Sabtu, Februari 20, 2010

Roundtripping: Amalan account-cheating Khalid di Guthrie!

Khalid pernah gunakan roundtripping versi secara paling mudah untuk menipu sahabat-sahabatnya. Agak sedikit jurublog-jurublog yang membincangkan mengenai taktik roundtripping oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menutup keadaan kewangan sebenar kerajaan negeri.

Penerangan dengan cara mudah oleh Ketua Pembangkang Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo sepatutnya dapat difahami. Kekurangan perbincangan mungkin adalah petanda bahawa mereka masih belum faham atau mereka tidak faham impak kesalahan yang dilakukan Khalid.

Sebenarnya ini bukan pertama kali Khalid lakukan roundtripping. Dia pernah lakukan cara sedemikian semasa menjadi CEO Guthrie. Pendedahan yang ingin dibuat boleh dikatakan sebagai roundtripping yang paling ringkas. Harap dapat memudahkan pemahaman pembaca.

Pada tahun 1980an, Guthrie mempunyai sebuah syarikat kegiatan trading bernama Guthrie Trading (GTSB). Dibawah GTSB, ada anak syarikat bernama Guthrie Furniture Sdn Bhd (GFSB). Untuk makluman, GFSB sepatutnya berperanan menjadi syarikat payung untuk membantu pengusaha-pengusaha pembuatan perabut Bumiputera. Disebabkan pengurusan yang tidak efisyen dan amanah, GFSB itu tidak memainkan peranan yang sepatutnya dan akhirnya program tersebut dihentikan. GFSB dan GTSB mengalamai kerugian besar.

Kegiatan utama GTSB adalah sebagai pembekal baja untuk kepada ladang-ladang Guthrie. Ini yang membolehkan syarikat tersebut kekal hidup walaupun sedang mengalami kerugian besar. Lesen general trading tertentu yang diberikan tidak dimanafaatkan. Syarikat pun mengalami hutang yang besar.

Apabila Khalid diperuntukan saham Guthrie dan diletakkan sebagai CEO Guthrie, dia cuba memperbaiki penyata akaun Guthrie. Antara yang dilakukannya adalah untuk mengeluarkan GTSB dan GFSB yang banyak hutang, kerugian dan bergantung hidup dengan Guthrie dengan menjual anak-anak syarikat ini.

Syarikat itu ditawarkan Khalid kepada dua orang sahabatnya dengan janji Guthrie akan kekalkan kontrak pembekalan baja dan ditambahkan kontrak tersebut. Walaupun syarikat mengalami hutang dalam belasan juta dengan Bank tertentu, ‘lembu dua ekor’ ini digula-gulakan dengan lesen general trading tersebut dan sokongan perniagaan dari Guthrie.

Dengan terjual GTSB dan anak syarikat GFSB, akaun bermasaalah ini terkeluar dari akaun Guthrie dan tercucilah penyata akaun dari jumlah yang menyakitkan mata dari operasi ini. Guthrie selesaikan masaalah mereka tetapi lain pula cerita dua usahawan Melayu yang gopoh. Mereka terpaksa mengendung biawak hidup Guthrie – hutangnya, masaalah Bank, kerugian, masaalah dengan kesatuan sekerja, belanja pemberhentian pekerja, dan lain-lain.

Bantuan yang dijanjikan Khalid dari segi kontrak sedia ada dan sokongan dari Guthrie tidak pula kedatangan. Lesen general trading itu pun dipindahkan ke Guthrie dan tidak dikekalkan dalam GTSB seperti yang dijanji. Akhirnya GTSB dan GFSB tutup dan kedua-dua lembu tersebut bankrup.

Ada beberapa persamaan dengan roundtriping Khalid yang melibatkan syarikat-syarikat kerajaan negeri dan kerajaan. Guthrie boleh disamakan dengan Kerajaan, PKNS, KDEB, PNSB dan UNISEL yang berhutang. GTSB dan GFSB sebagai hutang. Kedua lembu yang sedia mengendung biawak sebagai Talam.

Lebih kurang begitulah persamaannya. Kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan kelihatan suci dalam debu. Talam yang mengendung hutang tersebut. Kalau terjadi seperti apa yang Guthrie lakukan kepada kedua-dua lembu yang sedia ditipu, Talam akan bungkus tikar. Kenapa Suruhanjaya Sekuriti boleh benarkan transaksi penipu ini dan CIMB boleh bersekongkol?

Kita boleh mempersoalkan tindakan tanpa rasa bersalah kerajaan Selangor mengambil alih hutang syarikat pemaju hartanah, Talam berjumlah RM391 juta walaupun tindakan itu dikritik oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Pada 9 November tahun lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan peruntukan tambahan kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk membeli hutang Talam sebanyak RM391 juta daripada empat anak syarikat kerajaan negeri.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Universiti Industri Selangor (Unisel).

Antara yang paling lantang mengkritik tindakan itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang meletak jawatannya pada 7 Januari lalu. Beliau dilaporkan sebagai berkata, tindakan itu merupakan taktik yang selalu digunakan oleh ‘penyangak’ dalam sektor korporat untuk mencapai motif tertentu. Jadi fikir-fikirkan lah..!

Suara Politik
Taminsari

4 ulasan:

ISAC berkata...

Lagi sedap bro, bila BN amik alih nanti, BN lah yang akan kena getahnya kerana Talam sudah menjadi anak angkat kerajaan negeri.

kembara putih berkata...

Bukan ke semua masalah lama datang dari UMNO sendiri.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Salam belantan.... boleh dapatkan info siapa dua ekor 'lembu' yang ditipu hidup2 dengan si Gagap ni?

Mungkin ada cerita menarik yang boleh dikorek dari mereka berdua tu......

Buat kembara putih, memang semua masalah berpunca dari UMNO, si hamPAS, PoKeR dan DAPig suci bersih, satu masalah pun mereka tak pernah 'lakukan'. Dasar tipikal pembangkang........ hahahahaha

dubaque berkata...

to kembara putih,

tu la asyik mengembara dengan lebai putih tu yang tak nampak benda aper dah. kalau dah tahu semua masalah datang dari UMNO awat tengah dok memerintah tu tak reti2 nak selesaikan masalah tu...

hamPAS punya pemikiran