Khamis, Jun 07, 2012

Azmin Ali Pucat Kena Soal Wartawan!




Melihat pada gambar semasa sidang akhbar di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya, Rabu, jelas terpancar macam orang yang resah pada raut wajah Azmin Ali. Ada ketikanya Timbalan Presiden PKR ini merenung tajam jauh entah kemana.

Apakah beliau sedang mencari ilham untuk 'bersilat' nak berjawab dengan SPRM nanti bila dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dakwaan pemilikan harta dan wang bertimbun.

Sidang akhbar berkenaan diadakan untuk tujuan lain. Namun lumrah kerana isu panas SPRM akan buka balik fail kes dakwaan memiliki kekayaan yang jauh dari kemampuannya semasa jadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dulu, maka minat para wartawan yang hadir tentu lebih pada dirinya.

Lojik akal berkata kalau Azmin merasa dirinya tidak bersalah,beliau tidak harus merasa bimbang langsung untuk tidur nyenak dibuai mimpi indah. Berani kerana benar, takut kerana salah...tak begitu?

Kalau Azmin ada 10 sen dan dapat membuktikan beliau cuma ada 10 sen sahaja beliau tidak perlu ambil kisah sekalipun segunung dakwaan yang dilemparkan. Isunya di sini dengan gaji rasmi sekitar RM3,000 sebulan macam mana adiknya Ummi Haflida Ali boleh tunjuk sebilangan resit pembelian saham dan sebagainya yang dakwaanya mencecah RM 30 juta.

Ini termasuk dakwaan pemilikan oleh isterinya Shamsidar Taharin yang berstatus suri rumah. Itu baru apa yang didakwa oleh Ummi Hafilda belum lagi pihak-pihak lain. Hairan kenapa Azmin perlu mempertikaikan kredibiliti SPRM membuka balik kesnya dengan alasan ia sudah berlalu 17 tahun lampau.



Dakwanya beliau menjadi mangsa pertuduhan politik kerana PRU-13 sudah hampir. Azmin juga membandingkan kesnya dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sudah dilepaskan oleh SPRM kerana didapati tidak terlibat dalam urusan membuat keputusan pemberian pinjaman kepada NFC.

Ada yang berkata Timbalan Presiden PKR tidak sedar tindak tanduknya itu dengan sendirinya telah mencetuskan rasa curiga dimata orangramai. Menurut mereka beliau sepatutnya bawa bersabar mengalu-alukan siasatan SPRM supaya kebenaran muktamad diketahui.

Bagi mereka ini sudah menjadi rentak pembangkang kalau bab orang lain cepat-cepat suruh siasat tetapi terkena batang hidung sendiri terus menikus. Lebih melucukan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Selangor ini menyerahkan kepada rakyat menilai tindakan SPRM buka balik failnya selepas 17 tahun.

"Kami akan serahkan pada rakyat untuk membuat penghakiman dalam PRU akan datang," katanya.

Ramai yang kedengaran berkata wah senang hidup kalau begitu. Soalnya kenapa soal kalau betul kamu kaut harta bertimbun senang-senang hendak main sentimen buat kenyataan politik serahkan kepada rakyat menilainya.

Sejauh mana rakyat boleh menilai wang ringgit dan harta bertimbun yang mungkin tersorok disebalik segala macam akaun yang dilindungi oleh akta kerahsiaan bank. Kalau begitu senang sahaja selepas ini mana-mana pembesar dan tokoh politik yang menghadapi dakwaan boleh main pukul cakap serah kepada rakyat untuk menilainya.

Itu bunyi macam cakap orang nak pelepas tengkok. Soalnya siapa yang akan menyiasat dan menentukan kamu bersalah atau tidak. Dalam bab harta bertimbun yang tidak diketahui mana asal usulnya tentulah kerja SPRM untuk siasat.

Samada dakwaan itu 17 tahun atau 100 tahun lalu...kalau Azmin tahu pasti dalam poketnya hanya ada 10 sen beliau tidak harus gundah gulana merenung jauh semasa sidang akhbar. Kalau tidak salah tetap tidak salah. Lainlah kalau beliau tengah dok meraba nak bahagi,campur dan daraf macama mana adiknya,Ummi Haflida boleh ada resit sampai RM30 juta.

Ummi Haflida sendiri tahu kalau beliau kelentong, hal ini akan terjawab bila SPRM buat siasatan rapi nanti. Bab duit ini bukan susah untuk dikesan.

Azmin adalah lulusan metamatik dari sebuah universiti di Amerika Syarikat. Beliau tentu tahu nak kira dengan betul. Kalau rasa kurang yakin, bila-bila masa beliau boleh minta bantuan dari Pengarah Strategi PKR ,Rafizi Ramli yang merupakan seorang akauntan bertauliah.

Mereka boleh bakar lilin tengah malam untuk sama-sama menghitung.

Sebelum tuduh SPRM sengaja nak cari pasal dengannya Azmin perlu terlebih dahulu 'lihat kiri kanan' memastikan samaada RM30 juta yang didakwa Ummi Hafilda atau RM10 juta ke atau berapa sekalipun...ia mesti selari dengan pendapatannya RM3,000.

Bila perkiraan sebenar keluar nanti hasil siasatan SPRM,Azmin tidak perlu susah payah buat kenyataan.....ini kerana waktu itu rakyat sendiri tahu menilainya siapa benar siapa kelentong. -Agendadaily

Suara Politik
Taminsari

BPR Siasat Dakwaan Murad..!!! Rakyat Hendak Tahu Status Hasil Siasatan Kes Ini?



Berita Minggu, 31 Oktober 1999

SEREMBAN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Kementerian Kewangan mula menyiasat dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun induk bank berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya.

BPR sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu bagi membolehkan siasatan dijalankan. Siasatan diketuai Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris. Di SUNGAI PETANI, Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin, berkata siasatan itu penting untuk memastikan siapa yang bersalah supaya tindakan terhadap mereka dapat diambil.


Menurutnya, siasatan itu juga dapat membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan Abdul Murad terhadap Anwar yang disertakan Akuan Berkanun dengan ikrar di hadapan Persuruhjaya Sumpah.

"Surat sumpah bukan boleh main-main, saya percaya seseorang tidak akan buat surat sumpah kalau tidak ada bukti," katanya.

Daim berkata, jika dakwaan berkenaan tidak benar, pihak terbabit boleh mengambil tindakan terhadap Abdul Murad.

Beliau juga berkata, siasatan perlu bagi memastikan semua kakitangan Bank Negara bekerja cekap, amanah, bertanggungjawab dan tidak ada penyelewengan.

Sementara itu, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Zaki Husin menyifatkan setiap perenggan dalam akuan bersumpah Abdul Murad adalah maklumat mengenai rasuah.


BPR menganggap pengakuan Abdul Murad tidak seperti maklumat biasa kerana dakwaannya adalah maklumat akuan bersumpah. Esok, Ahmad Zaki akan mempengerusikan mesyuarat dengan pegawainya untuk menentukan bidang tugas pasukan penyiasatan itu.

"Tindakan pertama ialah memangggil Abdul Murad bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kenyataannya dalam akuan bersumpah itu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sehari BPR bersama wargatua di Rumah Seri Kenangan di sini, semalam.

Khamis lalu, Abdul Murad melalui akuan bersumpahnya mendedahkan salah laku bekas Timbalan Perdana Menteri, termasuk mempunyai akaun induk berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya. Selain individu, turut dikaitkan dengan Anwar dalam akuan bersumpah itu ialah beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Ahmad Zaki mengakui bahawa berdasarkan akuan bersumpah itu, kes itu rumit kerana membabitkan banyak bank dan pengendalian akaun, termasuk akaun induk seperti yang disebutkan dalam akuan bersumpah.


Selain itu, katanya ada banyak dakwaan dan ramai orang terbabit menyebabkan BPR akan membuka lebih daripada satu fail dalam siasatan itu. Walaupun rumit, katanya BPR yakin dapat mengendalikan kes itu kerana mempunyai pengalaman mengendalikan kes rasuah yang rumit sebelum ini, malah membawa kes itu ke mahkamah.

Beliau berkata, BPR akan mendapatkan bantuan pakar, termasuk dari Bank Negara dan Kementerian Kewangan untuk memberi khidmat nasihat dalam aspek siasatan. Selain itu, kerjasama daripada nama mereka yang disebut dalam akuan bersumpah itu juga penting.

Menurutnya, penyiasatan ditumpukan terhadap aspek rasuah yang terkandung dalam akuan bersumpah. "Saya fikir hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Jadi kami akan menyiasat setiap aspek itu," katanya.

Mengulas beberapa pihak yang dinyatakan dalam akuan bersumpah itu berada di luar negara, katanya, BPR akan mendapat kerjasama agensi terbabit di negara berkenaan. Sebagai contoh jika di Amerika Syarikat, katanya BPR akan mendapatkan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan mungkin Polis Antarabangsa (Interpol).

"Untuk tujuan bukti, BPR akan merujuk kepada Peguam Negara untuk mengaturkan bagaimana keterangan itu boleh dibawa ke mahkamah negara ini," katanya.


Sementara itu, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa BPR tidak bebas menjalankan siasatan itu. Sejak tujuh bulan saya menjadi Ketua Pengarah, tidak ada sesiapa yang mencampuri siasatan BPR. Tidak ada masalah, tidak timbul isu menyatakan BPR tidak bebas dalam siasatan.

"Saya tidak kata maklumat dalam akuan bersumpah itu maklumat betul atau palsu. Tidak tahulah betul atau tidak. BPR apabila menerima maklumat tidak mempunyai pilihan, kita akan menyiasat," katanya.

Beliau berkata, masalah sebenar yang dihadapi ialah orang ramai yang mempunyai maklumat penting tidak mahu membantu BPR menyebabkan agensi itu disangka tidak menjalankan kerja. Dalam kes Abdul Murad, katanya tidak ada siapa menyangka bekas Penolong Gabenor itu akan berbuat demikian.

"Mengapa tidak dulu lagi datang berjumpa kita. Kalau dari dulu pun, BPR siasat juga. Begitu juga dengan orang lain yang mempunyai maklumat, mengapa tidak datang," katanya.

Apa status siasatan SPRM?

Bagaimana hasil siasatan kes ini? Rakyat masih tertanya-tanya tentang status siasatan BPR yang sekarang ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid hampir 13 tahun lalu.

Dalam pendedahannya, Abdul Murad mendakwa, Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, SPRM seharusnya memberi penjelasan hasil siasatan kes tersebut dan tindakan yang telah diambil.

Menurut beliau, tuduhan kroni-kroni Ketua Pembangkang itu menguruskan semua akaun induk terbabit adalah sesuatu yang amat serius.

''Dakwaan Abdul Murad boleh dikaitkan dengan tuduhan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah terhadap Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

''Dalam masa yang sama, Perkasa turut mendesak Anwar membuat laporan polis sekiranya beliau yakin benar-benar bersih daripada segala tuduhan itu," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abd. Rahman Bakar; Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali dan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Brigadier Jeneral (B) Datuk Ahmad Sujak.



Utusan Malaysia pernah melaporkan pendedahan Abdul Murad pada 29 Oktober 1999 dan menyiarkannya semula Sabtu lalu berikutan sidang akhbar oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali yang membawa bersama salinan dokumen sebahagian aset dimiliki Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin bernilai lebih RM30 juta.

Pada sidang akhbar 30 Mei lalu, Ummi Hafilda turut menunjukkan keratan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan pendedahan Abdul Murad tersebut. Sila lihat di sini.

Mengulas lanjut, Ibrahim menyarankan kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat tuduhan terhadap Anwar itu.

''Saya telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi semalam dan mengemukakan surat rasmi kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed hari ini bagi mendesak siasatan terhadap dakwaan Abdul Murad itu dibuka semula," ujarnya.



Suara Politik
Taminsari

Rabu, Jun 06, 2012

Bertuahnya Jadi Kroni Sampah Di Selangor, Macam Orang Mengantuk Di Sorongkan Bantal?




Alangkah bertuahnya menjadi kroni-kroni sampah di Selangor. Dapat projek, tetapi tanpa pengalaman pengurusan sampah pun tak mengapa! Malah jika tiada lori sampah pun tak apa, semua ditanggung oleh kerajaan negeri? Apa yang diperlukan cuma buka syarikat baru, cari pekerja dan pemandu pun sudah cukup!

Tindakan memperuntukkan 50 lori sampah kepada dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini adalah usaha kerajaan negeri untuk menutup kegagalan mereka menguruskan isu kutipan sampah di Selangor.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, peruntukan 28 lori sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan 18 lagi untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu juga hanya 'gula-gula' politik menjelang pilihan raya.

Menurut beliau, tindakan dilakukan itu tidak mampu menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor kerana berdasarkan aduan yang diterima Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) BN Selangor, masalah tersebut turut berlaku di Klang, Kota Raja dan kawasan lain.

''Setiap hari Pakar menerima puluhan aduan masalah kutipan sampah yang majoritinya di luar Shah Alam, jadi dengan memperuntukkan lori kepada MBSA tidak menyelesaikan perkara itu.

''Tindakan kerajaan negeri itu juga boleh dianggap membazir dan hanya memenuhkan poket kroni apabila lori-lori sampah sebelum ini tidak digunakan sepenuhnya setelah mereka menamatkan konsesi tersebut," kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.



Seronoknya Jadi Kroni Sampah Di Selangor, Macam Orang Mengantuk Di Sorongkan Bantal?

Mohd. Zin mengulas langkah kerajaan negeri membeli 50 buah lori sampah bernilai RM14.5 juta untuk diperuntukkan kepada MBSA dan MBPJ bagi menyelesaikan masalah perkhidmatan kutipan sampah di kawasan-kawasan tersebut.

Kesemua lori itu akan disewakan kepada kontraktor kutipan sampah di dua PBT tersebut yang tidak mempunyai keupayaan dari segi peralatan dan operasi mereka.

Mohd. Zin turut menegaskan, kegagalan kerajaan negeri menguruskan sampah, longkang tersumbat serta semak-samun terutamanya di kawasan projek terbengkalai mengakibatkan masalah lain timbul seperti kes demam denggi yang meningkat dengan begitu mendadak sekali.





Adakah pengurusan sampah di luar bandar sekadar melepaskan batuk ditangga. Kenapa tiada peruntukkan lori-lori baru untuk mereka!

Sehubungan itu, katanya, penafian bahawa isu sampah bukanlah punca masalah denggi di Selangor oleh pemimpin pakatan pembangkang menunjukkan mereka masih lagi cuba bermain politik dan mengelirukan rakyat.

''Jika masalah sampah dikatakan berjaya ditangani kerajaan negeri, mengapa Pakar masih menerima aduan dari rakyat Selangor? Kelekaan dan sikap acuh tidak acuh kerajaan negeri ini sebenarnya boleh mengundang padah apabila wabak penyakit mula timbul sehingga boleh meragut nyawa," katanya.

Sekiranya kerajaan negeri serius ingin menyelesaikan masalah itu, mereka sepatutnya menawarkan kemudahan lori kompaktor sampah tersebut kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor. Masalah sampah bukan sahaja di Shah Alam dan Petaling Jaya tetapi di seluruh Selangor!

JANGAN BIARKAN SAMPAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA!

Suara Politik
Taminsari

Tindakan Terdesak Anwar Menghasut Pelajar Supaya Tidak Bayar Pinjaman PTPTN!




Pendedahan oleh akhbar Cina, Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata.

Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma. Walhal Anwar lupa, Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya.

Mana logiknya untuk Anwar mempraktikkan pendidikan percuma? Kontradik & memualkan sekali, tidak begitu?

Zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan. Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengabui mata rakyat.

Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap di usung oleh Anwar dan pakatan pembangkang sudah dianggap seperti gebang penjual ubat & makjun kesihatan di jalanan. Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk di guna pakai.

Dari sudut lain pula, bukankah bila pinjaman yang sudah dimeterai perjanjian kontrak dan terma syaratnya dipersetujui, apabila sengaja dilanggar memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab? Walhal, jika PTPTN itu membebankan, lebih baik dari awal lagi dijauhi.

Anwar lupa, majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya. Baik Melayu, Cina, India, kadazan, Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula.

Tanyalah siapa saja yang waras fikirannya, mereka akan bercakap perkara yang sama - hutang wajib dibayar.

Waima kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP hingga kini terus aktif memburu ratusan rakyatnya yang gagal membayar semula wang pinjaman pendidikan yayasan negeri, mana mungkin untuk rakyat meyakini temberang dan hasutan Anwar.

Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN, itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin.

Jelaslah, Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman.

Rakyat Malaysia tidak mungkin sanggup membiarkan tanahair ini diserahkan kepada Anwar dan pembangkang yang tiada sikap cakna dan tanggungjawab.

Suara Politik
Taminsari

Tiada Lagi 'Tempoh Lanjutan' Buat PR Di Selangor Selepas PRU Ke-13 ini?




Dua perkara yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor semalam jelas membuktikan langkah terdesak kerajaan pimpinan PKR untuk menutup kelemahannya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengumuman untuk memberi diskaun cukai pintu kepada pemilik flat kos rendah sahaja, itu pun selepas empat tahun memerintah, hanya sekadar mengaburi mata penduduk Selangor.

Manifesto pembangkang semasa pilihan raya umum lepas menjanjikan pengurangan cukai pintu kepada rakyat Selangor melibatkan semua jenis rumah kediaman.

Soalnya mengapa baru sekarang yakni setelah sekian lama memerintah dan ketika orang ramai mula bercakap tentang pilihan raya umum yang baru? Mengapa pula melibatkan flat kos rendah sahaja, tidak menyeluruh?

Nampak benar, ia dilakukan semata-mata untuk memikat hati rakyat demi kelangsungan PKR dan sekutu-sekutunya pada pilihan raya umum akan datang. Namun, ia terlupa bahawa janjinya bukan sekecil itu sebaliknya menggunung sehingga tidak mampu melaksanakannya.

Semalam juga, kerajaan Selangor memperuntukkan 50 lori kompaktor sampah kepada dua PBT sahaja dalam usaha terdesak menutup isu sampah di negeri itu. Sekali lagi ia amat jelas satu lagi permainan politik.

Mengapa di dua PBT itu sahaja - Shah Alam dan Petaling Jaya, sedangkan aduan sampah sarap di negeri itu bersifat menyeluruh. Jelas sekali, kedua-dua tindakan itu sekadar menampakkan kelakuan orang terdesak.

Fikir-fikirkan lah...!!!

Suara Politik
Taminsari

MB Khalid Sudah Terdesak - Diskaun Cukai Pintu Hanya ‘Gula-Gula Politik’!


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoal tindakan kerajaan Selangor mengumumkan pemberian diskaun 20 hingga 25 peratus bayaran cukai pintu kepada semua penghuni rumah pangsa kos rendah, hanya selepas empat tahun memerintah negeri itu.

Beliau berkata pemberian diskaun itu jelas hanya sebagai 'gula-gula politik' pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

PRU dah dekat, kenapa sekarang baru terfikir nak laksanakan janji yang dibuat empat tahun lalu berbanding dengan perkara yang dijanjikan Perdana Menteri, contohnya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dilaksanakan sebaik pengumuman mengenainya dibuat," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2012 kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas pengumuman Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, berhubung pemberian diskaun cukai pintu kepada pemilik kediaman flat kos rendah di negeri itu.



Abdul Khalid bagaimanapun berkata diskaun itu hanya layak diterima oleh pemilik yang menghuni rumah flat masing-masing dan mendaftar dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Noh turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang tidak menurunkan cukai pintu bagi semua jenis kediaman di negeri itu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU 2008.

"Ini hanya beri pada rumah kos rendah sedangkan berapa sangat diskaun cukai pintu rumah kos rendah jika dibandingkan dengan kediaman lain," katanya.

Mengenai tindakan kerajaan negeri memperuntukkan 50 lori kompaktor sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Noh berkata tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk menutup kelemahan pembangkang menyelesaikan isu kutipan sampah di Selangor.

Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri serius ingin menyelesaikan masalah itu, mereka sepatutnya menawarkan kemudahan lori kompaktor sampah tersebut kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

"Masalah sampah bukan sahaja di Shah Alam dan Petaling Jaya tetapi di seluruh Selangor," katanya.

Semalam, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad membeli 50 buah lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta untuk diperuntukkan kepada dua PBT di Selangor sebagai langkah menyelesaikan masalah kutipan sampah di dua kawasan PBT itu. - Bernama

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Jun 05, 2012

LGBT: Pegangan agama Ambiga dipersoal!




Kelantangan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga memperjuangkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menimbulkan persoalan mengenai pegangan agamanya.

Penjelasan berhubung perkara itu penting untuk masyarakat tahu memandangkan tiada agama di dunia ini menghalalkan kegiatan LGBT di kalangan penganutnya.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, tindakan bekas Presiden Majlis Peguam itu yang lantang memperjuangkan agenda LGBT perlu selari dengan kepercayaan agama yang dianutinya.



"JMM mendesak Ambiga untuk menyatakan pegangan agamanya bagi masyarakat menilai sendiri apakah perjuangannya menyokong agenda LGBT itu selari dengan agama yang dianutinya," katanya di sini hari ini.

Tambahnya lagi, Ambiga harus faham bahawa kepercayaan seseorang itu terhadap agama yang dianuti haruslah lebih tinggi daripada kepercayaan terhadap hak asasi yang direka oleh manusia sendiri.

"Undang-undang sesebuah negara diasaskan berdasarkan kepercayaan beragama yang dianuti mereka dan tidak seharusnya ia direka berdasarkan kehendak nafsu semata-mata," jelasnya.

Suara Politik
Taminsari

Isu Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Selangor!




Syarat guna tanah berubah sesuka hati

Datuk Hj Abdul Halim, Penyelaras BN, P104 - Kelana Jaya memberi penerangan mengenai status guna tanah padang kompleks sukan PKNS yang berubah dari Zone Hijau (tidak boleh dibangunkan) kepada Zone Biru (zone kommersial) setelah setahun di gazetkan sebagai Zone Hijau.

Pertukaran tersebut dilakukan tanpa sebarang kelulusan dan jawapan yang diberi oleh Datuk Bandar Petaling Jaya amat tidak menasabah. Beliau dilapurkan memberi alasan silap cetak...!!!



















Selanjutnya, sila ke sini.

Sumber : Minaq Jinggo













Suara Politik
Taminsari

Sidang Media: MB Khalid Putar Belit Fakta Dan Politikan Isu Air Selangor!




Sidang media Koodinator BN Selangor mengenai isu air di Selangor yang makin kritikal. Apa yang dikesalkan ialah, MB Khalid seolah-olah buat tak tahu mengenai isu air yang semakin hari semakin kritikal! Malah berberapa fakta penting telah di putar belitkan oleh MB Khalid demi kepentingan politik pakatan haram...!!!





Untuk berita selanjutnya sila ke sini.

Sumber : Darul Ehsan Today(DET)














Suara Politik
Taminsari

Isnin, Jun 04, 2012

Pesara Polis Zaman Darurat Kata Mat Sabu Buta Sejarah!






Pesara polis dari unit Jungle Squad dan Special Constable yang menentang komunis di zaman darurat dulu menyatakan rasa tidak puas hati dan kesal mereka terhadap kenyataan Mat Sabu sebelum ini yang mengangkat komunis sebagai hero negara.

Mereka menyifatkan Mat Sabu bodoh dan buta sejarah. Segala sejarah pengorbanan mereka selama ini menentang penganas komunis cuba di pandamkan oleh Mat Sabu.

Petang semalam kira-kira seramai 60 orang pesara polis yang pernah bertugas sewaktu darurat di raikan oleh BN Selangor. Mereka juga menerima sumbangan dari dari BN Selangor bagi menghargai jasa mereka mempertahankan negara. Sumbangan telah di sampaikan oleh Datuk Ir Zin Mohamad, Koodinator BN Selangor.



Selanjutnya sila ke : sini.

Sumber : Darul Ehsan Today (DET)















Suara Politik
Taminsari

Loceng amaran Muhyiddin kepada komponen BN?




Dua bulan lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak minta maaf atas kesilapan-kesilapan lalu Barisan Nasional (BN). Langkah itu tidak pernah diambil oleh mana-mana ketua BN, yang lazimnya bertindak sebagai perdana menteri.

Semalam, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sebagai penentu hidup atau mati BN. Mesej Muhyiddin itu ditafsir dari perspektif dan sudut masing-masing. Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau akan masa depannya.

Paling jelas, kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua semasa BN itu membawa mesej yang jelas - BN perlu kekal berkuasa dan mahukan mandat untuk terus mentadbir negara ini.

Mengulas kenyataan terbaru semalam, penganalisis melahirkan pandangan yang berbelah bahagi mengenai peluang dan masa depan BN pada PRU13.

Ada yang mengatakan bahawa BN semakin bimbang dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13. Ketika PR melaungkan mahu Melangkah Ke Putrajaya, BN memberi kenyataan-kenyataan sebaliknya. Mesej itu dilihat dari sudut psikologi.

Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan akan berhadapan dengan kekalahan.

Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang.

"Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

"PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau ketika dihubungi lewat semalam.

Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama antara satu sama lain termasuklah MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini.

"Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen.

Ini kerana katanya, jika dua negeri itu dimenangi PR bermakna kuasa pusat akan berada dalam tangan perikatan tidak formal itu - yang dianggotai Pas, DAP dan PKR.

Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun.

"BN tidak boleh lepas pandang Sabah dan Sarawak yang turut menjadi negeri jaminan kemenangan bagi mereka, PR juga tidak perlu menang semua kerusi di sana untuk rampas Putrajaya.

"PR semakin giat untuk mengaut kerusi di dua negeri tersebut untuk menang dan jika BN tidak mengambil langkah sewajarnya, tidak mustahil BN akan kalah pada PRU kali ini," kata Azizuddin lagi.

Mengupas isu yang sama, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kali ini tidak semudah dulu.

"Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau.

Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bukan menunjukkan kebimbangan BN sama sekali. Sebaliknya kata beliau, "memberi keazaman kepada parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."

"BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya lagi.

Sebelum ini, Muhyiddin juga pernah menarik perhatian dengan mengatakan bahawa PRU13 merupakan ibu kepada segala pilihan raya yang diadakan di negara ini.

Ketika ada yang mengatakan BN semakin panik, peluang untuk perikatan yang memerintah negara ini sejak merdeka masih belum berakhir. Kerisauan dan kebimbangan ada pada semua parti yang bertanding - BN dan juga PR di mana satu perikatan mahu kekalkan kuasa manakala yang satu lagi mahu menggantikannya.

Itu matlamat mereka. Jika tidak apa gunanya bertanding dana arena politik bernama PRU.

Suara Politik
Taminsari

MB Khalid Sampah Selangor!



Di simpang tiga Gombak, Selangor menghala jalan lama ke Karak, terdapat sepanduk yang tertera: ‘‘Bersihkan sampah di tempat kami dulu, baru cerita pasal Bersih 3.0.’’

Sepanduk itu dipasang oleh para penduduk yang kecewa dengan pengurusan sampah sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ungkapan tersebut jelas bernada sinikal kepada pakatan pembangkang yang ghairah menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 tetapi gagal menangani isu pokok melibatkan kepentingan rakyat.

Belum pernah berlaku dalam sejarah, di banyak kawasan di seluruh pelosok Selangor, penduduk bangkit membantah kerajaan negeri kerana masalah sampah.


Longgokan sampah yang berhari-hari tidak dipungut, bau busuk dan pemandangan yang menyakitkan mata - sudah menjadi wajah Selangor. Sayang sekali, dulu negeri tersebut dikagumi kerana kebersihan tetapi kini tidak lagi. Ia seperti berundur 20 tahun ke belakang.

Kegagalan pengurusan sampah di Selangor yang turut melimpah ke saliran seperti longkang mengakibatkan semakin kerap berlaku banjir kilat di daerah yang selama ini sukar dinaiki air seperti Kajang dan Kelang.

Malah ia menjadi isu kesihatan yang membimbangkan. Terdapat lebih 4,000 kes denggi di Selangor sehingga pertengahan Mei, meningkat sekali ganda dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Kalau sampah tidak mampu diuruskan dengan cekap, bagaimana mahu mentadbir negara?

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Jun 03, 2012

Di manakah keberanian 'ayam sabung' pembangkang?



Dalam pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas masing-masing mempunyai 'ayam sabung' yang akan terpekik terlolong di atas pentas-pentas ceramah bagi menyerang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja ceramah-ceramah melibatkan 'ayam-ayam sabung' itu di seluruh negara. Tuduhan amalan rasuah dan penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh UMNO dan BN sentiasa menjadi modal ceramah mereka.

Penulis tidak berhasrat menyebut nama-nama 'ayam-ayam sabung' ini kerana semua orang mengetahui siapa mereka yang kononnya bertindak sebagai pejuang menegakkan kebenaran, menghapuskan ketidakadilan dan mahu mewujudkan sebuah pentadbiran negara yang bersih.

Kalau mendengar hujah-hujah mereka di pentas ceramah, seolah-olah UMNO dan BN lah parti yang paling korup dalam dunia serta setiap hari menyeleweng wang rakyat.

Apabila ada isu-isu yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, 'ayam-ayam sabung' ini akan berkokok kuat mendesak supaya siasatan rapi dijalankan, suruhanjaya diraja ditubuhkan dan pemimpin terlibat didesak meletakkan jawatan atau bercuti sehingga siasatan selesai.

Walaupun ada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu hanya rekaan politik semata-mata namun 'ayam-ayam sabung' ini akan berkepak membuat pelbagai andaian, tuduhan dan fitnah.

Bagi mereka, sama ada tuduhan dan dakwaan itu benar atau tidak ia soal kedua, apa yang paling penting ialah berusaha membangkitkan persepsi buruk rakyat terhadap pemimpin-pemimpin BN dan sekali gus akan memberi keuntungan politik kepada mereka.

Tetapi kita berasa hairan apabila 'ayam-ayam sabung' ini bagaikan bak kata orang ayam berak kapur apabila ada isu melibatkan pemimpin-pemimpin kanan mereka sendiri.

Tiada sepatah perkataan pun akan keluar dari mulut mereka bagi mendesak siasatan yang telus dan adil dijalankan. Sebaliknya, mereka akan lebih selesa untuk menganggap semua tuduhan dan dakwaan ke atas pemimpin mereka hanyalah mainan politik serta konspirasi UMNO dan BN.

Bagi 'ayam-ayam sabung' ini pemimpin-pemimpin mereka bersih dan suci dari noda dan dosa serta tidak akan melakukan sebarang penyelewengan mahupun salah laku moral.

Walaupun bukti-bukti yang ditampilkan terhadap dakwaan-dakwaan itu cukup kukuh dan mampu mendorong kepada satu siasatan rapi dijalankan tetapi 'ayam-ayam sabung' pembangkang ini hilang keberanian.

Mereka akan berusaha mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka yang didakwa melakukan perbuatan itu bermati-matian.

Ternyata sekali keberanian 'ayam-ayam sabung' tersebut ada batasnya dan segala-galanya bukan berlandaskan kepada perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran apatah lagi memperjuangkan hak rakyat.

Sebaliknya, apa yang mereka lakukan hanyalah untuk mencari keuntungan politik dengan cara memburuk-burukkan parti lawan mereka. Kalau mereka benar-benar berjuang untuk rakyat dengan cara berusaha menghapuskan segala penyelewengan dan salah laku sudah pasti pemimpin mereka juga tidak akan terlepas menjadi sasaran.

Namun semua orang tahu mainan politik 'ayam-ayam sabung' ini yang sejak kebelakangan ini semakin ghairah membangkitkan satu demi satu isu semata-mata untuk memburukkan apa juga usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN.

Selain itu, mereka juga berusaha melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas pemimpin-pemimpin parti itu berdasarkan kepada maklumat separuh masak.

Walaupun akhirnya apa yang mereka dakwa itu tidak benar, tiada sedikit pun keinsafan kepada diri mereka untuk memohon maaf kepada individu terlibat, sebaliknya mereka akan terus mencanangkan isu yang sama.

Adalah sesuatu yang malang apabila, ada antara 'ayam-ayam sabung' ini mewakili parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi sanggup melakukan tohmahan, fitnah dan dakwaan yang tidak berasas.

Kalau benar mereka pemimpin Islam kenapakah layanan yang sama tidak diberikan kepada pemimpin-pemimpin sekutu mereka yang didakwa terlibat dalam penyelewengan, rasuah dan salah laku moral. Kenapakah mereka tidak mahu memegang yang hak itu hak, yang batil itu batil?

Terbuktilah sudah 'ayam-ayam sabung' di dalam pakatan pembangkang ini, hakikatnya hanyalah penghibur di pentas-pentas ceramah dan ada antara mereka pula lebih bertindak sebagai 'badut' dengan membuat lawak-lawak memperlekehkan pemimpin-pemimpin BN sambil disulami dengan tohmahan dan fitnah.

Justeru tidak salah kita mencabar dan bertanya kepada 'ayam-ayam sabung' ini, apakah mereka benar-benar memahami erti kebenaran dan menegakkan keadilan.

Persoalan ini dilontarkan kerana 'ayam-ayam sabung' bersikap memilih berbulu, bertindak 'double standard' dan hipokrit apabila mendiamkan sahaja isu melibatkan pemimpin-pemimpin mereka.

Namun dalam masa yang sama mereka harus ingat bahawa dunia sudah berubah, pemikiran politik rakyat juga yang sudah berkembang. Mungkin bagi penyokong tegar pembangkang, apa pun yang dikatakan oleh 'ayam-ayam sabung' ini akan disokong tetapi sikap itu tidak akan wujud di kalangan rakyat yang mahu berfikir dan mencari kebenaran di sebalik segala tohmahan, fitnah dan dakwaan yang dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin BN.

Malahan akan ada di kalangan rakyat mempersoalkan, apakah hanya dakwaan penyalah gunaan dan salah laku pemimpin BN sahaja harus dijaja sedangkan perbuatan lebih buruk lagi yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang hanya berdiam begitu sahaja.

Justeru ingatlah kebenaran tetap akan menumpaskan kebatilan dan ketika itu semua pihak akan memahami bagaimana 'ayam-ayam sabung' pembangkang ini, hanyalah 'berkokok' kuat tetapi ekor sendiri berlumuran najis yang memualkan!-UMO

Suara Politik
Taminsari

Azmin..ohhh Azmin...!!!


Anwar, Azmin dan Shamsidar masing-masing dikaitkan dengan dakwaan skandal seks selain isu integriti yang serius. Wan Azizah selaku Presiden PKR dan sebagai isteri, tidak bersuara.

Kita hanya mampu tersenyum apabila membaca reaksi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung pendedahan bahawa beliau mempunyai kekayaan luar biasa. Seperti skrip lama, Azmin mendakwa dia mangsa fitnah. Kali ini, beliau menganggap apa yang dialaminya sama seperti yang pernah dihadapi Nabi Musa dan Nabi Yusof.

Ramai yang kenal siapa Azmin termasuk orang-orang PKR yang masak dengan tingkah laku dan tabiatnya. Tidak perlulah hendak samakan pula dengan Nabi Musa dan Nabi Yusof. Kalau dikaji sejarah Islam, Nabi Musa dan Nabi Yusof memang menjadi mangsa fitnah. Persoalannya apakah Azmin mangsa fitnah? Beliau lebih tahu apa yang telah dilakukannya.

Berdasarkan pendedahan terbaru oleh pengendali blog, Raja Petra Kamarudin bersama fail sulit Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu dan Ummi Hafilda beserta bukti-bukti, ada asas untuk mempercayai Azmin tidak bersih. Pendapatan sebagai setiausaha sulit dengan gaji tidak sampai RM2,400 tetapi kekayaan tidak masuk dek akal. Kalau di negara lain terutama Barat, pasti kes tersebut dibongkar habis-habisan atas nama integriti.

Azmin didakwa mempunyai kekayaan luar biasa ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Menurut fail sulit itu, Azmin telah disiasat atas kes rasuah tetapi ia dihentikan pada 1995 atas arahan Anwar.

Sejak dua bulan kebelakangan ini, banyak isu dibangkitkan oleh pelbagai pihak berkaitan Azmin dan isterinya Shamsidar Taharin. Setakat ini, pasangan tersebut berdiam diri dan banyak mengelak. Jika ada pun penjelasan daripada Azmin, ia tidak menjawab persoalan asas sebaliknya menuduh dan mengaitkan pihak lain.

Berikut adalah di antara isu berkaitan Azmin?

1) Tuduhan Ummi Hafilda mengenai aset dimiliki Azmin dan isterinya yang mencecah RM30 juta pada tahun 1990-an.

2) Pendedahan menggemparkan adegan video seks lelaki menyerupai Azmin bersama seorang wanita. Ramai persoalkan mengapa tiada laporan polis dibuat? Ada yang minta Azmin saman blogger yang membuat pendedahan.

3) Dakwaan hubungan dingin di antara isterinya, Shamsidar dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Setakat ini, kedua-duanya belum tampil memberikan sidang akhbar bersama berhubung isu-isu panas yang berbangkit. Shamsidar didakwa menjalin skandal seks dengan Anwar sebagaimana dakwaan, S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda.

4) Status DNA Afifa iaitu salah seorang anak Azmin. Apakah dia anak kandung Azmin atau Anwar seperti yang ditanya oleh banyak pihak menerusi kenyataan media?

5) Pendedahan ibunya, Che Tom Yahaya bahawa Azmin sudah lama tidak pulang dan berubah sikap setelah bersama Anwar. Che Tom meminta Azmin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

6. Azmin juga setakat ini gagal memberikan penjelasan menyakinkan berhubung dakwaan mempersenda Raja-raja Melayu sewaktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Selagi semua persoalan itu tidak dihadapinya dengan sikap terbuka, budiman dan bertanggungjawab, selagi itulah ia membentuk persepsi rakyat tentang siapa sebenarnya Azmin dan PKR. Sekarang ini pun, PKR dianggap banyak pihak sebagai parti seks bebas dan tiada integriti. Pembohongan sudah menjadi pakaian pemimpin-pemimpin utamanya. Cukuplah wahai Azmin...!!!-UMO

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Jun 02, 2012

'Satu Kapal Dua Nakhoda Bertelagah' Pasal Isu Syurga Dan PM!



Fakta :

• Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

• Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam, dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

• Hadi juga dilihat bercanggah pendapat dengan Mursyidul Am Pas itu apabila menegaskan, jawatan Perdana Menteri mesti disandang oleh orang Melayu beragama Islam sedangkan Nik Abdul Aziz tidak kisah siapa yang memegang jawatan tersebut asalkan individu berkenaan beragama Islam.

Pas tidak boleh janji syurga - Hadi

Haji Abdul Hadi Awang hari ini mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.

Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Menurut Abdul Hadi, Pas tidak boleh berbuat demikian kerana syurga hanya hak Allah SWT.


"Pas memang tak boleh janji syurga, yang berhak jamin syurga hanya Allah. Nabi pun tak berhak janji orang masuk syurga, cuma Tuhan bagi tahu Nabi, jadi kita boleh tahu siapa yang beriman dan beramal soleh dan ikut Islam maka akan masuk syurga, itu saja. Kita tak boleh senarai, itu bukan hak kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Khas Presiden Pas sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.

Dalam satu wawancara pada 26 Mei yang lalu, Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Abdul Hadi juga turut dilihat bercanggah pendapat dengan Nik Abdul Aziz dalam isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Ini jelas apabila pada sidang akhbar itu beliau menyatakan parti tersebut tetap mahukan orang Melayu beragama Islam menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz menegaskan, tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam. Menurut Nik Abdul Aziz, Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara.


Bagaimanapun Abdul Hadi pula menegaskan, pemimpin yang bakal dilantik menyandang jawatan itu mesti individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya orang Melayu beragama Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.

"Kita berasaskan kepada resolusi pakatan pembangkang, mengikut Perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan.

"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu. Kita bergerak atas tapak itu, tak mahu gopoh," katanya.

Kenyataan beliau juga turut bercanggah dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Abdul Hadi seterusnya berkata, mengikut prinsip asas kepada amalan demokrasi ialah pemimpin bukan Islam tidak sesuai untuk memegang jawatan Perdana Menteri di negara ini yang majoriti penduduknya adalah Melayu beragama Islam.

Suara Politik
Taminsari

Nik Aziz Bapak 'Joker' Pakatan Rakyat!



Terbaru kenyataan Nik Aziz menolak Pra Syarat Bangsa Melayu sebagai kriteria bagi jawatan PM kerana ianya merupakan fahaman Kebangsaan yang jelek dan tidak releven. Nik Aziz mendakwa PAS menerima bangsa selain Melayu bagi memegang jawatan PM asalkan dirinya beragama Islam.

Sungguh memualkan bila melihat gelagat pemimpin politik pembangkang yang hanya berbangga dengan kepala besarnya sahaja tapi berotak kecil. Daripada tindak-tanduk pemimpin Pas kebelakangan ini, jelas menampakkan parti itu tidak dapat lagi menggunakan pemikiran politik yang waras.

Pas seolah-olah tidak lagi berpijak di bumi nyata. Mereka lupa tindakan itu akan menimbulkan masalah besar dan berpanjangan hingga ke beberapa generasi akan datang, mungkin untuk selama-lamanya. Pas bukan saja bertindak mengenepikan inti perjuangan parti itu jika ada, malah sanggup mencemarkan Islam dan ketuanan Melayu.

Sebelum ini juga kenyataan Nik Aziz yang pernah mengatakan bahawa Pas bersedia menerima pemimpin DAP walaupun bukan Islam sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, sebenarnya mempamirkan kebodohan parti itu sendiri. Ini kerana orang Melayu dan umat Islam di Malaysia tidak akan memberi perkenan terhadap kenyataan Pas itu.


Tindakan parti itu hanyalah untuk menjadikan perumpamaan 'menang sorak, kampung tergadai' sebagai kenyataan. Sekiranya Pas dan gabungan pembangkang memenangi pilihan raya umum kelak, inilah realiti yang akan berlaku. Adakah orang Melayu dan umat Islam di negara ini, boleh menerima realiti ini? Bagi parti yang matang dan bijaksana, biarlah tumpas sekali pun, namun untuk menggadaikan maruah agama dan bangsa jangan sekali-kali dilakukan.

Tujuan Pas berbuat demikian mudah difahami. Parti itu mahu memenangi hati bukan Melayu supaya memilih parti itu dan parti gabungannya terutama DAP. Ia adalah semata-mata bertujuan untuk meraih undi, dengan apa cara sekali pun kerana menyedari semua parti pembangkang sukar mendapat sokongan bukan Melayu.

Pas kononnya cuba bertindak membantu mereka. Pas cuba menggunakan umpan yang kononnya boleh menjinakkan pengundi bukan Melayu. Tidak mustahil juga kenyataan Nik Aziz itu dibuat atas desakan parti pembangkang lain. Jika ini berlaku, Pas kini sudah pun dijadikan alat oleh parti Pakatan Rakyat.

Pas tidak boleh lagi dianggap peneraju pakatan pembangkang tetapi terbukti ada suara lain yang lebih digeruni parti itu. DAP lebih bijak mengatur strateginya demi menjadikan Pas kelihatan buruk dan mangsa bebal. Mereka sedar jika Pas gagal mendapat kerusi sewajarnya, DAP yang akan berkuasa. Ini bermakna Pas dijadikan alat untuk membolehkan mereka mendapat sokongan bukan Melayu. Sebelum ini, DAP sukar mendapat sokongan kaum Cina atau India yang lebih percaya kepada MCA, Gerakan atau MIC. Nampaknya Pas membiarkan dirinya diperbodoh-bodohkan.


Paling dahsyat, Pas membuat kenyataan itu untuk memenuhi agenda politik yang terselindung. Dengan membuat kenyataan seperti itu, mereka sedar akan mendapat reaksi spontan daripada orang Melayu. Mereka juga mengharapkan reaksi sebaliknya daripada pengundi bukan Melayu yang akan memihak kepada mereka. Niat parti itu adalah mudah dan murahan.

Mereka sanggup melihat negara ini menjadi 'padang jarak, padang tekukur'. Jika Pas yang menjadikan Islam sebagai lambang perjuangannya bertindak cuba melaga-lagakan rakyat, tidak hairanlah satu hari nanti Islam akan mendapat nama yang buruk dan dipandang hina. Apakah hanya untuk memenangi pilihan raya, Pas sanggup melakukan apa saja hingga merendahkan martabat agama dan kedudukan orang Melayu?

Orang Melayu tidak mempunyai jalan lain, kecuali memerangi sikap buruk Pas itu. Rakyat seharusnya mempertikaikan niat Pas yang semata-mata mahu mewujudkan ketegangan di dalam negara. Soal siapa yang mentadbir negara ini sudah pun dipersetujui bersama. Tidak ada sebab parti-parti pembangkang cuba menimbulkan rasa syak wasangka di kalangan rakyat. Walau pun ingin bermain politik, janganlah cuba menimbulkan keresahan rakyat.

Hakikatnya, Pas sudah berjanji. Apakah janji ini boleh ditunaikan. Inilah akibatnya jika terlalu berangan-angan memerintah negara sedangkan kemampuan terbatas. Ini adalah petanda jelas yang menunjukkan Pas akan terkubur selepas pilihan raya ke-13 kali ini. Apa yang tinggal hanyalah bendera-bendera yang lusuh dan koyak rabak yang masih terjuntai di pucuk-pucuk pokok. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari


PAS TUDUH UMNO BUANG ISLAM!




Selain daripada PAS menuduh UMNO menolak Hukum Hudud, maka timbul pula tuduhan lain yang tak kurang pentingnya untuk PAS, iaitu menuduh UMNO hendak membuangkan Islam. Tuduhan ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS berikutan satu cadangan yang dikemukakan oleh para perwakilan UMNO di Perhimpunan Agong parti pada 18, 19 dan 20 November 1994, supaya kerajaan mengharamkan perkataan Islam yang dinamakan kepada parti PAS.

Cadangan ini dikemukakan iaitu berdasarkan pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam kerana Islam itu adalah satu agama (addin) yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud ‘Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam’. Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli, demikian juga Islam sebagai agama (Addin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam. Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan dan Terengganu yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.

Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan ‘Ikhwanul Muslimin’, di Pakistan ‘Jamiatul Islamiah’, di Indonesia ‘Mahsumi’ yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia). Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjid, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan PAS itu Islam, Islam itu PAS, serta menuduh kafir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.

Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO lalu, tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam. Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah bagi menentang golongan yang mahu membuangkan Islam.

Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud ‘ Tegakkanlah agama (ISLAM) jangan (haram) berpecah belah padanya’.

Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras, ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum diketahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini dari angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.

Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi, bukan hasil perjuangan PAS, walaupun pembangunan dan kemajuan itu terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini, itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.

Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu, umpamanya penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa.

Tuduhan dan fitnah itu sudah barang tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank itu, sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu, penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya, demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain.

Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka, sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam, hanya orang yang melampau dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.

Tuduhan PAS terhadap UMNO hendak menghapuskan Islam, nampaknya telah mempengaruhi emosi seorang tokoh agama yang dikatakan begitu dihormati sehingga tokoh itu sanggup mengatakan orang-orang UMNO beku, jumud dan sempit malah lebih daripada itu mensifatkan mereka lebih teruk daripada orang kafir. Sebagai seorang Ketua Ulama PAS, kata-kata itu menampakkan beliau tidak begitu sabar dalam menangani masalah umat Islam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Jun 01, 2012

Arahan Anwar bukan luar biasa!



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

"Kalau dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga.

"Dia (Anwar) suruh polis 'gempaq' (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah," katanya.


Dr. Mahathir yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-26 di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan setiausaha sulitnya, Azmin Ali.

Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995, mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Kata Dr. Mahathir, Raja Petra atau sesiapa sahaja yang membuat dakwaan rasuah perlu tampil kepada pihak berkuasa dengan bukti kukuh.-UMO

Suara Politik
Taminsari