Sabtu, Februari 06, 2010

Ali Rustam Menempelak Khalid Ibrahim!

Tanah YBK akan dirampas, bayaran cukai dikembalikan!

Kerajaan negeri hari ini mengumumkan akan merampas semula tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor dengan alasan pertubuhan itu telah gagal membayar tunggakan cukai sebanyak RM5.7 juta selama 13 tahun.

Pengumuman Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim itu dibuat selepas mengadakan perbincangan mengenai perkara itu pada mesyuarat Exco di sini hari ini. Dengan keputusan itu, pembayaran cukai tanah berkenaan seluas 876 hektar di Serendah, Rawang yang dilunaskan oleh oleh YBK sebanyak RM180,000 sebelum ini termasuk baki yang dibayar Yayasan Melaka, kelmarin akan dipulangkan semula kepada kedua-dua pertubuhan tersebut.

Proses pembayaran balik wang cukai yang diterima oleh kerajaan negeri itu akan diuruskan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor secepat yang mungkin! Yang agak menarik tentang alasan tak masuk akal yang diberikan oleh Khalid Ibrahim adalah hanya tuan tanah sahaja berhak membayar cukai tanahnya sendiri dan bukannya dari pihak lain dan sebab itulah pembayaran oleh Yayasan Melaka di tolak? Adakah logik dengan alasan yang diberikan ini. Atau dendam semata-mata!

Sebelum itu : ' Talam boleh, kenapa tidak YBK '

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengesahkan Yayasan Melaka semalam telah melunaskan cukai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) berjumlah RM5.43 juta. Serentak itu, beliau amat berharap Kerajaan Negeri Selangor sedia menerimanya dengan tidak bersikap pendendam dengan merampas tanah milik YBK.

Menurutnya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sewajarnya menerima bayaran cukai tanah itu berserta dendanya, sekali gus tidak merampas tanah milik YBK seluas 526 hektar di Serendah, Rawang.

"Saya sahkan Yayasan Melaka sudah lunaskan cukai tanah tersebut semalam, saya harap Tan Sri (Abdul) Khalid menerimanya sebab dulupun ketika Talam (Corporation) ada masalah, beliau buat 'bail out'," katanya ketika dihubungi hari ini. Kerajaan Negeri Selangor tahun lalu mengambil alih hutang Talam Corporation sebanyak RM391.7 juta.

Bagaimanapun, Abdul Khalid pada 20 November tahun lalu menegaskan kerajaan negeri mempunyai alasan kukuh membeli hutang Talam Corporation itu iaitu untuk 'menyatukan hutang terbabit ke dalam satu kumpulan hutang'. Selain dipersoalkan oleh Barisan Nasional (BN) Selangor, tindakan Menteri Besar juga dipertikaikan oleh segelintir pemimpin pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Mohd. Ali berkata, Yayasan Melaka bukan berniat untuk mencampuri hal ehwal Kerajaan Negeri Selangor tetapi dalam isu berkenaan, sememangnya menjadi tanggungjawab pihaknya untuk membantu YBK yang bermasalah. "Saya memang berharap Tan Sri (Abdul) Khalid dapat memberi kelonggaran selama tiga hari kepada YBK untuk membayar cukai tersebut dan semalam ia akhirnya berjaya dilunaskan," katanya.

Semalam, Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom menganggap isu cukai tanah miliknya di Serendah selesai setelah pihaknya membayar RM180,000 pada Jumaat lalu sebagai pendahuluan sebelum bakinya dilunaskan oleh Yayasan Melaka. Namun, Abdul Khalid menolaknya dengan alasan mahu 'berlaku adil kepada semua pihak'.

Beliau menolak mentah-mentah hasrat Yayasan Melaka dan YBK tersebut sambil menegaskan perkara itu tidak terkecuali kepada orang kampung yang tanah mereka pernah diambil kerana tidak membayar cukai. YBK, yayasan bebas dan berkecuali yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu, bercadang membangunkan tanah seluas 190 hektar untuk pembinaan kampus UiTM di Serendah menerusi tanah miliknya yang dianugerahkan kerajaan negeri Selangor pada 1995.

Proses untuk memulakan projek itu sudah pun dimulakan oleh anak syarikatnya, Permodalan YBK Sdn. Bhd. (PYBK) dan telah mendapat kelulusan pelbagai pihak termasuk majlis daerah. Bagaimanapun, ia terhalang apabila Abdul Khalid meletakkan syarat agar melantik beliau sebagai Pengerusi YBK yang baru.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: