Ahad, Julai 26, 2015

Ahmad Awang kemuka 
dua hujah mengenai bai'ah?

Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang hari ini mengemukakan dua hujah sudut pandangan berhubung soal bai'ah yang didakwa boleh diguna pakai bagi membolehkan wakil rakyat parti itu menyertai penubuhan parti politik Islam baharu melalui inisiatif Gerakan Harapan Baru.

Ahmad berkata, dari segi hukum, beliau berpegang kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor yang mengatakan bahawa bai'ah talak tiga dibuat secara taklik.

Namun dakwanya, taklik yang dipegang oleh partinya adalah dipaksa, justeru bai'ah taklik dengan sumpah paksa, dianggap sebagai 'lagho'.

"Maka, untuk membatalkan sumpah 'lagho' itu, kafarah (penutup kesalahannya) ialah bagi makan 10 orang fakir miskin, selesailah," katanya ketika berucap dalam majlis jamuan Aidilfitri yang diadakan di sebuah kediaman penduduk Kampung Baru Kamunting di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pandangan kedua pula diambil mengikut hujah peguam sivil dan syarie, Mohamed Hanipa Maidin apabila mengatakan bai'ah dalam kalangan wakil rakyat Pas telah gugur ekoran pakatan pembangkang kini telah 'mati' apabila parti itu memutuskan hubungannya dengan DAP.

Ahmad mendakwa, hujah Mohamed Hanipa itu sememangnya kuat kerana beliau sering memenangi kes di mahkamah melibatkan bekas Timbalan Pre­siden Pas, Mohamad Sabu, malah bai'ah berkenaan dilakukan ketika calon-calon mereka masih berada dalam pakatan pembangkang.

"Jadi, kalau tak nak pakai kaul yang berdasarkan fakta pakatan, amik kaul yang lebih 'direct' lagi iaitu sumpah bai'ah (hujah pertama)," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad mengakui, tindakan lafaz bai'ah cerai talak tiga yang hanya diguna pakai di negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pernah berlaku di negeri ini apabila perkara tersebut dibawa ke Majlis Syura ketika beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Perak.

Namun dakwanya, walaupun bai'ah tersebut dibuat oleh semua calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen atas nama Pas, namun, kesepakatan telah dicapai untuk menggunakan 100 peratus nama pakatan pembangkang pada PRU-13.

Apatah lagi katanya, Pas bersedia mengeluarkan watikah kepada calon DAP untuk menggunakan lambang Pas ketika rakan sekutu mereka itu berdepan masalah pemilihan jawatankuasa pusatnya ketika itu.

"Kalau sekarang ini hendak diperkatakan pula ambil elaun haram, cakap seperti itu kena kira betul-betul. Kalau wakil-wakil rakyat yang dipi­lih, masa tiap-tiap sidang Parlimen, selalu keluar sebelum habis perbincangan bajet misalnya, ini apa cerita?

"Halalkah terima duit amanah itu? Ataupun duduk sana sembang sahaja, tiada berbahas pun. Jadi, perkara ini pun harus diambil kira," tegasnya.

Suara Politik
Belantan

8 ulasan:

mk berkata...

Kata mudah....syiah bertakiyah jadi apa pusing pusing.. hanya nak cover dari Umum...saja. Dulu bila hal ini berbangkit..mereka mengatakan mereka rela berbaiah dan dgn suka hati katakan ini terbaik..agar tiada yg khianat dan lompat keluar... Usahlah nak double temberang..walaupun cara halus... Dasar..allignment dah bengkok...kot mana pun konar sana sini..

usin berkata...

Apa la amat awang ni. Kalau pasal duit haram, haram tetap.haram la. Jangan pulak kata "awak ambik duit haram, kenapa aku tak boleh?". Ni jenis makhluk agama apa ni? Nak tanya dgn pakcik amat awang. Baiah tu kpd siapa, pas ke pakatan? Berdasarkan lafaz baiah tu, degupan jantung boleh jadi saksi pelanggaran baiah berlaku atau tidak bila join parti lain. Sahkah lagi pernikahan dgn isteri? Macam seronok je tipu diri sendiri... Tulah, nak baiah sangat...

amanasyanti berkata...

Jelas sekali orang PAS mempermainkan ugama!

nadzria berkata...

Janji tak tepati ..blh kira munafik..inikan bai.ah..wassalam

nadzria berkata...

Janji tak tepati ..blh kira munafik..inikan bai.ah..wassalam

nadzria berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.