Khamis, Februari 18, 2010

Tok Guru Nik Aziz : Cakap Tak Serupa Bikin!



















Dulu :
Nik Aziz rayu Elizabeth tidak letak jawatan!


Agak menarik apabila Tuan Guru Nik Aziz masih cuba hendak menegakkan benang yang basah. Pas merayu Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kerana jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan tersebut, ia akan menyusahkan rakyat.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menghormati keputusan Elizabeth untuk meletakkan jawatan sebagai Exco tetapi tidak bersetuju sekiranya Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletakkan jawatan sebagai ADUN. Beliau berkata, sekiranya diadakan pilihan raya kecil ia juga melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan pembaziran berlaku.

"Saya hormat jika dia (Elizabeth) hendak berundur sebagai Exco tetapi saya tidak suka dia meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana ini menyusahkan rakyat dan melibatkan kos yang tinggi, sekali pilihan raya diadakan berbelas juta habis, jadi ini bukan kerja senang.

"Oleh itu, saya minta tolong jangan letak jawatan 'Yang Berhormat', kalau hendak berundur sebagai Exco dia punya pasal, bagi saya itu tidak apa sebab ini bukan salah dia, salah yang orang menceroboh rumah dia, orang lain salah kita hukum orang lain, ini tidak betul," katanya kepada pemberita .



















Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas keputusan Elizabeth yang tetap bertegas mahu meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu berharap pucuk pimpinan PKR memahami pendiriannya itu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan Elizabeth berbogel dalam rumahnya tidak salah kerana Islam membenarkan manusia membuka aurat ketika seorang diri.

"Dia tidak salah, yang salah orang lain, dia hendak tidur telanjang di rumah dia, itu dia punya pasal. Islam beri kepada manusia buka aurat bila seorang diri di rumah, masa kita tidak tidur pun boleh telanjang di rumah kita seorang diri, cuma malu pada malaikat saja," katanya.

Sekarang : Nik Aziz menyaran agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil!

Saranan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil mencerminkan sikap sebenar Tok Guru yang gemar ‘pilih bulu’.

Nik Aziz tidak akan membuat saranan serupa sekiranya wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) meninggalkan parti dan menyertai mereka. Biasalah yang mana yang tak menguntungkan dia, ada fatwa baru yang mengesahkan dan menghalalkan itu.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, menyifatkan keputusan Zahrain menjadi wakil rakyat bebas dan tindakan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat. Katanya, wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lalu dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

Barisan Nasional (BN) tidak pernah melakukan perkara seumpama itu walaupun pernah memperoleh suatu ketika dahulu. Adakah Nik Aziz sudah lupa apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak menyertai Pakatan Rakyat, Menteri Besar Perak ketika itu, Mohammad Nizar Jamaluddin, menyambutnya dengan baik dan tiada desakan dari BN untuk mengosongkan kerusi.

Apa tujuan sebenar Tok Guru membela dan merayu agar Elizabeth Wong atau " buah yang busuk " dalam setandan kelapa di simpan. Tidakkah ianya akan mencemarkan keadaan dan kalau disimpan lama akan memburukkan lagi keadaan bila " buah yang busuk " itu menjadi wabak?

Kalau Tok Guru mengatakan jika PRK diadakan semula di Bukit Lanjan akan melibatkan kos yang tinggi, mengapa Tok Guru Nik Aziz menyaran agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil! Bukan kah apabila satu PRK yang baru diadakan bakal menelan belanja yang besar sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Nik Aziz di Bukit Lanjan? Mengapa Tok Guru Nik Aziz cakap tarak serupa bikin?

Berbaloi ke jika dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang satu lagi PRK diadakan? Apakah ada udang di sebalik batu disebalik tindakan Tuan Guru Nik Aziz menghalang perletakan jawatan Elizabeth. Apakah rasional tindakan Tok Guru merayu YB DUN B.Lanjan dan menyaran agar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil?

Apakah Nik Aziz tidak melihat kepada tujuan ikhlas Zahrain Mohamed Hashim yang keluar dari PKR kerana beliau tidak mahu bersubahat dan dilihat sebagai sebahagian daripada ‘gerombolan yang akan menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam’?
Sama-samalah kita fikirkan? Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

4 ulasan:

wasabi berkata...

TIDAK semena-mena, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dituduh sebagai pengkhianat amanah rakyat. Semuanya kerana tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru itu keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pelbagai isu kemudiannya dibangkitkan untuk menonjolkan keburukan Zahrain termasuk mengaitkan beliau dengan kegagalan mendapatkan projek bernilai RM40 juta. Sejauh mana kebenaran dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu tidak dapat dipastikan. Ini kerana Zahrain sendiri menafikan perkara tersebut, sebaliknya menegaskan pengundurannya kerana tidak sanggup lagi bersekongkol dengan pentadbiran DAP. Malah, beliau turut menyifatkan Guan Eng sebagai seorang diktator dan sangat jelas mengamalkan politik cauvinis.

ISAC berkata...

Mungkin pasal Zahrain X bergambar bogel kot...

Eli bergambar bogel ramai yang dapat tengok....

Kalau Zahrain yang bogel ada sesiapa nak tengok?

"Deep-Throat" berkata...

Zahrain keluar parti saja tak ada lompatpun. Yang dok lompat melompat tu anwar dan n.ajis. Mengikut tafsiran Imam Besar Mazhab PAS N.ajis, zahrain telah mengkhianati Amanah pengundi-pengundi yang telah mengundinya dulu. sebab itu dia suruh letak jawatan dan perabih duit rakyat untuk pilihanraya sekali lagi.

Eli Wong tak khianat pengundi dia, begitulah agaknya pemikiran N.ajis, jadi tak payahla letak jawatan ADUN. Eli tak khianat amanah pengundi, cuma didedah selepas dimamah. N.ajis sokong sex with multiple partners. Jadi Eli tak salah mengikut N.ajis, partner dia saja yang salah dahlah belasah free lepas tu dok dedah buat apa.

sebagai Imam Besar Mazhab PAS, N.ajis mempunyai pandangan yang tersangat bernas dalam segala hal. Jangan dok kata dia nyanyuk ke, putar belit ke, lidah bercabang ke, sekejap ada sekejap tak ada ke atau segala macam lagi yang hanya ada pada manusia biasa, yang tidak ada pada N.ajis yang bersifat mahsum macam nabi.

Renungkanlah, qariah mengaji Quran dikatakan mendedahkan aurat suaranya tetapi artis perempuan kalau melalak di pentas tak salah jikalau pakai tudung semasa persembahan. Beyonce Knowles pun boleh buat konsert di Kelantan; janji pakai tudung. Di hari tuanya sekarang, N.ajis juga memerlukan hiburan untuk mentemteramkan fikirannya yang makin berkecamuk sekarang ini agaknya.

Juragan Malawati berkata...

Nik Aziz menyamakan tindakan wakil rakyat pembangkang yang mengisytiharkan keluar parti itu seperti jakun.

Beliau yang turut merasa kecewa dengan perkembangan itu, membidas wakil rakyat terbabit kerana mereka bukan setakat keluar parti, malah mengeruhkan keadaan dalam pembangkang dengan menghebohkan masalah kepada media.

Namun, Nik Aziz tetap berkeyakinan bahawa tindakan beberapa wakil rakyat terbabit meninggalkan parti pembangkang ketika ini tidak akan menggugat kedudukan pakatan mereka.

"Saya tidak nampak seorang dua (keluar akan menggugatkan pembangkang). Cuma yang peliknya, bila tidak setuju mereka pergi sebut (beritahu) dalam akhbar, sepatutnya pergi cakap dengan orang itu (pemimpin terbabit).

Macam suami isteri, tidak setuju dengan suami kita, isteri pergi cakap di kedai kopi, ini perangai tak betul. Kalau tidak setuju dengan suami, pergi minta fasakh di mahkamah, begitu juga suami yang tidak setuju dengan isterinya, cerai dia.

Ini perangai orang kita, masih jakun lagi, masih baru dengan politik," katanya kepada media di pejabatnya, Kota Darul Naim, semalam.