008, beliau dan barisan Exco kerajaan negerinya tidak pernah terlepas menghadiri sambutan perayaan itu saban tahun.
Lebih membuatkan ramai tertanya-tanya apabila kedudukan Guan Eng sebagai tetamu khas dalam majlis itu digantikan Pengerusi MCA negeri, Datuk Chew Mei Fun dan Pengerusi Gerakan negeri, Teng Chang Yeow.
Situasi itu sudah semestinya satu tamparan hebat kepada Guan Eng kerana dari sudut pengaruh dan populariti, Ketua Menteri berkenaan nampaknya bukan lagi menjadi pilihan utama seperti tahun-tahun sebelum ini.
Maka tidak hairanlah apabila Ahli Parlimen Tanjong daripada DAP, Ng Wei Aik membuat kenyataan seolah-olah merajuk dan kecewa dengan tindakan persatuan itu tidak menjemput mereka.
Wei Aik sendiri pastinya lebih berasa terpinggir kerana beliau ialah wakil rakyat di kawasan itu tetapi turut tidak dijemput menghadiri perayaan besar-besaran tersebut.
Komuniti Chew ini antara masyarakat Cina terawal di negeri ini yang membuka penempatan di atas air di Pengkalan Weld.
Selain komuniti Chew, terdapat kira-kira lapan lagi komuniti masyarakat Cina di kawasan itu mengikut nama keluarga dengan ada daripadanya tidak lagi wujud kerana penempatan mereka dimusnahkan.
Komuniti Chew ini lebih besar dan paling popular sama ada dalam kalangan masyarakat tempatan atau pelancong.
Dengan kedudukan itu, tiada siapa boleh menafikan masyarakat Chew mempunyai pengaruh penting dalam landskap politik kaum Cina di negeri ini.
Namun untuk menyimpulkan apa yang berlaku itu sebagai isyarat perubahan masyarakat Cina di negeri ini pastinya sesuatu yang sangat bercita-cita besar. Tetapi apa yang berlaku itu boleh dilihat dari sudut positif bahawa pengaruh DAP bukanlah selamanya kekal dalam kalangan masyarakat Cina di negeri ini.
Apatah lagi banyak dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang semakin tidak disenangi komuniti Cina.
Masyarakat Cina Chew Jetty juga difahamkan tidak berpuas hati dengan kenaikan cukai tanah yang dikenakan kerajaan negeri.
Isu-isu lain adalah kenaikan pelbagai caj terhadap penduduk seperti tarif air.
Isu kenaikan pelbagai caj ini sebenarnya bukanlah semata-mata kerana faktor bebanan kewangan kepada penduduk. Tetapi lebih kepada bagaimana DAP memungkiri janji mereka kepada rakyat sebelum mengambil alih pentadbiran negeri ini.
Isu ketiadaan rumah mampu milik juga semakin kritikal di negeri ini sedangkan projek komersial mewah silih-berganti diluluskan kerajaan negeri.
Nasib penduduk yang dihalau dari penempatan mereka bagi memberi laluan kepada projek pembangunan juga gagal diatasi sehingga kini.
Dalam isu sambutan perayaan Tahun Baharu Cina masyarakat Chew itu misalnya, meskipun Pengerusi Persatuan Chew Jetty, Chew Hock Ean seboleh-bolehnya menafikan kehadiran Mei Fun dan Chang Yeow adalah atas dasar politik, namun sesiapa pun boleh membuat andaian ke arah mana kecenderungan politik persatuan masyarakat Cina itu selepas ini.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mac 02, 2015
Lagi kisah di Kelantan - Dirogol dalam bilik kosong di pasaraya?
Sekadar gambar hiasan
KOTA BHARU - Seorang remaja perempuan menjadi mangsa kerakusan lelaki hidung belang dalam kejadian rogol di sebuah pasar raya Rabu lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun yang baru berkenalan dengan teman lelakinya sejak dua bulan lalu melalui aplikasi Wechat dirogol di sebuah bilik kosong di pasar raya terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, remaja berkenaan bersetuju untuk bertemu teman lelakinya di sebuah pasar raya selepas waktu sekolah.
“Remaja perempuan itu pada mulanya ditemani dua rakan perempuan namun mereka meninggalkan dia bersama teman lelakinya itu.
"Suspek kemudian bertindak menarik mangsa dalam bilik kosong pasar raya terbabit dan menyebabkan mangsa tidak dapat lawan memandangkan teman lelakinya itu mengunci pintu,” katanya.
Akibat kejadian itu mangsa bergaduh dengan teman lelakinya pada Jumaat lalu dan lelaki itu mengugut untuk menyebarkan gambar mangsa yang tidak berpakaian.
“Takut dengan tindakan lelaki itu, mangsa terus menceritakan hal itu kepada ibu saudaranya dan cerita itu disampaikan kepada ibu dan ayah mangsa.
“Dalam kes ini, kita berjaya menahan suspek pada Jumaat lalu dan dia menjalani tahanan reman sehingga 5 Februari ini," katanya.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Februari 28, 2015
Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - DAP “CEMARI” TAHUN BAHARU CINA?
Keratan akhbar China Press bertarikh 25 Februari 2015.
Akhbar China Press bertarikh 25 Februari 2015 menyiarkan artikel yang menyentuh mengenai tindakan dua ahli DAP yang mencetuskan kontroversi apabila memuat naik beberapa keping gambar mereka berjudi di tempat terbuka dan membakar mercun dalam Facebook semasa perayaan Tahun Baharu Cina, baru-baru.
Artikel bertajuk ‘Bermula sahaja Tahun Baharu Cina DAP sudah berkulat’ ditulis oleh Lim Eng Theng itu disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C17.
Kontroversi tercetus setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Eddie Ng Tien Chee dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lai Wai Chong cuba mewajarkan tindakan mereka, biarpun secara terang-terangan telah melanggar undang-undang dan peraturan.
Mengaku gambar itu adalah dirinya, Wai Chong menganggap pembakaran mercun tidak harus dijadikan satu kesalahan, lebih-lebih lagi aktiviti itu akan memeriahkan lagi suasana perayaan Tahun Baharu Cina.
Hakikatnya, beliau terlepas pandang bahawa jika pihak berkuasa memberi kelonggaran itu, permintaan mercun di pasaran meningkat, sekali gus mendorong banyak simpanan stok mercun.
Padah dapat dilihat apabila sebuah kedai runcit di Pangsapuri Emas, Butterworth, Pulau Pinang yang menyimpan pelbagai jenis bunga api dipercayai untuk dijual sempena Tahun Baharu Cina musnah terbakar pada 8 Februari lalu.
Kebakaran kedai runcit yang terletak di tingkat bawah bangunan lima tingkat dalam kejadian pukul 11.31 malam itu turut menyebabkan tiga motosikal di hadapan kedai terbakar, selain tiga buah rumah yang berada di tingkat atas kedai runcit mengalami keretakan.
Penulis menyifatkan Wai Chong tidak bersikap matang apabila hanya memikirkan keseronokan tanpa mengambil kira kesan mudarat dan bahaya kepada orang awam akibat kelonggaran diberi kepada masyarakat itu untuk bermain mercun secara berleluasa.
Berbanding Wai Chong, Tien Chee pula berhasrat untuk mengambil tindakan saman malu terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya ekoran penyebaran gambar dirinya yang berjudi secara terbuka.
Lebih mengelirukan orang ramai, beliau sendiri tidak dapat mengesahkan bahawa dalam gambar itu adalah dirinya biarpun mengaku pernah terlibat dengan perjudian beramai-ramai.
Pada hemat penulis, sebagai seorang ADUN, Tien Chee perlu menjaga imej wakil rakyat sebagai sebahagian pendokong undang-undang. Tindakannya itu jelas menjejaskan DAP dan parti itu sewajarnya mengenakan tindakan disiplin, biarpun pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.-UMO
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Februari 27, 2015
Anwar didakwa rancang guling Abdul Hadi?
Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dikatakan merancang untuk memastikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi menerajui parti itu selepas muktamar Jun ini.
Pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa, tindakan itu dilakukan kerana Abdul Hadi tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan mahkamah terhadapnya.
Menurut beliau, Anwar memerlukan sokongan Pas untuk menggerakkan Reformasi 2.0 atau demonstrasi jalanan seperti yang pernah dimulakannya pada 1998.
“Tanpa Pas, Reformasi 2.0 akan gagal kerana Anwar tidak berupaya menggerakkan penunjuk perasaan seperti yang dilakukannya pada 1998 yang mana sebahagian besar daripada peserta demonstrasi merupakan penyokong Pas,” katanya dalam entri bertajuk Will Anwar’s Strategy Work? di laman blog beliau (http://www.malaysia-today.net) hari ini.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan terakhirnya berhubung kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Raja Petra turut mengaitkan kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dengan usaha membantu Anwar menjalankan gerakan menyingkirkan Abdul Hadi.
Beliau berkata, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 yang dijadualkan berlangsung Jun ini bakal menjadi penentu sama ada Abdul Hadi kekal sebagai Presiden parti itu atau sebaliknya.
“Sekiranya mereka berjaya menyingkirkan Abdul Hadi, gerakan Reformasi 2.0 mungkin dapat dilaksanakan.
“Sebaliknya, jika usaha itu gagal, Anwar tentu berharap beliau mendengar nasihat pakar-pakar strategi politiknya supaya meneruskan gerakannya dari luar negara sejak awal lagi,” jelasnya.
Selain sokongan Pas, Raja Petra menambah, gerakan Reformasi 2.0 juga bergantung kepada sokongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dari segi pembiayaan kewangan.
“Namun, ada khabar angin mengatakan Mohamed Azmin belum mengesahkan kesediaannya untuk membiayai gerakan Reformasi 2.0.
“Oleh kerana itu, Anwar masih belum memberi restu terhadap cadangan melantik Mohamed Azmin sebagai Ketua Pembangkang yang baharu,” ujarnya.
Menurut beliau, jawatan Ketua Pembangkang akan diberikan kepada pemimpin pembangkang yang lain sekiranya Mohamed Azmin enggan menyalurkan peruntukan kewangan untuk gerakan tersebut.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Februari 26, 2015
RAKAMAN SUARA MAT SABU RANCANG GULINGKAN PRESIDEN PAS DAN ULAMA TERSEBAR?
Kumpulan penyokong ulama dan presiden PAS hari ini mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat Mohamad Sabu untuk menjelaskan kembali serangan ke atasnya.
Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi menamakan audio itu sebagai bukti rakaman timbalan presiden PAS itu sedang memberikan taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ini serangan kedua selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menjadi sasaran pendedahan perbincangan dalam aplikasi Whatsapp yang mendedahkan kononnya beliau dalang dalam usaha menjatuhkan Hadi, tetapi ahli Parlimen Kuala Krai itu menafikannya dan mendesak siasatan dibuat.
Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.
Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan.
"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di’deny’ (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.
Suara itu seterusnya meminta penjelasan dibuat ke peringkat bawah, ”Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang kemungkinan menjadi perwakilan."
Transkrip rakaman itu turut menyatakan, ”Mereka tidak boleh menerima bila saya kata itu adalah pendapat peribadi. Saya kata ialah, bila Syura keluar dari pandangan mesyuarat, itu pandangan peribadi. Keputusan mesyuarat itu adalah keputusan jemaah."
Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan adalah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang mereka lakukan.
Sebelum ini, laman Facebook tersebut membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Dr Hatta dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS.
Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga ketua dewan ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum itu. – SUMBER
Suara Politik
Belantan
Keluarga Anwar dengan rasa tak malunya muncul di Istana Negara?
Jika sebelum ini ketika PRU ke-13 yang lalu Wan Azizah dan Anwar mengajak rakyat untuk menolak KETUANAN MELAYU, tapi sekarang dengan muka selamba Wan Azizah anak beranak mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan kes liwat!
Tindakan keluarga Anwar Ibrahim boleh disifatkan ibarat ‘menjilat ludah sendiri’ dan ‘cakap tak serupa bikin’.
Anggota keluarga Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II. Mereka muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang semalam bagi mengemukakan permohonan itu.
Seorang anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara itu.
"Satu rayuan untuk mendapatkan Pengampunan Yang di-Pertuan Agong sudah dikemukakan.
"Mahkamah mungkin menjatuhkan hukuman bersalah namun bapa kami dan keluarga kami tetap menyatakan bahawa beliau tidak bersalah.
"Selari dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kami berharap agar institusi diraja akan memberi pengampunan atas nama keadilan dan berdasakan semua fakta.
"Kami juga akan meneruskan sehabisnya apa jua cara yang diperuntukkan bagi rakyat negara ini," kata Nurul Nuha dalam kenyataannya.
Pihak Istana Negara juga mengesahkan kehadiran anggota keluarga Anwar pada hari ini.
Menurut laporan Bernama, permohonan itu dikemukakan melalui petisyen mengikut Peraturan 113, Peraturan Penjara 2000.
Peruntukan itu memberi peluang kepada banduan untuk mengemukakan petisyen berkenaan seberapa segera selepas sabitan dan seterusnya selepas tiga tahun dan selang dua tahun selepas itu.
Sementara itu, satu kenyataan yang dikeluarkan parti tersebut petang ini menegaskan bahawa ia merupakan keputussan anggota keluarga itu sendiri.
"Permohonan rayuan pengampunan ini dibuat oleh ahli keluarga, bukan oleh Anwar Ibrahim atau parti," kenyataan itu dipetik.
Sekiranya Anwar tidak memohon pengampunan, kerusi Permatang Pauh yang disandangnya bakal diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Februari 25, 2015
Masih lagi di Kelantan...!!! Rogol anak saudara hingga hamil?
Sekadar gambar hiasan
KOTA BHARU – Seorang lelaki kudung yang merogol anak saudaranya hingga hamil menerima hukuman penjara 17 tahun serta 10 sebatan oleh mahkamah sesyen.
Hukuman lelaki berusia 56 tahun diputuskan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas dia mengaku merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Dabong, Kuala Krai antara jam 2 dan 4 pagi, Julai 2013.
Sinar Harian melaporkan, mangsa dikatakan pergi ke rumah ibu saudara untuk melawat wanita berkenaan dan bermalam di sana. Suami wanita tersebut dilaporkan turut sama berada di dalam rumah. Ketika tidur, tertuduh mengambil kesempatan dengan merogolnya dan memberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada orang lain.
Takut dengan amaran tersebut, mangsa berdiam diri dan tidak memberitahu sesiapa.
Mangsa kemudian hamil dan menyembunyikan kehamilannya sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 Mei 2014 dan semua perkara in terbongkar semasa mangsa melahirkan bayi tersebut.
Selepas laporan dibuat, tertuduh ditahan dan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi berkenaan.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)









































