Ahad, Mac 15, 2015

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina - Bonus 3 bulan, jangan pura-pura terperanjat?

Keratan akhbar China Press bertarikh 6 Mac 2015.

Akhbar China Press bertarikh 6 Mac 2015 menyiarkan artikel yang mengulas cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memberikan bonus sebanyak tiga bulan kepada ahli majlis dan kakitangannya.

Artikel yang ditulis oleh Lai Shaw Kwang bertajuk ‘Pegawai-pegawai tinggi jangan pura-pura berlakon jadi si pembayar cukai’ disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C23.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pihak pembangkang telah mencanangkan slogan ‘BN tidak tumbang, rakyat makan rumput’ yang telah berjaya menarik sokongan pengundi termasuk di Selangor untuk berpihak kepada mereka.

Rakyat percaya dan yakin, jika Selangor terus diperintah oleh pembangkang, tidak mungkin kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan membiarkan rakyat negeri berkenaan makan rumput ketika berlakunya kebuluran.

Mereka yakin Menteri Besar, Exco, ahli-ahli majlis perbandaran dan ketua-ketua kampung yang dilantik pakatan pembangkang akan bersatu hati untuk sama-sama makan rumput terlebih dahulu supaya baki makanan yang ada seperti ubi kayu dan keledek dapat dinikmati oleh rakyat.

Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila MBPJ memutuskan untuk memberi bonus sebanyak tiga bulan kepada lebih 90 peratus kakitangan pentadbiran mereka dengan nilai keseluruhan RM11 juta.

Semua pihak terkejut dengan keputusan itu kerana bajet MBPJ bagi tahun kewangan 2015 mengalami defisit sebanyak RM45.86 juta dengan nisbah sebanyak 14.07 peratus daripada keseluruhan belanjawan.

Tindakan terbaharu itu berbeza dengan kenyataan Yang Dipertua MBPJ sebelum ini bahawa pihaknya akan menggunakan dengan sebaik-baiknya dana yang ada untuk keperluan asas dan kebajikan rakyat.

Langkah MBPJ itu juga berbeza dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Walaupun mem­punyai belanjawan stabil, MBSA bersikap lebih berhati-hati dan hanya mencadangkan dua bulan bonus kepada kakitangannya.

Persoalan yang ditimbulkan rakyat berhubung isu ini ialah kenapa ahli majlis yang merupakan penyokong pakatan itu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang tidak membantah cadangan berkenaan sehingga menyebabkan Menteri Besar, Azmin Ali terpaksa campur tangan dengan memutuskan hanya sebulan bonus sahaja boleh diberikan.

Adakah orang Pakatan Rakyat yang begitu ramai menjadi ahli majlis tidak tahu apa-apa? Kenapa mereka menjadi seperti kura-kura yang memasukkan kepala dalam cengkerangnya dan tidak berani tampil membantah pemberian bonus sebanyak itu?

Langkah ini membuktikan mereka tidak mempunyai rasa bertanggungjawab kepada rakyat. Janji-janji pilihan raya sebelum ini untuk mewujudkan kerajaan yang telus juga boleh diibaratkan seperti janji kosong atau cek tendang sahaja.

Jika benar pihak pembangkang masih komited dengan janji mereka untuk mengutamakan rakyat, maka semua ahli majlis berkenaan hendaklah menunjukkan keberanian untuk meminta maaf dan mengaku bersalah atau lebih baik lagi mele­takkan jawatan.

Pegawai-pegawai tinggi Pakatan Rakyat jangan berpura-pura terpe­ranjat dengan isu pemberian bonus oleh MBPJ ini sebaliknya hendaklah segera melantik ahli majlis baharu yang lebih amanah dan berkualiti.-UMO

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

....


UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<